Friday, December 13, 2019

Tahniah PDRM, Jadikan Agama Syarat Sertai Polis. I/H Setuju..




SAYA merujuk kepada kenyataan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abd Rahim Jaafar ketika menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Peringkat Kontinjen Terengganu baru-baru ini yang mahu memastikan setiap permohonan anggota baharu PDRM perlu lulus ujian penilaian agama dan moral sebelum diterima masuk ke dalam agensi itu bermula tahun hadapan.

Saya menyokong penuh usaha PDRM ini kerana anggota yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni dilihat menjadi faktor utama kemerosotan nilai integriti dalam kalangan anggota PDRM. 

Di kesempatan ini, saya juga ingin menyarankan agar PDRM turut memulakan langkah-langkah pemerkasaan aspek agama dan spiritual dalam kurikulum atau latihan kepada polis bagi mengurangkan kes-kes salah laku jenayah yang dilakukan oleh anggota PDRM. Pelaksanaan Perkhidmatan Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam (DPMKI) di Bawah Kepimpinan Organisasi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) boleh dijadikan model untuk PDRM.

Saya percaya aspek agama dan moral dapat membantu mengurangkan salah laku polis, dan kerajaan tidak perlu bersusah payah mengeluarkan belanja yang besar untuk mewujudkan badan yang menyiasat salah laku polis seperti mana yang ingin diwujudkan di bawah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). 

Aspek agama dan kerohanian boleh menjadi benteng kepada anggota polis jika ia dilaksanakan dengan betul.
“Islam Memimpin Perpaduan”
YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu 
11 Disember 2019/ 14 Rabi’ulakhir 1441H – HARAKAHDAILY 12/12/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setuju!

P/Besar Tidk Dijual, Tapi Hanya 20% Milik PKNM&MAIM..

Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan
Tular di Facebook berkenaan Pulau Besar sedang dalam proses dijual kepada syarikat swasta Singapura dan pusat tahfiq yang terdapat di pulau itu pula akan dipindahkan ke Alor Gajah. - Gambar fail

Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.

Ketua Menteri, Adly Zahari bagaimanapun berkata, sebahagian besar pemilikan pulau berkenaan iaitu sebanyak 80 peratus adalah milik persendirian dan hanya 20 peratus pemilikan pulau berkenaan dimiliki Kerajan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Adly berkata, perbincangan dengan pemegang pemilikan terbesar Pulau Besar iaitu sebuah syarikat swasta masih dijalankan bagi memastikan beliau boleh membangunkan pulau itu dengan kerjasama PKNM serta MAIM dan Kerajaan Negeri tidak pernah dimaklumkan tentang khabar penjualan terbabit.

Malah katanya, kerajaan negeri juga menerima peruntukan RM500,000 bagi menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bakal menghasilkan reka bentuk pelan pembangunan dan pelancongan pulau terbabit pada tahun hadapan.


“Dia kalau kita lihat dari segi entiti Pulau Besar ini, kebanyakan dimiliki tiga pihak. Yang pertama adalah hampir 80 peratus daripda pulau besar itu dimiliki oleh Tan Sri Wan Azmi, 80 peratus. Berbaki sebahagiannya baki itu dikongsi oleh PKNM dan juga Majlis Agama Islam. Jadi tak timbul soal Pulau Besar ini nak dijual kepada Singapura,” katanya pada sidang media Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Perindustrian Perdangangan dan Pelaburan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Terdahulu, tular di Facebook berkenaan Pulau Besar sedang dalam proses dijual kepada syarikat swasta Singapura dan pusat tahfiq yang terdapat di pulau itu pula akan dipindahkan ke Alor Gajah.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri bersetuju untuk menerima penyerahan tunai dan aset berbentuk hartanah milik dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dengan anggaran keseluruhan berjumlah RM144 juta. (AA)

Thursday, December 12, 2019

Setinggan 'Kebal': T/kasih Pej.Daerah/Tanah Gombak, Notis Dikeluarkan Lagi..


"TERIMA kasih Pejabat Daerah dan Tanah Gombak!" Kata beberapa penduduk kampung di kawasan perumahan PKNS AU3 itu.. yang kebetulan terkumpul di berdekatan hadapan surau di situ dulu semalam.

"Surat merah notis telah dikeluarkan.." kata mereka kepada seorang pengadu yang beberapa bulan lalu, mengadu mengenai masalah gangguan sebuah rumah setinggan di depan rumahnya. 

Menurut pengadu, kisah sebenarnya begini..

"Pada 4/8/2019, jam lebih kurang 1015hrs, semasa saya balik ke rumah saya beralamat........ saya dapati ada sebuah kereta berhenti depan rumah saya. Untuk makluman, jiran saya di hadapan rumah saya, telah membuat satu rumah setinggan menjadi bengkel. Sehingga telah mendatangkan masalah. Seperti kereta pelanggannya telah mengganggu lalulintas. Mereka juga membuat bising tidak mengira masa. Sebelum ini saya telah menegur mereka, namun tidak diendahkan..."

Sebenarnya, aduan sebegini telah dibuat pengadu beberapa kali kepada pihak polis, sejak setahun lalu. 

Kepada pihak MPAJ, inilah aduan kali kedua sesudah aduan kali pertama yang hampir sama dibuat, di bawah kategori 'kacauganggu', kira-kira setahun lalu.

Pada 6/8/2019, pengadu memanjangkan aduannya ke Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak, Bangunan Sultan Sulaiman Bandar Baru Selayang.

Antara aduannya berbunyi..

  1. Rumah setinggan di depan rumah saya membesarkan rumah berkali-kali ganda.
  2. Menjadikan rumah itu sebagai bengkel motosikal, tempat cuci kenderaan dan tempat berkumpul anak-anak remaja.
  3. Mengganggu lalu lintas, buat bising.
Pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak merojok balik aduan sebelum ini kira-kira setahun lalu, dan mendapati 'perintah mengosongkan tanah tapak rumah setinggan' tersebut, telahpun dikeluarkan.

Tetapi sampai sekarang 'rumah haram' setinggan yang kebal tersebut tidak berusik, bahkan dibesarkan pula berkali-kali ganda.


Surat merah notis telah dikeluarkan. Tak bolehkah runding dulu?

Tetapi, dengarnya hari ini al-hamdulillah, surat merah notis telah dikeluarkan beberapa hari lalu oleh pejabat daerah dan tanah Gombak.

"Bagaimana boleh jadi repot-merepot begini, tak bolehkah runding dulu??" Seseorang bertanya pengadu, yakni tuan rumah yang dibuat setinggan di depan rumahnya.. 

"Oh, panjang ceritanya." Jelas pengadu tersebut.

"Saya tinggal di rumah itu kira-kira awal tahun 1980an. Kira-kira Tahun 1990an seorang jiran saya (namanya Kak Ton) datang bertemu saya membawa seseorang saudaranya dari Kedah (Baling) mohon kerja. Saya terima, kerjanya sebagai pembantu rumah di rumah saya.

"Mula-mula dia seorang, kemudian bawa anak-anaknya tinggal bersama keluarga saya. Kadang-kadang  suaminya datang tumpang makan atau ambil makanan. Tidak saya kenakan wang, bahkan tidak dipotong gajinya. Saya ingin membantu mereka terus, maka saya beri rumah stor barang di depan rumah saya itu untuk mereka tinggal. Tanah itu di bawah kuasa pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Maka mulalah mereka bertapak di depan rumah saya itu, walaupun akhirnya dia tidak lagi berkerja di rumah saya.

Sebab Tak Boleh Runding..

"Berbalik kepada pertanyaan soal report-merepot dan runding-dulu, tadi... Saya report hanya kerana  mempertahankan diri." Kata pengadu itu.

Yakni kira-kira setahun sebelum 4/8/2019 seperti yang disebutkan di atas, pihak polis datang ke rumah pengadu menjemput ke balai kerana seekor ayam peliharaan jiran di depan rumah pengadu masuk ke rumah pengadu. 

Maka terkejut pengadu itu, "Ayam dia menceroboh masuk ke rumah saya, tiba-tiba saya dipanggil polis?? 

Maka saya terpaksa buat report balik bagi menjelaskan kedudukan sebenarnya. Berlaku beberapa report lagi, kerana ayam dia terus menerus menceroboh masuk ke rumah saya hingga sekarang."

Itulah sebabnya pengadu itu mengatakan, dia report kerana mempertahankan diri. Mengenai 'tak bolehkah runding dulu??', pengadu itu mengatakan, sejak berlaku berlaku report perlama bela diri hingga sekarang, jirannya itu tidak ada masa yang terluang untuk berunding. 

Boleh lihat balik bukti tersebut dalam rekod-rekod laporan polis.

Akan bersambung, insya Allah! (IH)

Lihat Sebelum Ini..

Gambia Ambil Tindakan Undang2 (ICJ) Terhadap Myanmar. Sokong Republik Islam Gambia!

PAS seru Malaysia menyokong tindakan Gambia

PAS mengambil maklum berkenaan kes yang dibawa oleh Gambia terhadap Myanmar ke International Court of Justice (ICJ) yang dibicarakan pada 10 Disember 2019 di The Hague.
PAS menyatakan solidariti dan sokongan terhadap usaha yang telah dilakukan oleh Gambia dalam mengekang tindakan penghapusan kaum yang dilakukan oleh negara terbabit.

Walaupun Gambia merupakan sebuah negara kecil secara relatif berbanding 152 negara lain yang telah meratifikasi “Genocide Convention 1948”, namun negara itu terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Myanmar di mahkamah tertinggi dunia, ICJ di atas kekejaman yang dilakukan terhadap masyarakat Rohingya.
Perlu ditekankan bahawa kekejaman kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya adalah suatu pelanggaran hak asasi manusia. Malah, ajaran agama juga melarang penganiayaan kepada manusia.
Justeru itu, PAS menyeru agar usaha berani Gambia yang dikira sebagai unprecedented case disokong oleh Malaysia sebagai satu bentuk sokongan bilateral, selain sokongan yang diberikan melalui OIC di peringkat multilateral.
PAS juga berharap dengan bermulanya perbicaraan mengenai salah laku dan kekejaman kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya akan membawa pesalah ke muka pengadilan antarabangsa.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Rabiul Akhir 1441 / 11 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 11/12/2019

Sedikit Mengenai Gambia.. Republik Islam
Peta Gambia
Lambang Negara Gambia

Negara Gambia adalah salah satu negara di salah satu benua Afrika. Negara Gambia kini telah menjadi republik Islam. Presiden Gambia bernama Yahya Jemmeh telah mengisytiharkan Gambia sebagai Republik Islam.

Yahya Jemmeh telah menjadi presiden di negara Gambia selama 21 tahun. Perisytiharan itu dibuat oleh Yahya Jemmeh kerana ia didorong oleh agama yang diakui oleh penduduk Gambia, yang majoritinya memeluk agama Islam. Di samping itu, satu lagi alasan yang membawa kepada Republik Islam adalah bahawa negara Gambia mahu memecahkan hubungan dengan zaman kolonial.

Tambahan pula, pengisytiharan oleh presiden Gambia memilih menjadi republik Islam, adalah sejajar dengan nilai identiti agama Gambian. Dengan perubahan bentuk kerajaan ke Republik Islam, negara Gambia menjadi negara keempat di dunia untuk membuat perubahan ini.

Walaupun, ia telah menjadi Republik Islam, tetapi Yahya Jemmeh tidak akan mengatur cara berpakaian setiap warga Gambia. Malah, presiden Gambian memberi kebebasan kepada warganya yang mengikuti agama lain atau yang bukan Islam, untuk mengamalkan ibadah mengikut kepercayaan masing-masing.

Sebanyak 90% warganegara Gambia mengikut Islam. Negara Gambia bahkan bergantung kepada sektor pelancongan untuk meningkatkan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, malangnya hubungan antara negara Gambia dan negara-negara Barat telah mula merosot.

Malah Kesatuan Eropah telah menarik balik bantuan dalam bentuk dana untuk negara Gambia. Dalam kes ini, negara Gambia adalah salah satu daripada negara termiskin dan hanya bergantung pada eksport produk pertanian dan perikanan. Pemberhentian bantuan didorong oleh hak asasi manusia atau rekod hak asasi manusia di negara Gambia.

Pada Oktober 2013, Yahya Jemmeh telah menarik balik Gambia dari Komanwel Bangsa-Bangsa. Malah, Jemmeh merujuk kepada organisasi Komanwel sebagai organisasi neo-penjajah. Kemudian, pada tahun 2007, Yahya Jemmeh mendakwa bahawa mereka telah menemui herba.

Ubat-ubatan herba ini boleh digunakan untuk mengubati AIDS. Jammeh juga dikenali sebagai presiden yang sering memberikan komen yang kuat, terutama kepada penduduk yang mengalami penyimpangan seksual, seperti homo.

Malah, pada sesi umum di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Yahya Jemmeh memberitahu peserta dalam sidang bahawa negara Gambia akan melaksanakan hukuman homoseksual. Pelaksanaan itu disebabkan oleh homoseksual, terhadap alam semula jadi.

Selain itu, negara yang telah menjadi Republik Islam, selain negara Gambia, masih ada negara lain. Negara-negara ini adalah seperti Iran, Pakistan dan Mauritania yang terletak di benua Afrika. Mauritania adalah negara pertama yang mengubah bentuk kerajaannya menjadi Republik Islam. Walau bagaimanapun, kerajaan yang masih digunakan oleh negara Mauritania, masih sepantas presiden. Walaupun begitu, negara ini masih mempunyai parlimen.

Oleh itu, sekilas mengenai negara Gambia. Sebuah negara yang telah berubah menjadi Republik Islam. Walau bagaimanapun, Islam tidak menjadi nama rasmi negara atau agama rasmi negara itu, tetapi sebaliknya menjadi agama yang dipeluk oleh majoriti penduduk Gambia.

Negara ini memilih untuk tidak menyertai Komanwel Inggeris. Malah, negara Gambian ini juga tidak mendapat bantuan daripada Kesatuan Eropah, dalam bentuk dana. Fakta yang tidak boleh dinafikan, dalam hal negara Gambia dikenal sebagai salah satu negara termiskin di dunia. (IH)

Wednesday, December 11, 2019

Kerjasama Dengan Perogol.. Bawa Kondom?

'Bawa kondom, beri kerjasama kepada perogol' - Pembikin filem mohon maaf atas keterlanjuran
Berikutan kontroversi itu, sekumpulan wanita telah berinteraksi menerusi laman Facebook dilaporkan telah berjumpa dengan keluarga Shravan dan berbincang dengan ibunya. - Gambar fail
HALAMAN HIBURAN
'Bawa kondom, beri kerjasama kepada perogol' - Pembikin filem mohon maaf atas keterlanjuran

MUMBAI: Seorang pembikin filem India yang mengeluarkan kenyataan bahawa kaum wanita perlu bekerjasama dengan perogol telah memohon maaf atas kenyataannya.

Danial Shravan mencetuskan kontroversi sehingga menerima kecaman hebat selepas membuat kenyataan berkenaan menerusi media sosial.

Ia susulan kes pembunuhan yang berlaku di negara itu di mana seorang doktor haiwan wanita yang dikenali sebagai Priyanka Reddy ditemui mati selepas dirogol secara beramai-ramai pada bulan lalu.

Tetapi apa yang lebih menaikkan kemarahan para netizen ialah apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa wanita perlu rela melakukan hubungan seks bersama mana-mana lelaki agar kes rogol dan pembunuhan seperti itu dapat dielakkan.

"Perogol mencari cara untuk memuaskan keinginan nafsu dan oleh itu mereka akan terfikir untuk melakukan pembunuhan.

“Jadi, adalah lebih baik jika kaum wanita tidak melawan dan sebaliknya menerima tawaran rogol tersebut,” katanya.

Beliau menambah bahawa wanita yang berusia 18 tahun ke atas di negara itu perlu diberi pendidikan tentang pemerkosaan dan dinasihatkan membawa kondom setiap masa.

"Jika anda hendak diperkosa, serahkan kondom kepada pemangsa dan cuba untuk bekerjasama dengannya semasa dia ingin memenuhi keinginan seksualnya.

"Dengan cara itu, pemangsa tidak akan cuba untuk membahayakan anda," kata Shravan.


Berikutan kontroversi itu, sekumpulan wanita telah berinteraksi di laman Facebook dan dilaporkan berjumpa dengan keluarga Shravan dan berbincang dengan ibunya.

Menerusi video YouTube yang dimuat naik, ibu Shravan dilihat amat kecewa dan malu lantas meminta dia membuat permohonan maaf kepada golongan wanita.

Menurut laporan portal antarabangsa International Business Times, Shravan memberitahu bahawa kenyataan awal itu bukan pandangan peribadinya, sebaliknya ia petikan daripada skrip watak jahat projek filemnya.

"Saya ingin membuat permohonan maaf kerana menyiarkan komen sensitif sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

"Saya menyesal kerana mengeluarkan kenyataan tersebut dan berjanji tidak akan mengulanginya.

"Saya memohon maaf untuk itu dan saya tidak ada niat untuk menujukan ia kepada sesiapa pun, saya minta maaf atas segala salah faham yang dibuat di media sosial," tambahnya. 

Bagaimanapun, media melaporkan bahawa orang ramai sukar untuk menerima permohonan maafnya meskipun telah memadam kenyataan awal berkenaan.

Sila lihat..
E-Buku IH-64: Rogol Di India

E-Buku IH-64: Rogol Di India

Hilang Di Empangan Melaka Dijumpai Berkaki Ayam Di Sungkai (296 kilometer) Perak.



ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memulakan operasi SAR bagi mencari pemuda Orang Asli berusia 23 tahun dari Suku Kaum Temiar yang dilaporkan hilang di Empangan Jus Batang Melaka, Jasin. - Foto Ihsan Bomba
Orang Asli dilaporkan hilang di Melaka rupanya berjalan 296km ke Sungkai


MELAKA: Pemuda Orang Asli yang dilaporkan hilang di Empangan Jus Batang Melaka, Jasin di sini 5 Disember lalu, rupa-rupanya berjalan pulang sejauh 296 kilometer ke rumahnya di Sungkai Perak.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, berkata pemuda berusia 23 tahun dari Suku Temiar itu dilaporkan selamat tiba di rumahnya kira-kira jam 6 petang, Ahad lalu, dua hari selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pihak berkuasa 6 Disember.
“Pemuda berkenaan juga dilaporkan berkaki ayam ketika tiba di rumahnya di Sungkai, Perak dengan berjalan pulang melalui trek hutan dan jalan raya dari Melaka ke Perak.
"Difahamkan, ini juga bukanlah kali pertama dia dilaporkan hilang dan dalam kejadian terbaru ini, dia dilaporkan selamat tiba di rumahnya tanpa kecederaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Jumaat lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri yang menerima laporan kehilangan individu, menggerakkan operasi SAR pemuda Orang Asli itu yang bekerja sebagai buruh binaan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Penguasa Bomba Soon We Kiang, berkata laporan kehilangan diterima daripada rakan pemuda itu.
“Rakannya memberitahu, pemuda itu datang ke empangan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan dipercayai hilang ketika hendak buang air kecil.
“Pada hari kejadian, seramai 37 orang terbabit operasi SAR membabitkan bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia,” katanya.
Semakan di Google Maps mendapati, jarak dari Empangan Jus Batang Melaka ke Sungkai Perak adalah 296 kilometer (KM) jika menaiki kenderaan melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang memakan masa selama empat jam 21 minit.
Jika berjalan tanpa rehat, ia memakan masa perjalanan antara 55 hingga 59 jam atau dua hari setengah.(BH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
Hibur Hibur Sikit
Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan Semai yang membawa genre lagu balada. Meraka aktif pada akhir 1990-an dan telah menghasilkan 2 album. iaitu Asli (1999) dan Emas Permata (2000).

Kumpulan Jelmol terdiri daripada 5 anggota

  1. Jelmol - Kumpulan Lagu Terbaik

    • 1 year ago
    • 105,108 views
    Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan ...


  2. Jelmol - Halijah

    • 11 years ago
    • 121,449 views
    Layan lagu versi org Iban ker apa tah.. huhu.. best nih.


Pengalaman 8 Keluarga Terkepung Banjir. Al-hamdulillah, Selamat!


Kutip kangkung buat lauk selepas bekalan makanan habis

TUMPAT: Makanan terpaksa dicatu, malah terpaksa mengharung air mengutip kangkung yang ditanam untuk dimakan sebagai bekalan sepanjang tempoh banjir.
Itu pengalaman dialami lapan keluarga dari Kampung Jubakar Darat di sini, yang terkepung ketika banjir baru-baru ini kerana tidak dapat keluar dari kampung itu untuk mencari bekalan makanan.
Met Put Nill Di, 67, berkata, paras air banjir naik sehingga 0.8 meter di sekitar rumah, namun dia bernasib baik kerana kediamannya serta tujuh lagi keluarga lain agak tinggi dan terselamat.

“Bagaimanapun, kami terputus hubungan dengan jalan utama menyebabkan kami tidak boleh menyeberang untuk keluar membeli makanan dan tidak berani menaiki bot kerana arus deras.
“Tambahan pula dengan lokasi kampung yang terpencil, tidak ramai yang menyedari kami masih ada di rumah malah bantuan makanan diagihkan di lokasi atau kampung lain juga tidak tiba ke sini.
“Stok makanan semakin habis hingga menyebabkan kami terpaksa mengutip kangkung di dalam air untuk dimakan bersama nasi dan ikan masin,” katanya.
Terdahulu, dia dikunjungi Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) yang diketuai Pengerusinya, Pui Tiong Lam yang menyampaikan sumbangan makanan kepada lapan keluarga.
Met Put berkata, sepanjang tempoh seminggu banjir berlaku baru-baru ini, dia bimbang sekiranya berlaku kecemasan terhadap suaminya, Tian Chau Put, 71, yang terlantar akibat sakit gout dan kencing manis.
“Nasib baik keadaan suami tidak mudarat dan laluan di luar rumah dapat dilalui semula kelmarin. Kami segera keluar ke pasar membeli bekalan makanan,” katanya.
Pui berkata, pihaknya dihubungi orang awam yang memaklumkan situasi dialami lapan keluarga di sana yang terperangkap ketika banjir dan tiada bekalan makanan.
“Sebaik mengetahui, kami segera datang mengagihkan bekalan,” katanya. (MyMetro)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails