Friday, December 20, 2019

Palsu Permit Kerja Dan Pelacuran Diserbu Di 3 Lokasi Ini..



Paksa melacur selesai hutang 


DULU mereka adalah pekerja dan memasuki negara ini melalui saluran sah namun selepas beberapa tahun, mereka pula menjadi ‘pedagang’ dengan ‘mengimport’ bangsa sendiri secara haram dengan dilindungi sindiket tempatan.
Nama seperti Rasel, Mutalab, Nil Chan dan Maasom sudah biasa didengar dan paling popular dalam kalagan warga Bangladesh terutama di lokasi Jalan Silang, Kota Raya dan Lebuh Pasar yang menjadi tumpuan kegiatan warga Bangladesh di negara ini.
Tiga lokasi ini menjadi hab pelbagai kegiatan termasuk pemalsuan dokumen permit kerja dan pusat pelacuran serta pernah diserbu pihak berkuasa tetapi ia akan terus beroperasi 48 jam kemudian.
Isu warga Bangladesh ini bukan baharu dan ia sudah bermula pada tahun 2000 serta berlarutan hingga kini seolah-olah tiada kesudahan.
Malah warga Bangladesh ini kini pula semakin menguasai ekonomi tempatan dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan hingga ada yang menjadi kontraktor serta mendapat kontrak besar daripada kontraktor tempatan yang mengalibabakan kontrak yang diberikan kerajaan.
Sumber Harian Metro berkata, kegiatan sindiket pemerdagangan orang dalam kalangan warga Bangladesh di Jalan Silang, Kota Raya dan Lebuh Pasar masih berlaku.
“Bukit Aman pernah menyerbu lima atau enam premis di kawasan berkenaan dalam dua serbuan pertengahan 2019 namun mereka kembali melakukan kegiatan itu kurang 48 jam selepas diserbu. Premis yang disita juga digunakan mereka sehingga menimbulkan kehairanan bagaimana situasi itu boleh berlaku,” katanya.
Menurutnya, mereka yang menjadi dalang atau tauke pemerdagangan manusia ini dikuasai warga Bangladesh sepenuhnya.
“Ada dalam kalangan tauke ini menyewa premis untuk dijadikan pusat pelacuran dengan menjadikan lelaki warga Bangladesh yang bekerja di sekitar ibu kota sebagai pelanggan.
“Sindiket ini menggunakan modus operandi kerja bergaji lumayan sebagai umpan untuk menjerat wanita warga Bangladesh di negara mereka untuk datang ke negara ini.
“Jika tiada wang, sindiket sanggup menanggung dengan syarat apabila sudah bekerja, perlu membayar semula hutang itu.
“Namun sebaik tiba di Malaysia melalui saluran sah yang diuruskan ejen di negara asal, mereka dipaksa melacur bagi menyelesaikan hutang. Mahu atau tidak, mangsa dipaksa melacurkan diri kepada rakan senegara,” katanya.
Katanya, sindiket juga akan menjaga mangsa termasuk tempat tinggal dan menguruskan penghantaran daripada rumah ke pusat pelacuran. (MyMetro)

M/Kewangan Keliru Nyatakan Fakta Tepat, Seperti.. -AP Pasir Mas.


Hutang langsung K’jaan Pusat hampiri RM1 bilion

SAYA telah menerima jawapan bertulis dari Menteri Kewangan berhubung soalan yang telah dikemukakan mengenai jumlah terkini hutang negara. Fokus soalan adalah berkaitan dengan hutang langsung sahaja dan tidak termasuk liabiliti lain seperti jaminan kerajaan, hutang 1MDB serta inisiatif kerjasama awam swasta atau inisiatif pembiayaan swasta. 

Berdasarkan jawapan Menteri Kewangan tersebut, hutang langsung Kerajaan Persekutuan sehingga akhir bulan Jun 2019 adalah berjumlah RM799.1 bilion (52.7 peratus daripada KDNK). Peningkatan sebanyak RM58.1 bilion berbanding tahun 2018 iaitu RM741 bilion (51.2 peratus daripada KDNK). Jumlah pinjaman kasar keseluruhan sejak 1 Januari 2018 hingga 30 Jun 2019 ialah RM212.9 bilion. 

Daripada RM212.9 bilion itu, sejumlah RM54 bilion telah diterbitkan sebelum PRU Ke-14. Saya mengandaikan ia adalah untuk membiayai defisit fiskal pada tahun 2018 (3.7 peratus daripada KDNK). Sebanyak RM77.6 bilion telah diterbitkan selepas 9 Mei 2018 hingga akhir Disember 2018. Ia bertujuan untuk membayar pokok hutang yang telah matang bagi tahun 2018. 

Selanjutnya, sejumlah RM81.3 bilion pula diterbitkan sepanjang enam bulan pertama 2019. Mengapa Kerajaan Persekutuan membuat pinjaman sebanyak RM81.3 bilion tersebut? Berikut adalah perincian berdasarkan kepada jawapan yang telah diberikan oleh Menteri Kewangan; 

  • a.Bayaran Pokok Hutang Matang (Jan ‘19 – Jun ‘19) RM23.2 bilion 
  • b.Pre-Funding Hutang Akan Matang (Jul ’19 – Dis ’19) RM35.7 bilion 
  • c.Biaya Defisit Fiskal (Jan ‘19 – Jun ‘19) RM22.4 bilion 
Saya mengandaikan Kerajaan Persekutuan akan membuat lagi pinjaman kasar (terbitan hutang) lebih kurang RM29.5 bilion untuk membiayai baki defisit fiskal bagi enam bulan kedua 2019 bagi melengkapi anggaran awal keseluruhan iaitu sebanyak RM51.9 bilion (3.4 peratus daripada KDNK). 

Walau bagaimanapun, saya juga ingin merujuk kepada siaran media Menteri Kewangan bertajuk, “Sasaran Defisit Fiskal Bagi Tahun 2019” yang bertarikh 2 November. Saya ingin memetik kenyataannya pada paragraf yang keempat; 

“Untuk tempoh Januari – Oktober 2019, Kerajaan telah menerbitkan RM121 bilion hutang langsung secara kasar. Ia merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) bernilai RM51.5 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bernilai RM50.5 bilion, Bil Perbendaharaan bernilai RM11.5 bilion dan instrumen-instrumen lain termasuk Bon Samurai bernilai RM7.5 bilion. Pada masa yang sama, Kerajaan telah menebus RM61.7 bilion, Kerajaan telah menebus RM61.7 bilion…” 

Saya membuat dua perbandingan dalam Jadual 1 seperti di bawah. Pertama, jawapan bertulis yang diberikan kepada saya, manakala yang kedua siaran media Menteri Kewangan. 
Berdasarkan kepada perbandingan tersebut, kerajaan perlu memberi penjelasan berapakah sebenarnya jumlah penebusan yang telah dan akan dibayar pada tahun 2019? Mengapa terdapat dua perbezaan ketara dalam penjelasan yang diberikan oleh Menteri Kewangan? 

Bagi memenuhi sasaran defisit fiskal berjumlah RM51.9 bilion pada tahun 2019, Kerajaan Persekutuan memerlukan lagi RM14.2 bilion dan ia menjadikan jumlah keseluruhan pinjaman kasar adalah RM135.2 bilion. Jumlah ini jauh berbeza berbanding kiraan awal berdasarkan jawapan bertulis yang telah diberikan iaitu lebih kurang RM110.8 bilion. Perbezaan tersebut kerana jumlah penebusan yang sepatutnya dibayar pada tahun 2019. 

Sekiranya Kerajaan Persekutuan komited untuk memenuhi sasaran pinjaman bersih RM51.9 bilion, mengapa pula jumlah hutang langsung pada akhir Suku Ketiga 2019 (September) telah mencecah RM804.8 bilion? Jumlah semasa ini membuktikan pinjaman bersih Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM63.8 bilion atau defisit 4.2 peratus daripada KDNK. 

Isu hutang langsung Kerajaan Persekutuan perlu dijelaskan dengan sistematik oleh Menteri Kewangan. Penyelarasan data perlu dilakukan supaya maklumat yang disampaikan kepada rakyat betul dan tepat. Artikel ini bukan menyanggah tetapi menuntut penjelasan dari Menteri Kewangan. 

Ia berasaskan kebimbangan saya bahawa sekali lagi Menteri Kewangan keliru dalam menyatakan fakta yang tepat seperti isu wang pendahuluan kepada Kerajaan Kelantan pada tahun 2018 di mana awal tahun ini beliau nyatakan dalam jawapannya kepada saya bahawa jumlah wang pendahuluan kepada Kelantan tahun 2018 ialah RM22.5 juta namun dalam kenyataannya yang ‘bertajuk panjang itu’ baru-baru ini dinyatakan sebanyak RM91.5 juta. 

AHMAD FADHLI SHAARI 
Ahli Parlimen Pasir Mas 
19 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 19/12/2019


Majlis Keselamatan Gagal Berfungsi. -Tayyip Erdogan


PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan berucap pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai lima negara anggota tetap ternyata gagal dalam mewakili suara 1.7 bilion umat Islam di seluruh dunia.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, berkata kegagalan itu menyaksikan mereka tidak berupaya mencari penyelesaian terhadap negara Islam bergolak, apatah lagi untuk menegakkan keadilan.
“PBB yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua dipertanggungjawab untuk mempertahan hak dan kepentingan kuasa-kuasa global.
“Bagaimanapun, Majlis Keselamatan PBB tidak mewakili 1.7 bilion umat Islam di dunia dan saya percaya mereka sudah tidak lagi relevan,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di sini, hari ini.
Namun, katanya, sehingga kini negara Islam masih bergantung kepada lima kuasa dunia itu bagi membawa suara umat Islam, selain mencari penyelesaian terhadap naratif keganasan yang terus dikaitkan dengan Islam.
Beliau berkata, dunia Islam tidak lemah dan tidak pernah terdesak, malah tiada perbezaan pun di antara umat Islam dengan lawan mereka dari segi sumber, penduduk dan kedudukan geografinya, dan dalam segala bidang, dunia Islam berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding negara lain.
“Jika majoriti umat Islam masih bergelut dengan kelaparan, kemiskinan dan kejahilan walaupun memiliki segala kemudahan, minyak, penduduk serta sumber semula jadi, kita harus terlebih dulu mencari kesilapan dalam diri kita,” katanya.
Justeru, tegas beliau, keberkesanan dan peranan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menyuarakan masalah dunia Islam mesti diperkukuh.
“Ini fakta yang selalu kita bicarakan. Sepanjang tempoh tiga tahun kami sebagai Presiden OIC, tidak cukup dengan hanya bercakap dan mengenal pasti masalah, kami memantau dengan teliti setiap keputusan diambil serta memastikan pelaksanaannya,” katanya.
Erdogan berkata, penderitaan dihadapi umat Islam ketika ini juga disebabkan mereka mengambil jalan keluar mudah dan bukannya menghadapi serta mencari jalan menyelesaikan masalah sendiri.
“Dalam aspek perdagangan hingga ke politik serta dasar luar hingga industri dan teknologi, negara Islam gagal mencapai potensi sebenar, malah bahagian kek ekonomi negara Islam secara global tidak sampai pun 10 peratus.
“Jurang pendapatan antara negara Islam terkaya dan termiskin di dunia melebihi 200 kali ganda, meskipun negara Islam menguasai 59 peratus sumber minyak dan 58 peratus sumber gas asli global,” katanya.
Hakikatnya, tambah beliau, 350 juta orang Islam masih bergelut dengan kemiskinan tegar, manakala hanya empat peratus perbelanjaan sektor perubatan global sampai kepada penduduk Islam, yang berjumlah kira-kira 25 peratus daripada penduduk dunia.
Dalam aspek pendidikan pula, katanya, walaupun tahap celik huruf global ialah 82.5 peratus tetapi dalam kalangan negara Islam, kadarnya hanya 70 peratus. (BH)

Sedia Kerjasama Dalam Ekonomi Digital &Kecerdasan Buatan. -Presiden Iran.

'Kuasa beli rakyat semakin lemah, bersatulah negara Islam' - Hassan Rouhani
HASSAN: Kuasa membeli rakyat terutamanya dalam negara Muslim mengalami penurunan dan negara-negara Islam berdepan kesukaran dan tekanan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

'Kuasa beli rakyat semakin lemah, bersatulah negara Islam' - Hassan Rouhani

KL: Presiden Iran Dr Hassan Rouhani menyuarakan kesediaan Iran untuk bekerjasama dengan negara Islam lain dalam menangani kesukaran dan tekanan dari kuasa-kuasa luar khususnya dalam ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Menurut Hassan, kuasa membeli rakyat terutamanya dalam negara Muslim mengalami penurunan dan negara-negara Islam berdepan kesukaran dan tekanan.

"Benar, kuasa membeli rakyat lemah. Eksport, import, penghantaran wang, pertukaran matawang semunya berdepan masalah,” ujarnya ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis.

Menurutnya, ekonomi digital merupakan masa depan kepada ekonomi dunia dan ia hanya mampu dicapai menerusi jaringan kerjasama.

Antara kerjasama yang beliau gariskan termasuk mewujudkan mata wang kripto Islam dengan kerjasama bank-bank pusat negara masing-masing.

Dalam ucapan sama, beliau turut menggesa negara-negara Islam untuk bekerjasama dalam menentang ‘keganasan ekonomi’ Amerika Syarikat.

Ujarnya, dunia Islam perlu ‘diselamatkan’ daripada didominasi oleh Dolar AS dan regim kewangan negara itu.

“Sekatan dan penguasaan S dalam ekonomi di peringkat nasional dan global telah memberi peluang kepada negara itu dalam meluaskan pengaruhnya,” katanya. (AA)

Serang Ibu Pejabat Perisikan Rusia Moskow, 1 Maut 5 Cedera.

1 maut, 5 cedera dalam serangan di ibu pejabat perisikan Rusia Seurang-kurangnya seorang terbunuh manakala lima yang lain cedera dalam serangan di ibu pejabat FSB. -AP

SEKURANG-KURANGNYA seorang terbunuh manakala lima yang lain cedera dalam serangan di ibu pejabat Khidmat Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) di tengah Moscow pagi ini.

Mangsa yang terkorban merupakan pegawai FSB manakala dua yang lain cedera parah.

Insiden tembakan itu berlaku beberapa jam selepas sidang media tahunan oleh Presiden Putin.

Penyerang yang belum dikenal pasti itu walau bagaimanapun berjaya ditembak mati pengawal ketika dia menyerbu pintu masuk bangunan dan menembak secara rambang menggunakan senjata api automatik, lapor portal Interfax.

Sejurus kejadian, pasukan keselamatan bertindak menutup kawasan itu dan memindahkan orang ramai ke bangunan bersebelahan.

Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan.

FSB dalam pada itu menafikan laporan terdapat tiga lelaki bersenjata dalam serangan di ibu pejabatnya.

Laporan yang tidak disahkan itu berkata dua terbunuh di lobi manakala penyerang ketiga melarikan diri ke bangunan berdekatan namun terbunuh dalam tembak menembak dengan polis.

Siasatan tertumpu kepada cubaan bunuh pegawai penguatkuasa undang-undang dan kemungkinan ada kaitan dengan sidang media Vladimir Putin yang diadakan sebelum itu.

Zakir Naik Hadir KL Summit 2019

Zakir Naik hadir KL Summit 2019
Zakir hadir ke Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto Astro AWANI

KL:: Penceramah bebas Zakir Naik membuat kemunculan di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) yang sedang berlangsung di ibu negara mulai Rabu.

Zakir dilihat memasuki dewan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur diiringi beberapa orang kenalannya ketika perasmian sidang kemuncak tersebut.

Selain itu, beliau juga turut sama menghadiri sesi Sidang Meja Bulat pertama yang mengupas keutamaan dan cabaran dunia Islam.

Sidang Meja Bulat tersebut menampilkan tiga panel utama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran Hassan Rouhani.

KL Summit 2019 yang membuka tirai pada Rabu menjadi platform menilai dan menggariskan semula keutamaan dalam kalangan negara Islam ke arah kemakmuran dan kemajuan bersama. (AA)

ASB: Lagi Kegagalan&Derita Rakyat Sejak PH Berkuasa



AKHBAR The Star muka depan hari ini membawa tajuk “Blow-up over ASB payout“. Ia mengulas ketidakpuasan hati lebih 10 juta pelabur ASB kerana cuma mendapat pulangan dividen dan bonus sebanyak 5.5 sen seunit iaitu yang terendah dalam sejarah Skim Amanah Saham yang dikhaskan untuk Bumiputera ini. 

Selain Tabung Haji inilah skim simpanan dan pelaburan yang menjadi tumpuan golongan Bumiputera, skim simpanan untuk masa tua, menabung untuk masa depan. 

Malangnya sebagaimana diulas Dato’ Muhammad Hasan akibat kegagalan Kerajaan PH mentadbir dan mengurus ekonomi negara dengan baik kesannya terkena kepada semua termasuklah dalam hal ini para pelabur ASB. 

Apa lagi yang bakal ditanggung rakyat angkara kegagalan PH ini? 

Dahlah kos hidup terus membebankan, harga barang dan perkhidmatan naik melambung, harga komoditi dan hasil tani tidak berubah, gaji dan upah tidak berganjak. Malah ada industri yang sudah mula memberhentikan pekerjanya. Janji-janji Manifesto PH tinggal janji. 

Dan kini pelaburan di ASB pun seakan tiada jaminan. 

Inilah nasib dan derita rakyat sejak PH berkuasa. Jika terus merosot dan gagal begini langkah terbaik adalah untuk kerajaan ini dibubarkan dan mandat diserah kembali kepada rakyat. Biar rakyat yang tentukan nasib dan masa depan mereka. – HARAKAHDAILY 19/12/2019


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails