Thursday, February 13, 2020

T'ganu Pula Difitnah: X Iktiraf Rakyat Berbilang Kaum?


Fitnah FMT: Tuntut mohon maaf, tarik balik
MERUJUK kepada hantaran di Facebook Free Malaysia Today pada hari ini yang menyatakan, “Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti Islam itu dan Umno tidak mengiktiraf kewujudan rakyat berbilang kaum serta agama di Malaysia.”

Kapsyen yang digunakan oleh Free Malaysia Today ini ternyata merupakan satu fitnah yang jahat kepada Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri, PAS dan Umno. Bahkan fitnah sebegini boleh menyemarakkan lagi perpecahan kaum di Malaysia.

Melalui sidang media semalam, dengan jelas Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri menyatakan bahawa “Sejak daripada awal lagi sama ada PAS ataupun Umno khususnya, kita memahami dan mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum dan agama di negara kita, dan semuanya ada peranan dan hak masing-masing dalam negara.”

(https://youtu.be/d5oPKrr9uyk)

Oleh kerana itu, pihak kami menggesa Free Malaysia Today untuk menarik balik hantaran di facebook tersebut dengan segera dan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri, PAS dan juga Umno.

Tindakan yang tidak beretika daripada portal berita seperti Free Malaysia Today akan menyebabkan keharmonian kaum di Malaysia berada dalam keadaan terancam. Saya menasihatkan para wartawan dan portal berita untuk menjalankan tanggungjawab dengan penuh beretika agar dihormati masyarakat.

“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”

HJ MOHD ADRAM MUSA
Setiausaha Akhbar
Menteri Besar Terengganu

12 Februari 2020 – HARAKAHDAILY 12/2/2020



Lihat sebelum ini..

Serang Menteri Belia&Sukan, 4 Didakwa..

Hasil carian imej untuk 4 didakwa serang Syed Saddiq

EMPAT lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas tuduhan menyerang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sebuah tapak perkhemahan, 31 Januari lalu.
Tertuduh, pengimpal bengkel, Norhanizam Itnain, 38; peniaga, Mohd Iskandar Masindra Rasidi, 37; pekerja kedai serbaneka, Mohd Iskandar Afiq Abd Razak, 26; dan peniaga pakaian terpakai, Ezzul Emran Abdul Rahim, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman.
Mengikut pertuduhan, keempat-empat suspek didakwa menyerang Syed Saddiq dengan niat menjatuhkan kehormatannya di tapak perkhemahan Savannah Hill Resort, Ulu Tiram, pada 9.30 malam, 31 Januari lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 355 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Faizal Noorhadi, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Chan Choon Yew menawarkan jaminan RM15,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin, selain memohon keempat-empat melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Bagaimanapun peguam keempat-empat suspek, Izzat Muhtar, memohon mahkamah menetapkan jaminan rendah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama kepada polis sepanjang kes disiasat.
Majistret kemudian memerintahkan keempat-empat tertuduh dijamin RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, setiap bulan.
Mohd Zaki menetapkan 15 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.
Terdahulu, prosiding pendakwaan turut dihadiri peguam pemerhati daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Shufri Samad.
Pada 1 Februari lalu, media melaporkan kira-kira 200 individu berbaju hitam dan merah mencetuskan kekecohan ketika Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU menghadiri majlis makan malam bersama ahli keluarga, rakannya dan pimpinan parti itu di sebuah restoran di Ulu Tiram, pada malam 31 Januari lalu. (MyMetro)

Berita hangat

Lihat sebelum ini..

Wednesday, February 12, 2020

K'tan Buat Apa RM400 Juta Pemberian K/Persekutuan?


Pelaksanaan peruntukan awal pemberian khas RM400 juta

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri mengumumkan perbelanjaan RM52.5 juta daripada RM400 juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan Disember lalu akan digunakan bagi tujuan meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Kelantan khususnya.

Menteri Besar, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pelaksanaan awal hasil bantuan ‘one-off’ itu akan digunakan untuk membina dan membaiki rumah Ad-Dhuafa’ dengan peruntukan berjumlah RM400,000 bagi setiap DUN.
“Sebanyak RM100,000 juga diperuntukan bagi setiap DUN untuk membaik pulih jalan-jalan kampung. Manakala RM30 juta untuk membina mini loji dan menaiktaraf loji bagi meningkatkan bekalan air terawat kepada rakyat.
“Khusususnya kawasan Kota Bharu; Kedai Buluh, Perol dan Ketereh. Bachok; Telok Mesira dan Jelawat. Tumpat; Wakaf Bharu dan terakhir Pasir Mas di Meranti Baru,” katanya ketika ditemui pihak media selesai Mesyuarat EXCO.
Tambahnya lagi, peruntukan awal tersebut adalah sebagai langkah segera untuk memastikan kesejahteraan rakyat tercapai dan semua projek berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Malah jelasnya, segala perbelanjaan peruntukan turut dimaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa.
Surat khas mengenai bantuan berkenaan diterima daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Disember di mana memaklumkan peruntukan berkenaan adalah untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Kelantan. – HARAKAHDAILY 12/2/2020
Lihat sebelum ini..

Bas Tanpa Pemandu. -Pemuda M'sia Berkreatif Di Finland.

Umar Zakir Abdul Hamid menjadi jurutera utama projek bas tanpa pemandu di Finland iaitu Sensible 4. — Foto Umar Zakir Abdul Hamid Umar Zakir Abdul Hamid menjadi jurutera utama projek bas tanpa pemandu di Finland iaitu Sensible 4. — Foto Umar Zakir Abdul Hamid
JOM KREATIF
KUALA LUMPUR, 12 Feb — Kenderaan yang bergerak sendiri tanpa pemandu sering kali kita lihat dalam pelbagai filem genre sains fiksyen.
Nampaknya teknologi itu tidak lama lagi akan menjadi kenyataan.
Hebatnya, antara orang yang bertanggungjawab memastikannya menjadi realiti adalah seorang pemuda dari Malaysia, Umar Zakir Abdul Hamid.
Beliau kini menjadi jurutera utama pasukan perancangan dan kawalan pembangunan algoritma bersama syarikat teknologi tanpa pemandu di Finland iaitu Sensible 4.
Syarikat itu berkerjasama dengan Muji Japan dalam menghasilkan bas ulang-alik pertama tanpa pemandu yang dipanggil Gacha.
“Pasukan kami bertanggungjawab membangunkan algoritma yang membantu kenderaan autonomi (AV) bergerak dan merancang semula destinasi dalam insiden yang tidak diingini,” katanya.
Sensible 4 sudah melancarkan ujian percubaan di beberapa bandar di Finland sejak Mac tahun lalu dan berhasrat memperkenal Gacha di Asia Tenggara tahun ini.
Mereka mensasarkan bas tanpa pemandu tersedia secara komersil tahun depan.
Umar merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam panduan, sistem navigasi dan kawalan AV.
Semasa pengajian doktor falsafah (PHD), Umar adalah ahli pasukan ‘Intelligent Drive’ pusat pengajian tinggi tersebut yang berjaya mempamerkan prototaip kenderaan tanpa pemandu di Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya pada 2018.
Tidak dinyatakan sejak bila berada di Finland, namun Umar mempunyai enam tahun dalam bidang AV, malah menyertai lebih 10 projek di Malaysia, Singapura dan Jepun. (https://www.projekmm.com/)

SILA IKUTI..
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik:  1 Hingga 3 E-Buku IH-10: Siri 1
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-53: Siri 2
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-68: Siri 3

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)  E-Buku IH-103: Siri 4

Lagi Transgender, Pondan Ditangkap Tempatkan Di Lokap Lelaki Atau Wanita?

Lucinta ditangkap, polis bingung mahu tempatkan di lokap lelaki atau wanita
Lucinta ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada 1.30 pagi Selasa. Foto Instagram
Lucinta ditangkap, polis bingung mahu tempatkan di lokap lelaki atau wanita.

JAKARTA: Penyanyi dangdut yang juga selebriti Indonesia, Lucinta Luna ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.

Namun polis Indonesia kini bingung untuk menempatkan penyanyi transgender berumur 30 tahun itu, di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.

"Sel (lokap) perempuan atau laki (lelaki), kami belum (memastikan), penahanan masih di ruang penyelidikan (bilik siasatan)," kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun.

Menurut media tempatan, Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada 1.30 pagi Selasa.

Selebriti itu ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan satu pasangan suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil ecstacy di apartmennya.

Sehingga hari ini, Lucinta masih disoal siasat polis Metro Jakarta Barat.
-- BERNAMA




Lihat sebelum ini..

Tuesday, February 11, 2020

Badut Pegang Tas Tangan, Tuju Pada Rosmah? -Ini Di AJL.

Kumpulan Drama Band ketika persembahan Anugerah Juara Lagu ke-34 di Bukit Jalil, 9 Feb 2020. — Foto oleh Shafwan ZaidonK
Kumpulan Drama Band ketika persembahan Anugerah Juara Lagu ke-34 di Bukit Jalil, 9 Feb 2020. — Foto oleh Shafwan Zaidon
HALAMAN HIBURAN
Tak curi wang rakyat, Drama Band tak perlu minta maaf, kata wakil rakyat PK
KUALA LUMPUR, 11 Feb — Drama Band tidak perlu meminta maaf kerana mencetuskan kontroversi semasa persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ahad lalu, kata wakil rakyat PKR.
Fahmi Fadzil berkata kumpulan tersebut tidak harus berbuat demikian kerana bukan mereka yang mencuri wang rakyat.
“Drama Band tak perlu mohon maaf. Bukan kamu yang curi duit rakyat,” catat ahli parlimen Lembah Pantai itu di Twitter.
Membawakan lagu berjudul Drama, kumpulan itu di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil menampilkan beberapa karakter yang seakan menyindir selebriti dan tokoh politik.
Paling ketara sepasang lelaki dan wanita berwajah badut, sambil memegang beberapa tas tangan, dianggap sesetengah pihak seakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Kumpulan rock itu juga mengungkap dialog ‘can i advise you something’ seperti rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Selepas dikecam hebat, vokalisnya Aepul Roza memohon maaf, namun mempertahankan persembahan mereka yang disampaikan dalam bentuk satira.
“Saya mewakili Drama Band memohon maaf atas keterlanjuran kami dalam persembahan malam tadi,” katanya seperti dilapor sebuah portal.
“Jika ada yang meneka watak dibawa ke pentas ditujukan kepada mana-mana individu, kami tidak mampu menghalangnya. (https://www.projekmm.com/)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenyataan ini menjawab kata wakil rakyat PKR itu..
'Paling ketara sepasang lelaki dan wanita berwajah badut, sambil memegang beberapa tas tangan, dianggap sesetengah pihak seakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.'
Ertinya, PKR mempolitikkan projek hiburan, bukan membantu rakyat miskin tertindas. Baca ini..

'Lim tidak sedar diri ' Penyebab 'negara dalam bahaya?' -AP Kuala Krai


Lim Guan Eng yang menggelapkan negara ini

SAYA membaca kenyataan Lim Guan Eng mengenai negara ini akan melalui Zaman Gelap seperti Kelantan jika PAS berkuasa dan ‘Pakatan Nasional’ berbahaya kepada negara.

Ternyata saudara Lim tidak sedar diri bahawa Malaysia kini sedang berada di Zaman Gelap yang paling teruk di bawah beliau sebagai Menteri Kewangan.
Janji manifesto dicapati, penjualan aset negara seumpama menjual goreng pisang panas, berbagai insentif dipotong, malah ekonomi negara tidak langsung berkembang dan lebih teruk rakyat sengsara dengan kenaikan harga barang.
Lebih memedihkan, beberapa keistimewaan Melayu dicabul dan cuba dihapuskan, isu perkauman semakin melebar. Ternyata Lim dan DAP benar-benar menjadi ‘kaduk naik junjung’.
PAS dan Kelantan menjadi sasaran utamanya terhadap semua kesalahan yang dilakukan. Seakan-akan DAP dan Kerajaan Pakatan Harapan suci sesucinya.
Cukuplah Lim ‘meluruskan benang yang basah’, keresahan rakyat terhadap buruknya ekonomi negara ini dan pencabulan terhadap Melayu ianya bermula bila DAP menjadi kerajaan.
Rakyat tahu di mana akhirnya DAP mahu membawa negara dan siapa yang menyebabkan negara dalam bahaya?
ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Ahli Parlimen Kuala Krai
17 Jamadil Akhir 1441 | 11 Februari 2020 – HARAKAHDAILY 11/2/2020



Gambar kenangan Ibnu Hasyim bersama YB Abd Latif.
Depan sekali, YB Abdul Latif Abd Rahman Timb Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan, NGO Negeri Kelantan, dalam penerbangan dari Beijing ke Urumqi, masa itu.
Memasuki negeri Xinjiang, dari udara..
Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails