Thursday, February 20, 2020

Dia Penyebab Hakim Menangis Kerana Memaafkan Pembunuh Anaknya...


Pelakon Morgan Freeman mewawancara Abdul-Munim Sombat Jitmoud untuk sebuah program khas yang dihasilkan National Geographic TV.
Lelaki maafkan pembunuh anaknya jadi jurucakap isu toleransi, belas kasihan.

Abdul Munim Sombat Jitmoud 
KL: SEORANG bapa yang menyebabkan hakim menangis apabila beliau memaafkan pembunuh anaknya di mahkamah Amerika Syarikat kini menjadi jurucakap isu toleransi dan kemaafan di forum antarabangsa.

Bekas pengetua di 7 sekolah Islam di AS selama 31 tahun, Abdul Munim Sombat Jitmoud berkata, selain rumah ibadat, beliau turut menerima undangan berucap dalam pelbagai program bagi menyampaikan isu rahmah dan belas kasihan.

“Kebiasaannya saya berucap di masjid, gereja atau rumah ibadat Yahudi atau mana-mana organisasi yang menjemput saya untuk menyampaikan ucapan.

“Saya berkongsi dengan masyarakat yang kita perlu bersabar satu sama lain, tidak kira Islam atau bukan Islam.



Abdul-Munim Sombat Jitmoud memeluk Alexander Relford selepas memaafkan pembunuh anaknya di sebuah mahkamah AS pada November 2017.
“Kita perlu hidup dengan aman dan harmoni,” katanya kepada FMT selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Kepentingan seorang bapa kepada keluarga dan komuntiti” di Ibu Pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Jitmoud kini dalam misi jelajah ke 6 negara, termasuk Malaysia bagi menyampaikan ucapan. Namun, ada yang terpaksa ditangguhkan sementara ekoran penularan wabak Covid-19 ketika ini.


Disember tahun lalu, kerajaan Malaysia menganugerahkan Ikon Rahmah kepada Jitmoud atas sikap belas kasihannya yang menjadi contoh kepada masyarakat dunia.

Beliau pernah diwawancara pelakon Morgan Freeman dan personaliti terkenal lain atas kisahnya yang memberi inspirasi kepada ramai orang.

Anaknya, Salahuddin dibunuh ketika menghantar piza pada malam 19 April 2015 di Lexington, Kentucky. Beliau berusia 22 tahun dan pembunuhnya, Trey Alexander Relford berusia 24 tahun.

Ramai yang melabelkan kes itu sebagai jenayah kebencian terhadap umat Islam, tetapi polis berkata sebaliknya kerana tiada bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Jitmoud dalam wawancara bersama FMT berkata, kematian anaknya, Salahuddin mendorong beliau untuk memfokuskan isu perkembangan sahsiah generasi muda kerana masyarakat ialah penjenayah sebenar dalam pembunuhan anaknya.

“Itu sebabnya saya tidak menyalahkan lelaki yang membunuh anak saya. 


“Masyarakat yang gagal. Dia datang daripada keluarga bermasalah dan masyarakat tidak membantunya untuk berdikari. Dia terlibat dengan orang jahat, dadah dan alkohol.”

Katanya, Relford ialah hasil kekejaman masyarakat yang mengabaikannya ketika beliau masih kecil.

“Apabila saya melihat kesnya, ia membuatkan saya lebih cintakan kemanusiaan lagi,” kata warga AS berusia 69 tahun itu yang berasal dari Thailand.

Relford hampir dijatuhkan hukuman mati selepas mengaku bersalah bersubahat dalam pembunuhan Salahuddin, bagaimanapun Jitmoud bertindak memaafkannya.

Beliau kemudian memeluk Relford yang menangis teresak-esak sambil meminta pengampunan ke atas perbuatannya. Hakim menjatuhkan hukuman penjara 31 tahun ke atas Relford.

Jitmoud, 69, percaya sifat penyayang ialah faktor yang menggerakkannya untuk memberi peluang kedua kepada Relford. (
MINDARAKYAT)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kehebatan lelaki ini pada saya ialah pandai memanfaatkan dirinya, pada masa, suasana, tempat dan keadaan, untuk perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan Islam. Lebih menarik lagi beliau tidak menyalahkan pembunuh anaknya itu. 

Padanya:

“Masyarakat (AS) yang gagal. Dia (pembunuh itu) datang daripada keluarga bermasalah dan masyarakat tidak membantunya untuk berdikari. Dia terlibat dengan orang jahat, dadah dan alkohol.”

Menurut beliau, Relford (pembunuh anaknya) ialah hasil kekejaman masyarakat yang mengabaikannya ketika beliau (Relford) masih kecil.

Allahu Akbar! Allahu Akbar!


Hibur Hibur Sikit
  • Lagu Melayu menyesatkan!
  • Lagu Melayu Klasik Lucah

Ku Tiada Minta Lahir Didunia ~ Ismail Haron & Orkestra RTM

Ismail Haron - Dendamku Kerana Maria.wmv


Lagu Melayu Klasik Lucah

AYO KEZAMBO - petikan filem P.Ramlee "Panggilan Pulau" (1953)

Maklumat Tidak Telus, Lebih Baik Tutup PH, Bukan TH



JANGAN pertikai hak rakyat dan pembangkang untuk menyuarakan kritikan terhadap Tabung Haji kerana banyak maklumat yang disampaikan tidak telus. 
  • Jika disorot dari awal, isu ini bermula daripada pertikaian terhadap laporan audit yang dikeluarkan oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC) yang dilihat bercanggah dengan audit Ernst & Young dan Laporan Ketua Audit Negara. 
  • Susulan itu, banyak tindakan yang diambil oleh LTH dan Menteri (Agama) seperti subsidi haji dan penamatan operasi empat Hotel THHR ditempelak oleh rakyat.
  • Saya turut mengikuti isu perpindahan aset LTH yang bernilai RM19.9 bilion kepada syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd. Sebahagian daripada ekuiti yang dipindah milik boleh dipersoalkan seperti pegangan LTH dalam Digi, Hap Seng Plantation dan MISC. 
  • Adakah ekuiti-ekuiti tersebut mengalami kerugian belum direalisasikan melebihi 20 peratus? 
  • Begitu juga 29 buah hartanah strategik yang dipindah milik atau dijual kepada UJSB.
  •  Adakah hartanah (hotel, bangunan komersial dan tanah) tersebut tidak mencatatkan hasil (yield) melebihi 2 peratus?
  • Persoalan ini timbul disebabkan maklumat penyata kewangan terutama melibatkan hartanah seperti rangkaian hotel TH tidak didedahkan kepada awam. 
  • Tambahan pula, Laporan Tahunan Tabung Haji Tahun 2018 masih belum diterbitkan. Mengapa? 
  • Hal yang sama turut berlaku bulan lepas mengenai transaksi penjualan dua anak syarikat TH Plantations Berhad kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd. Siapakah jurunilai yang dilantik dan bagaimana ia membuat penilaian rosot nilai daripada RM380 juta (2017) kepada hanya RM122 juta sahaja?
  • Banyak maklumat tidak telus dan tidak selaras berlaku termasuk daripada Menteri (Agama) sendiri. Ia menggambarkan kelemahan pentadbiran dan komunikasi sangat serius. 
Jika hal penting ini gagal diselesaikan, lebih baik tutup operasi PH kerana merugikan rakyat.
Sekian, terima kasih.
AHMAD MARZUK SHAARY
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
26 Jamadil Akhir 1441 | 20 Februari 2020 – HARAKAHDAILY 20/2/2020

'pertahankan hak rakyat'! TH Hotel T’ganu Untung, Apa Sepatutnya Menteri Agama Buat?


TH Hotel T’ganu untung, wajib kekal bawah TH


SAYA telah membuat semakan ke atas prestasi TH Hotel & Convention Centre Terengganu di Kuala Nerus dan mendapati bahawa ia telah mencatatkan keuntungan (selepas cukai) pada tiap-tiap tahun. Rekodnya seperti berikut:

2014 RM379.1 ribu
2015 RM706.9 ribu
2016 RM738.9 ribu
2017 RM1.716 juta
2018 RM1.025 juta

Sehubungan itu, soalan yang perlu segera dijawab oleh pihak pengurusan Tabung Haji (TH) ialah mengapa sebuah hotel yang telah mencatatkan keuntungan perlu diserahkan kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV). Tidakkah ini bercanggah dengan tujuan pemulihan?

Apa yang sebenarnya perlu dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Agama ke atas hotel-hotel seperti TH Hotel & Convention Centre Terengganu ini ialah membuat lantikan pegawai-pegawai yang lebih profesional untuk melipatgandakan keuntungannya, bukan dengan menjualnya terus.
Advertisement
Setelah hotel-hotel seperti TH Hotel & Convention Centre Terengganu yang dikatakan rugi ini diserahkan kepada SPV, apakah ada jaminan bahawa ia akan dikembalikan kepada TH setelah ia berjaya keluar dari kerugian? Pasti tidak ada.
Hotel-hotel seperti TH Hotel & Convention Centre Terengganu yang untung ini adalah aset-aset milik para pendeposit TH, oleh itu Kerajaan sepatutnya mendapatkan izin dan mandat dari mereka terlebih dahulu sebelum ia dijual.
Saya mempertahankan hak rakyat saya yang menabung di TH supaya TH Hotel & Convention Centre Terengganu di Kuala Nerus, yang terbina hasil modal dan deposit mereka, dikekalkan dalam pengurusan TH dan tidak diserahkan kepada SPV.
Keseluruhan episod yang berlaku dalam penjualan TH Hotel & Convention Centre Terengganu dan hotel-hotel TH lain adalah satu titik hitam kepada sejarah perjalanan TH dan sejumlah 9.4 juta pendeposit yang membentuk nilai simpanan lebih RM75 bilion!
Sekian.
“Islam Memimpin Perpaduan”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus – HARAKAHDAILY 19/2/2020

Wednesday, February 19, 2020

Ini, Pelajar Bercinta Berpeluk di Bawah Pokok. Apa Patut Buat?

Sebuah video menunjukkan sepasang remaja berpelukan di bawah pokok tular di laman sosial. — Foto ihsan Twitter/Man Manjoi
Sebuah video menunjukkan sepasang remaja berpelukan di bawah pokok tular di laman sosial. — Foto ihsan Twitter/Man Manjoi
Video pelajar bercinta bawah pokok tular, tegur jangan mengaibkan
PETALING JAYA, 19 Feb — Tindakan seorang individu menegur sepasang remaja didakwa sedang bercinta di bawah sepohon pokok tular di laman sosial.
Rakaman berdurasi 30 saat itu dimuat naik pengguna Man Manjoi di Twitter menunjukkan pasangan dipercayai pelajar sekolah sedang duduk di bawah pokok sambil berpelukan.
Man Manjoi dalam catatan di video itu menyatakan lokasi terletak di Taman Palma, Taiping namun waktu dan tarikh kejadian tidak dimaklumkan.
Rakaman itu mendapat reaksi pelbagai di kalangan pengguna maya termasuk menyelar tindakan remaja terbabit.
“Astaghfirullahal’azim...mana pergi maruah kamu adik kecil woi. Kalau tak reti malu pada manusia malulah pada Allah,” tulis CChupa88.
“Buat tempat terbuka senang nak cukupkan 4 saksi ke macam mana?” sindir Nadiah Huda.
Bagaimanapun, ada pengguna media sosial yang menegur tindakan penularan video berkenaan sehingga  mengaibkan remaja terbabit.
“Pada saya tegur tu dah betul dah tapi viralkan tu perlu ke?” soal Ruby.
Setakat ini, video berkenaan 53,600 tontonan dan 1,000 ulang kicau. (https://www.projekmm.com)

Sumbangan Al-Aqsa Tak Sampai? Siasat Angkara Siapa..


PRESIDEN Muslim Care Malaysia, Zulkifili Wahijan pada sidang media di Pejabat Muslim Care Malaysia, hari ini. - Foto Asyraf Hamzah
Sumbangan al-Aqsa: NGO Malaysia tuntut duta mohon maaf
GOMBAK: Sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam kerja kebajikan rakyat Palestin menuntut duta negara berkenaan memohon maaf berikutan kenyataan sumbangan rakyat Malaysia tidak sampai untuk urusan pembangunan dan pembebasan Masjid Al-Aqsa.
Malah, mereka juga mendesak Walid Abu Ali menarik balik kenyataan itu jika tidak dapat memberikan bukti.
Wakil gabungan NGO itu, Zulkifili Wahijan, berkata ini kerana kenyataan Walid itu hanya memberi kesan buruk kepada NGO seperti mereka dan dibimbangi akan memberi impak kepada kerja kebajikan di Palestin selain menggugat keyakinan penderma.
“Kami menuntut Duta Palestin di Malaysia menarik balik kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan serta memohon maaf secara terbuka sekiranya beliau gagal membuktikan segala tuduhan liar itu. Namun, tindakan undang-undang akan diambil jika Walid gagal berbuat demikian.
“Kami daripada (10) NGO Malaysia yang hadir hari ini kecewa dan sedih dengan kenyataan Walid Abu Ali berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana sumbangan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.
“Kenyataan beliau telah merosakkan bukan hanya imej dan reputasi NGO di Malaysia tetapi juga kerajaan termasuk rakyat Malaysia keseluruhannya,” kata Presiden Muslim Care Malaysia itu pada sidang media selepas mesyuarat tergempar hari ini.
Sepuluh NGO yang terbabit dengan mesyuarat tergempar itu adalah wakil daripada Muslim Care Malaysia; Viva Palestina Malaysia; Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Global Peace Mission, MyCARE, Haluan Malaysia; Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM; MEDICOM, Cakna Palestin dan MAHAR.
Mengulas mengenai sumbangan disalurkan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin melalui NGO, Zulkifili menegaskan, ia melalui proses audit dan didedahkan dalam laporan tahunan.
Jelasnya, dakwaan wujud penyelewengan dana ada tidak tepat kerana proses sedemikian wajib dilakukan kesemua NGO terbabit.
“Tuduhan beliau berkaitan dengan penyelenggaraan Masjid al-Aqsa adalah tidak tepat kerana urusan itu berada di bawah tanggungjawab Jabatan Waqaf yang diuruskan oleh kerajaan Jordan.
“Sepanjang 17 tahun lalu sejak Gaza dikepung oleh rejim Israel pelbagai bantuan telah disalurkan oleh NGO Malaysia dalam bentuk kewangan, makanan, perubatan, pendidikan, infrastruktur dan lain-lain,” katanya.
Mengenai berapa peratus pihaknya ambil daripada dana bantuan untuk tujuan menampung kos operasi NGO, Zulkifili berkata, pihaknya tidak mengambil sebarang peruntukan bagi kegunaan itu.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, bagi pihak Muslim Care Malaysia, terdapat dana tambahan lain yang disumbangkan pihak tertentu hanya bertujuan menampung kos operasi.
Semalam, akhbar ini melaporkan Walid sebagai berkata sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin untuk pembangunan dan pembebasan Masjid al-Aqsa tidak sampai kepada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang ditadbir oleh Kementerian Wakaf Jordan. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim NGO Malaysia tuntut duta Palestin mohon maaf berikutan tuduhan kenyataan sumbangan rakyat Malaysia tidak sampai untuk urusan pembangunan dan pembebasan Masjid Al-Aqsa. 
Kerana ianya bukan perkara kecil, bahkan perlu diselidiki dan dibongkar. Kita bimbang adanya perancangan menggerhanakn perjuangan Islam di Palestin dan sekali gus membantutkan kebangkitan perjuangan Islam di negara ini..

Tutup 4 Hotel Milik TH: Umat Islam 'wajar bangkit menentang' -Dr Mohd Khairuddin


Tamat operasi usaha (terancang) lumpuh ekonomi umat Islam?

SAYA amat bimbang penamatan operasi dan perkhidmatan 4 buah hotel milik TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) adalah usaha terancang pihak tertentu untuk melumpuhkan ekonomi umat Islam.


Tiba-tiba sahaja umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan pengumuman bahawa THHR akan menamatkan operasi dan perkhidmatan 4 buah hotel miliknya, iaitu TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu, pada 1 April depan.
Mengikut Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif THHR, Zulkefli Ahmad, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan satu keputusan yang tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel-hotel yang terlibat tersebut telah dan/atau akan diambil alih oleh, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), dan bangunan hotel-hotel yang terlibat juga telah dipindah milik kepada UJSB.
Seperti yang kita semua tahu, UJSB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan yang ditubuhkan di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji, dan seperti yang kita semua juga tahu, Kementerian Kewangan adalah dikuasai oleh pemimpin tertentu.
Walau apa sekalipun alasan yang diguna bagi menamatkan operasi dan perkhidmatan 4 buah hotel milik THHR ini, umat Islam di Malaysia wajar bangkit menentang tindakan ini kerana hotel-hotel ini bukan sahaja tidak diketahui mempunyai apa-apa masalah besar tetapi adalah juga lambang kebanggaan ummah.
Hotel-hotel ini adalah bukti bahawa ekonomi umat Islam boleh dimajukan dengan menceburi sektor yang didominasi oleh orang bukan Islam sehingga ia menjadi pilihan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga bukan Islam tanpa mengabaikan prinsip kepatuhan syariah.
Kewujudan hotel-hotel yang memberikan jaminan perkhidmatan patuh syariah serta pematuhan kepada kehendak penyediaan makanan ‘halalan toyyiban’ ini juga adalah pembuka kepada jaringan yang sangat besar dalam mengembangkan ekonomi umat Islam.
Pertamanya, hotel-hotel milik THHR ini memberi ruang pekerjaan yang luas kepada tenaga kerja dan profesional Islam yang kurang diterima dalam sektor lain mahupun dalam sektor perhotelan konvensional, termasuk golongan wanita yang berhijab, untuk berkhidmat.
Lebih jauh dari itu, hotel-hotel milik THHR ini juga telah membuka jaringan yang sangat besar dalam pelbagai industri halal milik umat Islam dan keluaran Bumiputera, contohnya ialah syampu dan sabun serta haruman berasaskan buahan tempatan seperti tembikai susu.
Bayangkanlah betapa ramai yang akan terjejas ekoran penamatan operasi dan perkhidmatan hotel-hotel ini yang melampaui nasib malang para pekerjanya yang akan kehilangan kerja mereka, sedangkan sebelumnya hotel-hotel ini dirancang untuk diluaskan ke seluruh negara.
Sekian.
“Islam Memimpin Perpaduan”

DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus – HARAKAHDAILY 18/2/2020
Hotel
Perihal keputusan ini



Kuala Lumpur
70 tempat untuk menginap
Purata RM 162/malam

George Town
38 tempat untuk menginap
Purata RM 240/malam

Melaka
70 tempat untuk menginap
Purata RM 170/malam

Kota Kinabalu
70 tempat untuk menginap
Purata RM 153/malam

Pulau Pinang
70 tempat untuk menginap
Purata RM 178/malam

Pulau Pinang
70 tempat untuk menginap
Purata RM 186/malam

Kuching
69 tempat untuk menginap
Purata RM 101/malam

Berdekatan Ampang, Selangor
Foto
TH Hotel & Residence Sdn. Bhd.
Foto
RM 232
PNB Perdana Hotel & Suites Kuala Lumpur
 (2,426)
Kolam renang terbuka
Tempat letak kereta percuma
map image

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails