Friday, February 28, 2020

Surat Tun M Tak Patuh Peraturan, Tiada Mesyuarat Khas Dewan, 2 Mac..

Kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat
Tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 2 Mac

KL: Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini memaklumkan tiada Mesyuarat Khas akan diadakan pada Isnin, 2 Mac ini seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis.

Menurut Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, ia berikutan Surat Pemanggilan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Tun Dr Mahathir dan dikemukakan kepadanya  tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 11(3).

"Saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) oleh kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) , pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan olehnya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat.

"Setakat ini tiada notis dikeluarkan," katanya.

Susulan itu keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Dewan akan hanya dibuat selepas mendapat titah rasmi daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. (IH)

Politik P'raya Kini. Uhud, Perang Belum Selesai.


Peristiwa Uhud dan politik Malaysia hari ini

SEOLAH-olah PRU14 berulang

(1) Situasi politik pada hari ini seolah-olah hampir sama ketika mana PRU14. Masing-masing merasa gemuruh menanti hasil percaturan Allah S.W.T.

PRU14 ramai menarik nafas lega apabila BN yang memerintah puluhan tahun akhirnya tumbang. Masing-masing ketika itu meletakkan harapan yang besar kepada Pakatan Harapan (PH).

(2) Seolah-olah terlupa bahawa DAP sebelum itu lagi sudah menzahirkan penentangan mereka terhadap Islam. Manakala PKR juga terkenal dengan Langkah Kajang mereka.


Rakyat Malaysia seolah-olah mem’format‘ minda mereka ketika PH menang. Lupa segala-gala kemungkaran yang dilakukan oleh DAP PKR ketika mereka masih pembangkang lagi.
(3) Allah S.W.T berfirman;
وَتِلۡكَ ٱلۡأَیَّامُ نُدَاوِلُهَا بَیۡنَ ٱلنَّاسِ

“… Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) ….”
( Ali-Imran: 140)
(4) Menggambarkan bahawa Allah S.W.T berkuasa untuk memutar peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan. Seolah-olah era PRU14 itu sedang berjalan di atas track pada hari ini.
Menuntut kita sabar dan tenang terhadap apa jua kemungkinan. Tidak gelojoh dan tidak gopoh. Cermat dalam setiap tindakan, perkataan dan sangkaan.
Jangan terlalu pantas mengatakan ‘padan muka’ apatah lagi mentroll. Bimbang hari-hari itu ‘diputarkan’ oleh Allah S.W.T, dan kelak kita yang akan menyesal.
Perang belum selesai
(1) Dalam sejarah Islam mencatatkan pengajaran yang besar dalam Perang Uhud. Bahkan ayat al-Quran yang saya nyatakan tadi juga diturunkan sempena peristiwa Uhud.
Dalam Perang Uhud, Nabi S.A.W telah mengarahkan kepada pasukan pemanah untuk kekal di posisi iaitu di atas bukit bagi menjaga ruang kosong belakang tentera Islam.
(2) Mereka diberi arahan supaya tidak berganjak selagi mana tiada arahan. Apabila Perang Uhud bermula, mereka memainkan peranan penting menjaga benteng belakang tentera Islam.
Peperangan tersebut berterusan sehinggalah Tentera Musyrikin kelihatan kalah dan berundur. Di saat itu, pasukan pemanah yang berada di atas bukit merasakan sudah selesai perang.
(3) Mereka pun turun untuk merebut harta rampasan perang yang ditinggalkan berselerakan di medan tempur. Sedangkan arahan untuk tinggalkan posisi belum dikeluarkan.
Pihak musuh menyedari kerompongan tentera Islam dari arah belakang. Lalu mereka berpusing melalui laluan di sebalik bukit dan menyerang Umat Islam dari belakang.
(4) Ketika itu Umat Islam sedang leka memungut harta rampasan perang (ghanimah). Apabila mendapati musuh menyerang dari arah belakang, masing-masing panik.
Tentera Islam berkecamuk dan ramai yang terkorban dalam serangan tersebut. Menggambarkan bahawa hakikatnya perang itu belum habis, tetapi Umat Islam sudah kelabu mata dengan ghanimah!
Belajar daripada Uhud
(1) Kita sepatutnya mengambil pengajaran daripada kisah Perang Uhud ini. Menggambarkan bahawa Umat Islam perlu menjaga posisi masing-masing.
Jangan meninggalkan posisi selagi mana tiada arahan. Bimbang pengunduran tentera musuh itu, menjadikan barisan kita rompong dan tidak selamat.
(2) Setiap ahli gerakan Islam pasti ada posisinya. Bukan semuanya berada di bahagian ‘striker’. Perlu ada yang menjaga gawang dan di posisi pertahanan.
Lakukan tugasan seperti biasa. Nanti sampai masanya arahan diberikan, laksanakan sepertimana yang diarahkan berbekalkan kefahaman yang jelas.
(3) Allah S.W.T menggambarkan peristiwa Uhud di dalam al-Quran;
وَلَقَدۡ صَدَقَكُمُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُۥۤ إِذۡ تَحُسُّونَهُم بِإِذۡنِهِ……

“Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya,… “
(4) Syed Qutb menyatakan:
“Ini berlaku di permulaan perang apabila tentera Muslimin mulai berjaya membunuh tentera Musyrikin sebelum mereka digoda oleh perasaan tamak kepada harta rampasan perang.
“Rasulullah S.A.W telahpun bersabda kepada mereka: Kamu tetap mendapat kemenangan selama kamu sabar. Lalu Allah S.W.T menepati janjiNya yang dibuat atas lidah Nabi-Nya itu.”
Permulaan perang inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T kemenangan di fasa pertama peperangan. Namun, ia tidak selama-lamanya begitu.
Ujian dunia buat pasukan pemanah
(1) Keadaan tentera Islam stabil sehinggalah berlaku sepertimana firmanNya sambungan ayat tadi;
ۦۖ حَتَّىٰۤ إِذَا فَشِلۡتُمۡ وَتَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی ٱلۡأَمۡرِ وَعَصَیۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ مَاۤ أَرَىٰكُم مَّا تُحِبُّونَۚ مِنكُم مَّن یُرِیدُ ٱلدُّنۡیَا وَمِنكُم مَّن یُرِیدُ ٱلۡـَٔاخِرَةَۚ

“….. sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat,..”
Situasi ini memperlihatkan bagaimana kumpulan pemanah tidak mengikut arahan Nabi S.A.W dengan meninggalkan posisi mereka, demi merebut harta rampasan perang.
(2) FirmanNya lagi;
ثُمَّ صَرَفَكُمۡ عَنۡهُمۡ لِیَبۡتَلِیَكُمۡۖ وَلَقَدۡ عَفَا عَنكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِینَ

“… kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.”
(Ali Imran: 152)
(3) Syed Qutb menyatakan;
“Di sana wujudnya takdir-takdir dan perencanaan perencanaan Allah di sebalik tindakan-tindakan manusia. Oleh itu apabila mereka lemah dan berbalah serta melanggar perintah Rasulullah S.A.W.”

“Maka Allah S.W.T memalingkan kekuatan dan perhatian mereka daripada kaum Musyrikin serta memalingkan pasukan tentera pemanah dari mengawal jalan bukit.”

“Seterusnya memalingkan pejuang-pejuang dari medan pertempuran. Lalu mereka lari mengundurkan diri. Semuanya berlaku mengikut hasil perbuatan yang terbit daripada mereka.”

“Tetapi ia dita’birkan oleh Allah untuk menguji mereka dengan kesusahan, ketakutan, kekalahan, kematian di medan perang dan kecederaan.”
Situasi Uhud yang getir
(1) Apa yang digambarkan oleh Allah S.W.T di dalam ayat 152 tadi, ialah perancangan Allah S.W.T untuk ‘menguji’ orang-orang yang beriman disebabkan tindakan mereka.
Supaya akan datang tidak terpengaruh dengan ghanimah sehingga meninggalkan posisi asal mereka. Supaya Umat Islam menjadikan peristiwa ini sebagai pengajaran.
(2) Jangan terlalu gopoh untuk mengejar ‘ghanimah’ sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai ahli gerakan Islam. Masing-masing ada tugasan masing-masing yang perlu diberi tumpuan.
Dalam peristiwa Uhud, apabila tentera Muslimin yang sedang memungut harta rampasan perang tadi diserang dari arah belakang oleh tentera Musyrikin, tentera Muslimin lari berkecamuk.
Allah S.W.T berfirman pada ayat 153;
۞ إِذۡ تُصۡعِدُونَ وَلَا تَلۡوُۥنَ عَلَىٰۤ أَحَدࣲ وَٱلرَّسُولُ یَدۡعُوكُمۡ فِیۤ أُخۡرَىٰكُمۡ فَأَثَـٰبَكُمۡ غَمَّۢا بِغَمࣲّ لِّكَیۡلَا تَحۡزَنُوا۟ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا مَاۤ أَصَـٰبَكُمۡۗ وَٱللَّهُ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
.
“(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus, tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 26/2/2020

Dahului Titah, PM Interim Cabar YDP Agung?

Tindakan PM Interim mendahului titah Agong adalah tidak wajar - PH
Majlis Presiden menggesa semua pihak untuk menghormati budi bicara dan wewenang Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam hal ini. - Twitter @anwaribrahim
Tindakan PM Interim mendahului titah Agong adalah tidak wajar - PH

KL: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendirian bahawa adalah tidak wajar untuk Tun Dr Mahathir Mohamad mendahului titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam hal pemilihan calon Perdana Menteri.

PH menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Interim itu sebagai mencabar hak dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Menerusi satu kenyataan khas yang dibuat pada Khamis, Majlis Presiden PH berpendirian bahawa hak dan kuasa melantik seseorang Perdana Menteri terletak di tangan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ini kerana, ia adalah berdasarkan apa yang telah termaktub di bawah perkara 40(2)(A) Perlembagaan Persekutuan.


Majlis Presiden PH menggesa semua pihak untuk menghormati budi bicara dan wewenang Yang Di-Pertuan Agong dalam hal ini.

Kenyataan tersebut merupakan hasil daripada perbincangan yang diadakan menerusi mesyuarat tergempar yang diadakan di kalangan ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan pada malam Khamis.

Terdahulu, Dr Mahathir mengakui tiada majoriti untuk membentuk satu kerajaan dalam satu sidang media selepas pembentangan Pelan Rangsangan Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri pada petang Khamis.


Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Hasil carian imej untuk catur politik

Kemelut Senyum: Tun M Pilih Muhyiddin Sebagai PM Baru Pula?


Dr Mahathir berkata beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya namanya tidak dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut. 
'Jika semua orang pilih Muhyiddin, saya ok' - Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bahawa kemungkinan Bersatu telah mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baharu.

Menurut Perdana Menteri Interim itu, beliau tiada masalah jika Presiden Bersatu itu dipilih menjadi Perdana Menteri baharu sekiranya Muhyiddin mendapat sokongan majoriti.

“Kemungkinan perkara itu akan dibincangkan termasuk kemungkinan Muhyiddin menjadi calon (Perdana Menteri).

“Sekiranya semua orang memilih beliau, saya okey (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri, dan jika beliau menang dan dibawa ke Parlimen kemudian diberikan sokongan majoriti, beliau mempunyai hak untuk menjadi Perdana Menteri.


“Agong akan melantik beliau dan beliau boleh mengangkat sumpah dan membentuk Kabinet,” demikian katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya namanya tidak dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut.

"Jadi sesiapa sahaja yang menang saya akan terima," katanya. (AA)



Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Hasil carian imej untuk catur politik

Perkukuh Maufakat Nasional Piagam 14 September 2019.. -Majlis Syura.


Majlis Syura tolak kerajaan bersama DAP

KANGAR: Majlis Syura Ulama PAS menyatakan sokongan padu di atas ketegasan Muafakat Nasional untuk tidak akan bersama dengan idea kerajaan perpaduan sekiranya DAP turut disenaraikan.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata, sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan kerjasama dengan DAP, PAS enggan bersama.



“Kita tidak akan bersama pembentukan kerajaan baru yang turut disertai DAP.

“Sikap dan pandangan PAS sekarang memperkukuhkan agenda Muafakat Nasional walau apa pun situasi yang berlaku dalam negara.

“Perkara ini tiada tolak ansur, PAS dan Umno mesti berpegang kepada janji yang dimaterai pada piagam ditandatangani bersama 14 September 2019,” katanya pada persidangan media di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) hari ini.

Menurutnya juga sekiranya piagam muafakat dilanggar ia akan rosak sekaligus menyebabkan kepincangan yang berlaku sekarang bertambah rosak.- HARAKAHDAILY 27/2/2020

PH Johor Tumbang Hasil Maufakat Nasional, Sah Menurut P'bagaan.



Kerajaan PH Johor sah tumbang!

HARI ini, satu sejarah dicipta setelah diperkenankan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar, Kerajaan PH Johor secara rasminya telah tumbang.

Hasil daripada gerakan politik PAS dan BN semenjak September dahulu, Muafakat Nasional yang ditubuhkan sebagai saluran persahabatan baharu, telah menunjukkan hasilnya.

Bertolak dari krisis kepimpinan negara beberapa hari lalu, politik nasional memperlihatkan kejutan dan debaran yang tidak disangka-sangka.



Namun begitu, Muafakat Nasional bukanlah penyebab kepada kejatuhan PH di Johor secara batil, kerana Muafakat Nasional sememangnya tidak menyokong PH dan ditambah dengan krisis dalaman PH sendiri yang menyebabkan ianya berlaku.
Menurut satu kenyataan rasmi dari istana, baginda berpuas hati dengan hasil soal jawab di antara baginda dengan semua ADUN Johor (dua tidak hadir), yang jelas menunjukkan sokongan kepada gabungan baharu dengan kelebihan dua undi.
Maka dengan keputusan itu, baginda meminta agar gabungan baharu ini, memberikan nama bagi jawatan Menteri Besar Johor yang baharu.
Tidak dinyatakan akan perkara pintu belakang mahupun perbuatan yang menyalahi Perlembagaan Negeri Johor, atas jatuhnya Kerajaan PH ini.
Jelas difahami, dengan kenyataan rasmi ini, baginda secara bijaksana, menolak sebarang unsur yang didapati melanggar undang-undang bagi negeri Johor dan kerajaan baharu Johor adalah kerajaan sah menurut lunas Perlembagaan.
MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 27/2/2020

Thursday, February 27, 2020

Mengejutkan! Banduan2 Wanita Di Penjara AS Mengandung Ramai-ramai..

Puluhan Tahanan Wanita Mendadak Hamil di Penjara, Hasil Tes Mengungkapkan Fakta Mengejutkan
Rasuah Seks

SATU kes pelik yang dahsyat berlaku tahun lalu di penjara wanita. Pada bulan Ogos 2019, dilaporkan bahawa berpuluh-puluh wanita di penjara Amerika Syarikat (AS) mengandung. 

Ini sangat pelik walaupun pada hakikatnya penjara hanya dipenuhi dengan wanita, jadi bagaimana mereka boleh hamil? Menurut maklumat, penjara itu terpencil dari dunia luar, dan tidak ada lelaki di sekelilingnya. Kerana 'tidak teratur', ujian DNA akhirnya dijalankan untuk mendedahkan siapa bapa bayi dalam rahim tahanan.

Selepas ujian, sampel DNA menunjukkan bahawa semua bayi mempunyai sampel darah yang sama. Ini bermakna mereka mempunyai bapa yang sama.  Tidak lama selepas itu pengawal penjara berusia 40 tahun telah ditangkap. Orang itu dituduh mempunyai hubungan intim dengan penghuni sehingga mereka semua menjadi hamil.
S
Tahanan di AS tiba-tiba menjadi hamil.

Semasa siasatan, polis mendapati punca dalam kes ini ialah, warden yang dipersalahkan dan dituduh. Polis penjara memanggil tahanan perempuan ke bilik masing-masing dan menyiasat. Rupanya, warden mengadakan hubungan seks di dalam penjara dengan tahanan. 

Tapi, itu bukan fakta yang mengejutkan. Kerana yang mengejutkan adalah tahanan wanita ini secara sukarela menyerah diri.  Mereka mahu melakukan hubungan seks dengan pengawal penjara kerana keperluan fisiologi mereka.

Namun, ternyata ada lagi sebab kuat lain, mengapa mereka mahu menjadi intim dengan penjaga penjara. 

Mengapa intim dengan penjaga penjara? 

Mengikut maklumat, di AS jika mengandung walaupun mereka tahanan akan diperlakukan secara berbeza daripada wanita biasa. Sel-sel tahanan wanita hamil sangat hangat, bersih, kemas dan sering dikunjungi oleh pekerja kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan.

Bergantung pada syarat-syarat penahanan, bayi yang dilahirkan boleh dihantar kepada saudara-mara atau dibawa ke pusat-pusat kebajikan sosial. Hasilnya banyak tahanan memilih untuk hamil kerana mereka dirawat dengan selesa di dalam penjara.

Mereka juga dibenarkan beristirahat selama 10 bulan, dan tidak terpaksa menyertai kegiatan walaupun mereka masih dalam penjara.
S
Tahanan di Amerika Syarikat tiba-tiba menjadi hamil.

Walau bagaimanapun, pengurusan seks dengan banduan wanita adalah melanggar undang-undang yang menjejaskan keselamatan penjara. Oleh itu, lelaki yang melakukan hubungan seks dengan tahanan ini telah disabitkan kesalahan.

Walau bagaimanapun, tiada kesan berkaitan dengan tahanan wanita. Ramai orang sengaja gunakannya untuk dapatkan manfaat mereka sendiri. Atau secara tidak langsung melakukan perkara-perkara buruk melalui bantuan penyelia penjara, seperti melarikan diri dari kem, dan lain-lain. 

Itupun rasuah. Rasuah seks. Rupanya AS hanya 'indah khabar dari rupa'. Lebih baik penjara Malaysia dari penjara AS? (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails