Thursday, April 30, 2020

Minggu lepas, kapal penyelidik China, berada berhampiran kapal milik Petronas...

Ibnu Hasyim: Minggu lepas, kapal penyelidik China, berada ...
Warga China yang hilang adalah ejen perang?


KONFLIK di antara Negara China dan Amerika Syarikat yang sedang memuncak di Laut China Selatan berupaya melarat menjadi peperangan yang meluas.

Menurut Al Jazeera, Tentera Laut Amerika telah mengesahkan pada 20 April lepas 2 kapal perang mereka, USS America dan USS Bunker Hill sedang beroperasi berhampiran dengan perairan yang dituntut oleh Malaysia dan China.
Minggu lepas, kapal penyelidik China, Haiyang Dizhi 8, telah dilihat berada berhampiran kapal milik Petronas, West Capella. Kejadian ini membuat Amerika menggesa China supaya tidak membuli di perairan yang dipertikaikan dan berhenti memprovokasi operasi mencari gali minyak dan gas.
Pada 20 April lepas, Vietnam telah memprotes kerana China telah mewujudkan 2 daerah pentadbiran di 2 buah pulau yang dipertikaikan iaitu Pulau Paracel dan Pulau Spratly. Pada tahun 1974, China dan Vietnam (ketika itu Vietnam Selatan) telah berperang untuk merebut Pulau Paracel. China telah berjaya menguasai pulau itu di dalam pertempuran yang mengorbankan 53 tentera Vietnam dan 18 tentera China.
Jabatan Negara Amerika (US State Department) telah mendakwa China mengambil kesempatan ketika dunia memberi tumpuan kepada usaha-usaha melawan pandemik Covid-19. Sementara China telah melaporkan angkatan tentera mereka telah berjaya menghalau kapal perang Amerika, USS Barry, dari perairan Pulau Paracel. Mereka mendakwa provokasi oleh Amerika ini mencabulkan kedaulatan mereka dan meningkatkan lagi risiko keselamatan di rantau ini.
Januari lepas pula China telah membidas Amerika kerana mendakwa satu provokasi telah berlaku apabila kapal perang USS Montgomery belayar melalui perairan Kepulauan Spratly.
Akibat perkembangan-perkembangan terkini, terdapat mereka yang meramalkan Perang Dunia Ketiga boleh bermula akibat konflik di Laut China Selatan.
China begitu agresif mahu menguasai lautan tersebut dengan menuntut kepulauan-kepulauan kecil dan perairan di sekitarnya yang kaya dengan minyak dan pelbagai hasil galian. Sementara Amerika, sebagai kuasa besar sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan melihat tindakan China sebagai usaha untuk menjadi “Big Brother” di rantau ini.
Perang dagang di antara kedua-dua negara dan dakwaan pentadbiran Trump terhadap China berhubung pandemik Covid-19 boleh melarat menjadi konflik yang lebih besar. Hanya satu insiden seperti berlaku berbalas tembak di antara 2 kapal perang boleh mencetuskan satu konflik dan akhirnya peperangan.
Jika ini berlaku kemungkinan besar ia tidak akan terhad di lautan tetapi kemungkinan besar akan melarat ke daratan dan melibatkan negara-negara di Asia Tenggara. Kedua-dua negara sudah tentu mahu mewujudkan pengkalan-pengkalan di darat mereka.
Bagi Malaysia ini amat membimbangkan kerana sekurang-kurangnya 76,258 warga China yang telah masuk ke negara kita dan tidak ada rekod mereka meninggalkannya. Adakah kehilangan ini di atas sebab-sebab ekonomi, politik, peribadi atau terdapat sebab-sebab lain yang boleh mengancam keselamatan negara?
Sebelum Jepun menduduki Malaya pada Perang Dunia Kedua, ramai rakyat Jepun telah datang dan menetap di negara kita. Menurut Brian Bridges dalam “Britain and Japanese Espionage in Pre-War Malaya: The Shinozaki Case” (1986), pada permulaan abad ke 20 terdapat hanya 1,000 rakyat Jepun di Malaya tetapi pada awal tahun 30an bilangan ini telah meningkat kepada lebih 6,000 orang. Mereka menjadi nelayan, tukang gunting, tukang gambar dan membuka kedai runcit secara kecil-kecilan.
Ian Morrison di dalam Malayan Postscript (London, 1942) menulis di hampir setiap bandar atau kampung yang penting di seluruh Malaya akan terdapat satu atau dua kedai Jepun. Setelah Jepun berjaya menduduki Malaya dalam tahun 1942 baharulah disedari ada di antara mereka yang merupakan pegawai tentera Jepun atau pengintip yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat untuk tentera Jepun.
Justeru itu kerajaan tidak boleh memandangkan ringan kehilangan warga negara China itu. Di zaman yang begitu canggih hari ini mana-mana negara tidak perlu menghantar rakyat mereka untuk melakukan kerja-kerja risikan kerana ia dapat dilakukan menggunakan peralatan jarak jauh seperti satelit. Walau bagaimanapun selagi kita gagal menjejaki mereka selagi itu keselamatan negara dihantui dengan pelbagai persoalan. Tambahan pula jika meletus peperangan.
Kita perlu belajar dari sejarah kerana sesiapa yang enggan belajar dari pengalaman lampau maka mereka akan terperangkap untuk kali kedua.
DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan / Resource Centre For The Advancement Of The Community And Housing ( REACH) - HARAKAHDAILY 29/4/2020

Wednesday, April 29, 2020

Kenapa Beza? Undang-undang Beza, Tuduhan Juga Beza


Kesalahan Timbalan Menteri, EXCO Perak hanya langgar SOP

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersikap adil kepada semua pihak dengan tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang, siapa yang langgar akan diambil tindakan tanpa mengira sebarang kedudukan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak pernah membezakan kedudukan dalam menjatuhkan hukuman terhadap pihak yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun katanya, terdapat perbezaan undang-undang yang dikenakan terhadap Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali dan EXCO Perak, Razman Zakaria yang hanya melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam PKP.
“Ada yang mempersoalkan kenapa berbeza? Sebab undang-undangnya berbeza, tuduhan juga berbeza. Dua VIP itu hanya melanggar SOP di bawah peraturan, bukan melanggar perintah PKP.
“Saya telah sebutkan sebelum ini bahawa wakil rakyat dibenarkan bertugas sewaktu PKP untuk menjaga kepentingan rakyat di bawah.
“Oleh itu mereka mesti dibebaskan untuk bergerak memberikan membantu dan kebajikan kepada rakyat, jadi mereka dibenarkan,” katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
Terdahulu, ramai pihak yang mempersoalkan denda RM1,000 yang dikenakan terhadap dua kenamaan tersebut yang dilihat seolah terdapat perbezaan kerana ada orang awam yang ingkar PKP dijatuhkan hukuman penjara.
Dalam menjelaskan isu ada yang dijatuhkan hukuman penjara, Ismail Sabri menegaskan ia tertakluk kepada kesalahan lain di bawah kanun keseksaan iaitu seperti menghalang tugas penjawat awam, bukan kesalahan di bawah PKP semata.
Kata beliau, ia termasuk kes langgar sekatan jalan raya sehingga ada polis yang tercedera.
Selain itu kata beliau, tuduhan kerajaan memperlihatkan dua darjat bagi kes membabitkan Timbalan Menteri dan Exco Perak dengan orang awam adalah satu tanggapan salah.- HARAKAHDAILY 29/4/2020

COVID-19: Elak Bazir, Warga Belgium Diseru Kerap Makan Kentang Goreng.

COVID-19: Warga Belgium diseru makan kentang goreng lebih kerap, elak pembaziran
Terdapat sekitar 750,000 tan kentang, yang dianggarkan cukup untuk mengisi 30,000 lori besar tidak dapat diproses.


PENDUDUK Belgium diseru memakan kentang goreng sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengelak lebih daripada 750,000 tan kentang dibazirkan.


Wabak COVID-19 yang melanda negara itu menyaksikan lebihan kentang di negara tersebut, susulan permintaan untuk frite, sejenis hidangan popular yang biasa menjadi hidangan di bar dan restoran, telah merosot selepas penutupan operasi perniagaan bermula 18 Mac lalu.

Bercakap kepada CNBC, Romain Cools, setiausaha jeneral perindustrian kentang yang dikenali sebagai Belgapom, memaklumkan terdapat sekitar 750,000 tan kentang, yang dianggarkan cukup untuk mengisi 30,000 lori besar, tidak dapat diproses.

Masalah utama adalah penurunan permintaan terhadap kentang sejuk beku (frozen fries), yang menyumbang sekitar 75 peratus dari pemprosesan kentang di Belgium.

Inventori yang bertambah akan menyebabkan kapasiti peti sejuk semakin berkurangan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Belgapom meminta masyarakat meningkatkan pengambilan kentang goreng setiap minggu.

"Kami bekerjasama dengan pasar raya untuk melihat jika kami dapat melancarkan kempen yang membolehkan orang ramai membantu sektor ini dengan memakan kentang goreng, terutama kentang beku, dua kali seminggu.

"Apa yang kami cuba lakukan adalah mengelak pembaziran makanan, kerana setiap kentang yang dibuang adalah satu kerugian," kata Cools.

Setakat ini, Belgium telah mencatat 46,687 kes COVID-19 dan 7,207 kematian, menurut data dari Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Minggu lalu, Perdana Menteri Belgium, Sophie Wilmes, mengumumkan perintah berkurung akan dilonggarkan secara berperingkat, bermula dengan pembukaan semula beberapa sektor perniagaan pada 4 Mei. (IH)

Namun begitu, kafe dan restoran hanya dibenar beroperasi semula 8 Jun depan.

FELDA, Suatu Pandangan Awal Harungi Musibah.. -Presiden GENERASI



Sikit Tazkirah Ekonomi: 
STAKEHOLDER atau Pemegang Taruh dalam Felda perlu tahu hak dan kepentingan mereka. Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri, wakil Peneroka dan anak generasinya perlu memahami tujuan penubuhan Felda atau membaca semula sejarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.
Jika semua tahu kepentingan mereka, sudah pasti urus tadbir FELDA tidak perlu dikorporatkan. Kerana FELDA sudah jelas bukan Syarikat. FELDA adalah tertakluk kepada agensi kerajaan. Bila ianya hendak diurus tadbir secara korporat maka berlakulah apa yang berlaku sebelum ini.
Kita perlu menoleh sejarah kegemilangan FELDA sebelum ini, sebelum FELDA diheret ke papan bursa atas nama FELDA Global Vanture Holdings FGVH melalui pakej tranformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri ketika itu 2012 atau lebih awal lagi.
Sejurus penubuhan kerajaan Perikatan 1955, kertas pembangunan tanah untuk mengeluarkan penduduk miskin di luar bandar khususnya orang Melayu mulai digerakkan dengan tugasan ini diberi amanah kepada Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman untuk mengetuai jawatankuasa pertama.
Seterusnya melalui akta-akta tertentu, seperti undang-undang pembangunan tanah 1959, Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok 1960 yang terkenal dengan GSA telah berjaya dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri Pertama Allahyarham Tun Abdul Razak pada 27 April 1960.
Selepas itu bermula pembukaan kawasan pertama sehingga hari ini lahirnya 317 Tanah Rancangan di seluruh negara kecuali Sarawak. 112 635 peneroka direkodkan menjadi ketua keluarga hidup dengan kisah dan liku berbeza-beza mengikut zaman.
Saya pernah menulis panjang lebar sejarah ini sebelum ini. Sehinggalah zaman kegemilangan, langsai hutang Bank dunia, penubuhan Koperasi Permodalan FELDA KPF dan sehinggalah FELDA melalui zaman transformasi dengan lahirnya FGV.
Oleh itu pemegang taruh mestilah bangkit menguasai kembali kerusi Ahli Lembaga Pengarah FELDA untuk memastikan dasar dan memantau urus tadbir agar berada pada landasan betul dan terbaik untuk mendatangkan hasil yang baik untuk semua.
Nilai semula aset dan perniagaan teras, asingkan secara jelas FELDA dan FGV agar ianya tidak membawa kesan risiko korporat FGV kepada FELDA dan langsung membawa musibah kepada peneroka seperti apa yang berlaku hari ini.
Kajian mendalam Felda Technoplant Sdn Bhd. sama ada perlu atau tidak menjadi syarikat pengurusan kepada ladang-ladang dan aset lain. Jika ianya perlu perkasakan FTP agar menjadi syarikat yang benar-benar kukuh dan mampu mengurus dengan baik.
Hutang lapuk antara Peneroka dan FELDA perlu dimuktamadkan dengan kedua-dua pihak memerimanya amaun tertentu agar ianya tidak terus membelengu FELDA, Peneroka dan anak- anak generasinya.
Bentang semula hala tuju FELDA yang baharu, bukan seperti Kertas Putih sebelum ini, yang hanya memalitkan tuduhan kedurjanaan koperat seperti kata kerajaan terdahulu.
Jika aset dinilai, urus tadbir diperbaiki, saya percaya, Bank akan kembali memberi kepercayaan tanpa jaminan kerajaan pun, kerana FELDA ada segalanya.
Binalah semula FELDA dengan satu semangat kerjasama berpasukan, Kerajaan baharu hari ini, kerajaan negeri, peneroka dan seluruh anak-anak generasinya akan bersatu bersama.
Percayalah.
NARAZA MUDA
Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan
(GENERASI)
HARAKAHDAILY 27/4/2020
Tulisan ini sempena ulang tahun ke 60 Akta GSA dibentangkan di Parlimen 27 April 1960 .

Muestras De La Mano Puño Del Sacador Aislado En Blanco Foto de ...Terus gerakkan  ekonomi segera, bangkit semula! Insya Allah!

Sila Lihat.. Sikit Tazkirah Ekonomi..

Kelab Bintulu Rangers Bekal Juadah Buka Puasa Kepada Golongan Kurang Mampu..

Bintulu Rangers bekal juadah berbuka buat penduduk Penan-Muslim sepanjang Ramadan
Sejumlah 30 keluarga dari perkampungan Penan-Muslim di Bintulu, Sarawak disantuni dengan juadah berbuka puasa melalui program Dapur Ramadan. -Astro AWANI
Bintulu Rangers bekal juadah berbuka buat penduduk Penan-Muslim sepanjang Ramadan

BINTULU: Sejumlah 30 keluarga dari perkampungan Penan-Muslim di Bintulu, Sarawak disantuni dengan juadah berbuka puasa melalui program Dapur Ramadan dikelolakan kelab sukan dan rekreasi, Bintulu Rangers.

Bantuan tersebut diagihkan pada Selasa bermula dengan sumbangan yang dikumpul daripada ahli kelab tersebut dan akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini.Menurut anak kelahiran Pahang yang menjadi pencetus kepada inisiatif ini, Ahmad Ayub, makanan berkhasiat disediakan di rumahnya sendiri dalam menggerakkan usaha murni ini.

“Makanan yang diagihkan adalah berbeza setiap hari. Memandangkan sepanjang tempoh PKP ini saya ada banyak masa terluang kerana bekerja dari rumah, saya memanfaatkan sebaik mungkin bersama rakan-rakan untuk membantu golongan yang memerlukan,” katanya. 


Ujar Ahmad Ayub, setakat ini seramai 150 penduduk di kawasan berkenaan telah menerima agihan tersebut yang merangkumi Kampung Penan-Muslim, Kampung Baru dan beberapa tempat lain di Bintulu.

Sementara itu, bagi sukarelawan yang terlibat dalam bantuan berkenaan, Awang Abdul Hakim peluang menyediakan juadah tersebut dilihat sebagai satu usaha murni buat dirinya.

“Usaha ini dapat membantu golongan kurang berkemampuan terutama pada tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini,” kongsinya ketika ditemu bual Astro AWANI.

Buat masa ini, kelab berkenaan berjaya mengumpul sumbangan yang terdiri daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

Dengan hasil sumbangan tersebut, mereka dapat membekalkan masakan juadah berbuka puasa kepada penduduk di kawasan berkenaan sehingga tempoh dua minggu.

Dalam masa sama, mereka turut menyeru orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh melayari laman Facebook, Bintulu Rangers untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan program tersebut. (IH)

238 ditahan bina petempatan sementara di hutan Ulu Rening

238 ditahan bina petempatan sementara di hutan Ulu Rening
Petempatan sementara di hutan Ulu Rening yang menempatkan 238 penghuni. -PDRM

HULU SELANGOR: Seramai 238 individu ditahan polis dalam satu serbuan di hutan Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor pada petang Selasa setelah didapati membina petempatan sementara di kawasan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, jumlah itu merangkumi individu dalam kalangan dewasa, kanak-kanak dan juga bayi daripada kumpulan yang dikenali sebagai Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN).


"Hasil pemeriksaan kita dapati kawasan tersebut merupakan hutan yang baru diteroka dan mereka bina petempatan sementara.

"Mereka pasang khemah, dan jalankan semua aktiviti termasuk mandi, masak dan semuanya di situ," katanya ketika sidang media di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada malam Selasa.

Menurut Fadzil, serbuan dibuat sebaik sahaja menerima maklumat berhubung pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan itu pada jam 5 petang Selasa.

Difahamkan, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 76 lelaki, wanita (77) dan kanak-kanak serta bayi (85) yang berasal dari pelbagai negeri antaranya Kelantan, Pahang, dan Perak.

Tambah Fadzil, buat masa ini polis akan melakukan siasatan lanjut berhubung tujuan mereka membuat petempatan tersebut.

"Kita kumpulkan mereka di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor untuk dokumentasi dan siasatan lanjut.

"Kita juga dah lakukan saringan terhadap mereka yang ditahan dengan kerjasama pihak KKM dan juga JKM," katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Peraturan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988. (AA)

Tugas Pulih Ekonomi, Beli Barangan Buatan Malaysia -Dr Hazman

Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang. - Foto hiasan NSTP/Mikail Ong
Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang. - Foto hiasan NSTP/Mikail Ong
Sikit Tazkirah Ekonomi: 


KUALA TERENGGANU: Rakyat Malaysia perlu melakukan perbelanjaan berhemah dengan mengutamakan barangan buatan negara ini sepanjang tempoh dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membantu menggerakkan ekonomi domestik, menurut seorang ahli akademik.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Dr Hazman Samsudin, berkata dengan kaedah sedemikian, rakyat mampu menyelamatkan ekonomi negara ini daripada mengalami krisis.

Perbelanjaan yang berhemah dengan menggunakan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bukan sahaja bermaksud berbelanja tanpa pembaziran, ia juga merujuk kepada perbelanjaan yang mampu memberi kesan pengganda kepada ekonomi domestik.
"Dengan membeli barangan buatan Malaysia, ia mampu memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Bagi tujuan ini, jabatan kerajaan, agensi dan pihak berkaitan seperti agensi pemasaran yang berkaitan disaran untuk melakukan kempen beli barangan tempatan secara besar-besaran.
"Kempen itu sudah ada, namun tidak mencukupi. Logo pada barangan sangat kecil, promosi di papan tanda di jalan raya masih kurang, kempen di televisyen sangat terhad dan kempen di platform dalam talian sangat sukar dijumpai. Ia harus dilakukan dengan jelas dengan mesej yang tepat," katanya.
Pada 27 Mac lalu, kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi BPN iaitu pemberian tunai secara sekali (one off) dengan menyediakan peruntukan hampir RM10 bilion kepada golongan B40 dan M40 dan tidak lama kemudian Pakej Prihatin Tambahan pula memberi penekanan terhadap rangsangan bahagian penawaran bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan tenaga kerja.
Hazman berkata, apa yang agak membimbangkan adalah risiko berlakunya ketirisan melalui pembelian barangan bukan buatan Malaysia kerana semasa tempoh PKP, ramai lebih cenderung membeli barangan secara dalam talian.
"Kebanyakan barangan dalam talian yang bersifat kehendak adalah barangan import ...ini akan menyebabkan wang disuntik keluar daripada aliran ekonomi domestik dan menjadikan matlamat BPN kurang berkesan.
"Oleh itu, jadilah rakyat Malaysia yang bangga dengan barangan Malaysia kerana matlamat utama kita ialah mahu menggerakkan ekonomi domestik. Inilah peranan dan tanggungjawab yang boleh disumbangkan rakyat untuk negara," katanya.
Industri yang sangat terkesan akibat PKP bagi mengekang penularan COVID-19 adalah seperti industri pembuatan termasuk pengangkutan, pembinaan, pelancongan dan rangkaiannya.
"Apabila wabak COVID-19 ini tamat, berbelanjalah kepada sektor-sektor tersebut dan bawalah keluarga melancong dalam Malaysia. Pastinya banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum dilawati.
"Berilah peluang ekonomi kepada usahawan kecil seperti Makcik Kiah yang mengusahakan restoran, Pak Samad berniaga pakej inap desa, Mr Wong pengusaha barangan elektronik, Encik Anand kontraktor ubah suai rumah dan Encik Jamal yang bekerja sebagai pemandu pelancong bergaji hari," katanya. – BERNAMA 
Muestras De La Mano Puño Del Sacador Aislado En Blanco Foto de ... Terus gerakkan  ekonomi segera, bangkit semula! Insya Allah!


Sila Lihat.. Sikit Tazkirah Ekonomi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails