Friday, May 08, 2020

Belasungkawa Almarhum Ustaz Ismail Kamus



FIGURA ini seangkatan dengan almarhum Dr Haron Din, almarhum Pak Yazid Jaafar, almarhum Kiai Zainuddin MZ dan sesepuh dakwah fenomenal lain dalam dekad 1980an dan 1990an.
Saat itu zaman tali kaset seterusnya CD yang dijual dipasar-pasar malam dan juga tapak ceramah. Zaman itu aura Ustaz Ismail Kamus dengan lawak khasnya menjadikan kuliah-kuliah agama tumpuan masyarakat.
Tokoh ini dengan adunan bakat yang pelbagai sangat popular di negara ASEAN, juga reputasi beliau dalam perubatan Islam dan juga penglibatan dalam perjuangan Islam.
Figura dakwah yang amat berjasa
Ustaz Dato’ Ismail Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di kampung Batang Rening, Ulu Selangor, dalam keluarga yang kuat berpegang dengan ajaran Islam.
Malah seorang adik kandungnya, Ustaz Jais Kamus juga seorang tokoh agama yang dikenali di Selangor. Ustaz Ismail Kamus telah mendapat pendidikan awal formal, bermula di Sekolah Arab Batang Kali selama enam tahun.
Beliau juga mendapat pendidikan menengah agama di Ma’ahad Hisyamuddin, Klang. Di Klang anak remaja ini mendapat suntikan semangat untuk me dalami ilmu-ilmu agama secara bertalaqi, antara gurunya ialah seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.
Ustaz Ismail Kamus seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang, sebuah institusi pendidikan yang telah melahirkan ramai tokoh pelbagai bidang dinegara ini.
Figura dakwah ini mendapat pendidikan tinggi di UKM Bangi di Fakulti Pengajian Islam.
Beliau menamatkan pengajian dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1976.
Semangat dan cita-cita untuk menambah ilmu sentiasa membara dijiwa tokoh dakwah ini. Beliau juga pernah bermukim ilmu di Beaver College Pennsylvenia, Amerika Syarikat.
Selain dikenali sebagai panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang fenomena, Ustaz Ismail juga adalah Pengasas dan Penasihat Pusat Perubatan Darussalam yang berpusat di Gombak.
Beliau melatih ratusan perawat-perawat Islam serta menyalurkan kepakarannya untuk berkhidmat kepada masyarakat, termasuk di Brunei dan juga Singapura.
Ustaz Ismail selain dikenali sebagai usahawan muslim yang sukses, juga pernah berkhidmat sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai dakwah selain pernah bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), INTAN dan Pusat Islam.
Kekayaan pengalaman inilah yang berjaya dituang dalam pengisian ilmu agama kepada masyarakat sehingga nama beliau meniti bibir ke bibir masyarakat.
Pendakwah tersohor ini pernah digam oleh RTM kerana kelantangannya menyuarakan aspirasi Islam, beliau bersama dalam arus kebangkitan rakyat pasca reformasi 1998 sehingga dipilih untuk bertanding di DUN Gombak Setia.
Ustaz Ismail menjadi ADUN PAS di Gombak Setia apabila memenangi dalam Pilihan Raya di kawasan tersebut pada tahun 1999. PAS memenangi empat kerusi di Selangor iaitu Kajang, Sungai Burung, Gombak setia dan Sungai Besar dalam lantunan gelombang reformasi.
Beliau juga pernah bertanding untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam Pilihanraya Umum 2004 namun tewas kepada calon BN. Beliau pernah menjadi AJK Dewan Ulama PAS Pusat, AJK PAS Pusat, TPJ PAS Negeri Selangor, AJK PAS Selangor dan pelbagai jawatan dalam parti.
Reputasinya sebagai seorang pendakwah fenomenal dengan memberi ceramah agama dipelbagai negara seperti di Asia Barat, Eropah, Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain. Undangan ini termasuk daripada kalangan ekspatriat dan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.
Jasa dan sumbangan Ustaz Ismail Kamus begitu besar kepada kita semua dan keharuman bakti ini menebar kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang politik ,harkat sosial dan latarbelakang sosio ekonomi.
Dalam bidang kebajikan , bantuan kemanusiaan dan membantu insan lain, beliau adalah Penasihat kepada NGO, Muslim Care Malaysia sehinggalah nafasnya yang terakhir.
Sikap cakna dan peduli ummah serta karektor almarhum yang sentiasa menderma bukan lagi rahsia . Sentiasa bertukar maklumat dan memberikan dokongan kepada Muslim Care Malaysia melalui Presidennya , Haji Zulkifli Wahijan.
Dalam keuzurannya, beliau tidak menolak untuk memberikan pengisian kerohanian dan memberikan ilmu tanpa sepicing pun rasa lelah dan bosan.
Ramadhan kali ini dalam suasana PKP yang suram, rakyat negara ini menerima berita sedih akan keuzuran almarhum. Dalam beberapa tahun ini, Ustaz Ismail menjalani dialisis akibat penyakit buah pinggang,namun dalam jerih kesakitan pun beliau tetap tersenyum dimeja-meja kuliah mencerahkan ummah.
Sehari dua ini bergentayangan dimedsos akan berita beliau kembali kerahmatullah, ini adalah manifestasi cintanya rakyat kepada almarhum sang murabbi.
Malam jumaat Ramadan yang barokah ini, sang daie ini mengadap Penciptanya dengan jutaan doa daripada umat Islam.
Allah memuliakan pendakwah ini yang menunjukkan kepada kita bagaimana detik-detik umur wajib dituangkan seluruhnya dimedan dakwah dan khidmat bakti.
Kita akan merindui candaan dalam kuliah almarhum yang menjentik tangkai hati kita semua untuk menjunjung nilai dan cara hidup Islam.
Pesan -pesan berharga almarhum lewat melalui kaset,rakaman cd, media sosial akan menjadi hasil tuaian pahala berpanjangan kepada almarhum Ustaz Dato Ismail Kamus.
Selamat berehat wahai sang murabbi dan kami juga akan menyusul kelak. Alfatihah!
DR RIDUAN MOHAMAD NOR
(Penulis ialah aktivis kemanusiaan tanpa sempadan, Pengerusi LESTARI)
  • HARAKAHDAILY 8/5/2020

E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

Muestras De La Mano Puño Del Sacador Aislado En Blanco Foto de ...

E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

Bab 1

Bab 2
*Sawit:Kembali Kukuh? Berita Gembira Rakyat, Kecua...
*5 Restoran Unik&Kreatif, Jaga Jarak Sosial, Kesela...
*Syarikat penerbangan terbesar Amerika Latin muflis...
*Bagaimana 'Penghijrah' Di M'sia? Ini Cadangan Peny...
*MB Kedah Bina Normal Baru Hadapi 'Putaran Ganas Ke...

Bab 3
*Tarbiah Pertanian: Kebun Cili Khairunnisa'..
*AirAsia bakal buang pekerja, laksana pengecilan op...
*Menjana Semula Pemulihan Ekonomi – Syahir Sulaiman...
*Trend hilang kerja dijangka naik 200% Tahun Ini.
*Ini, RM35 bilion, istimewa untuk rakyat.
*Kadar pengangguran dijangka 5.5 peratus tahun ini
*Pasar terbuka, malam, pagi dan Bazaria di WP diben...
*Negeri Kaya, Rakyat Miskin Begini. 45 Tahun Hidup ...
*PROTON Bermasalah Tapi Pemegang Saham EON Untung, ...
*Pengangguran Melonjak, Pencari Kerja Sukar Dapat K...

Bab  4
*K'jaan PN (PM 8) Baru, Terus Berusaha Merubah Gela...
*4 'jutawan' Covid-19. Di saat orang gulung tikar, ...
*Kempen anti-Sawit, M'sia akan saman EU. -Dr Mohd ...
Produk koko M’sia diterima pasaran antarabangsa
*India pengimport terbesar sawit Malaysia


Bersambung..

M'sia Sudah Dalam 'Normal Baharu', Ini 4 Trend..

4 trend ini buktikan Malaysia sudah dalam 'Normal Baharu'
Ini empat contoh yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah berjaya beradaptasi dalam usaha memerangi ancaman wabak COVID-19. Foto Bernama
Sikit Tazkirah Ekonomi: 

SEDAR atau tidak, COVID-19 sudah banyak mengubah cara kita bekerja, belajar dan bermain. 

Selain mengamalkan penjarakan sosial, kebersihan tangan dan pemakaian pelitup muka, ada beberapa lagi contoh ketara yang membezakan suasana sebelum dan semasa penularan jangkitan koronavirus SARS-CoV-2.

Ini empat contoh yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah berjaya beradaptasi dalam usaha memerangi ancaman wabak COVID-19. 

1. Transaksi dalam talian, termasuk untuk cari rumah sewa

Banyak syarikat yang sebelum ini berurusan secara fizikal dengan orang ramai kini beralih kepada kaedah digital.


Jika dahulu pelanggan perlu hadir ke premis untuk mengalami sendiri tawaran perkhidmatan oleh peniaga, kini penjualan secara dalam talian jadi pilihan.

Jika anda terfikir, penjualan barangan sahaja boleh dilakukan secara maya, jangkaan anda mungkin meleset.

Speed Home umpamanya menawarkan pameran hartanah secara maya dan semua urus niaga boleh dilakukan secara dalam talian.

Astro Awani sendiri baru-baru ini menganjurkan webinar yang dihadiri lebih 200 peserta.
Astro Awani sendiri baru-baru ini menganjurkan webinar yang dihadiri lebih 200 peserta.

3. Tidak perlu ke klinik, doktor kini di rumah anda - secara maya 

Portal 'Doctor On Call' umpamanya bukan sahaja membantu orang ramai membuat diagnosis secara dalam talian, malah ubat-ubatan juga boleh dibeli menerusi portal berkenaan.

Ini dapat membantu meminimumkan interaksi fizikal di antara pesakit dan juga doktor atau pakar perubatan.

Ini dapat membantu meminimumkan interaksi fizikal antara pesakit dan juga doktor atau pakar perubatan.

4. Warung berpusat menggantikan penjaja jalanan

Penutupan warung dan gerai memaksa mereka bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyambung punca rezeki.

Grab e-Kitchen dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, umpamanya, menyediakan peluang kepada peniaga bazar Ramadan untuk meneruskan perniagaan mereka.

Malah lebih mengejutkan, ada kalangan peniaga yang mengakui pendapatan mereka lebih tinggi berbanding jualan secara konvensional. (AA)



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bersama pemerintah untuk terus gerakkan ekonomi dan bangkit semula, insya Allah! Yang penting Malaysia perlu bangun bersama Islam berlandaskan syariat. Allahu Akbar!

Muqaddimah Di DUN Chini: Macam Cerita P Ramlee 'Keluarga 69' Pulak!


Keluarga 69 (1967)
Komen Pembaca Weblog IH

Anonymous said...
MUNGKINKAH PH ATOK@BERSATU LAWAN UMNO/PAS@MUHYIDDIN BRRSATU DI DUN CHINI..?? 
MACAM CERITA P RAMLEE KELUARGA 69 PULAK..!!

BERSATU parti mati segan, hidup tak mahu telah menjadi duri dalam daging PN, pergolakan didalam Bersatu amat-amat teruk dan memalukan, bayangkan dalam satu parti boleh ada dua kiblat, satu berkiblatkan Muhyiddin pro PN dan satu lagi berkiblatkan Atok pro PH/DAP. Mungkin dari fitnah dan sumpah laknat bossku akhirnya Parti Bersatu tersungkur hancur berkecai

Katakan lah, Muhyiddin berbesar hati untuk memberikan laluan kepada BN untuk bertanding disitu, adakah barua-barua DAP dalam Bersatu akan bersetuju?

Seratus peratus mereka tidak akan bersetuju kan? jadi apa yang bakal berlaku? 


pertama, berkemungkinan mereka akan letak juga calon mewakili Bersatu/PH bertanding di situ, watikah calon boleh ditandatangani oleh Pengerusi yakni Atok, 

kedua, mereka akan planted seorang calon yang bertanding atas tiket bebas dan disokong oleh Bersatu/PH dan yang 

ketiga, Bersatu mungkin pull out, parti lain akan bertanding, mungkin PKR atau PAN dan fraksi Atok akan memberi sokongan kepada calon PH.

Disinilah kita boleh tengok talibarut-talibarut DAP memainkan peranannya, bayangkan ketika berlangsungnya kempen pilihanraya, pemimpin Bersatu fraksi Atok/DAP berkempen menghentam polisi dan dasar kerajaan PN, walhal dalam kerajaan PN itu juga melibatkan pemimpin Bersatu, tak ke lawak bunyinya tu..

Tukang-tukang fitnah dan pengadu domba seperti Khalid Samad, Mat John Sabu, Anwar Ibrahim, Tokong Lim Kit Siang dan lain-lain sudah tentu akan berkampung disana, tajuk utama fitnah mereka sudah pasti terarah ke kerajaan PN dan pemimpin Bersatu juga akan tumpang tuii menghentam PN yang mana dalam PN tu ada pemimpin dari Bersatu.

DAP, PKR, PAN dan Bersatu fraksi Atok akan bermati-matian menyerang calon BN dikawasan itu. Dun Chini kawasan Parlimen Pekan@Malu aper bossku..!! Bossku akan all out disana nanti.

Ini pertarungan peribadi antara Bossku lawan Atok Kau...!!

Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia.

Allahyarham Datuk Ismail Kamus

Allahyarham juga adalah seorang perunding motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid Allahyarham.
"Semoga sabar dan reda dengan ujian ini.
"Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian ustaz Datuk Ismail Kamus ke rahmatullah.
"Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin," katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ismail.
Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT. Al-Fatihah. (BH)

Thursday, May 07, 2020

Normal Baharu Politik K'tan, Menurut Zulkifli Mamat.(U/Penerangan)


Normal baharu politik Kelantan sejak 1959

KOTA BHARU: Normal baharu politik di negara ini lebih awal berlaku di Kelantan pada 1959 apabila rakyat negeri itu membuat perubahan politik yang berbeza berbanding negeri-negeri lain.

Pengarah Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kelantan Zulkifli Mamat berkata, normal baharu itu dilihat apabila majoriti rakyat Kelantan membuat perubahan politik tidak selaras dengan persekutuan.

Katanya rakyat memilih PAS untuk mentadbir negeri itu ketika negeri-negeri lain ditadbir Perikatan.


“Situasi itu dianggap sebagai normal baharu politik ketika itu, sedangkan sejak sebelum merdeka hampir keseluruhan rakyat memilih Perikatan bagi mentadbir kerajaan.

“Namun di Kelantan berbeza apabila rakyat membuat perubahan daripada normal lama dengan memilih PAS sebagai pentadbir kerajaan,” katanya pada bicara Kelantankini yang disiarkan secara langsung melalui laman Kelantan TV hari ini.

Turut diundang sebagai tetamu pada bicara itu Presiden Kelab Media Kelantan Darulnaim Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi.

Zulkifli juga berkata, normal baharu sekali lagi berlaku pada 1990 apabila sekali lagi rakyat Kelantan membuat perubahan politik lama kepada PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah.

Istilah normal baharu popular sekarang apabila kerajaan meminta rakyat membuat perubahan cara hidup baharu ekoran penularan wabak Covid-19 yang menggemparkan dunia.- HARAKAHDAILY 6/5/2020

Ikutilah Sejarah PAS!
bancuh: Sejarah asal lambang Bulan dan Bintang

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Goyang! 144 Dari 191 Bahagian ARMADA BERSATU Memberontak!


144 daripada 191 ARMADA BERSATU Bahagian, sokong Perikatan Nasional
KUALA LUMPUR: Majoriti Sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak pendirian ARMADA Nasional yang menyokong parti itu kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Pendirian itu disuarakan oleh EXCO ARMADA Nasional BERSATU, Muzzammil Ismail bersama 144 Ketua ARMADA Bahagian yang menyifatkan kenyataan ARMADA Nasional itu tidak menggambarkan suara akar umbi, sekali gus dikhuatiri hanya mengeruhkan krisis dalaman parti yang berterusan.

Muzzamil berkata, perkara mengenai sokongan terhadap kerjasama dengan PH itu tidak pernah dibincangkan bersama 191 Ketua ARMADA Bahagian termasuk Sabah dan rata-ratanya tidak menyokong pendirian rasmi berkenaan.
"Adakah ARMADA Nasional boleh menyenaraikan ARMADA bahagian dan negeri manakah yang menyokong kenyataan bersama ini? ARMADA Nasional harus menghormati struktur berorganisasi.
"Apakah ARMADA ini parti dalam parti? Kerana sesuka hati membuat keputusan dasar untuk parti? Langsung dengan sifat kebudak-budakan pimpinan ARMADA Nasional yang selalu 'temper tentrum'," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Muzzamil berkata, dalam waktu begini tumpuan sepatutnya adalah bagi mengukuhkan kerajaan yang ada bagi memastikan ahli parti dan rakyat terus mendapat manfaat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan melupakan sebentar mengenai PH.
Dengan pendirian dibuat ARMADA Nasional itu adakah mereka cuba membelakangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berikutan kerajaan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperakui oleh baginda.
"Lupakah pimpinan ARMADA Nasional bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sering 'digulikan' parti komponen PH sehingga beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Di mana pimpinan ARMADA Nasional pada waktu itu?
"Sebagai EXCO ARMADA Nasional, saya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu yang memutuskan BERSATU keluar daripada PH dan keputusan ini kekal hingga terdapat keputusan MPT terbaru," katanya.
Pihaknya meminta supaya pimpinan ARMADA Nasional jangan terlalu biadap untuk menjadi 'jaguh politik dan menjadi lebih sudu dari kuah'.
Muzzamil mendakwa, Ketua ARMADA Nasional, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering mengajar ahli sayap parti itu untuk bersifat biadap dengan melanggar struktur parti dan membelakangkan suara akar umbi dan kenyataan ketua bahagian.
"Apakah ini polemik politik Syed Saddiq dalam usahanya untuk menunjukkan kekuatan sokongan di hadapan Tun Dr Mahathir dalam usaha untuk mengekalkan beliau sebagai Ketua ARMADA Nasional pada pemilihan yang sedang berlangsung.
"Syed Saddiq adalah pemimpin yang bacul kerana sering kali mengheret Tun Dr Mahathir sebagai perisai beliau sehingga kenyataan media pimpinan ARMADA Nasional yang menyokong kerjasama dengan PH pun, tidak berani meletakkan nama beliau, " katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Armada yang belayar di daratan, sudah goyang terhoyong-hayang, mabuk di lamun gelombang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails