Saturday, May 30, 2020

Tahniah Dr Zulkifli Teliti Memorandum UMMAH -Ibnu Hasyim.


Arak dan pemandu mabuk


PETANG tadi, saya sempat meneliti memorandum dari NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan beberapa pihak lain berkenaan isu arak dan pemandu mabuk, serta peruntukan undang-undang yang sedia ada. Saya amat menghargai segala pandangan dan cadangan yang diutarakan. Kerajaan amat memahami kerisauan masyarakat berhubung isu ini.

Saya amat bersetuju dengan langkah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) bagi menyegerakan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta aspek perundangan lain seperti pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan.
Tanggungjawab memelihara nyawa (hifz al-nafs) adalah salah satu keutamaan dalam Maqasid Syariah dan perlu diambil berat oleh Kerajaan agar isu ini dapat dirawat hingga ke akar permasalahannya.
Pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersedia untuk meneliti isu ini dari sudut sosial, etika dan moral. Kita sedia memberi idea dan buah fikiran yang terbaik untuk memastikan isu ini dapat ditangani sesegera yang mungkin.
Semoga usaha bersama kita dapat memberikan solusi terbaik dan akan membantu menyelesaikan permasalahan ini, demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 29/5/2020


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah Dr Zulkifli yang prihatin rakyat kerana berusaha percepatkan 
isu arak dan pemandu mabuk. Al-hamdulillah, terima kasih, kerana kerajaan PN amat memahami kerisauan masyarakat menjelang kematian akibat arak yang makin meningkat.

Mabuk Punya Hal, Rakan Siti Kasim pula maut...

Siti Kassim VS Zakir Naik, Siapa sebenarnya mengancam negara ...

Rakan Siti Kasim maut dipercayai dirempuh pemandu mabuk


RAKAN peguam Siti Kasim maut dipercayai dirempuh pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.
Dalam status terbaharu di Facebook, Siti Kasim berkata, beliau bersedih dengan pemerigian rakannya, Allahyarham Khairul Anuar yang dikenali sejak 11 tahun lalu.
“Dia didakwa dilanggar oleh pemandu mabuk. Pertama kali saya bertemu dengannya 11 tahun yang lalu pada acara amal larian malam untuk Orang Asli. Saya tidak menyertai. Hadir untuk memberi sokongan moral kepada pelari yang mengutip sumbangan untuk Orang Asli.
“Saya mesti mengakui bahawa beliau seorang yang tampan dan mempercayai apa yang saya lakukan. Beliau seorang lelaki yang kuat dan mempunyai semangat untuk melakukan kebaikan kepada mereka yang memerlukan.
“Saya berharap dia dikelilingi dengan kasih sayang ketika hidupnya. Dan saya juga berharap saya menunjukkan kasih sayang yang sama kepada beliau. Awak akan sentiasa diingati dan dirindui Khairul Anuar,” tulis Siti Kasim dalam hantaran di Facebooknya.
Media semalam melaporkan seorang pekerja syarikat kurier maut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh pemandu mabuk di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan hala ke ibu negara awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, lelaki berusia 42 tahun yang juga pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan rakannya yang parah dirawat di Zon Merah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kedua-dua mangsa adalah rakan sekerja dan tinggal serumah dan mangsa yang meninggal dunia dikatakan baru tiga hari bekerja di sebuah syarikat kurier di Petaling Jaya.
Ketika kejadian, kedua-duanya baru habis bertugas dan dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di ibu negara.
Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, siasatan mendapati pemandu berada di bawah pengaruh alkohol dan ujian mendapati paras alkohol di dalam tubuhnya tinggi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-SM

Mimpi Najib cekik ka? ..Muhyiddin.


Dr. Mahathir Meroyan Selepas Di Pecat PPBM, Arahkan Orang Luar PPBM Pecat SUK...  

Posted by SnapShot 














Yahabibi Ya Ali Baba (P. Ramlee)

Gadis Australia Temui Hidayah Masa Ber'game' Atas Talian.


Bakal Nikahi Pemuda Malaysia.


PERMAINAN video atas talian sememangnya sinonim dengan kaum lelaki. Namun, sejak kebelakangan ini kaum wanita juga dilihat sudah banyak menceburi dan berjinak-jinak dengan permainan atas talian malah skil mereka juga tidak kurang hebatnya.
Tiada ada siapa yang menjangkakan bahawa, seorang wanita dari Australia, bakal menemui hidayah dan memeluk islam selepas bermain permainan atas talian. Zahra Fielding menjadi seorang muslim selepas kenalan baru berjaya membuka matanya terhadap agama islam.
Permainan atas talian tersebut telah berjaya menemukan Zahra Fielding dengan sekumpulan individu pemain wanita lain yang berasal dari Australia dan Asia. Salah seorang pemain dalam kumpulan tersebut merupakan seorang wanita beragama islam yang berasal dari negara Singapura dikenali sebagai Kim Assakin.
Disebabkan berasa selesa berada ‘disamping’ wanita muslim berkenaan, Zahra Fielding mulai berani untuk bercakap mengenai topik tentang agama. Sebelum ini, Zahra Fielding  menilai gambaran negatif mengenai Islam di media-media yang membuatnya berprasangka buruk terhadap wanita yang memakai hijab.
Banyak menghabiskan masa beribadah di Masjid Kuraby, tempat suci tersebut telah menjadi saksi dia melafazkan ucapakan kalimah syahadah sebagai tanda memeluk agama Islam.
Lebih menarik, Zahra Fielding kini sudah bertunang dengan seorang lelaki dari Malaysia yang bekerja sebagai penyunting kandungan digital selepas berkenalan diaplikasi mencari jodoh.
Malah, wanita ini juga telah membuat keputusan untuk segera berpindah ke Malaysia untuk berkahwin dengan tunangannya tersebut. (Sumber: Vocket.)

Ini Pelakon Pikat Isteri Orang Dan Ajak Bersetubuh.


HALAMAN HIBURAN
Pelakon drama Shah Hazvee mengaku tidak bersalah pikat isteri orang, ajak ke ranjang


PELAKON drama Shah Hazvee dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pagi semalam atas dakwaan memikat isteri orang dan mengajak melakukan persetubuhan.
Astro Gempak melaporkan, Shah Hazvee atau nama sebenarnya Muhammad Shah Radhi Hazvee, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.
Mengikut kertas pertuduhan, pelakon drama ‘Monalisa’ dan ‘Hero’ itu didakwa memikat isteri orang berusia 36 tahun supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya.
Muhammad Shah Radhi didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, S. Sangitaa menawarkan jaminan RM6,000 kepada tertuduh. Bagaimanapun peguamnya Harcharanjit Singh memohon supaya anak guamnya dijikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM2,000.
Beliau berkata, tujuan jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah. Katanya lagi, anak guamnya itu adalah seorang artis dan tiada sebab untuk dia melarikan diri.
Farah Nasihah membenarkan Muhammad Shah Radhi diikat jamin dengan wang jaminan RM2,300 dengan seorang penjamin. Difahamkan kakak tertuduh membayar wang jaminan.
Sementara itu, perbuatan Muhammad Shah Radhi telah mengundang perhatian ramai sehingga timbul pertanyaan, siapakah gerangan jejaka bertubuh kekar ini. Memetik laporan Astro Gempak, wartawannya imbas kembali kontroversi yang pernah membabitkan pelakon drama Monalisa itu sebelum ini. – SUMBER ASTRO GEMPAK – SM

Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

Friday, May 29, 2020

Adakah Pas akan kekal bersama Umno dalam MN?



Pengomen Minta Penjelasan..

Anonymous said...
Adakah Pas akan kekal bersama Umno dalam Maufakat Nasional? Pas adalah parti yang mempunyai impian yang besar dan bukan sebuah parti yang mudah menyerahkan kerusi yang ditandingi kepada parti lain.

Sejarah membuktikan Pas sanggup bertanding 3 penjuru walaupun sudah ada perjanjian dengan parti lain yang bertanding di kerusi berkenaan. Contohnya, semasa PRU tahun 2013, Pas meletakkan calon di kerusi Kota Damansara walaupun kerusi berkenaan dipersetujui ditandingi PKR.

Maufakat Nasional yang dibentuk oleh Pas dan Umno setakat ini masih belum diuji kukuhnya ikatannya. Walaupun sudah mempunyai kerajaan negeri masing-masing , tapi kerajaan negeri Pas dan kerajaan negeri BN tidak dapat mewujudkan kerajaan Maufakat Nasional.

Kerajaan negeri Pahang dan Perlis yang di kuasai BN tidak dilantik wakil Pas sebagai exco, manakala kerajaan Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Pas tidak dilantik wakil Umno sebagai Exco.
KUALA LUMPUR: PAS sehingga kini kekal berpolitik di atas keteguhan prinsip di mana walaupun telah melaksanakan pelbagai pendekatan dan bersama parti-parti berlainan dalam sejarahnya, tetapi dibuat atas neraca keadilan yang menjadi sebahagian tuntutan takwa.

Penegasan tersebut dinyatakan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam program Bual Bicara Politik “PAS Dalam Kerajaan: Ke Mana?” secara langsung menerusi Facebook Penerangan PAS Selangor, malam tadi.

Jelasnya, PAS bersama dengan pemimpin dan parti politik yang dilihat berbeza dengan perjuangannya kerana adanya persamaan dalam mengangkat sesuatu agenda untuk menegakkan keadilan menerusi sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Bukti PAS berpegang kepada prinsip jelas beliau, apabila bersama dengan pemimpin atau parti lain, PAS tidak menjadi seperti parti tersebut, malah tidak berkompromi atau berganjak dengan perkara-perkara melibatkan perjuangan dasarnya.

Katanya, jika PAS mementingkan kuasa, sudah tentu tidak akan bersama dengan Umno yang telah kehilangan kuasa, sebaliknya telah bermuafakat dengan parti itu demi kepentingan Islam, rakyat dan negara serta menyelamatkan dari PH.

Menyentuh isu-isu yang terpalit kepada pemimpin atau parti yang berkenaan, terangnya hal tersebut mesti dilihat dalam aspek pengasingan kuasa melibatkan keadilan untuk melalui proses kehakiman tanpa dipengaruhi atau campur tangan.

Keutamaan yang penting menurutnya, adalah pembawaan keadilan bertunjangkan takwa itu telah meletakkan PAS berpolitik secara keimanan untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dan menjauhi kerosakan dan perbuatan dilarang agama.

Terang beliau, semua pembawaan PAS sebagai parti politik sah dan berdaftar adalah dalam kerangka sistem demokrasi berparlimen sebagaimana termaktub pada Perlembagaan Negara dengan menjadikan gerak kerja politik sebagai medan dakwah.

Sehubungan itu katanya, PAS menyuarakan sesuatu perkara menerusi saluran-salurannya apabila tidak menjadi kerajaan, tetapi apabila menjadi sebahagian kerajaan, maka kedudukan yang ada digunakan untuk pelaksanaan.

PAS dalam Perikatan Nasional

“Kita mengambil bersama-sama kerajaan ini dalam pertengahan jalan. Mungkin untuk menghadapi PRU-15 nanti, habis-habis sangat pun dalam masa mungkin 2 tahun setengah lagi ataupun 2 tahun. Itulah umur hayat yang ada kepada Kerajaan PN ini untuk bertemu sehingga PRU-15.

“Namun begitu, asas pertama agenda kita ialah nak kukuhkan PN yang kita hendak menunjukkan bahawasanya agenda kita ini kerajaan yang tahu teras kepada politik Malaysia ini ialah mesti kekuatannya daripada orang Islam dan Melayu, itu asas dia.

“Keduanya, jangan kita nafikan ialah kewujudan masyarakat majmuk. Ini perkara-perkara yang kita nak buktikan bahawasanya di dalam kita bercakap ini, nak beritahu bahawasanya Malaysia ini bukan sahaja kita katakan satu bangsa sahaja.

“Maknanya memberikan dan meraikan kewujudan masyarakat majmuk yang terdiri dari kalangan berbagai-bagai bangsa etnik ini. Nak buktikan kita ialah bukan satu Kerajaan yang menindas orang lain sebagaimana digembar-gemburkan oleh musuh politik PN,” ujarnya.

Kemukanya, PAS telah menunjukkan dalam pemerintahannya di Kelantan selama 30 tahun walaupun masyarakat bukan Islam tidak sampai 10 peratus, tetapi dapat hidup dalam suasana harmoni, juga sebagaimana di Terengganu.

Jelas beliau, pembawaan itulah antara sebahagian keadilan Islam hingga masyarakat bukan Islam dapat merasakan karamah insaniah sesuai dengan tuntutan Islam supaya menyantuni semua manusia kerana setiap bangsa tidak minta dilahirkan berbeza.

“Yang kedua, apabila kita di dalam kerajaan, termasuklah juga kita pegang beberapa GLC dan juga agensi-agensi lain, kita mesti dan bersama-sama dengan Perikatan Nasional mampu untuk mengurus tadbir negara ini dengan baik. Tidaklah orang anggap bahawasanya PAS ini hanyalah ‘Parti Pak Lebai’.

“(Atau) PAS ini hanya parti boleh memerintah surau masjid sahaja. Perlu kita kena ingat walaupun Menteri kita itu terdiri dari kalangan orang-orang yang kita katakan background agama, namun yang melakukan kerjanya ialah terdiri daripada kalangan pegawai-pegawai kerajaan,” tambahnya.

PAS juga terangnya, mahu menunjukkan kemampuan integriti dan kepimpinan menguruskan negara majmuk ini dengan pentadbiran yang mempunyai wawasan dengan meluaskan penyampaian mesej Islam diperjuangkan. – HARAKAHDAILY 28/5/2020

Tarbiah Pertanian: Kebun Cili Khairunnisa'..


Sikit Tazkirah Ekonomi:
Kebun Cili Khairunnisa' Mula Keluarkan Hasil

SETIU, 29 Mei- Projek penanaman cili secara fertigasi yang diusahakan Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') diatas tanah seluas dua ekar di Kampung Mengabang Lekor, disini mula mengeluarkan hasil.

Pengerusi Khairunnisa', To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman yang mesra dengan panggilan Kak Zah berkata, tuaian pertama cili pada bulan Ramadhan lalu mencecah hampir 110 kilogram.

"Hasil tuaian tersebut telah dijual kepada pemborong sayur-sayuran.

"Kak Zah ingin buktikan dan mengajak rakyat Terengganu untuk memanfaatkan kawasan tanah terbiar dengan dijadikan kebun komuniti.

"Bermula dari laman kecil, jika bersungguh-sungguh usaha ini boleh mendatangkan manfaat jika kita tekun dan berazam untuk berjaya," ujarnya kepada pemberita.



Tidak memadai dengan laman kediaman rasmi yang dipenuhi pelbagai tanaman sayur-sayuran dan bunga, Kak Zah yang juga isteri Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terus mengorak langkah 'mempromosikan' pertanian bandar secara lebih kormesial.

Jelas terbukti, usaha beliau dan ahli Khairunnisa' telah berjaya menukarkan kawasan semak samun dan manfaatkan tanah terbiar milik Khairunnisa' seluas dua ekar itu kepada kebun cili.

Sementara itu menurut Kak Zah, suaminya turut mengagumi inisiatif Khairunnisa' yang mengusahakan tanah terbiar untuk projek yang bermanfaat.



"Sebagai tanda sokongan dan penghargaan, Dr. Sam juga turun ke kebun bagi memetik hasil cili yang lebat.

"Dr Sam suka sangat kalau diajak ke kebun ni, dia pun puas hati tengok hasil usaha daripada "zero". Dah dua tiga kali turun membantu, antara terapi beliau juga", jelas Kak Zah lagi.

Turut hadir ke kebun cili Khairunnisa' beberapa hati lalu bagi memberikan sokongan kepada usaha isteri masing-masing ialah  Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Pembangunan Insan dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah serta Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman. 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu contoh terbaik ke arah terjun dan berekonomi bersama rakyat. 
(https://www.teganukita.net/)

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails