Friday, August 07, 2020

Guan Eng didakwa di Mahkamah KL esok

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. - Foto Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, di sini jam 9 pagi esok.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SRPM.

Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada jam 9 pagi, 10 Ogos ini kerana kesalahan mengikut Sekyen 23 Akta SPRM.

Setiausaha Agung DAP itu juga kemudiannya akan didakwa di mahkamah yang sama pada jam 9 pagi keesokan harinya (11 Ogos) kerana kesalahan mengikut Seksyen 23 akta sama.

Menurut kenyataan itu lagi, SPRM mendapat izin mendakwa Guan Eng daripada Peguam Negara,

Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu adalah bersangkutan dengan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Seksyen 16 (a) (A) dan Seksyen 23 Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada hujung bulan lalu, Guan Eng sudah tiga kali dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM6.3 bilion.

Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu, selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan.

Kes itu disiasat oleh SPRM sejak tahun 2017. (BH)

Hibur Hibur Sikit


Lihat:

Thursday, August 06, 2020

1MDB: K'jaan Februari Lalu, Tommy syor PM Tun M ...

Gambar fail, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Foto Munira Abdul Ghani
Gambar fail, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Foto Munira Abdul Ghani

1MDB: Tommy syor selesai luar mahkamah

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Februari lalu berhasrat membuat penyelesaian di luar mahkamah berhubung tuntutan dana dan aset milik Malaysia daripada bank pelaburan global, Goldman Sachs.

Ia dikemukakan menerusi syor daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sepucuk surat bertarikh 11 Februari 2020.

Mendedahkan rundingan itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata syor sedemikian dibuat selepas Goldman Sachs bersetuju menaikkan tuntutan bayaran balik untuk Malaysia kepada AS$1.75 bilion (RM7.3 bilion), berbanding AS$1.5 bilion (RM6.28 bilion) yang pernah ditawarkan pada 13 Disember tahun lalu.

"Jumlah ini termasuk bayaran cukai AS$1.64 juta (RM6.87 juta) dan pulangan yuran bernilai AS$567 juta (RM2.3 bilion). Syor yang diberikan Tommy Thomas dalam surat itu ialah untuk cari penyelesaian di luar mahkamah.

"Ini bercanggah dengan dakwaan beliau bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya menerima penyelesaian di luar mahkamah," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat, hari ini. (BH)

Hibur Hibur Sikit


Lihat:

Rahsia Geliga Landak, Bagaimana Mendapatnya?

Ibnu Hasyim: Landak 3: Ini Geliga Landak, Apa Rahsianya Pula?
Add caption

Kira-kira 1,370 hasil carian
 (0.37 saat
29 Jan 2020 - Saiz geliga yang sekecil ibu jari atau yang bersaiz besar sedikit, dapat dijual sehingga mencecah puluhan ribu ringgit kerana ia didakwa ...
Tiada: doi ‎| Mesti merangkumi: doi


Hasil Pencarian

Hasil carian web

29 Jan 2020 - Terbuktinya khasiat batu geliga meningkatkan urgensi untuk ... Dalam test keaslian geliga landak ada beberapa cara.saat ini kita ambil melalui ...
Tiada: Mendapatnya? ‎| Mesti merangkumi: Mendapatnya?

Hasil Pencarian

Hasil carian web

29 Jan 2020 - Terbuktinya khasiat batu geliga meningkatkan urgensi untuk ... Dalam test keaslian geliga landak ada beberapa cara.saat ini kita ambil melalui ...
Tiada: Mendapatnya? ‎| Mesti merangkumi: Mendapatnya?

Hasil carian web

Geliga Landak, bagaimana mendapatnya? Banyak pihak telah menawarinya. 
Hubungi terus:

Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails