Friday, May 14, 2021

Mana Sokongan Parti Politik Selain PAS Terhadap Penderitaan Rakyat Palestin?

 

1. #Aid4Palestine: MB, Exco T’ganu sumbang sebulan gaji

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan Terengganu bersetuju memotong sebulan gaji untuk disalurkan ke Tabung #Aid4Palestine.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, usaha itu turut mendapat sokongan wakil rakyat penyokong kerajaan (backbenchers) apabila mereka menyumbang sebanyak RM3,000 seorang.

“Manakala syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut memberi dana dengan bantuan terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM100,000.

“Ini komitmen serta solidariti kerajaan negeri dalam membantu saudara kita di bumi Palestin yang sememangnya terkesan dengan kekejaman zionis Israel,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah sedang giat menggerakkan kempen bagi meningkatkan lagi kutipan dana untuk Palestin.

“Ini dilakukan mengikut NGO yang ada di Terengganu supaya ia memudahkan seluruh rakyat untuk sama-sama menyumbang.

“Di kesempatan ini juga saya menyeru kepada pihak-pihak seperti syarikat swasta, NGO dan rakyat untuk menyumbang demi kebaikan penduduk Palestin,” tambah beliau.

Pada 12 Mei lalu, Kerajaan Malaysia menubuhkan sekretariat #Aid4Palestine bagi menyelaras bantuan kewangan untuk Palestin dan menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, perkembangan terkini yang berlaku di Palestin dengan serangan berterusan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah suatu tindakan zalim dan wajib dikecam. – TRDI.my

2. PAS Kedah lancar derma jihad bantu Palestin

Tempur: Kenderaan X Pemandu Al-Qassam lwn Operasi Darat Israel..

 

1. Briged Izz ad-Din al-Qassam Sasarkan Israel dengan UAV (kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

Brigade Izz ad-Din al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, mengumumkan bahawa mereka mensasarkan platform gas Israel dan penumpukan tentera dengan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

Dalam kenyataan bertulis yang dibuat oleh Brigade Izz ad-Din al-Qassam, disebutkan bahawa "senjata baharu" (UAV) mula berkhidmat dalam operasi yang mereka sebut "Pedang Jerusalem".

Dengan UAV buatan tempatan yang disebut Shihab, sebuah platform gas Israel di laut berhampiran pantai Gaza menjadi sasaran kemarin, dan penumpukan tentera di sekitar sempadan Gaza menjadi sasaran hari ini.

Brigade Qassam juga mengumumkan bahawa mereka menganjurkan serangan roket ke Bandara Ramon, yang digunakan Israel sebagai alternatif untuk Bandara Ben Gurion, dan ke beberapa bandar termasuk Tel Aviv.

"Roket Drunkard", yang memiliki jarak lebih daripada 250 kilometer dan memiliki kekuatan pemusnah yang besar, telah mula digunakan,

"Ini adalah lapangan terbang anda. Setiap titik dari utara ke selatan Palestin berada dalam jarak peluru berpandu kami." Kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga meminta syarikat penerbangan antarabangsa untuk "menghentikan penerbangan ke lapangan terbang di wilayah geografi Palestin" dengan segera.

Jumlah syuhada meningkat kepada 83 orang dan jumlah yang cedera menjadi 388 orang dalam serangan Israel di Jalur Gaza yang disekat.


2. Israel Lancar "Operasi Darat" ke Jalur Gaza

Tentera Israel melancarkan serangan darat ke Gaza.

Jurucakap Tentera Israel Jonathan Conricust mengatakan mereka melancarkan "operasi darat" ke Jalur Gaza.

Conricust menekankan bahawa tentera Israel telah mula memasuki Jalur Gaza dan dia tidak dapat memberikan keterangan lebih lanjut.

Dalam serangan udara Israel ke wilayah tersebut sejak 10 Mei, 103 orang Palestin, 27 daripadanya adalah kanak-kanak, mati syahid dan 580 orang cedera.

(IH)

Hamas Bedil Lapangan Terbang Israel. Erdogen Berbual Tun M..

 

Penduduk Palestin membawa jenazah 13 pejuang Hamas yang terbunuh dalam serangan Israel ketika upacara pengebumian di Masjid al-Omari di Gaza. - Foto AFP

1. Hamas bedil lapangan terbang kedua Israel

BANDAR GAZA: Hamas hari ini membedil roket ke Lapangan Terbang Ramon berhampiran Eilat, Israel, lokasi kemasukan pesawat yang dilencongkan selepas lapangan terbang utama di Tel Aviv diserang.

Jurucakap sayap senjata Hamas memaklumkan mengenai serangan roket seberat 250 kilogram (kg) dan menuntut semua syarikat penerbangan antarabangsa segera menghentikan penerbangan ke mana-mana lapangan terbang di Israel.

Hamas membedil lebih 1,600 roket ke arah Israel sejak Isnin lalu manakala tentera Israel memaklumkan menyerang sasaran Gaza lebih 600 kali.

Terdahulu, pihak berkuasa penerbangan awam Israel melencongkan semua penerbangan penumpang dari Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv ke Lapangan Terbang Ramon, ketika amaran serangan udara sekali lagi dikeluarkan Hamas.

Sehubungan itu, kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa membatalkan penerbangan ke Israel.

Jurucakap United Airlines dan American Airlines memberitahu AFP, penerbangan dari AS ke Israel dibatalkan 'hingga 15 Mei ini'.

Di Gaza, 83 orang dilaporkan terbunuh termasuk 17 kanak-kanak dan lebih 480 orang lagi cedera selepas kawasan pantai dibom hebat termasuk meruntuhkan sebuah bangunan 12 tingkat.

Di dalam Israel pula, tujuh orang terbunuh sejak Isnin lalu termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun, selepas sebuah roket terkena rumah keluarganya.

Terkini, Israel mengerahkan lebih ramai anggota tentera ke sempadan Gaza bagi menghadapi serangan Hamas manakala di dalam negara, pihak berkuasa Zionis berdepan rusuhan membabitkan penduduk Yahudi dan Arab.

Meriam dilihat mengebom wilayah Palestin manakala wartawan AFP melihat lebih banyak anggota tentera berkumpul di sempadan, di fahamkan bagi menyertai operasi tiga hari menentang Hamas. - AFP


2. Erdoğan Berbual Telefon dengan Bekas PM Mlaysia.  

Presiden Recep Tayyip Erdoğan mengadakan perbualan telefon dengan mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Direktorat Komunikasi Presiden, Erdoğan dan Mahathir Mohamad bertukar ucapan selamat pada Hari Raya Idul Fitri.

Dalam pertemuan itu, serangan dan tekanan Israel terhadap Palestin juga dibincangkan.

(IH)

Thursday, May 13, 2021

'Perang habis-habisan', PBB, binatang Israel &Hamas Militan?

 

1. Memahami konflik Syeikh Jarrah dan kebinatangan Israel

BAYANGKAN ketika anda senang lenang di rumah yang diduduki sekarang, tiba-tiba segerombolan askar memecah masuk dan memaksa anda keluar dari rumah. Sehelai sepinggang. Anda tunjukkan geran tanah kepada askar tersebut namun geran itu dikoyak dan dibakarnya.

Dengan hati yang pedih, anda dan keluarga keluar dari rumah secara terpaksa dan pergi ke kampung sebelah. Mujur ada kawasan lapang tempat anda memacak khemah sementara buat berteduh. 20 tahun selepas itu, anda sudah membina penempatan atas tapak khemah tadi. Komuniti baru telah dibina di situ. Anda juga telah peroleh geran baru. 

Tiba-tiba, segerombolan askar datang kembali memecah masuk rumah anda dan mahu menghalau keluar anda sekali lagi. Walaupun anda tunjukkan bukti, rumah dan tanah itu milik anda, tetapi kebinatangan askar tersebut tidak pedulikan semua itu.

Anda terpaksa keluar sekali lagi. Inilah yang berlaku di Kejiranan Syeikh Jarrah, yang mencetus tragedi kebinatangan Israel baru-baru ini dalam bulan Ramadan 2021.

Sejarah ringkas

Secara ringkasnya, setelah ‘Nakba’ pada 1948, ramai penduduk asal Palestin dihalau oleh Rejim Zionis ke negara-negara berdekatan, untuk bolehkan Zionis membina negara haram Israel. 28 keluarga yang diusir menetap di Kejiranan Syeikh Jarah, Barat Jerusalem sekitar tahun 1956. 

Pada tahun tersebut, 28 keluarga tersebut mencapai persetujuan dengan Kementerian Pembinaan dan Pembangunan Jordan dan UN Refugee Agency (UNRWA) untuk membina rumah untuk mereka di Kejiranan Syeikh Jarrah. Ketika itu kejiranan ini masih di bawah penguasaan Negara Jordan.

Kerajaan Jordan menyediakan tanah sementara UNRWA membiayai kos pembinaan. Menurut perjanjian, hak milik tanah tersebut akan berpindah kepada 28 keluarga tersebut setelah 3 tahun rumah siap dibina. 

Pemindahan hak milik itu terhenti setelah Rejim Israel menakluk Tebing Barat dan Jerusalem pada tahun 1967. Ini menghalang proses pendaftaran hak milik tadi. Sejak itu, 28 keluarga tersebut berkembang menjadi 38 keluarga dan mereka diasak oleh Rejim Israel saban hari untuk mengusir mereka keluar dari Kejiranan Syeikh Jarrah.

Pada tahun 1970, undang-undang ‘Law on Legal and Administrative Affairs’ digubal oleh Israel. Menurut undang-undang itu, Yahudi yang hilang tanah pada tahun 1948 boleh menuntut semula. Namun, undang-undang ini tidak benarkan orang Palestin yang hilang tanah pada tahun 1948 menuntut semula.

Undang-undang rimba itu terus-terusan dipertikai oleh penduduk Palestin, dan diguna oleh Israel untuk menjarah. Pada tahun 1972, Separdic Committee and the Knesset Committee of Israel (SCKCI) menyatakan kononnya bahawa tanah Syeikh Jarrah tersebut adalah milik mereka sejak 1885. 

Sehubungan itu, 2 pertubuhan penduduk Israel mendapat Perintah Mahkamah untuk mengusir keluar 4 keluarga atas tuduhan merampas tanah. Pada tahun 1982, pertubuhan-pertubuhan penduduk Israel memfailkan kes usir keluar ke atas 24 keluarga di Kejiranan Syeikh Jarah. 17 keluarga diwakilkan oleh seorang peguam Israel, bernama Isaac Tosia Cohin.

Peguam Dajal ini telah memperdaya keluarga tersebut dengan menandatangani persetujuan pada tahun 1991 menyatakan hak milik hartanah tersebut diberi kepada pertubuhan Israel, tanpa pengetahuan mereka. Penduduk Palestin hanya diberikan status ‘Penyewa Dilindungi’. Sejak itu mereka sering diugut untuk diusir keluar sekiranya gagal membayar sewa. 

Pada tahun 1994, seorang penduduk bernama Suleiman Darwish Hijazi memfailkan saman di Mahkamah Pusat Israel untuk buktikan hak milik beliau menggunakan geran yang dikeluarkan oleh Empayar Uthmaniyyah. Namun, Mahkamah Israel menolak tuntutan tersebut.

Pada November 2008, keluar Al-Kurd diusir keluar.

Pada Ogos 2009, keluarga Hanoun dan Al-Ghawi diusir keluar.

Bendera Israel dinaikkan di rumah mereka. Setakat ini, 12 keluarga telah menerima Perintah Pengusiran daripada Mahkamah Israel.

Konflik terkini

Terbaru, 4 keluarga memfailkan rayuan ke Mahkamah Agung Israel terhadap keputusan Mahkamah Rendah bahawa 4 keluarga ini perlu diusir keluar. 4 keluarga besar ini terdiri daripada 70 orang individu. 

Tarikh keputusan telah ditetapkan pada 10 Mei 2021, namun terpaksa ditangguhkan disebabkan tercetusnya pembantaian oleh tentera Israel. Kerajaan Jordan telah membantu dengan memberikan 14 perjanjian yang diratifikasi pada tahun 1956 sebagai bukti hak milik Palestin di Kejiranan Syeikh Jarrah. Namun, keputusannya nanti boleh kita jangka. Binatang tetap binatang.

Kesimpulan kepada kebinatangan ini ialah:

(a) Israel Laknatullah sentiasa menginjak-injak hak orang Islam;

(b) Israel Laknatullah langsung tidak mengendahkan apa-apa prinsip sejagat seperti anti-diskriminasi dan konvensyen-konvensyen berkaitan;

(c) Israel Laknatullah akan gunakan apa sahaja helah dan tipu daya untuk mengusir orang Islam;

(d) Israel Laknatullah adalah binatang biadab yang sengaja mencemar kesucian bulan Ramadan untuk menzalimi umat Islam, dan bersorak gembira.

Benarlah ayat Allah. Janganlah pula kita berbaik sangka. 

خيبر خيبر يا يهود
جيش محمد سوف يعود

YUSFARIZAL YUSSOFF – HARAKAHDAILY 11/5/2021

[1] Video kebiadaban Yahudi menceroboh tanah Syeikh Jarrah – https://youtu.be/KNqozQ8uaV8
[2] Peta ringkas Syeikh Jarrah

2. PBB beri amaran kemungkinan 'perang habis-habisan'

GAZA: Wakil pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timur Tengah semalam, memberi amaran mengenai "perang habis-habisan" kecuali jika ada "gencatan senjata segera", selepas pengeboman Israel di Semenanjung Gaza menyaksikan peningkatan dramatik jumlah kematian rakyat Palestin.

Letupan kuat berterusan sepanjang hari ketika Israel memusnahkan sasaran Hamas dan pasukan tentera di Gaza pula bertindak balas dengan melancarkan ratusan roket jarak jauh ke wilayah Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 56 orang terbunuh setakat ini, termasuk 14 kanak-kanak, lima wanita dan seorang lelaki warga emas, manakala lebih 335 orang cedera, lapor agensi berita Arab News.

Dalam satu kenyataan, penyelaras khas PBB untuk proses perdamaian Timur Tengah, Tor Wennesland berkata: "Letakkan senjata dengan segera. Kita sedang menuju perang habis-habisan. Pemimpin di semua pihak mesti bertanggungjawab untuk meredakan situasi ini.

"Kos perang di Gaza sangat dahsyat dan dibayar orang biasa. PBB bekerjasama dengan semua pihak untuk memulihkan ketenangan. Hentikan keganasan sekarang. "

Laporan Palestin dan Israel memaklumkan, usaha sedang dilakukan Mesir, PBB dan sejumlah negara lain untuk memulihkan keamanan dan kembali kepada perjanjian gencatan senjata.

Pertumpahan darah itu tercetus selepas rusuhan hujung minggu lalu di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, yang suci bagi umat Islam dan Yahudi.

Tindakan balas tentera meningkat sejak beberapa hari lalu, yang mendorong permintaan antarabangsa untuk menghentikan keganasan.

Semalam, Israel mensasarkan sejumlah bangunan dan rumah pemerintah Hamas, kereta persendirian, plot pertanian dan tempat latihan ketenteraan milik gerakan itu, dan Jihad Islam juga menjadi sasaran serangan. - AGENSI

3. Dakwa Hamas militan, RTM diarah siasat berita Mandarin.

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah diarah menjalankan siasatan lengkap berhubung dakwaan satu laporan berita berbahasa Mandarin di saluran televisyen berkenaan yang menggelar kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai militan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Editor Meja Mandarin dan Ketua Editor Berita Mandarin telah dipanggil memberikan penjelasan, manakala pegawai terlibat juga dikenakan Surat Tunjuk Sebab.

“Seksyen Berita Hal Ehwal Semasa juga telah diminta mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) tugasan Bilik Berita khususnya dalam penyuntingan dan penerbitan berita TV untuk memastikan kesilapan serupa tidak berulang di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Istilah berkenaan didakwa digunakan dalam pelaporan berita berbahasa Mandarin di TV2 RTM, semalam berkaitan serangan udara Israel terhadap Palestin.

Permohonan maaf secara terbuka mengenainya dalam siaran berita untuk pembetulan telah disiarkan dalam Berita Tengah Hari pada 1 tengah hari dan Berita Mandarin pukul 7 malam hari yang sama.

Saifuddin berkata RTM peka tentang situasi yang berlaku dan sentiasa teguh menyokong pendirian Malaysia dan aspirasi rakyat berhubung konflik yang melanda dan mendukung kedaulatan serta kebebasan Palestin.

“RTM akan terus berusaha dalam menambah baik kualiti penyampaian berita dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

(IH)

Jihad Berterusan, 83 Palestin Syahid, Aid4Palestine, 3. K'tan sumbang RM100,000'

 

1. Serangan Israel Berterusan, Kematian Meningkat. 83 Palestin mati syahid dan 365 cedera 

Polis Israel menyerang penduduk Palestin di Gerbang Damsyik dan Kejiranan Sheikh Jarrah di daerah Kota Tua Jerusalem Timur, yang dijajah.

Warga Palestin yang berkumpul di Gerbang Damsyik setelah solat isyak di Masjid Al-Aqsa, yang terletak di Kota Tua Jerusalem Timur, menjadi sasaran campur tangan polis Israel.

Di Kejiranan Sheikh Jarrah, polis Israel juga menyerang penduduk Palestin yang menghadapi ancaman pengusiran dari rumah mereka.

Dalam pernyataan bertulis yang dibuat oleh Bulan Sabit Merah Palestin, dinyatakan bahawa polis Israel menyerang warga Palestin di Gerbang Damsyik dan Kejiranan Sheikh Jarrah dengan bom tangan, peluru plastik, gas pemedih mata dan alat campur tangan insiden sosial.

18 orang Palestin, 10 daripadanya oleh peluru plastik, cedera semasa campur tangan polis Israel.

83 orang Palestin mati syahid dan 365 orang cedera dalam serangan Israel selama berhari-hari di Jalur Gaza yang berada di bawah sekatan.


2. Kempen #Aid4Palestine

SAYA mengikuti secara dekat perkembangan terkini yang berlaku di Palestin, serangan berterusan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah suatu tindakan zalim dan wajib dikecam oleh seluruh rakyat dan pemimpin negara umat Islam sedunia yang cintakan bumi al-Aqsa.

Perompak jalanan Zionis Israel berusaha untuk mengusir penduduk Palestin di kawasan Syeikh Jarrah supaya keluar daripada rumah-rumah mereka, dan selepas itu tanah dan hak mereka akan dirampas oleh Zionis Israel secara haram.

Sehingga ke saat ini menjelang 1 Syawal 1442H, rakyat dan pejuang Palestin terus teguh mempertahankan bumi suci itu tanpa rasa gerun dan takut kepada musuh Allah SWT. Semangat jihad mereka yang tinggi berasaskan keimanan yang kuat menjadi obor kepada perjuangan pembebasan bumi Palestin.

Setiap umat Islam perlu terus berdoa dan memberikan tekanan ke atas rejim Zionis Israel dengan pelbagai cara dan teknologi terkini, supaya dihentikan kekejaman ini dan mengembalikan hak rakyat Palestin. Tidak cukup dengan itu, infaq dan sumbangan setiap umat Islam bagi membantu perjuangan rakyat Palestin perlu diteruskan, sebagai tanda pengorbanan dan kasih kita kepada Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin yang dimuliakan oleh Allah.

Justeru itu, kami telah mengadakan perbincangan khas pada petang 30 Ramadhan, melibatkan beberapa tokoh masyarakat dan pemimpin NGO, untuk mengambil tindakan proaktif dan segera bagi membantu perjuangan Palestin.

Kami telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah “Sekretariat #Aid4Palestine” yang akan dipengerusikan oleh YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dengan kerjasama lebih 40 buah NGO yang akan bersama menggerakkan misi ini.

Sekretariat ini akan berfungsi sebagai koordinator jaringan NGO dan masyarakat sivil  bagi menggerakkan kempen kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin, serta menyelaras kutipan dana #Aid4Palestine melalui kaedah crowdfunding dengan sasaran bantuan RM1 juta yang akan disalurkan terus ke bumi Palestin.

Setakat ini komitmen fasa pertama yang akan disalurkan menjelang 10 Syawal sudah mencecah RM350,000 hasil kutipan terkumpul NGO PASRelief, Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care Malaysia Society dan Cakna Palestin Malaysia. Manakala kutipan fasa kedua minimum RM650,000 akan dibuka sehingga 30 Syawal.

Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan ini menjadi ganjaran dan pahala yang besar di sisi Allah sebagai tanda keimanan dan kasih sayang umat Islam kepada Palestin.

Intifadhah di bumi Palestin adalah lambang kesatuan dan kebangkitan umat Islam seluruhnya melangkaui batas sempadan negara dan perbezaan mazhab, demi membela keadilan dan hak rakyat Palestin.

Selamatkan Masjid al-Aqsa, bebaskan Palestin.

YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah
1 Syawal 1442 / 13 Mei 2021  HARAKAHDAILY 13/5/2021

3. Kelantan sumbang RM100,000 untuk Palestin

KETIBAAN 1 Syawal 1442 Hijriyah, umat Islam di bumi Palestin terus berjuang untuk mempertahankan tempat suci ketiga umat Islam iaitu Masjidil Aqsa. Para Murabithin terus menitipkan semangat jihad yang tinggi dengan cita-cita dipilih sebagai Syuhada’ di sisi Allah SWT.

Perlakuan rejim Zionis bukan sahaja suatu tindakan zalim dan tidak berperikemanusian bahkan telah melanggari prinsip kemanusian dan mencabuli dasar hak asasi tajaan barat itu sendiri.

Saya mengikuti perkembangan secara dekat situasi yang dihadapi rakyat Palestin. Perjuangan rakyat Palestin sudah tentu memerlukan doa dan munajat umat Islam dari seluruh pelosok dunia. Perjuangan rakyat Palestin juga wajib disusuli dengan infaq dan sumbangan daripada kita semua.

Atas solidariti tersebut, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tabung Serambi Mekah akan menyalurkan sumbangan RM100,000 sebagai tanda kebersamaan perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada kebejatan Zionis.

Sebagai menyahut seruan sumbangan kepada umat Islam di bumi Palestin, saya menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan peribadi sebanyak RM10,000 melalui Tabung Serambi Mekah tersebut.

Sumbangan tersebut akan disampaikan secara terus kepada saudara kita di sana yang sangat memerlukan bantuan kewangan pada masa ini. Orang ramai yang ingin menyumbang kepada saudara kita di sana melalui Tabung Serambi Mekah bolehlah menyalurkan sumbangan melalui:

Tabung Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung Serambi Mekah) 03018010080024 (Bank Islam)

Hantarkan maklumat sumbangan Al-Aqsa melalui whatsapp: Mohd Roshdi bin Ismail (013-9015602)

Sumbangan ini akan dibuka selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 19 Mei 2021. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan lagi beban saudara kita di Palestin pada ketika ini.

Marilah kita sebagai umat Islam terus bermunajat, berdoa dan bersatu hati agar umat Islam di Palestin terus diberi kekuatan disaat genting ini. Semoga Allah SWT memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada mereka dan seluruh umat Islam di mana sahaja berada.

Doa buat Palestin, Selamatkan Masjid Al-Aqsa.

DATO’ BENTARA KANAN
USTAZ DATO’ AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
01 Syawal 1442 / 13 Mei 2021 – HARAKAHDAILY 13/5/2021

(IH)

Buat semua bakal imam solat sunat Aidilfitri, ini panduan buat anda

 

Sempena sambutan hari raya kali ini, tentu sekali ramai kaum lelaki yang akan memikul cabaran kali pertama menjadi imam dan khatib bagi solat sunat Aidilfitri. - Gambar hiasanU.

UMAT Islam di negara ini bakal menyambut hari raya Aidilfitri atau 1 Syawal.
Namun, tahun ini bakal menyaksikan kelainan dan perbezaan dalam menyambutnya ekoran penularan pandemik COVID-19 yang menghalang kita untuk berkumpul bertakbir raya dan menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah di masjid
Berikutan itu, umat Islam bukan sahaja dibolehkan malah diseru untuk mengimarahkan ibadah ini di rumah masing-masing bersama keluarga.
Bagi memudahkan kaum lelaki yang bakal mengimamkan solat sunat Aidilfitri di rumah, Astro AWANI lampirkan panduan menunaikan solat sunat raya dan teks khutbah seperti yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jumaat.
Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini mengandungi panduan umum sambutan Aidilfitri seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat dan khutbah hari raya.
Berikut merupakan lafaz takbir raya:
.
Lafaz takbir raya.
Selain itu, ini pula tatacara atau rukun bagi mengerjakan solat sunat hari raya Aidilfitri:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Untuk panduan penuh, klik disini.
Sementara itu, berikut merupakan panduan untuk membaca khutbah hari raya Aidilfitri:
.
Panduan khutbah raya.
Dalam pada itu, Jakim berkata teks khutbah boleh di muat turun melalui portal Jakim di www.islam.gov.my atau portal Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) di seluruh Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails