1. Sejarah awal
Al-hamdulillah, perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia, adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang strategik di rantau ini. Ia disifatkan sebagai jambatan atau landasan dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.
Juga seterusnya berperanan sebagai penghubung dua pusat dagangan besar masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur.
Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Mara Vijayatunggavarman berdasarkan pahatan pada Larger Layden Plates sampai pada masa Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore. (Lihat Muljana, Slamet, (2006), Sriwijaya, PT. LKiS Pelangi Aksara, ISBN 978-979-8451-62-1.)
Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.
2. Kerana Islam
Kedah dikatakan antara negeri terawal yang menerima Islam di Tanah Melayu. Bahkan, peng-Islaman Kerajaan Kedah pada 531H (1136M) adalah lebih awal daripada Kelantan (1181M), Melaka (1262M), Samudera-Pasai (1267M), Terengganu (1303M) dan Champa (1360M).
Setelah pembentukan Kerajaan Islam Perlak (840M), secara berperingkat, negeri-negeri Melayu di sebelah Utara telah menerima Islam sehingga terbentuk Kerajaan-kerajaan Islam dan terlaksananya syariat. Islam dikatakan telah masuk ke Kedah sejak awal abad kesembilan Masihi, iaitu sezaman dengan pembentukan Kerajaan Islam Perlak pada 840M.
Namun begitu, setelah kedatangan para pendakwah dan pedagang dari Arab dan Parsi, memasuki abad ke-12, baharulah Kerajaan Kedah dapat di-Islamkan dengan pengIslaman Sultan Mudzaffar Shah pada tahun 1136M. Sejak itu, Kedah mula dikenali sebagai sebuah negeri Islam yang memakai gelaran Darul Aman.
Kedah dikatakan telah menerima kunjungan para pedagang Arab sejak sekian lama. Bahkan, ramai ahli geografi, pengembara dan pelayar Arab mencatatkan Kedah sebagai ‘Kalah’ atau ‘Kilah’ dalam catatan mereka. Antara mereka termasuklah Ibnu Khurdadhbeh (844-848M), Sulaiman (851M), Ya’qubi (857-880M), Abu Zaid (916M), Abu Dhulaf (940M) dan al-Mas’udi (943M).
Kedah dicatatkan oleh mereka sebagai sebuah negeri yang berada di bawah naungan Raja Zabaj atau Sribuza (Seriwijaya). Hal ini disebut oleh Ibnu Khurdadhbeh dalam kitab ‘al-Masalik wa al-Mamalik’ dan juga ‘Kitab Akhbar al-Sin wa al-Hind’ oleh Abu Zaid as-Sirafi.
Di kalangan orang Arab, Kedah sering disebut sebagai ‘as-Sayf al-Hind’ kerana kemasyhuran pedang buatannya yang digunakan oleh bangsa Arab untuk berperang.
Hubungan perdagangan Arab dengan orang Melayu (Kedah dan Aceh) terbukti daripada rakaman al-Quran dalam Surah al-Quraisy dan juga Surah al-Insan tentang negeri Barus (Aceh) yang mengeluarkan kafur (wangian) untuk orang Arab.
Dengan latar belakang hubungan Arab-Kedah inilah, kemasukan Islam berlaku lebih awal di Kedah berbanding tempat lain.
Ada empat bukti terawal yang merekod kedatangan Islam ke Kedah.
(i) Penemuan artifak berbentuk sekeping batu di Gunung Jerai yang tercatat perkataan ‘Ibnu Sirdhan’ bertarikh 214H (829M).
(ii) Penemuan sebuah artifak mata wang perak yang tercatat nama Khalifah Daulah Abbasiyah, al-Mutawakkil (847-861M) di Lembah Bujang;
(iii) Catatan al-Mas’udi mengenai kedatangan hampir 200,000 orang Arab dan Parsi yang beragama Islam dari Kanfu (Canton atau sekarang Guangzhou). Pergolakan politik yang berlaku di Kanfu itu telah menyebabkan para pedagang Islam berhijrah ke Kedah dan Palembang pada tahun 877 Masihi.
(iv) Penemuan batu nisan milik Sheikh Abdul Qadir Ibnu Hussein Syah Alirah di Tanjung Inggeris pada 1962 yang mencatatkan tarikh 3 Rabiul Awwal 291 Hijriyah (24 Januari 904 Masihi).
Selain empat catatan ini, kronik-kronik tentang sejarah Kedah seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan at-Tarikh Silsilah Negeri Kedah turut merekodkan kemasukan Islam dan peng-Islaman rajanya.
Kedua-dua teks ini mencatatkan bahawa Islam telah dibawa masuk ke Kedah oleh Sheikh Abdullah Yamani, yang berhasil meng-Islamkan Raja Kedah, Phra Ong Mahawangsa (atau Maharaja Derbar Raja menurut at-Tarikh) pada 531H (1136M).
Raja Kedah kemudiannya diberi nama sebagai Sultan Mudzaffar Shah (1136-1179), iaitu keturunan Raja Mahapudisat, Raja Kedah yang pertama. Sultan Kedah telah memakai gelar ‘Zillalullahu fi al-A’lam’ (Bayangan Allah di Dunia) yang menunjukkan bahawa negeri Kedah secara rasmi telah menjadi sebuah negara Islam.
Mahyuddin Yahya mengatakan Sheikh Abdullah Yamani yang mengIslamkan Kedah adalah orang yang sama dengan Sheikh Abdullah Arif, pengarang kitab tasawuf, Bahar al-Lahut pada 1177 Masihi, yang dikatakan kitab Islam pertama dikarang di Alam Melayu.
Sedangkan menurut Wan Mohd Saghir, Sheikh Abdullah al-Qumairi al-Yamani adalah orang yang berbeza, tetapi hidup di Kedah sezaman dengan Sheikh Abdullah Arif di Aceh.
Sheikh Abdullah al-Qumairi disebut dalam Sejarah Kedah Sepintas Lalu telah datang berdakwah bersama 11 orang pendakwah lain, sehingga Islam mulai berkembang secara meluas di negeri ini dan Kedah telah berdiri sebagai negara Islam pertama di Tanah Melayu.
Kedah akan bangkit..
Kedah akan bangkit sebagai kuasa industri yang tersohor di Malaysia dan menjadi pusat kepada Asia Tenggara atas kedudukan geografinya, tanpa meninggalkan fokus pengeluaran makanan dalam bidang pertanian.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor melontarkan keyakinan itu dalam sidang media secara atas talian yang diadakan selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri juga secara atas talian, di sini hari ini.
“Inilah kelebihan-kelebihan negeri Kedah yang perlu diangkat sebagai satu kelebihan yang ada untuk menjadi pemangkin kepada kebangkitan Malaysia dan kekuatan baru kuasa ekonomi dunia.
“Dan Kedah antara ‘player’ ataupun kerajaan negeri yang menjadi pilihan utama dalam sektor ini,” ujarnya mengulas kemasukan pelaburan baharu terkini bernilai RM8.5 bilion menyusuli RM43 bilion yang diterima bagi suku pertama tahun 2021.
Kata beliau, ia satu pencapaian besar bagi Malaysia khususnya di Kedah dalam keadaan dunia menghadapi pandemik COVID-19, namun tetap menerima kemasukan pelabur-pelabur besar ke negara ini.
“Semua ini untuk kita sediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah, rakyat Malaysia dan membantu kepada pertumbuhan ekonomi negara. Construction sedang berjalan di tapak oleh Risen, syarikat yang akan melabur dalam bidang solar.
“Saya harap ini juga tidak menghadapi halangan perancangan membangunkan kilang mereka akan berlangsung mengikut jadual. Dan ini juga mampu menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat Kedah dalam bidang berkaitan.
Al-hamdulillah! -Ibnu Hasyim.
"Jika PH jadi kerajaan penuh..."
1 Comment - Show Original Post
Part 4 Enemy at the gate. Ambil semula saham saham yang dijual lelong semasa Pakatan Harapan memerintah.
Hubungan pasang surut agar terus curiga mencurigai antara satu sama lain adalah agenda besar mereka agar Indonesia - Malaysia agar sentiasa tegang dan berantakan.
https://youtu.be/T-McLuK0nE0 (Indonesia harus contohi Malaysia hadapi dominasi pelabuhan di Batam dan lain2 Singapura)
Melalui media di kuasai proksi kaum Tiong Kok Indonesia mereka melakukan privokasi terhadap Malaysia. Rakyat Islam Indonesia perlu disedarkan manipulasi warga tiongkok ( kaum Cina Kristian) Indonesia.
https://youtu.be/UZI4z0eYHLo (Tiongkok tolak Jokowi)
Warga tiongkok Indonesia hanya 10% penduduk Indonesia tetapi menguasai 90% ekonomi dan media di Indonesia.
https://youtu.be/7vtdXi5GtN8 (Singapura tahan wang warga Indonesia)
Mantapkan hubungan ekonomi Indonesia - Malaysia jalan terbaik adu domba proksi Singapura melalui warga kaum Cina di kedua negara Malaysia dan Indonesia
https://youtu.be/TF1XVS32PCk (Petronas vs Pertamina)
Begitu juga Kuasai negara kita melalui proksi bangsa Cina , jika tidak Singapura tidak boleh survive.
https://youtu.be/OUxNZx0Ygxs (new order warga Cina Indonesia)
Proksi mereka adalah warganegara Cina di Malaysia dan Tiong Kok di negara tetangga Indonesia
https://youtu.be/Fh1SHDnxalw (Pertamina kalahkan Petronas, media cetus provokasi halus)
Lagi contoh jarum halus media Indonesia milik saham warga Tiongkok Indonesia utk melagakan orang Indonesia - Malaysia kerana memiliki akidah yang sama
https://youtu.be/_096eCjnXC8 (Warga China menguasai kerjaya di Indonesia wajah menteri jelas bangsa Cina)
Kuan Yew menerusi buku Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going mengenai wujudnya kempen dari luar untuk menjatuhkan negara itu kerana dianggap penceroboh selain menurutnya terdapat usaha di pihak Malaysia dan Indonesia mahu menjejaskan perniagaan pelabuhan negara berkenaan.
https://youtu.be/SJoEFd4ZUEY (Indonesia beri amaran Singapura bisa bergelap jika Indonesia hentikan supply gas.)
Sambil akan menguna kan cara saraf dan pemasangan kaki dan talibarut untuk menyusah kan Malaysia dan Indonesia, Singapura pula membina satu sistem keselamatan untuk diri nya.
https://youtu.be/nvtTIAvWggk (Charles Santiago menteri Pakatan Harapan takut dengan Indonesia Omni Laws..!!)
Mantapkan hubungan ekonomi, budaya dengan Indonesia, Thailand, Brunei dan tinggalkan Singapura lupakan Singapura..!!
Ambil semula saham saham yang di lelong murah kepada Singapura semasa 22 bulan Pakatan Harapan memerintah.
PH government undertook to sell 12 strategic assets worth RM25.6 billion, including IHH Berhad (RM8.42 billion), Sapura Upstream (RM3.7 bililon), Acibadem Sigort (RM1.25 billion), Telco M1 (RM1.65 billion), TNB shares (RM1.05 bililon), Boustead Plantation (RM1.2 bililon), Axiata Digital (RM0.579 bililon), BDO Unibank (RM0.415 bililon), CIMB (RM0.364 billion), Royale Chulan Hotel (RM0.197 bililon) and the Hong Kong Consulate building, sold to a buyer from China (RM1.6 billion).
The biggest joke was Khazanah’s decision to sell 16% of its stake in IHH Healthcare to Japan’s Mitsui & Co for a meagre RM8.42 billion, leaving Khazanah only 26% equity interests in the company, a share cut worth RM13.13 billion
https://youtu.be/PEz2PYYbgI8 (media indonesia luas liputan petronas 128 juta barrel)
Mencipta proksi billionaire Melayu Made In Singapura bagi menguasai ekonomi Singapura dengan bantuan Malaysia, Brunei dan Indonesia atas dasar 'meritokrasi' secara positif di Singapura.
https://youtu.be/NUXaVab_dEk (Bantuan rakyat Petronas di Indonesia)
Mantapkan jaringan dan rangkaian Kesatuan Peniaga Melayu Islam di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Tinggalkan Singapura dan Lupakan Singapura.!!
https://youtu.be/L79HorzZ_rw (massage to Muslim in Singapore dari Prof Imran Hossein)
Mantapkan dan perbaiki hubungan tetangga Indonesia. Tinggalkan Singapura dan Lupakan Singapura.!!
June 24, 2021 at 8:19 AM