Saturday, July 03, 2021

35 Ahli Parlimen UMNO tinggalkan Zahid Hamidi?

Astro Awani 35 Ahli Parlimen UMNO kekal dengan keputusan bersama PN sehingga Parlimen bubar - Sumber 

KUALA LUMPUR: Seramai 35 Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan pertemuan malam tadi bersetuju mempertahankan resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) pada Mac lalu. 

Ini bermakna kesemua 35 Ahli Parlimen itu akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan, kata sumber kepada Astro AWANI. 

PAU2020 pada Mac lalu antara lain menuntut supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal. 

Ia juga memutuskan bahawa Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bersama PN apabila Parlimen dibubarkan. at 7/03/2021 06:25:00 PG (KERENGGA)

Bakul makanan: Sanusi jawab Adun DAP

 

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah berjaya mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 sehingga PKP 3.0 kini untuk membantu rakyat.

Malah selama lebih setahun menempuh PKP bersyarat mahupun diperketatkan, kerajaan negeri berjaya membantu dengan menyediakan 100,000 bakul makanan kepada yang memerlukan.

“100,000 itu tidak termasuk puluhan ribu lagi bantuan dan sumbangan yang diedarkan melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun dan Parlimen,” ujar Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, menjawab ciapan Adun Derga, Tan Kok Yew (DAP) terhadapnya yang dimuatnaik di laman sosial, semalam.

Jawapan itu juga katanya bukan sahaja kepada Adun DAP itu malah kepada sesiapa yang sewaktu dengannya.

“Sebagai wakil rakyat, bantulah rakyat yang dalam kesusahan mengikut posisi, keupayaan dan kesanggupan masing-masing, termasuk juga penjawat jawatan apa-apa sekalipun.

“Kerajaan negeri akan terus membantu sama ada melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) setiap daerah mahupun PKWR Adun dan Ahli Parlimen Kerajaan.

“Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh terus menghubungi PKOB serta PKWR di daerah dan Dun masing-masing,” jelasnya.

Kata Sanusi pihaknya membina sistem dan mekanisme pengagihan yang terbaik dan selamat untuk semua pihak di samping sedia membantu pihak yang memerlukan.

Kaedah seumpama itu, tegasnya untuk memastikan tiada bantuan berganda-ganda kepada rumah yang sama selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta menghadkan jumlah petugas yang terlibat.

“Kita hantar ke rumah supaya orang ramai tidak perlu bersesak keluar. Lagipun setiap antara kita kenal jiran dan sanak saudara sekampung dan setaman.

“Seandainya tidak dapat hubungi sendiri, jiran atau sanak saudara boleh sahaja membantu menghubungi pihak berwajib,” tambah beliau.

Justeru itu ujarnya lagi, semangat kejiranan dan persaudaraan itulah membentuk kehidupan yang harmoni dan barakah.

“Itulah cara Kedah. PKWR Adun dan Ahli Parlimen Kerajaan pun turut menghulurkan bakul makanan dan pelbagai jenis bantuan tanpa jemu-jemu, tanpa henti, tanpa mengungkit, tanpa menghentam sesiapa, tanpa pilih bulu, tanpa banyak bertanya, tanpa mempolitikkan sumbangan,” ujarnya lagi.

Tambahnya, dalam masa yang sama kakitangan agensi kerajaan yang bertugas di PKOB dan petugas PKWR bekerja siang malam bagi membantu rakyat.

Para petugas, katanya pergi ke setiap lorong dan kampung di mana saja adanya orang membuat panggilan dan makluman yang diperolehi melalui apa saja sumber sahih serta benar.

Menurutnya, Pegawai Daerah sebagai Pengarah PKOB dibantu Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Penerangan, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Rela dan Anggota Pertahanan Awam (APM) dalam melaksanakan tanggungjawab.

Selain itu, Pasukan Polis Diraja Malaysia(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), penghulu, Lembaga Zakat Kedah (LZK), imam dan Jawatan Kuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) memantau setiap masa.

“LZK sejak setahun lalu menyediakan food bank di 578 buah masjid, boleh diambil secara percuma,” katanya yang juga Adun Jeneri. – HARAKAHDAILY 3/7/2021

KPPK sokong percepat vaksinasi barisan hadapan ekonomi

 

PUTRAJAYA: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyambut baik keputusan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang telah meluluskan sektor perladangan dan komoditi sebagai sektor ekonomi keempat yang terlibat dalam program Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN), semalam.

Menterinya, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dalam menyokong usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi kepada kumpulan barisan hadapan ekonomi, kelulusan yang telah diberikan oleh CITF merupakan perkhabaran malah galakan yang sangat ditunggu-tunggu oleh industri sektor itu.

Katanya, dua lokasi PPVIN dijangka akan beroperasi selewat-lewatnya akhir bulan ini untuk pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan memfokuskan kepada sektor perladangan sawit di Ladang Tennameram di Bestari Jaya, Selangor dan juga di Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC) di Olak Lempit, Banting, Selangor.

“Nama khas untuk PICK di bawah sektor agrikomoditi dan perkayuan di Olak Lempit yang akan dilaksanakan ini ialah Program Vaksinasi Sektor Agrikomoditi atau Vaccination Programme for the Agricommodity Sector (VACOMS),” ujarnya dalam kenyataan yang dikelaurkan di sini, hari ini.

Tambahnya, KPPK juga amat menghargai penglibatan langsung pemain industri daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) bersama Sime Darby Plantation Berhad (SDPB) bagi pengoperasian PPVIN di Ladang Tennameram yang mensasarkan 6,400 pekerja dan penglibatan Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi pengoperasian PPVIN di FIDEC, Olak Lempit yang mensasarkan 7,800 pekerja.

Katanya lagi, kementerian amat mengharapkan lebih banyak PPVIN sektor agrikomoditi akan dapat dibuka oleh pihak industri serta persatuan bagi membantu kerajaan menjayakan PICK dalam tempoh yang telah disasarkan bagi mencapai imuniti kelompok untuk menjayakan matlamat Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Walau bagaimanapun, pembukaan PPVIN yang seterusnya adalah tertakluk kepada pertimbangan serta kelulusan CITF,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/7/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah,  Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) terus aktif dan menyambut baik keputusan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF). 

CITF telah meluluskan sektor perladangan dan komoditi sebagai sektor ekonomi keempat yang terlibat dalam program Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN), semalam.

Sila lihat siri Indokini:

Friday, July 02, 2021

Masih lagi mulut lebar, sistem parit P/Pinang pun gagal..

 

Dua penghuni sedang mengharungi air akibat banjir.

Banjir kilat: Sistem perparitan Pulau Pinang gagal

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat gagal mewujudkan sistem perparitan Rancangan Tebatan Banjir yang kemas hingga menyebabkan acap kali berlaku banjir kilat.

Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pulau Pinang, Saiful Lizan berkata, dakwaan itu dibuat berikutan sebahagian kawasan di negeri itu dilanda banjir kilat hanya dalam masa 2 jam selepas hujan turun.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindakan kerajaan negeri yang membenarkan aktiviti penggondolan, penarahan dan binaan di cerun bukit bagi pelaksanaan projek pembangunan mewah yang dipercayai menjadi punca kepada banjir kilat.

Katanya, situasi pembangunan projek-projek mewah itu telah menyebabkan tiada tumbuhan penampan yang bertindak memperlahankan pergerakan air turun ke kawasan yang lebih rendah.

Malah tambahnya, lebih menyakitkan pandangan kini apabila kawasan pantai juga turut dipenuhi lumpur.

Air mengalir deras di kawasan lereng akibat penggondolan bukit.

Terdahulu, hujan lebat sepanjang hari pada Isnin lalu telah menyebabkan beberapa kawasan di negeri Pulau Pinang dilanda banjir kilat seperti di Tanjung Bungah, Tanjung Tokong dan Batu Feringghi.

Sesetengah tempat turut dilaporkan mengalami banjir berlumpur dan selut.

Bencana itu juga telah menyebabkan kerosakan harta benda dan kediaman penduduk dengan anggaran kos kerugian kira-kira RM 5,000 bagi setiap rumah yang terjejas.

Selain itu kata beliau, banjir di Batu Ferringhi dilaporkan telah menjejaskan kira-kira 33 buah rumah di perkampungan berhampiran Kampung Mutiara dan Kampung Kubur.

Jenis kerosakan yang dihadapi dipercayai merupakan kerosakan barangan elektrik, peralatan keperluan harian penduduk dan lain-lain lagi, ujarnya.

Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pulau Pinang, Saiful Lizan

Dalam perkembangan lainnya, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Zairil Khir Johari mendakwa bahawa jumlah hujan sehingga 150 milimeter (mm) dalam masa dua jam itu adalah luar biasa dan menjadi antara punca banjir kilat di kawasan Batu Feringghi,Tanjung Bunga dan Tanjung Tokong.

Untuk rekod, Pulau Pinang pernah mengalami bencana banjir besar pada tahun 2017 yang turut melibatkan beberapa kawasan di sekitar Seberang Perai dan Pulau. – HARAKAHDAILY 2/7/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pemimpin PH/DAP bermulut lebar, biasalah!

Begitulah carafikir kepala-otak DAP. Ertinya, PH masih di peringkat 'cakap kosong' tiada tindakan apa-apa demi kepentingan rakyat tertindas. Memperkenalkan tradisi lapok di bawah tempurung PH 'cakap besar' babi pun boleh terbang. Nak selesaikan masalah babi Pulau Pinang, terowong, nelayan dan kambus laut pun bertahun-tahun tak selesai lagi.

Waktu berkuasa 22 bulan, kokoknya saja berderai-derai menjajakan hutang, cari derma dan pinjaman sana-sini. Bahkan sampai guna bapok/wanita jaja tabung derma. Mungkin guna tabung tin milo lagi mulia. Sekarang apa jadi duit itu? Duit pinjaman luar negara, tapak peniaga Jalan Masjid India contoh kecilnya, mana? Dan banyak lagi.

Kita tunggu, yang kokoknya berderai, apakah ekornya akan berulat bergelumang tahi? Itulah tradisi DAP/PH..

Lihat siri Thaikini:

Biasalah, pemimpin PH bermulut lebar..

DIBERITAKAN..

AHLI Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil mesyuarat khas Kabinet untuk mengumumkan sidang Parlimen sebelum 1 Ogos dan membincangkan langkah untuk mengatasi masalah rakyat.

Jelas Kit Siang, Malaysia dijangka akan mencatatkan lebih daripada sejuta kes dan 10,000 kematian menjelang tempoh di antara sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September tahun ini. Katanya dalam kempen Roket hari ini.

Pemimpin PH bermulut lebar, biasalah!

Begitulah carafikir kepala-otak DAP. Ertinya, PH masih di peringkat 'cakap kosong' tiada tindakan apa-apa demi kepentingan rakyat tertindas. Memperkenalkan tradisi lapok di bawah tempurung PH 'cakap besar' babi pun boleh terbang. Nak selesaikan masalah babi Pulau Pinang, terowong dan kambus laut pun bertahun-tahun tak selesai lagi.

Waktu berkuasa 22 bulan, kokoknya saja berderai-derai menjajakan hutang, cari derma dan pinjaman sana-sini. Bahkan sampai guna bapok/wanita jaja tabung derma. Mungkin guna tabung tin milo lagi mulia. Sekarang apa jadi duit itu? Duit pinjaman luar negara, tapak peniaga Jalan Masjid India contoh kecilnya, mana? Dan banyak lagi.

Kita tunggu, yang kokoknya berderai, apakah ekornya akan berulat bergelumang tahi? Itulah tradisi DAP/PH..

2 perkara sering dipertanyakan:

Satu:

Covid-19 memasuki Malaysia kerana dasar kerajaan PH dikatakan memberi keutamaan dan keistimewaan kepasa rakyat negara China Komunis menyebabkan PH membenarkan rakyat komunis (bersama virus covid-19) memasuki Malaysia secara beramai-ramai di waktu negara China Komunis sedang dilanda wabak covid-19 yang sangat teruk.

Ini bererti virus covid-19 yang telah berada di negara ini mempunyai tempoh dormant yang cukup untuk menjadi wabak sebaik sahaja kerajaan PN memerintah negara. Sila jelaskan secara berfakta.

Dua:

Sila sangkal kenapa PH lebih teruk semasa Tun Mahathir jadi Prdana M kali ke-2 yang Lim Guan Eng menjadi orang kanannya setelah 22 bulan memerintah. 

Lihat kegagalan senarai dibawah. 

-timbul masalah tipu sijil.

-gagal jaga ekonomGagal 

-tunai janji.

-gagal kawal wabak Covid.

-gagal meyakinkan rakyat sehingga tahap sokongan pada PH jatuh dari 82% pada masa PRU14 menjadi 25%. Sebab itu kalah 5 PRK berturut-turut kepada BN.

-Sokongan pada PH jatuh dari 82% pada masa PRU14 menjadi 25%. Sebab itu, korang kalah 5 kalah berturut-turut dalam PRK kepada MN.

-Kerajaan pertama dalam Malaysia yang jatuhkan sendiri. Lepas itu salahkan hampir semua pihak kecuali diri Tun.  

-Pasaran saham paling corot dalam dunia, jatuh ke paras paling rendah sejak 10 tahun lalu.

-Petronas diturun penarafan oleh Moody’s buat kali pertama dalam sejarah.

-Keselamatan penerbangan Malaysia diturun taraf oleh Amerika Syarikat buat kali pertama dalam sejarah dan kini sama taraf dengan Bangladesh, Curaçao, Costa Rica dan Ghana.

-Gaduh dengan Amerika Syarikat, Arab Saudi, UAE dan India.

-Defisit negara yang diturunkan 8 tahun berturut-turut oleh BN dinaikkan semula.

-Nisbah hutang negara kepada KDNK yang diturunkan oleh BN masa Najib jadi PM dinaikkan dari 48.7% pada akhir suku-1 2018 menjadi 54.4% – hampir cecah had 55% di bawah undang-undang Malaysia. PH pinjam hampir RM140b dalam masa mereka memerintah.

-Kebergantungan negara pada hasil minyak yang diturunkan 8 tahun berturut-turut dari 44% ke 12.7% dinaikkan semula kepada 33%.

-Nilai aset Khazanah yang dinaikkan dari RM32b pada akhir 2008 ke RM116b diturunkan semula oleh PH ke RM73b dalam masa 2 tahun.

-Kadar pertumbuhan eksport negara turun dari +18.9% pada tahun 2017 menjadi 6.7% pada tahun 2018 dan akhirnya menjadi negatif (-1.7%) pada tahun 2019 SEBELUM Covid melanda.

-Dividen LTAT, KWSP, ASB, Tabung Haji paling rendah dan kedua paling rendah dlm sejarah.

-penurunan nilai aset bersih Khazanah sebanyak RM25 bilion iaitu paling besar dalam sejarah.

-Jualan aset negara secara lelong. Yang di lelong semasa PH menjual 12 strategic assets worth RM25.6 billion, termasuk IHH Berhad (RM8.42 billion), Sapura Upstream (RM3.7 bililon), Acibadem Sigort (RM1.25 billion), Telco M1 (RM1.65 billion), TNB shares (RM1.05 bililon), Boustead Plantation (RM1.2 bililon), Axiata Digital (RM0.579 bililon), BDO Unibank (RM0.415 bililon), CIMB (RM0.364 billion), Royale Chulan Hotel (RM0.197 bililon) and the Hong Kong Consulate building, sold to a buyer from China (RM1.6 billion).

-RM84 bilion dijarah dari rizab tunai Petronas.Cukai gula, cukai petak, levi pelepasan, cukai digital diperkenalkan.

-Tol PLUS dilanjut 20 tahun lagi walaupun dijanji mansuh.

-Jawatan berpencen baru penjawat awam dimansuhkan.

- Janji di capati sebelum PRU 14 tiada lantikan politik. 22 PH berkuasa lantikan politik paling ramai berquality sampah.

-Manifesto bukan kitab suci.

-Kontrak pada boboi OPCOM gentian optik berbillion ringgit. Bailout kedai roti The Loft sebagai balasan tokey Cina diberi projek Bandar Malaysia bernilai 2 billion ringgit.

-Rakyat malas dan perlu ikat perut.

Itulah kehebatan penipuan pemimpin PH.

Sekian. (IH)

Wanita bujang mudah sakit mental

 

Wanita bujang berusia 35 tahun ke bawah, dikesan paling ramai alami masalah mental ketika pandemik COVID-19. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kajian pusat penyelidikan, The Centre mendapati wanita bujang berusia 35 tahun ke bawah, dikesan paling ramai mengalami masalah mental ketika pandemik COVID-19.

Kajian badan bukan kerajaan (NGO) yang dilaksanakan itu dikumpulkan menerusi tinjauan dalam talian terhadap kira-kira 1,000 peserta, pada 4 Februari sehingga 14 Februari lalu.

Kandungan hasil tinjauan bertujuan mengukur tahap mental berdasarkan penilaian kendiri individu itu boleh didapati di laman web The Centre dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

The Centre dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil penyelidikan turut mengesan wanita bujang berusia 35 ke bawah itu cenderung merasa tertekan dan cemas berbanding mereka lebih berusia.

Kajian turut mendapati wanita lebih maklum berkenaan penanda aras kesihatan mental berbanding lelaki, selain mendapati tahap kesihatan mental wanita bujang masih rendah, berbanding yang sudah berkahwin.

"Berdasarkan kajian global pula, antara punca masalah mental dalam kalangan golongan muda itu kerana terlalu memikirkan masa depan, masalah kewangan, pengasingan sosial dan tidak mendapat tidur yang berkualiti.

"Kajian lain mendapati cabaran seperti keibubapaan ketika pandemik, pembahagian penjagaan rumah tangga yang tidak sama rata dan peningkatan risiko keganasan rumah tangga adalah beberapa penyumbang utama masalah kesihatan mental wanita, tahun lalu," katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, kajian oleh The Centre itu adalah sebahagian daripada siri penyelidikan empat bahagian bertajuk 'A Year of Living Under COVID-19', yang mengkaji kesan wabak itu terhadap kesihatan mental rakyat Malaysia, sejak setahun lalu.

Katanya, kajian itu turut mendapati masalah pendapatan individu dan isi rumah terkesan akibat pandemik juga dikatakan boleh menjadi antara punca masalah kesihatan mental yang signifikan.

"Individu dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000 lebih cenderung mengalami tahap kegelisahan lebih tinggi berbanding berpendapatan lebih tinggi," katanya.

Bagaimanapun, ia bukan sesuatu mengejutkan kerana ada hubungan jelas antara kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental.

Mereka didapati sudah mempunyai masalah mental sejak tahun lalu, turut dikesan mengalami kesihatan mental yang semakin merosot tahun ini.

Katanya, penyelidik The Centre sudah mengesyorkan supaya kumpulan golongan dikenal pasti paling banyak mempunyai masalah mental akibat wabak COVID-19, mendapatkan sokongan kesihatan mental dan ekonomi segera.

Kumpulan dikenal pasti adalah golongan muda, wanita, individu bujang dan mereka yang berpendapatan rendah.

"Ketika ini banyak hospital dan pusat perubatan menawarkan perkhidmatan kesihatan mental dan mereka perlu bijak memilih supaya sesuai dengan diri sendiri sekali gus mampu memulihkan tahap kesihatan mereka semula," katanya.

Kesan buruk pandemik COVID-19 akan nampak selama bertahun-tahun, bahkan boleh menjadi beberapa dekad yang akan datang.

"Justeru, kita perlu menangani cabaran sosial ini dengan lebih serius dari sekarang dengan cuba membantu mereka yang terkesan untuk menjalani hidup sama seperti sebelum negara berdepan pandemik," katanya.

Lihat siri Thaikini:

Teroka peluang perniagaan sektor tenaga hijau -Tuan Ibrahim Tuan Man

 

IGEM: Platform ideal teroka peluang perniagaan sektor tenaga hijau

-“Saya menyeru agar semua organisasi dan usahawan hijau untuk mendaftar diplatform IGEM 2021 dalam usaha membina semula ekonomi pasca pandemik yang lebih berdaya tahan dan lebih hijau,”

KL: Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Product Eko Antarabangsa Malaysia atau International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) merupakan platform yang ideal untuk menerokai peluang perniagaan sektor tenaga hijau.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, IGEM 2021 dijangka memanfaatkan pasaran ASEAN yang sedang berkembang pesat dengan penyertaan meluas daripada sektor industri, agensi kerajaan serta pelabur dalam mempamerkan inovasi teknologi hijau terkini mereka.

Katanya, platform IGEM yang dibuat melalui virtual akan turut melibatkan pemegang taruh lain seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO), pakar-pakar dan lain-lain pihak untuk membincang isu-isu terkini berkaitan teknologi hijau, perubahan iklim dan alam sekitar.

“IGEM Virtual 2021 akan mempunyai pengisian yang menarik dengan setiap bulan mempunyai tema masing-masig seperti perubahan iklim, pembangunan mampan dan sebagainya.

“Selain daripada pameran virtual, akan juga terdapat webinar dan video menarik, pocket talks, dan peluang untuk networking yang akan merancakkan agenda mengarusperdanakan dan merakyatkan pembangunan hijau,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Pra-perasmian IGEM, yang dijalankan secara maya, hari ini.

Sementara itu, beliau mewakili Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) turut menjangkakan impak yang lebih besar untuk IGEM pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Katanya, dalam masa 6 bulan ini, platform maya akan dapat menawarkan lebih banyak cadangan nilai dan peluang kepada semua peserta termasuk memupuk lebih banyak kesedaran terhadap pertumbuhan mampan.

Malah,Virtual IGEM 2021 juga akan menjadi pertemuan pemikir dari seluruh dunia untuk membincangkan inovasi baharu demi pembangunan semula sektor ekonomi dengan lebih baik ketika kita mengharungi wabak ini, ujarnya.

Tambahnya, tema Redefining Sustainability Virtual IGEM 2021 platform maya ini turut menawarkan pendekatan yang unik dan inovatif untuk membolehkan komuniti global bertemu mengikut keselesaan di lokasi masing-masing untuk mengambil bahagian dalam pameran, sesi ceramah serta mengatur pertemuan business to business (B2B).

Program anjuran agensi KASA, Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) itu akan berlangsung selama 6 bulan akan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2021 secara maya di www.igem.my.

Ia dijangka menampilkan hampir 300 pempamer dari 50 buah negara, menarik kunjungan 30,000 pelawat berdaftar dan menjana lebih RM5 bilion potensi pelaburan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor berkata IGEM telah memainkan peranan penting sepanjang 11 tahun penganjurannya dalam membangunkan ekonomi hijau yang berkembang pesat di Malaysia dan luar negara.

Beliau juga yakin bahawa IGEM 2021 akan memainkan peranan yang sama seperti tahun sebelumnya selain memberikan lebih banyak peluang untuk sesi perkongsian idea dan inovasi’.

“Dalam usaha kami untuk mentakrifkan semula kelestarian, platform maya IGEM 2021 telah disusun semula dengan ciri-ciri baharu untuk interaksi yang lebih dinamik dan mudah.

“Saya menyeru agar semua organisasi dan usahawan hijau untuk mendaftar diplatform IGEM 2021 dalam usaha membina semula ekonomi pasca pandemik yang lebih berdaya tahan dan lebih hijau,” katanya.

Setelah lebih sedekad penganjurannya, IGEM telah berjaya mencapai lebih daripada RM30 bilion potensi pelaburan dan kunjungan daripada 500,000 pelawat termasuk orang-orang kenamaan, pihak-pihak berkepentingan dan syarikat dari lebih 79 buah negara. – HARAKAHDAILY 25/6/2021

Lihat siri Thaikini:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails