Friday, August 06, 2021

Iran sedia import 1 juta tan minyak sawit M'sia, Al-hamduliillah!

 

PUTRAJAYA: Iran berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia berkaitan industri halal selain menyatakan hasrat untuk mengimport sehingga satu juta tan minyak sawit negara setahun.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohamad Khairuddin Aman Razali, berkata ia dinyatakan Duta Iran ke Malaysia, Ali Asghar Mohammadi melalui pertemuan hari ini.

Beliau berkata, pertemuan julung kali bersama Ali Asghar itu dalam usaha mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran.

Menurutnya, ia susulan pertemuan beliau dengan Timbalan Menteri Perindustrian, Perlombongan dan Perdagangan Iran, Yazdan Seif di Istanbul, Turki pada 10 Julai lalu.

Katanya, pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan hari ini khususnya membabitkan kerjasama kepakaran teknologi nano dimiliki Iran selain import sawit.

"Iran adalah negara keempat terbaik dunia dalam menghasilkan teknologi nano dan Ali Asghar turut mengajak Malaysia mengambil manfaat itu khususnya dalam kajian berkaitan sawit dan getah," katanya melalui kenyataan hari ini.

Tahun lalu eksport minyak sawit Malaysia ke negara itu dianggarkan 320,000 tan dan dalam tempoh Januari sehingga Mei lalu sebanyak 238,683 tan dieksport ke Iran dengan nilai lebih RM970 juta.

Khairuddin berkata, dalam pertemuan hari ini, Ali Ashgar turut menekankan kepentingan industri keselamatan makanan dan Iran amat menghormati industri halal Malaysia sebagai yang terbaik di dunia.

Menurutnya, Iran juga sangat berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia berkaitan industri halal.

Katanya, kepentingan minyak sawit dalam memenuhi penggunaan minyak dan lelemak negara berkenaan kini mencapai 2.2 juta tan setiap tahun dan Iran berhasrat untuk meningkatkan import minyak sawit Malaysia.

"Seperti sedia maklum potensi eksport minyak sawit ke Iran sangat baik dan kementerian melalui agensi berkaitan sedang merangka strategi bagi memenuhi permintaan itu.

"Malaysia juga akan menggunakan peluang ini untuk menjadikan Iran sebagai hab pengeksport semula ke negara-negara Timur Tengah yang dianggarkan mencecah penggunaannya sehingga 5.5 juta tan minyak dan lelemak setahun," katanya.

Jelas beliau, pihaknya berhasrat untuk melakukan lawatan rasmi ke negara berkenaan dalam masa terdekat bagi merealisasikan usaha kerajaan dalam meningkatkan pendapatan negara dengan Iran.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, industri sawit bila dipimpin oleh pemimipin yang baik, tidak khianat akan terus berjalan lancar dan dredhai Allah SWT. Tetapi jika dipimpin oleh pemimpin tak cerdik, mungkin ada unsur khianat, mahu dimusnahkan, tebang ganti buluh!

Itulah PH 22 bulan ghuyup!

Thursday, August 05, 2021

PKP tidak halang dakwah &ceramah ‘online’..

 


PKP tidak halang ceramah ‘online’ kupas isu semasa

KOTA BHARU: Kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 tidak menghalang PAS Kelantan meneruskan program penerangan yang diadakan secara atas talian.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun tidak dapat menyampaikan ceramah secara fizikal, namun dimanfaatkan media sosial bagi tujuan itu.

Katanya, sekarang ceramah, konvesyen dan seminar diadakan menggunakan platform Facebook yang diikuti ramai peserta dan penonton.

“Sesiapa yang ada facebook semua boleh tengok ceramah tersebut. Alhamdulilah sambutannya amat menggalakkan. Lagipun apa yang kita bincangkan mengikut perkembangan semasa.

“Program ceramah secara atas talian diadakan setiap dua minggu sekali bagi mengupas isu-isu semasa. Manakala program lain turut membabitkan kerjasama dengan Perikatan Nasional,” katanya ketika ditemui di sini.

Mengenai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, jentera PAS Kelantan sudah lama menyusun gerak kerja.

Begitu juga katanya kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) terus berlangsung.

“Secara umumnya 80 hingga 90 peratus penyokong PAS sudah boleh menerima Umno. Ada pun yang tak suka pun hanya ada segelintir sahaja mungkin mereka masih terasa dengan ‘luka’ lama terutama golongan veteran,” ujarnya.

Kata beliau juga perbincangan pimpinan MN di Kelantan pernah diadakan sebelum pelaksanaan PKP sebelum ini.

Bagaimanapun katanya pertemuan terpaksa ditangguhkan sekarang memandangkan perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan Covid-19. – HARAKAHDAILY 5/8/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PKP sebenarnya, tidak menghalang tugas dakwah, atau pun ceramah ‘online’. Sila teruskan.

'UMNO sudah dapat lebih daripada apa yang ia layak'

 

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bercakap ketika sidang media ketika menghadiri Program Ruang Bicara Khas terbitan Bernama TV di Wisma Bernama hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: UMNO sudah mendapat lebih daripada apa yang parti itu layak apabila Ahli Parlimennya memberi kerjasama dan bersetuju untuk bersama Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan dan pentadbiran kerajaan Persekutuan yang ada, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi UMNO untuk meninggalkan kerajaan PN terutama ketika negara bergelut dengan pandemik COVID-19 yang kebanyakan urusan penting berkaitan pandemik itu diuruskan oleh menteri-menteri daripada UMNO.

"Dengan 38 kerusi, UMNO dapat timbalan perdana menteri, menteri kanan, 19 menteri dan timbalan menteri. Kita dapat lebih daripada apa yang layak, kita pembangkang dulu, jadi tak boleh tamak," kata Ahli Parlimen UMNO itu kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara Bernama TV malam tadi.

Annuar, Ahli Parlimen Ketereh, mempersoalkan hala tuju UMNO jika parti itu yang kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu meneruskan keputusan untuk tidak menyokong kerajaan PN.

"Kita (UMNO) ini hendak pergi ke mana? Suruh keluar dari kerajaan tetapi tidak bagi tahu hendak pergi ke mana. Kita ada 38 kerusi Parlimen sahaja, kalau hendak bentuk kerajaan kena ada 110, lagi 90 kerusi hendak ambil dari mana. Saya tak mahu sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

"Ada kekeliruan dalam pendirian UMNO berhubung soal kerjasama parti Melayu itu dengan kerajaan PN," katanya yang mencadangkan supaya UMNO perlu duduk semeja bagi membincangkan hala tuju parti itu.

Annuar berkata adalah tidak wajar jika menteri-menteri parti itu menarik diri daripada tanggungjawab yang besar dalam membantu rakyat menghadapi pandemik COVID-19 yang masih merunsingkan.

Sebagai contoh, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bertanggungjawab dalam soal kesihatan dan Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menjaga soal keselamatan dan COVID-19 secara keseluruhannya.

"Katakanlah Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) yang menjaga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tengah sibuk dengan vaksinasi. Tiba-tiba keluar kerajaan. Macam itu ke tanggungjawab kita?" katanya sambil mempersoalkan sikap segelintir pemimpin UMNO yang tidak bersyukur dengan kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan PN kepada parti itu.

"Saya tidak mahu anak cucu saya menyumpah esok, katakan sesuatu terjadi pada negara dengan perbuatan kita, tiba-tiba orang kata ini berlaku kerana UMNO lari daripada tanggungjawab. Tak boleh," katanya.

Mengimbas kembali penubuhan PN, beliau berkata Barisan Nasional berikrar menyokong kerajaan PN tanpa menjadi ahlinya dan yang lebih unik ialah UMNO membuat ketetapan sokongan itu berdasarkan sokongan Ahli-Ahli Parlimennya.

"Sebab itu waktu menyokong kerajaan ini, ia tidak dibawa ke Majlis Tertinggi UMNO. Ia dibuat daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang bertemu, menandatangani akuan bersumpah (SD) dan sokongan atas Ahli-Ahli Parlimen itu sendiri. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam negara kita," katanya.

Annuar berkata sewaktu membentuk kerajaan PN, ia untuk menyelamatkan negara daripada kegagalan kerajaan yang terdahulu setelah berlaku perpecahan disebabkan krisis dalaman disusuli dengan peletakan jawatan perdana menteri dan wujud ketidakstabilan politik negara.

"Untuk menyelamatkan keadaan dan memastikan negara dapat diuruskan dengan cara yang lebih teratur dan baik, maka berlaku satu gabungan politik dan ditakdirkan Allah SWT, gabungan ini belum pernah disaksikan dalam sejarah negara di mana parti-parti yang telah pecah seperti BERSATU, UMNO, PAS dan parti politik lain membentuk kerajaan tetapi dengan majoriti yang teramat tipis," katanya.

Kontroversi kedudukan UMNO dalam PN timbul kembali apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pendirian Majlis Tertinggi UMNO untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Selasa lalu. – BERNAMA

Elak PH kembali memerintah bertepatan dengan maqasid syarak -BERJASA

 


Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) berpandangan bahawa mengekalkan kerajaan sedia ada yakni Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan mengelakkan Pakatan Harapan (PH) daripada kembali memerintah adalah bertepatan dengan maqasid syarak.

Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim mendakwa, menyerahkan kembali negara kepada PH yang mana telah gagal memerintah selama 22 bulan akan menambahkan keparahan sedia ada.

Beliau menegaskan, negara mesti dibina semula melalui rentak politik yang segar yakni dengan barisan kepimpinan berwibawa, berprinsip dan berhikmah. 

“Pemimpin yang ada sekarang adalah pemain politik yang gagal membina negara, jika tidak masakan situasi menjadi sebegini.
“Sewaktu sidang berjalan juga sudah terbukti, masih wujud Ahli Parlimen yang boleh kita katakan tidaklah bersungguh mana ingin memperbaiki polisi malah diam seribu bahasa, tidak kurang juga yang penuh emosi lantas akhirnya tidak memberi apa-apa impak yang kita harapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, di saat genting sebegini, Ahli Parlimen sewajarnya menumpukan kepada usaha menangani isu yang dihadapi rakyat di kawasan masing-masing. 

“Semua perlu mengenepikan perbezaan sebaliknya bekerjasama menangani pengurusan COVID-19 ini. 
“Dengan masalah pengangguran yang semakin meningkat, ekonomi yang tidak stabil, perniagaan yang banyak terjejas dan masalah sosial yang semakin hari meresahkan kita. 
“Di manakah sebenarnya kualiti Ahli Parlimen di negara kita ini? Tidakkah mereka boleh berdiskusi secara tenang dan matang?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan PN mesti sentiasa mengutamakan agenda watan. 

“Pemimpin parti sedia ada dan masih ikhlas serta benar-benar bersih mesti mengambil peranan untuk membina negara ini bersama-sama. Asas utama kepada kerjasama tersebut mestilah atas agenda mendaulatkan watan berteraskan Islam dan Perlembagaan.
“Usaha untuk menyatukan semua parti Melayu dan Islam adalah langkah yang mesti dilaksanakan. 
“Keegoan parti tidak patut lagi menjadi resepi di dalam kerjasama antara parti. Kuasa muafakat yang jujur sahaja yang dapat menyumbang kepada keharmonian negara,” katanya. -BERJASA

Bukan Muhyiddin derhaka Agong, tapi mereka ini..

 

Lihat komen-komen rakyat di bawah ini..

4 comments:

Anonymous said...

Angka undi dlm parlimen, itu yg benar. Sekarang hanya persepsi saja. Seperti persepsi anwar yg sudah sudah. Dgn langkah kajang, anwar jadi mb selangor. Dgn langkah port dikson anwar jadi pm. Semua itu persepsi anwar. Persepsi terbaru anwar ialah, zahid tarik sokongan mahiaddin udah tumbang.

Unknown said...

Ha ha ha.. Pembangkang kena undian jadi pembangkang... Lawak betullah..

Anonymous said...

Celah mana Muhyiddin derhaka pada Agong..!? Celah mana Agong berdukacita dengan Mahiddin..!?

Kalau permintaan Muhyiddin diperkenan Agong bukti PM tidak derhaka. Keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuktikan keabsahannya melalui sidang Parlimen akan datang mengikis dakwaan kononnya kerajaan menderhaka kepada Istana Negara.

Anonymous said...

Rakyat mempersoal sama ada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini menentang Yang di-Pertuan Agong apabila terus berkeras menegaskan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiada sokongan majoriti di Parlimen.

Muhyiddin jelas telah menyatakan bahawa beliau telah meminta Agong memperkenan supaya majoriti ditentukan menerusi undi percaya di Dewan Rakyat pada September.

“Itu jelas, dan bererti Agong telah mengarahkan perkara itu dibawa ke Parlimen.

“Jadi adakah Zahid cuba menentang Agong dengan tidak mematuhi keputusan itu?” s

Agong sudah menitahkan dan “Zahid perlu menghentikannya”.

Kalau Agong dah menitahkan sedemikian rupa puak Pakatan Harapan tak reti bahasa lagi yang Agong setuju dengan pandangan Mahiuddin..!? Celah mana yang Mahiuddin derhaka pada Agong dan Raja raja Melayu...!? Kau orang tunggu saja September ini..!!

#bawakotakbukanpisau

Ini bukti, DAP, PKR penderhaka Agung &Raja Melayu.

 

Jangan Lupa DAP, PKR Lebih Banyak Derhaka Kepada Agong, Raja-Raja Melayu 

Tuduhan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Howard Lee Chuan How bahawa parti politik bersandarkan nama Melayu dan Islam mengkhianati institusi raja, membuka pekung siapa sebenarnya parti rasis dan cauvinis DAP itu sendiri. 

Malah dia menuduh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ‘biadab’ terhadap Yang di-Pertuan Agong, tanpa melihat DAP sendiri yang penuh dengan sejarah penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu. 

Bukan perkara baharu lagi kerana umum sudah mengetahui pemimpin-pemimpin DAP sama ada mereka sendiri atau orang suruhan mereka lebih kerap menghina institusi Raja-Raja Melayu sejak penubuhan parti itu lagi. 

Untuk rekod berikut adalah beberapa tindakan DAP dan PKR yang menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. 

2013: Dalam satu rakaman video, penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin menyatakan institusi beraja akan terkubur menjelang 2030 dan bahawa Malaysia akan menjadi negara repulik. Antara kandungan video terbabit adalah perancangan agar rakyat mula menyamakan panggilan ‘Sultan’ dengan ‘setan’. 

2 September 2014: Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor terus berlanjutan berikutan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar sekurang-kurangnya dua nama dipersembahkan untuk jawatan itu tidak diendahkan oleh PKR dan DAP. 

8 September 2014: Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita terhadap DAP dan PKR yang ingkar dan gagal mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar seperti yang dititahkan. Setiausaha Sulit baginda menyifatkan tindakan dua parti itu sebagai biadab kepada Institusi Raja dan satu perbuatan derhaka terhadap titah baginda Tuanku. 

10 September 2014: Wan Ji Wan Hussin dilaporkan ditahan mengikut Akta Hasutan kerana menghina institusi diraja. Penahanan beliau dikutuk Pemuda PKR. 

28 September 2017: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik Wan Ji Wan Hussin sebagai pegawai penerangan dengan tanggungjawab menjelaskan dasar Islam negeri itu. Wan Ji sebelum ini dikenali dengan video yang memaparkannya menjelaskan rancangan menghapuskan sistem beraja di Malaysia. 

6 Mac 2018: Lim Kit Siang memperlekeh dan menghina titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Beliau menyifatkan titah baginda sebagai ucapan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

19 Mei 2020: Pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar disifatkan menghina institusi diraja apabila melabelkan Sidang Parlimen sebagai ‘sampah’. 

4 Ogos 2020: Pemimpin DAP dan ADUN Tras, Chow Yu Hui mencabar ketetapan kerajaan Pahang mewajibkan tulisan Jawi pada papan tanda perniagaan. Ketetapan tersebut dibuat selari dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah yang mahu memartabatkan penggunaan tulisan jawi dalam negeri ini. 

21 Oktober 2020: Pemimpin DAP dan ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu menulis hantaran Facebook berbaur hasutan agar rakyat menentang sistem beraja seperti yang sedang berlaku di Thailand ketika itu. 

24 April 2021: Pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Charles Santiago menulis hantaran Facebook bersolidariti dengan artis, Fahmi Reza yang ditahan kerana menghina Raja Permaisuri Agong. 

Mei 2021: Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan dan penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam satu video secara langsung. 

25 Mei 2021: Pemimpin PKR dan ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi menulis hantaran Twitter berbunyi, “Qu’ils mangent de la brioche” (biarkan mereka makan kek) untuk mempersenda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah. Ayat tersebut sinonim dengan Revolusi Perancis yang menggulingkan sistem beraja Perancis pada 1789. -agendadaily 

Diangkat dari tungkaran hati.blogspot 

Anwar! Buktikan majoriti sekarang, tanpa tunggu Parlimen.

 


Anwar dicabar buktikan majoriti sekarang tanpa tunggu Parlimen

Anwar dicabar buktikan majoriti sekarang tanpa tunggu Parlimen. Pemuda Pas mencabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan keabsahan mempunyai sokongan majoriti.

Ketua Penerangannya, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, sudah berkali-kali Ketua Pembangkang itu mendakwa beliau mempunyai majoriti, namun sehingga kini ia gagal dibuktikan. Malah, katanya, PH tidak perlu membuktikan mereka benar mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat sebaliknya boleh dibuktikan di luar.

“Kes Datuk Seri Nizar Jamaluddin melawan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada tahun 2010 membuktikan bahawa majoriti sokongan boleh sahaja dibuktikan di luar Dewan.
“Soalnya bila Anwar Ibrahim dan PH ingin buktikan. Jangan hanya bermain persepsi, buktikan majoriti anda jika berani,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Khairul Nadzir berkata, tuduhan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai majoriti merupakan suatu persepsi dilemparkan PH dengan niat menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Menurutnya, sekalipun didakwa tidak mempunyai majoriti, sokongan kerajaan PN telah teruji melalui undian-undian di Dewan Rakyat sebelum ini.

“Termasuk yang terkini undian Rang Undang-Undang Perbekalan 2021. Ia membuktikan PN mempunyai majoriti sokongan semasa kerajaan ini terbentuk.
“Malah, kerajaan PN berani menzahirkan bilangan sokongan mereka melalui undi percaya dalam sidang Parlimen akan datang,” katanya.
 
Anwar dicabar buktikan majoriti sekarang tanpa tunggu Parlimen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails