MEMOIR terbaru bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berjudul ‘Capturing Hope: The Struggle Continues For a New Malaysia’ seakan satu malapetaka besar buat DAP.
Ia menelanjangkan tindak-tanduk DAP di dalam Kerajaan Persekutuan sepanjang 22 bulan pemerintahan PH yang ramai tidak tahu.
Ada yang mengatakan bahawa dendam Tun terhadap DAP sebenarnya tidak berkesudahan walaupun beliau pernah mengetuai Kerajaan PH yang turut didukung DAP.
Setelah tersingkir sebagai Perdana Menteri dan ditendang keluar oleh PH Tun terus mendedahkan masalah yang melibatkan DAP seakan memberi isyarat pada rakyat untuk menolak parti berkenaan.
Dalam buku terbaru beliau itu Tun mendedahkan bahawa pemimpin Jawatankuasa Pusat DAP Tony Pua (Ahli Parlimen Damansara) yang semasa PH memerintah merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah bertindak angkuh dan melampaui batas bidangkuasanya sebagai seorang Setiausaha Politik.
Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Penasihat Guan Eng untuk mencampuri urusan kerajaan. (Tony kini memegang jawatan Setiausaha Publisiti dalam kepimpinan DAP Pusat)
Malah Tun mendakwa gelagat Tony lah yang mengakibatkan ramai yang menentang Kerajaan PH kerana merasakan kerajaan tidak bersimpati dengan nasib mereka.
Tony kata Tun seorang yang ‘arrogant’ atau sombong dan tidak disukai oleh komuniti ahli perniagaan ketika beliau duduk dalam kerajaan.
Laporan Utusan Malaysia semasa pelancaran buku terbaru Tun:
“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berlagak seperti seorang Menteri semasa menjadi Setiausaha Politik.
“Menurut Dr. Mahathir, Pua sebagai Setiausaha Politik sepatutnya memberikan laporan mengenai politik negara dan bukannya ke sana ke sini melaksanakan dasar kerajaan.
“Dr. Mahathir menambah sikap demikian telah menyebabkan komuniti perniagaan menolak kerajaan PH.”
The Star pula melaporkan Tun sebagai berkata:
“… Setiausaha Politik ini (Tony Pua) telah mengarahkan (kakitangan Kementerian) agar memberi taklimat kepada beliau dari hal dasar-dasar kerajaan dan telah memanggil mesyuarat berkenaan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan”.
Jika benar dakwaan Tun, DAP rupanya telah menggunakan sepenuh kesempatan sepanjang pemerintahan PH untuk menguasai kerajaan. Kerana itu PAS mendakwa DAP mendominasi Kerajaan PH.
Tulisan Tun ini mengesahkan memang DAP begitu, demikianlah bahaya apabila kaduk naik junjung. Terima kasih Tun atas pendedahan ini, biar rakyat kenal dan segera menjauhi DAP selama-lamanya.
Gambar fail menunjukkan protes membantah Islamofobia di Paris, Perancis pada 21 Mac lalu. - Foto AFP
1. Polis Perancis siasat guru cetuskan Islamofobia
LONDON: Seorang guru sekolah di Perancis digantung kerja dan disiasat oleh polis selepas tuduhan oleh pelajar Islam yang mengatakan dia taksub dengan agamanya.
Daily Mail melaporkan, pelajar di Sekolah Katolik Joseph-Wresinski d'Angers di bandar Angers membuat aduan rasmi itu kepada polis tempatan.
Pelajar itu mendakwa guru berkenaan berkata, pelajar Islam menjadi masalah jika belajar di sekolah Katolik dan mengesyorkannya 'menukar agama' ketika perbincangan mengenai sejarah Perancis.
Pendakwa raya tempatan berkata, polis juga melancarkan siasatan terhadap aduan berkenaan.
Guru terbabit, yang masih belum dikenal pasti, turut membuat aduan sehari selepas itu, mendakwa berlaku 'kekerasan fizikal dan lisan'.
Menurut pelajar itu, perbezaan pendapat bermula apabila guru itu menyimpang daripada perbincangan mengenai sekolah Katolik pada masa lalu.
Dia didakwa menyebut 'sekolah Katolik sepatutnya terus menerima pelajar Katolik saja', kemudian seorang pelajar menunjuk kepada rakan sekelasnya yang beragama Islam dan berkata 'sekolah Katolik bukan hanya dikhaskan untuk Katolik saja'.
Menurut keterangan pelajar itu lagi, guru berkenaan kemudian berkata: "Itulah masalahnya... Dia sentiasa boleh menukar agamanya".
Pelajar itu, yang marah dengan maklum terbabit, terus merempuh guru itu lalu keluar dari bilik sambil menjerit 'perkauman' dan perbuatan pelajar itu menjadi asas laporan polis oleh guru berkenaan.
Guru itu bagaimanapun mengaku 'menjemput Islam untuk menyertai mereka dan menjadi Katolik' tetapi berkata, ia disebut sebagai gurauan tetapi 'tidak diterima dengan baik dalam kelas'.
Pengarah sekolah, Anthony Bélangé, berkata 20 peratus pelajarnya beragama Islam dan biasanya mereka berada dalam suasana 'sangat aman'.
"Konflik antara kakitangan dan pelajar boleh berlaku tetapi aduan itu sudah dibawa ke peringkat seterusnya dan kini di luar bidang kuasa pentadbiran sekolah.
"Ia adalah keadaan yang beremosi dan saya sudah meminta pelajar di dalam kelas untuk menulis keterangan fakta mengenai apa yang berlaku dan ia akan dihantar kepada pasukan penyiasat," katanya.
Perancis turut didiami sekitar lima juta penduduk Islam, jumlah terbesar dalam kalangan penduduk mana-mana negara Kesatuan Eropah lain. - AGENSI
2. Polis Perancis gagalkan rancangan serangan ketika Krismas
PARIS: Anggota perkhidmatan perisikan Perancis menahan dua lelaki yang disyaki merancang untuk melakukan serangan menggunakan pisau ketika perayaan Krismas.
Menurut laporan yang disiarkan akhbar Perancis, Le Parisien, ketika pemeriksaan rambang pada 29 November lalu, dua lelaki berusia lingkungan 20-an mengaku mereka merancang untuk melakukan serangan itu di beberapa lokasi awam.
Difahamkan, mereka merancang menggunakan pisau bagi menikam sebanyak mana mangsa yang mungkin termasuklah di pusat membeli belah, universiti dan tempat tumpuan awam lain.
Memetik sumber keselamatan, akhbar itu mendedahkan, salah seorang daripada suspek diketahui mempunyai pemikiran radikal dan mengakui melakukan rancangan itu.
Pihak berkuasa Perancis juga menemui bahan propaganda dan buku berkaitan fahaman Daesh di kediamannya.
Dua lelaki itu dilaporkan bertemu di forum dalam talian yang sering dikunjungi kumpulan pengganas, malah turut mengakui matlamat mereka adalah untuk dibunuh dalam serangan itu dan seterusnya diangkat sebagai 'syahid'.
Ogos lalu, kerajaan Perancis meluluskan undang-undang untuk menentang kumpulan pemisah dalam kalangan masyarakat Perancis dan memerangi sebarang bentuk radikalisme.
Perancis sebelum ini pernah berdepan beberapa serangan pengganas dan pengeboman manakala kes tembakan tambang yang terbesar berlaku di Paris pada November 2015, di mana 130 orang maut dan lebih 400 lagi cedera.
16 Oktober tahun lalu, seorang guru sejarah dipenggal kepala di luar sekolah menengah di pinggir bandar Paris kerana menunjukkan kepada pelajar kartun Nabi Muhammad ketika mengajar subjek kebebasan bersuara.
Serangan pengganas terbaru di Perancis berlaku pada April tahun ini, menyebabkan seorang pegawai polis terbunuh. - AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islamofobia, dari London ke Paris ini adalah sebagai bukti tanda perkauman dan kegagalan pentadbiran pihak berkuasa di Eropah dalam membentangkan keadilan terhadap rakyat dan hak asasi manusia.
Persembahan Misha dalam Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Bersama Bintang menjadi pengubat kerinduan peminat seni pentas. - Foto Ihsan IB
HALAMAN HIBURAN
Lima konsert Istana Budaya rancak industri seni
KUALA LUMPUR: Lima persembahan termasuk konsert diatur bagi mengisi kalendar pentas prestij, Istana Budaya (IB) susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi merancakkan industri seni berjalan lancar sejak September lalu.
Malah, sambutan diraih selepas pentas prestij dibuka membuktikan masyarakat dahagakan persembahan hiburan dalam situasi norma baharu.
Lihat sahaja sambutan penampilan penyanyi bersuara lunak merdu, Misha Omar dalam Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) Bersama Bintang di Panggung Sari, Istana Budaya pada Oktober lalu.
Tiket konsert 'laku keras' dalam tempoh beberapa jam dibuka hingga mencetuskan kekecohan kepada peminat yang gagal mendapatkannya.
Timbalan Ketua Pengarah (Artistik), Istana Budaya, Zaifri Husin berkata IB merancang pelbagai genre persembahan untuk menarik pelbagai kelompok masyarakat.
"Selain konsert membabitkan Misha, empat lagi slot persembahan diisi termasuk Konsert Rentak Kita bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang dianjurkan selama dua hari pada Oktober lalu.
"Kemudiannya disusuli Konsert Patriotik Tanah Airku pada 6 November lalu membabitkan penyanyi seperti Syamel, Ernie Zakri dan ramai lagi. Seterusnya, persembahan Wayang: Sakti pada 19 dan 20 November lalu.
"Konsert Gema Gangsa menutup tirai IB tahun ini dijayakan penyanyi terkenal seperti Ella, Naqiu, Ronnie Hussein dan Daniel Chuer pada 27 dan 28 November ini," katanya kepada BH Online.
Zaifri optimis peranan IB dalam terus mengangkat dan memartabatkan seni dan budaya ke arah keunggulan seni persembahan. - Foto Ihsan IB
Tambah Zaifri lagi, sepanjang bulan depan, tiada sebarang persembahan dianjurkan.
"Akaun IB tutup hingga November sahaja. Saya berharap kalendar acara tahun depan akan terus merancakkan industri kreatif tanah air," katanya.
Dalam pada itu, Zaifri optimis dengan peranan IB dalam terus mengangkat dan memartabatkan seni dan budaya ke arah keunggulan seni persembahan.
"IB perlu menyajikan pementasan yang mempunyai nilai artistik tinggi dan memenuhi cita rasa penonton.
"Meskipun genre muzik pelbagai tema disajikan IB melalui OSK dan OTM serta sokongan Artis Tari mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada era pendemik menuju endemik ini.
"Nyata, penonton teruja kembali menyaksikan pementasan di Panggung Sari. IB berjaya menyemarakkan seni persembahan dan menjadi pengubat kerinduan peminat seni pentas tanah air," katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak adakah niat kerajaan Persekutuan Malaysia untuk memantau kesenian, kebudayaan, hiburan ke arah patuh syariah, walaupun dalam masa jangka panjang 1,000 tahun lagi? Tidak hormatikah Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3)?
KUALA LUMPUR: Sebarang isu berhubung pelesenan atau pengecualian penjualan minuman keras secara runcit di premis daripada pelesenan adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri sepenuhnya.
Menteri Kewangan, Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, dasar sedia ada menggariskan bahawa penjualan minimum keras secara runcit di premis perlu dilesenkan di bawah Akta Eksais 1976.
Pada masa sama, katanya pelesenan penjualan minum keras adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan yang dilantik melalui perwakilan kuasa Menteri Kewangan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri melalui perintah yang diwartakan pada tahun 1977.
“Oleh itu, sebarang pelesenan penjualan minum keras perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pelesenan, selaras dengan Seksyen 35 Akta Eksais 1976.
“Setakat ini, tiada pindaan telah dibuat bagi perwakilan kuasa tersebut dengan kerajaan negeri diberi kuasa untuk membuat keputusan berkenaan lesen penjualan minuman keras,” katanya menjawab soalan Tony Pua Kiam Wee (PH-Damansara) ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Tengku Zafrul mengakui bahawa baru-baru ini, timbul pelbagai kekeliruan berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan lesen penjualan minuman keras di peringkat negeri.
Beliau memberi jaminan bahawa perwakilan kuasa melalui perintah yang diwartakan pada tahun 1977 masih kekal tanpa sebarang perubahan.
“Saya telah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengambil tindakan segera dan mengemas kini segala dokumen perintah atau garis panduan bagi memastikan kekeliruan ini tidak berulang,” katanya.
Menurutnya, tindakan sewajarnya akan diambil bagi menyelesaikan perkara ini selewat-lewatnya menjelang akhir tahun ini. – HARAKAHDAILY 9/12/21
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kisah dan tauladan, minum arak punca segala kejahatan.
Pilih antara 3, dosa minum minuman memabukkan, berzina atau membunuh.
Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak.
Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa. Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik. Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.
Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar.
Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir hayatnya, ia akan kekal di neraka."
KOTA BHARU:Tindakan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak semalam membuktikan mahkamah negara ini bebas daripada sebarang campur tangan politik.
Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, selain itu ia juga membuktikan tiada sebarang campur tangan pihak lain.
Malah katanya, mahkamah juga dianggap tidak menerima tekanan daripada pihak luar walaupun kes itu membabitkan individu yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.
“Keputusan mahkamah tersebut membuktikan mahkamah di negara kita bebas kerana tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
“Ia merupakan satu perkembangan yang positif, tiada campur tangan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak walaupun kes itu membabitkan individu penting dalam masyarakat dan dikenali di peringkat dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2021 serta Pelancaran Zon Bersih, Indah dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan di sebuah hotel hari ini.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kub dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin
Semalam media melaporkan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Dato’ Seri Najib Razak, yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd. – HARAKAHDAILY 9/12/2021
ANCAMAN terbesar buat parti-parti Melayu Islam di tanah air sama ada disedari ataupun tidak sebenarnya adalah DAP.
DAP bergerak sebagai sebuah parti Sekular Sosialis yang didominasi masyarakat bukan-Melayu Islam, bermatlamat mahu membentuk sebuah masyarakat ‘Malaysian Malaysia’ yang memberikan hak sama-rata buat semua tanpa mengambil kira kontrak sosial yang telah disepakati antara kaum asal Melayu dengan kaum-kaum lain yang telah diberi kewarganegaraan menjelang kemerdekaan negara.
Bagi DAP tiada lagi hak istimewa buat mana-mana masyarakat. Semuanya mesti dilihat dan diberi peluang dan perhatian yang sama.
DAP bukan hanya mahu mewakili kaum minoriti bukan-Melayu tetapi cita-cita besar mereka adalah mahu menguasai negara. Dan malah melalui pelan licik mereka, pada PRU 2018 dengan bantuan parti-parti tertentu termasuk yang majoriti Melayu, DAP dan sekutunya berjaya menguasai Putrajaya dan hampir keseluruhan kerajaan negeri-negeri.
Tatkala itu tonggak kuasa didominasi mereka dan buat pertama kali dalam sejarah negara, tiada lagi penguasaan politik Melayu Islam sebagaimana sebelumnya.
Dengan pencapaian besar itu, masuk menyusuplah segala dasar perjuangan DAP ke dalam kerajaan sehingga jadi lesu dan tidak selesa masyarakat majoriti Melayu, yang mula sedar akan kesilapan mereka dalam membuat pemilihan.
Semua menjadi tertekan dan tersepit sepanjang 22 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi DAP. Yang sedang menjalani hukuman penjara diampun dan dibebaskan, yang sedang menjalani perbicaraan pertuduhan rasuah di mahkamah dibuang kes, yang ditahan atas tuduhan terlibat dengan menyokong perjuangan keganasan juga diarah bebas.
Selain itu perkara dan aktiviti mungkar bermaharajalela, pengiktirafan diberi pada komuniti LGBT, Bahasa Melayu diperlekeh termasuklah Institusi Islam dan Raja-raja. ICERD dan Statut Rom mahu dijulang dan bajet serta perbelanjaan untuk Institusi Islam termasuk istana dipertikai.
Bukan sehari dua DAP merancang untuk menguasai kerajaan, mereka tanpa jemu telah melancarkan pelbagai siri kempen dan gerak kerja, eksperimen politik berani mereka lakukan dari masa ke semasa dan akhirnya setelah mencuba lebih 5 dekad sejak PRU 1969, pada tahun 2018 mereka berjaya.
Satu masalah besar buat mereka semasa mula terlibat aktif dalam politik tanah air adalah untuk menguasai dan memperolehi sokongan masyarakat majoriti Melayu. Memang dari segi sejarah orang-orang Melayu ini sukar menyokong mana-mana perjuangan apatah lagi parti yang dipimpin dan dikuasai bukan-Melayu.
Kalau kita sorot lebih jauh, inilah masalah yang sama yang dihadapi Parti Komunis Malaya atau PKM dahulu semasa mereka bergerak aktif di tanah air sejak sebelum Merdeka lagi.
Pimpinan kanan PKM semuanya berbangsa Cina, namun mereka sedar perjuangan mereka tidak akan berjaya selagi tidak mendapatkan simpati dan sokongan masyarakat Melayu yang merupakan penduduk majoriti dalam negara.
Orang-orang Melayu menolak PKM kerana parti berkenaan dilihat ganas, rasis, menolak agama dan yang lebih utama kerana didominasi masyarakat bukan-Melayu.
PKM tidak berputus asa dan terus menyasarkan untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu. Mereka sanggup mengambil langkah menubuhkan satu regimen yang dianggotai oleh orang-orang Melayu demi mendapatkan sokongan kaum ini.
Tertubuhlah kemudiannya Regimen ke-10 yang kerja utamanya menarik dan memikat sokongan penduduk Melayu. Malangnya mereka hanya dapat segelintir kecil sokongan masyarakat Melayu. Inilah juga perhatian yang diberikan DAP iaitu untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu.
Di zaman awal penubuhannya DAP meletakkan calon-calon Melayu bertanding tetapi itu hanya di kerusi majoriti Cina. Menanglah beberapa calon Melayu di kerusi bukan-Melayu termasuklah di sekitar Teluk Intan dan Ipoh, kemudiannya bekas pemimpin CUEPACS Ahmad Nor menang di Parlimen Bayan Baru yang merupakan kerusi majoriti Cina.
Mereka tidak berpuas-hati, dan terus cuba menembusi kerusi-kerusi majoriti Melayu untuk memberi gambaran bahawa DAP sudah mula diterima masyarakat Melayu. Mereka buat pakatan dengan parti-parti Melayu lain termasuklah PKR dan PAN, tetapi ternyata parti-parti ini tidak berapa boleh membantu dan diharapkan. DAP terpaksa menembusi sendiri kawasan-kawasan Melayu dengan cara menaikkan calon-calon Melayu yang taksub dan termakan dakyah mereka.
Pada PRU 2018 perancangan mereka mula menampakkan hasil, apabila undi Melayu berpecah lantaran parti-parti Melayu bersaing sesama sendiri maka menanglah calon-calon Melayu DAP di kerusi-kerusi majoriti Melayu contohnya di DUN Dusun Tua di Negeri Selangor.
Dalam pada itu DAP terus bergelut untuk membawa imej mesra Melayu dan mesra Islam bagi terus menambat dan menarik sokongan masyarakat Melayu yang mudah terpedaya.
Mereka masuk keluar kampus untuk menarik anak-anak Melayu bagi menyokong mereka, malangnya ada juga yang terpengaruh dan sanggup sehingga menjadi calon dan pemimpin mereka.
Sebagaimana kempen mereka dalam PRN Sarawak dahulu, apabila meletakkan seorang calon Melayu di kerusi DUN Batu Kitang di Sarawak, kepada masyarakat Cina mereka berkempen kita perlu menangkan calon Melayu DAP ini untuk beliau nanti diperlatakkan untuk ‘screw Malays’, maknanya guna Melayu untuk lawan Melayu.
Tidak hairanlah jika DAP sanggup berpakaian sebagai seorang Muslim, masuk keluar masjid dan surau, menghulurkan bantuan ke sekolah-sekolah dan institusi Islam semata-mata kerana mahukan undi dan sokongan masyarakat Melayu.
Jangan orang Melayu lupa pernah seorang Ahli Parlimen DAP dari Sarawak berhujah di Parlimen menentang kemasukan guru-guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia untuk mengajar di sekolah-sekolah di Sarawak kononnya kerana tidak mahu mengimport Islam ekstrem dari Semenanjung.
Kerana itu masyarakat Melayu khasnya perlu sentiasa diingatkan akan ancaman DAP ini. Jika kita lalai, berpecah dan berbalah kita sesama sendiri, mereka mudah mengambil kesempatan dan akhirnya berjaya lolos menguasai kita sedang mereka langsung tidak prihatin apa lagi perjuangkan isu nasib dan masa depan umat Melayu dan agama Islam.
Bagi mereka isu agama ini adalah isu peribadi, bukannya urusan negara dan sepatutnya terhad di kalangan penganutnya sahaja. Sebarang usaha untuk memartabatkan Islam dilihat sebagai satu ancaman dan lebih jahat lagi mereka label sebagai ekstrem dan mahu melahirkan negara ‘Taliban’.
Mereka pernah menguasai Putrajaya walaupun hanya selama 22 bulan. Ini bermakna jika kita tidak berhati-hati dan meremehkan usaha penyatuan ummah, tidak mustahil mereka dapat kembali berkuasa.
Bukalah mata dan telinga masing-masing jangan sampai bumi dipijak milik orang, ketika itu menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melihat fakta-fakta di atas ini, DAP wajar diharamkan..
(i) Bagi DAP tiada lagi hak istimewa buat mana-mana masyarakat. Semuanya mesti dilihat dan diberi peluang dan perhatian yang sama.
(ii) Selain itu perkara dan aktiviti mungkar bermaharajalela, pengiktirafan diberi pada komuniti LGBT, Bahasa Melayu diperlekeh termasuklah Institusi Islam dan Raja-raja. ICERD dan Statut Rom mahu dijulang dan bajet serta perbelanjaan untuk Institusi Islam termasuk istana dipertikai.
(iii) Pernah seorang Ahli Parlimen DAP dari Sarawak berhujah di Parlimen menentang kemasukan guru-guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia untuk mengajar di sekolah-sekolah di Sarawak kononnya kerana tidak mahu mengimport Islam ekstrem dari Semenanjung.
(iv) Bukalah mata dan telinga masing-masing jangan sampai bumi dipijak milik orang.
Pelampung pandu atau boya terdampar di Pantai Geting yang tular pada Isnin lalu. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
TUMPAT: Objek besar terdampar di Pantai Geting pagi Isnin lalu adalah sejenis alat bantuan pelayaran yang dikenali sebagai pelampung pandu atau boya.
Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan alat itu berfungsi sebagai penunjuk arah selamat di alur pelayaran yang menjadi panduan navigasi kapal, bot dan lain-lain pengguna pengangkutan air.
"Boya milik JLM terbabit ditempatkan di muara Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu dan hanyut akibat ombak kuat dan air pasang besar baru-baru ini. Satu laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat berikutan kejadian ini dan kerja pemindahan boya sudah selesai dibuat petang semalam.
"Boya itu kini ditempatkan sementara di jeti Pejabat Laut Kuala Besar," katanya merujuk berita tular Isnin lalu mengenai penemuan objek asing itu yang kemudian menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk ada menganggapnya piring terbang serta dikaitkan dengan makhluk asing.
"Boya itu diperbuat daripada bahan jenis keluli dan dikhuatiri boleh mengakibatkan kecederaan sekiranya kemalangan seperti terjatuh atau tergelincir disebabkan licin semasa menceroboh. Tambahan pula, alat ini aset kerajaan dan menjadi satu kesalahan jika ada individu menceroboh atau mendekatinya," katanya. (BH)....