Friday, January 21, 2022

Muqaddimah keluar DAP menjelang PRU 15, 2ADUN, 1 B/Senator. Padan muka!

 

Dua ADUN dan Seorang Bekas Senator Umum Keluar DAP

CYBERJAYA – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang bekas senator mengumumkan keluar DAP sebentar tadi, lapor portal FMT.

ADUN Sri Tanjong Justin Wong dan ADUN Elopura Calvin Chong serta bekas senator Adrian Lasimbang berkata mereka memulakan kerjaya politik masing-masing demi berjuang untuk Sabah.

Ini termasuk bagi lebih autonomi, infrastruktur yang lebih baik, malah “lebih penting lagi, masyarakat inklusif yang mengatasi bangsa dan agama.”

“Malangnya kami tidak mencapainya menerusi DAP Sabah.

“Kurang kepercayaan ditunjukkan oleh kepemimpinan kami dalam jawatankuasa negeri, khususnya Pengerusi (Frankie Poon),” kata mereka menerusi satu kenyataan bersama, dipetik dari laporan tersebut.

Justin Wong mendakwa DAP sudah hilang arah serta mengalami perbalahan dalaman dan masalah komunikasi yang teruk antara pemimpinnya.

“Jadi dengan berat hati kami mengumumkan akan meninggalkan DAP berkuat kuasa serta-merta.

“Kami menganggap wujud keperluan mendesak bagi memilih platform lebih sesuai yang mampu membuka ruang untuk kami berkhidmat dengan lebih baik untuk negeri tercinta ini.

“Saya tidak mahu membincangkan ke mana akan kami pergi buat masa ini, cukuplah kami katakan mahu berkhidmat untuk rakyat Sabah,” katanya. (S.Tv)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini baru muqaddimah akan keluar DAP beramai-ramai menjelang PRU 15, bermula dengan 2ADUN, 1 B/Senator ini.  Sepatutnya, DAP bersiap-siap untuk 'tutup kedai', kerana ramai 'pelanggan' mulai meluat dan bosan dengan lidah biawak.. Padan muka!

Tulisan Jawi tidak ancam sesiapa

 

KUALA LUMPUR: Penggunaan tulisan Jawi pada papan iklan serta papan tanda tidak menjadi ancaman kepada mana-mana pihak.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata ia hanya usaha untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan tulisan berkenaan di kawasan pentadbiran masing-masing.

Katanya, objektif pelaksanaan polisi ini adalah sebagai mekanisma bagi memperkasakan tulisan Jawi dalam kawasan pentadbiran selain memelihara warisan tulisan Jawi yang pernah digunakan sebagai penulisan dalam lingua franca suatu masa dahulu.

“Tulisan Jawi ini adalah salah satu bentuk tulisan di Malaysia yang tidak boleh dikaitkan sama sekali dengan agama.

“Meskipun dikaitkan dengan agama, agama rasmi Malaysia ialah agama Islam, sedangkan tulisan Jawi bukan melambangkan sesuatu agama. Ia merupakan bentuk tulisan yang digunakan pada waktu dulu,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan perkara dibangkitkan Ahli Parlimen Kampar, Su Keong Siong mengenai rasional pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk memasukkan tulisan Jawi pada papan iklan dan papan tanda di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah, Perak.

Keong Siong mendakwa pengumuman itu melanggar hak peniaga tempatan untuk membuat pilihan serta beralasan kawasan berkenaan mempunyai penduduk bukan Islam lebih 80 peratus.

Razman berkata, tindakan Ahli Parlimen DAP berkenaan jelas menggambarkan Islamofobia yang wujud dalam diri beliau sehingga merasakan penggunaan tulisan Jawi menggugat fahaman agama penduduk di kawasan terbabit.

“Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam mereka ini menjadi fobia padahal tulisan Jawi tiada kena mengena dengan agama,” katanya.

Pada 31 Disember lalu, Majlis Daerah Batu Gajah, Perak mengeluarkan arahan terbaru untuk memasukkan tulisan Jawi pada papan tanda bukanlah perintah wajib, tetapi dasar untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan tulisan Jawi di kawasan pentadbiran mereka.

Bagaimanapun, kata notis itu, bermula 1 Januari 2022, semua urusan berkaitan permohonan baru dan pembaharuan Lesen Premis Perniagaan dan iklan di kawasan Majlis Daerah Batu Gajah dikehendaki mematuhi peraturan berkenaan penggunaan tulisan Jawi bagi keterangan aktiviti perniagaan pada visual papan iklan atau papan tanda premis perniagaan masing-masing.

Hal yang demikian mencetuskan ketidakpuasan hati beberapa pihak termasuk MCA Batu Gajah yang menggesa majlis daerah menarik balik pengumuman itu dan menghormati hak peniaga tempatan untuk membuat pilihan. – HARAKAHDAILY 19/1/2022

Thursday, January 20, 2022

Mengapa kecoh pasal Dr Khairuddin dipecat?

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

"Ngapa parti legasi komunis tak pecat mereka macam yg parti lebai buat. Kalau pecat rasanya kerusi pimpinan kosong agaknya. Semua pemimpin parti legasi komunis ada masalah disiplin."

1 comment:

Anonymous said...

Puak liberal kecoh pasal Dr Khairuddin dipecat. Belum ada kes mahkamah atau masalah disiplin yg jelas. Semua masih kabur.

Ngapa parti lain tak macam yg parti lebai buat. Dalam parti legasi komunis, ada adun yg positif dadah. Ada adun yg kes rogol. Ketua parti nya terlibat kes rasuah trowong. Bapa ketua parti langgar sop. Ngapa parti legasi komunis tak pecat mereka macam yg parti lebai buat. Kalau pecat rasanya kerusi pimpinan kosong agaknya. Semua pemimpin parti legasi komunis ada masalah disiplin.

Parti liberal pun sama. Presiden parti bernafsu mega besar. Dah masuk penjara kes salah guna kuasa dan kes trowong gelap, masih memimpin. Sebuk pasal kes rasuah, tapi parti sendiri pun tak bersih.

Ministerial roles
2020–2021Minister of Plantation Industries and Commodities
Faction represented in Dewan Rakyat
2013–2020Malaysian Islamic Party
2020–Perikatan Nasional
Other roles
2021–Deputy Chairman of the Government Backbenchers Club
Personal details
Born
Mohd Khairuddin bin Aman Razali

9 December 1973 (age 48)
Seberang Takir, Terengganu, Malaysia
CitizenshipMalaysian
NationalityMalaysian
Political partyPAS
Other political
affiliations
Pakatan Rakyat (PR)
Gagasan Sejahtera (GS)
Perikatan Nasional (PN)
Muafakat Nasional (MN)
Alma materUniversity of Jordan
Al al-Bayt University
National University of Malaysia
OccupationPolitician

Susuri Gurun Sahara yang diselimuti salji..

 

Fenomena salji yang melanda Ain Sefra di Gurun Sahara pada 18 Januari 2022 merupakan sesuatu yang jarang berlaku di situ. (FOTO Bav Media/Geoff Robinson/Karim Bouchetata)

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung 

Gurun Sahara dilitupi salji, bakal kembali hijau

GURUN Sahara yang sebelum ini diwartakan sebagai lokasi yang mempunyai udara paling kering di dunia dengan suhu panas tertinggi pernah dicapai mencecah 58 darjah celcius, kini dilitupi salji.

Penduduk tempatan pada Selasa (18 Jan) dilaporkan terpaksa bergelut semalaman dengan suhu menjunam turun hingga di bawah paras beku -2 darjah celcius dalam fenomena yang jarang berlaku di padang pasir panas terbesar di dunia itu.

Jurugambar profesional, Karim Bouchetata menurut laporan dailymail.co.uk sempat merakam imej salji dan ais yang menakjubkan di bandar Ain Sefra, terletak di barat laut Algeria kelmarin.

Ain Sefra yang juga dikenali sebagai The Gateway to the Desert itu terletak kira-kira 3,000 kaki di atas paras laut dan dikelilingi Pergunungan Atlas.

Julat suhu di bandar tersebut pada kebiasaannya adalah dari 12 darjah celcius pada Januari yang merupakan bulan paling sejuk, dan mencecah hingga ke suhu maksima 40 darjah celcius pada Julai.

Sebagai padang pasir panas terbesar di dunia, Gurun Sahara meliputi sebahagian besar Afrika Utara merangkumi 3,600,000 batu persegi; dan ia merupakan padang pasir ketiga terbesar di bumi selepas Gurun Antartika di Kutub Selatan dan Gurun Arktik di Rusia.

Gurun Sahara merupakan padang pasir panas terbesar di dunia. (FOTO Andrzej Kryzpinjuk/Unsplash)

Biarpun ia merangkumi sebahagian besar bahagian utara Afrika, namun kawasannya tidak termasuk Lembah Nil Sudan dan Mesir, Atlas Mountain, dan kawasan subur di pantai Laut Mediterranean.

Di sebelah selatan, padang pasir berkenaan disempadani Sudan, Sahel dan sabuk sabuk tropika separa gersang yang terletak di sekitar lembah Sungai Nil.

Antisiklon

Bahagian Gurun Sahara dibahagikan kepada beberapa wilayah termasuk Gurun Libya, Gurun Tenere, Air Mountains, gunung Tibesti, gunung Ahaggar pusat, dan Sahara Barat. Gurun itu membentang ke pelbagai negara termasuk Tunisia, Maghribi, Sudan, Niger, Mauritania, Mali, Libya, Mesir, Chad, dan Algeria.

Walaupun secara amnya, ia dilihat sebagai gurun terbesar dan terpanas di dunia, namun Gurun Sahara sebenarnya telah melalui perubahan suhu dan kelembapan sejak beberapa ratus ribu tahun yang lalu.

Seorang kanak-kanak dari pekan Mekalis yang terletak berdekatan Ain Sefra gembira dengan kemunculan salji di gurun panas terbesar di dunia itu. (FOTO SHUTTERSHOCK/BBC)

Salji dan ais merupakan fenomena luar biasa di kawasan padang pasir, tetapi kenapa ia berlaku tidak diketahui sepenuhnya.

Suhu di padang pasir boleh turun secara mendadak dalam sekelip mata tetapi sebarang salji yang muncul biasanya akan cair pada hari berikutnya.

Dalam kes seperti yang terjadi pada  bulan ini di Ain Sefra yang terletak 555 kilometer dari Algiers, ibu kota Algeria, sistem tekanan tinggi udara sejuk telah berpindah ke daratan (padang pasir), menyebabkan suhu menjunam lebih rendah.

Antisiklon sedemikian cenderung untuk sampai sehingga ke Arab Saudi dengan bergerak mengikut arah jam keluar dari Asia Tengah, mengambil lembapan dalam perjalanan yang menyejuk untuk membentuk salji.

Sebahagian kawasan di Arab Saudi terutama di Turaif telah dilanda salji lebat pada 18 Januari 2022. (FOTO NCM/Arab News)

Bulan Januari 2022 dan 2021 menyaksikan salji melanda Gurun Sahara dan Arab Saudi tetapi ia bukan kali pertama bintik-bintik panas yang biasanya melepuh itu diselimuti warna putih salji.

Pada 2018, Ain Sefra dilanda salji buat kali ketiga dalam tempoh 40 tahun. Justeru, fenomena salji itu telah dicatatkan di bandar itu pada 2022, 2021, 2018 dan 2017, dengan salji yang direkodkan di situ paling awal adalah pada 1979.

Suhu di bawah sifar 

Sementara itu, Arab News pada Selasa (18 Jan) melaporkan sebahagian Arab Saudi telah mencatat suhu di bawah sifar, khususnya Turaif yang kini dilanda salji.

Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi dalam ciapan Twitter memaklumkan bahawa suhu terendah telah direkodkan di Turaif yang mencatat suhu terendah sejak awal musim sejuk tahun ini, diikuti di Qurayyat dan Arar.

Turut mencatat suhu di bawah sifar dan kemunculan salji ialah di Tabuk, sebagaimana dimaklumkan Pengarah NCM di wilayah tersebut, Farhan Al-Anzi.

Selain Tabuk, bandar utama lain di wilayah utara seperti Arar, Rafha dan Shaqraa turut mencatat  penurunan suhu di bawah sifar yang menyaksikan salji lebat. 

Klip video merakamkan pemandangan menakjubkan menyaksikan sekumpulan unta berjalan di antara kabus dan salji di Tabuk pada 18 Januari 2022. (FOTO Teller Report)

Sehubungan itu, sistem amaran awal NCM meramalkan penurunan suhu di bawah sifar akan berterusan di kebanyakan bandar di wilayah utara sehingga hujung minggu ini.

Di Riyadh yang merupakan ibu negara Arab Saudi,  ramalan kaji cuaca menjangka berlaku penurunan suhu kepada tiga darjah celcius pada hari ini (Khamis 20 Jan) dan satu darjah menjelang esok, Jumaat (21 Jan).

Sebenarnya di Arab Saudi, fenomena salji lebat sudah berlaku pada Jan 2021 yang menurut laparan MailOnline, berlaku di kawasan pergunungan di wilayah Asir di Arab Saudi berhampiran sempadan Yaman, yang mana ia juga pernah dicatat berlaku sebelum itu, pada April, 2018.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, salji didapati turut melanda beberapa lokasi lain di Arab Saudi. 

Pemandangan unik salji yang turun di Ain Sefra yang terletak dalam kawasan Gurun Sahara dirakam pada 13 Januari 2021. (Foto Karim Bouchetata/Reuters)

Pada 2020, suhu turun di bawah paras beku di kawasan pergunungan di barat laut negara itu termasuk Tabuk, ketika ribut salji melanda menyebabkan kerajaan negara itu memberi amaran kepada penduduk supaya memastikan mereka berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi cabaran perubahan suhu yang turun mendadak itu. 

Dalam pada itu menurut medium.com, walaupun sangat kering ketika ini, Gurun Sahara dijangka menjadi hijau semula dalam masa kira-kira 15,000 tahun akan datang.

Menurut kajian saintifik, kali terakhir Gurun Sahara merupakan kawasan hijau adalah sekitar 8000 hingga 6000 Sebelum Masihi, di penghujung zaman ais. Ketika itu, Gurun Sahara ditumbuhi rumput hijau yang subur yang menjadi penempatan haiwan-haiwan termasuk zirafah.

Paksi bumi

Walau bagaimanapun, sekarang ini ia adalah gurun panas terbesar di dunia, dan gurun ketiga terbesar secara keseluruhan (selepas Antartika dan Artik) dengan keluasan mencecah 3.6 juta batu persegi.

Selaras dengan pergerakan paksi bumi, Gurun Sahara berubah daripada menjadi padang rumput dan padang pasir setiap 20,000 tahun. 

Kajian saintifik mendapati kali terakhir Gurun Sahara wujud sebagai kawasan hijau adalah sekitar 8,000 hingga 6,000 Sebelum Masihi, ketika di penghujung zaman ais. (FOTO NextBigPicture.com)

Disebabkan paksi bumi tidak tetap di angkasa tetapi ia bergoyang dalam bulatan, ini  mendorong Afrika Utara menjadi lebih dekat dengan matahari pada beberapa musim dan berada dalam kedudukan lebih jauh pada musim lain.

Apabila matahari lebih dekat, hujan lebih kerap turun dan Gurun Sahara ‘berhenti’ daripada menjadi padang pasir.

Penemuan itu adalah hasil kajian terhadap habuk yang dimendapkan jauh ke dalam Lautan Atlantik oleh angin yang bertiup merentasi benua Afrika.

Apabila tanah gersang dan kering, lebih banyak habuk akan didapati. Dan apabila ia adalah padang rumput, terdapat lebih sedikit habuk.

Habuk berkenaan juga menyembunyikan unsur kimia logam radioaktif lemah dikenali sebagai Thorium, satu lagi penanda untuk kehadiran atau ketiadaan padang pasir, khususnya di benua Afrika. – HARAKAHDAILY 20/1/2021

Lihat sebelum ini.. 

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Isu langgar SOP, K/Siang beri kerjasama, tapi macam ketam...

 


K/Siang beri kerjasama isu pelanggaran SOP, tapi di atas pentas tanpa memakai pelitup muka.

MENURUT Roketkini, semalam Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang telah hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 baru-baru ini.

Peguamnya, Syahredzan Johan berkata, Kit Siang telah hadir memberi kerjasama dan memberi keterangannya.

“Tiada kompaun dikenakan atau dikeluarkan… Keterangan telah diambil,” kata Syahredzan ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, pihak polis sedang menyiasat dakwaan pelanggaran SOP pada majlis pelancaran buku yang dihadiri Kit Siang dan pengasas bersama MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini.

Ini susulan gambar yang kemudiannya menjadi tular memaparkan Kit Siang, Syed Saddiq dan pengarang, Kee Thuan Chye di atas pentas tanpa memakai pelitup muka.

Pada sidang media selepas memberi keterangan, Kit Siang berkata, beliau ketika itu telah membuka pelitup muka setelah diminta pihak media untuk berbuat demikian bagi tujuan mengambil gambar. Menurut beliau, sejurus selepas gambar diambil beliau terus memakai semula pelitup muka.

Kit Siang berkata, keseluruhan majlis berjalan mengikut ketetapan SOP. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Macam ketam, mengajar anaknya berjalan betul, tapi dia sendiri berjalan herot-petot..
(IH)

Tulisan jawi di M'sia, sama 'gusti unta' di Turki..


Komen Rakyat dalam blog ini..

1 comment:

Anonymous said...

Kat Turki, hal hal traditional tiada mendapat bantahan kerana di sana tiada pendatang. Tapi kat malaysia, hal traditonal kuat tentangan dari pendatang. Tulisan jawi, iaitu tulisan awal penduduk melayu, ditentang oleh pendatang legasi komunis. 

Alasan mereka kerana tempat itu majoriti cina. Sebenarnya apa saja yg penduduk asal nak buat, mereka tentang. Parti liberal dan parti kuali sokong mereka.

Gusti Unta, sukan tradiional di Turki. Tidak zalim?

 


SUKAN
GUSTI unta merupakan satu sukan tradisional yang sangat popular di bahagian pantai barat Turki, di mana unta-unta jantan dari perkampungan tempatan akan berlaga sesama sendiri di dalam stadium khas yang disediakan. 

Beberapa hari sebelum pertandingan berlangsung, ianya merupakan tempoh yang sangat mengujakan bagi orang-orang di sana. Unta-unta akan dihiaskan dengan perhiasan yang berwarna-warni dan diikatkan loceng, serta diarak di jalanan dengan alunan muzik dan tarian. 

Begitu juga halnya dengan pemilik-pemilik unta tersebut yang akan menghias diri mereka dengan pakaian tradisional. Malam sebelum pertandingan pula mereka akan berpesta sambil berjumpa dengan rakan-rakan lama dan baru, serta menikmati jamuan makan.



Tapi masalahnya dalam gusti unta ini ialah unta bukanlah sejenis haiwan yang gemar bergaduh. Untuk memaksa mereka berlawan, pertandingan ini dianjurkan pada musim mengawan, di mana unta jantan kebiasaannya bersemangat lebih untuk menawan unta betina. 

Dan seekor unta betina yang dihias cantik pula akan diarak di depan unta-unta jantan yang bertanding. Kiranya untuk menaikkan nafsu berlawan. Kebiasan setiap pertandingan berlangsung tidak lebih daripada 10 minit. Kalah menang ditentukan melalui pungutan mata daripada teknik yang ditunjukkan setiap unta. Kadang-kala ada juga unta yang lari meninggalkan stadium dan pihak lawan akan dikira sebagai pemenang. 

Walaupun gusti unta ini masih popular di sebahagian kawasan di Turki, namun ianya semakin kurang mendapat sambutan kerana kos yang mahal untuk membela dan melatih setiap unta untuk pertandingan.

Dan menariknya, tidak nampak ke arah sukan yang menzalimi binatang, seperti laga kerbau, laga ayam, hatta laga semut sekalipun, yang boleh berakibat haiwan pertandingan itu cedera dan membawa maut. Zalim lagi pertandingan sesama manusia seperti gusti, tinju dan lain-lain yang boleh mencederakn.




Namun begitu, Sebuah festival gusti unta di Turki diselar oleh aktivis-aktivis hak asasi haiwan yang menyifatkan acara itu sebagai satu jenayah besar, lapor akhbar Daily Star kelmarin. Dalam acara tahunan yang berlangsung pada Ahad lepas, beribu-ribu orang berkumpul di bandar Selcuk, bagi menyaksikan unta ‘bergusti’ di dalam kandang yang besar.

Beberapa gambar menunjukkan kira-kira 152 ekor unta dihias dengan kain sulaman bercorak warna-warni sambil berlaga di sebuah arena berpasir.
Seorang wakil bandar Izmir daripada Persekutuan Hak Asasi Haiwan, Gulgun Hamamcioglu berkata, aktiviti mendorong haiwan untuk bergaduh sesama sendiri merupakan satu jenayah besar.

“Kita semua perlu menghentikan aktiviti memalukan ini kerana ia memalukan kemanusiaan,” tegasnya.

Sementara itu, bekas ketua pelancongan Turki, Mehmet Falakali sebaliknya berkata, unta-unta itu tidak akan mencederakan sesama sendiri.  Menurutnya, beberapa petugas ditempatkan di festival tersebut bagi bersiap sedia menghentikan perlawanan sekiranya ia menjadi lebih serius.

“Petugas akan memisahkan unta-unta tersebut sekiranya pertarungan menjadi serius. Tiada kejadian seperti mematahkan tapak kaki atau menggigit,” katanya.

Dalam pada itu, seorang peminat acara gusti tersebut mempertahankan penganjuran festival itu dengan berkata bahawa ia dilakukan dengan penuh kasih sayang. “Ia bukan pertarungan, namun hanyalah acara gusti, sama seperti manusia bergusti,” kata Necip Cotura.

Menurut laporan akhbar tempatan Turki, Daily Sabah, acara bergusti itu memberi peluang kepada unta untuk meluahkan sifat semula jadi haiwan dan mengerahkan tenaga mengikut apa yang perlu ia lakukan, semuanya dilakukan di bawah pengawasan pemilik. 

(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails