Friday, March 25, 2022

Kes Najib: Padan, pemberi dan penerima rasuah masuk neraka,

 

SRC peroleh injunksi mareva halang Najib pindahkan aset bernilai hingga RM42 juta

KUALA LUMPUR: SRC International Sdn Bhd dan sebuah anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai sehingga RM42 juta.

Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin pada satu prosiding dalam talian hari ini selepas membenarkan permohonan SRC dan Gandingan Mentari Sdn Bhd yang juga plaintif pertama dan kedua dalam saman SRC ke atas Najib selaku defendan.

Injunksi mareva adalah perintah sementara yang mengekang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.

Mahkamah mengarahkan Najib, 68 supaya tidak mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam dan di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta, sehingga keputusan akhir saman itu dikeluarkan.

Selain daripada itu mahkamah juga mengarahkan Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan kepada peguam SRC (plaintif) secara bertulis aset beliau di dalam atau di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta dalam tempoh 30 hari selepas perintah itu diserahkan kepada Najib.

Bekas perdana menteri itu juga dibenarkan mengeluarkan dan membelanjakan wang daripada sebuah akaun bank atau sumber lain tidak melebihi RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan guaman yang mahkamah ini menyatakan ia adalah termasuk perintah injunksi mareva sementara diperoleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mohd Arief Emran juga menetapkan pengurusan kes pada 13 Mei depan.

Seorang peguam daripada Tetuan Rosli Dahalan Saravana Partnership yang mewakili SRC ketika dihubungi mengesahkan keputusan mahkamah itu.

SRC International Sdn Bhd dan Gandingan Mentari Sdn Bhd diwakili peguam M Nagarajah, Syafinaz Vani, Clament Tay, Lisa Yong daripada Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership sementara Muhammad Farhan Shafee dan Thilagan Mehanathan daripada Tetuan Shafee & Co mewakili Najib.

Pada 8 Februari lalu, 1MDB dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang Najib daripada melupuskan atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia sehingga US$681 juta.

Bagaimanapun pada 18 Februari lalu, Najib memfailkan permohonan untuk mengetepikan injunksi mareva itu. Pendengaran permohonan itu ditetapkan pada 6 Mei depan.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas beliau didapati bersalah menyelewengkan RM42 juta dana SRC. Kes ini dalam peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Padan, pemberi dan penerima rasuah masuk neraka, samada neraka dunia atau neraka di akhirat yang kekal abadi.. Bukan kes Najib sahaja, bahkan geng-gengnya, dan seluruh perasuah-perasuah di dunia.

Prestasi DAP terus menjunam bermula PRN Johor..


PRN Johor: Prestasi DAP terus menjunam

PADA Pilihan Raya Umum ke 14, kemampuan Pakatan Harapan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan serta beberapa kerajaan negeri-negeri lain hakikatnya adalah atas sumbangan besar DAP yang ketika itu mampu mempengaruhi hampir 90 peratus para pengundi bukan-Melayu, khasnya kalangan masyarakat Cina untuk mengundi dan menyokong calon-calon PH.

Terbukti jika tidak kerana kemampuan DAP itu, belum tentu Tun Dr Mahathir boleh menjadi Perdana Menteri semula dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah dari PKR pula menjadi TPM.

Tertegak naiklah sebuah kerajaan baru di Putrajaya yang tonggak utamanya dalam cengkaman DAP. Tidak siapa menduga akhirnya Putrajaya dapat juga dikuasai DAP.

Walau bagaimanapun mujurlah panas yang disangka berlarutan hingga ke petang rupanya berakhir dengan mencurahnya hujan di tengahari. PH cuma mampu memeluk tiang kuasa di Putrajaya sekadar 22 bulan, kemudiannya terpelanting keluar apabila Tun Dr Mahathir tiba-tiba meletakkan jawatan Perdana Menteri, dan kerajaan cetusan DAP itu roboh menyembah bumi.

Sejak hilang kuasa, DAP tidak bangkit-bangkit apabila sedikit demi sedikit perwakilan mereka pula dikurangkan. Bermula dengan Pilihan Raya Negeri Melaka mereka gagal pertahankan 4 dari 8 kerusi yang mereka kuasai, PRN Sarawak gagal pertahan 5 dari 7 kerusi dan terbaru di Johor mereka gagal di 4 dari 14 kerusi yang mereka menang dalam PRU ke-14.

Di Johor mereka kecundang di DUN Yong Peng walaupun peratusan pengundi Cina di situ 59.58 peratus, begitu juga di DUN Bekok yang 67.40 peratus pengundinya bukan-Melayu. Di DUN Paloh calon Melayunya juga tewas di kerusi yang pengundi bukan Melayunya seramai 51.40 peratus dan di DUN Pekan Nanas calonnya tewas di kerusi yang mereka menang dalam PRU lalu dengan majoriti 1,308 undi.

Ini bermakna pengundi bukan-Melayu khasnya pengundi Cina sudah mula menolak calon-calon DAP, sesuatu yang mengejutkan sedangkan hanya 4 tahun lalu kelompok pengundi yang sama memberikan sokongan hampir 90 peratus pada calon-calon DAP dan PH.

Mengapa jadi begitu? Jawabnya kerana masyarakat bukan-Melayu kecewa apabila menaikkan DAP dahulu, DAP gagal memenuhi aspirasi dan kehendak mereka malah banyak menggunakan masa ketika berkuasa dahulu untuk tujuan lain, termasuklah menuding jari dan menyelongkar kesalahan-kesalahan kerajaan terdahulu.

Mereka merasakan tertipu dengan segala janji-janji manis yang menggunung, tapi gagal dilaksanakan. Ringkasnya setelah diberi mandat besar, DAP dan PH telah mempersia-siakannya dan kesan kekecewaan itu telah dizahirkan dalam PRN Johor kali ini. Mujurlah baki 10 kerusi yang berjaya dipertahankannya merupakan rata-rata kerusi yang besar majoriti bukan-Melayunya.

Jelas juga kali ini para pengundi Melayu khasnya di kawasan-kawasan bandar di Johor turut tidak memangkah lagi calon-calon DAP. Fenomena penolakan kuat para pengundi Melayu terhadap DAP ini mungkin berkait dengan beberapa usaha dan rancangan DAP yang dilihat cuba menganggu dan merubah status quo kehidupan masyarakat Melayu sebelum ini.

Keghairahan DAP dalam mengejar cita-cita perjuangan mereka tanpa mempedulikan kepentingan dan hak orang-orang Melayu Islam menebalkan lagi kebencian orang-orang Melayu terhadap mereka, walaupun di Johor mereka menaikkan calon-calon Melayu sekalipun.

Orang-orang Melayu tidak lagi mudah terpedaya. Di DUN Skudai, calon Melayu mereka menang, tetapi menang di kerusi yang hanya 21.95 peratus pengundi Melayu. Bolehlah mendabik dada di kerusi yang pekat Cinanya sebagaimana Skudai. 

Apabila prestasi DAP merosot sebagaimana dijangkakan sekutunya PAN dan PKR turut akan merasa bahangnya, bukitnya PAN kalau dalam PRU14 dahulu dengan sokongan DAP berjaya menang 9 kerusi DUN di Johor, kali ini ia cuma mampu bertahan di 1 kerusi iaitu di Simpang Jeram. Manakala PKR yang dahulunya menang di 5 kerusi DUN, kini cuma tinggal 1 kerusi iaitu di DUN Bukit Batu.

Dan sebagaimana diduga pasti dalam kesugulan menghadapi kekalahan, maka akan dilontarkanlah pelbagai alasan luaran yang kononnya menyumbang kepada kemerosotan prestasi mereka, salah satu yang popular dalam PRN Johor kali ini kononnya ia berkait dengan jumlah pengundi keluar yang begitu kecil. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, jumlah pengundi yang keluar mengundi dalam PRN Johor hanyalah 54.92 peratus, lalu ditudinglah jari ke atas jumlah yang kecil itu.

Veteran DAP, Lim Kit Siang pula memberi alasan kononnya kerana tidak cukup masa berkempen. Beliau dilaporkan berkata kiranya diberi seminggu lagi tambahan masa untuk berkempen pasti keputusan PRN Johor berbeza. 

Tetapi bukankah dalam tempoh yang sama juga DAP dalam PRU ke-14 dahulu boleh menang besar, mengapa kali ini tempoh berkempen pula digunakan sebagai alasan. 

Memang pelbagai alasan boleh diberikan tetapi realitinya DAP sudah tidak dilihat seperti dahulu lagi oleh rakyat Malaysia. Mungkin satu ketika dahulu mereka dilihat oleh sesetengah segmen masyarakat sebagai parti pembangkang yang komited, berwibawa dan cekap, tetapi setelah diberi peluang meneraju kerajaan Persekutuan selama 22 bulan namun gagal mengemukakan sebarang pencapaian yang meyakinkan, imej mereka mula tercalar.

Tambahan apabila gagal memenuhi janji-janji PRU 2018, dengan pelbagai alasan yang dangkal dan memualkan, rakyat terus muak dan hilang kepercayaan pada mereka. 

Ini bukan reka-rekaan, tetapi kebencian rakyat itu boleh dilihat pasca PRU14 bernula dengan PRK Cameron Highlands membawa ke PRN Sabah kemudianya Melaka, Sarawak dan terakhir di Johor, prestasi DAP terus menjunam jatuh, apalagi jika tidak kerana kemarahan rakyat terhadap mereka.

Kekalahan di Johor ini pasti mendesak kepimpinan DAP untuk membuat pelbagai ‘adjustments’ untuk kekal relevan dalam politik Malaysia. Dalam PRN Johor mereka sudah mula melihat PKR sebagai satu bebanan besar sedangkan dalam PRU 2018 PKR lah sekutu karib mereka. Malah PKR sendiri walau kekal dalam PH tapi dalam PRN Johor memilih untuk menggunakan logo sendiri. DAP dijangka terus renggang dengan PKR.

Demikian juga hubungan mereka dengan PAN juga kini dilihat tidak banyak membantu, malah PAN lah yang terpaksa berteduh bawah kain DAP sedang DAP sebelum ini mengharapkan mereka membawa undi Melayu tetapi gagal.

Kini DAP lebih mesra dan bermain mata dengan parti baru MUDA. Mungkin kalau dahulu Tun Dr Mahathir yang ditunggangi DAP, sekarang DAP nampak MUDA sebagai peluang barunya.

Apa pun realitinya para pengundi Melayu sudah mula meminggirkan DAP. Trend ini mesti terus dipupuk sehingga DAP terus pupus dalam PRU ke 15 nanti.



ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 21/3/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Prestasi DAP terus menjunam bermula PRN Johor..

Wanita Muslim di India bangkit perjuangkan kadilan..

 

Perintah larangan hijab di institusi pendidikan: Wanita Muslim di India bangkit

KARNATAKA: Terluka di hati dan perasaan angkara hak asasi mereka untuk menutup aurat ketika belajar di sekolah atau kolej di negara kelahiran mereka sendiri di India, golongan wanita Muslim kini bangkit memperjuangkan akan ketidakadilan itu.

Selepas berbulan-bulan kontroversi mengenai larangan hijab di India, Mahkamah Tinggi Karnataka menolak petisyen yang difailkan oleh gadis Islam di Udupi, yang telah menuntut hak untuk memakai hijab di dalam bilik darjah sebuah kolej di situ.

Mahkamah Tinggi berknaan menyatakan bahawa memakai tudung (tudung Muslim) bukanlah amalan penting dalam Islam dan kebebasan beragama di bawah Perkara 25 perlembagaan tertakluk kepada sekatan yang munasabah.

Mahkamah itu  juga menegaskan bahawa pelajar tidak boleh membantah pakaian seragam yang ditetapkan oleh institusi pendidikan kerana ia termasuk dalam kategori sekatan yang munasabah.

Keputusan itu bagaimanapun telah dikritik secara meluas oleh umat Islam di negara itu, khususnya wanita Islam di platform media sosial, yang merasakan ia itu akan semakin menjauhkan hak umat Islam di India.

Golongan wanita Muslim bangkit dengan semangat jitu dan kebimbangan larangan berhijab di institusi pendidikan di Karnataka akan menular ke negeri-negeri lain di India.

Aliya Assadi, 17, yang belajar di kolej Pra-Universiti (PU) di Udipi dan salah seorang pempetisyen kontroversi hijab berkenaan sebelum ini berkata dia berasa sangat kecewa dengan keputusan yang dibuat mahkamah berkenaan.

“Keputusan itu mengejutkan kami kerana kami menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi terhadap badan kehakiman di India,” katanya kepada sambil menambah bahawa keputusan mahkamah berkenaan ‘telah memecah belah kami (rakyat India)’.

Menurut Assadi, jika hijab bukan bahagian penting dalam agama Islam, pelajar tidak akan bersusah payah untuk berhijab dan menjejaskan pelajaran mereka (kerana tidak dibenarkan berhijab di tempat belajar).

“Sebagai seorang gadis Muslim, saya tahu bagaimana ia akan menjejaskan kebanyakan pendidikan (kita) kerana ramai di antara kita tidak mempunyai pilihan selain berhenti belajar (susulan larangan berhijab di tempat belajar),” katanya, sambil menegaskan, berhijab adalah pilihan peribadinya untuk mengikut ajaran agamanya.

Assadi sehubungan itu berikrar akan bangkit memperjuangkan hak mereka untuk berhijab di sekolah dan kolej sehingga mereka mendapat keadilan.

Hiba Sheikh yang menetap di Mangalore, India berikrar tidak akan menanggalkan hijabnya jika dilarang memasuki kolej pengajiannya.

Kontroversi hijab di Karnataka bermula pada Januari  tahun ini apabila sebuah kolej yang dikendalikan kerajaan di daerah Udupi melarang tujuh pelajar perempuan yang memakai tudung daripada memasuki bilik darjah, mencetuskan bantahan oleh orang Islam dan bantahan balas oleh pelajar Hindu berhaluan kanan.

Pada bulan September tahun lalu, petisyen mendakwa diskriminasi oleh guru selepas pihak berkuasa kolej mengeluarkan garis panduan untuk kod sivil seragam. 

Pada bulan Januari itu juga, kesemua tujuh pelajar itu memprotes dan memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Karnataka yang mencabar keputusan dibuat kolej mereka.

Assadi dan rakan-rakannya tidak menghadiri kelas sejak Disember. Kebanyakan kolej mengadakan peperiksaan pada bulan ini.

Menurut , Naib Presiden Front Kampus Uddipi, Zam Zam pelajar yang berhijab tidak dibenarkan menduduki peperiksaan amali baru-baru ini.

Presiden Barisan Kampus India, MS Sajid, dalam Twitternya berkata: “Karnataka HC menafikan hak perlembagaan rakyat. Kami tidak pernah menerima keputusan yang bertentangan dengan perlembagaan dan akan meneruskan perjuangan menentang percubaan untuk menindas hak individu. Kami merayu kepada yang berfikiran sekular untuk menyertai perjuangan perlembagaan ini.”

Selepas keputusan mahkamah berkenaan, bantahan telah dilaporkan di Chennai dan Bengaluru.

Keputusan Mahkamah Tinggi Karnataka telah mengecewa dan melukakan hati dan perasaan wanita Muslim di India menyebabkan mereka kini bangkit memperjuangkan hak mereka.

Hiba Sheik, 18, yang belajar di sebuah kolej di Mangalore berkata, hak mereka dicabul melalui keputusan mahkamah itu. Dia menegaskan  bahawa dia tidak akan menghadiri kelas tanpa hijab.

“Kami akan meneruskan perjuangan kami dengan cara yang sah dan demokratik,” ujar Sheik.

Sheik muncul sebagai salah satu figura wanita Islam untuk memperjuangkan hijab baru-baru ini selepas dia berhadapan dengan sekumpulan pemuda Hindu sayap kanan yang ‘mengganggu’nya dengan tidak membenarkan Sheik menghadiri peperiksaan dengan berhijab.

Golongan pelajar di India adalah sebahagian daripada Akhila Bharatiya Vidyarthi Parishad (APVP), sebuah kumpulan yang bergabung dengan kerajaan BJP yang memerintah.

Sheik sejak itu telah diganggu oleh golongan sayap kanan yang turut memfailkan Laporan Maklumat Tangan Pertama (FIR) terhadapnya. Dia juga pernah menerima ugutan bunuh melalui mesej.

“Saya sebelum ini memfailkan aduan terhadap golongan pelajar lelaki berkenaan, tetapi kemudian seorang pelajar perempuan Hindu menuduh saya mengugutnya. Dia tidak hadir di tempat kejadian,” katanya.

Sheik berkata sejak itu, dia menghadapi pelbagai jenis ugutan dan mengakui ia menyebabkan pelajarannya kini terjejas.

Keputusan Mahkamah Tinggi Karnataka ternyata telah mengecewakan ramai wanita Islam di India yang bimbang larangan berhijab di Karnataka mungkin diikuti oleh negeri-negari lain di India.

Di India, umat ​​Islam merangkumi  kira-kira 13 peratus daripada 1.35 bilion populasi yang  majoritinya beragama Hindu.

“Akan ada pengecualian besar-besaran wanita Islam daripada pendidikan atau ruang awam,” dedah seorang pelajar dan aktivis Islam di India, Afreen Fatima.

Dia memberitahu TRT World bahawa keputusan itu akan disebut di mana-mana bahawa hijab bukanlah satu kewajipan bagi wanita Islam, yang dia percaya sebagai ‘penyelewengan besar terhadap akidah Islam’.

Fatima berkata bahawa dia  tidak boleh menerima fakta bahawa mahkamah mentafsir agama untuk orang Islam.

“Ia (keputusan mahkamah) sebenarnya selaras dengan permintaan BJP dan jenis agenda yang mereka ada,” tegasnya.

Sementara menurut Saniya Sayed, 28,dia tidak berhijab tetapi mengetahui kepentingannya bagi mereka yang memakainya dan kepentingan agama.

“Keputusan (mahkamah)  itu memalukan. Dari satu segi, anda memutuskan pakaian untuk wanita. Ia bukan isu jantina tetapi retorik anti-Muslim yang berlaku di India,” tegasnya. – TRT World

Thursday, March 24, 2022

Imbas, jom lihat Roketkini.com yang bebal...

 

UNCATEGORIZED Ketua Armada usah malas baca, asyik salahkan DAP – Dr Kelvin Yii Pada oleh 

Imbas, jom lihat Roketkini.com yang bebal...

Kenyataan media Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii merangkap Ketua DAPSY


Pakatan Harapan (PH) sejak dahulu lagi konsisten dengan pendirian bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012 merupakan akta yang bersifat draconian dan ia jelas sekali melanggar hak asasi manusia dan menzalimi rakyat.

Akta ini juga jelas tidak sehaluan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kedaulatan kepada prinsip-prinsip demokrasi seperti hak bersuara dan hak berhimpun. Justeru akta ini haruslah ditolak – lebih-lebih lagi apabila undang-undang ini boleh disalah guna oleh pemimpin-pemimpin zalim yang cuba menahan individu berlainan pendapat dan ideologi politik.

Walaupun pelbagai jaminan telah diberikan oleh pihak kerajaan bahawa akta ini tidak akan digunakan terhadap pihak berlainan ideologi atau fahaman politik, akan tetapi penahanan Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Maria Chin Abdullah, peguam Matthias Chang dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan jelas menunjukkan akta ini boleh disalah gunakan dan haruslah ditentang.

Maka, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal haruslah berhenti memesongkan fakta dan bermain politik murahan melalui cubaan beliau untuk menyalahkan pihak DAP atas kekalahan pihak kerajaan dalam undi RUU “lanjutan Seksyen 4 (5) SOSMA”.

Tidak dinafikan isu keselamatan negara adalah sesuatu perkara yang sangat penting dan perlu diambil berat oleh setiap pihak. Namun terdapat undang-undang sedia ada yang sudah memadai untuk menangani isu-isu keselamatan dan juga kesalahan di bawah SOSMA ini.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menggunakan Kanun Prosedur Jenayah (Criminal Procedure Code) untuk menahan mana-mana suspek dalam isu kesalahan keselamatan.

Di bawah Kanun Prosedur Jenayah (Criminal Procedure Code), sebelum tamat tempoh 24 jam, pihak PDRM boleh memohon untuk melanjutkan penahanan melalui permohonan reman di hadapan Majistret. Untuk kes-kes berat, tempoh reman yang diberikan adalah selama 7 hari, dan boleh dilanjutkan sehingga tempoh maksimum iaitu selama 14 hari.

Ini jelas sekali memadai dan jika kita bandingkan dengan negara maju yang lain, tempoh penahanan individu selama 28 hari di bawah SOSMA ini adalah melampau dan zalim berbanding dengan negara Australia sebanyak 7 hari dan England dan Wales selama 14 hari.

Selain daripada itu, isu mengenai perjanjian persefahaman atau MOU tidak dihormati dan dicabuli tidak seharusnya timbul kerana secara jelas sekali di bawah klausa 3.3(a) & (b), MOU di antara PH dengan kerajaan menyatakan hanya dua perkara sahaja yang pihak PH akan mengambil pendirian berkecuali ataupun tidak menyokong iaitu untuk belanjawan tahunan dan juga usul undi percaya terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jadi selain daripada dua perkara ini, jika terdapat ada-apa RUU atau usul-usul yang lain, ia perlulah dirundingkan bersama pihak PH terlebih dahulu. Berkaitan dengan usul SOSMA ini, tiada rundingan dengan pihak pembangkang dilakukan sebelum dibentangkan semalam. Oleh itu, pihak PH tetap mengambil pendirian yang konsisten sejak dulu lagi bahawa SOSMA dan semua seksyen-seksyen yang zalim dan draconian haruslah dimansuhkan.

Sebagai seorang Ketua Pemuda, Wan Ahmad Fayhsal tidak sepatutnya menunjukkan teladan yang memalukan apabila beliau malas membaca dan malas membuat penyelidikan mendalam terhadap sesuatu isu, tetapi asyik mencari modal murahan sahaja dan menyalahkan pihak DAP untuk kekurangan yang ada di dalam pihak kerajaan.

PH X boleh percaya.. mungkir janji. Termasuk DAP...

 

Kerjasama dengan pembangkang sebenarnya sangat sukar – Tok Mat

Kerajaan perlu menilai semula kedudukan kerjasama dan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) selepas pembangkang menentang usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kegagalan itu memberi tamparan hebat kepada kerajaan dan suatu peristiwa yang sangat memalukan.

“Mungkin telah tiba masanya kerajaan bergerak ke hadapan dan tidak perlu lagi menunggu MOU tersebut matang pada Julai ini,” katanya penuh makna.

Menulis dalam hantaran di Facebooknya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, kegagalan usul ini adalah sesuatu yang tidak dijangka tetapi ia menunjukkan sikap sambil lewa bahawa rang undang-undang sepenting ini tidak diuruskan dengan strategik sebelum di bentangkan.

”Ini agaknya, semua beranggapan bahawa sudah wujud persefahaman yang jelas antara kerajaan dan pembangkang dalam hal-hal atau usul-usul yang melibatkan reformasi undang-udang dan dasar khususnya seperti yang dizahirkan dalam Perkara 3 Memorandum Persefahaman antara kerajaan dan pembangkang.

”Semua yang berlaku ini menunjukkan dengan jelas bahawa kerjasama dan persefahaman kerajaan dan pembangkang sebenarnya sangat sukar untuk diuruskan dengan berkesan,” tegasnya.

Oleh itu, Mohamad berkata, adalah tidak keterlaluan untuk mengambil pendirian bahawa persefahaman tersebut sebenarnya telah gagal berfungsi seperti yang di harapkan.

Kerajaan yang terbentuk, bertahan dan berfungsi menggunakan mekanisme MOU sebegini adalah sangat berisiko, apatah lagi apabila PH sebenarnya adalah pihak yang tidak boleh dipercayai dan memang sudah jadi kebiasan mereka untuk memungkiri janji.

“Sesi Parlimen petang semalam terbukti mereka tidak teragak-agak untuk melanggar pendirian dan janji mereka,” ujar beliau. MG

Komen Weblog Ibnu HasyimPH X boleh percaya.. mungkir janji.  Termasuk DAP... 

Buktinya, “Sesi Parlimen petang semalam terbukti mereka tidak teragak-agak untuk melanggar pendirian dan janji mereka,” ujar Tok Mat.

PH langgar MoU kerajaan dan pembangkang

 

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) telah melanggar Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang, apabila meminta undi belah bahagian dijalankan bagi usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), di Dewan Rakyat semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pada hemat beliau, tindakan pembangkang itu menyebabkan MoU berkenaan terbatal.

“Pada hemat saya, dengan tindakan itu, maka terbatal sudah MOU berkenaan. Dan ini satu ‘blessing in disguise’, kerana YAB Perdana Menteri kini bebas untuk membatal atau menggantung pelaksanaan MoU tersebut,” katanya menerusi catatan di Facebooknya semalam.

Beliau berkata Perkara 3.3 (b) MoU itu menyatakan PH bersetuju mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam apa-apa usul yang dikemukakan oleh kerajaan.

Annuar berkata tindakan PH, sekali gus memudahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan mandat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, berhubung pembubaran Parlimen.

Katanya, ia juga membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disegerakan, selari dengan keputusan PAU 2021.

“Gantung MoU! Jom!… Kita buat persiapan dan bersedia untuk PRU15,” menurut catatan itu.

Usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 bagi tempoh lima tahun lagi, tidak diluluskan Dewan Rakyat semalam.

Usul yang dibentang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin itu tidak diluluskan setelah melalui undi belah bahagian, yang menyaksikan 84 Ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undi itu berkata seramai 50 Ahli Parlimen tidak hadir. – BERNAMA

Rasuah Guan Eng, Sila dengar terus wahai 'barua' DAP!

 

Bimbang keselamatan kerana dedah kes rasuah Guan Eng

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Pengarah Urusan Ewein Zanith Sdn Bhd (EZCB) Datuk Ewe Swee Kheng, meluahkan rasa kebimbangan akan keselamatannya selepas membuat pendedahan berkaitan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berhubung projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu.

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Nazree Mansor, 32, berkata demikian ketika membacakan rakaman percakapan Ewe yang diambilnya di pejabat SPRM Pulau Pinang pada 14 Ogos 2021.

Mendiang Ewe yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-15 meninggal dunia, selepas dilaporkan terjatuh di sebuah unit kondominium mewah di Jalan Kelawei, Pulau Pinang, pada 5 Okt 2021.

Muhammad Nazree, yang juga saksi pendakwaan ke-15, yang dipanggil semula untuk memberi keterangan berkata, Ewe memaklumkan sekiranya terdapat pihak yang mengetahui beliau membuat pendedahan itu, beliau bimbang ia akan memberikan implikasi yang buruk kepadanya.

Menurut saksi itu, rakaman percakapan Ewe menyatakan, “Saya berasa sedikit bimbang dengan keselamatan saya selepas membuat pengakuan ini. Tetapi saya akan berjaga-jaga selepas ini.”

Pegawai perakam itu berkata, mendiang turut menyatakan semasa pihak SPRM memulakan penyiasatan berhubung isu projek pembinaan jalan dan terowong, Parti Pakatan Harapan memegang pemerintahan di negara ini.

“YB LGE juga terlepas dari kes mahkamah berkaitan dengan skandal banglo yang dihadapinya yang mana saya (Ewe) tahu YB LGE adalah ‘untouchable’ pada masa itu,” kata saksi berkenaan yang membacakan rakaman percakapan mendiang.

Tambah Muhammad Nazree, mendiang juga menyatakan beliau ada mendengar banyak cerita bahawa Lim ada menerima wang daripada syarikat kontraktor, dan beliau perlu menceritakan perkara sebenar kerana jika dirahsiakan hal itu, tiba masa ianya akan terbongkar dan menjejaskan perniagaannya.

Menurut saksi itu, Ewe juga menyatakan beliau tidak pernah dipaksa untuk memberi pernyataan itu, dan apa yang diceritakan kepada pihak SPRM adalah perkara yang sebenar, selain memaklumkan pertambahan pernyataan percakapan itu dibuat berkaitan perjumpaan dan pertolongan Lim kepadanya.

Rakaman percakapan mendiang telah diambil oleh SPRM sebanyak enam kali termasuk rakaman percakapan terakhir pada 14 Ogos 2021.

Selain itu, Muhammad Nazree berkata, Ewe menerusi rakaman percakapannya menyatakan bahawa Lim ada berjumpa dengannya dan memaklumkan, beliau sudah ada satu projek yang boleh menolongnya iaitu projek terowong di Pulau Pinang, yang mana ia adalah projek kerajaan negeri.

“Beliau (Lim) juga beritahu saya projek itu akan diberikan kepada syarikat Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG) milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli. YB LGE menyuruh saya untuk berjumpa dengan wakil CZBUCG iaitu Datuk Zarul untuk ‘deal’, bagi penjualan tanah kepada syarikat saya (EZCB).

“YB LGE juga beritahu saya jika ‘deal’ saya dengan Datuk Zarul berjaya, saya boleh ‘control’ duit kerana syarikat itu tidak ‘power’.

Saya juga ada meminta bantuan dengan YB LGE dalam penamaan syarikat EZCB sebagai pemilik tanah Lot 702, yang telah diberikan kepada CZBUCG daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Berkaitan dengan projek lebuh raya dan terowong, saya memang berminat untuk memajukan tanah Lot 702 itu. Pada masa itu, saya mengenali Datuk Zarul melalui media yang dikenali sebagai ‘6 Billion Dollar Man’,” menurut rakaman percakapan Ewe itu.

Sementara itu, Muhammad Nazree tidak bersetuju dengan cadangan peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Lim bahawa mendiang Ewe tidak memberi keterangan secara sukarela ketika rakaman percakapannya diambil pada 14 Ogos 2021, dan disebabkan itu ia bertentangan dengan keterangan lain.

Disoal peguam itu berhubung kematian Ewe sebelum saksi itu dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Lim, Muhammad Nazree berkata beliau hanya mengetahui mengenai kematian Ewe dari laporan media dan tahu siasatan telah dilakukan oleh pihak polis.

Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017. 

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.

Setiausaha Agung DAP itu, turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung hari ini. – BERNAMA

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Nazree Mansor, 32, memberitahu mahkamah yang Pengarah Urusan Ewein Zanith Sdn Bhd (EZCB) Ewe Swee Kheng meluahkan kebimbangan atas keselamatannya selepas mendedahkan kes rasuah bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar). – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Mac, 2022.

Mendiang Ewe bimbang keselamatan selepas dedah kes rasuah Guan Eng, mahkamah diberitahu

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Pengarah Urusan Ewein Zanith Sdn Bhd (EZCB) Ewe Swee Kheng, meluahkan rasa kebimbangan akan keselamatannya selepas membuat pendedahan berkaitan kes rasuah bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berhubung projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu.

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Nazree Mansor, 32, berkata demikian ketika membacakan rakaman percakapan Ewe yang diambilnya di pejabat SPRM Pulau Pinang pada 14 Ogos 2021.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails