Diktat: Perlu kajian aspek undang-undang sebelum dilaksana
BANGI:Kerajaan sedang mengadakan sesi libat urus bagi mengkaji kesesuaiaan dari aspek undang-undang sebelum hukuman diyat dapat dilaksanakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata pihaknya sedang meneliti sama ada hukuman diyat (pampasan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan tindakan jenayah) dapat dilaksanakan dalam kerangka perundangan yang sedia ada atau perlu diadakan satu rang undang-undang baharu.
“Setakat ini baru buat roundtable (perbincangan) kali pertama, kami memerlukan masa untuk melihat perkara ini dari aspek undang-undang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Penguat Kuasa dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titahnya menzahirkan harapan supaya hukuman diyat dapat dilaksanakan secepat mungkin memandangkan Seri Paduka telah mencadangkannya sejak lima hingga enam tahun lepas.
Terdahulu Idris melancarkan Posedur Operasi Standard (SOP) Mengiringi Orang Yang Ditangkap ke Mahkamah atau Tempat Tahanan yang akan diguna pakai oleh penguat kuasa agama Islam di Wilayah Persekutuan.
Katanya SOP tersebut akan dibawa kepada pertimbangan badan penguat kuasa agama di peringkat negeri agar ia juga dapat dilaksanakan di seluruh negara.
Beliau juga berharap SOP Mengiringi Orang Yang Ditangkap ke Mahkamah atau Tempat Tahanan ini dijadikan panduan dan rujukan oleh semua pegawai penguat kuasa agama dan lain-lain agensi penguatkuasaan Syariah.
“Dalam pada itu, saya berpandangan pegawai penguat kuasa agama yang bertugas sebagai anggota yang mengiringi tahanan Orang Yang Ditangkap ke Mahkamah atau Tempat Tahanan serta pegawai penguat kuasa agama keseluruhannya perlu ada satu imej atau identiti yang melambangkan mereka adalah pegawai penguat kuasa.
“Kita semua bersetuju bahawa pakaian seragam merupakan satu identiti serta imej kepada pegawai penguat kuasa agama. Pakaian seragam juga lambang kekuatan dan disiplin bagi anggota penguat kuasa sebagai pasukan yang melaksanakan undang-undang penguatkuasaan dan pencegahan,” katanya.
Idris berkata beliau mengesyorkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan garis panduan pemakaian pakaian seragam kepada seluruh negeri dengan pembiayaan pakaian seragam itu dicadangkan dibiayai oleh Majlis Agama Islam Negeri. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, berkata pihaknya sedang meneliti sama ada hukuman diyat atau 'pampasan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan tindakan jenayah', dapat dilaksanakan dalam kerangka perundangan yang sedia ada. Atau pun jika perlu diadakan satu rang undang-undang baharu.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titahnya menzahirkan harapan supaya hukuman diyat dapat dilaksanakan secepat mungkin memandangkan Seri Paduka telah mencadangkannya sejak lima hingga enam tahun lepas.
Begitu hebatnya sistem keadilan dalam Islam yang akan dilaksanakan. Al-hamdulillah, insya Allah!
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
1. Harga rumah, premis niaga bandar baharu tinggi, kuasa politik Melayu makin terpinggir
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Dr Mohd Noor Yazid, meminta kerajaan memberikan perhatian kepada proses perbandaran terutama bandar baharu di negara ini yang tidak seimbang hingga meminggirkan orang Melayu dari sudut politik dan ekonomi.
Mohd Noor berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan EXCO perumahan serta kerajaan tempatan pada peringkat negeri perlu memastikan proses perbandaran mempunyai paradigma baharu untuk mengelak penyisihan Melayu.
Malah bekas Pensyarah Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata, isu penyisihan berlaku sekian lama terus berulang dalam pembentukan bandar baharu yang lokasi asalnya adalah kawasan luar bandar dimiliki orang Melayu.
Apabila dibangunkan, harga rumah kediaman, bangunan kedai dan pejabat meningkat beratus kali ganda yang tidak lagi mampu dimiliki orang Melayu biasa.
'Penipuan tanpa sedar' atas nama pembangunan ini sedang berlaku. Proses pembangunan berlaku, tetapi Bumiputera tersisih daripada proses pemilikan harta dalam arus pemodenan.
Beliau mempersoalkan sejauh mana pihak berkuasa mengambil kira kestabilan sosial dan politik kerana ketidakseimbangan pembangunan bandar akan memberikan kesan buruk kepada hal terbabit khususnya politik Melayu?
2. Bukit Cerakah khazanah negara yang wajib dilindungi
Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah di Shah Alam, Selangor kian dihimpit ancaman pembangunan dari semasa ke semasa. (FOTO: Facebook Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam)
SHAH ALAM: Hutan Simpan Kekal Bukit Cherakah (HSKBC) merupakan khazanah negara dan kekayaan awam yang yang dilindungi dalam segala aspek kerana ia tidak boleh diganti apabila telah dimusnahkan.
Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SCAF) dalam kenyataan media pada Jumaat, (9 Sept) berkata, HSKBC telah menyediakan kemudahan awam yang jauh lebih berharga kepada masyarakat dari segi perkhidmatan ekologi dan rekreasi daripada mana-mana jalan atau tanah perkuburan, dan ia mesti dibiarkan utuh sepenuhnya.
“Pembinaan jalan raya atau sebarang infrastruktur akan memecah-belahkan hutan yang sudah terdedah dan mengakibatkan ia tidak boleh diperbaiki kerosakan ekosistem yang akan menjejaskan hidupan liar dan hidrologi di kawasan tersebut,” ujar kenyataan itu.
Tambah kenyataan berkenan, HSKBC mempunyai tujuh tasik, menjadikannya kawasan tadahan air yang penting untuk mengelakkan banjir di sekitar kawasan perbandaran.
“Sebagai salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tanah pamah yang masih wujud di Selangor, HSKBC penuh dengan kekayaan biokepelbagaian (biodiversity) dengan mempunyai lebih 400 spesies tumbuhan dan 200 spesies hidupan liar termasuk yang terancam seperti tapir malaya, kukang sunda dan tenggiling jawa.
“Ia juga mempunyai rangkaian laluan mendaki yang terbesar di Lembah Klang dikenali sebagai Hutan Komuniti Shah Alam, yang sering dikunjungi beribu-ribu orang pelawat pada setiap minggu untuk tujuan kesihatan, rekreasi dan Pendidikan,” ujar kenyataan itu.
Sehubungan itu, SCAF yang memuji keputusan kerajaan untuk membatalkan pembangunan di kawasan yang dipegang mengikut negeri anak syarikat, berkata pihaknya menentang keras sebarang bentuk pembinaan dalam HSKBC termasuk jalan raya atau tanah perkuburan.
“Kami juga ingin menunjukkan kepada kerajaan Selangor bahawa semasa perundingan awam Draf Rancangan Tempatan 2035 MBSA pada 2021 bahawa cadangan rancangan pembinaan jalan raya dan tanah perkuburan mereka dibina di Hutan Komuniti Shah Alam menerima bantahan tertinggi daripada orang ramai pada 2021,” tegas kenyataan itu.
Sehubungan itu ujar kenyataan itu lagi, demi kepentingan rakyat Selangor, SCAF menggesa kerajaan Selangor menerima pakai ke-4 Rancangan Fizikal Negara (RFN-4) diluluskan pada 22 Okt 2021 yang menyatakan bahawa semua hutan dan tanah lembap kawasan perlindungan di luar tidak boleh dibangunkan untuk pembangunan tanah.
“RFN-4 ialah pelan strategik dengan matlamat menjadikan Malaysia lebih berdaya tahan dari segi ekonomi, alam sekitar dan sosial kesejahteraan,” jelas kenyataan tersebut.
Justeru kenyataan itu menegaskan bahawa sudah tiba masanya kerajaan Selangor mengejar masa dan memasukkan perlindungan hutan dan tindakan iklim sebagai mandat asasnya jika mahu terus menikmati sokongan rakyat negeri itu.
“Ia boleh bermula dengan mengambil tanggungjawab yang sewajarnya ke atas perlindungan menyeluruh Hutan Simpan Kekal Cherakah Rizab, tanpa mengira kosnya,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/9/2022.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bandar baru, politik Melayu terpinggir.. Dan Bukit Cerakah, khazanah negara yang wajib dilindungi.
Berkata pantun Melayu Pulau Pinang: Balik Pulau Bayan Lepas, sana terpelau sini terlepas.
Pulau Pinang Bandar Baharu, Captain Light menjadi raja, bagaimana hati tak haru, lihat bunga kembang seroja.
Berlaku penaklukan, bermula di Singapura, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, dan terus ke mana lagi?
Akhirnya, mesti kembali kepada Islam..
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
Jho Low menghadapi saman dari 1MDB. - Foto hiasan NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Jho Low masih gagal dikesan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat membuat permohonan ekstradisi ke atas ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low kerana tiada negara ahli Polis Antarabangsa (INTERPOL) dapat mengesahkan keberadaannya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata PDRM sudah memohon dan memperoleh 'red notice' (orang dalam buruan dikehendaki untuk pendakwaan) terhadap Jho Low daripada INTERPOL pada 2018.
Katanya, 'red notice' yang dikeluarkan INTERPOL kepada 195 negara sebagai makluman dan mendapatkan maklumat daripada negara ahli INTERPOL mengenai keberadaan penjenayah dalam buruan.
"Sekiranya mana-mana negara ahli mengesan keberadaan penjenayah dikehendaki, INTERPOL negara berkenaan bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada negara yang memperoleh 'red notice' bagi memohon proses ekstradisi.
"Setakat ini, permohonan ekstradisi ke atas Low Taek Jho tidak dapat dibuat memandangkan tiada negara ahli INTERPOL yang mengesahkan keberadaan suspek di negara mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata 'red notice' ialah kategori yang hanya boleh diakses oleh agensi penguat kuasa negara ahli INTERPOL memandangkan suspek terbabit tidak memudaratkan keselamatan awam, berdasarkan penilaian INTERPOL
Dalam pada itu, katanya, PDRM juga sudah memfailkan 13 pertuduhan di mahkamah terhadap Jho Low walaupun tanpa kehadirannya (in absentia) membabitkan kes 1Malaysia Development Berhada (IMDB).
Selain PDRM, beliau berkata, pihak berkuasa asing di Singapura dan Amerika Syarikat (AS) turut menjalankan siasatan terhadap Jho Low dan kedua-dua negara sudah memfailkan pertuduhan terhadapnya.
"Sehingga kini, usaha menjejaki Jho Low masih giat dijalankan dan segala maklumat yang diterima mengenai keberadaan suspek di negara asing, diteliti kesahihannya oleh PDRM, termasuklah menggunakan saluran kerjasama pihak berkuasa di negara berkenaan.
"PDRM amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung lokasi Jho Low dan boleh menyalurkannya melalui talian CCID Infoline 013-2111222 (WhatsApp sahaja) atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Acryl Sani berkata, setiap maklumat yang diterima akan diteliti kesahihannya dan akan disalurkan kepada INTERPOL bagi mendapatkan bantuan pengesahan lanjut daripada negara ahli yang terbabit.
"PDRM kekal komited dalam memastikan Low Taek Jho ditahan untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Jho Low didakwa masih bersembunyi di China dan perkara itu didedahkan penulis bersama buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World', Bradley Hope menerusi episod pertama program 'Di Mana Jho Low' yang disiarkan di platform aplikasi video YouTube, 31 Ogos lalu.
Menerusi episod itu, Hope bersama seorang penulis, Tom Wright turut berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di Disneyland Shanghai.
Hope berkata, gambar didakwa bertarikh 24 Disember 2019 itu diterimanya daripada sumber boleh dipercayai.
Hope sebelum ini melancarkan kempen menjejak Jho Low dengan meminta orang ramai mengesan ahli perniagaan dalam buruan itu.
Jho Low berdepan saman AS$3.78 bilion atau RM16.82 bilion yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa pandangan anda, jika Jho Low gagal dikesan, siasat Tun M?
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
1. Netizen terharu peserta India sukarela bertudung
ARAU, Perlis: Perkongsian video yang memaparkan satu peristiwa yang menyentuh perasaan apabila seorang gadis warganegara India memakai tudung ketika membuat persembahan untuk kategori poomsae di Kejohanan 5th Gewinn Unimap Malaysia Open International Taekwando Championship baru-baru ini, membuatkan netizen terharu.
Pemilik video TikTok @idaidzan menceritakan dalam videonya, suaminya ditanya oleh seorang lelaki (berbaju hijau) dari India, lelaki itu bertanyakan adakah sesiapa yang boleh meminjamkan tudung kepada anak perempuannya kerana anaknya begitu teringin memakainya.
Kemudian kata pemilik TikTok berkenaan, suaminya bertanya kepadanya lalu dia segera mengambil tudung miliknya di dalam kereta kerana dia membawa ekstra, lalu diberikan kepada gadis warganegara India itu.
“Masya-Allah, dia pakai tudung masa perform poomsae. Segaknya,” kata pemilik akaun tiktok berkenaan dalam video itu.
Menurut pemilik akaun TikTok @idaidzan itu lagi, dia menghadiahkan tudung tersebut kepada peserta dari India itu.
Paling istimewa ialah apabila hasrat gadis tersebut memakai tudung mndapat restu kedua-dua ibu bapanya.
Rupa-rupanya bapa kepada peserta dari India itu merupakan Master Taekwando dari India, yang rupanya persis pelakon terkenal Bollywood, Sunil Shetty.
Video perkongsian aplikasi TikTok itu tular di media sosial dan mendapat perkongsian lebih 320,000 pelayar dan mendapat 37,000 tanda suka.
Kebanyakan netizen memuji imej peserta india itu memakai tudung dan ada yang mendoakan agar dia memperoleh hidayah, dibukakan hati nurani untuk memeluk agama Islam.
“Ya Allah tak sedar air mata aku menitik. Rasa sayu. Cantiknya dia bertudung.
“Cantik, semoga hidayah milikmu,” kata netizen di ruangan komen TikTok.
Semoga gadis itu itu mendapat hidayah dan menghayati ajaran agama Islam sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas ayat 56 bermaksud “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. – HARAKAHDAILY 8/9/2022
2. Cikgu Mala dan keluarga mengisi Muktamar PAS
KETIKA saya sedang membuat liputan Muktamar ke-68 baru-baru ini, ada satu perwakilan yang kebetulan duduk di barisan paling belakang dan meja media PAS pula duduk di belakang mereka. Kelihatannya sangat mesra sesama mereka.
Akhirnya saya lihat ibunya, seorang yang dikenali ramai, Cikgu Normala Sudirman (Cikgu Mala) atau yang dikenali dengan nama Cikgu Mala, bersama suaminya, Cikgu Maarof Abdul Mutalib, anak perempuan dan anak lelaki mereka, mewakili Kawasan Sekijang, Johor, empat sekeluarga, daripada lima perwakilan.
Mereka mewakili kawasan atas kapasiti masing-masing, iaitu YDP, Ketua Muslimat, Ketua Ameerah dan Ketua Pemuda yang juga seorang guru KAFA dan imam masjid. Kawasan mereka hanya mempunyai 300 orang ahli sahaja. Saya melihat ini adalah satu contoh yang amat baik kepada semua pejuang Islam.
Telah banyak kali kita mendengar pesanan pimpinan agar membawa bersama anak-anak kita, diperkenalkan kepada jemaah dan akhirnya menjadi salah seorang yang berkhidmat untuk jemaah. Mereka akan mewarisi kepimpinan kita, dengan tarbiyyah yang tidak tergelincir, mengikut kehendak arus jemaah lain.
Apabila bertanya kepada ketua keluarga, Cikgu Maarof, beliau menjelaskan yang anak-anak beliau akan sentiasa diajak ke Muktamar sejak dari kecil lagi untuk memperkenalkan PAS. Dan hasilnya sekarang, mereka turut berjuang bersama-sama. Dan paling penting katanya ialah untuk membentuk masyarakat, mestilah dibentuk keluarga kita dahulu sebagai contoh kepada orang lain.
Manakala Cikgu Mala pula menerangkan tanggungjawabnya sebagai seorang guru, kemudian calon dan seterusnya AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) suatu masa dahulu dan sekarang Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan DMPM, tidak dijadikan alasan untuk tidak berusaha memberikan yang terbaik kepada keluarga. Yang paling utama ialah persefahaman antara ahli keluarga melalui usrah dan perbincangan.
“Memang menjadi cita-cita saya dan suami untuk menjadikan keluarga saya sebagai ‘baitul haraki’ iaitu membentuk keluarga bagi menjadi pelapis jemaah. Semenjak dari kecil, saya bawa mereka untuk menyantuni masyarakat, membantu membuat kebajikan turun ke tempat-tempat tertentu bagi membantu orang susah atau asnaf,” kata beliau.
Saya tidak mahu memuji dengan berlebihan, tetapi bagi saya, ini adalah satu keluarga contoh bagi meninggalkan legasi yang baik kepada jemaah. Tidak semua orang mampu melakukannya, kerana berbagai masalah, kehendak dan juga hal-hal lain yang menghalang. Peluang Allah sediakan kepada keluarga Cikgu Maarof ini, digunakan sebaiknya oleh mereka. Alhamdulillah, tahniah.
Anak-anak adalah amanah Allah yang diwajibkan atas ibu bapa untuk membentuk jiwa mereka cintakan Allah dan Rasul. Tidak kiralah bagaimana pintarnya dia, lemah akal, aktif, lembab, selagi mereka berakal, ilmu agama adalah wajib atas mereka, untuk kita berikan, tanpa mengira anak lelaki atau perempuan.
Ada ibu bapa sangat menekankan kejayaan dalam keputusan peperiksaan di sekolah supaya dapat masuk universiti dan kemudiannya, akan mendapat kerja yang bagus-bagus, gaji yang besar dalam lumayan. Mereka cukup bangga dan puas jika itu dapat direalisasikan. Anak-anak yang ke sekolah agama rakyat, tiada harapan, nak kerja dan makan apa nanti?
Mengaji al-Quran bukan sahaja tergagap-gagap, malah, yang langsung tidak mengenal hurufpun berlambak. Solat yang tunggang langgang, tiada usaha ke arah akhirat. Ibu bapa sebegini, hanya mementingkan keuntungan dunia, yang akhirnya apabila anak mereka berjaya, mereka ditinggalkan juga ibu bapa kerana kesibukan anak-anak. Atau lebih malang, dilupakan terus, ditinggalkan di rumah jagaan orang-orang tua.
Akhirnya mati mereka, tanpa syafaat dan pahala dari anak-anak sedangkan ia sudah dijanjikan Allah, anak-anak yang soleh ialah cabang pahala berterusan, walaupun kita sudah mati. Dunia yang kamu kejar, dunialah yang dapat. Semoga kita semua dapat mencontohi Cikgu Maarof dan keluarganya dalam memberi tarbiyyah kepada anak-anak.
(i) Al-hamdulillah, terharu... Peserta India sukarela bertudung.
(ii) Kisah Cikgu Mala dan keluarga, satu contoh yang amat baik kepada semua pejuang Islam. Telah banyak kali kita mendengar pesanan pimpinan agar membawa bersama anak-anak kita, diperkenalkan kepada jemaah dan akhirnya menjadi salah seorang yang berkhidmat untuk jemaah.
Mereka akan mewarisi kepimpinan kita, dengan tarbiyyah yang tidak tergelincir, mengikut kehendak arus jemaah lain. Sekurang-kurangnya akan terhindar anak-anak dari terlibat dadah seperti yang berlaku kepada beberapa bekas pemimpin kecil PAS.
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
APAISU PRU15? Ekonomi? Integriti? Kebajikan? Atau Recycle isu fitnah?
Saya melihat Pakatan Harapan (PH) khasnya melalui Lim Guan Eng (LGE) memuat naik semula isu fitnah RM90 juta. Isu itu telah selesai dengan penafian SPRM dan gagalnya pemfitnah seperti Husam dengan dakwaan cek bank dan Anwar dengan kertas photostat hitamnya.
Isu bayaran kepada Claire tidak timbul kerana isu pokok iaitu tiadanya bukti dan pendakwaan walaupun tempoh 22 bulan PH memerintah. Bagi saya tak timbul isu ‘buah yang gugur awal kerana pokoknya pun tak wujud’. Bodohlah orang yang membincangkan siapa ambil buah dari pokok yang sebenarnya tak ada pun.
PH ternyata terdesak untuk melupakan rakyat Malaysia mengenai kegagalan 22 bulan pemerintahan mereka. Kejayaan mengheret Najib sekerat jalan dan menyelamatkan LGE dengan menarik balik pertuduhan adalah kejayaan besar PH.
Mereka juga gagal meyakinkan rakyat bahawa negara hampir bankrap sedangkan PN telah membantu rakyat berbilion ringgit ketika COVID-19. Bantuan kebanggaan PH hanya RM30 hengget…
Antara kejayaan paling cemerlang PH ialah berjaya menabalkan bekas banduan kes liwat sebagai Ahli Parlimen Port Dickson. Namun usaha menabalkan bekas banduan itu sebagai Perdana Menteri tetap gagal.
Era pemerintahan PH menyaksikan tangkapan aktivis dan pimpinan dikaitkan dengan DAP yang dikaitkan dengan LTTE dilepaskan. Melalui Peguam Negara lantikan PH, mereka dilepaskan tanpa pendakwaan di mahkamah.
Paling ketara PH ternyata pembohong kerana tidak melaksanakan manifesto yang dijanjikan. Rakyat muak dengan dalih ‘manifesto bukan janji’ ‘saya bukan PM’ ‘itu bukan janji kami’ dan yang paling win alasan seorang Ahli Parlimen PH bahawa ‘Nabi pun tak tunai janji’. Kenyataan ini mengundang kritikan pedas banyak pihak yang mendorong ‘penjelasan semula’ Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Terlalu banyak dosa dan penipuan PH yang tak boleh diterima rakyat. Untuk bangkit semula PH tiada lagi isu khususnya kepada PAS. PH sangat sedar bahawa PAS adalah kunci kekuatan PN.
Di saat kritikan dan serangan kepada PAS bertali arus, PAS terus mengukuhkan kepercayaan rakyat. Dengan kuasa yang terbatas, PAS lakukan apa termampu. Paling penting rakyat sudah menerima PAS mampu mentadbir negara. Mungkin PRU15 langkah awal PAS memimpin negara dalam politik perpaduan dan penyatuan.
FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 8/9/2022
2. Pegawai Wanita TLDM pertama pakar musnah peluru, bahan letupan
KUALA LUMPUR: ‘Nothing happens in this universe except through Allah’s knowledge, permission and divine plan‘ (‘Tiada apa yang berlaku di alam ini melainkan dengan ilmu, izin dan perancangan Allah’).
Sebaris ayat yang menghiasi instagram miliknya itu, jelas menggambarkan akan dirinya seorang yang cukup merendah diri.
Namun, bukan sembarangan dan bukan lagi sesuatu yang aneh, beliau membuktikan bahawa tidak mustahil kerjaya yang biasanya didominasi oleh lelaki boleh diambil alih oleh golongan wanita.
Tampak ayu dan lembut perwatakannya, itulah Leftenan Madya Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman yang merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Parit, Perak.
Namun siapa sangka di sebalik fizikal dirinya itu, gadis yang memiliki senyuman yang cukup manis berusia 26 tahun ini telah dinobatkan sebagai pegawai wanita Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM) pertama yang mempunyai kepakaran sebagai juruteknik peluru dan explosive ordnance pada tahun 2021.
Menerusi perkongsian Facebook Dr. Zulkifli Hussain yang merupakan Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Pendidikan Menengah MARA, beliau telah mengangkat kisah Puteri Shazwani untuk memberi manfaat dan menyuntik semangat anak-anak muda serta golongan ibu bapa di Malaysia.
Menerusi perkongsian Dr Zulkifli di ruangan Facebook miliknya, beliau telah mengajukan beberapa soalan kepada Puteri Shazwani.
Pertama, beliau telah mengajukan soalan kepada Puteri Shazwani berbunyi: “Mencabar tak bagi seorang wanita untuk bergelar sebagai Leftenan Muda TLDM?”
Lantaran itu Puteri Shazwani menjawab pertanyaan daripada Dr Zulkifli.
“Sudah pasti. Bidang tentera ini luas. Bidang perubatan, kejuruteraan, logistik, juruterbang, perisikan, polis tentera, perhubungan awam, seni/muzik, kulinari dan banyak lagi.
“Being in the male dominated field, saya perlu belajar untuk cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dengan sebarang situasi”.
“Peranan wanita juga penting dalam ketenteraan. Saya tak nafikan golongan wanita ada limitasi daya kekuatan fizikal berbanding dengan lelaki. Namun wanita tiada limitasi dari aspek kekuatan mental, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan personaliti. Jadi golongan wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada kelebihan itu,” jelas Puteri Shazwani.
Puteri Shazwani ketika menyertai Ekspedisi Jati Diri dan Program Jiwa Murni Pegawai Dalam Latihan KD Sultan Idris 1 pada 2018.
Soalan kedua daripada Dr. Zulkifli kepada Puteri Shazwani pula berbunyi: “Kenapa memilih kerjaya tentera?”
Menjawab soalan itu, Puteri Shazwani memberitahu bahawa beliau seorang yang sukakan cabaran dan mencuba sesuatu yang baru bagi menguji kemampuan diri. Bidang tentera telah membuka banyak peluang kepada cabaran dan mengasahkan bakat di dalam dirinya.
Siapakah sebenarnya Puteri Shazwani?
Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan membesar di Ipoh, Perak. Merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik.
Puteri Shazwani aktif menceburkan diri dalam sukan triathlon (berenang, berlari dan berbasikal) dan boling. Pada masa lapang, beliau suka membaca buku dan bermain alat muzik (gitar/piano).
Beliau memdapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh, sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Ipoh daripada tingkatan satu sehingga tingkatan tiga.
Seterusnya beliau melanjutkan lagi pengajiaannya di tingkatan empat dan lima di Maktab Rendah Sains Mara, Parit Perak pada tahun 2012 hingga 2013.
Selepas itu, beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada tahun 2014 hingga 2019 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan. Dalam masa yang sama, beliau telah diserap masuk ke UPNM sebagai Pegawai Kadet Laut.
Beliau akhirnya berjaya menamatkan pengajian di UPNM pada tahun 2018 sebelum ditauliah dan dikurniakan pangkat Leftenan Muda TLDM pada tahun 2019.
Beliau telah memulakan perkhidmatan di Markas Tentera Laut, Bahagian Materiel pada tahun 2021.
Seterusnya beliau menghadiri pula ke Kursus Pegawai Kejuruteraan Peluru selama 8 bulan di Kem Mempaga, Bentong. Kini, beliau telah diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1.
Pencapaian yang diperolehi oleh Puteri Shazwani ialah:-
1. Naib Johan World Miss University Malaysia pada tahun 2018.
2. Menghadiri International Leadership Conference di United States Military Academy pada tahun 2018.
3. Perenang Rentas Selat Dinding 10km pada tahun 2019.
4. Merupakan Pegawai Wanita TLDM pertama yang mempunyai kepakaran Juruteknik Peluru dan Explosive Ordnance pada tahun 2021.
Tahniah dan selamat maju jaya di masa depan buat Puteri Shazwani atas kejayaan yang amat membanggakan itu. Semoga terus diberi kekuatan untuk berbakti kepada negara, bangsa dan agama. – HARAKAHDAILY 07/09/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
(i)Terlalu banyak dosa dan penipuan PH yang tak boleh diterima rakyat. Untuk bangkit semula PH tiada lagi isu khususnya kepada PAS. PH dikatakan sangat sedar bahawa PAS adalah kunci kekuatan PN. Jangan lupa tolak PH dan undilah PAS dan kumpulannya.
(ii) Perlu diketahui, bahawa Pegawai Wanita TLDM pertama pakar musnah peluru, bahan letupan, sudah ada. Semoga keilmuan itu akan terus berkembang dan ditambah keberkatan dari Allah SWT.
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015