Penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (kanan) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
1. Perdana Menteri, kerajaan, SPR mohon batal saman pemula oleh Charles Santiago
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa keputusan membubarkan Parlimen adalah kuasa perogatif Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) perlembagaan.
Ketiga-tiga pihak itu yang dinamakan selaku defendan dalam saman pemula difailkan penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago menegaskan berdasarkan peruntukan itu, Agong boleh mengikut budi bicara baginda tanpa perlu mendapatkan nasihat Jemaah Menteri di bawah Perkara 40(1) dan Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut defendan dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman pemula itu, kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam membuat pengisytiharan pembubaran Parlimen Ke-14 mengikut Perkara 55(2) dan Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diadili dan tidak boleh dipertikaikan di mahkamah.
"Alasan untuk membatalkan saman ini antaranya adalah, saman pemula berkenaan mengaibkan, remeh atau menyusahkan, atau adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah yang serius.
"Saman pemula ini juga dibuat dengan alasan bahawa ia tidak mendedahkan kausa tindakan mahu pun kausa tindakan yang munasabah ke atas kami," kata defendan.
Dalam permohonan itu, mereka juga turut memohon supaya prosiding saman pemula itu digantung hingga permohonan mereka untuk membatalkannya diputuskan Mahkamah Tinggi mengikut Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) atau (b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Charles memfailkan saman pemula berkenaan pada 11 Oktober lalu, dengan memohon perisytiharan bahawa permintaan Ismail kepada Yang di-Pertuan Agong pada 9 Oktober lalu untuk membubarkan Parlimen Ke-14 menyalahi Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana tidak dibuat berdasarkan nasihat atau kuasa am Kabinet.
Menurut plaintif, pada 16 Disember 2021, lekukan tropika di Pantai Timur Malaysia menyebabkan hujan lebat di seluruh Semenanjung Malaysia selama tiga hari dan mengakibatkan banjir di lapan negeri yang menyebabkan 54 kematian dan lebih 71,000 orang hilang tempat tinggal di Semenanjung dan dianggarkan 125,000 orang terjejas.
Sementara itu, defendan berkata, isu keesahan permintaan pembubaran Parlimen oleh Ismail Sabri kepada Yang di-Pertuan Agong adalah bersifat akademik kerana Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankannya mengikut Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan dan seterusnya membubarkan Parlimen Ke-14.
Defendan berkata, perisytiharan dan pembubaran Parlimen adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan yang mana yang mana badan kehakiman selaku penjaga kepada keadilan (guardian of justice) perlu memelihara prinsip keperlembagaan ini.
SPR mempunyai tugas keperlembagaan di bawah Perkara 55(4) dan dibaca bersama Perkara 113(1) Perlembagaan untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa 60 hari selepas pembubaran Parlimen.
"Kuasa SPR untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa 60 hari selepas pembubaran Parlimen Ke-14 adalah suatu perkara yang tidak boleh diadili.
"Plaintif tidak dapat mengekalkan sebarang bentuk relif yang mempunyai kesan sama dengan mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran Parlimen Ke-14 dan seterusnya menghalang PRU15 untuk diadakan.
"Plaintif juga tidak dapat mengekalkan (sustain) sebarang bentuk relif yang mempunyai kesan sama dengan injunksi atau pelaksanaan spesifik terhadap kami sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 29 Akta Prosiding Kerajaan 1956," katanya.
Jelas semua defendan, sebarang cabaran terhadap sesuatu perjalanan pilihan raya tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan. (BH)
2. Selamatkan diri dan negara bersama kumpulan Islam
MUQADDIMAH: Wajib adanya kumpulan Islam
Firman Allah S.W.T:
﴿وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ١٠٤﴾
“Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada perkara yang ma‘ruf, dan mencegah daripada perkara yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”
(Ali ‘Imran: 104)
Mengikut bahasa al-Quran, perkataan ‘ummah’ di sini bermakna jemaah Islam. Selain itu, digunakan juga beberapa perkataan yang seerti dengannya iaitu hizb (parti), to’ifah (kumpulan), dan qawm (kaum).
Perkataan ummah dalam al-Quran memberi maksud yang pelbagai makna:
Ummah dengan makna waktu dan ketika. Firman Allah S.W.T:
﴿وَلَئِنْ أَخَّرْنَا عَنْهُمُ الْعَذَابَ إِلَى أُمَّةٍ مَعْدُودَةٍ لَيَقُولُنَّ مَا يَحْبِسُهُ أَلَا يَوْمَ يَأْتِيهِمْ لَيْسَ مَصْرُوفًا عَنْهُمْ وَحَاقَ بِهِمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ٨﴾
“Dan sesungguhnya, jika Kami undurkan (tangguhkan) azab daripada mereka sampai ke suatu waktu yang ditentukan, nescaya mereka akan berkata: ‘Apakah yang menghalanginya?’ Ingatlah, pada waktu azab itu datang kepada mereka, tidaklah dapat dipalingkan daripada mereka, dan mereka diliputi oleh azab yang dahulunya mereka selalu memperolok-olokkannya.”
(Hud: 8)
Ummah dengan makna imam atau pemimpin. Firman Allah S.W.T:
﴿إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ١٢٠﴾
“Sesungguhnya, Ibrahim ialah seorang imam (pemimpin yang dapat dijadikan teladan) lagi patuh kepada Allah dan hanif (lurus). Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan).”
(al-Nahl: 120)
Ummah dengan makna ajaran yang diikut atau dianut. Firman Allah S.W.T:
﴿بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ٢٢﴾
“Bahkan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya, kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama, dan sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka.’”
(al-Zukhruf: 22)
Ummah dengan makna sekumpulan orang. Firman Allah S.W.T:
﴿وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِنْ دُونِهِمُ امْرَأَتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ٢٣﴾
“Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Madyan, ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang memberikan minuman (kepada ternakan mereka), dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternakan mereka). Musa berkata: ‘Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?’ Kedua-dua wanita itu menjawab: ‘Kami tidak dapat memberikan minuman (kepada ternakan kami), sebelum penggembala-penggembala itu memulangkan (ternakan mereka), sedang bapa kami ialah orang tua yang telah lanjut umurnya.’”
(al-Qasas: 23)
Ummah dengan makna kumpulan yang menganut suatu agama. Firman Allah S.W.T:
﴿لِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُ فَلَا يُنَازِعُنَّكَ فِي الْأَمْرِ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَى هُدًى مُسْتَقِيمٍ٦٧﴾
“Bagi tiap-tiap umat, telah Kami tetapkan syariat tertentu yang (harus) mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah kamu dalam urusan (syariat) ini dan serulah (mereka) kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya, kamu benar-benar berada di jalan yang lurus.”
(al-Hajj: 67)
Ummah dengan makna satu jemaah atau kumpulan parti daripada kalangan mereka yang menganut agamanya. Firman Allah S.W.T:
﴿وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ١٠٤﴾
“Dan hendaklah ada antara kamu (orang-orang yang beriman) segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada perkara yang ma‘ruf, dan mencegah daripada perkara yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”
(Ali ‘Imran: 104)
Ciri-ciri jemaah Islam
Perkataan ‘ummah’ yang dimaksudkan dalam Surah Ali ‘Imran ayat ke-104 itu ialah kumpulan, jemaah, atau parti daripada kalangan umat Islam. Maka, ditegaskan bahawa hukumnya wajib kifayah adanya satu kumpulan daripada kalangan umat Islam seluruhnya yang bercirikan:
Dakwah kepada al-khair (يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ): Menyeru kepada kebajikan.
Amar ma‘ruf (يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ): Menyuruh kepada kebaikan.
Nahi munkar (يَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ): Mencegah kemungkaran.
Para ulamak tafsir menghuraikan maksud ‘kebajikan’ dalam ayat tersebut ialah al-Din (Islam yang sempurna) yang dibawa oleh semua Rasul A.S, sejak Nabi Adam A.S sehinggalah nabi akhir zaman, Nabi Muhammad S.A.W.
Setelah diterima Islam dengan penuh keimanan, maka dilaksanakan segala ajarannya dengan mengerjakan amal yang soleh dengan makna yang lengkap bersama peranan diri manusia sebagai makhluk, dalam hubungan dengan Allah (ibadat), serta hubungan dengan manusia dan makhluk yang lain dalam lapangan yang luas (khilafah, siasah, atau politik). Kesemuanya diberikan pahala.
Demikian juga, hendaklah menunaikan amanah (menegakkan syariat Allah), sama ada mengerjakan perkara yang wajib, sunat, dan yang diizinkan oleh agama Islam ataupun meninggalkan perkara yang diharamkan.
Kemudian, perkara yang baik hendaklah disuruh, sehingga diperintahkan dalam perkara yang wajib dan diizinkan dalam perkara yang diharuskan tanpa sebarang paksaan. Adapun mencegah kemungkaran itu hendaklah dilakukan apabila manusia meninggalkan perintah yang wajib atau mengerjakan perkara yang haram.
Seterusnya, meninggalkan kemungkaran itu ialah menolak perkara yang diharamkan dalam lapangan yang sama sebagaimana yang disebutkan di atas. Maka, diberikan pahala amal soleh kepada sesiapa yang meninggalkannya dan berdosa bagi sesiapa yang melakukannya.
Segala kebajikan hendaklah diperintah dan kemungkaran hendaklah dicegah. Mencegah kemungkaran itu hukumnya kadang-kadang fardu ‘ain ke atas tiap-tiap orang Islam berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أضْعَفُ الإيمَانِ.
“Sesiapa dalam kalangan kamu melihat perkara mungkar, maka hendaklah mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka (membenci) dengan hatinya, dan (membenci dengan hati) itu adalah selemah-lemah iman.”
(Riwayat Muslim, no. 49)
Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
مَا مِنْ نَبيٍّ بَعَثَهُ اللهُ في أمَّة قَبْلِي إلاَّ كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّونَ وَأصْحَابٌ يَأخُذُونَ بِسنَّتِهِ وَيَقْتَدُونَ بِأَمْرِهِ، ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْدِهِمْ خُلُوفٌ يَقُولُونَ مَا لاَ يَفْعَلُونَ، وَيَفْعَلُونَ مَا لاَ يُؤْمَرونَ، فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلبِهِ فَهُوَ مُؤمِنٌ، وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلسَانِهِ فَهُوَ مُؤمِنٌ، وَلَيسَ وَرَاءَ ذلِكَ مِنَ الإيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَل.
“Tiada seorang nabi pun yang dilantik oleh Allah kepada satu-satu umat sebelumku pada zaman terdahulu, melainkan bersamanya para pengikut yang setia, para Sahabat yang kuat berpegang dengan ajarannya dan mengikuti perintahnya. Kemudian, selepas kewafatan nabi itu, terdapat dalam kalangan pengikutnya yang menyeleweng daripada ajarannya, sehingga mengada-adakan dengan bercakap apa yang tidak dilaksanakan (berbohong) dan membuat apa yang tidak disuruh. Maka, sesiapa yang berjihad dengan tangan (tenaga) bagi mencegahnya, nescaya dia beriman. Dan sesiapa yang berjihad dengan lidahnya, nescaya dia juga beriman dan sesiapa yang berjihad dengan hatinya (membenci dan tidak redha), nescaya dia beriman. Dan tiada lagi iman selepas itu, walaupun sebesar biji yang paling halus (berkecuali tanpa menentangnya).”
(Riwayat Muslim, no. 50)
Hadis di atas menunjukkan bahawa hukum mencegah kemungkaran adalah fardu ‘ain, diwajibkan kepada setiap orang Islam. Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W:
لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ، حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ.
“Masih ada dalam kalangan umatku, satu kumpulan yang zahir (bangkit) menegakkan kebenaran (Islam). Mereka tidak dapat dimudaratkan (tidak dapat dihapuskan) oleh sesiapa yang mengecewakannya. Sehinggalah tibanya ketentuan Allah, namun mereka tetap dalam keadaan sebegitu (sama ada menang ataupun mati tanpa menyerah kalah).”
(Riwayat Muslim, no. 1920)
Hadis ini pula menunjukkan adanya suatu kumpulan yang menunaikan perintah fardu kifayah dengan berdakwah, amar ma‘ruf, dan nahi munkar yang diperjuangkan. Sehingga dapat menegakkan sebuah negara dan mendapat kuasa memerintah kerajaan. Firman Allah S.W.T:
﴿الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ٤٠ الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ٤١﴾
“(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ‘Tuhan kami hanyalah Allah.’ Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (40); (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma‘ruf, dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah jua kembali segala urusan. (41)”
(al-Hajj: 40–41)
Perkara ini dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sehingga berhijrah ke Madinah dan mendirikan sebuah kerajaan yang bersifat dengan perkara-perkara yang telah disebutkan dalam firman Allah itu. Seterusnya, perintah agar menegakkan kerajaan ini diwajibkan selepas kewafatan Rasulullah S.A.W apabila berlakunya peristiwa murtad, bahkan juga menjadi kewajipan pada zaman kini selepas berlakunya penjajahan terhadap tanah air dan pemikiran umat Islam.
Dalam surah yang lain, Allah S.W.T menyebut perkataan hizbullah (parti Allah), kumpulan yang memenangkan agama Allah. Firman Allah S.W.T:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ٥٤ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ٥٥ وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ٥٦﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa antara kamu yang murtad daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (54); Sesungguhnya, penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (55); Dan sesiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. (56)”
(al-Ma’idah: 54–56)
Seterusnya, dinyatakan pula sifat parti Allah (kumpulan yang berjuang menegakkan agama Allah) itu dengan ciri-ciri yang berikut:
Allah S.W.T mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah. Firman Allah S.W.T:
﴿قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ٣١ قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ٣٢﴾
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampunkan dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (31); Katakanlah (Muhammad): ‘Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.’ (32)”
(Ali ‘Imran: 31–32)
Merendah diri kepada orang-orang yang beriman dan gagah perkasa dalam menghadapi mereka yang menentang. Firman Allah S.W.T:
﴿مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا٢٩﴾
“Muhammad itu ialah utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya, demikianlah pada muka mereka tampak tanda-tanda daripada bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka (yang diungkapkan) dalam Taurat dan sifat-sifat mereka (yang diungkapkan) dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang Mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh antara mereka, pengampunan dan pahala yang besar.”
(al-Fath: 29)
Berjihad menegakkan agama Allah tanpa peduli terhadap penentangan. Firman Allah S.W.T:
﴿هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرْسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلْهُدَىٰ وَدِينِ ٱلْحَقِّ لِيُظْهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْمُشْرِكُونَ٩ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍۢ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍۢ١٠ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ١١﴾
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama meskipun orang Musyrik membenci. (9); Wahai orang-orang yang beriman! Sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu daripada azab yang pedih? (10); (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (11)”
(al-Saff: 9–11)
Berwala’ (berjanji setia) kepada Allah, Rasul, serta para pemimpin yang beriman dan beramal soleh. Firman Allah S.W.T:
﴿إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ٥٥ وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ٥٦﴾
“Sesungguhnya, penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (55); Dan sesiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. (56)”
(al-Ma’idah: 55–56)
Firman Allah S.W.T dalam surah yang lain:
﴿وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ٧١﴾
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) perkara yang ma‘ruf, mencegah daripada perkara yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberikan rahmat oleh Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(al-Tawbah: 71)
Ayat ini menegaskan adanya kumpulan yang mendapat rahmat Allah S.W.T kerana mereka sama-sama berganding bahu bagi melaksanakan kewajipan amar ma‘ruf dan nahi munkar.
Setiap orang yang beriman diuji oleh Allah S.W.T
Mereka yang berjaya mentarbiah diri dengan sentiasa bersolat menghadap Allah S.W.T, berzakat kerana tidak bakhil, dan bersifat taat sudah pasti tampil melaksanakan kewajipan menegakkan agama Allah dalam lapangan hidup yang lebih mencabar. Hal ini demikian kerana, mereka menunaikan kewajipan dakwah, amar ma‘ruf, dan nahi munkar yang pasti menghadapi tentangan yang menjadi ujian dalam perjalanan hidup mereka.
Setiap orang yang beriman tidak cukup dengan menunaikan ibadat untuk diri masing-masing tanpa diuji kerana menegakkan Islam. Mereka pasti diuji sama ada terhadap diri, keluarga, harta, mahupun pangkat, kerana firman Allah S.W.T:
﴿الم١ أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ٢ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ٣﴾
“Alif lam mim. (1); Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: ‘Kami telah beriman,’ sedang mereka belum diuji lagi? (2); Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya, Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya, Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (3)”
(al-‘Ankabut: 1–3)
Firman Allah S.W.T lagi:
﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ٢١٤﴾
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
(al-Baqarah: 214)
Apabila kewajipan tersebut dilaksanakan, maka ia meletakkan umat Islam terpilih di sisi Allah S.W.T mengatasi umat yang lain. Hal ini dijelaskan oleh firman Allah S.W.T:
﴿كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ١١٠﴾
“Kamu ialah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh kepada perkara yang ma‘ruf, mencegah daripada perkara yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka ialah orang-orang yang fasiq.”
(Ali ‘Imran: 110)
Allah S.W.T melaknat kaum Bani Isra’il kerana telah meninggalkan kewajipan amar ma‘ruf dan nahi munkar. Firman Allah:
﴿لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ٧٨ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ٧٩﴾
“Telah dilaknati orang-orang kafir daripada kalangan Bani Isra’il dengan lisan Dawud dan ‘Isa putera Maryam. Oleh hal yang demikian, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. (78); Mereka antara satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang selalu mereka perbuat. Sesungguhnya, amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. (79)”
(al-Ma’idah: 78–79)
Seterusnya, sabda Rasulullah S.A.W:
وَالَّذِي نَفْسي بِيَدِهِ، لَتَأْمُرُنَّ بِالمَعْرُوفِ، وَلَتَنْهَوُنَّ عَنْ المُنْكَرِ، أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ، ثُمَّ تَدْعُوْنَهُ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ.
“Demi Tuhan yang diriku berada dalam Tangan-Nya! Sama ada kamu menyuruh kepada kebaikan dan kamu mencegah daripada kemungkaran, ataupun Allah menghantar balasan (bencana) ke atas kamu kerana menghukum kamu (tidak menjalankan kewajipan itu). Kemudian, kamu berdoa kepada-Nya, nescaya Allah tidak akan menerimanya (tidak memperkenankannya).”
(Riwayat al-Tirmizi, no. 2169)
Hubungan dengan orang bukan-Islam
Adanya masyarakat majmuk dalam sesebuah negara Islam tidak menjadi halangan untuk Islam itu memimpin. Malah, Allah S.W.T mengizinkan adanya hubungan dengan orang bukan-Islam yang tidak ekstrem (tidak bermusuh) terhadap Islam dan umatnya. Sebaliknya, haram menjalinkan hubungan atau wala’ (taat) kepada mereka yang ekstrem. Hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T:
﴿عَسَى اللَّهُ أَنْ يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُمْ مِنْهُمْ مَوَدَّةً وَاللَّهُ قَدِيرٌ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ٧ لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ٨ إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ٩﴾
“Mudah-mudahan, Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (7); Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8); Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)”
(al-Mumtahanah: 7–9)
Ayat ini menyatakan batas sempadan dalam masyarakat majmuk, antaranya ialah tidak wala’ kepada orang bukan Islam. Firman Allah S.W.T lagi:
﴿بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا١٣٨ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا١٣٩﴾
“Khabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih. (138); (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya, semua kekuatan ialah kepunyaan Allah. (139)”
(al-Nisa’: 138–139)
Hubungan dengan orang bukan Islam adalah bagi menunjukkan benar dan adilnya Islam, bukan kerana wala’ sehingga mengharapkan kemenangan melalui sebab tersebut. Akibatnya, mereka melupakan pertolongan Allah S.W.T yang mewajibkan Islam memimpin.
Wajib bersama kumpulan Islam
Semua urusan menegakkan Islam itu dilaksanakan oleh kumpulan Islam yang telah disebutkan sebelum ini. Sebuah kumpulan yang menjadi benteng ketahanan umat Islam sehingga akhir zaman dunia ini, pada zaman tiada Rasulullah S.A.W di alam dunia selepas kewafatannya. Maka, kita wajib bersama kumpulan Islam yang memimpin.
Hadis Sahih Riwayat Imam al-Bukhari R.H dan Imam Muslim R.H:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ المُثَنَّى، حَدَّثَنَا الوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ جَابِرٍ، حَدَّثَنِي بُسْرُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ الحَضْرَمِيُّ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا إِدْرِيسَ الخَوْلَانِيَّ، أَنَّهُ سَمِعَ حُذَيْفَةَ بْنَ اليَمَانِ، يَقُولُ: كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الخَيْرِ، وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ، مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ، فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الخَيْرِ، فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الخَيْرِ مِنْ شَرٍّ؟ قَالَ: «نَعَمْ»
“Daripada Huzaifah bin al-Yaman R.A, katanya: Orang ramai bertanya kepada Rasulullah S.A.W berkenaan kebaikan dan aku pula bertanya berkenaan kejahatan kerana takut kejahatan itu mengenaiku. Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Kami dahulu dalam keadaan jahiliah dan jahat. Adakah selepas kebaikan ini datang pula kejahatan?” Sabdanya: “Ya!””
قُلْتُ: وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ؟ قَالَ: “نَعَمْ، وَفِيهِ دَخَنٌ”. قُلْتُ: وَمَا دَخَنُهُ؟ قَالَ: “قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي، تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ.”
“Aku bertanya: “Adakah selepasnya datang pula kebaikan?” Sabdanya: “Ya! Dalamnya ada kekeruhan.” Aku bertanya: “Apakah kekeruhannya itu?” Sabdanya: “Adanya mereka yang tidak mengikuti petunjukku. Engkau mengenalinya dan engkau mencegahnya.””
قُلْتُ: فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الخَيْرِ مِنْ شَرٍّ؟ قَالَ: نَعَمْ، دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ، مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا» قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا، قَالَ: هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا، وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا.
“Aku bertanya lagi: “Adakah selepasnya ada kejahatan?” Sabdanya: “Ya! Adanya mereka yang mengajak masuk ke dalam Neraka Jahanam. Sesiapa yang menyahutnya, nescaya terjerumus bersama ke dalamnya.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Sebutkan kepada kami sifat mereka.” Sabdanya: “Mereka itu daripada bangsa kita yang kulitnya sama dengan kulit kita dan bercakap dengan bahasa kita.””
قُلْتُ: فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ؟ قَالَ: “تَلْزَمُ جَمَاعَةَ المُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ.” قُلْتُ: فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ؟ قَالَ: فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الفِرَقَ كُلَّهَا، وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ، حَتَّى يُدْرِكَكَ المَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ.
“Aku bertanya: “Apakah perintah Rasulullah kepada saya?” Sabdanya: “Engkau jauhkan diri daripada semua kumpulan mereka dan engkau bersama kumpulan Islam dan pemimpinnya.” Aku bertanya: “Bagaimana kalau tiada kumpulan dan pemimpin?” Sabdanya: “Engkau jauhkan diri daripada semua kumpulan itu, walaupun terpaksa menggigit pangkal pokok (kalau tidak ada makanan) sehingga mati kelaparan dan engkau masih dalam keadaan itu.””
(Riwayat al-Bukhari, no. 7084 dan Muslim, no. 1847)
Kesimpulan
Di sini menunjukkan kewajipan bersama kumpulan Islam yang beristiqamah dengan sifat-sifat atau ciri-ciri sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini, iaitu:
Mengajak kepada Islam yang sempurna.
Melaksanakan amar ma‘ruf.
Mencegah nahi munkar.
Menegakkan Islam yang berkuasa memerintah negara yang berdaulat (Tamkin).
Walau bagaimanapun, kita hendaklah mendekati kumpulan Islam yang tidak memenuhi ciri-ciri ummah atau jemaah supaya mereka bersama menjadi pendukung yang menegakkan agama. Kita juga hendaklah mendekati kumpulan bukan-Islam yang berdamai dan tidak ekstrem supaya memberikan peluang kepada Islam untuk memimpin.
Demikian juga, kita hendaklah menghadapi kumpulan yang bermusuh terhadap Islam dan menolak mereka yang tidak istiqamah sehingga bersekongkol bersama musuh Islam dan umatnya. Firman Allah S.W.T:
﴿لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ٢٨﴾
“Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Sesiapa yang berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperoleh apa pun daripada pertolongan Allah, kecuali kerana (siasat) memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (seksaan)-Nya. Dan hanya kepada Allah tempat kembali.”
(Ali ‘Imran: 28)
سبحانك اللهم وبحمدك، أشهد أن لا إله إلا أنت، ونستغفر ونتوب إليك.
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.
ABDUL HADI AWANG
Lapangan Terbang Doha, Qatar.
13 Rabi‘ al-Awwal 1444 | 10 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 14/10/2022
Wallahu 'aklam.