Saturday, December 03, 2022

Ini, gagal pertama Anwar.. & Kabnet K/Perpaduan.

 


1. Kegagalan pertama Anwar Ibrahim

SEHINGGA setakat rencana ini ditulis, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke-10, belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi senarai anggota kabinet beliau. Sudah lebih seminggu beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Anwar belum lagi membentuk kerajaan secara sempurna.

Laporan daripada agensi-agensi berkaitan dengan bencana banjir seperti MET Malaysia dan JPS meramalkan sehari dua ini akan berlaku banjir berskala lebih besar daripada kejadian-kejadian banjir yang berlaku kebelakangan ini. Bagaimana agaknya negara akan menghadapi bencana ini tanpa sebuah kerajaan yang sempurna?

Sebagaimana amalan lazim kerajaan, bila berlaku bencana banjir maka akan dikeluarkan peruntukan-peruntukan khas di bawah item Bajet kecemasan untuk disalurkan untuk usaha penyelamat dan kebajikan mangsa banjir. Bagaimanakah peruntukan itu boleh diuruskan dalam situasi kementerian yang mengetuai agensi-agensi berkaitan banjir belum wujud?

Demikian juga, bagaimana kerajaan boleh membuat keputusan-keputusan kritikal di saat berlaku kecemasan bencana sekiranya anggota mesyuarat kerajaan masih belum wujud dan Menteri berkaitan masih belum dilantik? Tidak wajar keputusan-keputusan kritikal itu, hanya diputuskan oleh seorang Perdana Menteri.

Kemungkinan berlaku banjir pada bulan Disember ini atau pada musim tengkujuh sudah dimaklumi ramai. Malah PH antara yang paling lantang menentang diadakan PRU15 pada ketika ini, kerana fokus seharusnya diberikan terhadap bencana banjir. Sekarang banjir berkemungkinan berlaku dalam tempoh terdekat, tetapi Perdana Menteri belumpun menyiapkan jenteranya.

Selain daripada itu, kelewatan Anwar membentuk anggota pentadbirannya berkemungkinan menyebabkan Pembentangan Bajet 2023 tergendala. Bajet tahunan adalah dibuat berdasarkan portfolio kementerian yang wujud. Jika Menteri belum dilantik bermakna kementerian belum wujud, dan peruntukan-peruntukan mengikut kementerian juga belum wujud.

Sempatkah Menteri-menteri yang bakal dilantik nanti untuk meneliti peruntukan bajet kementerian yang disediakan oleh kerajaan terdahulu? Bolehkah penelitian mereka ini disiapkan dalam tempoh dua minggu dari sekarang sekiranya Bajet 2023 mahu dibentang minggu ketiga atau hujung bulan ini? Apakah yang akan berlaku kepada negara dan rakyat jika Bajet 2023 masih belum diluluskan selepas melampaui tahun baru.

Jelas sekali, Anwar sangat lambat bertindak untuk menamakan anggota-anggota kabinetnya sedangkan persekitaran amat menghambat sekarang ini. Apa yang ketara, Perdana Menteri disibukkan dengan aktiviti-aktiviti sosialnya berbanding tindakan cepat untuk mengaktifkan jentera pentadbirannya. Baru sahaja seminggu, Anwar telah menempa kegagalan pertama.

MOHD ZUHDI MARSUKI 
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat – HARAKAHDAILY 2/12/2022


2. Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan 

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.

Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan
Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Mohamad Sabu

Menteri Ekonomi
Mohd Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
Nga Kor Ming

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Mohamad Hasan

Menteri Kerja Raya
Alexander Nanta Linggi

Menteri Dalam Negeri
Datuk Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Pendidikan Tinggi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Sains dan Teknologi
Chang Lih Kang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Nancy Shukri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Datuk Seri Salahuddin Ayub

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
Datuk Seri Azalina Othman Said

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Nik Nazmi Nik Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Ewon Benedick

Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Zambry Abd Kadir

Menteri Pelancongan
Tiong King Sing

Menteri Komunikasi Digital
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

Menteri Pendidikan
Fadhlina Sidek

Menteri Perpaduan Negara
Ago Anak Dagang

Menteri Agama
Datuk Dr Mohd Na'Im Mokhtar

Menteri Belia Dan Sukan
Hannah Yeoh Tseow Suan

Menteri Sumber Manusia
VN Sivakumar

Menteri Kesihatan
Dr Zaliha Mustafa

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak)
Armizan Mohd Ali

Sekian.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Friday, December 02, 2022

Habib Rizieq Salat Subuh di Masjid At-Tin Jakarta, mengapa?

Foto: Habib Rizieq salat berjemaah di Masjid At-Tin (Dok.YouTube IB TV)

1. Habib Rizieq dan Massa Reuni 212 Salat Subuh Berjemaah di Masjid At-Tin

Jakarta - Habib Rizieq Shihab turut menghadiri reuni 212 di Masjid At-Tin, Jakarta Timur (Jaktim). Habib Rizieq sempat mengikuti salat subuh berjemaah bersama massa reuni 212.

Pantauan detikcom di lokasi, Habib Rizieq sendiri tiba di Masjid At-Tin pada pukul 03.20 WIB. Setibanya, Habib Rizieq langsung masuk ke dalam masjid.

Selanjutnya, ia melakukan salat tahajud. Seusai menunaikan salat tahajud, Habib Rizieq duduk untuk berzikir berjemaah, lalu, ia juga langsung menunaikan salat subuh.

Sebelum salat subuh dimulai, salah seorang panitia meminta saf salat diatur. Panitia meminta saf salat laki-laki dan perempuan dipisah.

"Tolong dibantu agar tak bercampur saf antara laki-laki dan perempuan, tolong di bantu," kata salah satu panitia.

Habib Rizieq kemudian menunaikan salat subuh. Kemudian, ia mengikuti bacaan Surat Yasin yang dilakukan bersama-sama dengan anggota reuni 212.


2. Siapa Habib Rizieq? 


Jakarta - Kedatangan Imam Besar FPI Habib Rizieq Shihab disambut para pendukungnya di Bandara Soekarno-Hatta, Cengkareng. Habib Rizieq kembali ke tanah air setelah kurang lebih 3 tahun berada di Arab Saudi.

Habib Rizieq Shihab merupakan pendiri Front Pembela Islam (FPI) yang dia deklarasikan pada 17 Agustus 1998 di Pondok Pesantren Al-Umm, Tangerang. Sejak itu Habib Rizieq menjabat Ketua Umum FPI hingga 2013.

Pada 2013, melalui Munas FPI mengukuhkan Habib Rizieq menjadi Imam Besar FPI. Seperti apa silsilah Habib Rizieq?
-ADVERTISEMENT-ADVERTISEMENT

Menurut Ketua Umum Rabithah Alawiyah Habib Zein bin Umar Smith, nasab Habib Rizieq terkait Nabi Muhammad SAW sangat jelas. Habib Rizieq berasal dari Qabilah (marga) Bin Shihab (sebagian menyebutkan Bin Shahab atau Bin Shihabuddin).

"Marga Shihabuddin dikenal sejak dulu sebagai ahli ilmu dan ulama besar, serta punya keluasan ilmu pengetahuan pada tiap zamannya. Sampai kini marga Bin Shihab kebanyakan para intelektual di bidangnya masing-masing," ujar Habib Zein.

Bin Shihabuddin adalah salah satu cabang dari keturunan Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali, dan terus nasabnya tersambung sampai ke Imam Ahmad Al-Muhajir. Berlanjut ke bin Isa bin Muhamad bin Imam Ali Al-Uraidhi, bin Ja'far As-Sodiq bin Imam Muhammad Al-Baqir bin Imam Ali Zainal Abidin bin Imam Husein As-Syahid bin Ali bin Abi Tholib dengan Fatimah Az-zahra binti Rasulullah SAW.

Rabithah Alawiyah adalah organisasi Islam yang bergerak di bidang sosial kemasyarakatan yang awalnya bernama Perkoempoelan Arrabitatoel-Alawijah. Organisasi ini mengumpulkan WNI keturunan Arab terutama Nabi Muhammad SAW.

Silsilah Habib Rizieq juga bisa diketahui dari jurnal Studia Islamika yang terbit pada 2004. Jurnal dipublikasikan Pusat Pengkajian Islam dan Masyarakat (PPIM) UIN Jakarta, yang disponsori Australia-Indonesia Institut.

Urutan silsilah Habib Rizieq terdapat tulisan berjudul Defending The Majesty of Islam: Indonesia's Front Pembela Islam (FPI) 1998-2003. Tulisan dibuat peneliti PPIM Jajang Jahroni.

"Habib Muhammad Rizieq Shihab lahir di Jakarta, 24 Agustus 1965 dalam keluarga ahl al-bait. Keturunan Nabi Muhammad diindikasikan dengan sebutan habib," tulis Jajang yang juga merupakan dosen Fakultas Adab dan Humaniora UIN Jakarta.

Ayah Habib Rizieq adalah Habib Husein bin Muhammad Shihab yang pada 1937 mendirikan Pandu Arab Indonesia (PAI) bersama rekannya. Dia menjadi pimpinan PAI yang kemudian berganti nama menjadi PII. Husein pernah menjadi mata-mata untuk tentara Indonesia pada 1930-1945.

Husien meninggal satu tahun setelah Habib Rizieq lahir pada 1966. Pengasuhan Habib Rizieq kemudian diambil alih ibunya Syarifah Sidah Al-Attas, yang juga seorang ahl al-bait. Habib Rizieq sempat mengenyam pendidikan di LIPIA sebelum melanjutkannya ke Arab Saudi.

Di pendidikan tinggi, Habib Rizieq berhasil diterima di Fakultas Hukum di King Saud University. Sebelum melanjutkan pendidikan, Habib Rizieq menikah dengan Syarifah Fadlun. Dia adalah cucu dari mufti Betawi yang terkenal Sayyid Uthman ibn Abdullah ibn Yahya.

Dengan silsilah tersebut, Habib Rizieq memiliki keturunan Hadrami dan Betawi dari kedua orang tuanya. Habib Rizieq disebut menghabiskan masa sekolah di Petamburan dan Pejompongan, sebelum melanjutkan ke bangku kuliah.

Habib Rizieq sempat mengajar di Madrasah Aliyah Jami'at al-Khair, Tanah Abang. Dia mengundurkan diri pada 1996 dan sempat menulis buku tajwid al-ladzual al-Muftd ft nl-'IIm nl-Tnjurd yang didistribusikan di Indonesia, Malaysia, dan Brunei.

(IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Habib Rizieq Salat Subuh di Masjid At-Tin Jakarta, Mengapa?

Kerana pengikut-pengikutnya sentiasa hauskan berita perkembangan dan aktiviti dari beliau. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa jua. 

Begitu kehendak Islam, tak kira di mana.


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Gelombang baru. Mereka menyokong parti bersih & bebas rasuah

 

Komen Rakyat dalam blog ini...

9 comment:

Ceramah PN di Kuala Rompin. Gelombang PRU15 bantu PN menangi DUN Tioman
1 Anonymous said...

Gelombang baru. Mereka meninggalkan pkr. Mereka meninggalkan umno. Mereka menyokong parti yg bersih dan bebas rasuah. Mereka menyokong pas. Mereka menyokong bersatu.

2 Anonymous said...

Zionist tu ker yg banyak bunuh rakyat palestin dan rampas tanah rakyat palestin. Layak ker buat kawan. So move on. Tinggalkan kejahatan untuk kebaikan.

3 Anonymous said...

Tawaran MB perak beb...bodoh le kalau tak terima!!!!Haram jadah punya manusia melayu seekor ni!!!!


Syafrizal said...

Wanita masih dijaja dalam pertandingan. Takkan takde rasa sedikit pun malu? Astaghfirullah.

5 Anonymous said...

ponpuan zaman sekarang ,pakai je tudung tapi pakai seluar jens...bontot tetap mantap.maaflah kalau kasar bahasa.

Unknown said...

As salam. Saya mohon owner blog delete post nie kerana ramai antara kami telah berhijrah dan tidak terlibat dgn peragaan lagi. Khilaf dari kami pada zaman lalu. TQ

7 Anonymous said...

Jom undi pas

8 Anonymous said...

Hari ini ke Putarjaya.. esok minyok turun.... klau ikut budaya ore Jepun esok klu tak turun minyok.. pemimpin Jepun dah letak jawatan dah

Kat Malaysia aje budaya terkinja kinja yang jadi ikut ikutann

alahaiii

9 Anonymous said...

Belum lagi tertubuh Kerajaan Perpaduan, Dong Zong dengan gelojoh terus mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan mahu pembiayaan kekal kepada sekolah pendidikan Cina yang membelakangkan bahasa kebangsaan.

Justeru, timbul persoalan sama ada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu berkompromi dengan pihak yang menolak Akta Pendidikan negara, sistem pendidikan kebangsaan serta menambah kecelaruan yang sedia ada.

Thursday, December 01, 2022

Baru 4 nasihat untuk Anwar. Tolak UEC, Speaker, federalisme, pening janji.

 

1. Kerajaan Anwar Perlu Tegas Tolak UEC, Haramkan Dong Zong – Profesor Madya Dr Amini Amir

KUALA LUMPUR, 01 Disember 2022 – “Kerajaan sekarang “has to say ‘NO’ to UEC” dengan tegas dan sekali gus mengharamkan Dong Zong. Kami semua NGO akan sokong sepenuhnya sebarang ketegasan Kerajaan mengenai inisiatif ini tanpa berdolak dalih,” ujar Pengerusi Kluster Pendidikan PEMBELA, Profesor Madya Dr. Amini Amir.

Beliau berpandangan demikian agar perkara ini segera berakhir, yakni anak-anak kita dapat belajar dan berkongsi akses kepada kemudahan pendidikan yang sama dan satu sekolah untuk semua.  

Menurut Naib Presiden Perkasa Malaysia itu, dengan keadaan sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh negara yang uzur amat tidak wajar dana pendidikan disalurkan kepada institusi yang dengan jelas bertentangan dengan dasar pendidikan negara.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi QIAM turut percaya, Kerajaan Perpaduan yang baharu tidak akan melayani sebarang tuntutan institusi yang juga dengan jelas tidak mematuhi Akta Pendidikan 1996.

Bahkan, Kerajaan patut mengharamkan institusi yang menyanggah aspirasi nasional dan falsafah pendidikan kebangsaan serta Perlembagaan Persekutuan, tegasnya.

Agak janggal apabila Dong Zong dilihat opportunis dengan meminta Kerajaan yang baru dibentuk meluluskan UEC ketika jemaah Kabinet sendiri belum pun dilantik.

Maka, timbul persoalan, perlukah Kerajaan melayan kumpulan ini yang pernah dilabel ekstremis?

Dr Amini Amir yang juga Bendahari Agung, Majlis Dakwah Negara (MDN) turut menegaskan sekali lagi bahawa kumpulan ini perlu diharamkan kerana menimbulkan keresahan dan kegusaran awam.

“Bahkan, perjuangan mereka berkiblatkan Taiwan. Kenapa tidak gunakan buku teks yang ditulis oleh sarjana Malaysia?” soalnya.

Sebelum ini, Profesor Teo Kok Seong pernah memberi pandangan, menyentuh isu UEC yang sudah lama menghantui kita, bahawa sesama kita terdapat krisis kepercayaan kerana anak-anak kita sedari awal, di Tabika lagi contohnya sudah dipisahkan dengan dasar pendidikan perkauman.

Jelas Dr Amini Amir, perkara yang dibangkitkan ini amat wajar dan perlu disokong oleh semua pihak, anak-anak kita sepatutnya dididik dalam acuan dan kerangka aspirasi nasional, falsafah pendidikan kebangsaan serta Perlembagaan Persekutuan dan perkara inilah yang sepatutnya ditekankan dan dikuatkuasakan bukan dikesampingkan.


2. Usul lantik Speaker Parlimen antara penentu sokongan terhadap Anwar  


Usul untuk memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat, walaupun hanya isu kecil, namun ianya tidak boleh dipandang ringan kerana akan menjadi bukti sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaannya mendapat sokongan majoriti atau tidak.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebelum ini diumum sebagai PM kesepuluh setelah Yang di-Pertuan Agung percaya Anwar mungkin mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Bagaimanapun, kini keabsahan Anwar sebagai PM akan ditentukan menerusi sokongan yang diterimanya di Parlimen terhadap apa sahaja usul yang dibawa kerajaannya, setelah beliau sebelum ini gagal menunjukkan akuan berkanun (SD) ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya.

Keadaan sama pernah dialami Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi PM kelapan, apabila Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan SD bagi membuktikan Pengerusi Perikatan Nasional itu hilang sokongan di Dewan Rakyat.

Pembuktian terhadap keabsahan sokongan diterima Anwar bakal bermula pada sidang Dewan Rakyat yang dijadual selama dua hari mulai 19 Disember depan.

Pada sidang itu, Anwar dijangka membawa dua usul awal iaitu:

i. Usul meminta Tan Sri Azhar Azizan Harun mengosongkan kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat; dan
ii. Usul memilih Yang di-Pertua Dewan Rakyat, di mana seorang individu akan dinamakan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut surat jemputan dihantar kepada Ahli Parlimen hari ini (1 Disember 2022), aturan mesyuarat pertama adalah pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ini kemudian diikuti sesi angkat sumpah oleh Ahli Parlimen yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan pemilihan Timbalan Speaker.

Usul memilih Speaker baharu Parlimen akan dibuat setelah usul pertama diluluskan. Pengundian bagi kedua-dua usul ini biasanya dijalankan secara belah bahagian.

Pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat lazim berlaku apabila kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan.

Anwar mungkin tidak membawa usul percaya terhadap dirinya sebagai PM, seperti dijanjikannya, jika kedua-dua usul berkenaan lulus walaupun dengan hanya satu undi menyokong.

Sekiranya kedua-dua usul itu diluluskan, sekali gus akan membuktikan Anwar sememangnya mendapat sokongan ahli Parlimen berhubung pelantikannya sebagai PM.

Ini juga akan dijadikan alasan oleh penyokongnya untuk membuktikan pemimpin mereka mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, dan Anwar tidak perlu lagi membawa usul percaya.

Tetapi jika dua usul itu tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen, ianya sekali gus menunjukkan bahawa Anwar dan kerajaannya tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan beliau perlu berundur.

Namun, sepanjang pentadbiran kerajaan baharu yang hanya bergantung kepada sokongan khusus daripada BN, Anwar bakal berdepan lebih banyak cabaran untuk membuktikan keabsahannya, termasuk ketika membentangkan Bajet 2023.

3. Kerajaan Anwar perlu amal konsep federalisme -Pas 

KOTA BHARU: Pas mahu Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan konsep federalisme dengan tidak meminggirkan negeri-negeri yang ditadbir oleh parti berkenaan.

Setiausaha Agungya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perbezaan ideologi politik tidak sepatutnya menjadi halangan atau sebab untuk Kerajaan Persekutuan tidak membantu negeri.

“Dari segi undang-undang, tiada tempoh masa bagi Perdana Menteri mengisi atau membentuk Kabinet. Cuma, Parlimen perlu bersidang dalam tempoh 120 hari selepas pilihan raya diadakan. Sudah tentu Kabinet perlu dibentuk dalam tempoh munasabah.

“Apapun, keutamaan perlu diberikan kepada pembangunan seluruh rakyat. Siapapun menjadi Kerajaan Persekutuan, pembangunan dan kebajikan peringkat negeri tidak boleh diketepikan,” katanya pada sidang media semasa Majlis Jamuan Kesyukuran Parlimen Kota Bharu di Dataran Masjid Muhammadi, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut menafikan wujudnya Kabinet bayangan PN sebaliknya gabungan parti tersebut akan berperanan sebagai sebuah blok pembangkang yang konstruktif.

Katanya, PN mempunyai seramai 73 ahli Parlimen yang akan diagih-agihkan peranan untuk melaksanakan pemantauan terhadap kementerian-kementerian dalam Kerajaan Persekutuan.

“Kita agih-agihkan peranan tersebut. Mungkin tiga ahli Parlimen akan memantau satu kementerian. Jadi, tiada istilah Kabinet atau kerajaan bayangan dan kita akan beri pandangan serta cadangan kepada kementerian-kementerian yang ada.

“Dengan pengalaman yang ada sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan sebelum ini, saya yakin PN mampu menjadi blok pembangkang yang efektif dalam Parlimen,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, jamuan kesyukuran itu tanda terima kasih kepada seluruh rakyat Kelantan yang memberi kemenangan kepada Pas dan PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Alhamdulillah, nampaknya rakyat di Kota Bharu memberikan mandat kepada saya sekali lagi sebagai ashli Parlimen di kawasan ini untuk penggal ketiga.

“Dalam ucapan, saya tekankan perkara paling penting bagi wakil rakyat yang dipilih adalah membawa mandat rakyat terutamanya isu-isu berkaitan pembangunan dan kebajikan,” katanya. –UTUSAN


4. Anwar masih pening nak bentuk kabinet... banyak sangat janji dengan orang untuk kukuh PH  


PUTRAJAYA - Pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan hampir pasti tidak berlaku dalam masa terdekat.

Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi pada Jumaat.

Setelah itu Anwar menghadiri program walkabout dan sesi beramah mesra di Pasar Tanjung Rambutan.

Beliau kemudiannya akan menunaikan solat Jumaat dan program Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, Ipoh selepas memenangi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula berangkat ke Pekan Pahang untuk solat Jumaat dan majlis pengurniaan bot serta sumbangan kepada asnaf.

Al-Sultan Abdullah turut dijadualkan berangkat ke luar negara pada Sabtu ini.

Sementara itu, agensi berita melaporkan Anwar memohon penangguhan untuk mengumumkan senarai kabinet kepada minggu hadapan berikutan memerlukan lebih banyak masa.

Ia menjadikan Anwar telah bekerja enam hari secara keseorangan tanpa kabinet selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 25 November lalu.

Bagaimanapun tempoh itu dilihat masih relevan bagi setiap pemimpin yang dilantik menjawat jawatan tersebut.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan lapan hari sebelum mengumumkan senarai kabinet masing-masing.

Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-lapan pada 10 Mei 2018 selepas Pakatan Harapan menumpaskan BN pada PRU14.

Muhyiddin pula mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020 selepas 22 bulan kerajaan Persekutuan diterajui Dr Mahathir berakhir.

Bagaimanapun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya memerlukan lima hari untuk mengumumkan senarai kabinet selepas beliau mengangkat sumpah pada 21 Ogos 2021.


Komen Weblog Ibnu HasyimBaru 4 nasihat untuk Anwar. Tolak UEC, Speaker, federalisme, & pening janji.

Usul untuk memilih Speaker Dewan Rakyat, walaupun isu kecil, tetapi akan menbuktikan sama ada Datuk Seri Anwar dan kerajaannya mendapat sokongan majoriti atau tidak. 

Sekian.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Bendera M'sia-Israel berkibar bersama.. Bertahankah DAP-PKR?

 

Tangkap layar video yang ditularkan di media sosial dan kumpulan WhatsApp berkaitan kejadian itu.- Foto ihsan Polis

1. Polis siasat video bendera Malaysia dikibar dengan bendera Israel.

KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran klip video menunjukkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dan bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama bendera negara Israel yang tersebar di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata siasatan dijalankan ekoran daripada satu laporan polis yang diterima pada jam 11.20 malam, kelmarin.

Menurut beliau, pengadu memaklumkan dia melihat satu klip video berdurasi 47 saat berkaitan kejadian itu dalam satu kumpulan WhatsApp sebelum tampil membuat laporan polis.

"Hasil siasatan mendapati kejadian dalam klip video itu berlaku pada September lalu, ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke Tasik Galilee yang terletak dalam kawasan jajahan Israel.

"Lawatan dibuat menerusi Ziarah Kembara yang dikendalikan sebuah agensi pelancongan tempatan dan ketika lawatan, lagu Negaraku dipasang dan dinyanyikan serta bendera Malaysia dikibarkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ku Mashariman, satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Dalam pada itu, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan sebarang bahan berkaitan kejadian itu menerusi mana-mana platform.

"Ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis serta menggugat ketenteraman awam.

"Klip video itu dipercayai diviralkan semula untuk dikaitkan dengan isu Israel yang sedang panas sekarang," katanya.

Semakan BH di media sosial pula mendapati ada pihak yang menjelaskan bahawa semasa lawatan di Tasik Galilee dengan bot itu, kapten bot berkenaan memainkan lagu Negaraku dan menaikkan bendera Malaysia.


2. PRU-14 menang bergaya bertahan 22 bulan. Kerajaan sekarang bagaimana? 


Kita semak dan imbang kekuatan gabungan parti-parti politik yang membentuk kerajaan selepas PRU14 dan PRU15. Sebarang kemungkinan tidak boleh dinafikan akan kemampuan mempertahankan kerajaan yang terpaksa dibentuk selepas keputusan PRU-15. 

Jika PRU-14, Pakatan Harapan  berjaya mendapat majoriti mudah 113 kerusi untuk membentuk kerajaan hasil dari gabungan dan kesepakatan  beberapa parti berbeza aliran yang menghasilkan kemenangan dengan meletakan Tun Dr. Mahathir sebagai 'poster boy'

Mereka terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara telah mengalahkan Barisan Nasional yang hanya memperolehi 79 kerusi sahaja berbanding 133 PRU-13 dan buat pertama kali dalam sejarah menyasikan Barisan Nasional kalah di peringkat persekutuan.

Menariknya Pakatan Harapan sebelum ini dibentuk sebelum pilihanraya dan bergabung untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Dua figura negarawan waktu itu yang pernah menjadi pemimpin besar negara dan Barisan Nasional telah bergabung membentuk Parti Pribumi atau PPBM.

Gabungan Mahathir dan Muhyiddin antara faktor besar gelombang kejatuhan Barisan Nasional. Dap dan Amanah melengkapkan gabungan ini menjadi kuat dan gah melawan Barisan Nasional waktu itu dan kemampuan DAP menganti MCA sangat membantu mencipta penolakan masyarakat cina di kawasan bandar.

Namun angkara keangkuhan DAP mencampuri urusan orang melayu dan agama Islam, ditambah dengan desakan kumpulan penyokong Anwar Ibrahim mendesak Tun Dr. Mahathir menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar telah menyebabkan pakatan dan gabungan ini pecah dan hancur.

Selain kerajaan jatuh dan mampu mencipta sejarah 22 bulan sahaja, kesannya juga menyasikan wujud parti-parti pecahan baharu seperti Pejuang dan Muda. Mahathir membawa haluan sendiri, Muhyiddin kekal membawa lari Bersatu dan ada lagi beberapa tokoh atau bekas menteri menubuhkan parti masing-masing.

PAS berperanan mengepalai penyatuan Ummah ketika Pakatan Harapan kucar kacir diambang perpecahan. Menjadi orang tengah menyatukan kumpulan-kumpulan orang melayu yang berpecah tapi masih ada kebersamaan bangsa dan agama pada parti-parti ini. Terbentuklah Muafakat Nasional atau kerjasama Umno dan PAS. 
Dalam waktu sama PAS membina  jambatan dengan kumpulan pecahan dari Pakatan Harapan setelah berjaya menarik Bersatu dan beberapa tokoh PKR yang keluar atau dipecat atas nama Perikatan Nasional. Maka gelombang penyatuan ummah menjadi besar dan mampu mengambil alih kerajaan tanpa piliharaya umum dan telah menamatkan isu dominasi ahli parlimen bukan Islam dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Umno kembali menjadi kerajaan, PAS mencipta sejarah alaf baharu setelah berpuluh-puluh tahun kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8. Kerajaan yang tertubuh ini tiada ikatan gabungan atau nama, hanyalah pembentukan dari ikatan Ahli-ahli Parlimen dari perbagai parti terutama melayu Islam.

Rakyat dan ahli politik mengelarkan kerajaan ini kerajaan Perikatan Nasional oleh kerana ianya dipimpin Perdana Menteri dari gabungan yang telah dibentuk bersama PAS dinamakan Perikatan Nasional.  Umno tidak mahu mengiktiraf gabungan Perikatan Nasional kerana sentimen permusuhan dengan Muhyiddin. Mereka mahu hubungan Umno dan PAS sahaja. Selepas 17 bulan berlaku gerakan menjatuhkan Perdana Menteri oleh Umno dan diketuai Zahid Hamidi.

Dalam tempoh penggal parlimen ke-14 masih berbaki, politik Malaysia menyasikan perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9 dari Umno dan yang ke-3 penggal parlimen ke-14, namun tidak lama, hanya 14 bulan selepas itu Datuk Seri Ismail Sabri telah mendapat desakan dari Presiden Umno, Zahid Hamidi untuk segera dibubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU ke-15 diadakan.

Tempoh penggal parlimen ke-14 yang masih berbaki tidak sampai setahun sebelum berakhir, Ismail Saberi terpaksa mendapatkan perkenan YDPA untuk pembubaran penggal ke-14 dan negara menyaksikan PRU-14 diadakan segera ketika negara berhadapan dengan musim monsun dan telah mendapat bantahan dari semua parti-parti utama lain.

Setelah keputusan PRU-15 diperolehi, sebagaimana diramalkan banyak pihak,  menyaksikan tiada parti mendapat majoriti mudah. Umno mencipta rekod terburuk mereka dengan hanya 26 kerusi atau 30 kerusi atas nama Barisan Nasional. Mereka hadapi Piliharaya ke-15 tanpa gabungan dan kekal dengan Barisan Nasional hadapi lawan Pakatan Harapan dan PAS dengan sendiri. 

PAS membentuk gabungan bersama Bersatu dan beberapa parti lain atas nama Perikatan Nasional, menyasikan PN menang  73 kerusi, dan Pakatan Harapan 82 kerusi. Dengan keputusan ini, PH dan PN cuba mencari rakan-rakan gabungan untuk membentuk kerajaan.

Akhirnya setelah negara menyasikan kerajaan gagal dibentuk selepas hari pengundian, Anwar Ibrahim melalui Pakatan Harapan berjaya menyepakati kerjasama bersama Barisan Nasional. Zahid dilihat individu tersepit, terpaksa menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 kerana kes-kes yang dihadapinya.

Setelah melepasi angka 112 kerusi yang dibawa Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan, walaupun nama-nama Ahli Parlimen  Barisan Nasional dipertikaikan oleh ahli parlimen mereka sendiri, pihak istana telah menamatkan krisis kegagalan menubuhakan kerajaan dengan menerima senarai atau SD dari Anwar Ibrahim. 

Setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 penggal ke-15 pada 24 November 2022, senarai pembentukan kabinet masih belum terlaksana. Kemungkinan kesukaran kata sepakat dari kalangan parti-parti yang menyokong Anwar telah menyebabkan negara sekali lagi menyasikan negara tanpa Menteri selepas hampir dua minggu PRU.

Isu pokoknya ialah, mampukah kerajaan yang dibentuk ini bertahan? Kerana ianya terbentuk atau 'terpaksa' dibentuk untuk mengelak dari krisis   pembentukan kerajaan berlanjutan sehingga mengundang kesan buruk kepada negara jika ianya tidak ditamatkan segera. 

Umum melihat kerapuhan gabungan dan sokongan terhadap Anwar kali ini jika dibandingan ketika Tun Mahathir memimpin Pakatan Harapan dahulu agak ketara dan membimbangkan. Permusuhan tidak mudah hilang atau diselesaikan dengan mudah. 

Rakyat melihat gelagak-gelagak ahli politik ketika berkempen, ada yang bersumpah dengan nama Allah berjanji itu ini, tapi dilanggarnya terang-terangan, sumpah seranah Anwar sendiri terhadap penyamun, penyangak harta negara yang jelas dan nyata dihalakan kepada pemimpin umno sebelum ini. 

Tapi mereka terpaksa dan keterpaksaan menjalinkan ikatan untuk masing-masing memiliki kedudukan dalam kerajaan. Kerajaan yang dibentuk terdiri daripada musuh-musuh tradisi yang mustahil boleh dicuci dengan kerjasama tanpa ikatan dan persefahaman yang konkrit atau dipasak kukuh dengan titik persamaan perjuangan mereka. 

Pakatan Harapan sebelum ini boleh hancur walaupun bersama-sama berkempen, sehati sejiwa membulatkan tekad untuk melawan penyangak, perasuah besar negara, mana mungkin Pakatan Harapan Barisan Nasional kali ini mampu bertolak ansur untuk harungi tempoh lima tahun mendatang.

Kita semua sedia maklum siapa Umno, siapa DAP dan siapa Anwar Ibrahim dalam sejarah politik tanahair. Sengketa yang berpanjangan, permusuhan berlarutan,  Anwar keluar masuk penjara kerana kesalahan moralnya. 

Bekas Presiden Umno Najib Razak yang sedang merengkuk dalam penjara kerana isu rasuah yang dicetuskan oleh antara parti-parti lawan ini. Zahid juga tidak terkecuali dan inilah modal kempen DAP  melawan BN.

Kebimbangan dan persoalan perkara diatas bukan hadir dari andaian-andaian , persepsi semata-mata, namun mengambil kira situasi realiti nyata apa yang sudah dan sedang berlaku dengan adengan bercanggahan satu sama lain setiap hari sebelum kabinet negara pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjadi realiti.


3. Dasar sekular DAP dan liberal PKR mewujudkan Islamophobia 

PAS SELANGOR melihat trend anti Islam atau Islamophobia yang berkembang di negara ini banyak berakar daripada pemikiran sekular dan liberal, iaitu dua dasar utama Pakatan Harapan (PH). Fenomena ini bukanlah satu perkara baru, tetapi ia telah berkembang pesat sejak akhir abad ke-20 kerana adanya parti-parti politik yang mendukung dasar-dasar ini.

Walaupun fahaman sekular telah ditolak di Eropah, bahkan telah runtuh di Turki, para pemimpin DAP saban hari berusaha mempromosikan pemikiran yang memisahkan politik daripada agama ini. Satu masa dahulu, fahaman ini sangat tebal dalam Umno, tetapi sejak kebelakangan ini ia telah berkurang, tetapi masih berpengaruh. Dasar sekular telah menyebabkan rakyat hidup bebas tanpa mempedulikan peraturan agama, sehingga turut memberi kesan buruk terhadap umat Islam.

Selain dasar sekular, promosi terhadap kebebasan melampau telah dibuat oleh kelompok liberal termasuk menaja gerakan seks bebas seperti LGBT dan penolakan terhadap hukum-hukum Islam, selain melakukan kritikan-kritikan terbuka ke atas agama Islam, kononnya di atas nama kebebasan individu. Gerakan liberal, termasuk Islam Liberal telah menjadi penyakit masyarakat yang baru, terutama di kalangan umat Islam. PKR yang turut menjadi anggota Gerakan Liberal Antarabangsa menjadi penaung utama terhadap gerakan-gerakan liberal di negara ini.

Peranan parti-parti politik dalam PH dalam menaungi kumpulan-kumpulan sekular dan liberal telah menyebabkan pemikiran anti Islam semakin membiak dan merebak di negara ini. Pendukung kedua-dua aliran ini tidak mempedulikan kepentingan masyarakat dan negara dalam memperjuangkan tuntutan mereka. Mereka meletakkan hak individu mengatasi hak masyarakat, dan lebih mengutamakan hak berbanding tanggungjawab. Pemikiran seperti ini sebenarnya tidak relevan di negara ini yang telah terbangun daripada masyarakat yang sangat menghormati kehidupan harmoni.

Di atas sebab itulah, PAS Selangor melihat pandangan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenai ancaman Islamophobia yang digerakkan oleh beberapa buah parti politik sangat penting untuk dipertegaskan. Musuh-musuh politik PAS itu sering kali menimbulkan isu-isu yang bersifat anti Islam atau menimbulkan ketakutan masyarakat terhadap Islam, kononnya untuk menjarakkan masyarakat dengan PAS.

Perkara ini jika tidak ditangani dengan bijaksana, ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara ini. PAS Selangor mendesak supaya parti-parti politik tidak lagi mempromosikan pemikiran sempit yang tidak sesuai untuk negara seperti ini, sebaliknya lebih menekankan kepada usaha untuk mewujudkan perpaduan masyarakat dan menyatukan rakyat.

MOHD FADLI GHANI
Ketua Penerangan PAS Selangor – HARAKAHDAILY 30/11/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimBendera M'sia-Israel berkibar bersama.. Bertahankah kerajaan pimpinan DAP-PKR?

Adakah dasar kerajaan negara umat Islam Malaysia sudah berubah hanya kerana DAP? Kuat sangatkah DAP?

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails