Friday, December 09, 2022

PRU15: BN menang tipis di DUN Tioman majoriti 573 undi.

 

Mohd Johari memperolehi undi 8,080 bersamaan 48.95 peratus dalam persaingan lima penjuru itu. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain menang tipis dengan majoriti 573 undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.
Beliau memperolehi 8,080 undi bersamaan 48.95 peratus daripada keseluruhan undi dalam persaingan lima penjuru itu.
Sementara itu, Nor Idayu Hashim dari Perikatan Nasional (PN) memperolehi 7,507 undi atau 45.47 peratus.
Tiga calon lain iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly mewakili Pakatan Harapan (PH) memperoleh 784 undi (4.75 peratus) sementara Osman Bakar dari Parti Pejuang pula mendapat 79 undi (0.48 peratus).
Sulaiman Bakar yang juga calon Bebas pula mendapat 58 undi atau bersamaan 0.35 peratus.
DAPATKAN KEPUTUSAN PRU15 DI SINI
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Calon BN menang di DUN Tioman, di Padang Serai PN masih mendahului
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 28,465 pengundi layak mengundi dalam pemilihan bagi kerusi DUN itu dengan peratusan keluar mengundi adalah 57.99 peratus.
SPR berkata, 16,508 undi diterima dengan 91 ditolak.
Sementara itu, Bernama melaporkan, proses pengundian bagi DUN Tioman diadakan hari ini selepas ia ditangguhkan ekoran kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lepas, akibat serangan jantung.
Keputusan itu menjadikan kedudukan BN dan PN di DUN Pahang selepas PRU15 masing-masing menguasai 17 kerusi manakala baki lapan kerusi lagi dimenangi Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, keputusan itu tidak mengubah pentadbiran Pahang kerana BN dan PH telah menjalin kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri yang turut diperkenan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kerjasama itu juga membolehkan Wan Rosdy mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 28 Nov lepas.
Perkembangan itu juga menyebabkan PH menerusi Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan pendirian mereka untuk memberi laluan kepada calon BN pada pilihan raya tersebut kerana Mohd Fadzli adalah daripada Amanah.
Bagaimanapun, SPR memaklumkan nama Mohd Fadzli masih disenarai pada kertas undi dan pengundi boleh memberi undi kepada beliau kerana status pencalonan tidak boleh diubah selepas tempoh penamaan calon tamat. (AA)

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

DAP cemas ke Putrajaya. Tsunami Melayu ke PN kerana...

 


1. DAP kembali ke Putrajaya dalam keadaan cemas

DAP masuk Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini dengan serba kebimbangan. Setelah PH kalah dalam siri-siri Pilihan Raya Kecil bermula PRK Cameron Highlands dan kemudiannya di 4 negeri iaitu Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor, DAP tidak berapa yakin menghadapi PRU ke-15. Ia sangsi sama ada mampu mengulangi kejayaan PRU ke-14 kerana sejak itu banyak telah berubah.

Ancaman terbesar DAP adalah apabila kuasa politik Melayu Islam berupaya bersatu. Penyatuan seumpama ini akan mengakibatkan mereka bersendirian dengan sokongan undi bukan-Melayu semata-mata dan mengambil kira siri-siri PRK dan PRN yang dimaksudkan, DAP pasti akan menanggung kerugian besar.

DAP tidak lagi meletakkan harapan pada keupayaan PKR dan PAN meraih undi Melayu buat PH, kerana realitinya kedua-dua parti itu seakan dijauhi pengundi Melayu.

Namun DAP menarik nafas lega apabila Umno dan PAS gagal mengekalkan kerjasama politik mereka. Kegagalan ini akan mengulangi perpecahan umat Melayu yang nanti akan mengulangi senario PRU14.

Lantas DAP dilihat segera melancarkan dua kempen bersepadu. Pertama meyakinkan masyarakat bukan-Melayu, bahawa walaupun DAP ditolak dalam beberapa siri PRK dan PRN pasca PRU14, namun  dengan kegagalan parti-parti Melayu bersatu, DAP dan PH sesungguhnya punya peluang untuk kembali ke Putrajaya.

Lalu dilancarkanlah kempen besar-besaran merayu dan mengajak pengundi-pengundi bukan-Melayu agar keluar mengundi beramai-ramai kali ini kerana berdasarkan realiti politik semasa, DAP dan PH berupaya kembali berkuasa. 

Pengundi-pengundi luar dan dalam negara dirayu agar menyumbang ke arah kemenangan DAP dengan memastikan peratusan keluar mengundi mereka tinggi.

Terbukti kempen DAP yang menggunakan segala saluran media termasuklah media sosial berjaya apabila rata-rata seawal jam 7:30 pagi di kebanyakan pusat-pusat mengundi khasnya di Pantai Barat, masyarakat bukan-Melayu telah siap beratur untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Selain itu DAP juga sedar mereka perlu menutup ruang rakyat khasnya pengundi-pengundi bukan-Melayu dari mencuba-cuba untuk mengundi PAS dan PERIKATAN NASIONAL. Kiranya PAS dan PN peroleh undi masyarakat ini maka peluang DAP dan PH menjadi semakin nipis. Lalu dilancarkanlah serangan-serangan berterusan terhadap PAS.

Satu undi untuk PN kata pimpinan mereka adalah satu undi untuk pembentukan Kerajaan ‘Taliban’.

Usaha menakut-nakutkan masyarakat bukan-Melayu ini giat dilancarkan DAP dan ianya berjaya apabila keputusan akhir menunjukkan yang PAS gagal memperolehi undi di kawasan-kawasan atau saluran undi pengundi bukan-Melayu.

Kempen bersepadu DAP ini cukup berkesan apabila pengundi-pengundi bukan-Melayu akhirnya menolak calon-calon PN malah sampai mencecah melebihi 95 peratus berbanding sekitar 90 peratus pada PRU lalu.

Begitu terpengaruhnya masyarakat bukan-Melayu terhadap propaganda DAP sehingga calon-calon PAS di Pantai Barat khasnya gagal memperolehi undi di saluran undi majoriti bukan-Melayu malah tidak ada yang berjaya mencatat hatta 10 peratus sokongan pun.

Di Parlimen Kota Raja contohnya, calon PAS ditolak di kesemua saluran dari saluran 1 hinggalah saluran terakhir yang melibatkan pengundi-pengundi muda di kawasan-kawasan ini.

Contohnya di Daerah Mengundi Taman Klang Jaya (mengikut rekod tidak rasmi) yang punya 7.78 peratus pengundi Melayu, saluran 1 PN cuma peroleh 17 undi berbanding PH 248. Begitu juga di saluran 9, Daerah Mengundi yang sama, PN peroleh cuma 24 undi berbanding PH 467 undi.

Walau bagaimanapun di Daerah Mengundi majoriti Melayu contohnya di Daerah Mengundi Taman Berjaya (juga Parlimen Kota Raja), saluran 1, jumlah pengundi Melayu 99.11 peratus PN memperolehi 221 undi, PH cuma 73. 

Di saluran 5 Daerah Mengundi sama, peratusan pengundi Melayu 99.14 peratus, PN peroleh 432 undi, PH cuma 108.

Trend seumpama ini dikesan hampir di semua kawasan Parlimen di Selangor. Ini membuktikan bahawa calon-calon PAN dan PKR Melayu yang bertanding di kawasan campuran sesungguhnya menang semata-mata atas sokongan padu pengundi bukan-Melayu.

Selain itu DAP dan PH juga menyumbang kepada kejatuhan Barisan Nasional. Mereka bertubi-tubi menyerang Umno yang dilabel kononnya perompak dan telah menyakau wang rakyat.

Hakikatnya PH membantu PN melarikan sokongan pengundi Melayu dari BN ke PN dengan tindakan agresif mereka itu.

Sebelum PRU15 lalu beberapa pimpinan PH telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka cuma perlu 30 peratus undi Melayu kerana sokongan selebihnya akan datang dari pengundi Melayu yang ‘solid’ akan menyokong mereka, ternyata telahan mereka benar.

Cuma dalam PRU kali ini, PAS dan PN mencatat peningkatan ‘luar biasa’ kerana dalam waktu yang sama pengundi Melayu pula telah mula berubah angin. Jika di saluran 1 kawasan-kawasan majoriti Melayu di hampir ke semua Daerah Mengundi seluruh Selangor, calon-calon PN menerima penolakan, akan tetapi di saluran yang lain khasnya saluran anak-anak muda, calon-calon PN menang besar. 

Rakyat khasnya pengundi Melayu Islam enggan undi PH kerana BN serang PH, dalam waktu yang sama mereka juga tidak berselera pada BN kerana PH serang BN. Akhirnya ini menyumbang kepada kemenangan PN setelah berjayanya kempen PH dan BN yang sebenarnya menembak sesama sendiri. 

Walaupun PH dan DAP bergembira dengan kemampuan mereka kembali berkuasa setelah sanggup bersekongkol dengan BN, tetapi mereka cukup sedar bahawa 73 kerusi Parlimen PN (yang 43 darinya datang dari PAS) itu sesungguhnya mewakili 57 peratus pengundi Melayu yang keluar mengundi.

Kuasa mungkin di tangan Perdana Menteri ke-10 setelah berjaya membentuk kerajaan, tertakluk keabsahan mereka apabila Parlimen bersidang nanti, namun realitinya jika pun sah kuasa di tangan mereka, ianya tidak mencerminkan sokongan dan dukungan umat Melayu Islam, iaitu kaum majoriti dalam negara.

DAP cuma berjaya menang 40 dari 41 kerusi yang dimenanginya pada PRU ke-14. Ia mampu berkuasa kerana berjaya memburukkan PAS dan menakut-nakutkan masyarakat bukan-Islam pada PAS dan PN. 

Keduanya kerana ia menumpang atas 30 kerusi yang dimenangi BN, parti yang mereka bogelkan dan serang bermati-matian semasa kempen PRU tempoh hari.

Kini DAP kembali ke Putrajaya, namun dalam suasana yang cukup mencabar. Walau menang 40 kerusi mereka cuma diberikan 4 kerusi dalam Kabinet Perdana Menteri ke-10. Ini berlaku kerana Perdana Menteri ke-10 terpaksa meraikan BN yang memberikan tali hayat pada mereka. Menurut sumber ramai dalam DAP tidak berpuas-hati tetapi terpaksa menggigit jari kerana bimbang Umno tarik balik sokongan. Kerajaan ini ternyata tidak stabil. 

Dan kehadiran DAP dan Umno dalamnya, hanya memberi isyarat yang ianya sukar kekal lama. Bersamalah kita tunggu dan lihat nasib mereka nanti.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 9/12/2022


2Tsunami undi Melayu kepada PN kerana dasar perjuangan BN, PH sudah hancur 

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

JITRA: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menolak dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) berjaya menarik pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disebabkan sentimen perkauman dan keagamaan sempit.

Beliau menegaskan, PN tidak pernah melanggar undang-undang negara dalam setiap siri perjuangan mahu pun ceramah mereka dan ia seiring dengan Perlembagaan parti dalam gabungan berkenaan seperti yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Oleh itu, katanya, adalah tidak wajar mana-mana pihak mempertikaikan tsunami Melayu yang memberikan sokongan kepada PN dalam PRU15.

"Sebagai contoh PAS ini memang namanya Parti Islam Semalaysia. Maka kami bukan permain isu agama, sebaliknya kita perjuangkan agama dan perkara itu memang selari dengan nama parti ini.

"Kalau Parti Amanah Negara (AMANAH) kami tak tahulah mereka perjuangkan apa? Barisan Nasional (BN) pun apa yang diperjuangkan mereka kerana nampaknya sebelum ini mereka maki Pakatan Harapan (PH) dan DAP tetapi pada akhirnya berkawan semula.

"Bagi saya perjuangan BN dan PH sudah hancur. Yang kekal berada di atas garis perjuangan seperti termaktub Perlembagaan parti masing-masing hanyalah parti yang mendokong perjuangan PN dan tiada perkara pelik serta harus dipersoalkan berhubung perkara itu," katanya.

Sanusi ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Kubang Pasu di Masjid Haji Ismail, Batu 18 di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, yang mendakwa kekalahan PH di Padang Serai adalah disebabkan rentetan gelombang yang ditiup dengan membawa sentimen perkauman, keagamaan sempit sekali gus menakutkan masyarakat dan rakyat dalam berpolitik.

Kemenangan itu meletakkan PN mendominasi kerusi Parlimen di Kedah dengan menguasai 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah, berkata antara faktor sebenar yang membawa kepada sokongan besar orang Melayu kepada PN adalah rasa hilang percaya terhadap parti-parti lawan yang bercakap tidak serupa bikin.

"Mereka cakap macam lain, buat macam lain. Sebab itulah orang tak percaya kepada parti-parti tersebut dan memilih PN.

"Kami sebaliknya tetap dengan garis perjuangan parti dan menawarkan perkara paling diperlukan di negara ini iaitu prihatin, bersih dan stabil. Kerana itulah orang 'mari' kepada PN," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimDAP cemas ke Putrajaya. Tsunami Melayu ke PN kerana...

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, DS Sanusi menolak dakwaan kononnya PN berjaya menarik pengundi Melayu PRU15 lalu atas sentimen perkauman dan keagamaan sempit.

Namun sebenarnya DAP menarik nafas lega apabila Umno dan PAS gagal mengekalkan kerjasama politik mereka. Kegagalan ini akan mengulangi perpecahan umat Melayu yang nanti akan mengulangi senario PRU14.

Hati-hatilah..

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Lapor polis terhadap PM. Judi layak buat PH..

 

Wan Ahmad Fayhsal menunjukkan salinan laporan polis terhadap Perdana Menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini. - Foto NSTP/Fathil Asri

1. PN buat laporan polis terhadap PM

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan tuduhan mengaitkan parti itu dengan pembiayaan daripada syarikat judi bertujuan untuk memusnahkan kredibiliti setiap Ahli Parlimen PN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PN tidak akan melindungi tindakan yang salah dan mengalu-alukan setiap siasatan yang ingin dilakukan pihak berkuasa.

"Saya sebagai seorang Ahli Parlimen menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa kita menerima dana daripada syarikat judi.

"Ini adalah permainan politik untuk membina persepsi seolah-olah kami menerima dana syarikat judi. Namun saya yakin rakyat tidak akan termakan dengan fitnah ini kerana kepimpinan tertinggi PN termasuk Datuk Seri Hamzah Zainudin, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sudah memberi kenyataan dan tiada apa yang boleh diselindungkan.

"Bukan sahaja mengenai judi tetapi isu dana RM600 bilion juga satu fitnah serta tohmahan yang serius," katanya selepas membuat laporan bersama Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) di Balai Polis Dang Wangi, di sini, berhubung dakwaan terbabit.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media di pejabatnya di Putrajaya membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terbabit dengan syarikat judi.

Bagaimanapun Muhyiddin kelmarin menyifatkan tuduhan Anwar bahawa PN menerima pembiayaan daripada syarikat judi untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebagai serius.

Menepis dakwaan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, tuduhan Anwar tidak disokong bukti kukuh selain sekadar andaian yang dibuat berdasarkan kempen meluas PN ketika PRU15.

Ditanya mengenai senarai dana, Wan Ahmad Fayhsal berkata, setakat ini PN tidak akan mendedahkan dana itu memandangkan tiada satu pun parti yang bertanding dalam PRU15 berbuat demikian.

"Bagaimanapun kita terbuka mengenai akta pendanaan politik jika ia dibentangkan di Parlimen dan jika ia menjadi perkara utama, saya sendiri akan sahut.

"Ia sepatutnya sudah diselesaikan sewaktu kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetapi tidak sempat," katanya.


2. Tauke dan syarikat judi hanya layak bersama PH 

HANYA akal yang berpusing sahaja boleh menerima tuduhan yang mengatakan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada Perikatan Nasional (PN), sedangkan sahamnya jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Sahamnya hanya naik semula, apabila Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa secara luar biasa daripada amalan demokrasi yang bersih. Diikuti pula dengan pembentukan kabinet yang tidak bersih, kerana telah melibatkan bekas banduan walaupun telah diampun, kluster mahkamah yang belum selesai perbicaraannya, pemberi dan penerima rasuah serta golongan penipu yang selari dengan kemahuan tauke dan syarikat judi.

Adalah tidak masuk akal tauke dan syarikat judi menyumbang kepada kumpulan yang terdapat di dalamnya yang dituduh sebagai Taliban, pihak yang paling agresif merobohkan pusat judi dengan ganas. Hal ini bermakna tauke judi itu sangat bodoh, walaupun pandai menipu dan paling banyak menyumbang rasuah kepada penerima rasuah yang ditarik bergabung dengan bekas banduan kluster mahkamah, sehingga menjadi penyokong kuat PH bagi menubuhkan kerajaan.

Apabila PAS memerintah Kelantan, maka diambil suatu langkah bagi menutup tempat perjudian yang diharamkan oleh Islam dan diadakan dialog dengan para pemimpin semua agama. Mereka memaklumkan bahawa judi turut diharamkan oleh semua agama.

Selepas itu, kami menghadapi masalah apabila bidang kuasa kerajaan negeri hanya terhad kepada premis perjudian. Adapun lesen kebenaran berjudi adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, dan Menteri Kewangan pada masa itu ialah Perdana Menteri sekarang yang dilantik oleh PH, merangkap Menteri Kewangan juga.

Apabila kerajaan PAS Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah menutup premis perjudian dan lain-lain di bawah bidang kuasanya, tiba-tiba tindakan itu mendapat protes daripada parti komponen PH, walaupun dalam perkara yang hanya berkait dengan hak umat Islam. Malangnya, mereka yang berwajah Islam dalam PH diam membisu.

Pepatah Melayu ada menegaskan, “Kalau rumah berdinding kaca jangan dikacau rumah orang lain,  nanti kalau dibalas maka berkecailah dinding rumah kamu itu.”

Mereka juga boleh melakukan dengan cara menipu orang-orang yang sangat bodoh, khususnya melalui media yang boleh melariskan penipuan itu, laksana penjual ubat yang boleh menjual biji-biji tahi kambing, jika pandai mensyarahkannya maka boleh ditafsirkan menjadi majun yang laris dijual.

Zuhair bin Abi Salama, seorang pujangga Arab pada zaman sebelum Rasulullah SAW pernah menegaskan:

‌وَمَهْمَا ‌تَكُنْ ‌عِنْدَ ‌امْرِئٍ ‌مِنْ ‌خَليقةٍ … وَإِنْ خَالَهَا تَخْفَى عَلَى النَّاسِ تُعْلَمِ.

“Sekalipun seseorang itu mempunyai perangai yang disembunyikan kepada orang ramai, akhirnya ia akan tetap terdedah juga.”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 12 Jumadal Ula 1444 / 7 Disember 2022 – HARAKAJDAILY 7/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lapor polis terhadap PM. Judi layak buat PH..

Hanya akal yang berpusing sahaja, boleh menerima tuduhan mengatakan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada Perikatan Nasional (PN).. Bukan mereka yang 'menghilangkan akal siuman' atau menugging kepala ke bawah!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Thursday, December 08, 2022

P Ramlee 'hoi hoi ya hoi'.. & Lagu Melayu Lucah, Bunuh, Syirik?


Lirik lagu Aduh Malaysia ciptaan Altimet menyelitkan lirik asal lagu Ali Baba dengan 40 Penyamun hasil ciptaan P Ramlee.

HALAMAN HIBURAN
1. Royalti lagu dengan lirik 'hoi hoi ya hoi' diserah 100 peratus kepada waris P Ramlee

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penulis lagu Aduh Malaysia, Altimet menyerahkan royalti lagu yang diinspirasi menerusi filem Ali Baba Bujang Lapok kepada waris Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad berkata, ia sebagai hadiah dan penghargaan atas jasa yang dicurahkan seniman agung kelahiran Pulau Pinang itu.

"Ini adalah tanda penghargaan saya kepada seniman agung kita. Saya mahu bayar balik apa yang disumbangkan oleh beliau kepada industri kreatif tanah air.

"Seperti kita tahu, hak royalti lagu Allahyarham P Ramlee akan berakhir, tahun hadapan. Ini kerana ia sudah 50 tahun selepas seseorang beliau meninggal dunia.

"Jadi, tarikh tamatnya tahun hadapan. Disebabkan itu, ini antara hadiah buat arwah yang diberikan kepada warisnya.

"Rezeki royalti lagu Aduh Malaysia sebanyak 100 peratus untuk mereka, insya-Allah ada rezeki lain untuk saya," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Altimet mengumumkan penyerahan royalti lagu Aduh Malaysia menerusi ciapan dalam laman sosial, Twitter memandangkan lirik lagu menyelitkan lirik asal lagu Ali Baba dengan 40 Penyamun hasil ciptaan P Ramlee.

"Saya melepaskan royalti lagu ini kepada waris Allahyarham P Ramlee. 2022 adalah antara tahun terakhir untuk warisnya mendapat hasil harta intelek.

"Hak cipta lupus 50 tahun selepas pencipta meninggal dunia. Lagi ramai orang menyanyi lagi banyak mereka dapat. Terima kasih semua," katanya.

Untuk pengetahuan, Akta Hak Cipta 1987 hanya memberi tempoh perlindungan selama 50 tahun kepada sesebuah karya selepas kematian penciptanya. Tiada lagi imbuhan royalti kepada waris selepas kontrak royalti tamat.

Justeru, perlindungan hak cipta diberikan kepada waris P Ramlee adalah selepas pemergiannya pada 29 Mei 1973. Kini, kontrak itu sudah berlangsung selama 49 tahun dan berbaki setahun lagi sebelum berakhir.

Malah, karya P Ramlee juga akan menjadi 'public domain' atau harta awam, tahun depan. Harta awam memberi maksud, sesiapa sahaja bebas mengguna karya-karya seni tanpa izin.

Dalam masa sama, Altimet gembira apabila lagu Aduh Malaysia tular sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), baru-baru ini.

"Alhamdulillah, lebih ramai mendengar lagu, lebih banyak royali akan diterima oleh waris Allahyarham P Ramlee. Terima kasih kepada rakyat yang memasarkan lagu ini," katanya.

Kata Altimet, lirik asal lagu Ali Baba dengan 40 Penyamun itu relevan dengan mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu Aduh Malaysia.

"Irama dan liriknya sesuai dengan apa yang mahu disampaikan, saya menulis lagu ini pada 2016.

"Saya rasa ia adalah rezeki Allahyarham P Ramlee di mana Allah berikannya kelebihan boleh menyampaikan sesebuah karya dengan baik.

"Dan saya juga tahu beliau berkarya dengan ikhlas, bukan sebab nak kejar duit atau sebagainya.

"Sebagai orang Islam, kita tahu bila bekerja ikhlas, pulangannya pun baik," katanya. (BH)

Video


2.  H2S Pilihan: 05 - Lagu Klasik Melayu Lucah, Bunuh&Syirik?


AYO KEZAMBO: 

Petikan filem P.Ramlee "Panggilan Pulau" (1953)    

-Lagu Klasik Melayu Lucah?


Ismail Haron: Dendamku Kerana Maria.wmv -Bunuh?


Ismail haron: kutiada minta lahir di dunia  -Syirik?



PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails