Saturday, December 17, 2022

3 Hal: AP Zip mulut, Altantuya X salah k'jaan bayar, Maut B/Kali.

 


1. Semua MP Kerajaan Perpaduan kena zip mulut, hilang suara dalam parlimen, jadi pak angguk aje

USUL  Percaya dan Rang Undang-undang Perbekalan antara lima perkara dipersetujui gabungan politik yang memeterai memorandum persefahaman (MoU) permuafakatan antara gabungan bawah Kerajaan Perpaduan..

FMT melaporkan, ia antara lain turut membawa kepada pengosongan kerusi Parlimen yang dimenangi sekiranya gagal, enggan atau cuai ketika menjalankan tanggungjawab mereka, menjelang sidang khas Parlimen, Isnin ini.

Melalui perkara itu, ia menuntut supaya setiap parti dan pihak mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga menetapkan bahawa setiap parti dan pihak-pihak perlu bertanggungjawab untuk menguruskan secara dalaman dalam parti masing-masing bagi memastikan sokongan Parlimen untuk mengekalkan kerajaan perpaduan Malaysia dalam sebarang undian yang membawa kesan kepada keabsahan kerajaan perpaduan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, semua gabungan yang menandatangani persefahaman juga bersetuju ia perlu memastikan bahawa setiap Ahli Parlimen mereka mengundi seperti mana klausa 4(a) dalam perjanjian berkenaan.

Sekiranya berlaku kegagalan, keengganan atau kecuaian mana-mana Ahli Parlimen dalam gabungan berkenaan berbuat demikian, perjanjian itu menyatakan ia perlu diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada parti itu.

Justeru, ia dianggap sebagai peletakan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen manakala kerusi Ahli Parlimen terbabit dikosongkan seperti dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Kegagalan, keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada parti itu, yang dianggap sebagai peletakan jawatan dan atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Parti Ahli Parlimen tersebut hendaklah mengeluarkan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat atas pengosongan tersebut menurut Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan pilihan raya kecil,” katanya menurut intipati perjanjian itu. (FMT)


2. Kerajaan kena bayar saman, yang bunuh entah siapa arah tak ada yang salah 

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan dan tiga yang lain membayar RM5 juta kepada keluarga mendiang warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006.

Keputusan hakim mahkamah sivil Vazeer Alam Mydin Meera yang memihak kepada keluarga Altantuya pagi ini dibuat 15 tahun selepas tindakan sivil difailkan pada 2007.

Tiga plaintif - Shariibuu Setev dan Altantseseg Sanjaa yang merupakan bapa dan ibu mendiang, serta abang Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal - memfailkan saman RM100 juta.

Saman itu menyasarkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) - Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar - serta penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera. Mahkamah jenayah berasingan mensabitkan Azilah dan Sirul Azhar atas pembunuhan itu dan menjatuhkan hukuman mati pada April 2009.

Bagaimanapun, mahkamah jenayah membebaskan Razak daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu tanpa dipanggil pembelaannya pada Oktober 2008.

Semasa prosiding yang dijalankan dalam talian hari ini, Vazeer memerintahkan empat defendan turut membayar faedah tahunan sebanyak lima peratus bagi pampasan RM5 juta, serta setiap defendan membayar kos RM25,000 kepada keluarga.

Vazeer - yang sebelum ini dinaikkan ke Mahkamah Rayuan tetapi hari ini mempengerusikan kes Mahkamah Tinggi - memutuskan bahawa keluarga Altantuya berjaya membuktikan saman sivil mereka terhadap empat defendan berdasarkan imbangan kebarangkalian.

Hakim berkata bahawa kedua-dua bekas pegawai polis itu terbukti telah "membunuh dengan kejam" si mati dalam perbuatan membunuh yang menyalahi undang-undang, berdasarkan keterangan beberapa saksi untuk keluarga itu.

Vazeer berkata keterangan ketua jabatan forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Mohd Shah Mahmood menunjukkan bahawa Altantuya ditembak dan "diletupkan" dengan bahan letupan yang diikat pada badannya yang telanjang, dengan letupan kuat yang menyebabkan serpihan daging dan tulang bertaburan di pelbagai tempat di kawasan hutan di Puncak Alam.

Vazeer menyatakan bahawa Razak juga bertanggungjawab kerana dia adalah kaitan penglibatan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan itu pada akhir Oktober 2006.

Hakim menegaskan, dua bekas anggota polis itu tidak mengenali mangsa jika tidak kerana Razak meminta bantuan daripada Azilah untuk menangani isu Altantuya cuba bertemu Razak di rumahnya (Razak).

Vazeer berkata keterangan semasa perbicaraan mahkamah sivil ke atas saman itu menunjukkan bahawa Altantuya dan sepupunya Namiraa Gerelmaa datang ke Malaysia pada Oktober 2006 untuk bertemu Razak, yang disebut hakim sebagai individu yang menjalin hubungan dengan Altantuya ketika itu.

Hakim berkata keterangan Namiraa menunjukkan Altantuya mahu mengutip bayaran daripada Razak atas kerja terjemahan yang dia lakukan untuknya di Paris.

Bagaimanapun, mahkamah tidak memberikan butiran lanjut mengenai kerja terjemahan yang dilakukan oleh Altantuya untuk Razak.

Vazeer berkata Razak dalam pernyataan pembelaannya mengakui melibatkan bantuan Azilah bagi menangani isu Altantuya mengganggu Razak.

“Defendan pertama dan kedua (Azilah dan Sirul) tidak mengenali si mati sebelum tarikh 19 Okt 2006 (ketika dua bekas polis itu bertemu Altantuya di luar rumah Razak dan mengiringinya pergi).

“Terdapat motif yang boleh dilihat untuk defendan pertama dan kedua meletupkannya dengan bahan letupan gred tinggi.

"Satu-satunya kaitan antara defendan pertama dan kedua dengan si mati ialah defendan ketiga (Razak)," kata Vazeer.

Hakim itu juga berkata kerajaan yang merupakan defendan keempat bertanggungjawab secara wakil atas tindakan menyalahi undang-undang Azilah dan Sirul yang menggunakan sumber pasukan polis.

Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili keluarga manakala Azilah dan Sirul tidak diwakili.

Peguam Manjeet Singh Dhillon bertindak bagi Razak manakala peguam kanan persekutuan Zetty Zurina Kamaruddin mewakili kerajaan.

Azilah kini dipenjara sementara menunggu hukuman mati di Malaysia.

Sirul bagaimanapun telah melarikan diri ke Australia, sebelum mahkamah tertinggi Malaysia mengekalkan sabitan dan hukuman mati kedua-duanya pada 2015.

Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang membatalkan keputusan bersalah kedua-dua lelaki itu. Sirul telah terbang ke Australia selepas keputusan Mahkamah Rayuan dan semasa pihak pendakwaan merayu kepada mahkamah tertinggi..

Sirul kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa Australia, yang mempunyai dasar untuk tidak menghantar pulang sesiapa yang menghadapi hukuman mati di negara asal.


3. Tragedi Batang Kali : 19 mangsa disah maut 


3. Tragedi Batang Kali : 19 mangsa disah maut

HULU SELANGOR: Sebanyak 19 mangsa disahkan meninggal dunia susulan runtuhan tanah di tiga tapak perkemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini.

Perkembangan itu menyaksikan 14 mangsa lagi masih hilang dan sedang dikesan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis, mangsa ke-17 dan 18 ditemukan berpelukan pada pukul 4.40 petang tadi.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai seorang ibu bersama anak dalam keadaan berpelukan di kawasan tertimbus dengan tanah.

“Terkini pada setengah jam lalu, (anggota penyelamat) menemukan seorang lagi (mangsa), tetapi dalam proses bawa keluar.

“Peringkat awal 16 orang (yang maut) ditemukan di Hill Side, baki dua (berpelukan) di River Side dan (mayat) ke-19 jumpa di River Side juga.

“Kebanyakan mangsa ditemukan tertimbus lebih kurang tiga atau empat kaki (kedalaman),” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, 16 mayat mangsa yang ditemukan sehingga pukul 1 petang tadi pada mulanya dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bagaimanapun, semua mayat mangsa dipindahkan ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

“Mana-mana pihak yang mahu membuat pengecaman diminta datang ke Hospital  Sungai Buloh atau datang ke lokasi untuk berhubung dengan komander operasi,” katanya.

Ditanya sama ada operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga waktu malam, beliau berkata, pihaknya sedang berbincang dengan pihak bomba berhubung perkara itu.

“Pada waktu malam, pastinya ada halangan dari segi cuaca, teknikal dan faktor keadaan gelap sekali gus menyebabkan ancaman yang tidak nampak.

“Jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, kami mungkin akan menangguhkan operasi ini pada waktu malam,” katanya. – UTUSAN


Komen Weblog Ibnu Hasyim: 3 Hal: AP Zip mulut, Altantuya X salah k'jaan bayar, Maut B/Kali.

Inilah kerajaan baru PM10..

  • PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 201

Friday, December 16, 2022

Toksik LK Siang.. UMNO terpesona.

 


1. Retorik politik hipokrit dan toksik Lim Kit Siang

VETERAN DAP, Lim Kit Siang dalam tulisan-tulisan beliau sejak hujung November lalu nampaknya begitu bimbang dengan perkembangan politik mutakhir ini. Terutama keputusan PRU15 di mana beliau terlihat begitu menyerlahkan rasa terancam walaupun kini pihaknya sudahpun menjadi kerajaan.

Gugup, gopoh dan gelisahnya Kit Siang, hingga membuat perhitungan simplistik dan naif untuk meremehkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di beberapa Parlimen. Beliau seakan sangat tertekan dan terdesak apabila menggabungkan jumlah undi diperolehi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Kit Siang menyenaraikan PN akan tewas Johor iaitu di kerusi P.143 Pagoh dan di P.154 Mersing, di P.136 Tangga Batu dan P.139 Jasin (Melaka), di P.166 Labuan dan P.125 Putrajaya (Wilayah Persekutuan), serta P.041 Kepala Batas, P.042 Tasek Gelugor dan P.044 Permatang Pauh (Pulau Pinang).

Menggabungkan jumlah undi PH dan BN untuk menyatakan PN akan tewas adalah hujah sangat dangkal bagi beliau yang sudah lebih 55 tahun dalam politik. Ia sama seperti ejekan para lasykar siber PH-BN kononnya PN kemaruk mahukan gabungan jumlah kerusi parti lain supaya diumum pemenang.

Kit Siang mungkin menutup hakikat betapa PH-BN akan tewas lebih banyak kerusi jika sejak awal mengisytiharkan penggabungan. Sebaliknya, PN akan menang 101 kerusi, PH hanya 74 kerusi dan BN cuma satu iaitu di P.151 Simpang Renggam. Satu kerusi, P.153 Sembrong pula berada pada situasi 50-50 antara BN dan PN.

PN muktamad akan mengatasi BN di kerusi-kerusi berikut iaitu P.055 Lenggong dan P.072 Tapah (Perak), P.079 Lipis, P.084 Paya Besar, P.085 Pekan dan P.090 Bera (Pahang), P.119 Setiawangsa (Wilayah Persekutuan), serta P.126 Jelebu, P.127 Jempol, P.129 Kuala Pilah dan P.131 Rembau (Negeri Sembilan).

Juga di Johor melibatkan kerusi P.147 Parit Sulong, P.148 Ayer Hitam, P.155 Tenggara, P.156 Kota Tinggi, P.157 Pengerang, P.164 Pontian dan P.165 Tanjung Piai. Manakala kerusi yang kini dimenangi BN iaitu P.133 Tampin (Negeri Sembilan) dan P.075 Bagan Datuk (Perak) serta P.078 Cameron Highlands (Pahang) sepatutnya jatuh ke tangan PH.

Begitu juga PH akan turut tewas kepada PN di kerusi P.015 Sungai Petani (Kedah), P.053 Balik Pulau (Pulau Pinang), P.063 Tambun dan P.077 Tanjong Malim (Perak), P.080 Raub (Pahang), P.096 Kuala Selangor dan P.113 Sepang (Selangor), serta P.141 Sekijang dan P.146 Muar (Johor).

Keputusan akan terhasil sedemikian atas faktor ‘Gelombang Hijau’ yang begitu menghantui dan digeruni oleh Kit Siang. Malah, ia sudah tentu melakar sejarah berlainan dari yang sedang disaksikan rakyat pada medan politik negara dan carta pentadbiran Kerajaan Malaysia pada ketika ini.

Meludah ke langit

Kit Siang dalam tulisannya juga mahu ‘Gelombang Hijau’ PRU15 dihentikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan menangani politik toksik iaitu penipuan, syak wasangka, kebencian, perkauman, dan keagamaan. Beliau mahukan kerajaan ini bersih, jujur, tidak korup, dan menghentikan kemunduran negara sejak enam dekad lepas.

Ia suatu retorik yang cukup melucukan dan memualkan kerana seluruh dunia menyaksikan kerajaan PH-BN hakikatnya digabungkan dari penipuan. Sementara syak wasangka, kebencian, perkauman dan agama melampau adalah toksik yang dikumbah dari parti pernah dipimpin Kit Siang sendiri iaitu DAP.

Paling membingungkan, namun mengundang ketawa adalah seruan Kit Siang untuk menghentikan kemunduran negara sejak 60 tahun lalu. Entah pembangunan dan kemajuan setara mana diangankan beliau tanpa meletakkan pembaris untuk menjadi kayu ukur kepada kekesalan dilontarkannya itu.

Kit Siang malah sebelum PRU14 dahulu membawa propaganda untuk Malaysia diselamatkan dari politik kleptokrasi yang menyebabkan ia menjadi negara gagal. Beliau mengajak rakyat menolak penyangak dalam kerajaan iaitu pencuri, perompak dan penyamun atau 3P.

Label tersebut tidak hanya dibawa beliau dalam siri ceramah atau jelajah politik seluruh Malaysia dan dunia, malah turut menjadi soalannya di Dewan Rakyat. Beliau mengaku bersikap patriotik untuk membersih dan memulihkan Malaysia dari stigma buruk tersebut.

Beliau cukup percaya ‘tsunami politik’ tahun 2008 untuk rakyat menyingkirkan Kerajaan Persekutuan BN di Putrajaya sebagai impian yang tidak mustahil. Katanya, impian itu boleh dicapai jika sistem pilihan raya benar-benar adil dan demokratik, pembangkang sudah menggantikan BN sejak PRU13.

“Malangnya, walaupun (Dato’ Sri Mohd) Najib (Tun Abdul Razak) hanya mendapat 47 peratus undi, beliau mampu memenangi 60 peratus kerusi Parlimen dan kekal sebagai Perdana Menteri.

“(Najib) Menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama dengan sokongan minoriti,” ujar Kit Siang dalam ucapan pada Seminar Perdana di Pusat Konvensyen Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, 8 Mac 2017.

Nah! Kini semua dikecamnya itu dahulu tidak ubah umpama meludah ke langit! Para kleptokrat dan penyangak – pencuri, perompak dan penyamun tersebut sedang bersama, didukung dan sudah ‘dibersihkan dan dipulihkan’ oleh beliau barangkali, di mana mereka itu bahkan membarisi Kabinet Kerajaan.

Begitu juga keyakinannya kepada ‘tsunami politik’ rakyat tahun 2008, tetapi enggan menerima ‘Gelombang Hijau’ 2022 yang dilihat begitu menghantui beliau. Tidakkah pula beliau melihat malang apabila Anwar menjadi Perdana Menteri walaupun mendapat undi minoriti?

Anwar hanya dipilih oleh 5,742,480 pengundi atau 36.87 peratus daripada 15,575,874 pemilih yang membuang undi pada PRU15 baru-baru ini. Iaitu jauh lebih sedikit daripada peratus diperolehi Najib pada PRU13 dahulu.

IZWAN ABDUL HALIM


2. Umno makin terpesona penampilan DAP?  

UMNO menggambarkan DAP sudah berubah, sudah tidak lawan Islam, sudah tidak lawan Melayu, sudah tidak ada agenda Komunis, sudah ada ketaatan kepada Raja Melayu, segalanya baik-baik belaka. Tiada apa yang nak dicurigakan lagi terhadap DAP sekarang ini. 

Kalau terpaksa undang DAP sebagai tetamu VVIP di Perhimpunan Agung Umno kali ini pun, mungkin surat Setiausaha Agung Umno akan terbang ke Pejabat Agung DAP tidak lama lagi. Janji Umno mampu yakinkan ahli-ahli akar umbi mereka, PH adalah rakan perjuangan sebenarnya seperti mana ucapan Presiden Umno ketika kempen PRU Padang Serai.

Akan disediakan busana lengkap buat tetamu istimewanya nanti, saat meraikan tetamu dinanti-nanti penuh keterujaan, ini kerana penampilan DAP yang tiba-tiba berubah selepas PRU-15. Lebih ketara ketika PRU di DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai. Sehari selepas PRU, Umno Perak memulakan langkah sebagai permulaan Umno bersama DAP.

Kemudiannya Pahang, terpesona kerana DAP tidak mengenakan apa-apa syarat kerjasama untuk tubuh Kerajaan Umno-DAP. Dinamikanya DAP di kaca mata Umno waktu ini. Sedikitpun tidak menoleh ke arah lapis-lapis kerosakan dan kemusnahan, hanya molek, cantik dan baik-baik belaka. 

Cinta keterpaksaan kian menusuk jiwa, tiada siapa yang boleh halang, tiada siapa yang boleh menegah, akan direnangi lautan api, akan diredah lautan gelombang, semuanya demi satu kerjasama politik perjuangan Umno, bangsanya, agamanya dan Raja Melayu.

Ucapan puji memuji kian bertali arus, DAP adalah rakan baik, rakan setia, rakan sehidup semati orang Melayu Umno kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih, raikan pergorbanan DAP selama ini, kita silap selama ini, kita salah bina persepsi terhadap DAP, tinggal lagi, atau kita tunggulah Pemuda Umno atau Asraf Wajdi nyanyikan lagu ‘Terima Kasih DAP..Terima Kasih DAP..Terima Kasih DAP…’

Seperti petikan dari coretan ‘Minda Presiden PAS’  “Kini, DAP yang dikatakan kononnya sudah berubah sedang disanjung, walaupun ideologi dan pendekatannya secara terang-terangan bersikap anti-Islam. Hal ini demikian kerana, mereka berdiam diri tanpa mengubah dasar partinya, bersama parti-parti yang bersekongkol dengannya”.

Jelas sekali apa yang sedang berlaku dalam hari ini. Namun kita yakin ianya hanyalah tindakan terdesak segelintir pimpinan utama Umno sahaja, umum mengetahui dilema besar yang dihadapi Presiden Umno sekarang ini. Perjuangan hidup dan mati Zahid untuk hadapi hari mendatang yang berisiko.

Sama sekali dia sebolehnya tidak mahu mengikuti bekas Presiden Umno yang dipenjarakan sekarang ini. Zahid tidak mahu keputusan mahkamah yang sedang menghantui isteri bekas Perdana Menteri ketika ini. Satu hambatan iringan seharian yang menyeksakan jiwa. Menanti saat diseret ke tirai besi.

Tinggal lagi apakah semua tindakan ini diterima oleh akar umbi? Apakah mereka seia senada dengan tindakan Zahid, apakah mereka boleh menerima DAP di persekitaran hidup mereka, apakah mereka boleh lenyapkan sekelip mana kacau ganggu DAP terhadap Islam, orang Melayu dan Raja-raja Melayu sebelum ini.

Terpenjaranya Najib Razak atas faktor apa? Siapa yang memainkan isu 1MDB dan penyelewengan besar sebelum ini sehingga dibuka siasatan dan pendakwaan. Siapa pula merencanakan kegilaan Rosmah Mansor membaham jutaan duit rakyat?

Siapa pula mendedahkan isu skandal penyelewengan rasuah dan salah guna kuasa Zahid Hamidi? Semua ini sedang bermain di kotak fikiran ahli dan penyokong Umno di seluruh peringkat. Orang yang mencetuskan gelombang isu-isu itu semua bersama-sama sekarang ini dalam pasukan Kerajaan Campuran ini. 

Apakah semua ini boleh dilenyapkan begitu sahaja dengan susunan kata-kata pujian, madah madah pujangga, pelukan-pelukan dan salaman retorik di khalayak ramai atau di pentas-pentas acara sahaja? Penulis yakin akar umbi Umno tidak mudah didoktrin jiwa dan pemikiran mereka untuk menerima DAP sebagai pejuang Melayu, pejuang Islam dan DAP pejuang mempertahankan Raja-raja Melayu.

Peribahasa orang Melayu ‘Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya’ pepatah ini harus diambil cakna semula, kita juga kena ingat peribahasa  ‘Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air…‘ Jangan pula Umno menjadi seperti peribahasa ini ‘Bagai kaca terhempas di batu…’

Ambillah peribahasa ini untuk dihadam dan bincangkan di akar umbi Umno yang sangat setia di kampung-kampung, ‘Bara yang digenggam biar sampai jadi abu‘. Janganlah tindakan Zahid itu seperti ‘Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua’, ‘Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran’.

NARAZA MUDA – HARAKAHDAILY 14/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Toksid LK Siang.. UMNO terpesona.

Ini perhatian untuk dihadam dan bincangkan di akar umbi Umno yang sangat setia di kampung-kampung,  ‘Bara yang digenggam biar sampai jadi abu‘.

Janganlah tindakan Zahid itu seperti ‘Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua’, 

‘Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran’.

Kesimpulannya, linggkup, porrah!

  • PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

29 kampung di P.Pinang 'hilang dari peta'..

 

1Media.My: Pulau Pinang : Tanjung bagi Georgetown dicadang sejak tahun 1965
Paparan di Google Maps yang tidak kelihatan nama Palestin yang menjadi pertikaian kalangan netizen. - Gambar Twitter

Komen Rakyat dalam blog ini..

13 comments:

1 Anonymous said...

Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko 'hilang dari peta' berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

2 Anonymous said...

Apa hal dong zong mohon uec.
Apakah mereka mahu silibus sendiri. Tidak mahu ikut silibus negara malaysia. Yang ini orang melayu kena bantah. Tersangat perkauman.

3 Anonymous said...

Harapannya ialah supaya gelombang hijau berterusan hingga ke pilihanraya akan datang. Kerana sudah ada keserasian antara rakyat jelata dan kepimpinan. Semoga seluruh rakyat mendapat manfaat dari sikap jujur, ikhlas dan beramanah dari kepimpinan gelombang hijau.

4 Anonymous said...

Kerajaan Brother Anwar Bin Ibrahim kena siasat segera kenapa Zety cuti sakit..!!

SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , SPRM dan Brother jangan jadi 'Cifut Babi' lambat menyiasat cuti sakit Zety terlampau banyak sangat..!!

Isu Bossku kalau tak ditangani segera boleh jadi time bomb pada kerajaan minoriti Brother Anwar Bin Ibrahim.

Isu ‘MC’ Zeti menjadi bualan rakyat kerana sekian lama mendiam diri dan tidak muncul dimana mana, tetapi apabila tiba waktu untuk memberi keterangan , tiba2 mohon untuk cuti sakit sambung menyambung.

Kisah Joanna Yu pula muncul dengan masakan sup untuk Jho Low ketika sakit situlah Jho Low, banyak lagi sebenarnya butiran menarik yang berjaya dikorek oleh pihak pembelaan Datuk Seri Najib Razak dalam kes #1MDB minggu ini.

Sangat pelik apabila ahli perniagaan yang sedang dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sangat marah kepada
bekas pengurus perhubungan Ambank Berhad, Joanna Yu Ging Ping yang tersilap hantar akaun bank Datuk Seri Najib ke Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Hubungan terlebih akrab dari biasa antara Jho Low dan Joanna turut mengundang persoalan wujudnya komplot jahat diantara kedua mereka untuk menganiaya Datuk Seri Najib.

Joanna akui setiap tindakannya bersama Jho Low ke atas akaun tersebut tidak mendapat pengesahan Datuk Seri Najib.

Tan Sri Shafee berjaya buktikan ketika soal balas kepada Joanna mengenai permintaan Jho Low untuk menukar nama akaun Datuk Seri Najib.

Cheah dan Joanna yang hanya telan bulat bulat arahan Jho Low tanpa mendapat pengesahan dari DS Najib.

Joanna seterusnya bersetuju bahawa DS Najib tidak pernah memberi apa-apa arahan berkaitan penukaran/penambahan nama akaun tersebut

Terang lagi bersuluh membuktikan Datuk Seri Najib dinafikan perbicaraan yang adil. Najib gagal singkirkan Gopal Sri Ram, gagal saman Ambank, gagal masukkan bukti transaksi keluarga Zeti dan Jho Low.

Tanpa aura Bossku PRN Johor Melaka tak mampu UMNo dibawa Zahid dan Tok Mat dapat kemenangan besar..!!

Aura Bossku dari dalam penjara pun boleh tewaskan Mahathir dan Brother Anwar Bin Ibrahim Zahid Hamidi yang berada tampuk penguasa negara..!!

5 Anonymous said...

Kerajaan minoriti PH hanya memperolehi 11% undi Melayu. Sebuah kerajaan yg sangat rapuh dan tidak punyai majoriti. Kalau org Melayu lancarkan mogok atau boikot maka akan runtuhlah kerajaan minoriti ini?

6 Anonymous said...

Heran. Orang Islam tak campur tangan pun urusan gereja, urusan tokong, urusan buddha. Tapi depa dok sebuk campur tangan urusan Islam untuk orang Islam.

Kat Malaysia, dap sebuk campur tangan urusan agama Islam.

7 Anonymous said...

Betul DAP sibuk busy body hal ehwal isle... tapi Brother dah lama diam bisu yang paling malang ialah UMNo dah jadi bodoh bangang...

puiiiii..!!

8 Anonymous said...

Kerisauan siang kit pada gelombang hijau bukan perkara baru. Lama dah. Masa nak buat hudud kat kelantan, mereka bantah. Hukum Islam untuk orang Islam pun mereka bantah. Apa hal. Risau gelombang hijau terlalu awal waktu itu.

Mereka datang sini, mereka pulak nak menentukan arah tuju orang melayu. Usaha mereka agak berjaya. Pecah belahkan orang melayu. Pecah belahkan pas untuk tertubuhnya pan. Rasuahkan pimpinan umno supaya umno berpecah belah pimpinan dan akar umbi. Contoh perak dan pahang.

Orang melayu dan Islam tak boleh lagi berharap kepada ph. Kapal yang dinaiki bersama, nakhodanya dap. Walaupun dap sikit dalam kerajaan, suara siang kit adalah suara ph.

Untuk kekal bumiputera dan Islam sebagai yang termaktub dalam perlembagaan, rakyat perlu bersama dengan gelombang hijau. Tinggal ph yang kini komponennya adalah penyamun. Penyvamun tarbus dan empat puluh penyamun.

Hoi
Hoi ya hoi.

9 Anonymous said...

Brother Anwar Bin Ibrahim menang atas 100% sokongan dan sokongan kaum Cina dan India. Makna nya apa..!?

Di seluruh Semenanjung sokongan kaum Cina terhadap calon-calon PH dianggarkan mencecah 90 peratus atau lebih. Manakala sokongan pengundi India terhadap PH pula melebihi 80 peratus. Secara umum, peratusan sokongan kedua-dua kaum Cina dan India terhadap PH semakin bertambah berbanding PRU ke-14 yang lalu.

Di kawasan-kawasan sub-bandar sekitar Lembah Klang ada kerusi yang dimenangi oleh PN seperti Kuala Langat dan Kapar. Dianggar sokongan pengundi Melayu kepada PN di Kuala Langat mencapai sehingga 72 peratus dan di Kapar dianggarkan 59 peratus.

Selebihnya sokongan kaum bukan-Melayu di Semenanjung pergi kepada BN dan hampir sifar pergi kepada PN.

Jelas sekali, Brother Anwar Bin Ibrahim dari PH menang disebabkan sokongan pengundi- pengundi bukan Melayu. Makna nya apa.!?

Kaum Cina yang berasimilasi nama Jawa ini berjaya menguasai Indonesia juga melalui proksi tuan mereka iaitu Lee Kwan Yew proksi Yahudi Isreal di Asia Tenggara.

Pengundi Cina hendakkan pemimpin yang boleh hidung dicucuk seperti lembu dan barua mereka supaya tunduk pada kehendak kaum Cina, DAP dan tuan besarnya Mr Lee Kwan Yew@PAP di Singapura sana mewakili proksi elit Isreal Yahudi Asia Tenggara..!!

10 Anonymous said...

Bukanlah nak campur urusan umno. Tapi sokong sangat kalau umno pupus. Tak susah mana. Kekalkan presiden dan timbalan tanpa pertandingan. Lagi ramai yang akan ca alip but.

Lagi pun kalau ganti presiden dan timbalan, yang ada tokoh ialah abang mail dan mat bangla kj. Nak bangkit seratus peratus susah. Tapi nak elak pupus boleh.

Wak berangan angan nak pulihkan umno. Mana mungkin. Pembersihan dibuat bagi yang menentang presiden. Bukan yang menentang umno.

Akar umbi tolak presiden. Jika presiden masih kekal, akar umbi tolak dua dua. Tolak presiden, tolak parti. Pupus berpunca dari meluat kat presiden.

11 Anonymous said...

Bro An dan dap kata " ph takkan bekerjasama dengan penyamun"
Umno kata "no anwar no dap"
Sekarang mereka dah dalam satu gabungan.
Tinggal pn terkonteng konteng.
No anwar, no dap, no penyamun.
Semoga slogan slogan ini menyedarkan orang melayu dan yang cintakan keamanan.
Kekal istiqamah dan matang.
Pakat pakat ikut arus perdana.
Gelombang hijau.
Hanya ini pilihan yang ada dan terbaik.

12 Anonymous said...

Dap memusuhi jutawan melayu.
Bro An dah serang jutawan melayu secara terbuka.
Dap memusuhi Redzuan Tee.
Menteri telivisyen dah gam Redhuan Tee.
Dap memusuhi ustaz.
Syakrani dah keluar arahan larangan berceramah di masjid.
Tungguuuuu.
Ada lagi.

December 15, 2022 at 11:17 AM 

13 Anonymous said...

Kerajaan minoriti PH hanya memperolehi 11% undi Melayu. Sebuah kerajaan yg sangat rapuh dan tidak punyai majoriti. Kalau org Melayu lancarkan mogok atau boikot maka akan runtuhlah kerajaan minoriti ini?


Komen Weblog Ibnu Hasyim: dari pepatah-petitih bangsa Melayu Pulau Pinang.


Balik Pulau Bayan Lepas, 

sana terpelau sini terlepas.


Pulau Pinang bandar baharu,

Captain Light jadi raja,

macam mana hati tak haru

lihat bunga kembang seroja.


Ram ram pisang, pisang masah layu'

jatuh dalam kubang, sambaq bapak yu..


Sekian.

  • PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Lagi miskin haid, ini menteri KKM jawab. & LGBT tingkat HIV.

 


1. Setelah dikecam warga net, Menteri maklum tuala percuma di KKM untuk maklum balas segera

PUTRAJAYA: Inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma mungkin nampak kecil tapi ia boleh memberi impak besar untuk menangani isu kemiskinan haid di negara ini.

Itu penjelasan diberikan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berhubung kekeliruan isu pemberian tuala wanita secara percuma yang dinyatakan olehnya sebelum ini.

Dr. Zaliha berkata, isu kemiskinan haid sangat bertepatan dengan kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita di negara ini.

Menurutnya, beliau mengambil maklum diatas kekeliruan dan berterima kasih atas pandangan orang ramai mengenai kenyataannya sebelum ini.

“Saya ingin jelaskan bahawa inisiatif yang hendak dimulakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) itu adalah bagi melihat aspek pengoperasian serta maklum balas segera.

“Sekiranya berjaya, saya lihat ia boleh diperluaskan ke fasiliti-fasiliti kesihatan yang strategik dan melibatkan orang awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Dr. Zaliha ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKM memaklumkan, insiatif pemberian tuala wanita percuma dimulakan terlebih dahulu di tandas Pejabat Menteri KKM.

Malah, inisiatif itu juga akan dibawa ke peringkat lebih tegas dan berbentuk polisi termasuk diperluas ke seluruh negara.

Bagaimanapun, idea itu menarik perhatian warganet di saluran media sosial yang menyifatkan ia bukan langkah baharu sebaliknya sudah dilaksanakan di beberapa tempat termasuk di sekolah.

Malah, tidak kurang juga memuji idea itu memandangkan ada segelintir masyarakat di negara ini yang tidak mampu untuk memberi tuala wanita itu.- UTUSAN


2. LGBT golongan utama peningkatan kes HIV di Malaysia 

DAPATAN baru menunjukkan lebih separuh daripada kes HIV baru adalah dari negeri-negeri berpenduduk ramai seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Majoriti mereka yang dijangkiti HIV adalah dari golongan orang muda yang berusia antara 20-29 tahun.

Penularan kes HIV di Malaysia bermula dari tahun 1990 majoritinya tertumpu kepada penyalahgunaan dadah (61 peratus) dan 5 peratus melibatkan kes seks berlainan jantina.

Tahun 2010 majoriti kes HIV melibatkan penyalahgunaan dadah menurun sebanyak 48 peratus dan kes seks berlainan jantina meningkat sehingga 40 peratus.

2018 menyaksikan perubahan ketara apabila majoriti penularan HIV ialah akibat seks sama jenis sebanyak 57 peratus. Penularan HIV disebabkan penyalahgunaan dadah turun sehingga 3 peratus sahaja.

Peratusan penularan HIV disebabkan seks sejenis terus meningkat pada tahun 2021.

Sepanjang 30 tahun analisa, trend penularan HIV telah berubah dari berkongsi jarum suntikan akibat penyalahgunaan dadah ke seks sejenis. Trend kes HIV akibat seks sejenis dijangka akan terus meningkat pada tahun-tahun mendatang.

Pada 1 Disember 2022, KKM telah bercadang memperluaskan penggunaan ubat PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif dalam usaha mencegah penyebaran wabak HIV/AIDS.

Tindakan membelanjakan hasil negara yang dikutip melalui pembayar cukai berpotensi membolehkan golongan ini terus kekal dalam gaya hidup mereka yang berisiko tinggi.

QGA berpendapat KKM sepatutnya menjadikan langkah-langkah pencegahan hubungan sesama jenis sebagai usaha pencegahan yang utama.

Adakah wajar cukai rakyat dibelanjakan kepada golongan ini?

Adakah wajar KKM meneruskan langkah ini?

QGENANALYST – HARAKAHDAILY 12/12/2022

Rujukan: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Laporan/Umum/MYS_country_report_2021.pdf 

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100042985766158/posts/pfbid0r2Ta5tbw8or8weuQmcGzeodUiDq4nbCegJpNRHsg8h6AcaBAQiFrERjSRaD9YJgvl/?sfnsn=mo&mibextid=6aamW6 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Lagi miskin haid, ini menteri KKM jawab.  & LGBT tingkat HIV.

Al-hamdulillah.

  • PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails