Tuesday, March 28, 2023

Hakim pertama berhijab di New Jersey AS. & Lapor jahat di S'gor.

 

Nadia Kahf. - Foto Facebook/Josh PR

1. Nadia Kahf hakim pertama berhijab angkat sumpah sertai Mahkamah AS di New Jersey

ANKARA: Peguam Amerika Syarikat (AS), Nadia Kahf dilantik ke Mahkamah Tinggi New Jersey, menjadi hakim berhijab yang pertama di negara itu, menurut laporan media tempatan, seperti yang dipetik oleh Agensi Anadolu.

Kahf, yang berasal dari Syria dan seorang peguam undang-undang keluarga dan imigresen di bandar Wayne, mengangkat sumpah Khamis lalu, dengan tangannya di atas senaskhah al-Quran, menurut laman berita tempatan North Jersey.

Beliau akan bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Passaic County selepas Gabenor New Jersey Phil Murphy mencalonkannya tahun lalu, menurut media tempatan.

Walaupun Kahf bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai hijab.

Sejak 2003, beliau sudah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey, sebuah pertubuhan hak sivil Islam di mana Cik Kahf kini berkhidmat sebagai pengerusi.

Beliau juga adalah penasihat undang-undang kepada Wafa House, sebuah agensi keganasan rumah tangga dan perkhidmatan sosial bukan untuk untung yang berpangkalan di bandar Clifton, dan juga seorang pengerusi Pusat Islam Passaic County. - AGENSI


2. PAS hormati pembinaan rumah ibadat bukan-Islam yang teratur 

PAS Selangor kesal dengan laporan portal  Malaysiakini di bawah tajuk ‘Quit politicising religion – politicians told‘ oleh Isbelle Long dan Nabila Shila. 

Ia mahu menggambarkan seolah PAS bermain isu perbezaan agama kononnya untuk memperolehi sokongan politik dan mengaitkan ucapan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor di Parlimen baru-baru ini.

Ia mendakwa gesaan Dr Ahmad Yunus agar pihak kerajaan tidak membina rumah ibadat bukan-Islam berhampiran masjid sebagai bukti PAS memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

PAS Selangor menganggap laporan ini cukup jahat dan malah ialah yang sesungguhnya cuba mempolitikkan kenyataan jujur seorang wakil rakyat yang dalam perbahasannya mahu melihat keharmonian kaum dikekalkan dan sebarang konflik dan ketegangan sesama rakyat berbilang agama dapat dielakkan.

Dr Ahmad Yunus merujuk kepada cadangan pembinaan baru, yang melibatkan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan pihak perancang bandar di PBT, Jabatan Perancangan Negeri dan di Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan dengan gesaan agar sensitiviti masyarakat setempat sentiasa diambil kira.

Beliau dalam ucapannya pada 16 Mac 2023 di Parlimen membawa contoh sebuah tapak di sempadan kawasan beliau iaitu di Canary Garden, Bandar Bestari Klang, di bawah Majlis Perbandaran Klang di mana sebuah rumah ibadat bukan-Islam sedang dibina tanpa kelulusan di tapak yang dikelilingi kampung Melayu Islam di Sijangkang, Kuala Langat.

Penduduk di perkampungan ini telah membuat bantahan ke PBT dan beliau sendiri selaku wakil rakyat, kerana itu isu ini dibangkitkan di Parlimen untuk penyelesaian.

Untuk pengetahuan Malaysiakini dan pihak yang tidak bertanggungjawab menyerang PAS dalam isu ini, Manual Garispanduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor menetapkan bahawa sebarang tapak rumah ibadat perlu diwartakan di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara dan memperolehi Kebenaran Merancang dari PBT berkaitan, dalam kes ini tiada pewartawaan mahupun kelulusan diperolehi. 

Manual yang sama juga menyebut, pembinaan rumah ibadat bukan Islam di Selangor hendaklah di kawasan taburan penduduk 5,000 penduduk  untuk 1 tapak atau 2,600 penganut bagi 1 tapak. Di kawasan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Langat ini, tidak ada penduduk bukan-Islam pun berhampiran kawasan berkenaan.

Memutarbelitkan kenyataan seorang wakil rakyat di Parlimen dengan niat jahat ini cukup dikesali.

PAS tidak pernah ada masalah dengan rumah-rumah ibadat pelbagai agama termasuklah di Selangor yang ada sedia terbina sekian lama dan dapat diterima masyarakat setempat sejak awal lagi.

Isu ini berbeza kerana ia melibatkan rumah ibadat bukan-Islam yang baru, dan yang tidak mendapat kelulusan. Ia pula dibina di kawasan perkampungan Melayu Islam yang mendapat bantahan masyarakat setempat.

Secara amnya mana-mana masyarakat tidak akan menyokong pembinaan rumah ibadat mana-mana agama sekalipun yang tidak memperolehi kebenaran pihak berkuasa tempatan dan negeri. 

PAS Selangor berharap sebagai portal berita yang bertanggungjawab, Malaysiakini tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat yang tidak membantu dalam pembinaan sebuah negara yang bersatu-padu dan masyarakatnya patuh serta taat pada undang-undang dan peraturan negeri dan negara.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Perhubungan
PAS Negeri Selangor
26 Mac 2023/ 4 Ramadhan 1444 – HARAKAHDAILY 26/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hakim pertama berhijab di New Jersey AS. & Lapor jahat di S'gor.

Mengenai rumah ibadat di Malaysia, puak-puak pelampau ganas anti Islam menyerang Islam secara terbuka.. 

"PAS Selangor menganggap laporan ini cukup jahat dan malah ialah yang sesungguhnya cuba mempolitikkan kenyataan jujur seorang wakil rakyat yang dalam perbahasannya mahu melihat keharmonian kaum dikekalkan dan sebarang konflik dan ketegangan sesama rakyat berbilang agama dapat dielakkan." Begitu biadapnya.


Monday, March 27, 2023

Lembu punya susu, sapi (Anwar) punya nama. Serabut t/ayam.

1. Menu Rahmah: Peniaga punya susu, Anwar dapat nama

ADA pemilik restoran yang terpaksa stop jual hidangan Menu Rahmah? Kenapa? Bukan ke Menu Rahmah ini menyelesaikan masalah?

Kita tidak menafikan usaha kerajaan dan sambutan baik daripada banyak pihak menjadi tarikan umum untuk menikmati hidangan lengkap (mungkin) dengan harga yang murah. Dari sudut ini, kita ok sahaja.

Cumanya, ada beberapa masalah pada Menu Rahmah ini yang mungkin kerajaan boleh ambil tindakan proaktif dalam masa yang sama mengekalkan penjenamaan yang masih dalam keadaan yang diterima baik lagi.

Pertamanya dan sebagai asas, dalam menyelesaikan sebuah masalah, perlu kenal pasti permasalahan sebenar yang berlaku. Barulah tak melangit sangat dan tidak terlampau populis hingga tidak dapat selesaikan masalah yang sebenar. Masalah sebenar kita ialah harga barang. Harga barang semakin hari semakin meningkat sehingga membebankan golongan pertengahan dan rendah.

Jadi apa punca harga barangan asas terus meningkat naik? Kalau perasan, ia bertambah teruk selepas ekonomi mula dibuka pasca COVID-19. 

Masalah yang berlaku berikut merupakan punca harga barangan asas semakin bertambah: 

a. Kesan inflasi di Amerika Syarikat yang semakin teruk. Hasilnya AS meningkatkan kadar faedah Dolar yang menyebabkan kesan rantaian kepada kadar inflasi dunia. Malaysia turut menerima tempias ini.

b. Bekalan rantaian makanan dunia terjejas. Perang Russian Ukraine yang melibatkan negara pengeluar gandum dan baja terbesar dunia telah menjejaskan rantaian makanan global. Hasilnya juga membawa kesan berantai kepada rantaian bekalan makanan dunia.

c. Kebergantungan sektor makanan Malaysia yang amat tinggi kepada barangan import. Contohnya industri ayam yang memerlukan import dedak yang tinggi dari negara luar. Apabila rantaian bekalan makanan ekonomi global terjejas. Ia turut terjejas.

d. Wujudnya kartel yang monopoli ‘supply chain‘. 

e. Kos production barangan yang semakin tinggi dan meningkat akibat pelbagai faktor seperti kekurangan tenaga kerja dan modal insan.

Hasil daripada masalah-masalah ini, barangan mentah seperti ayam, daging, telur dan lain-lain yang menjadi sebahagian makanan asas kita mahal. Akhirnya, secara ‘domino’s effect‘ menjadikan ‘end-product‘nya pun mahal.

Inilah permasalahan tunjang yang boleh membawa kepada ‘poverty‘. Jadi, seterusnya, apa masalah dengan Menu Rahmah ini? RM5.00 sahaja kut?

Berikut merupakan masalah Menu Rahmah:

a. Pelaksanaan Menu Rahmah tidak menyentuh penyelesaian kepada masalah-masalah tunjang dalam kenaikan harga barangan.

b. Menu Rahmah hanya menyentuh permasalahan pada bahagian end-customer sahaja. Untuk masalah seperti barangan mentah, isu kartel monopoli, kos produksi tidak dilihat berusaha untuk menyelesaikan dan tidak dapat disentuh isu-isu tersebut dengan baik.

c. Peniaga terpaksa terbeban menyerap kos demi menyahut inisiatif Menu Rahmah. Beberapa komitmen yang peniaga tetap perlu hadapi meskipun menyediakan Menu Rahmah adalah seperti berikut:

• Kos Sewa Kedai yang tetap tidak turun.
• Harga barangan mentah yang tidak selesai.
• Gaji pekerja-pekerja yang masih perlu dibayar.

Inilah permasalahan besar yang dihadapi oleh peniaga-peniaga sebenarnya dalam menjayakan Menu Rahmah ini. Satu pujian boleh diberikan kepada mereka kerana bersemangat untuk menyahut inisiatif Kerajaan. Namun, sekadar mendaftarkan dan menyuruh mereka menjadi ‘kreatif’ untuk menyediakan sebuah hidangan lengkap dengan harga yang murah bukanlah suatu tindakan yang bernas. 

Hasil daripada tindakan ini, peniaga-peniaga akan terbeban kerana terpaksa menyerap kos untuk hasilkan hidangan yang harga RM5.00. Inilah yang menyebabkan sebahagian daripada peniaga-peniaga terpaksa mengambil langkah sama ada:

a. Berhenti daripada terus menjual hidangan Rahmah dan tidak sustain dengan lama. 

Yalah, harga ayam dan telur mahal, kena bayar sewa kedai, bayar gaji pekerja lagi. Menanggung Menu Rahmah, peniaga terpaksa keluar duit sendiri ataupun tidak mendapat keuntungan yang munasabah.

b. Merendahkan kualiti makanan.

Sekiranya protein daripada ayam segar tidak mampu ditampung oleh peniaga, maka apa lagi inisiatif peniaga bagi melengkapkan hidangan Menu Rahmah selain daripada mengambil bahan-bahan yang lebih rendah kualiti dan murah. Kebimbangan inilah yang dirisaukan oleh orang ramai yang boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Jadi, apa peranan kerajaan dalam mengatasi isu-isu di sini? Ada beberapa cadangan:

a. Selesaikan masalah pokok kepada berlakunya peningkatan kos harga barangan seperti dominasi kartel dalam bidang makanan.

b. Kerajaan perlu terlibat aktif dalam pelaksanaan Menu Rahmah dengan memberikan insentif kepada peniaga yang melaksanakan Menu Rahmah seperti  suntikan dana, pengecualian cukai, diskaun sewaan kedai dan lain-lain.

c. Memperkasakan industri makanan untuk pelan jangka masa panjang. Seperti cadangan memperkasakan industri daging negara.

Tidak adil sekiranya permasalahan-permasalahan ini ditutup sebelah mata dengan alasan ‘Mydin dan AEON buat Menu Rahmah, ok sahaja. Makanan best-best’. 

Mereka ini syarikat besar dan sekadar cut bajet sikit untuk sambut naratif kerajaan yang mana juga menguntungkan mereka sebab marketing apalah sangat dibandingkan dengan keuntungan penyewa-penyewa ruang di pasaraya tersebut. Itupun ada kata inisiatif ini akan bertahan dalam 3 bulan sahaja. Namun, nasib berbeza dengan peniaga-peniaga di luar sana yang perlu diutamakan.

Tanpa kita menafikan kebaikan Menu Rahmah dan manfaat yang besar kepada rakyat, adalah tidak bertanggungjawab sekiranya kerajaan mengambil kesempatan terhadap para peniaga yang ikhlas membantu rakyat susah dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini. 

Hakikatnya para peniaga perlu membuat keuntungan dalam perniagaan mereka. Sekiranya keadaan semasa diteruskan, tinggal masa sahaja Menu Rahmah tinggal kenangan dalam arus inflasi yang semakin menggila.

NASEER AHMAD MERICAN
Projek Anak Muda Islam (PAMI) – HARAKAHDAILY 24/3/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/1210904862266731/posts/pfbid02NzhFP1JUjUQnoVooMPv9d1VSY7TqK19UuE6fMDtHFXiUFG1bF1QDfktLu9TCFUZ3l/?sfnsn=mo&mibextid=6aamW6


2. 'Bekalan telur ayam hanya 400,000 sehari, sedangkan keperluan sejuta sehari'  
Tinjauan mendapati telur ayam kotor dan putih menjadi rebutan pengguna berikutan krisis kekurangan bekalan telur di Terengganu. - Foto NSTP/BAHAROM BAKAR

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu mengakui berlaku kekurangan bekalan telur ayam di negeri ini.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia, berkata keperluan telur ayam di negeri itu adalah sebanyak sejuta sehari, tetapi bekalan diterima hanyalah 600,000 sehari.

Bagaimanapun, katanya, berlaku kekurangan bekalan telur ayam sebanyak 33 peratus pada bulan Ramadan yang bermula sejak Khamis lalu.

"Pemborong telur ayam di negeri ini hanya menerima bekalan kira-kira 400,000 biji sehari sejak Khamis lalu, berbanding 600,000 biji sehari sebelum Ramadan.

Terdahulu, media melaporkan bekalan telur ayam di beberapa daerah di negeri ini kembali meruncing selepas pemborong utama tidak menerima bekalan antara Khamis minggu dan Selasa lalu.

Saharuddin turut mengesahkan permintaan bekalan telur ayam yang semakin meningkat sejak Khamis lalu turut menyumbangkan kepada kekurangan bekalan.

Katanya, pemborong telur ayam di negeri ini memperoleh bekalan daripada pengusaha ladang di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak.

"Pemborong telur ayam menyatakan faktor utama berlakunya penurunan jumlah bekalan secara mendadak disebabkan permintaan sumber protein itu semakin meningkat.

"KPDN akan sentiasa memantau dan melakukan pemeriksaan tahap keberadaan telur ayam di 160 Peruncit Terpilih Daerah (DDR) dan di 74 Pemborong Terpilih Daerah (DDW) di seluruh negeri secara harian," katanya.

Mengenai dakwaan berlakunya peningkatan harga, Saharuddin berkata, pihaknya memberi peringatan kepada semua peniaga supaya tidak mengambil kesempatan atas situasi untuk menaikkan harga telur ayam.

Katanya, harga telur ayam gred A ditetapkan pada kadar 0.45 sen sebiji, gred B (0.43) dan 0.41 sen sebiji untuk telur gred C.

"Peniaga yang menaikkan harga melebihi harga ditetapkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Jika disabitkan kesalahan, syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 dan denda sehingga RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000 untuk individu," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimLembu punya susu, sapi (Anwar) punya nama. & Serabut telur ayam. 

Mampukah menteri yang berpendidikan 'tukang masak atau amah' mengendalikan keserabutan kekurangan telur ayam? Bekalan telur ayam hanya 400,000 sehari, sedangkan keperluan sejuta sehari?

Sunday, March 26, 2023

Lawatan Brother Anwar ke Saudi gagal?

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

22 comments:

1 Anonymous said...

Lawatan ke Arab Saudi dikira gagal sebab Brother Anwar Bin Ibrahim gagal berjumpa dengan Raja Salman Dan Pengiran Mahkota Arab Mohammad Salman...

Nampak ada sesuatu yang tidak kena lawatan ini...


2 Anonymous said...

Amat memalukan rakyat malaysia bila perdana menteri arab saudi tidak berjumpa dengan dolly. Sangat sangat memalukan. Kerana sebelum ini perdana menteri arab saudi mahu berjumpa dengan bm sebelum dolly.

3 Anonymous said...

Wahai ahli UMNO,

Sedarlah.

UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. Parti UMNO tidak ada lagi.

Yang ada ialah bangkai yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

24 Mac 2023

Pssstt.. barua barua Melayu' LeeKwanYew@DAP sudah bergadoh sesama barua LeeKwanYew@DAP.. Jom siapkan pop corn tambah dan kopi panas ... Jommm orang Melayu' semua tepok tangan Dan layannnn..!!

4 Anonymous said...

Dipercayai terdapat terlalu ramai penyokong2 golongan songsang didalam pakatan hancing sekarang. Sebab itu mereka semakin berani dan bertidak secara terang2an.

5 Anonymous said...

Aku ada tengok video seorang sultan yg telah dicabut kuasa kesultanan (munkin dizaman ayahandanya) tetapi masih bertradisi kesultanan negeri tersebut bila bertemu dengan ulama yg disegani beliau menyambut dengan pelukan dan tunduk ingin mencium tangan nya ulama tersebut, cuma ulama tersebut turut menunduk menjadikan mereka sama2 mencium tangan.
Sultan malah memakaikan tengkolok kebesaran kesultanan baginda pada salah satu dari dua ulama yg berkunjung menziarahi baginda.
Ulama yg lantang menyeru kpd yg ma'ruf dan menentang kemunkaran tersebut nampaknya begitu menghormati sultan tersebut, begitulah hakikat hati sesaorang ulama yg sejati. dan dari video tersebut dapat juga dilihat suatu gambaran bahawa seandainya sesaorang sultan itu sudah kehilangan kuasa maka pada ulama jua yg dilihat mulia.
Aku tertanya² juga.. apakah begitu keadaannya diwaktu2 yg lalu bilamana sultan2 mana2 negeri jika berada pada kedudukan yg lemah maka kpd ulama lah tempat mereka merapatkan diri sepertimana byk tertulis dalam buku2 sejarah?
Apakah ini juga bermakna sekiranya lemah ulama pada sesuatu ketika atau keadaan yg sangat diperlukan oleh sesaorang sultan maka ianya boleh menyebabkan baginda kehilangan kuasa atau tahta?

Bukan beerti semua yg diperbuat sesaorang ulama itu betul semuanya dan malah dalam Islam pun disuruh berpesan2 pada kebenaran.... tapi apa yg penting untuk dilihat disini adalah ulama itu selalunya memuliakan raja2 atau sultan2 mereka walaupun kekadang kedengaran sangat keras cara dakwahnya.

6 Anonymous said...

Dahulu bila harga barang naik, tiap2 minggu buat demonstrasi! Kini dibawah kerajaan pakatan hancing tidak lagi, maknanya ok la tu, harga barangan naik melambung bukanlah lagi satu isu? Hu..hu..

7 Anonymous said...

Jom ziarah? Masjid, surau pun jarang2 ziarah, ada pula yang syor pi ziarah tempat tu! Nak buat apa?

8 Anonymous said...

Jom semua rakyat beragama Islam, dibulan yang mulia penuh barakah ini, jom sama2 kita boikot kedai2 yang ada jual arak, seven elevan dsb... tak lama mana pun, sebulan je...

9 Anonymous said...

ph pandai tipu, harga brg keperluan pun jadi mahal, gaji murah, ramai mengangur sebab ph byk pandai urus nak bagi negara bangkrap.

10 Anonymous said...

Walau pun dimomok momokkan pas tidak pandai memerintah. Kelantan makin maju. Kedah makan maju.

Trengganu makin maju. Pakar aeroangkasa. Bukan macam dolly. General degree sastera.

Jom tolak liberal dan liwat songsang. Pura pura tapi ikut rentak komunis dapig dan pan syiah.

Pas makin disokong oleh teknorat dan professional Islam.

Jom pakat pakat sokong pas. Aqidah selamat. Negara makin maju.

11 Anonymous said...

Kalau ikut menteri formula, dia cuma fokus kebendaan jer. Sama macam komunis dapig.

Kalau ikut toney buah, dia kira nak lingkupkan orang melayu. Jual harta tabung haji. Lupus kecualian cukai yayasan orang Islam biar yayasan lingkup. Bagi duit zakat pada orang kafir.

Ikut kit siang dia kira nak malaysian malaysia. Buang bumiputera. Tukar perlembagaan jadi negara sekular.

Ikut atok dia kira nak jual pulau. Biar duit atok bertapuk banyak.

Kalau ikut dolly, dia nak liberal jer. Senang lgbt bertapak. Ruu355 pun dia tak akan sokong. Dan mesti tidak sokong. Sebab denda zina, khalwat dan liwat lebih berat.

12 Anonymous said...

Walaupun royalti kelantan dirampok oleh dolly, kelantan masih mampu bayar hutang.

Walaupun melayu kelantan dinafikan peruntukan pusat oleh dolly, kelantan terus berkembang.

Walaupun dolly tidak beri perhatian pada nelayan, pekebun, pesawah, penternak, kelantan sangat serius membantu golongan ini.

Dolly beri perhatian pada pengusaha komunis dapig. Sebab gaji takda, dapatlah nafkah dari komunis dapig. Harganya ialah tibai orang melayu. Tibai kerajaan melayu islam pas. Tibai jutawan melayu. Fitnah politician melayu. Dakwa politician melayu.

13 Anonymous said...

Eng guan dah main ugut. Dolly pun serupa. Bertanduk.

Eng guan kata lapor polis adalah jenayah.

Pulak dah.

Elok sangat polis siasat. Biar adil. Dua pihak disiasat. Lagi pun dolly dan eng guan memang kaki bohong. Bohong sunat katanya. Poodaaah.

14 Anonymous said...

Bayangkan apa berlaku pada generasi kita. BM nya kuat berbohong. Mentornya eng guan pun kuat berbohong. Nanti generasi baru jadi generasi yang kuat berbohong.

Macam lgbt membiak. Sebab ada contoh.

15 Anonymous said...

Tak dapat jumpa raja arab? Takpe, minggu depan boleh pi arab sekali lagi, cuba sekali lagi, boleh juge pi buat umrah free... kah..kah..kah..

16 Anonymous said...

Tak dapat jumpa Erdogen takpe, dapat jumpa ANAK nya pun dah dikira suatu kepuasan... kah..kah..kah

17 Anonymous said...

yang liberal dapat buat umrah solat kat raudah, ni yang kata terpaling ikut quran tak boleh masuk mekah, sedihnya kat dunia lagi dah kena hukum... jangan kata nak jumpa raja arab jumpa gembala unta pun tak boleh

18 Anonymous said...

Jangan izinkan pembohongan berterusan di ruangan politik msia dan anak anak muda dihidangkan dengan bohong dan zhalim oleh presiden parti kencing rakyat.

Lebih mendukacitakan bila presiden membela cina legasi komunis dapig melakukan kezhaliman pada yayasan. Sanggup berbohong untuk menganiaya politician melayu. Rentetan kezhaliman semuanya melibatkan orang melayu.

19 Anonymous said...

Alhamdullillah. Kelantan masih kekal. Walaupun ada suara sumbang kata agamawan tak pandai memerintah.

21 Anonymous said...

Kat kelantan pun ramai orang luar. Selangor ada. Perak ada. Pulau pinang ada. Semua ada.

22 Anonymous said...

Alhamdullillah. Kelantan masih kekal. Walaupun ada suara sumbang kata agamawan tak pandai memerintah

Saturday, March 25, 2023

Ucapan gulung di Kongres Nasional Khas PKR semalam.

 

PKR lawan al-Quran

Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya bersikap ‘menyerang’ terhadap kenyataan-kenyataan ahli politik yang berkeras untuk mempolitikkan agama, demikian kata-kata salah seorang pemimpin parti itu dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional Khas PKR semalam.

Hal ini jelas menunjukkan kejahilan dan sifat buta al-Quran yang lebih parah daripada sifat buta huruf. Al-Quran menegaskan firman Allah SWT kepada para malaikat ketika hendak mencipta manusia pertama iaitu Nabi Adam AS, daripada zuriatnya dilahirkan seluruh manusia. Firman-Nya:

﴿وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ٣٠﴾

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’” (Surah al-Baqarah: 30)

Para ulama’ mentafsirkan perkataan khalifah dalam bahasa al-Quran yang disebutkan dalam ayat di atas dengan makna siasah yang bererti politik. Perkara ini telah dihuraikan oleh para ulama’ sebagaimana berikut:

‌إِقَامَةُ ‌الدِّينِ ‌وَسِيَاسَةُ الدُّنْيَا بِهِ.

“Menegakkan al-din (Islam) dan politik mentadbir urusan dunia dengan Islam (siasah).” (Al-Mawardi dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah, ms. 15 dan Ibn Khaldun dalam kitab Tarikhnya, jld. 1, ms. 239)

Di samping melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dengan melakukan ibadat, Allah juga mewajibkan kepada seluruh hamba-Nya agar berpolitik.

Oleh itu, Allah SWT juga melantik para rasul supaya berdakwah yang tidak terpisah daripada urusan politik. Peranan itu berakhir dengan lahirnya nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW yang berdakwah dan berhijrah untuk menyempurnakan tuntutan berpolitik dengan menegakkan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT.

Dalam pada itu, Rasulullah SAW tetap mengekalkan kedudukan raja-raja yang memeluk Islam, seperti al-Najasyi Malik bin Ashamah yang merupakan Raja Habsyah, Raja Oman, raja-raja di Yaman dan lain-lain. Ini adalah pelaksanaan hukum politik Islam.

Begitu juga dengan kurniaan Allah SWT berupa kenabian dan kerajaan kepada Bani Isra’il yang ditegaskan melalui firman-Nya:

﴿وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوۡمِهِۦ يَٰقَوۡمِ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَعَلَ فِيكُمۡ أَنۢبِيَآءَ وَجَعَلَكُم مُّلُوكٗا وَءَاتَىٰكُم مَّا لَمۡ يُؤۡتِ أَحَدٗا مِّنَ ٱلۡعَٰلَمِينَ٢٠﴾

“Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: ‘Wahai kaumku! Ingatlah ni‘mat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi-nabi antara kamu, dan dijadikan-Nya bagi kamu raja-raja, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorang pun antara umat-umat yang lain.’” (Surah al-Ma’idah: 20)

Al-Quran membawakan contoh konsep khalifah dan raja melalui beberapa kisah. Antaranya, kisah Nabi Daud AS yang dilantik menjadi khalifah. Kisah ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱحۡكُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ ٱلۡهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٞ شَدِيدُۢ بِمَا نَسُواْ يَوۡمَ ٱلۡحِسَابِ٢٦﴾

“Wahai Daud! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka jalankanlah hukum antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya, orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan Hari Perhitungan.” (Surah Sad: 26)

Selain itu, Allah SWT juga mengiktiraf Nabi Sulaiman AS yang dilantik menjadi raja secara warisan, sebagaimana firman-Nya:

﴿وَوَرِثَ سُلَيۡمَٰنُ دَاوُۥدَۖ وَقَالَ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ عُلِّمۡنَا مَنطِقَ ٱلطَّيۡرِ وَأُوتِينَا مِن كُلِّ شَيۡءٍۖ إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡمُبِينُ١٦﴾

“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: ‘Wahai manusia! Kami telah diberikan pengertian tentang suara burung dan kami diberikan segala sesuatu. Sesungguhnya, (semua) ini benar-benar suatu kurniaan yang nyata.’” (Surah al-Naml: 16)

Begitu juga sabda Rasulullah SAW:

كَانَتْ بَنُو إسْرائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأنْبِيَاءُ

“Kaum Bani Isra’il pada zaman dahulu, para anbiya’ menjadi pemimpin (siasah) yang mentadbir urusan politik mereka.” (Riwayat al-Bukhari, no. 3455 dan Muslim, no. 1842)

Allah SWT juga menegaskan mengenai konsep politik secara umum adalah untuk menegakkan keadilan kepada seluruh manusia, sebagaimana firman-Nya:

﴿إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا٥٩﴾

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (58) Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul(-Nya), dan Uli al-Amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Oleh yang demikian, perkara itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik kesudahannya. (59)”  (Surah al-Nisa’: 58-59)

Islam mewajibkan gabungan politik antara para pemerintah dengan para ulama’, termasuk daripada kalangan raja-raja yang terkandung maksudnya dalam istilah Uli al-Amri yang berprinsipkan beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat.

Imam al-Ghazali RH telah menulis dalam kitabnya yang masyhur:

الدِّينُ أُسٌّ والسُّلْطَانُ حَارِسٌ وَمَا أُسَّ لَهُ فَمَهْدُومٌ وَمَا لَا حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ.

“Al-din (Islam) itu asasnya, adapun sultan (pemerintah yang mempunyai kuasa politik) pula menjadi pengawasnya. Sesuatu perkara yang tiada asasnya, akan runtuh (binasa); manakala perkara yang tiada pengawas yang berpolitik mentadbir akan menyebabkan ajaran agama dihilangkan.” (Abu Hamid al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, ms. 128)

Perkara ini sekali gus menunjukkan bahawa Sultan (raja-raja) juga mempunyai hak kewajipan berpolitik.

Namun demikian, apa yang berlaku sekarang adalah kita masih mengekalkan warisan penjajah dengan memisahkan politik daripada agama dan memisahkan raja-raja daripada politik. Malah, raja-raja hanyalah ditugaskan supaya menjaga agama sahaja. 

Apa yang  dipertahankan oleh PKR itu merupakan ajaran yang dinyatakan oleh Bible (Injil) yang telah dipesongkan daripada agama para anbiya’, sepertimana yang disebutkan dalam petikan ini:

“Render unto Caesar the things which are Caesar’s, and unto God the things that are God’s.”

“Serahkan urusan kerajaan kepada raja (manusia), dan serahkan urusan Tuhan kepada Tuhan.” (Matthew 22: 21)

Al-Quran mendedahkan kesesatan Ahli Kitab yang bertindak meminda kitab Allah. Hal ini telah dijelaskan oleh firman Allah SWT:

﴿فَوَيۡلٞ لِّلَّذِينَ يَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَٰبَ بِأَيۡدِيهِمۡ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشۡتَرُواْ بِهِۦ ثَمَنٗا قَلِيلٗاۖ فَوَيۡلٞ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَوَيۡلٞ لَّهُم مِّمَّا يَكۡسِبُونَ٧٩﴾

“Maka, kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: ‘Ini dari Allah’, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka, kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Baqarah: 79)

Silakan baca Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang menegaskan hukum tertinggi ialah al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Inilah asas agama yang menjadi pegangan PAS dan perjuangannya. Adakah kerana perkara ini, maka PAS dituduh memperalatkan agama?

Bagaimanakah pula dengan perjuangan PKR?

Kita berharap supaya mereka kembali kepada al-Quran; petunjuk Allah SWT yang kekal terpelihara sepanjang zaman.

Sesungguhnya, melawan al-Quran bermakna melawan Allah yang Maha Berkuasa.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 26 Sya‘ban 1444 / 19 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 19/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hsyim: Ucapan gulung di Kongres Nasional Khas PKR semalam.

Padan pun ditegur, kerana memang perangai PKR begitu. 

"Hal in Komen Weblog Ibnu Hsyim: Ucapan gulung di Kongres Nasional Khas PKR semalam.

Padan  i jelas menunjukkan kejahilan dan sifat buta al-Quran yang lebih parah daripada sifat buta huruf."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails