Thursday, May 18, 2023

Azan: Kita di negara komuniskah? Cina ikut perangai keling..

 


1. Terdapat isu azan di Pulau Pinang 

KHABARNYA, pihak pengurusan bangunan Tri Prinnacle, Tanjung Tokong Pulau Pinang mencadangkan bahawa speaker azan diletakkan di dalam surau dan bukannya di luar.

Hal ini mengundangkan kemarahan sahabat-sahabat beragama Islam.

1. Dah 30 lebih tahun saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.

2. Agama Islam adalah Agama Persekutuan.

3. Laungan azan ini adalah elemen yang antara paling penting dalam Islam, dan menjadi salah satu elemen penting dalam maksud ‘Malaysia’. 

4. Kita sepatutnya hormati ibadah azan walaupun anda terasa terganggu disebabkan keistimewaan kedudukan agama ini di Malaysia atau mana-mana negara yang mengagungkan Islam sebagai agama negara itu. 

5.1 Saya pernah duduk berdekatan tokong Buddha, pagi-pagi pukul 4, 5 sudah main loceng dan baca sutra. Jiran-jiran Muslim tidak bising.

5.2 Saya pernah duduk berdekatan kuil India, pagi-pagi dah main loceng, jiran-jiram Muslim tidak mengadu.

5.3 Banyak upacara pengebumian yang tutup jalan. Jiran-jiran Muslim tidak mengadu.

6. Azan sebagai elemen ‘Malaysia’ ini, kita harus hormati, tambahan pula agama Islam adalah Agama Persekutuan. Dekat Arab, bila azan dilaungkan, semua aktiviti henti. 

Kita sepatutnya saling hormat menghormati, dan bukannya menuntut untuk dihormati sahaja.

ULASAN APEK CINA – HARAKAHDAILY 16/5/2023


2. Kenapa PMX bersungguh alu kedatangan Coldplay? 

SAYA membesar dengan band Coldplay ini. Daripada lagu Yellow sampailah Hymn For The Weekend semua kita layan. 

Daripada keasyikan falsetto Chris Martin yang diadun dengan muzik rock, sehinggalah Coldplay hilang identiti dipukul badai pop moden.

Yalah, dah industri muzik evolve ke arah itu, nak survive kenalah adapt. Lantak dialah bab itu.

Cuma tindakan mengalu-alukan Coldplay ke Malaysia ini saya sangat tak setuju. Chris Martin itu adalah pendukung tegar LGBT. Tiap kali perform, mesti ada saja bendera pelangi itu berkibar.

Hairannya (sebenarnya tak hairan pun), Perdana Menteri ke-10 (PMX) bersungguh greet Coldplay itu.

Dah teruja sangat pejuang LGBT itu nak sebar budaya songsang dalam masyarakat Malaysia apa hal? Geram weh…!

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 11/5/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Azan: Kita di negara komuniskah?

Cina ikut perangai keling, dia pukul kita dia menangis, dia kata kita pukul dia.'. Porrah!

 INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Wednesday, May 17, 2023

Ini, amaran untuk Kit Siang & Chong Eng..

 


1.  Negeri Malay-Belt mundur: Jawapan buat Kit Siang

3 HARI lepas Lim Kit Siang ada menulis;

“Kelantan, Terengganu, dan Kedah adalah tiga negeri dengan kadar pembangunan paling perlahan di Malaysia dalam tiga dekad yang lepas sejak 1991 — adakah perkara ini terjadi kerana negeri-negeri ini ditipu oleh perompak yang ‘memberi dan menerima rasuah’?”

Jawapan untuk Lim Kit Siang adalah, pembangunan di negeri-negeri pembangkang pada kadar yang rendah adalah kerana diskriminasi pemerintah. 

Sebelum ini berlaku sekatan peruntukan kepada negeri majoriti Melayu ini dilakukan oleh BN, yang dahulunya ditentang oleh Lim Kit Siang juga, kini telah menjadi teman rapat. 

Akhirnya apa yang dilakukan oleh BN dahulu, seakan-akan diulangi oleh PH yang dipimpin oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX), kawan baik Lim Kit Siang. 

Hinggakan Menteri Besar Terengganu terpaksa bersuara dengan penuh kesopanan di depan PMX dalam Majlis Raya Madani di Terengganu semalam, menyampaikan harapan rakyat agar Dana Khas Kerajaan Persekutuan (royalti) diturun mengikut jadual. 

Lazimnya duit DKKP akan disalurkan pada bulan Mac dan September, malangnya, hingga kini bulan Mei masih tiada yang disalurkan. 

Apakah kawan baik Lim Kit Siang, PMX mahu mengulangi apa yang BN lakukan?

Jika ya, maka jawapan kepada persoalan Lim Kit Siang, yang menyebabkan negeri-negeri Malay-Belt ini mundur adalah diskriminasi pemimpin peringkat Persekutuan. 

Jika benar Lim Kit Siang betul-betul prihatin terhadap negeri-negeri Malay-Belt ini, beliau perlu nasihatkan PMX agar segera salurkan hak milik rakyat Terengganu.

Janganlah hanya membela negeri-negeri PH sahaja. Lihatlah juga negeri-negeri lain sebagai pembangkang. Hormatilah pilihan rakyat yang tidak memilih PH dan BN, barulah anda layak bersuara dan digelar negarawan.

MUHAMMAD IRSYAD SYAFIQ
Ketua Penerangan Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 15/5/2023


2. Bila Chong Eng dijulang di Dewan Merdeka 


CHONG Eng ini dulu pernah mendakwa bahawa sebagaimana kaum Cina dan India, orang-orang Melayu juga kaum pendatang.

Satu penghinaan terhadap istilah Tanah Melayu yang pernah kita guna untuk mentakrifkan tanah air bertuah ini.

Itu dulu, hari ini Chong Eng dan partinya dengan bangga melangkah masuk ke Bangunan Umno di WTC dan mendakwa Umno dulu lawan hari ini kawan.

Inikah perpaduan ummah yang Presiden Umno mahu dan cari-cari? 

Menolak dan memandang jijik tangan-tangan umat Melayu yang hari ini diwakili PAS dan BERSATU melalui PN.

Mulai hari ini sehari selepas tanggal bersejarah 13 Mei, terbukti perjuangan memartabatkan nasib dan masa depan umat Melayu Islam tidak lagi digalas Umno.

Tetapi dilepaskan kerana DAP, PKR, PAN lebih mulia dan utama di mata Presiden Umno dari 74 kerusi Melayu atau Bumiputera yang diwakili PN.

Campaklah keluar lagu keramat ‘Anak kecil main api’ 

Terbukti benarlah rangkapnya yang berbunyi:

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Moga sahabat-sahabat dan pimpinan dalam Umno yang masih jujur cintakan perjuangan keramat menyatupadukan ummah segera bangkit menuntut perubahan.

Sesungguhnya yang mahu ‘bunuh’ matikan Umno bukan PAS bukan BERSATU tetapi mereka yang sepentas dengan Presiden Umno di WTC hari ini.

Terbang merbah kesarang kedidi,
Terbang kedidi ke tanah rata,
Tergadai maruah kerana budi,
Tergadai budi kerana harta.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha 
PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 15/5/2023

 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, amaran untuk Kit Siang & Chong Eng..

Menurut kajian dalam PRU14, masih terdapat sekitar 50% orang Melayu sokong Umno. PRU15, sokongan turun ke sekitar 30%. Selepas Umno bekerjasama dengan DAP pasca PRU15, sokongan orang Melayu  berkurang separuh lagi. 


Dalam satu kajian terbaharu dilaporkan, orang Melayu masih menyokong Umno atas sebab-sebab ‘nostalgia’. Mereka menyokong kerana masih mengenangkan jasa Umno pada masa lampau. Itu sahaja. Yang tidak menyokong pula marah kepada Umno kerana membelakangi resolusi parti, untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP. ‘No Anwar, No DAP’.   

Jadi, kerjasama Umno dengan DAP di dalam PH menghakis saki-baki keabsahan kaum yang masih ada pada Umno. Sementara keabsahan prestasinya pula telah lama tiada. Ianya akan teruji dalam PRN di 6 negeri nanti. Berdasarkan beberapa penelitian awal, dijangkakan Umno akan kehilangan lebih separuh sokongan penyokong-penyokongnya dalam PRN akan datang. 

Apa lagi jika Umno bertanding dalam satu pasukan dengan DAP dalam PRN nanti. Separuh daripada sokongan yang berbaki itu pun berkemungkinan akan hilang. Anthony Loke membuat kenyataan yang dia berharap Umno akan menang besar dalam PRN akan datang. 

Lihat "Doa Antoni Loke, "Ohh tohan kau menangkan lah UMNo..."

Rupanya ini isyarat kepada penyokong-penyokong DAP supaya menyokong Umno. Kerana dia tahu Umno tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu seperti dulu. Dia bimbang jika Umno kalah, dan PH juga akan kalah. Akhirnya Umno akan bergantung kepada sokongan DAP untuk menang pilihan raya. 

Akan sampai satu masa, Umno akan minta bertanding di kawasan-kawasan yang ramai penyokong DAP, samalah seperti di zaman kegemilangan Umno dahulu, MCA dan MIC bergantung kepada sokongan Umno untuk menang pilihan raya. 


Maka saya bersetuju kenyataan MARZUKI MOHAMAD Harakah hari ini, 

"Tanpa disedari, DAP sedang membunuh Umno secara lembut. DAP is killing Umno softly. Kerjasama Umno dengan DAP menyebabkan Umno semakin hilang keabsahan politiknya di mata orang Melayu, termasuk penyokong-penyokong akar umbi Umno sendiri. 

"Tanpa sokongan asas orang Melayu, Umno hilang keabsahan politiknya dan hilang nilainya dalam politik Malaysia."

Semoga dengan undi tuan-tuan semua, Islam akan kembali gemilang di Malaysia. Insya Allah!


INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

Tuesday, May 16, 2023

Lagi bantah K/Madani: Salahguna kalimah Allah, DAP, LGBT.

 


1. UMMAH bantah tarik balik rayuan guna kalimah Allah

UMMAH mengikuti secara rapat tindakan Kerajaan Madani yang telah menarik balik rayuan keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah. Surat penarikan bertarikh 18 April 2023 adalah dirujuk.

UMMAH dengan ini membantah sekeras-kerasnya tindakan ini.

Ini bermakna bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh mana-mana bukan Islam secara bebas yang dikhuatiri akan mengelirukan umat Islam khususnya generasi anak muda.

UMMAH menzahirkan rasa terkilan dan terkejut dengan keputusan ini, ditambah lagi keputusan yang dibuat secara unilateral ini seolah-olah menjatuhkan kredibiliti pihak-pihak berkepentingan yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Islam seperti Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Agama Islam negeri-negeri dan pelbagai institusi lain dalam negara ini.

UMMAH turut menggesa agar YB Menteri Agama mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan drastik Kerajaan Madani. Hal ini kerana isu ini adalah isu yang berkait rapat dengan portfolio di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sekiranya tiada penegasan daripada pihak berautoriti, dibimbangi akan ada kelompok yang akan bertindak ekstrem dan boleh mewujudkan perasaan tidak senang, tidak selamat, dan menggugat keharmonian serta kesejahteraan hubungan antara kaum.

UMMAH mendesak supaya pihak berwajib memikirkan semula tindakan ini dan meneruskan proses rayuan seperti sepatutnya.

Sehubungan dengan itu, suatu Sidang Meja Bulat (RTD) akan diadakan oleh pihak UMMAH bersama-sama NGO Islam serta pelbagai pihak lain dalam masa terdekat.

DR. KAMARUZAMAN YUSOFF
Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Bertarikh: 15 Mei 2023 / 24 Syawal 1444 – HARAKAHDAILY 15/5/2023


2. Kalimah ‘Allah’: Mengapa.. bukan-Muslim DAP gesa dibenarkan guna? 


KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi mengisytiharkan larangan penggunaan kalimah ‘Allah‘ serta tiga perkataan lain untuk digunakan oleh penganut Kristian sebagai tidak berperlembagaan, hakikatnya seperti menikam jantung umat Islam negara ini.

Kes kalimah ‘Allah’ ini beberapa tahun dahulu telahpun diberi keputusan yang amat menjaga sensitiviti agama, ketenteraman awam dan keharmonian kaum. Tetapi keputusan kes hari ini telah memberikan dapatan yang berbeza.

Telah saya tegaskan sebelum ini, Kalimah Allah yang digunakan untuk mengelirukan umat Islam, menggoncang aqidah umat Islam dan digunakan dengan tidak merujuk kepada makna yang sebenar bahkan memberikan kalimah ‘Allah’ pada selain daripada Allah adalah dilarang sama sekali.

Menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak boleh dibenarkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Mengapa terdapat pihak yang begitu bersungguh-sungguh menuntut hak menggunakan kalimah tersebut, sedangkan majoriti penganut dan tokoh agamawan Kristian sedunia tidak beriktikad demikian? Hanya masyarakat Kristian di Arab sahaja yang menggunakan kalimah Allah kerana uruf kebiasaan mereka di sana.

Begitu juga pemimpin politik bukan-Muslim khususnya dari DAP yang lantang bersuara menggesa ia dibenarkan guna. Malah, ada yang menunjukkan keraian teruja dengan keputusan itu seolah sinikal kepada Muslim.

Inilah yang mengundang rasa curiga dan syak wasangka bahawa tuntutan tersebut mempunyai motif dan tujuan menyeleweng dari pegangan atau amalan keagamaan sebenar. Ia dilihat terbuka untuk menyebabkan salah guna, bukan sahaja oleh mereka yang mahu mencapai matlamat sulit seperti gerakan Evangelis, tetapi juga menimbulkan provokatif dan hasutan di mana berpotensi menjadi punca tindak balas ekstrem.

Sehubungan itu kami menggesa Kerajaan supaya mengambil satu langkah proaktif dalam mempertahankan kesucian kalimah Allah serta akidah umat Islam.

Kerajaan mestilah bertanggungjawab melalui kerangka Siyasah Syar’iyyah dan autoriti yang ada, untuk mengenalpasti serta mengambil tindakan tegas kepada pihak yang cuba memanipulasi penggunaan kalimah Allah dan berniat untuk mengelirukan umat Islam demi kepentingan dakyah mereka.

Seandainya mereka mempunyai sebarang dakyah tersembunyi di sebaliknya, ingatlah amaran kami bahawa ia hanya akan menjemput bahaya. Pemuda PAS menegaskan bahawa kami sendiri akan menggerakkan solidariti bantahan secara terbuka sekiranya wujud rancangan balik tabir yang jahat dan mencipta permusuhan, untuk menggunakan isu ini untuk membawa kerosakan kepada perpaduan bangsa di Malaysia.

Pemuda PAS juga menuntut agar kerajaan membuat rayuan bagi kes tersebut dan tidak sama sekali menarik balik Pekeliling KDN KKDN/S59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986 yang melarang penggunaan empat perkataan eksklusif untuk orang Islam iaitu kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat, untuk dilarang penggunaannya kepada bukan Islam.

Sekalipun Mahkamah Tinggi memutuskan ianya tidak berperlembagaan, Kerajaan boleh memohon penangguhan pelaksanaan (stay of execution) bagi memastikan larangan dalam Pekeliling tersebut dikekalkan. Ini bagi memastikan ianya tidak diambil kesempatan oleh para Evangelis untuk menggerakkan dakyah mereka.

Pemuda PAS mengajak seluruh masyarakat Islam di Malaysia supaya bersatu hati, tanpa mengira bangsa, aliran pemikiran mahupun fahaman politik, untuk sama-sama mempertahankan kesucian Islam, serta menolak cubaan bagi menggugat akidah umat Islam di Malaysia.

Sebarang cubaan untuk merosakkan pemikiran umat Islam adalah suatu perbuatan mencetus ketidakharmonian, dan harus ditentang sehabisnya.

YB SENATOR IR TS HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia


3. PUSPAL wajar bertegas halang artis Barat promo LGBT

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyarankan agar Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bertegas dengan kemasukan artis yang terang-terangan mempromosi LGBT daripada membuat persembahan di negara ini. 

Seharusnya kita sedar bahawa agenda normalisasi LGBT dalam negara sentiasa berlaku melalui jarum yang sangat halus. Tindakan yang segera dan tegas pula sangat wajar bagi membendung perkara tersebut daripada terus meracuni pemikiran anak bangsa walaupun secara tidak langsung. 

DUPP menegaskan bahawa PUSPAL perlu bertindak secara aktif dalam hal ini. Sikap keterbukaan yang tiada sempadan serta garis panduan yang khusus dalam membendung kemasukan artis yang mempromosi LGBT hanya menambah masalah sosial anak muda dalam negara.

DUPP telah berulang kali mengingatkan Kerajaan supaya garis panduan terhadap PUSPAL perlu sentiasa ditambah baik termasuklah daripada sudut keanggotaan dan peranan agensi di dalamnya. Peranan agensi agama seperti JAKIM wajar diketengahkan bagi memastikan peranan PUSPAL yang lebih komprehensif. 

Dalam masa yang sama, DUPP menyarankan agar ada satu usaha ke arah penggubalan peruntukan undang-undang yang khusus bagi membentengi negara daripada ancaman LGBT. Ia bagi memastikan negara bebas daripada normalisasi budaya tersebut serta mengekalkan dasar menolak pengaruh budaya LGBT. 

Tambahan lagi, penganjuran sebarang bentuk program yang merosakkan nilai dan jati diri golongan muda dalam negara bertentangan dengan imej ketimuran serta dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bertujuan membentuk, mengangkat serta mengekalkan identiti budaya yang diamalkan di Malaysia.

YB UST. DATO’ HAJI AHMAD YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 10/5/2023

3.Kalimah ‘Allah’: Mengapa.. bukan-Muslim DAP gesa dibenarkan guna?

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi bantah K/Madani: Salahguna kalimah Allah, DAP, LGBT.
Kembalilah kepada kebangkitan Islam di Malaysia melalui peti undi. Allahu Akbar.

Singkir Islam di Sudan, sama tolak pimpinan Islam M'sia..

 


1. Beza kita dengan DAP: Satu peringatan

DAP tidak pernah kendur mahukan jawatan Perdana Menteri. Kita juga tidak pernah kendur juga mahukan keredhaan Allah:

“Allah redha akan mereka dan mereka meredha (bersyukur) dengan nikmat pemberianNya.”

(Al-Bayyinah: 8)

DAP tidak pernah berhenti merancang. Kita juga tidak pernah berhenti mengharap kepada perancangan Allah:

“Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.”

(Ali Imran: 54)

DAP berlembut sebelum dapat dan berkeras setelah dapat:

“Kita berlembut sesama orang mukmin dan bertegas (berkeras) dengan orang kafir.”

(Al-Anfal:54)

DAP mengambil berat dalam menolong dan menjaga kaum mereka: Kita mengambil berat dalam menolong agama Allah: 

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

(Muhammad: 7)

Orang Melayu Islam DAP sanggup mendapat habuan yang sedikit dengan melepaskan hak Melayu Islam. Kita sanggup melepaskan habuan yang sedikit demi menjaga hak Melayu Islam daripada terlepas:

“Mereka menukar ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit. Lalu mereka menghalangi manusia dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan.”

 (at-Taubah: 9)

DR MUSLIM – HARAKAHDAILY 7/5/2023


2. Gerakan menyingkirkan Islam di Sudan 


APABILA kerajaan pimpinan Presiden Omar al-Bashir dikuasai oleh kumpulan Islam, banyak penyelesaian dalam negaranya berlaku secara aman. Kerajaannya pula dipilih secara demokrasi yang juga memberikan kemenangan kepada kumpulan Islam, sekali gus menjadikannya sasaran sikap ‘double standard’ antarabangsa yang dibayangi oleh Zionis dan Salibiyyah yang tidak menghentikan permusuhannya terhadap Islam

Dalam pada itu, Sudan pula kaya sumber buminya khususnya kesuburan bumi yang berada di Lembah Nil, banyak membantu sumber makanan kepada negara Afrika Timur dan negara Arab. Hasil perut buminya banyak menjadi sumber yang masih terpendam khususnya emas, nadir bumi, petroleum dan uranium yang menarik perhatian semua pihak.

Kedudukan negaranya yang strategik di Laut Merah dalam laluan antarabangsa juga menjadi perhatian kuasa besar dunia timur dan barat. Semua faktor tersebut meletakkan Sudan sebagai sebuah negara yang dijadikan sasaran oleh semua pihak.

Kedatangan Islam sejak awal di Sudan menjadikan pengaruh ajaran Islam yang sangat kuat, sehinggakan rakyatnya yang berbangsa Afrika boleh berbahasa Arab dan disenaraikan dalam kalangan negara Arab. Sudan juga telah melahirkan ramai ilmuwan Islam, sebahagiannya berada di Sudan dan sebahagian lagi berada di luar negara, khususnya di Eropah dan Amerika yang banyak memberikan sumbangan dakwah Islam kepada penduduk setempat dan para pelajar daripada negara Islam yang mencetuskan kesedaran Islam dan membawanya pulang ke negeri masing-masing.

Kerajaan Sudan juga antara pihak yang paling banyak membantu perjuangan Palestin dan Afghanistan, khususnya daripada kalangan kumpulan Islam. Sehinggakan, mereka dituduh menjadi penyumbang kepada kumpulan pengganas, khususnya oleh negara haram Israel dan sekutunya.

Israel pernah melancarkan serangan udara ke atas Port Sudan yang dituduh menjadi pangkalan bagi membantu Palestin oleh negara Iran dan lain-lain negara. Keutamaan pihak Zionis ialah menyekat bekalan kepada kumpulan Islam yang dilabelkan pengganas itu.

Selain itu, mengambil kira hubungan yang mesra antara Sudan dengan Iran yang juga disenaraikan sebagai pengganas kerana menguatkan kumpulan negara yang anti-Zionis, bahkan Sudan termasuk salah sebuah negara yang tidak mengiktiraf negara haram Israel. Akhirnya, Sudan disenaraikan dalam negara yang dimusuhi kerana kononnya bersama pengganas.

Maka, banyaklah langkah bertindak terhadap negara Sudan diambil, bermula daripada kepungan ekonomi, politik dan media, sehingga menyeret Presiden Omar al-Bashir ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana tuduhan jenayah yang sengaja diada-adakan ke atasnya. Walaupun tindakannya sebelum itu adalah menentang pemberontakan yang berlaku di wilayah Darfur dan Selatan Sudan yang juga dicetuskan oleh campur tangan asing.

Tiada beza bandingannya dengan keganasan yang nyata terhadap Afghanistan dan Iraq yang dipejamkan matanya, dengan alasan bertopengkan menentang keganasan dan mendukung kebebasan demokrasi.

Terdapat kajian-kajian yang dirancang untuk memecahkan Sudan kepada beberapa wilayah menjadi negara baharu yang diwujudkan mengikut agenda Sykes-Picot dahulu. Perkara ini dilakukan dengan mengambil kesempatan daripada pecahan kabilah yang menjadi penyusunan masyarakat Sudan dan juga krisis ekonomi yang disebabkan oleh kepungan yang dikenakan ke atasnya.

Secara terbuka, pihak asing telah memberikan bantuan kepada wilayah dan suku kaum yang menentang kerajaan Sudan. Akhirnya, wilayah Selatan Sudan yang bermajoriti bukan Islam, tetapi pesat perkembangan Islamnya terpaksa diberikan kemerdekaan, namun hasil bumi yang menjadi sasaran negara Barat dan Israel seperti hasil petroleum tidak dapat dikeluarkan kerana kedudukan geografinya berada di pedalaman Afrika tanpa pelabuhan dan pangkalan menyebabkan terpaksa melalui negara Sudan juga.

Negara yang rakus gagal mendapat manfaat yang banyak, adalah satu tindakan politik bagi meredakan tekanan terhadap negara Sudan. Negara Selatan Sudan terus bermasalah dan perkembangan Islam di sana tetap terus berlaku.

Kesempatan juga diambil daripada krisis Darfur yang kaya sumber buminya, dengan kewujudan kumpulan separa tentera Rapid Support Force (RSF) pimpinan Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo (Hamidati), seorang pemimpin Badwi yang tidak berpendidikan tinggi. Beliau juga merupakan seorang peniaga unta dan pakaian, sehinggakan mempunyai lombong emas yang sangat kaya, malah dikatakan mempunyai hubungan dengan usahawan Israel.

Asalnya kumpulan RSF ditubuhkan daripada pasukan yang berperanan mengawal urusan perniagaannya untuk menentang perompak di padang pasir Sudan, Libya dan Chad sehingga mendapat sokongan daripada beberapa kabilah di sekitarnya.

Pada awalnya, Presiden Omar al-Bashir menggunakan kumpulan RSF bagi menentang pemberontakan yang melanda di Darfur. Sehingga mereka diizinkan dengan jumlah yang sangat besar dan dipersenjatai dengan kekayaannya sendiri, serta bantuan pihak asing. Pasukannya pula diiktiraf menjadi sebahagian daripada pasukan tentera Sudan.

Hamidati dipergunakan bagi mendukung penggulingan kuasa oleh pihak tentera terhadap kerajaan Omar al-Bashir yang telah dicatur oleh pihak asing kerana alasan Barat untuk mengekang peranan Islam yang dilabel sebagai pengganas. Bersamanya parti-parti yang berkonsepkan sekular termasuk kalangan parti yang paling kanan fahaman liberalnya dan parti yang paling kiri fahaman komunisnya.

Setelah berjaya menggulingkan kerajaan terdahulu selepas diberikan jalan oleh tentera, diikuti pula dengan protes yang dilakukan melalui demonstrasi jalanan. Tindakan itu diambil dengan alasan tentera di bawah Jeneral Abdel Fattah al-Burhan masih mengekalkan kalangan Islam dan masih mengekalkan penyokong Omar al-Bashir berada dalam kerajaan, serta alasan pelaksanaan demokrasi yang sebenar tanpa penglibatan kumpulan Islam.

Apabila pihak tentera bersetuju kepada peralihan demokrasi dan pilihan raya umum, termasuklah cadangan agar tentera RSF yang ditubuhkan itu digabungkan menjadi satu dalam tentera Sudan, namun mereka tidak menerima cadangan tersebut.

Tiba-tiba diramalkan sekiranya diadakan pilihan raya, ia pasti akan dimenangi oleh kumpulan Islam dan ingin terus mengekalkan pasukan tentera RSF. Maka, diatur suatu rampasan kuasa melalui pasukan RSF dengan bantuan luar daripada negara serantau dan Barat bagi menggulingkan kerajaan tentera yang dikira bersekongkol dengan kumpulan Islam.

Mereka datang secara berduyun-duyun ke Khartoum, ibu negara tanpa kebenaran pihak tentera. Apa yang berlaku merupakan langkah yang sangat terbuka apabila ia dilaporkan oleh media tanpa menghiraukan amaran pihak tentera.

Gerakan mereka yang gelojoh dengan sokongan asing daripada negara serantau dan Barat itu terdedah dan ditentang oleh tentera yang lebih kuat kelengkapannya.

Namun, negara luar tidak berani campur tangan secara langsung kerana keberanian bersejarah rakyat Sudan yang pernah menentang penjajah British dan membunuh Jeneral Charles George Gordon yang mengepalainya pada tahun 1885. Kejadian itu mendahului peristiwa terkini yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan Syria yang masih menjadi igauan yang mengerikan mereka.

Kini, mereka lebih mengambil pendekatan diplomatik dengan menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Kesatuan Eropah (EU), Kesatuan Afrika (AU) dan beberapa negara dengan mendesak gencatan senjata dan perdamaian dengan alasan membendung masalah kemanusiaan. Walaupun sebenarnya lebih bertujuan politik bagi menyelamatkan pemberontak yang terkepung di kawasan bandar di celah-celah rakyat awam yang dijadikan perisai manusia.

Bahkan, kumpulan pemberontak telah dihalang segala bekalannya dan mereka gagal mendapatkan bantuan tambahan daripada berbagai-bagai wilayah serta pihak luar. Langkah memberi nafas kepadanya dengan mendapat bantuan melalui campur tangan asing hanya menukar konflik yang berlaku kepada perang saudara secara proksi atau akan memanjangkan lagi krisis yang tercetus.

Adapun Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab (AL) pula tidak diberikan peranan dan tidak dapat bersuara secara lantang, maka ia menunjukkan betapa peranan Islam telah dinafikan. Mesir pula sangat memelihara hubungannya dengan negara Sudan dalam semua situasi kerana kedudukan geografi khususnya Sungai Nil, malah bagi menghadapi ancaman Ethiopia yang membina empangan yang mengancam negara Mesir dan rakyatnya.

Kita menyaksikan masing-masing setiap negara itu sekadar berusaha untuk menyelamatkan rakyatnya daripada terperangkap, tanpa ada keberanian untuk bertindak secara menyerang seperti yang dilakukan ke atas Afghanistan dan Iraq.

Apa yang penting, semua yang berlaku itu menunjukkan betapa sikap permusuhan mereka terhadap Islam dengan menghalang usaha bagi mengembalikan kuasa politik Islam dilakukan sepanjang zaman. Sehinggakan, mereka menolak kemenangan yang diperoleh melalui demokrasi secara damai yang menjadi keutamaan Islam, sekali gus menunjukkan kebenaran firman Allah SWT:

﴿…وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمۡ عَن دِينِكُمۡ إِنِ ٱسۡتَطَٰعُواْۚ…٢١٧﴾

“…Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sehingga mereka (dapat) memesongkan kamu daripada agama kamu (dengan meninggalkan Islam), seandainya mereka sanggup…” (Surah al-Baqarah: 217)

Tujuannya ialah sama ada umat Islam murtad meninggalkan Islam sehingga semuanya boleh menganut apa sahaja agama selain daripada Islam, atau meninggalkan sebahagian daripada ajaran Islam. Khususnya, ajaran Islam mengenai politik memerintah negara yang dianggap akan mengembalikan semula kuasa Islam yang dituduh menjadi ancaman kepada mereka.

Mereka tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Islam yang diamalkan itu hanya dari aspek ibadat dalam semua lapangannya, undang-undang kekeluargaan dan kebajikan masyarakat tanpa kuasa politik dan ekonomi yang menjadi ancaman kepada mereka.

Oleh itu, semua perkara yang dapat mengembalikan semula kuasa Islam khususnya dalam aspek politik, ekonomi dan pendidikan teknologi pasti akan dihalang dengan berbagai-bagai cara dan helah walaupun Islam itu adil dan membawa keamanan.

Firman Allah SWT:

﴿وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ…١٠٩﴾

“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dalam diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran…” (Surah al-Baqarah: 109)

Campur tangan terhadap krisis Sudan telah mendedahkan tujuan anti-Islamnya. Mereka memejamkan mata terhadap jenayah perang yang secara nyata berlaku di Palestin, Afghanistan, Iraq dan lain-lain negara.

Seterusnya, mereka melaksanakan strategi bagi menjaga keselamatan negara haram Israel, apabila kedudukan Sudan yang penting di Laut Merah dilihat menjadi pangkalan kepada semua bantuan kepada kalangan penentang Israel. Pada masa yang sama, Sudan juga menjadi tempat perlindungan kepada para pemimpin Palestin yang dilabelkan oleh Israel dan sekutunya dalam senarai pengganas seperti Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah.

Serangan Israel ke atas Port Sudan menunjukkan kebenaran alasan yang disebutkan di atas.

Justeru, langkah menjatuhkan kerajaan Omar al-Bashir dan tuduhan pengganas yang dilemparkan terhadapnya secara nyata menjadi alasan bagi menggulingkannya dengan sokongan negara Barat dan serantau yang pro-Israel, bersama langkah memaksa Sudan melakukan normalisasi dengan negara haram tersebut. Polisi yang dilakukan itu gagal kerana mendapat bantahan rakyat Sudan yang masih kuat pegangan Islamnya.

Setelah gagal mengambil alih kuasa sepenuhnya melalui rampasan kuasa yang pertama dan kegagalan tindakan penipuan politik selepasnya atas nama demokrasi bagi meminggirkan Islam, maka dilakukan rampasan kuasa kedua melalui tentera RSF. Langkah itu mendapat sokongan parti-parti sekular berhaluan kanan dan kiri, kerana pengaruh Islam yang kuat dalam angkatan tentera Sudan serta jentera kerajaan dan rakyat menyebabkan kegagalannya walaupun mendapat sokongan daripada negara serantau dan Barat bersama Israel.

Maka, mereka berpindah kepada langkah politik dengan alasan untuk menyelamatkan kalangan yang terperangkap dengan alasan gencatan senjata dan kemanusiaan kerana menjadi mangsa peperangan.

Walaupun persetujuan telah dicapai bagi peralihan kerajaan melalui pilihan raya, namun ia dicabuli kerana diramalkan kemenangan akan berpihak kepada kumpulan Islam. Lantas, rampasan kuasa diaturkan supaya dinafikan penyertaan kumpulan Islam.

Apa yang berlaku ini sekali gus menunjukkan bahawa sistem demokrasi mesti menyebelahi mereka sahaja tidak kepada Islam. Mereka boleh menerima apa sahaja ideologi yang tidak Islam, sama ada ideologi kanan yang paling liberal atau ideologi kiri yang paling ekstrem seperti parti komunis Sudan.

Setelah mereka menemui kegagalan, keadaan itu memaksa berlaku peperangan dengan pihak tentera yang lebih lengkap persenjataannya, tambahan lagi pihak luar yang bersekongkol gagal memberikan bantuan kerana semua jalan bantuan ditutup kerana telah dikuasai oleh tentera Sudan dan rakyat yang mendukungnya. Maka, dilakukan langkah menyelamatkan manusia melalui isu kemanusiaan kononnya ingin menyelamatkan warga asing dan membantu mangsa peperangan atau menentang pengganas.

Kelak, pihak Islam pula yang akan dituduh sebagai pengganas, mereka pula digelarkan sebagai kumpulan pendamai, pendukung kebebasan dan demokrasi yang menipu.

Firman Allah SWT:

﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ١١٨ هَـٰٓأَنتُمْ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَهُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ١١٩ إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٞ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٞ يَفۡرَحُواْ بِهَاۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّكُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيْـًٔا ۗإِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ١٢٠﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang bukan daripada kalanganmu menjadi teman kepercayaanmu, (kerana) mereka tidak henti-henti akan berusaha (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu ingin memahaminya. (118) Awaslah kamu! Kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata ‘Kami beriman’, dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka), ‘Matilah kamu kerana kemarahanmu itu.’ Sesungguhnya, Allah mengetahui segala isi hati. (119) Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak akan mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya, Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (120)” (Surah Ali ‘Imran: 118-120)

Laksana kata pepatah Arab:

ضَرَبَنِي وَبَكَى، ظَلَمَنِي وَاشْتَكَى.

“Dia yang memukulku, lalu dia pula yang menangis; dia yang menzalimiku, lalu dia pula yang mengadu.”

Kini, situasi menunjukkan pihak berkuasa tentera mengarahkan anggota polis bagi menjaga keamanan di kawasan yang telah dibebaskan, bank perdagangan pun dibuka semula dan rakyatnya sendiri dapat menguruskan mangsa peperangan di kawasan-kawasan yang aman.

Pihak tentera pula menerima gencatan senjata dan terus menyerang kawasan persembunyian pemberontak yang tidak mendapat sokongan rakyat. Pakar ketenteraan menyatakan peperangan tidak bersifat peperangan bandar sebagaimana yang dilaporkan oleh media, tetapi bersifat penentangan terhadap pemberontak yang terkepung dalam bandar serta terhalang mendapat bantuan dan bekalan. Dalam keadaan itu, tentera Sudan menggempur pangkalan musuh yang berselerak dalam keadaan berhati-hati bagi menyelamatkan rakyat yang terperangkap.  

Benarlah firman Allah SWT:

﴿وَقَدۡ مَكَرُواْ مَكۡرَهُمۡ وَعِندَ ٱللَّهِ مَكۡرُهُمۡ وَإِن كَانَ مَكۡرُهُمۡ لِتَزُولَ مِنۡهُ ٱلۡجِبَالُ٤٦ فَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ مُخۡلِفَ وَعۡدِهِۦ رُسُلَهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٞ ذُو ٱنتِقَامٖ٤٧﴾

“Dan sesungguhnya mereka telah membuat makar (perancangan menipu) yang besar, padahal di sisi Allah itulah (balasan terhadap) makar mereka itu. Dan sesungguhnya, makar mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya. (46) Kerana itu, janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada para rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan. (47)” (Surah Ibrahim: 46-47)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Syawwal 1444 / 7 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 7/5/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Singkir Islam di Sudan, sama tolak pimpinan Islam M'sia..

Antara strategi yang dilakukan di Sudan, seperti kata pepatah Arab:

ضَرَبَنِي وَبَكَى، ظَلَمَنِي وَاشْتَكَى.

“Dia yang memukulku, lalu dia pula yang menangis; dia yang menzalimiku, lalu dia pula yang mengadu.”

Di Malaysia, puak bukan Islam menyerang dan memfitnah Islam, menolak dari pemerintahan. Kini PAS ingin membawa kembali Islam ke tempat sewajarnya.

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails