Selepas Masaaki Saito dari Jepun bertemu PAS dan melihat gelombang gugat pemerintah Malaysia baru-baru ini, kini Menteri Singapura pula minat kenali PAS dengan lebih dekat seperti gambar di atas.
Menteri Singapura minat kenali PAS lebih dekat.
PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Massagos Zulkifli bersama delegasi mengadakan kunjungan ramah mesra kepada pimpinan PAS yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di sini petang tadi.
Menurut Tuan Ibrahim, pertemuan itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan memandangkan hubungan mesra secara peribadi telah terjalin ketika kedua-duanya menjawat jawatan Menteri Alam Sekitar tempoh lalu.
Beliau menerangkan kepada Massagos Zulkifli yang juga bertanggungjawab memegang portfolio hal ehwal agama Singapura kerana turut berminat untuk mengenali lebih dekat parti PAS.
“Pertemuan ramah mesra ini untuk mengenali lebih dekat tentang PAS. Kita telah jelaskan PAS merupakan satu parti politik berdaftar dalam sistem demokrasi.
“Kita masuk dalam pilihan raya dan kita jelaskan beberapa elemen yang cuba ditakut-takutkan khusus masyarakat non-Muslim terhadap PAS dengan digambarkan ‘gelombang hijau’ selepas pilihan raya baru-baru ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Jelas beliau, keharmonian dan kebebasan agama oleh masyarakat bukan Islam di negeri-negeri yang ditadbir PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah telah sekian lama diterapkan.
Sementara itu, Massagos yakin bahawa PAS mampu menjadi parti yang lebih terkehadapan dan besar pengaruhnya dalam konteks Malaysia.
Beliau turut menjemput pemimpin PAS untuk hadir ke Singapura bertemu dengan masyarakat dan parti-parti politik di sana untuk saling bertukar-tukar pandangan demi kebaikan bersama.
Hadir sama, Ketua Penerangan PAS, Ir. Ts Khairil Nizam Khiruddin, dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashaari yang mewakili PAS. Manakala delegasi Singapura ialah Duta Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, Timbalan Setiausaha Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Esa Masood dan Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura, Khairul Anwar Mohamed. – HARAKAHDAILY 14/7/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selepas Jepun, S'pura pula kenali PAS. & Lagi kreatif Perlis, 'Beruk Kentoi'
Lihat seterusnya..
(i) Kreatifnya Perlis. Setelah MB Perlis Mohd Shukri Ramli, baru 7 bulan tadbir, mampu tarik pelaburan bernilai RM2.5 bilion. Ini lagi..
Wan Badariah (kiri) berkata keputusan terhadap cadangan Beruk Kentoi dijadikan maskot Tahun Melawat Perlis 2023-2025 akan diputuskan dalam masa terdekat ini.Beruk Kentoi atau nama saintifiknya macaca arctoides yang hanya didapati di negeri Perlis dicadangkan untuk menjadi maskot Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perlis, Wan Badariah Wan Saad berkata, haiwan tersebut sudah sinonim dengan negeri itu.
“Saya sudah beri cadangan kepada Jawatankuasa Induk TMP supaya menjadikan Beruk Kentoi ini sebagai maskot Tahun Melawat Perlis 2024-2025..."
Seorang penyelidik Beruk Kentoi yang juga pengasas Perlis Nature & Wildlife, Syamil Abd Rahman berkata, pemilihan haiwan itu sebagai maskot pelancongan Perlis dilihat bertepatan dengan kempen promosi Tahun Melawat Perlis.
“Beruk Kentoi mempunyai ciri-ciri unik dan tersendiri dengan wajah berwarna merah, berbulu tebal serta banyak menghabiskan masa di atas tanah untuk sering dilihat berkeliaran mencari makanan di kawasan tumpuan pelancong seperti di Wang Kelian View Point,” kata beliau..
(ii) DAP guna 3R hasut rakyat