KUALA LUMPUR: Isu rasuah mestilah diselesaikan secara holistik, adil dan bukannya wujud unsur kezaliman.
Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Islam meletakkan yang dituduh mesti dibicarakan sehingga selesai.
“Ada kisah menarik iaitu pengurusan projek yang tidak betul pernah berlaku dalam sejarah Islam iaitu zaman Rasulullah berlaku dan Khulafa al-Rasyidin juga berlaku.
“Saya nak sebut pasal Sultan Muhammad Al-Fateh yang mengarahkan seorang arkitek bukan Islam (Kristian ortodoks) supaya mengurus pembinaan masjid di Istanbul mengikut pelan yang dikehendaki oleh baginda.
“Tiba-tiba dia lakar dengan cara tidak betul pembinaannya salah, sultan sangat murka lalu sultan menghukum potong tangan, hukum yang zalim dan salah.
“Maka dia (arkitek) mengadu kepada hakim yang terkenal di Istanbul, dia buat pengakuan. Ini menandakan bahawa berlaku pembahagian kuasa dalam sistem pemerintahan Islam. Ini berlaku dalam Islam, mendahului Barat.
“Di mana, bila dilihat kepada dua perkara ini, hakim memanggil sultan dibicarakan di mahkamah, dibicarakan mengikut hukum qisas kerana perbuatan zalim,” katanya ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, kelmarin.
Mengulas lanjut. beliau yang juga Presiden PAS berkata, hukum qisas mesti dipotong tangan baginda kerana itu hak hukuman, manakala hak pengampunan diberi kepada mangsa bukan para raja, lembaga pengampun.
“Hak pengampunan qisas diberi kepada yang dizalimi itu sama ada diam pun cukup berbayar diat (pampasan) lalu dia menerima hukuman pampasan dibayar secara hidup sehingga dia meninggal dunia itu lebih baik daripada potong tangan sultan.
“Ini berlaku menunjukkan tidak ada keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) dalam kehakiman. Dalam Islam tidak ada DNAA, tidak ada dilepaskan tanpa dibebaskan. Masih digunakan hukuman,” katanya.
Beliau berkata, perkara yang disebutkan itu sering kali mendapat perhatian pihak yang tidak bersetuju dengan pandangannya.
“Bila saya sebut perkara ini berkaitan lembaga pengampunan lalu ada pihak buat report polis, acap kali ada pihak buat repot polis, saya terpaksa berjumpa polis. Berapa puluh kali saya tidak ingat..” katanya. – HARAKAHDAILY 15/9/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Amaran kepada K'jaan M'sia. Ini DAP X tahu perintah.
Lihat pula komen ini..
(i) Apa hal pula L/G Eng melenting?
Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin - Foto Jabatan Penerangan
Di KL, Lim Guan Eng (PH-Bagan) melenting apabila diminta penjelasan mengenai keputusan kerajaan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) yang mencelah ucapan Guan Eng ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pernah membuat perancangan untuk menukar Peguam Negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.
Menurutnya, perkara itu juga disuarakan oleh Datuk Seri Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) yang sekarang dilantik mengemudi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
(ii) DAP tak pandai perintah negeri, ini buktinya. Rumah digadai pemaju, penduduk desak campur tangan KM P.Pinang.
Setiausaha Sulit Ketua Menteri Pulau Pinang, Lai Hon Meng menandatangani memorandum penduduk disaksikan Habibur, Saiful, Nor Zamri, Yaacob dan penduduk.
Di GeorgeTown, penduduk perumahan Taman Halaman Indah, Jawi mendesak campur tangan kerajaan negeri menyelesaikan isu kediaman mereka yang didakwa digadai pemaju kepada ceti dan syarikat peminjam wang.
Sehubungan itu mereka menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di Komtar semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Isu Gadaian Tanah Taman Halaman Indah, Habibur Rahman Seeni Mohamed berkata, mereka semakin buntu kerana perlu membayar sejumlah RM21,000 setelah rundingan dengan pelikuidasi yang dilantik syarikat peminjam wang.
Adun Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff (tengah) dan Habibur (paling kanan) memegang memorandum penduduk untuk diserahkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.Katanya pihak terbabit memberi tempoh sehingga Oktober ini bagi menjelaskan bayaran tersebut.
“Seramai 155 pemilik kediaman Taman Halaman Indah dianiayai pemaju yang kini diisytihar muflis.
“Seramai 115 daripada 155 pemilik kediaman digesa supaya membayar RM21,000 untuk mendapatkan hak milik geran rumah, jika tidak rumah mereka akan dilelong,” katanya ketika ditemui.
Manakala pembeli lain pula berdepan dengan lain-lain syarikat pemberi pinjaman wang dan ceti yang mahu masalah pemilikan geran diselesaikan di mahkamah.
Penduduk berhimpun di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) semalam menuntut kerajaan negeri campur tangan.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Sulit Ketua Menteri Pulau Pinang, Lai Hon Meng oleh Habibur.
Penyerahan memorandum turut disaksikan Adun Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Negeri Pulau Pinang, Yaacob Omar dan Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pulau Pinang, Saiful Lizan.
Habibur juga berkata, seramai 155 penduduk yang dianiaya terbabit membeli kediaman mereka bernilai RM42,000 sehingga RM80,000 ke atas dengan pembelian tunai.
“Sebelum ini kami berdepan dengan penantian yang cukup panjang apabila kecewa rumah yang dibeli sejak 2010 menjadi projek terbengkalai,” ujarnya.
Bagaimanapun pada tahun 2018, kekecewaan mereka terubat dengan campur tangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Dato’ Zuraida Kamaruddin yang menjanjikan masalah mereka akan diselesaikan.
Pada tahun 2019, penduduk mendapat kunci rumah, namun mereka dikejutkan pula dengan kediaman dimiliki digadai pemaju kepada syarikat peminjam wang dan ceti.
Kata Habibur, pemaju menggadaikan geran rumah mereka kepada sembilan ceti termasuk syarikat-syarikat peminjam wang.
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan seramai 155 penduduk perumahan Taman Halaman Indah mendakwa ditipu dan dianiaya pemaju perumahan yang menggunakan kelulusan kuasa penuh (PA) daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk menggadai hartanah mereka.
Masalah bertambah rumit apabila pemaju berkenaan diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia pada tahun 2020.
Malah, kegagalan pemaju melunaskan hutang dengan pemberi pinjaman wang dan ceti menyebabkan masalah itu dibebankan kepada penduduk.
Itulah sebenarnya wajah DAP.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.