Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengungkapkan harapan tersebut ketika pidato pada Himpunan Aman Solidariti Bersama Rakyat Palestin di Dataran Zero Jam Besar Sungai Petani, di sini selepas Solat Jumaat tadi.
“Tahun 2023 adalah noktah terakhir kewujudan negara haram Israel Zionis di bumi ini. Tahun 2024, kita akan buka lembaran baru masyarakat dunia. Kita akan pastikan sahabat-sahabat kita yang telah dinafikan hak sebagai sebuah negara Palestin pada tahun 1948 akan kembali mendapat tanah dan negara mereka pada tahun 2024,” ujarnya.
Tegasnya, pencerobohan dan pendudukan haram Yahudi Israel ke atas bumi Palestin boleh ditamatkan dengan masyarakat dunia khususnya umat Islam menunjukkan kesatuan dan kesungguhan serta usaha keras dalam isu itu.
Jelasnya, keazaman itu mesti disertakan dengan keyakinan bahawa perjuangan untuk membebaskan Palestin pasti diberi nasrullah yakni pertolongan Allah hingga kekejaman dan kezaliman Israel dapat dikalahkan.
Seru beliau, perkara tersebut dapat dilakukan rakyat negara ini dengan doa serta menyisihkan sebahagian nikmat rezeki yang dikurniakan Allah untuk disumbangkan kepada Palestin sebagai perjuangan fisabilillah.
“Di mana juga belahan bumi ini, di mana ada kekejaman, di mana ada kezaliman di situ ada fisabilillah dan perjuangan itu akan mendapat dukungan, sokongan dan bantuan daripada kita.
“Kita doakan, Allah campakkan kepada kita rasa sayang yang makin hari makin berkurangan kepada harta yang kita simpan. Kita tidak lagi sayang kepada wang ringgit. Kita tidak lagi sayang kepada harta benda.
“Yang kita simpan kononnya untuk waris kita pada masa depan, tetapi di belahan Palestin sana ada keperluan untuk harta itu diinfak. Maka kita doakan, Allah buka semua hati kita seluruh umat Islam untuk infakkan apa saja kesayangan kita untuk perjuangan rakyat Palestin.
“Kecintaan kepada dunia ini makin hari patutnya makin kurang, bukan makin menebal. Insya-Allah ini yang kita harapkan. Tiap-tiap umat Islam, tiap-tiap jiwa yang mengucap lailahaillallah kecintaan Kita adalah pada akhirat, bukan pada dunia.
“Simpan dunia hanya di tangan, bukanlah simpan dunia itu di hati kita. Insya-Allah dengan kecintaan kepada dunia makin berkurangan, Allah akan membolehkan perjuangan yang hari makin hari makin berkobar-kobar di Palestin untuk memerangi, memenangi peperangan melawan Zionis laknatullah.
“Kita doakan juga semua pemimpin umat Islam di seluruh dunia berupaya untuk menyatupadukan kesatuan umat Islam untuk kita bina kekuatan, bina ketumbukan baru untuk menimbulkan kegerunan, menimbulkan ketakutan, menimbulkan ukhuwah Islamiah di kalangan masyarakat dunia.
“Jangan takut, jangan peduli, pedulikan ucapan-ucapan sinis kepada umat Islam, pedulikan caci maki kepada kita. Yang penting kita nak pastikan perjuangan Palestin mendapat kejayaan,” ujarnya penuh semangat disambut laungan takbir ribuan peserta himpunan. – HARAKAHDAILY 13/10/2023
Hal ini boleh dibandingkan dengan tindakan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mendekati China pada tahun 2016, dan terkenal istilah dakwaan 'Filipina diperlakukan seperti anjing oleh Washington'.
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.