Tuesday, May 07, 2024

Serangan seksual tentera Israel. Komen PAS

 

Kanak-kanak melihat anggota keluarga membuka khemah ketika tentera Israel kembali melancarkan serangan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS


Pakar PBB kutuk serangan, keganasan seksual dilakukan tentera Israel

GENEVA: Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keganasan seksual dilakukan tentera Israel terhadap wanita dan kanak-kanak semasa perang di Gaza, terutama aduan mengatakan ramai mangsa 'hilang' selepas serangan itu.

"Kami terkejut mendapati wanita menjadi sasaran serangan ganas Israel secara sembarangan tanpa perikemanusiaan dan menggunakan kekasaran luar biasa.

"Nampaknya, mereka mahu memusnahkan kehidupan mereka dan menafikan sebarang hak asasi manusia," kata tujuh pelapor khas PBB dalam satu kenyataan.

Pelapor khas ialah pakar bebas yang dilantik oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB tetapi mereka tidak bercakap bagi pihak PBB.

Kenyataan mereka itu merujuk kepada laporan berterusan mengenai serangan seksual dan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, terutama membabitkan mereka yang ditahan oleh tentera Israel.

Kumpulan pelapor itu memetik laporan PBB yang mengatakan wanita dan gadis di Gaza juga menjadi mangsa penculikan dan kerap kali 'hilang'.

Pakar PBB berkata pemusnahan meluas Israel terhadap perumahan di Gaza dan hakikat bahawa rakyat Palestin terpaksa hidup dalam keadaan tidak menentu di khemah sementara memberi kesan negatif kepada wanita dan kanak-kanak perempuan, terutama terhadap keselamatan peribadi dan kerahsiaan mereka.

"Rawatan wanita hamil dan menyusu juga amat membimbangkan, dengan pengeboman berterusan menyasarkan hospital dan penafian akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan oleh penembak tepat Israel," tambah mereka.

Lebih 180 wanita melahirkan anak tanpa ubat menahan sakit, manakala ratusan bayi meninggal dunia akibat kekurangan bekalan elektrik untuk inkubator.

Pakar berpendapat keadaan itu turut menyebabkan lonjakan keguguran.

Mereka berkata, tentera Israel telah memusnahkan klinik kesuburan terbesar di Gaza, yang menyimpan embrio, dan menganggarkan bahawa 690,000 wanita dan kanak-kanak perempuan di Gaza tidak mempunyai akses kepada tuala wanita.

Misi Israel di Geneva berkata Israel menolak dakwaan yang tidak berasas mengenai serangan seksual dan keganasan.

Ia berkata Israel bersedia untuk menyiasat sebarang dakwaan konkrit salah laku oleh pasukan keselamatannya apabila dikemukakan dengan dakwaan dan bukti yang boleh dipercayai.

Pakar PBB berkata kerajaan Israel secara berterusan gagal menjalankan siasatan bebas, tidak berat sebelah dan berkesan terhadap jenayah yang dilaporkan. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang Zionis Yahudi laknatullah, haram jadah bersama pura-pura PBB!

Komen PAS di Malaysia.. 


(a) Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, disebabkan bimbang kalah dalam pilihan raya, kesemua negara itu sanggup menyokong Israel, kerana pengaruh media serta bank dunia.

Menurutnya, rakyat Malaysia sekarang ini telah menyaksikan kumpulan pejuang Palestin yang bersatu di atas nama Islam dan kemanusiaan.

(b) Yahudi dibunuh..

Idris Ahmad (kiri) dalam sidang media usai Himpunan 100K Bela Palestin di Kuala Lumpur pada hari ini, 4 Mei 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata bahawa “Amanah dari orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia untuk mereka menjaga dan memelihara bumi Palestin ini,” kata beliau.

Al-hadis juga telah memberikan keyakinan kepada rakyat Palestin yang menganggap bumi Al-Aqsa adalah amanah daripada orang Islam. Amanah dari orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia untuk mereka menjaga dan memelihara bumi Palestin ini.

“Tidak berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Yahudi dibunuh sehinggakan mereka berlindung di balik-balik batu…dan batu itu menyatakan, ‘Wahai Muslim, di belakang aku ialah Yahudi. Maka bunuhlah ia’ – Hadis Nabi SAW.”

Sekian.

Thursday, May 02, 2024

Konfflik Irael-Iran 6: Kasino & mesyuarat perang petang ini..



1. Kasino: Kerajaan Madani tidak saman Bloomberg?

KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani sehingga kini belum berura-ura mahu mengambil tindakan saman berhubung laporan mendakwa akan membangunkan kasino di Forest City, Johor yang disiarkan Bloomberg, minggu lalu.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, fitnah oleh media asing tersebut adalah perkara serius kerana dibuat ke atas kerajaan, di mana ia menuntut saman dan tindakan berkaitan dikemukakan segera.

“Laporan Bloomberg ini diulang siar oleh beberapa agensi antarabangsa yang lain, sangat bahaya dan memalukan Perdana Menteri kita. Ini bukan lagi fitnah kertas A4 hitam yang dibaca oleh seseorang di tengah malam satu ketika dulu.

“Kita minta kerajaan bertindak ke atas Bloomberg  yang kurang ajar ini! Lainlah jika kerajaan pun rasa laporan ini ada kebenarannya sedikit sebanyak…,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Media berpengaruh itu melaporkan bahawa pusat perjudian meliputi projek pembangunan bernilai RM480 bilion dijangka bakal diwujudkan bandar yang sebelum ini berdepan kemelut menjadi gajah putih itu.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pengasas Berjaya Corp, Tan Sri Vincent Tan serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay antara nama yang tertera dalam laporan tersebut.

Walaupun mereka bertiga menafikan, Anwar sekadar menyeru pihak berkaitan mengambil tindakan di mana Genting mendesak siaran dihentikan, manakala Berjaya pula melapor polis supaya siasat sumber tidak dinamakan oleh media itu.

“Ketika Sarawak Report fitnah PAS kononnya terima RM90 juta daripada Umno, bersungguh-sungguh pemimpin Pakatan Harapan (PH) menjajanya, bahkan dicabar supaya PAS saman jika tidak betul.

“Padahal PAS hanyalah sebuah parti yang mempunyai sumber kewangan terhad, dan akhirnya Editor Sarawak Report disaman oleh Kerabat Diraja Terengganu dan telahpun kalah di mahkamah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 1/5/2024


2. Perang Iran-Israel: Malaysia adakan mesyuarat khas petang ini   
ANWAR Ibrahim ketika merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr. Ambedkar ke-5 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, hari,ini. -UTUSAN/AFIQ RAZALI

SHAH ALAM: Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu ketegangan yang memuncak di Asia Barat susulan peperangan antara Iran dan Israel.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan ke atas kedutaan Iran itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa. 

Jelas beliau, pelanggaran kebiasaannya akan mengundang kepada sesuatu tindak balas. 

“Jadi, saya akan mengadakan mesyuarat khas jam 6 petang ini dengan berbincang dengan beberapa menteri. 

“Ia bertujuan merangka beberapa langkah segera yang patut diambil untuk meredakan keadaan termasuk penghantaran pulang rakyat Malaysia di negara itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr. Ambedkar ke-55 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, petang ini.

Terdahulu, agensi berita Reuters melaporkan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRG) melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu ke Israel semalam.

Letupan kedengaran di beberapa kawasan di Israel hari ini apabila pertahanan udara memintas dron dan misil dari Iran.

Siren roket dan letupan kuat kedengaran di selatan Israel, termasuk Eilat, Beersheba, Dimona, Nevatim dan kawasan-kawasan lain.

Serangan itu mungkin mencetuskan pertempuran besar antara musuh ketat serantau, dengan Amerika Syarikat (AS) berikrar untuk menyokong Israel.

Mengulas lanjut, kata Anwar, Malaysia menuntut peringkat antarabangsa supaya dapat menjamin penyelesaian dan kedamaian di Timur Tengah.

“Ini kerana apa yang berlaku di sana akan menjejaskan keamanan dan ekonomi dunia,” ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof meminta rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke Iran dan negara-negara berdekatan susulan ketegangan itu.

Wisma Putra sedang memantau perkembangan terkini dan memutuskan langkah perlu bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini yang berada di rantau tersebut.-UTUSAN  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya dalam suasana terkini, demi Islam, keadilan sejagat dan kebangkitan kembali Islam menumbang penjajah/penindas Israel/AS, slogan begini patut disasarkan.. Bukan slogan-slogan mengampu Israel/AS dan barua-baruanya.

Sekian.

Tuesday, April 30, 2024

Konfflik Irael-Iran 5: KFC tutup, HAMAS bubar?

 

1. KFC tutup sementara cawangan terpilih - QSR Brands

KUALA LUMPUR: QSR Brands (M) Holdings Bhd dan KFC Malaysia menutup sementara cawangan terpilih berikutan persekitaran ekonomi yang mencabar ketika ini.

Dalam satu kenyataan, QSR Brands, berkata penutupan itu adalah sebahagian daripada usahanya menguruskan peningkatan kos perniagaan dan memberi tumpuan kepada operasi perniagaan di kawasan yang lebih baik.

"Kakitangan dari cawangan yang terjejas ditawarkan peluang untuk berpindah ke cawangan yang masih beroperasi sebagai sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber dalam zon perniagaan yang menerima pelanggan yang lebih tinggi," katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang angka selain sumbangan QSR Brand kepada ekonomi melalui jaminan pekerjaan untuk 18,000 ahli pasukan di Malaysia, dengan kira-kira 85 peratus adalah beragama Islam.

"QSR Brands terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat memberi kembali kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah.

"Kami amat percaya rakyat akan mengiktiraf latar belakang Malaysia kami, keikhlasan kami dan kerja keras kami dalam menyumbang kepada ekosistem Malaysia," kata QSR Brands.

Laporan akhbar harian berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau mendakwa 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu, berdasarkan data Google Maps.

Laporan itu turut menyebut The cawangan di Kelantan paling banyak terjejas sehingga 21 cawangan ditutup sementara, manakala Johor 15 cawangan.

Selain itu, Singapore Straits Times turut memetik sumber tanpa nama daripada QSR Brands yang mengaitkan penutupan itu berpunca daripada kesan boikot orang awam dan ia boleh dilihat sebagai peluang untuk menghentikan beberapa operasi cawangan KFC.

Terdapat lebih 600 restoran KFC di Malaysia, dikendalikan oleh QSR Brands yang kini dimiliki oleh Johor Corporation iaitu syarikat milik kerajaan negeri Johor. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimSepatutnya begini.. 



2. Hamas Siap Bubar Jika Palestina Merdeka

SIREN amaran berbunyi tidak berhenti-henti, penduduk meluru ke pusat perlindungan yang dikatakan kalis bom dan dalam kegelapan malam, kelihatan cahaya objek yang bergerak seperti meteor di ruang udara – peluru berpandu dari bumi Iran.Suasana pada 13 April lalu cukup menakutkan penduduk Israel yang menduduki tanah Palestin secara haram. 

Pejabat tinggi Hamas, Khalil Al-Hayya/Net

KELOMPOK militer Palestina, Hamas mengumumkan kesiapannya untuk berhenti berperang setelah Palestina diberi hak atas kedaulatannya berdasarkan solusi dua negara.rmol news logo

Pejabat tinggi Hamas, Khalil Al-Hayya mengatakan kelompok itu akan membubarkan pasukan militernya jika Palestina berdaulat penuh di Tepi Barat dan Jalur Gaza dan pengungsi Palestina dipulangkan sesuai dengan resolusi internasional di sepanjang perbatasan Israel sebelum tahun 1967.

"Jika itu terjadi, sayap militer kelompok tersebut akan bubar,” kata Al-Hayya, seperti dimuat Associated Press pada Kamis (25/4).

Dia mengungkap, langkah Hamas setelah bubar adalah menjadi partai politik seutuhnya seperti Fatah dan bergabung dengan Organisasi Pembebasan Palestina.

"Ketika mereka merdeka dan memperoleh hak-hak dan negaranya, apa yang dilakukan kekuatan-kekuatan ini? Mereka berubah menjadi partai politik dan kekuatan tempur yang membelanya berubah menjadi tentara nasional,” ujarnya. 

Meskipun komunitas internasional sangat mendukung solusi dua negara, pemerintahan garis keras Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu terus menolaknya.

Sementara itu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengatakan pihaknya akan terus melanjutkan operasi darat ke Rafah, Gaza.

Meski belum ada waktu pasti yang diumumkan, tetapi seorang pejabat IDF mengungkap persiapan serangan darat sudah rampung dan tinggal menunggu perintah Netanyahu.

Dikatakan bahwa Kementerian Pertahanan Israel telah membeli 40.000 tenda, masing-masing berkapasitas 10 hingga 12 orang, untuk menampung warga Palestina yang direlokasi keluar Rafah sebelum serangan terjadi. 

Iran akan guna senjata terbaru yang belum pernah digunakan hadapi serangan balas Israel 
Trak tentera Iran yang membawa dron Arash melepasi Raisi (kiri) dan pegawai tentera ketika perarakan tentera sebagai sebahagian daripada upacara menandakan hari tentera tahunan negara itu di Tehran semalam. - Foto AFP 


Sekian.

Friday, April 26, 2024

Konfflik Irael-Iran 4: Konsert S/Norhaliza

 


Penunjuk perasaan pro-Palestin di Universiti California Selatan berdepan dengan pegawai Keselamatan Awam Universiti yang cuba merobohkan khemah yang ditubuhkan mereka sebagai tanda protes terhadap genosid Israel ke atas orang awam di Semenanjung Gaza di California pada hari ini, 23 April, waktu tempatan. (FOTO: ABC News)

Protes pro-Palestin merebak di universiti seluruh Amerika

TEHRAN: Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kan’ani berkata bahawa dunia menuntut dihentikan jenayah genosid penduduk Palestin di Semenanjung Gaza walaupun dengan kehendak jahat yang masih meluap-luap Israel dan penyokongnya.

Di sebalik kehendak pegawai rejim Israel yang bersifat palsu dan pengganas, dunia kini bertekad untuk menghentikan jenayah perang di Gaza dan Tebing Barat, tulis Kan’ani pada di platform X miliknya pada hari ini, Khamis (25 April).

“Dunia kini menuntut perbicaraan penjenayah oleh mahkamah antarabangsa yang kompeten,” kata diplomat kanan Iran itu.

Beliau merujuk kepada kemarahan yang terus membuak-buak di kampus universiti di seluruh Amerika Syarikat terhadap perang genosid Israel yang berterusan di Gaza, kini sudah melebihi 200 hari.

Sebanyak 31 organisasi pelajar Harvard pada hari ini, Rabu (24 April), waktu tempatan telah melaungkan protes pro-Palestin mereka bahawa Zionis Israel ‘bertanggungjawab sepenuhnya atas semua keganasan yang berlaku’, dan serangan oleh pejuang Islam Hamas (ke atas Israel pada 7 Oktober 2023) tidak berlaku begitu sahaja tanpa sebab di sebaliknya’. 

Sekumpulan 31 organisasi Universiti Harvard telah meletakkan kesalahan kepada Israel atas serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober 2023. (FOTO: Twitter/@HarvardPSC)

Mengeluarkan Kenyataan Bersama oleh Harvard Palestine Solidarity Groups on the Situation in Palestine, organisasi itu berkata, Israel telah memaksa rakyat Palestin untuk tinggal di ‘penjara terbuka selama lebih dua dekad’ di Gaza dan Tebing Barat, lapor Arab News.

Kenyataan itu menambah: “Rejim apartheid adalah satu-satunya yang harus dipersalahkan. Keganasan Israel telah menstrukturkan setiap aspek kewujudan Palestin selama 75 tahun.

“Daripada rampasan tanah yang sistematik kepada serangan udara rutin, penahanan sewenang-wenangnya, pusat pemeriksaan tentera, pemisahan keluarga secara paksa, dan pembunuhan yang disasarkan.”

Protes pro-Palestin yang bermula minggu lalu di Universiti Columbia kini telah merebak ke beberapa universiti lain termasuk Unversiti Harvard, Texas, Brown dan California Selatan. 

Papan tanda yang berbunyi, “Selamat Datang ke Universiti Rakyat untuk Palestin” ditunjukkan tepat di luar perkhemahan, di kampus Universiti Columbia, pada hari ini, Rabu, 24 April 2024, waktu tempatan di New York City. (FOTIO: USA Today)

Pelajar-pelajar di beberapa universiti berprestij AS yang lain juga memulakan aksi ‘duduk’ berkumpulan mereka dengan memasang khemah pada hari ini, Rabu (24 April), waktu tempatan sebagai protes terhadap pembunuhan beramai-ramai Israel yang berterusan di Gaza.

Gerombolan pelajar dari Universiti Brown di Pulau Rhodes dan Universiti California Selatan (USC) turut menyertai universiti lain, termasuk Columbia, untuk menyeru gencatan senjata di Gaza.

Di Universiti Texas, berpuluh-puluh polis tempatan dan askar negeri berbaris untuk menghalang pelajar daripada berarak di dalam kampus, akhirnya menyaksikan pertempuran dengan penunjuk perasaan dan beberapa orang ditahan.

Pada hari ini, Rabu (24 April), waktu tempatan, Kolej Emerson di Boston mendakwa penunjuk perasaan pro-Palestin di pusat bandar itu bahawa mereka melanggar undang-undang bandar dengan menduduki Boylston Place dan mengubahnya menjadi bandar khemah. 

Pelajar Kolej Emerson di Boston membentuk pagar halangan ketika membuat tunjuk perasaan pro-Palestin pada hari ini, 24 April 2024, waktu tempatan sebelum bertempur dengan pihak polis yang menahan sebahagian daripada mereka. (FOTO: Biston,Globe) 

Kolej itu mengeluarkan amaran kepada pelajar bahawa polis mempunyai hak untuk bertindak balas. Walaupun begitu, pelajar tidak berputus asa dan terus memasang bendera dan papan tanda Palestin, berikrar mereka tidak akan beredar.

Sehubungan itu, dalam sekelip mata pihak polus mula membuat tangkapan, dengan laporan menyebut jumlah itu mencecah lebih 40 orang.

Akhbar Kolej Emerson, The Berkeley Beacon, melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 41 orang telah ditangkap. Sebuah kumpulan yang dipanggil Emerson Students for Justice in Palestine pula mendakwa lebih 100 tangkapan telah dibuat.

Universiti Harvard di Massachusetts juga telah mengehadkan akses ke kampusnya dan memerlukan permit untuk mendirikan khemah, tetapi penunjuk perasaan tekad dan nekad mendirikan 14 khemah pada hari ini, Rabu (24 April), waktu tempatan, sebagai tanda protes pro-Palestin. – Agensi – HARAKAHDAILY 25/4/2024

Tiket konsert Siti Nurhaliza licin dalam masa sejam 

Konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 10 Ogos depan.

KUALA LUMPUR: Peminat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuktikan tiada istilah jemu menyaksikan persembahan penyanyi kesayangan ramai apabila tiket Konsert Cinta Di Awan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 10 Ogos depan licin dalam tempoh kurang sejam selepas kaunter pembelian dibuka.

Pada Mac lalu, Siti menganjurkan konsert berskala besar, Sebuah Epitome: Saya Siti Nuhaliza dan akan menghiburkan peminat di Singaoura menerusi Konsert Fenomena Kedua-dua konsert itu turut melakar sejarah apabila tiket habis terjual dalam masa yang singkat.

Berkongsi keterujaan terhadap sambutan mengalakkan terhadap konsert, Siti berkata, sokongan itu memberi petanda dirinya harus memberikan yang terbaik kepada penonton konsert itu.

"Terima kasih kepada peminat atas kepercayaan dan sudah dapatkan tiket. Apa yang penting, apabila dapat sambutan dan saya kena bekerja keras untuk memberikan persembahan dengan impak terbaik.

BERITA BERKAITAN


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiap perjuangan Islam yang murni sepatutya berasaskan kepada 5 prinsip ini..

1.Allah matlamat kami  2.Rasul pemimpin kami  3.Al-Quran perundangan kami  4. Jihad jalan kami dan 5.Syahid cita-cita kami.

Barulah akan terhasilnya konsep 'Samada menang atau syahid, insya Allah!

Sila lihat siri Konflik Israel-Iran.. 

4.
..

Wednesday, April 24, 2024

Konfflik Irael-Iran 3: Suasana terkini (Video)

 


Roket Katyusha yang digunakan Hizbullah. (FOTO: Press TV)

Konfflik Irael-Iran 3: Suasana terkini (Video)

MetroTV, situasi terkini di Iran usai tragedi micro drone Israel. #Metrotv #Metrotv #iran #israel #konfliktimurtengah #palestina #palestine ...


Hizbullah lancar puluhan roket Katyusha serang Israel

BEIRUT: Kumpulan pejuang Islam Hizbullah, yang juga sekutu Hamas berkata pada Isnin ia telah menembak berpuluh-puluh roket Katyusha di utara Israel.

Tindakan itu diambil sebagai tindak balas terhadap insiden serangan yang dilakukan Israel terhadap kawasan-kawasan perkampungan di selatan Lubnan, di Srifa, Odaisseh dan Rab Tlatin. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Hizbullah, pihaknya berkata, ia telah mengebom ibu pejabat Briged Infantri ke-3 Divisyen ke-91 yang terletak di Pangkalan Ein Zeitim menggunakan roket Katyusha, lapor NDTV.

Sementara, pihak tentera Israel dalam pada itu menyatakan pihaknya telah mengenal pasti kira-kira 35 serangan roket yang dilancarkan dari Lubnan ke arah kawasan Ein Zaitim di utara negara itu, dan tiada kecederaan yang dilaporkan. 

“Tentera Israel telah menyerang tempat yang dikatakan menjadi lokasi pelancaran roket itu dijalankan,” dakwa kenyataan itu. 

Sejak serangan pejuang Palestin Hamas pada 7 Oktober 2023 yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel mencetuskan perang di Gaza, terdapat pertukaran tembakan merentas sempadan hampir setiap hari antara tentera Israel dan Hizbullah yang disokong Iran.

Dengan ketegangan Israel-Iran yang memuncak sejak berpuluh-puluh dekad lalu, Hizbullah telah meningkatkan serangannya ke atas sasaran tentera Israel merentasi sempadan.

Ketegangan antara Israel dan Iran yang semakin memuncak pula menyaksikan Tehran mengeluarkan amaran keras sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilakukan Israel. 

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani memberi amaran bahawa sebarang serangan dan ‘kesilapan’ yang dilakukan Israel pada masa akan datang bakal mencetuskan tindak balas yang lebih keras dan tegas dari negaranya. 

Sejak konflik Israel-Hamas 7 Oktober tahun lalu, seramai 376 orang telah terbunuh di Lubnan yang kebanyakannya adalah pejuang Hizbullah, termasuk 70 orang awam– HARAKAHDAILY 23/4/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Konfflik Irael-Iran 3: Suasana terkini (Video). Jom sokong perjuangan Islam Sedunia dan HAMAS.  Jahannam Israel!


Tuesday, April 23, 2024

Konflik Israel Iran 2 PAS M'sia bersama Palestin.


PAS bersama Palestin tidak berbelah bahagi

APABILA Almarhum Mufti Palestin, Syeikh Amin al-Husaini dan beberapa orang pemimpin Islam mengadakan muktamar bagi mempertahankan Palestin pada tahun 30-an, pemimpin-pemimpin Islam dijemput menyertainya termasuk tokoh Islam yang mewakili Tanah Melayu. Mereka bersama-sama menentang penubuhan negara haram bernama Israel oleh kumpulan Zionis dan Freemason yang merancang menjadi kuasa besar tunggal kaum Yahudi bagi mengembalikan semula sejarah Nabi Sulaiman AS. Hakikatnya, Baginda AS menakluk dunia atas nama Islam, bukan kebangsaan Yahudi. Maka, perancangan Zionis tersebut nyata kesesatannya.

Kebanyakan raja-raja dunia, pemimpin negara, para saintis dan ahli falsafah yang tersohor menjadi sasaran sehingga dapat dipengaruhi oleh gerakan Freemason dan Zionis bagi melaksanakan agenda serta perancangannya dalam semua lapangan negara dan antarabangsa.

Almarhum Jeneral Jawwad Rif‘at Atal Khan, mantan pegawai tinggi perisikan Turki ‘Uthmaniyyah berjaya mendapat maklumat hasil penyiasatan terhadap ejen-ejen Freemason dan Zionis yang berjaya ditahan sehinggakan ia dibukukan. Sebahagian daripadanya didedahkan dalam buku Protokol Zionis.

Almarhum Dr. Burhanuddin al-Helmy, mantan Yang Dipertua PAS yang ke-3 pernah mengembara ke Palestin dan Turki. Ketika berada di Palestin, beliau ditahan selama beberapa hari oleh pihak British kerana terlibat dalam bantahan terhadap Pengisytiharan Balfour, melalui demonstrasi yang dilakukan pada tahun 1936.

Pada tahun 1948, penubuhan negara Israel akhirnya diisytiharkan dengan sokongan semua kuasa besar melalui pelaksanaan Perjanjian Sykes–Picot pada tahun 1916 dan Pengisytiharan Balfour pada tahun 1917. Termasuk juga penglibatan para pemimpin negara Arab dan Islam yang berjaya diletakkan di bawah naungan gerakan Freemason dan Zionis secara langsung, sama ada menjadi ahli ataupun rakan dalam kumpulan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau media antarabangsa yang berada di bawah pengaruhnya.

Para pemimpin Islam mengisytiharkan jihad bagi menentang penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948, namun ia telah digagalkan secara bersama oleh negara-negara Islam dan Arab yang terdiri daripada kumpulan sekular yang menerima pengiktirafan negara haram Israel mengikut pengaruh Barat. Sehinggakan, ia sekali lagi dirancang selepas kejayaan Israel menawan Bait al-Maqdis dalam perang 1967 apabila berjaya mengalahkan negara Arab dalam masa enam hari. Diikuti termeterainya Persidangan Madrid, Perjanjian Oslo, dan Perjanjian Camp David dengan cadangan penyelesaian dua negara (two-state solution) bagi Arab Palestin dan Yahudi Israel.

Perkembangan ini menjadikan sebahagian besar negara Islam dan pemimpinnya akur mengalah dengan menerima wujudnya konsep dua negara. Pada masa yang sama, Israel tetap berdolak-dalik tidak menerimanya dengan terus membawa masuk kaum Yahudi datang berhijrah dari seluruh pelosok dunia sehingga mengisytiharkan Bait al-Maqdis menjadi ibu negara haram Israel.

Pendirian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersama kerajaan, parti dan badan bukan kerajaan (NGO) menyokong perjuangan Palestin menentang kezaliman Zionis dengan istiqamah.

Namun, PAS berbeza dengan pihak yang lain kerana PAS menolak penyelesaian dua negara yang disokong oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini yang bersama Barat mendukung penyelesaian dua negara tersebut dan menyokong Palestin secara ‘dibelah-bahagi’.

PAS bersama gerakan Islam (Hamas), Tanzim Jihad, Ansarullah, dan semua kumpulan Islam, serta negara Iran, Syria dan Algeria, menolak wujudnya negara haram Israel.

PAS hanya menerima satu negara Palestin yang tidak dibelah bahagi yang dikuasai oleh Islam bermasyarakat majmuk.

Dua negara Islam telah mengiktiraf Israel sejak awal, iaitu Turki sehingga kini dan Iran pada zaman Syah Iran, namun dibatalkan selepas Syah digulingkan oleh revolusi Islamnya yang mengharamkan negara Israel.

PAS berpegang kepada hukum Islam bahawa Palestin adalah milik Islam dengan nas al-Quran. 

Ikuti selanjutnya ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 13 Syawwal 1445 / 22 April 2024 – HARAKAHDAILY 22/4/2024

Sunni, Syiah: Islam perlu bersatu menentang Zionis 

KUALA LUMPUR: Umat Islam digesa bersatu padu membina kekuatan tanpa mengira Sunni atau Syiah kerana masa depan dan kepentingan umat Islam Palestin perlu diutamakan dan musuh utama umat Islam ialah Zionis laknatullah.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Abu Irfan Muhammad Al-Urduni berkata, kesatuan ummah adalah asas kekuatan manakala kepentingan agama dan umat Islam seharusnya mendahului kepentingan lain. 

Beliau berkata, terkini sudah menghampiri tujuh bulan saudara kita di Gaza Palestin dizalimi dengan tindakan luar batasan kemanusiaan yang tidak mampu untuk digambarkan.

“Serangan jahat rejim Israel sudah membunuh lebih 34,000 nyawa sepanjang enam bulan perang di Semenanjung Gaza yang diduduki. Seramai hampir 80,000 orang cedera sejak perang bermula pada 7 Oktober 2023 menyebabkan perpindahan dan kemusnahan besar-besaran. 

“Serangan berterusan Israel menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. Lebih 60 peratus infrastruktur di wilayah terkepung rosak atau musnah sepenuhnya. Bertambah malang, kebuluran terus berlaku di Gaza.

“Justeru, hanya akses yang berterusan dan lebih banyak bekalan diperlukan bagi menyelamatkan nyawa mereka,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini. Dukacita dirasakan menurutnya apabila melihat keadaan umat Islam yang masih tidak dapat membina kata sepakat dalam isu Palestin.  

“Apakah peranan negara-negara Islam yang berjiran dengan Palestin? Lebih teruk lagi ada yang masih membakar api perpecahan antara Sunni dan Syiah apabila Iran mengambil tindakan ke atas kejahatan Israel,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/4/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konflik Israel Iran 2  PAS M'sia bersama Palestin. Apa lagi, bila kempen politik AS telah mengisytiharkan Islam sebagai musuh baharunya sejak awal 1990-an selepas kejatuhan Soviet Union dulu lagi. (Sila rujuk 'HARAKAHDAILY 22/4/2024')

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails