Monday, June 10, 2024

Masalah ayaq (air) DAP PP. Cakap besaq '0'.

 

1. Pulau Pinang tak patut ada masalah bekalan air

NIBONG TEBAL: Pulau Pinang yang membangun maju dan pesat serta memperolehi pendapatan tinggi tidak sepatutnya mempunyai masalah bekalan air berbanding negeri miskin seperti Kedah.

Pengarah Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, masalah tersebut sepatutnya menjadi perkara sangat memalukan bagi negeri yang ditadbir oleh DAP itu.

“Ada masalah ayaq (air) rupanya di Nibong Tebal ni. Aku ingat Kedah je (saja) hari-hari TV3 meratip masalah ayaq di Kedah. Hari-hari (TV3 lapor) ayaq sana tak dak, Rupanya Pulau Pinang pun tak dak ayaq,” sinisnya.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, Pulau Pinang bukan negeri yang besar di mana jajaran paip airnya juga hanya sepanjang kira-kira 2,400 kilometer (km) panjang berbanding seluruh Kedah sekitar 13,000 km.

Oleh itu tegas beliau, perkhidmatan perbekalan air di Pulau Pinang sepatutnya lebih mudah diuruskan, juga kerana kepadatan penduduknya, selain penyelenggaraan tidak semahal yang ditanggung Kedah.

Malah bongkarnya, Pulau Pinang menjual air kepada kapal semahal RM15 bagi satu meter padu, sekali gus wajar menyediakan infrastruktur bekalan air lebih baik, berbanding Kedah menjual air kepada domestik cuma RM0.55.

“Kami (Kedah) nak maintenance 7-8 km baru jumpa sebiji kampung. Dalam kampung itu pula pakai telaga. Hat habis tak dak, malas cedok baru dia buka air paip. Besar maintenance air di Kedah.

“Rupanya Pulau Pinang pun tak dak air. Awat (kenapa) jadi lagu itu? Bukan DAP pandai ke memerintah? Tak dak dah manusia yang pandai perintah negeri di di dunia ni selain pada DAP,” sindirnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Pulau Pinang juga katanya, mempunyai banyak sektor industri dan mereka dapat menjual air dengan kadar lebih mahal, apatah lagi negeri itu mengambil air mentah tanpa bayaran dari Sungai Muda yang berpunca dari Kedah.

Menurut beliau, Pulau Pinang mengekstrak 1,440 juta liter sehari (MLd) berbanding Kedah hanya 770 MLd iaitu separuh perbezaannya dan kerana itu juga negeri itu mencatat untung ratusan juta ringgit berbanding Kedah hanya puluhan juta ringgit.

Sindir Sanusi juga, seandainya beliau menjadi Ketua Menteri di negeri ini pasti masalah bekalan air tersebut dapat diselesaikan, pun begitu bersedia menawarkan lebihan air terawat yang dimiliki Kedah.

Jelasnya, Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar di Kulim yang bersempadan negeri ini mempunyai kebihan air terawat dan bersedia menjualnya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

“Kalau nak mai beli, saya saya jual. Saya bukan tak dak air bersih, ada. Kalau hang nak beli, kita jual. Di Lubuk Buntar ada lebihan air bersih di situ. Dengan suci hati. Syaratnya kena beli, tak boleh ambil free (percuma) macam Sungai Muda,” pelawanya. – HARAKAHDAILY 9/6/2024

2. Benarkah DAP hina Islam? 

Lihat ini, 

'AL-BAYAN SIRI 9: HORMATI ISLAM, HORMATI INSTITUSI.. 8 Jun 2020'

Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Penghinaan Agama

Dalam konteks peruntukan undang-undang, kita melihat isu penghinaan terhadap agama Islam boleh ditangani menerusi perundangan sivil dan perundangan syariah. 
Ini kerana, kedua-dua perundangan tersebut ada menyatakan peruntukan bagi kesalahan menghina agama. Namun demikian, bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya terbatas kepada membicarakan kes-kes yang melibatkan orang Islam, berbeza dengan Mahkamah Sivil yang boleh membicarakan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

Dari sudut perundangan sivil, terdapat beberapa peruntukan yang boleh digunapakai dalam menangani isu penghinaan terhadap agama Islam. 

Pertama, Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun. 
Kedua, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan pula merujuk kepada kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain. Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. 
Ketiga, Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Dari sudut perundangan syariah, Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, di bawah Bahagian III – Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya memperuntukan beberapa seksyen berkaitan. 

Pertama, Seksyen 7. Menghina, atau menyebabkan dipandang hina agama Islam. Denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kedua, Seksyen 8. Mempersendakan ayat Al-Quran atau Hadith. Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat Al-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ketiga, Seksyen 9. Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama. Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Jika diteliti secara keseluruhan, kita dapati bahawa peruntukan undang-undang sedia ada amat komprehensif dalam menangani penghinaan terhadap agama Islam kerana ia meliputi semua aspek, medium dan sasaran. Namun demikian, tidak dinafikan keperluan untuk mengkaji dari semasa ke semasa aspek hukuman yang dikenakan agar ia kekal relevan dan efektif dalam mendepani cabaran masa kini. Selain itu, aspek penguatkuasaan juga perlu diperkasakan. Ini kerana, tanpa penguatkuasaan yang efisien dan konsisten, undang-undang tidak akan mampu dimartabatkan sebagaimana yang menjadi aspirasi seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia.

ama yang sentiasa mengajar manusia berakhlak mulia. Bukan sahaja kepada sesama muslim tetapi jua dengan bukan muslim. Bukan setakat itu, Islam turut menitikberatkan etika dalam berinteraksi dengan semua makhluk-Nya termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Semua ini menunjukkan bagaimana Islam merupakan agama yang amat mementingkan ketertiban dalam menjalani kehidupan.

Kesimpulan
Islam merupakan agama yang sentiasa mengajar manusia berakhlak mulia. Bukan sahaja kepada sesama muslim tetapi jua dengan bukan muslim. Bukan setakat itu, Islam turut menitikberatkan etika dalam berinteraksi dengan semua makhluk-Nya termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Semua ini menunjukkan bagaimana Islam merupakan agama yang amat mementingkan ketertiban dalam menjalani kehidupan.

Sikap gemar menghina, mengutuk, mencaci dan memperlecehkan agama adalah amat jauh daripada akhlak Islam bahkan bertentangan dengan fitrah kemanusiaan yang cintakan kedamaian. Ia juga bukan cara untuk meluahkan pandangan atau kritikan kerana natijahnya hanya mengundang perbalahan dan perpecahan sama ada antara sesama penganut agama atau dengan penganut agama yang lain.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama yang berpayung di bawah naungan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, marilah kita menjadi rakyat yang lebih bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian beragama. Islam adalah agama bagi persekutuan, manakala agama lain bebas untuk diamalkan. Maka, hormatilah kedudukan agama Islam, sebagai lambang kesetiaan dan penghormatan terhadap Institusi Raja di negara ini.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
Jabatan Perdana Menteri  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah DAP  P.Pinang negeri busuk tahi babi, masalah kecik ayaq (air) pun, tak boleh selesai. Cakap besaq '0' tindakan. Kokok berderai, ekoq belumoq taik! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails