1. Islam Liberal hadir sebab bertembung iman dan kufur
KUALA LUMPUR: Islam tidak perlu meminjam istilah bebas seperti liberal, progresif dan sebagainya sehingga mengubah prinsip dan rukun serta menunjukkan ia terpengaruh dengan semua itu dan seperti tidak mempunyai akal.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, kerana terpengaruh itulah menyebabkan ada sebahagian yang keluar daripada PAS, sedangkan di dalam al-Quran Allah telah memberi amaran berkaitan penyelewengan terhadap prinsip agama.
Menurut beliau, terdapat kitab yang menerangkan mengenai usaha memecahkan agama ini termasuk dengan meminjam istilah-istilah bukan Islam ke dalam pelbagai aspek, sedangkan Islam menunjukkan kepada lebih baik.
“Dalam aspek politik, Islam menegaskan kewajipan berkuasa adil dan menyeru Islam dengan menerima konsep Khilafah, republik dan raja berpelembagaan yang mendaulatkan Islam dan Allah serta berteraskan iman,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islam Liberal: Cabaran Gerakan Islam’ dihadapan kira-kira 3,000 peserta pada program Liqa’ Fikri PAS Pusat yang di sini hari ini.
Menurut beliau, banyak kefahaman-kefahaman atau ideologi yang ditimbulkan manusia pada zaman ini di mana boleh merosakkan pegangan manusia dalam banyak cara secara mengelirukan, termasuk melahirkan simpati untuk tidak bersama jemaah Islam.
“Antaranya ialah ajaran secara mencampur adukkan antara satu sama lain seperti yang mengambil cara baru daripada campuran yang pelbagai,” ujar beliau dalam mengenalkan pendekatan-pendekatan Islam Liberal.
Hinggakan terangnya, perkara-perkara sedemikian diheret masuk dan mempengaruhi juga aspek lain termasuk ke atas politik, ekonomi dan lain-lain, oleh itu menuntut setiap ahli PAS berpegang kuat dengan Islam dan syariah yang sempurna.
Menyentuh hubungan dengan parti lain, beliau menegaskan perkara penting adalah memastikan konsep Islam memimpin dan bukannya Islam yang dipimpin serta sedar wujud pelbagai godaan di jalan siasah untuk lari daripada mengikut hukum Allah.
Tuan Guru menasihatkan semua agar memelihara diri daripada cabaran idealogi yang cuba mengelirukan dengan memiliki ilmu dan mentadbir diri dalam lapangan perjuangan serta mesti berperanan untuk menyegarkan umat Islam agar ada jati diri berasaskan Islam.
“Menyedarkan masyarakat terhadap bahaya serangan pemikiran yang merosakkan jati diri seorang Muslim, memberi kesan liberal yang menjadikan sebahagian orang Islam hilang identiti beragama,” ujarnya.
Beliau juga menekankan pentingnya memperkasakan program pembinaan keluarga di samping memainkan peranan utama dalam isu wanita dan keluarga berasaskan Islam, manakala pemuda-pemuda menggerakkan kepentingan pendidikan politik.
Serunya, Ahli PAS perlu memperkenalkan Islam secara holistik serta kepentingannya menyelamatkan diri, keluarga dan kehidupan sosial masyarakat, selain membuka pintu kepada orang bukan-Islam untuk memperkenalkan Islam.
Juga ajaknya, mesti sentiasa berusaha melakukan usaha mencegah kemungkaran selain mengetahui dengan terperinci yang boleh dilakukan menerusi kajian terhadap perkembangan berkaitan pertembungan iman dan kufur. – HARAKAHDAILY 13/7/2024
2. Ancaman Islam Liberal di Malaysia -Harakah May 21, 2018
MENGGUNAKAN rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita.
Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.
Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam Liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.
Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang Wacana Mustapha Akyol, seorang Sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam Liberal negara ini bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran cara fikir mereka.
Ciri-ciri fahaman Islam Liberal (Ikuti selanjutnya -Harakah May 21, 2018)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa 'islam liberal' hadir? Bolehkah PH (DAP)+BN (UMNO)? Semuanya boleh jadi.
Yang penting hanya Islam, agama di sisi Allah. Dalam Islam merangkumi politik, ekonomi, sosial dan seluruh cara hidup. Itu istimewa Islam berbanding agama lain.
Tiap bernama Muslim wajib menghayatinya. Insya Allah!
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
....