Sunday, October 20, 2024

Langgar Perlembagaan, DAP biaDAP? Kit Siang, keluar!

 

1. Cadangan Ong Kian Ming langgar asas perlembagaan  –UMMAH

Mohd Zai dan Ong Kian Ming

KUALA LUMPUR: “Ia adalah satu tindakan berkepentingan dan melanggar asas perlembagaan.”

Itu penegasan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa mengulas cadangan mempercepatkan persempadanan semula bahagian parlimen pilihan raya oleh bekas Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming atas alasan untuk memberi peruntukan kerusi parlimen kepada rakan komponen kerajaan dengan […] (Rujuk HarakahDaily)


2. Kalau Kit Siang tak mahu hormat Perlembagaan Persekutuan keluar dari Malaysia – Rafique  (MalaysiaGazette 13 September 2024)

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali bercakap kepada media mengenai isu Tuntut Hormati Perlembagaan Negara selepas perjumpaan khas Pimpinan NGO-NGO di Anjung Melayu, Dewan DPMM, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR  – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang diingatkan supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan seperti yang sepatutnya rakyat Malaysia lakukan.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, pangkat mahupun kedudukan tidak membenarkan sesiapa untuk menganggap perlembagaan sebagai perkara yang tidak wajib dipatuhi.

“Negara (kita) buat ketetapan negara ini berperlembagaan, (jadi) semua harus hormatinya. Tidak kira sama ada Tan Sri, tuan, encik atau ustaz.

“Kalau tidak mahu hormati perlembagaan atau ingin ajar anak-anak tidak terikat perlembagaan keluarlah daripada Malaysia, pulangkan kembali Tan Sri yang diberi penghormatan oleh negara kepada kamu tapi kamu langgar perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) & Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Kenyataan bersama itu dikeluarkan susulan seruan Kit Siang supaya ‘generasi muda’ tidak akur terhadap Perlembagaan Persekutuan, memandangkan ia bersifat berubah-ubah.

Kit Siang mendakwa, adalah penting untuk undang-undang dikemas kini untuk mencipta visi baru, selaras dengan perkembangan dan perubahan global.

Beliau dilaporkan berkata demikian demikian ketika hadir pada majlis anugerah biasiswa undang-undang Karpal Singh yang pertama di Theatre Impian pada 6 September lalu.

Terdahulu, kenyataan bersama NGO Islam yang dibacakan oleh Naib Presiden ISMA (Jabatan Dakwah), Muhammad Shahier Sa’min mengecam dan kecewa terhadap Kit Siang yang mengeluarkan kenyataan tersebut. 

(Selanjutnya sila 'Kalau Kit Siang tak mahu hormat Perlembagaan Persekutuan keluar dari Malaysia – Rafique'  -MalaysiaGazette 13 September 2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Langgar Perlembagaan, DAP biaDAP?' Wajarkah diletakkan tajuk begini? Sekurang-kurangnya sebagai peringatan kepada puak-puak yang menghina 'Melayu-Islam keturunan pribumi asal negara ini (Persekutuan Tanah Melayu). Bukan keturunan pendatang yang menagih ehsan 'kerakyatan' dari penduduk asal negara ini. 

Samakah mereka seperti bangsa bangsat Israel yang asalnya tiada negara kini cuba menjajah dan memperkosa Tanah Arab milik orang Islam? 

(i) Roketkini.com menuduh 'Bentang hudud: PAS Kelantan tikam belakang Pakatan Rakyat' Posted on 

KUALA LUMPUR, 18 MAC – Tindakan Kerajaan Negeri PAS Kelantan membentangkan Enakmen Jenayah Syariah di Dewan Undangan Negeri hari ini diibaratkan menikam belakang Pakatan Rakyat dan bertujuan memecahkan perikatan politik tersebut.

“DAP menegaskan bahawa kami membantah sekeras-kerasnya tindakan PAS Kelantan yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac 2015 dan merupakan satu tindakan provokasi untuk memecahkan Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Penegasan berkenaan dibuat dalam satu kenyataan yang mengulas pembentangan undang-undang hudud oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob hari ini.

a. DAP konsisten dengan pendirian bahawa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah atau Hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia. DAP sentiasa menegaskan bahawa pelaksanaan hudud bukan dan tidak akan menjadi agenda bersama dalam Pakatan Rakyat. DAP komited untuk menjayakan misi Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif untuk menggantikan Barisan Nasional yang korup dan boros. 

b. Pimpinan tertinggi DAP akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada hari Isnin, 23 Mac 2015, di Kuala Lumpur untuk membincang dan memutuskan halatuju DAP bersama Pakatan Rakyat selepas “ditikam dari belakang” oleh PAS Kelantan ini. 

(ii) Siasat kenyataan ‘Tan Sri’ yang boleh dipersoalkan.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary

Di KL, Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) menerima berita yang meragukan daripada sebuah portal, melibatkan kenyataan seorang Tan Sri yang boleh dipersoalkan kesetiaannya kepada negara.

Kenyataan tersebut menurutnya menyebut bahawa kepentingan China harus diutamakan oleh semua parti politik Cina global termasuk parti DAP dan juga MCA.

a. Kerajaan digesa menyiasat kebenaran berita itu dan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu. Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan kedaulatan negara dihormati dan tidak ada anasir yang menghina negara dibiarkan bebas. Perkara tersebut timbul semasa membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, di sini hari ini. 

b. Satu akta atau peraturan perlu diwujudkan bagi menilai perilaku individu yang dianugerahkan kewarganegaraan, dengan pengawasan selepas pemberian kewarganegaraan sebagai mekanisme pemantauan. Tempoh percubaan perlu diperkenalkan untuk memastikan pemohon memperoleh warganegara dengan niat tulus, mengelakkan penyalahgunaan untuk tujuan yang salah. 

Permohonan warganegara perlu ada kawalan dan pemantauan yang ketat untuk memastikan kewarganegaraan tidak diberikan dengan mudah atau tanpa alasan yang kukuh. Ini kerana kewarganegaraan bukan hanya sekadar status undang-undang tetapi juga melibatkan hak-hak dan tanggungjawab yang besar terhadap negara. 

Kita tidak mahu selepas 10 tahun mereka menjadi warganegara Malaysia terdapat cubaan untuk membawa ideologi luar.

Ya, itu saja untuk kali ini. As-salamu 'alaikum dan salam sejahtera!

...

Saturday, October 19, 2024

PAS kutuk Israel. Israel serang Saudi?

 

1. PAS mengutuk Israel atas pembunuhan Yahya Sinwar

PAS strongly condemns Israel on the assasination of Yahya Sinwar

PAS President’s Media Statement

Allah says:

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا٢٣
“Among the believers are men who have proven true to what they pledged to Allah. Some of them have fulfilled their pledge (with their lives), others are waiting (their turn). They have never changed (their commitment) in the least.” [Surah al-Ahzab: 23]

The Malaysian Islamic Party (PAS) strongly condemns the attacks initiated by Israel resulting in the martyrdom of Hamas’s political chief, Yahya Sinwar.

PAS extends its deepest condolences to the family of Yahya Sinwar. May Allah shower those who departed with His blessings.

The Muslim world, therefore, should unequivocally condemns Israel, not only for orchestrating this attack but also for its ongoing war crimes in Gaza. 

“From the river to the sea, Palestine will be free.”

ABDUL HADI AWANG
PAS President
Dated: 15 Rabi’ al-Akhirah 1446 / 18 October 2024 – HARAKAHDAILY 18/10/2024


2. Pengganas rejim Israel bakal serang Arab Saudi, Iraq. 

Mohsen Rezaei (FOTO: Ava Today)

TEHRAN: Mantan Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mohsen Rezaei berkata jika tindakan jahat pengganas rejim Zionis israel tidak dihentikan, ia akan menyerang Arab Saudi dan Iraq dalam langkah seterusnya.

Berucap dalam majlis tempatan di wilayah Fars pada Jumaat, beliau juga menyatakan bahawa pihak musuh sedang berusaha untuk menyemai benih perselisihan faham di Iran. 

“Pengganas rejim Zionis adalah pengintip terbesar di dunia,” katanya, lapor MNA.

Di bahagian lain dalam ucapannya, Rezaei merujuk kepada jenayah yang dilakukan oleh pengganas rejim di Palestin dan Lubnan; dan menegaskan bahawa jika rejim penjenayah Zionis tidak dihentikan, bukan sahaja Saudi dan Iraq, malah negara-negara lain di rantau Timur Tengah juga akan diserang Zionis laknatullah tersebut.

“Pengganas rejim pembunuhan kanak-kanak dan wanita ini, dengan sokongan padu Amerika Syarikat, telah membunuh lebih 45,000 termasuk wanita, kanak-kanak dan individu yang tidak berdosa di Semenanjung Gaza,” katanya.

Merujuk kepada Operasi Janji Sejati I dan II yang dijalankan oleh Iran ke atas pengganas rejim sebagai tindakan balas terhadap jenayah perangnya, Rezaei berkata, “Operasi berkenaan kebanyakannya dijalankan untuk menunjukkan ketahanan Iran di arena antarabangsa daripada ancaman pihak musuh seperti pengganas rejim, dan bukannya mencari perang.” -Agensi/– HARAKAHDAILY 18/10/2024 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, selagi Islam itu ditekan, ditindas, dijajah dan dizalimi, selagi itulah kebangkitan Islam akan terus melonjak, mencabar lawan, bahkan akan menumbangkan kebatilan. Apa lagi, bila datang pertolongan Allah SWT, hanya Allah saja Maha Besar, Maha Kuasa, lain semua kecil, kerdil dan tak berkuasa apa-apa.

Kucing yang jinak manja pun, kalau dipijak ekornya akan berpaling menggigit lawan. Apa lagi pada manusia yang ber'Iman'. Insya Allah!

(i) Semangat penentangan Islam akan diperkuat perangi Israel –Iran 

Yahya Sinwar (tengah) sumber inspirasi perjuangan penentangan Islam terhadap kejahatan dan kekejaman pengganas rejim Zionis Israel di rantau Timur Tengah. (FOTO: Al Arabiya)

a. Di Tehran, wakil Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Khamis pembunuhan Yahya Sinwar akan membawa kepada pengukuhan ‘penentangan’ Islam terhadap pengganas Israel di rantau Timur Tengah. Semangat penentangan akan diperkukuh. Yahya Sinwar akan menjadi model untuk belia dan kanak-kanak yang akan meneruskan jalannya ke arah pembebasan Palestin.

b. Selagi penjajahan dan pencerobohan pengganas rejim Zionis wujud, pejuang penentangan Islam akan bertahan, kerana (Yahya Sinwar yang mati syahid) masih hidup dan menjadi sumber inspirasi. Terdahulu, pengganas rejim Israel mengumumkan pada awal Khamis bahawa tenteranya membunuh pemimpin Hamas itu di Rafah, selatan Gaza. Sementara Hamas dalam kenyataannya pada Jumaat mengesahkan kematian Sinwar – sehari selepas pengumuman dibuat Israel.

c. Pegawai kanan Hamas, Khalil Hayya dalam kenyataannya menurut laporan Al Jazeera berkata, Allahyarham Sinwar berkorban dan syahid dalam mempertahankan Palestin sehingga saat-saat akhir hayatnya. 

Al-hamdulillah.

(ii) Susulan kematian Sinwar: Hizbullah tingkatkan serang pengganas Israel. 

Pejuang Hizbullah kini memperhebatkan serangan dalam memerangi tentera pengganas rejim Israel di Lubnan. (FOTO: Shafaq.com)

a. Di Beirut, pejuang Islam Lubnan Hizbullah pada hari Khamis berkata ia melancarkan fasa baharu dalam perangnya menentang Israel, dengan menggunakan peluru berpandu berpandu ketepatan terhadap tentera pengganas rejim Zionis itu buat kali pertama. 

b. Hizbullah mengumumkan peralihan kepada fasa baharu dan semakin meningkat dalam konfrontasi dengan pengganas rejim, yang akan dicerminkan dalam perkembangan dan peristiwa pada hari-hari mendatang ini. Pengumuman itu dibuat selepas pengganas rejim  pada Khamis berkata tenteranya  telah membunuh pemimpin Hamas, Yahya Sinwar yang merupakan sekutu Hizbullah, lapor Al Arabiya.

c. Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut mengenai Sinwar. Terdahulu, pengganas Israel telah membunuh pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah dalam serangan udara Beirut pada 27 September 2024. Beratus-ratus pejuang bersedia sepenuhnya untuk menentang sebarang pencerobohan darat Israel ke perkampungan selatan Lubnan.

d. Serangan terhadap pengganas Israel telah meningkat dalam beberapa hari kebelakangan ini. Serangan roketnya terus ‘meningkat dari hari ke hari’  dengan “peluru berpandu yang berpandukan ketepatan yang digunakan buat kali pertama’.  Pengganas Israel sebelum ini telah menyerang selatan dan timur Lubnan, kawasan yang dikuasai  Hizbullah menguasai, sejak perang habis-habisan meletus pada 23 September 2024.

e. Di perkampungan sempadan Lubnan, saingan itu telah terlibat dalam pertempuran jarak dekat selepas Israel melancarkan pencerobohan darat pada bulan lepas. Namun pada  Khamis, ahli parlimen Hizbullah Hassan Fadlallah berkata bahawa tentera Israel tidak menguasai sepenuhnya mana-mana kampung di selatan Lubnan. 

Al-hamdulillah.

....

Friday, October 18, 2024

Ulama terajui negeri ke negara? DAP dominasi bandar.

1.  34 tahun ulama terajui Kelantan 

UMNO masih bernasib baik perpecahan dalaman akibat perebutan jawatan presiden pada 1987, parti itu masih lagi berupaya menguasai kerajaan pusat.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 21 Oktober 1990, Barisan Nasional (BN) menang di 127 daripada 180 kerusi di Dewan Rakyat.

Undi diraih BN sebanyak 70.6 peratus daripada jumlah kerusi. Namun, pencapaian […] (Sila rujuk HarakahDaily)


2. K21 Okt genap 23 tahun ulama terajui Kelantan 

K21 Okt genap 23 tahun ulama terajui Kelantan  Harakah Daily, Aslani M, 17 Okt 2013

KOTA BHARU: Pada 21 Oktober ini genap 23 tahun kerajaan PAS Kelantan di bawah kepemimpinan ulama setelah mengambil alih pentadbiran negeri daripada BN pada 21 Oktober 1990.  

Sempena ulangtahun tersebut sambutan kelahiran kerajaan Membangun Bersama Islam akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada sambutan terbabit rakyat Kelantan berpeluang memberi pelbagai persembahan atau cenderahati kepada mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Persembahan rakyat itu tidak kira sama ada dalam bentuk buah tangan atau bacaan puisi yang dituju kepada Tok Guru sendiri,” katanya di sini.

Tok Guru dijangka berada di Dataran Stadium pada sebelah petang bagi meraikan ulangtahun kerajaan negeri bersama rakyat.

Program tersebut yang bertema "Jasa Dikenang, Amanah Disandang" bermula jam 3.30 pagi dimulai munajat dan qiamullail, kemudian diikuti solat Subuh dan kuliah.

Manakala acara perasmian bermula jam 9 pagi disempurnakan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.

Pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan menerima persembahan rakyat. Selepas itu Menteri Besar pula akan menerima nota ucapan rakyat yang akan disampaikan di majlis bersejarah itu.

Program berkenaan akan diiringi dengan persembahan silat, dikir barat, choral speaking dan pelajar dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Sebelum program sesi petang berakhir, orang ramai yang hadir akan mendengar ucapan wakil-wakil kaum, NGO menuntut royalti, orang kelainan upaya dan NGO-NGO lain.

Pada sebelah malam pula bermula jam 9 ceramah perdana akan membariskan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan wakil DAP Datuk Ngeh Koo Ham.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al- hamdulillah,  'Ulama terajui negeri ke negara?'. Sebenarnya itulah harapan umat Islam yang berfikiran mendunia.

'Mendunia', bukan seperti fikir katak bawah tempurung. Atau katak 'bawah gelas' dalam kontek sekarang, tapi fungsinya sama, tak boleh buat apa-apa. Oleh itu berfikir 'mendunia'lah, dari dapat perintah negeri menuju pembebasan memerintah negara pula. Insya Allah!

(i) PAS kini parti dominan Melayu Islam Malaysia        -Datuk Dr Ibrahim Ali. 

Di Temerloh, PAS ketika ini disifatkan sebagai parti dominan kepada umat Islam-Melayu di negara ini, demikian diperakui Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali. 

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu ditemui  Harakahdaily di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 yang dilangsungkan di Kompleks Al-Makmur, Kerdau di sini hari ini. (14/9/2024)

a. Muktamar PAS pada kali ini sangat penting dan signifikan kepada politik negara kerana kemenangan Pilihan Raya Umum ke-16 akan dimiliki oleh PAS. Masa depan politik negara yang akan diterajui PAS. Seluruh umat Islam wajib memberi peluang kepada PAS untuk mentadbir negara.

b. PAS juga sudah mengambil alih majoriti orang Melayu yang dulunya kedua selepas Umno. Sekarang kita lihat pula cara PAS tadbir negara dan bagaimana konsep pemerintahannya nanti. Kita sudah melalui zaman UMNO selama 60 tahun lebih. Inilah masanya memberi peluang kepada PAS dan biar dia buktikan yang PAS boleh tadbir negara.

(ii) Langkah bahaya DAP untuk dominasi bandar? 

Azmer Syazwan dan Tan Kok Wai

Di KL, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk dan mengecam sebarang usaha yang dicadangkan oleh DAP untuk mewujudkan semula Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Ketuanya, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin berkata, rakyat Malaysia perlu bangkit melawan hasrat DAP yang begitu berbahaya untuk keamanan negara Malaysia.

a. Parti DAP sekali lagi mengumumkan hasrat dan cita-cita mereka untuk mewujudkan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan melalui cadangan meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 di dalam Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 pada 13 Oktober lalu. Hasrat DAP itu bukanlah suatu perkara baharu dan sememangnya perkara itu telah acap kali diulang oleh para pemimpin mereka di banyak peringkat. 

b. DAP juga sedar mengenai cadangan tersebut yang sangat sensitif untuk disebutkan kerana cadangan mewujudkan pilihan raya PBT turut membawa ‘history baggage’ yang mesti ditanggung oleh mereka. Sebagai sorotan, pemansuhan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan antaranya kerana berlaku ketidak seimbangan penguasaan kaum di dalam PBT.

c. Perkara itu mendorong untuk berlakunya diskriminasi antara kaum, pengagihan kekayaan ekonomi yang tidak stabil dan membuka ruang kepada aktiviti jenayah seperti rasuah untuk berlaku. Akibat ketidakseimbangan penguasaan kaum di dalam PBT, insiden hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969 telah berlaku. Lebih mengejutkan lagi, peristiwa berdarah seperti itu berlaku di dalam bandar-bandar yang dikuasai oleh orang Cina. Lebih hairan lagi terang beliau, perkara itu tidak merebak di bandar-bandar yang dikuasai oleh orang Melayu seperti di Pantai Timur.

d. Kesimpulannya, kewujudan DAP sebenarnya membawa suatu gagasan yang merbahaya kepada keamanan negara Malaysia. DAP dilihat begitu rakus dalam memastikan penguasaan mereka di kawasan bandar-bandar yang kaya dengan hasil ekonomi untuk terus dipegang oleh mereka. Perkara ini dilihat begitu selari dan berkait dengan kedudukan Nga Kor Ming sebagai Menteri KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) yang kini sedang berusaha untuk membawa suatu Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar di Kuala Lumpur. 

e. Melalui RUU tersebut, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) telah mengenal pasti 1,300 ekar kawasan di dalam Kuala Lumpur yang akan diambil alih dengan tujuan pembaharuan bandar yang kebanyakannya adalah kediaman orang Melayu.  Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa Pengerusi DAP Negeri Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai, dalam ucapan aluannya sempena Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024, menyatakan bahawa parti itu bersama rakan dalam Pakatan Harapan (PH) sedang mencadangkan reformasi. Reformasi tersebut melibatkan pelaksanaan sistem pelantikan Ahli Majlis untuk Kuala Lumpur seperti yang diamalkan oleh PBT.

Langkah itu mampu memperkasakan demokrasi tempatan dan membawa sistem pentadbiran Kuala Lumpur ke arah pilihan raya Kerajaan Tempatan.

Sekian. 

...

Thursday, October 17, 2024

Pinda perrlembagaan warganegara. UMNO berkudis?

 

1. Pindaan Perlembagaan kewarganegaraan selaras perjuangan PN

Rushdan Rusmi

KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat pada waktu ini sebahagian besarnya adalah selaras dengan apa yang diperjuangkan Perikatan Nasional selama ini.

Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) berkata, pindaan itu adalah langkah positif ke arah kesamarataan jantina dan seharusnya mendapat sokongan padu daripada semua pihak tanpa […] (rujuk HarakahDaily)


2. Pindaan berhubung kewarganegaraan bukti kesungguhan kerajaan MADANI lakukan reformasi. 

KUALA LUMPUR: Usaha meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan mencerminkan kesungguhan politik Kerajaan MADANI untuk melakukan reformasi, menunaikan janji dalam manifesto, membetulkan kesalahan dan menghentikan ketidakadilan terhadap para ibu dan anak mereka selama bertahun-tahun.
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata komitmen kerajaan dibuktikan dengan membawa usul pindaan itu dan telah dihantar ke Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat untuk dikaji dan mendapatkan pandangan semua ahli Parlimen.
"Pindaan ini suatu naskhah yang holistik. Tiada ruang penolakan berdasarkan perundangan dan garis panduan sekiranya seseorang itu mencukupi syarat dan kelayakan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
(Lihat selanjutnya 'Pindaan berhubung kewarganegaraan bukti kesungguhan kerajaan MADANI lakukan reformasi.-- BERNAMA.)
 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah bagi PN. Tapi..
(i) Kewarganegaraan: Mekanisme pemohon fasih Bahasa Melayu? 
Mekanisme untuk memastikan pengetahuan mencukupi dalam Bahasa Melayu oleh pemohon kewarganegaraan perlu dijelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).. Seperti yang disyaratkan dalam pindaan Perkara 15(1)(C).
Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata, ia berikutan Perkara 15 mesti memuaskan hati Kerajaan Persekutuan, khususnya Menteri Dalam Negeri, bahawa pemohon mempunyai […] (Sila rujuk HarakahDaily)
(ii) Puad kenapa? PAS tiada pun sebut Umno ‘berkudis’  
Ahmad Fadhli dan Mohd Puad. Tiada pihak dari PAS yang menyebut Umno ‘berkudis’ apabila adik Presiden Umno, Datuk Abdul Hakim Hamidi, menyertai PAS, kerana ia hanya satu pengumuman biasa tanpa majlis besar.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi pula kelihatan tergesa-gesa menafikan ‘berkudisnya’ Umno, walaupun isu itu tidak dibangkitkan secara serius oleh pihak lain.
a. Kenapa Datuk Mohd Puad Zarkashi kalut sangat menafikan ‘berkudisnya’ Umno bila Datuk Abdul Hakim Hamidi sertai PAS? Biarkan sahajalah. Atau Datuk nak kata individu ini sebelum ini jadi ‘kudis’ kepada Umno? Jika sebelum ini ia ‘kudis’ di dalam Umno, sempatkah kudis itu berjangkit? Jika ia berjangkit, adakah kepada keluarga terdekat dahulu?
b. Terdahulu Puad dilaporkan media tempatan berkata, tindakan adik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi iaitu, Abdul Hakim menyertai PAS tidak menjadi ‘kudis’ kepada parti Melayu itu. Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berpendapat bahawa keluar masuk parti adalah perkara biasa dan tidak perlu mengaitkan isu itu dengan metafora yang mengelirukan.
c. Kenyataan Puad menimbulkan tanda tanya apabila beliau kelihatan tergesa-gesa memberikan reaksi, sedangkan pimpinan tertinggi Umno yang lain dilihat tenang dan tidak memberi respons segera. Bahkan siap membuat perbandingan cerita keluar masuk parti dengan individu-individu lain. Memanglah keluar masuk parti perkara biasa. Yang keluar PAS kemudian masuk balik PAS pun ada. 
d. Yang keluar Umno tak kembali semula kepada Umno pun ramai, bahkan daripada senarai Presiden Umno, berapa ramaikah di kalangan mereka yang meninggal dunia di luar Umno? Jadi tak payahlah ‘mengkudiskan’ sesiapa. Senyap dan buat kerja. 
Boleh jadi itulah modul pembelajaran yang dipelajari oleh Datuk di sekolah perkaderan di China.
Cukup sampai di sini, akan bersambung lagi, insya Allah!
...

Wednesday, October 16, 2024

Hutang + bukan _. CCUS PAS alukan.


Teknologi CCUS jadi bukti komitmen negara tangani perubahan iklim. Dengan kemudahan teknologi ini, ia dapat memberi sumber pendapatan baru kepada negara. Tuan Ibrahim Tuan Man.

1. ‘Hutang negara makin bertambah, bukannya berkurang’ 

Isham Jalil

KUALA LUMPUR: “Hakikatnya, hutang negara adalah semakin bertambah dan bukannya berkurang seperti mana yang dinyatakan oleh pihak kerajaan.”

Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil berkata demikian, sambil menyatakan sebelum ini menegaskan bahawa kerajaan telah menambah hutang yang berjumlah RM90 billion.

“Namun begitu, kerajaan pula menyatakan sebaliknya dengan mendakwa ‘pertambahan’ hutang telah berkurang berbanding dengan tahun-tahun lepas dan mereka bangga.

“Mereka kata kerajaan-kerajaan sebelum ini yang menambah hutang sebanyak RM100 billion tetapi zaman Pakatan Harapan (PH) ini hanya menambah hutang kurang (RM10 bilion) daripada jumlah tersebut,” katanya dalam akaun media Facebooknya semalam.

Isham menjelaskan bahawa tindakan tersebut jelas menunjukkan bahawa kerajaan tetap menambah hutang walaupun hanya meminjam RM90 billion.

(Selanjutnya, sila lihat Hutang negara makin bertambah, bukannya berkurang–HARAKAHDAILY 15/10/2024)


2. Hutang negara rekod RM1.173 trilion tahun lalu, naik 8.6 peratus 

SHAH ALAM - Hutang Kerajaan Persekutuan direkodkan sebanyak RM1.173 trilion pada tahun 2023, meningkat sebanyak RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM1.080 trilion.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2024, hutang itu terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri berjumlah RM1.143 trilion atau 97.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Hutang Persekutuan dan Hutang Luar Negeri berjumlah RM29.851 bilion atau 2.5 peratus. 

(Selanjutnya, sila lihat 'Hutang negara rekod RM1.173 trilion tahun lalu, naik 8.6 peratus(Sinar Harian 14 Oktober 2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kenyataan T/Presideen PAS, Tuan Ibrahim kali ini sebagai suatu perutusan atau pengisytiharan kepada kepada rakyat Malaysia dan dunia, bahawa PAS turut mengalu-alukan.

CCUS jadi bukti komitmen negara tangani perubahan iklim.  

Tuan Ibrahim ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Alam Sekitar, Sains dan Perladangan yang disampaikan oleh ExxonMobile.

Mengenal Teknologi CCUS, Sebagai Salah Satu Upaya 

dalam Dekarbonisasi.


a. Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon atau Carbon Capture, Utilization and Storage (CCUS) akan dijadikan bukti untuk menunjukkan komitmen negara dalam menangani perubahan iklim dan mencapai matlamat Perjanjian Paris dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke arah Pembangunan Pelepasan Karbon Sifar menjelang 2050.

b. CCUS merupakan teknologi inovatif yang digunakan untuk memerangkap pelepasan karbon dioksida daripada dilepaskan ke atmosfera. Karbon dioksida akan disimpan dengan suntikan berskala besar dalam penyimpanan jangka panjang di bekas takungan minyak yang habis. Permintaan terhadap CCUS dijangka akan meningkat dengan mendadak disebabkan cukai karbon yang akan dikenakan ke atas syarikat yang melepaskan gas rumah hijau.  

c. Dengan kemudahan teknologi ini, ia dapat memberi sumber pendapatan baru kepada negara. Ia melalui kaedah pemajakan tempat penyimpanan karbon kepada negara luar. Buat masa sekarang Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah negeri yang berpotensi besar dalam menerajui teknologi CCUS. 

Justeru rancangan kerajaan untuk memperkenalkan Rang Undang-Undang berkaitan CCUS diadakan di negara ini amat dialu-alukan.

Sekian, al-hamdulillah!

.

....

Tuesday, October 15, 2024

Kisah makhluk asing di bulan.. Belanjawan 2025 & Non Muslim.

 

Laman web Secureteam 10 mengganggarkan binaan oleh makhluk asing itu sebesar pasar raya Walmart. - YouTube.  Lihat 'Penyokong teori konspirasi dakwa ada bangunan makhluk asing di bulan'.

Kapal angkasa dalam misi untuk memburu tanda-tanda kehidupan makhluk asing di Europa, telah dibangunkan di Makmal Propulsion Jet NASA di California. (FOTO: BBC)

1. Misi buru kehidupan makhluk asing di bulan, bermula

PASADENA: Dalam beberapa jam lagi, sebuah kapal angkasa akan berlepas dari Florida ke angkasa raya dalam misi untuk memburu tanda-tanda kehidupan makhluk asing.

Destinasinya ialah Europa, bulan yang sangat misteri yang mengorbit planet Musytari, terletak jauh di angkasa raya.

Terperangkap di bawah permukaan beraisnya boleh menjadi lautan yang luas dengan dua kali ganda jumlah air di bumi, lapor BBC.   

Kapal angkasa Europa Clipper akan menyusuli dan mengejar misi Eropah yang telah dilancarkan pada tahun lepas, tetapi menggunakan kosmik ‘piggyback‘ untuk memburu tanda-tanda kehidupan makhluk asing.

Itu tidak akan berlaku sehingga tahun 2030 tetapi apa yang ia dapati boleh mengubah apa yang diketahui tentang kehidupan dalam sistem suria.

Beberapa tahun dalam pembikinan, pelancaran Europa Clipper telah ditangguhkan pada saat-saat akhir selepas taufan Milton melanda Florida minggu ini.

Kapal angkasa itu dikejarkan ke dalam tempat perlindungan khas untuk berlindung daripada taufan berkenaan, tetapi selepas memeriksa pad pelancar di Cape Canaveral untuk mengesan sebarang kerosakan, pihak jurutera kini telah memberi kebenaran untuk berlepas pada 1206 waktu tempatan (1706 BST) pada hari ini (14 Oktober).

(Selanjutnya, sila lihat 'Misi buru kehidupan makhluk asing di bulan, bermula' -HARAKAHDAILY 11/10/2024)


2. Penyokong teori konspirasi dakwa ada bangunan makhluk asing di bulan Oleh KOSMO! 8 Februari 2022, 11:00 pm 9 (Lihat gambar atas sekali)

BANDAR RAYA NEW YORK – Kumpulan penganalisis teori makhluk asing percaya bahawa terdapat objek terbang tidak dikenali (UFO) dan bangunan gergasi dibina di Bulan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menerusi paparan di laman YouTube,  satu klip video menunjukkan  tiga struktur menyerupai bangunan berada di Bulan dengan salah satu lokasi penemuan tersebut adalah kawasan di mana kapal angkasa Apollo 15 mendarat pada tahun 1971.

Rakaman yang dimuat naik oleh  saluran penyelidikan makhluk asing,  Secureteam10 itu  menganggarkan bangunan tersebut menyamai saiz sebuah  pasar raya Walmart.

Saluran itu mempunyai lebih dua juta pengikut yang mahukan lebih banyak pembongkaran dibuat berhubung UFO dan makhluk asing.   

“Dalam video ini, anda akan melihat struktur bangunan bersaiz pasar raya Walmart di Bulan. Binaan itu berada di atas sebuah bukit. Ia begitu hampir dengan tapak pendaratan misi Apollo dan ia bukan satu kebetulan,” kata penulis Secureteam 10, John Ege. – Agensi



Amazing Cool Gadgets

“Kita tidak perlu membina sesuatu di Bulan kerana mereka (makhluk asing) sudah pun ada di sana.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kali ini jom kita mengembara menjelajah melihat makhluk asing di bulan pula. Melihat misi manusia di bumi mula memburu menyelidiki kehidupan makhluk asing di bulan.

Walaupun begitu kita lihat di bumi Malaysia, PAS tidak lupa memperkenalkan misinya mengenai belanjawan negara 2025 mahu pastikan hak-hak rakyat negara ini dipenuhi. 

Begitu juga pentingnya penjelasan Ketua Penerangan DHPP (Dewan Himpunan Pendukung PAS)  Dr Balachandran Gopal Krishnan yang terpanggil bagi menjawab 'Pewartaan empat tapak Wat Siam tangkis fitnah terhadap PAS'. 

Terima kasih dan tahniah Dr Bala!

(i) Belanjawan 2025: Pastikan hak rakyat dipenuhi.

a. Belanjawan 2025 dijangka menjadi platform penting bagi pelaksanaan reformasi fiskal yang inklusif dan adil, dengan memberi penekanan pada kebajikan sosial dan keadilan ekonomi.

b. Dasar-dasar kewangan perlu memastikan hak rakyat dipenuhi, termasuk dalam aspek pembangunan luar bandar, pendidikan, kesihatan, dan insentif pertanian, akses pendidikan dan kesihatan berkualiti, serta kebajikan rakyat semua golongan termasuklah M40. Tindakan-tindakan kontroversi kerajaan sebelum ini yang lebih menguntungkan sesetengah pihak perlu kembali diterjemahkan seadilnya dalam rangkaan dasar kewangan pada kali ini. 

c. Laungan reformasi dengan kejayaan penangkapan musuh-musuh politik, pengumuman-pengumuman yang gah tanpa definisi yang jelas seperti ‘mahakaya’, dan kejayaan menuruti permintaan ‘abang besar’ perlu diperbetulkan mengikut definisi reformasi yang sebenar-benarnya. 

Sesungguhnya, Belanjawan 2025 ini menjadi harapan baru kepada rakyat sekiranya reformasi yang inklusif dan adil mendasari pelaksanaan.

(ii) Pewartaan 4 tapak Wat Siam tangkis fitnah terhadap PAS.

Balachandran Gopal Krishnan

Menurut Dr Bala..

a. Usaha-usaha ini secara langsung mengeratkan hubungan antara etnik dan budaya, sambil menangkis fitnah bahawa PAS adalah parti ekstrem, seperti yang disebarkan oleh pihak-pihak berkepentingan yang cuba menabur benih kebencian.

b. Pewartaan Wat Pathumviharn di Kampung Balai, bersama tiga wat lagi, sebagai tapak kebudayaan dan kemasyarakatan bagi komuniti Siam menjadikan jumlah keseluruhan Wat Siam yang diwartakan di Kelantan sebanyak 16. Perkara sebegini adal sejak inisiatif ini diperkenalkan iaitu pada tahun 2017.

c. Pengerusi Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) iaitu Lim Guan Seng menegaskan bahawa pewartaan ini memudahkan pengurusan aktiviti kebudayaan dan urusan ibadat di kawasan berkenaan. Tindakan sebegini membuktikan  komitmen kerajaan negeri Kelantan dalam memastikan hak semua masyarakat termasuk komuniti Siam untuk terus dipelihara.

Langkah ini bukan sahaja memudahkan urusan keagamaan, tetapi juga menjadi simbol perpaduan antara kaum di Kelantan. Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan komuniti Siam ini mencerminkan prinsip kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menekankan kepentingan memupuk kefahaman serta penghargaan terhadap kepelbagaian budaya di negara ini.

Sekian, al-hamdulillsh.

...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails