Thursday, January 02, 2025

Ini M'sia, biadap terhadap Islam. Kurang ajar, letak jawatan!

 



(i) ‘Siapa kamu hendak sesatkan dan minta PAS bertaubat?’ December 30, 2024

(ii)‘Datuk kamu dahulu berjuang di sebelah pihak mana?’ December 30, 2024 

(iii) Kes saya lawan Hannah Yeoh 14, 16, 17 Jan ini December 30, 2024
(iv) 
‘Mubaligh Kristian ‘Duta Tuhan’ dilantik Menteri?’ December 28, 2024 
(v) 
Negara Kristian: KDN digesa haram buku Becoming Hannah December 27, 2024 
Masridzi (tengah) bersama beberapa pertubuhan NGO yang hadir di hadapan IPD Dang Wangi
(vi) Nga Kor Ming timbulkan resah umat Islam January 1, 2025 
ALOR SETAR: Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah telah membuat laporan polis terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berhubung isu sambutan Krismas di premis kerajaan.Ketua Penerangan Muslimat PAS Kedah, Mardhiyyah Johari berkata, tindakan Menteri tersebut melibatkan kakitangan beragama Islam pada acara ‘Christmas Carolling’ bercanggah garis panduan […]

(vii) Ultra kiasu gugat agama, perpaduan dan identiti negara January 1, 2025 
KUALA LUMPUR: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyuarakan kebimbangan terhadap isu sensitif berkaitan agama, perpaduan dan identiti negara yang semakin tergugat akibat tindakan segelintir pihak yang disifatkan ‘ultra kiasu’. 

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, ada pihak yang ingin menjadi ‘lebih Kristian daripada Kristian asal’, sehingga sanggup […]


2. Hannah Yeoh/DAP pun biadap? 
Hannah Yeoh fail rayuan kes saman fitnah terhadap Musa Hassan

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berhubung ucapan beliau dalam sebuah forum di Universiti Teknologi Mara (UiTM) empat tahun lalu.

Hannah dalam satu kenyataan berkata, beliau menggesa semua pihak untuk menghormati proses kehakiman dan tidak mempolitikkan agamanya dengan menyebarkan mesej dan video berunsur fitnah.

Katanya, satu laporan polis akan dibuat terhadap video atau mesej berunsur fitnah yang boleh menjejaskan rayuannya. 

"Saya menghormati proses kehakiman, namun sudah pasti saya kecewa dengan keputusan itu. Peguam saya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 26 Disember 2024 (hari ini).

"Saya telah mengarahkan peguam saya untuk memohon agar rayuan ini didengar dengan kadar segera," katanya.

Ahli Parlimen Segambut itu berkata, beliau dinasihatkan oleh peguam bahawa belum ada alasan penghakiman bertulis penuh yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi.

"Setakat ini, hanya terdapat alasan ringkas yang disenaraikan secara bertulis melalui sistem e-review mahkamah pada 23 Disember 2024.

"Oleh itu, adalah tidak wajar pada peringkat ini untuk membuat apa-apa kesimpulan mengenai apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi secara keseluruhannya berserta alasan-alasannya.

"Saya difahamkan bahawa terdapat banyak mesej-mesej dan video-video WhatsApp yang tersebar di luar sana yang mempolitikkan keputusan ini dan memberi gambaran bahawa saya berhasrat untuk memurtadkan orang Muslim dan menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Ini tidak benar sama sekali," katanya.

Hannah menegaskan bahawa dirinya sentiasa menghormati dan mendukung Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

"Terdapat sekatan undang-undang yang jelas terhadap penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam di Malaysia.

"Saya telah mengangkat Sumpah Jawatan saya serta bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ianya adalah sumpah yang saya ambil dengan serius dan akan saya patuhi pada setiap masa," katanya.

Katanya, seperti mana yang telah berlaku berkali-kali dalam kerjaya politiknya itu, kepercayaannya sekali lagi dijadikan senjata politik oleh pelampau agama.

"Saya menggesa semua pihak untuk berdiri teguh membendung percubaan ini dan untuk tidak menyebarkan mesej terbabit apabila mereka melihatnya dalam talian," katanya.

Isnin lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohamed Apandi, membuat keputusan menolak tuntutan fitnah Hannah terhadap Musa kerana gagal membuktikan kenyataan terbabit berunsur fitnah.

Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa plaintif gagal membuktikan dua elemen penting fitnah, iaitu kenyataan secara keseluruhan merujuk kepada beliau dan defendan bertanggungjawab terhadap penerbitannya.(IH/BH)


Komen Weblog Ibnu HasyimHannah Yeoh wajar letak jawatan Menteri setelah kalah kes saman fitnah December 25, 2024 
KES SAMAN fitnah oleh Menteri Kesihatan (pada waktu itu), Abdul Rahman Talib, ke atas seorang Ahli Parlimen pembangkang, Seenivasagam, dan kes saman fitnah oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, membawa pengajaran penting dalam konteks politik dan perundangan di Malaysia. 
Kedua-dua […] (Rojok HarakahDaily)

Sekian, akan bersambung, tunggu..

.....

Monday, December 30, 2024

Umrah percuma kepada anak muda.. & lagi Episut hitam!

 

Sebahagian peserta Umrah Anak Muda Kelantan bergambar kenangan bersama pihak pengurusan Andausia sebelum berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah.

1. Andalusia taja umrah percuma kepada anak muda Kelantan

KUALA LUMPUR: Seramai 66 anak muda jati negeri Kelantan berlepas ke Tanah Suci hari ini dalam kumpulan pertama program umrah percuma anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (ATTSB) dengan kerjasama Masjid Imanul Fa’izin, Melor, Kelantan.

Pengerusi Eksekutif ATTSB, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata program ini bertujuan menarik minat anak muda Kelantan untuk mengimarahkan masjid dan mendalami asas kerohanian serta ilmu fardhu ain sebelum menunaikan ibadah di Tanah Suci.  

Daud Che Ngah

“Program ini diadakan sebagai langkah menyemai kecintaan kepada masjid dan membentuk golongan muda yang lebih berilmu serta beristiqamah dalam ibadah. Ia juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami untuk mendekatkan anak muda kepada Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut hadir pada majlis pelepasan peserta ialah Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin yang menyampaikan kata-kata semangat kepada peserta sebelum mereka berlepas.

Kumpulan pertama ini terdiri daripada 65 peserta (36 lelaki dan 29 perempuan), lima orang pengiring dari urusetia Masjid Imanul Fa’izin, serta dua orang mutawwif yang akan membimbing peserta sepanjang perjalanan selama 12 hari 10 malam.

“Peserta program ini dipilih berdasarkan komitmen mereka dalam solat berjemaah selama 30 hari tanpa gagal (90 waktu) melibatkan solat Maghrib, Isyak, dan Subuh di Masjid Imanul Fa’izin. Kejayaan ini membuktikan kesungguhan mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah,” ujarnya.

Beliau menyatakan, program ini bukan sahaja menyediakan peluang kepada anak muda untuk menunaikan ibadah umrah, tetapi juga memberi latihan rohani yang membentuk akhlak dan jiwa mereka sebagai generasi Islam yang berkualiti.

“Semoga program ini menjadi titik perubahan dalam kehidupan peserta dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengimarahkan masjid,” katanya.

Ida Riswana

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang ATTSB, Ida Riswana Idris, berkata seramai 66 peserta berjaya mengharungi cabaran selama sebulan yang memerlukan mereka solat berjemaah tanpa gagal di masjid.

“Pada peringkat awal kami 78 orang yang kami temu duga tetapi disebabkan pelbagai cabaran dan dugaan hanya tinggal 66 peserta yang layak,” katanya.

Ahmad Syakirin

Salah seorang peserta, Ahmad Shakirin Salahuddin, 25, yang merupakan pekerja swasta, turut berkongsi cabaran yang dihadapinya untuk ke masjid setiap hari.

“Ketika banjir melanda kawasan rumah saya, perjalanan ke masjid menjadi sangat mencabar. Saya terpaksa menempuh air banjir dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda bagi memastikan kehadiran berjemaah dicatatkan setiap hari,” katanya.- HARAKAHDAILY 28/12/2024


2. Satu lagi episod hitam sistem keadilan negara

Ahmad Fadhli Shaari

Penarikan rayuan oleh Peguam Negara terhadap 40 pertuduhan rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes VLN mengecewakan rakyat. Tindakan ini mencetuskan persoalan besar mengenai prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang di Malaysia. Tidak syak lagi ia merupakan satu lagi detik episod hitam dalam sistem keadilan negara.

Keputusan ini mencerminkan seolah-olah wujud dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang. Jika seorang pemimpin tinggi negara boleh dilepaskan tanpa perbicaraan penuh, mengapa rakyat biasa perlu menjalani proses perundangan yang ketat? Perkara ini mencalarkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara dan menggugat prinsip Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan di sisi undang-undang.

Lebih mengejutkan, ini adalah episod kedua melibatkan Zahid Hamidi selepas pengguguran 47 pertuduhan kes Yayasan Akalbudi. Penarikan rayuan ini mencipta duluan berbahaya yang boleh digunakan oleh pihak lain pada masa depan.

Penjelasan diperlukan daripada Peguam Negara dan Perdana Menteri. Adakah keputusan ini dibuat secara bebas atau dipengaruhi oleh pihak tertentu? Rakyat berhak tahu sebab rayuan ini ditarik balik dan siapa yang bertanggungjawab. Tanpa jawapan yang jelas, integriti sistem keadilan akan terus dipersoalkan.

Parti-parti komponen di dalam kerajaan juga nampaknya sedang membisu dalam kes ini. Semuanya sedang enak mengira untung di atas kerusi empuk kabinet dengan melupakan slogan reformasi yang dilaungkan selama ini.

Keputusan ini turut menjejaskan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Malaysia sebelum ini tegas dalam usaha membanteras rasuah, tetapi tindakan ini memberi gambaran sebaliknya. Dunia sedang memerhati.

Rakyat tidak seharusnya diperkecilkan dengan alasan “tidak tahu” atau “tidak terlibat” daripada pihak kerajaan. Jika kerajaan benar-benar komited terhadap kedaulatan undang-undang dan prinsip “kerajaan madani”, maka ketelusan mesti ditegakkan.

Rakyat menuntut keadilan yang sama rata tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Keadilan bukan sekadar untuk dilihat ditegakkan, tetapi mesti dirasai oleh rakyat. Jika rakyat biasa perlu melalui proses perbicaraan penuh, maka pemimpin negara juga harus menerima layanan yang sama.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 14/12/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

(i) Sambutan Krismas: Kor Ming patut didakwa bawah 3R  

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulama’ (Geng Ustaz) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming. 

Setiausaha Agung Geng Ustaz, Ahmad Syakir Norazli berkata, ia berhubung sambutan Krismas secara terbuka di pejabat kementerian itu yang melibatkan penglibatan pegawai Muslim. Beliau menyifatkan tindakan […]

(ii) Sebatan syariah: Jangan kelirukan orang awam  

KUALA TERENGGANU: Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menegaskan bahawa dakwaan kononnya hukuman sebatan syariah bertentangan dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah satu kenyataan yang khilaf.Timbalan Presidennya, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, Akta 355 hanya menetapkan had hukuman bagi kesalahan jenayah syariah kepada maksimum tiga […]

(iii) Persatuan Peguam-Peguam Muslim cadang negeri lain sahut hukuman sebat syariah. Selanjutnya sila rujuk kenyataan ini.. 'Persatuan Peguam-Peguam Muslim cadang negeri lain sahut hukuman sebat syariah'

Sekian dulu.

......  

Wednesday, December 25, 2024

Masya Allah! Ribuan tentera AS masuk Islam.. Ini kunci HAMAS!

 

Gambar atas: Israel umum tarik balik ribuan tentera dari Gaza - Sinar Harian. Gambar bawah: Pentagon mengesahkan ia melibatkan unit baharu dan menempatkan semula kedudukan pasukan sedia ada di rantau berkenaan. - Foto Agensi.


1. Masya Allah!  Ribuan tentera AS masuk Islam.


Video

..

masyaallah! sudah ribuan tentera amerika memilih untuk islam daripada www.instagram.com
Buat pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat, ribuan umat Islam telah berkumpul untuk menunaikan Solat Tarawih di Times Square, New York.
Tiada: memilih ‎| Cari dengan: memilih
Siapa Yang Paling Cinta Nabi ? Saha... Sep 15, 2024 · 2.3K views. 00:51. Allah Tak Perlukan Makhluk Untuk Jadi Tuhan. Tetapi Ma... Sep 10 ...
Tiada: masyaallah! ‎sudah ‎memilih

2. Kenali Briged Al-Qassam yang digeruni Israel January 25, 2021

BRIGED Al-Qassam adalah sayap kanan Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (HAMAS) yang digeruni oleh askar dan rejim Israel. Briged Al-Qassam merupakan pasukan pejuang paling digeruni oleh tentera Israel berikutan kejayaan demi kejayaan yang telah diperolehi sewaktu pertempuran dengan rejim tersebut biarpun tidak mempunyai teknologi ketenteraan secanggih tentera Israel.

Nama Briged Al-Qassam ini adalah bersempena ulama Sheikh Izzuddin Al-Qassam. Sheikh Izuddin Al-Qassam berasal dari Jableh, Syria. Beliau dibuang ke Palestin pada tahun 1921 kerana kelantangan dan keberanian yang terlibat secara aktif dalam menentang penjajahan Perancis di Syria melalui gerakan bersenjata pada masa itu. Ada yang berpendapat beliau tidak dibuang tetapi membuat keputusan untuk berhijrah ke Palestin kerana penjajah Perancis pada masa itu telah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Semasa di Palestin, beliau juga menentang kerajaan British pada masa itu (1921) yang merancang untuk menjadikan bumi Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi yang menindas rakyat Palestin. Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 berdekatan sebuah bandar di utara Palestin, di Jenin akibat dibunuh oleh tentera British.  

Briged Al-Qassam kemudian diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh. Briged Al-Qassam kemudian mula ditubuhkan secara rasmi pada 1987 sebagai briged sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan tentera Israel.

Syarat menjadi ahli Briged Al-Qassam:

i) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
ii) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa selama tiga bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjamaah di masjid.
iii) Anggota HAMAS dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
iv) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Quran.
v) Setiap anggota wajib membaca Al-Quran sehari satu juz.
vi) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadis Arba’in (Imam Nawawi).
vii) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
viii) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan aksi bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Quran, ilmuwan dan intelektual Palestin.
ix) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
x) Melazimi zikir harian.
xi) Melazimi olahraga atau beriadah.
xii) Sudah bersiap sedia untuk syahid bila-bila masa dan di mana sahaja.

Anggota briged terdiri daripada pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, ulama, pelajar universiti di mana pada waktu siang mereka bekerja atau belajar dan pada waktu malam mereka menjaga sempadan Gaza-Israel. Mereka dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran masing-masing.

Melihat kepada keperibadian ini, tidak hairanlah muncul kekuatan serta keimanan yang luar biasa malah dengan pertolongan Allah apabila briged ini penuh dengan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Peraturan menjadi anggota Briged Al-Qassam:

  • Mesti menjaga solat lima waktu secara berjamaah.
  • Kuat mengamalkan sunah Rasulullah SAW.
  • Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
  • Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
  • Berdisiplin dan mentaati amir.
  • Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Dalam sebuah rencana, seorang penulis menyatakan beliau pernah dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit Briged Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Beliau sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam yang dipakai, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. Keimanan para anggota Briged Al-Qassam cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! 

(Sila lihat selanjutnya'kunci kekuatan' Briged Al-Qassam HAMAS ini, 'Kenali Briged Al-Qassam yang digeruni Israel' -HARAKAHDAILY 25/1/2021).


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kekuatan HAMAS sebenarnya adalah kerana berteraskan perjuangan Islam. Bahkan kerana individu, organisasi Islam dan penyokong bukan Islam juga membuatkan perjuangan HAMAS terus berkembang mendunia.

Bagaimana HAMAS tumbuh dan berkembang? Siapa pengasas HAMAS? Maka berkatalah As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pengasas HAMAS:

"Menurut anggaran saya, di suku pertama abad ke 21, tepatnya tahun 2027 Israel akan menghilang (dari muka bumi ini), Insha Allah," kata As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dalam satu wawancara dengan wartawan Al-Jazeera, Ahmed Mansur beberapa tahun lalu. 

Pada 22 MAC 2004 ialah tarikh yang diingati oleh semua penyokong perjuangan pembebasan bumi Palestin. Jasad insan yang telah renta dibunuh dengan dahsyat oleh regim Zionis. Sosok pemberani yang inspiratif ini berkerusi roda, seolah mencium bau kesyahidannya, keluar daripada masjid yang berhampiran rumahnya pagi itu, bergegar dengan tembakan roket daripada helikopter musuh sehingga tercabik jasadnya.

Wajahnya tersenyum dalam kubangan darah yang mewangi. Beliau ialah pendiri HAMAS dan seorang tokoh pejuang yang lama terpenjara dalam jeriji besi Israel. 
Penentangan berdarah terhadap negara haram Israel tidak pernah berhenti kerana regim ini sentiasa dahagakan darah orang beriman seperti kes pembunuhan di Shabra dan Shatila, pembunuhan di Masjid Ibrahimi Hebron dan ratusan lagi kes pembunuhan kejam yang mewarnakan bumi ini dengan warna merah darah penindasan.

Dalam tahun-tahun 60an dan 70an perjuangan Israel lebih terarah kepada kelompok sosialis dan kebangsaan Arab yang sempit. Ternyata ideologi barat ini tidak mampu untuk menggerunkan Israel yang hanya mampu memahami bahasa bom dan senapang.

Kini sudah tiba masanya mereka kembali kepada perjuangan Islam seiring dengan kebangkitan Islam yang sedang bergelora di seluruh dunia. Kembali kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada Islam, berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka pada bulan Disember tahun 1987 Sheikh Ahmad Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendukung-pendukung Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau dalam Bahasa Arab disebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah.

Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam dan menentang penjajahan Yahudi di Palestin. Sheikh Ahmad Yasin sendiri dipilih sebagai pemimpin tertinggi dan beliau merupakan ideologue gerakan ini yang terkenal dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan mempunyai aura kepimpinan.

Ideologi perjuangan HAMAS dinyatakan di dalam perlembagaannya yang diisytiharkan pada 18 Ogos 1988. Antaranya ialah:

1)Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.

2)HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut-penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.

3)Palestin adalah tanah Islam sejak turun-temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.

4)Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.

5)HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.

6)Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin.

Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanah air mereka.

7)HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.

HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi maka gerakan ini menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin pada tahun 1993-1994.

Mulai tahun 1994 HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel, fenomena ini menjadi igauan paling buruk bagi orang Yahudi. Dalam tahun 1996 sahaja empat serangan bom dalam musim bunga telah diadakan menyebabkan 60 orang penduduk Israel telah terbunuh.

Kebangkitan kedua Palestin selama empat tahun setengah telah menyaksikan seramai 3,500 rakyat Palestin terbunuh dan 1,000 penduduk Israel terkorban. Dengan menubuhkan HAMAS, rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah yang jelas mencari jalan perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan satu kebangkitan menyeluruh atau lebih dikenali sebagai intifadhah.

Peristiwa yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan (intifadhah) ini ialah tindakan sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam menyebabkan 4 orang terbunuh dan yang lain cedera. Peristiwa ini adalah faktor sementara bukan faktor mutlak, kerana terdapat faktor-faktor lain yang merangsang fenomena ini.

Bermulalah intifadhah dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu, membakar tayar di jalanan bagi menghalang kenderaan tentera Israel dan melempar Molotov Cocktail ke arah musuh. Rakyat Palestin gagal mendapatkan senjata api kerana sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan negara-negara Arab yang bersempadan namun gerakan HAMAS berjaya mendapatkannya secara sulit dan menyimpannya dalam gudang khas mereka seperti stor bawah tanah.

Bagi penduduk awam Palestin walaupun tidak memiliki senjata api, mereka keluar ke jalan-jalan raya melontar batu dan melastik pasukan tentera Yahudi. Bagi tentera Yahudi (dalam sejarah Yahudi adalah penakut, suka melakukan secara sembunyi: lihat kisah Rasulullah SAW dalam peristiwa Bani An-Nadhir pada bulan Rabiul Awwal tahun keempat hijrah), walaupun mereka tidak berhadapan dengan senjata api, namun batu-batu itu begitu menggerunkan mereka.

Kebangkitan rakyat Palestin sangat membimbangkan regim Israel. Pada bulan Ogos 1988, tentera Israel menceroboh rumah Sheikh Ahmad Yasin dan melakukan pemeriksaan serta mengugutnya untuk dibuang negeri ke Lubnan bagi mengganggu kebangkitan umat Islam. Namun ugutan itu tidak diendahkan Sheikh Ahmad Yasin dan penyokongnya yang mendambakan mati syahid sebagai citra perjuangan.

HAMAS telah meningkatkan operasi membunuh tentera pengganas Israel dengan laungan takbir yang semakin meriah sahut-menyahut di bumi Palestin.  Mata-mata Israel dari kalangan bangsa Arab Palestin turut dibunuh oleh pejuang HAMAS yang menganggap mereka sebagai musuh paling merbahaya bagi rakyat Palestin.

HAMAS terus gagah berdada dengan kezaliman regim Zionis serta mendapat dukungan kuat ummah.  Pimpinan mereka ramai yang telah menjadi syuhada seperti Sheikh Ahmad Yasin, Solah Syahadah, Dr Abdul Aziz Rantisi, Dr Nizar Abdul Kader Rayyan dan yang lain-lain. 

Harakah Islam yang berkubu di Gaza ini kini mencapai usia 31 tahun dan mempunyai hubungan akrab dengan seluruh gerakan Islam termasuk PAS. Nuansa perjuangannya jelas, akidah Islam mestilah menunjangi perjuangan dan tiada noktah henti sehinggalah dimerdekakan setiap inci tanah Palestin yang dijarah Zionis semenjak tahun 1948. (Suntingan dari IH).

Al-hamdulillah. Komen ini akan bersambung lagi, insya Allah!

.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails