“KINI kerajaan Selangor sudah dapat kepada kita. Kita tunggu janji-janji kerajaan baru. Walaupun masih awal, tetapi masih belum dengar lagi kenyataan-kenyataan nak laksanakan janji-janji bila menang...” Kata seorang ahli PAS di Gombak Setia.
“Bagi le pemimpin-pemimpin kita bernafas sikit!” Jawab

Teringat saya pada ceramah di majlis pengisytiharan calon-calon yang betanding di kawasan Gombak (Parlimen & Negeri) pada hujung Februari lalu, antaranya berjanji...
Menurut calon P 98 Mohamed Azmin Ali dari PKR...
“Sekiranya kami diberi amanah memerintah Malaysia kami akan...
- Menurunkan harga petrol, diesel dan gas.
- Menyediakan pendidikan percuma.
- Memberikan khidmat kesihatan percuma.
- Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya-miskin
- Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan.”
Seperti yang tercatat didalam manifesto BA.
Menurut Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali dari PAS pula...
“Antara tawaran kami dari sudut sosial dan kebajikan rakyat sekiranya kami dipilih di Selangor, ialah;
- Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
- Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri.
- Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah.
- Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.
- Memberi bantuan dan biasiswa kerajaan untuk anak Selangor.
- Memberi bantuan kepada anak-anak muda yang mendirikan rumah tangga.
- Membuka pusat-pusat sukan mini atau reakreasi bagi belia.
- Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim.
- Memberi elaun ibu tunggal yang layak.
- Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
- Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.
- Mewujudkan institusi menyelaras hal-ehwal agama selain Islam.”
“Ai, waktu PAS menang di Terenggnu dulu, hari tu juga tol dah tak kena bayar...” Dia jawab balas. “Kerana Malaysia kita belum perintah lagi, tak ape le. Tapi bagi Selangor, kita tak sabar-sabar lagi nak dengar pengisytiharan... Khabarnya, Dato’ Hasan pegang Exco Bahagian Agama..”
Dia beralih kepada saya, “Encik Ibnu Hasyim tolong tulis peringatan ini dalam blog encik! Tentu tak salah kan? Ingat ayat Al-Qur’an surah Al-Ashr. ‘Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, nasihat-menasihat supaya taati kebenaran dan nasihat-menasihat supaya tetap bersabar.’ Surah 103: Ayat 1-3.”
“Insya Allah!” Saya angguk. Maka lahirlah catatan ini.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 28-03-08. Gombak Setia.