Friday, August 22, 2008

Minyak: Proton Patut Keluarkan Kereta Guna Air..

Ibnu Hasyim:
CATATAN SANTAI
dari Permatang Pauh


“PROTON patut keluarkan kereta nasional yang gunakan air sepenuhnya, tidak pakai minyak lagi…” Kata seorang taukeh Cina, yang kami tumpangi keretanya. Dia adalah taukeh beberapa buah kilang besar di negara ini, datang meninjau pilihan raya kecil Permatang Pauh di sini. “Khabarnya Jepun telah pun mampu dan siap sedia untuk mengeluarkan kereta-kereta guna air tersebut, tetapi masih belum dieksport keluar kerana menunggu stok-stok kereta yang guna minyak sekarang, berkurangan. Kecuali hanya beberapa kereta contoh yang dihantar ke US..”

“Tak guna minyak langsung?!” Saya bertanya seolah-olah tak pernah tahu..

“Ya.” Jawabnya. “Ini bukan teknologi baru. Lihat keretapi dulu guna arang, tak guna minyak pun. Kereta-kereta itu gunakan air, yang dijadikan gas sebagai sumber powernya.” Jelas beliau sambil membeluk untuk singgah ke sebuah kedai makan Melayu di Kubang Semang. “Sekarang pun sudah ada dijual di Malaysia sejenis alat untuk kurangkan guna minyak hingga 30%. Ada agen-agennya datang ke kilang-kilang saya, menawarkan untuk kegunaan kenderaan-kenderaan syarikat.”

“Kenapa kerajaan kita tidak canggih berfikir pantas ke arah pembangunan negara mendahului negara-negara lain? Bayangkan kalau negara kita jadi pengeluar kereta guna air di saat-saat banyak negara-negara yang menghadapi krisis kenaikan harga minyak!? Tentu le hebat..” Tanya seorang kawan kami yang lain.

Namun, kereta kami berhenti dekat poster besar bertulis ‘Negara ini bukan negara UMNO/BN punya. Ini adalah negara kita. NEGARA RAKYAT! Merdeka!’. Gambar Anwar (berlatar belakang bayangan bendera Malaysia), iaitu calon PKR sedang menggenggam tangan di sebelahnya. Dikeluarkan oleh Parti Keadilan Rakyat & anwaribrahimblog.com. Begitu juga dengan poster besar lain, seperti poster bergambar dan tulisan mengajak kita beramai-ramai mengambil alih Putrajaya pada 16 September ini.. Dan banyak lagi.. Terasa seolah-olah Pakatan Rakyat benar-benar berada di ambang kemenangan menawan kerajaan Malaysia.

“Inilah pemimpin yang canggih, boleh bawa kerajaan jadi canggih dan maju. Bukan saja boleh keluarkan kereta guna kuasa air.. bahkan lebih dari itu lagi.” Kata taukeh Cina tadi sambil jarinya menunjuk kepada gambar Anuar calon PKR. “Kalau nak maju kena undi PKR le!!”

“Undilah PKR! Undilah PKR!!” Kami menyebutnya beramai-ramai serentak.

Disambut oleh rakan-rakan sekeliling kami, yang kami belum kenal, “Undilah PKR!!!”

Demikian sembang-sembang rakyat Permatang Pauh kali ini...


Ibnu Hasyim.
Permatang Pauh, P.Pg.
Ogos22 2008.

Exco Perak Ditahan: Banyak Lagi Jerangkap Samar BN Akan Meledak…Wan Rahim



Ibnu Hasyim:

CATATAN SANTAI
dari Permatang Pauh


Menurut sebahagian dari berita BERNAMA..

IPOH: Seorang anggota Exco kerajaan negeri Perak dan empat yang lain yang ditahan reman oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini, hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini. Mereka dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada pukul 5.20 petang, sehari lebih awal daripada tempoh reman tiga hari yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim selepas mendengar permohonan oleh lapan peguam yang mewakili lima suspek itu untuk penyemakan semula perintah tahanan reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret semalam. Ridwan dalam keputusannya berkata mahkamah berpendapat tempoh dua hari sudah mencukupi bagi BPR menjalankan siasatan.

Demikian berita dari BERNAMA. Tetapi menurut Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Permatang Pauh, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, se waktu saya temui beliau di pejabat Pusat Khidmat ADUN Permatang Pauh yang menjadi markas besar PAS di Permatang Pauh, hari ini..

“Inilah jerangkap samar awal meledak hasil kenyataan bekas MB Perak BN dulu yang begitu yakin akan merampas Perak dari Pakatan Rakyat selewat-lewatnya pada 31 Ogos ini. Beliau berkata demikian kerana gagal merayu PAS untuk sama-sama memerintah Perak dengan meninggalkan Pakatan Rakyat di Perak.” Menurut Wan Rahim lagi, “Akan banyak lagi yang akan meledak, kita tunggu dan berjaga-jaga. Saya ingatkan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati lagi, apa lagi saat-saat menjelang pilihan raya Permatang Pauh ini.”

Saudara Sharifuddin Nasution pemimpin PKR waktu ditemui di sini pun menyuarakan begitu. Demikian sembang-sembang rakyat Permatang Pauh... Undilah PKR.


Ibnu Hasyim.
Permatang Pauh, P.Pg.
Ogos22 2008.

Bantu PKR Sungguh-sungguh... Wan Rahim Wan Abdullah.


Ibnu Hasyim: CATATAN SANTAI dari Permatang Pauh

OGOS22 WALAUPUN penamaan calon pada 16 Ogos, tapi PAS sudah mulakan ceramah sejak 3 Ogos lagi, iaitu ceramah bersama Datuk Seri Anwar PKR dan Datuk Husam dari PAS. Kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Permatang Pauh, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, se waktu saya temui beliau di pejabat Pusat Khidmat ADUN Permatang Pauh yang menjadi markas besar PAS di Permatang Pauh, hari ini.

“Pada 4 Ogos, saya sudah mengusaha dapatkan rumah sewa, kewangan dan segala kelengkapan untuk petugas-petugas penuh masa PAS di sini. Saya adakan mesyuarat di Kota Bharu awal-awal lagi, siapkan kewangannya.. dan terus terjun ke gelanggang perang ini. Terus bergerak di masjid-masjid, kedai-kedai kopi dan padang bola. Terus tumpukan kepada kegiatan muslimat.” Kata beliau. “Tiada masa rilek-rilek, kita sedang di medan perang.. wahai yang sedang berselimut, keluar!!”

“Tak dak lagi, cerita-cerita PAS pulau pilihan raya Permatang Pauh, macam yang hang tulis dulu.. Tak dak lagi cerita pulau.. pulau. Yang ada kerana depa memang lembek..” Kata seseorang menyindir tulisan ku pada Ogos 4 lalu di blog ini..

Demikian sembang-sembang rakyat Permatang Pauh... Undilah PKR.


Ibnu Hasyim.
Permatang Pauh, P.Pg.
Ogos22 2008.

Thursday, August 21, 2008

Matang Pauh: Tak Dak Hati Perut.. Projek Najib Jatuhkan Pak Lah..





Ibnu Hasyim:
Catatan Santai
Dari Permatang Pauh


“TENGOK! BN sewa satu pintu kedai saja, tapi dia pasang khemah depan semua kedai-kedai di deretannya, termasuk kawasan tempat parking. Ganggu habis pelanggan-pelanggan kedai kami.” Rungut seorang pekedai di suatu deretan kedai Permatang Pauh. “Jualan kami jadi merosot. Bukan semua orang suka pi tempat UMNO. Tambah meluat ada.. Pelanggan kami jadi makin kurang!”



“Bukan di sini saja, tapi di Seberang Jaya pun sama.. Depa ingat, depa perintah Pulau Pinang lagi, piiraah!!” Yang lain menambah.



“Memang BN tak dak hati perut. Tak mahu ambik tau perasaan rakyat.” Sambut seorang lagi rakyat situ. “Konon bawa slogan dengan kata-kata 'Rakyat Di Hatiku' di gambaq Datuk Najib TPM terpampang menyemak di kiri kanan jalan. Naik muak rakyat tengok. Lebih banyak gambaq dia dari gambaq PM, apa lagi dari gambaq calon!”



“Hang nak tau pasai apa gambaq Najib lagi banyak dari gambak Pak Lah? Sebenarnya, tu la projek Najib nak jatuhkan Pak Lah. Najib lagi banyak kampen dan ceramah dari Pak Lah di Matang Pauh ni!”



Demikian sembang-sembang rakyat Permatang Pauh... dalam catatan santai kali ini.,Undilah PKR.



Ibnu Hasyim.
Permatang Pauh, P.Pg.
Ogos21 2008.

Tuesday, August 19, 2008

Pantas & Pintas Kuasai Maklumat.


Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


TERBACA saya, dalam komen di blog saya…

Cik Lee said... Doktor, saya baru bagi award kat doktor. Silalah jenguk blog saya untuk ambik award doktor.. sila.. sila.. August 17, 2008 8:43 AM.”


Saya tekan 'Cik Lee’, keluar biodata beliau, rupanya seorang anak muda yang gigih dan sedang membangun 5 blog yang berlainan, termasuk sukan, motivasi dan lain-lain. Saya pilih blog ‘Pengembara Jalanan’, rupanya di dalam tertulis mengenai award yang beliau berikan kepada saya.


Blog saya antara 7 blog yang diberi award penghargaan oleh beliau. Antara komennya, “Ibnu Hasyim - Dr. Hasyim seorang ahli pemikir. Juga seorang sejarahwan. Kalau terasa hendak membaca perkara-perkara yang tak pernah dibaca, silalah masuk blog beliau. Boleh baca sendiri sejarah-sejarah yang telah dikaji dan beliau terokai.


Terima kasih anak muda! Saya sanjungi kegigihan anda dalam usaha murni ini.


Teruskan seperti matlamat anda, iaitu:

“Sebenarnya blog ini diwujudkan atas rasa kesedaran untuk berkongsi kesedaran tentang masalah-masalah yang menimpa masyarakat pada hari ini. Terlalu banyak kategori yang dijaguhi oleh anak-anak bangsa kita yang sepatutnya sebagai Muslim tidak layak langsung untuk dijaguhi kita. Dadah, masalah sosial, politik dan pelbagai masalah yang tak mampu kita hendak kira dan hitung. Dengan sedikit kesedaran harapan kawang menulis sekurang-kurangnya menyedarkan kita betapa hidup kita ini hanyalah satu pengembaraan yang sekejap cuma. Jika kita alpa dan leka, maka rugilah kita.

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada benar-benar dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Dan nasihat-menasihati kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Al-Asr (masa) 1-3.”


Apalagi bila saya lihat beliau meletakkan blog saya sebagai sumber rujukan beliau. Alhamdulillah.


Suatu panduan bagi anak-anak muda lain, supaya pantas dan pintas dalam menggunakan masa (al-asr) yang bagaikan pedang, kalau kita tak gunakan untuk memotong, dia akan memotong leher kita balik. Kalau dulu orang perang gunakan pedang, sekarang gunakan nuklier. Namun dalam kekuatan senjata-senjata itu, kekuatan senjata ‘maklumat’ antara factor kemenangan sebenarnya. Walaupun dalam peperangan di medan perniagaan juga.


Tuhan jadikan ‘bumi ini sebagai hamparan’, siapa yang lebih pantas dan pintas menguasai atau membaca maklumat, telus juga terus dari jarak jauh melihat hamparan hingga ke hujung bumi, dialah yang akan memerintah dunia dan berjaya… apalagi bila disuntik dengan kekuatan ketaqwaan kepada Allah SWT. Ilmu inilah sepatutnya dikuasai oleh umat Islam!.

Wallahu ‘aklam.


Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos18, 08 KL


Monday, August 18, 2008

Baitulmal Tak Mahu Tolong Orang Susah?


Ibnu Hasyim: Catatan Santai

TERTARIK saya melayari blog kawan saya http://wartashubhi.blogspot.com/ di bawah tajuk ‘Cobaan Kehidupan’ Ogos 6,2008.


Beliau menggunakan blognya untuk membantu dan menolong saudara baru kita yang susah. Orang yang disebut-sebutnya itu adalah orang yang saya kenali. Maka berkewajipan juga saya untuk membantu atau perpanjangkan khidmatnya. Begini sedutan dari ceritanya:


“Namanya Fauzi. Dia merupakan seorang India yang pada asalnya merupakan seorang pemuda yang beragama Hindu. Fauzi satu hari mendapat hidayah untuk menjadi seorang Muslim melalui Tuan Guru Yusof Rawa. Fauzi ini dahulunya merupakan seorang penganut agama Hindu yang bengis dan amat bencikan orang islam, namun kehendak Allah tiada siapa menduga yang akhirnya dia jatuh cinta dengan Islam. Kami sampai di tempat Fauzi tinggal iaitu sebuah kedai makan mamak di mana dia bekerja menyara hidupnya.


Sambil itu Fauzi juga amat cekap dalam bidang IT. Begitulah dia menambahkan pendapatannya untuk sesuap nasi buat meneruskan kehidupannya. Sekarang ini dia mengalami masalah kesihatan yang memerlukan pembedahan untuk memulihkannya. Saraf tulang belakangnya mengalami kerosakan akibat tulang belakang berhampiran tengkuknya terseliuh dan menghimpit sarafnya. Keadaan ini amat serius dan memerlukan pembedahan segera, jika tidak Fauzi bakal lumpuh dari leher turun kebawah.


Sekarang pun kedua tangannya telah mula kebas kebas dan keupayaan untuk dia berdiri lama amat terbatas. Dia menceritakan pada saya bertapa susah untuk dia rukuk dalam solatnya. Apatah lagi untuk melakukan kerja yang berat. Saya lihat Fauzi amat cekal dalam menjalani kehidupannya. Merupakan satu kerugian kita sebagai orang Islam membiarkan orang seperti Fauzi ini berada dalam ketidakupayaan sedangkan jika dia sihat tentu banyak sumbangan yang dapat diberikan pada agama. Dia redha dengan ketentuan yang Allah berikan padanya.


Untuk menjalani pembedahan dia memerlukan dalam 20 ribu ringgit, dia tak nampak jalan bagaimana dia dapat mencari jumlah wang sebanyak itu. Berbagai usaha dia lakukan termasuk memohon bantuan kepada Baitulmal, namun pihak Baitulmal mengecamnya sebagai India yang datang menipu untuk mendapatkan wang. Dia nampaknya kecewa dengan orang Islam sendiri. Saya melihat beginilah yang sering terjadi pada para muallaf yang menyebabkan mereka kembali tersesat. Kita yang Islam baka ini tak sensitive untuk menolong mereka.


Saya meminta nombor akaun Fauzi untuk saya cuba war-war kan, manalah tahu Allah mengerakkan hambanya yang lain yang sedang mencari peluang untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Saya ada mencatitkan maklumat nombor akaunnya pada sekeping kertas. Saya harap jika ada sesiapa yang terbaca kisah ini dan ingin menolong Fauzi untuk pembedahannya boleh komen pada artikel ini untuk saya paparkan maklumat Fauzi atau saya beri nombor Fauzi untuk dihubungi terus.”


Hanya ini yang saya mampu bantu melalui weblog saya… Jika ada yang berminat untuk membantu, sila hubungi blog beliau. Sekian catatan santai untuk kali ini.

Wassalam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos17, 08 KL

Guan Eng Tuduh Pembangkang UMNO Kafir?


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

“HA, ni ada cerita menarik di Permatang Pauh. Beberapa hari sebelum penamaan calon ada banyak penceramah dari Pakatan Rakat, antaranya DS Anwar, Khalid MB Selangor dan Lim Guan Eng KM Pulau Pinang!”

“Apa yang menariknya?” Aku tanya.

“Dari cerita-cerita tersebar dan ada yang Guan Eng sendiri sebutkan, bahawa dalam suatu majlis beliau berdepan dengan puak-puak pembangkang UMNO dalam kerajaan Pulau Pinang. Beliau diasak dengan tekanan soalan menyerang beliau, akhirnya beliau menasihati mereka, bertakwalah kepada Allah!... Puak-puak UMNO itu naik berang dan memberi amaran, kata-kata tersebut boleh dianggap menuduh mereka jadi kafir.

Betul ke? Guan Eng jadi panik. Beliau minta laluan keluar nak ke bilik air. Beliau terus telefon Tok Guru Nik Aziz, mengesahkan apakah kata-kata itu benar-benar menuduh mereka jadi kafir. Tidak... kata Tok Guru. Baru Guan Eng lega dan meneruskan majlisnya.” Jelas kawanku itu.

“Dari kisah di atas, kalau benar-benar terjadi, boleh dibuat kesimpulan:

1.Pakatan Rakyat sudah mulai intim, bahkan Tok Guru mulai diterima sebagai rakan, penasihat dan penyelesai masalah.

2.Perlu diadakan banyak lagi program-program yang menjirus ke arah keintiman tersebut.

3.Generasi muda kepimpinan PAS perlu banyak bergaul dan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan bersama mereka dan generasi baru mereka, terutama dari kalangan yang berlainan bangsa.

Sekian, sembang-sembang pilihan raya kecil Permatang Pauh kali ini.

Catatan santai:
ibnuhasyim.com
e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
Ogos17, 08 KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails