Monday, August 25, 2008

Pendidikan Di Parlimen.. Dr Lo’Lo’




Ibnu Hasyim:
Catatan Santai Dari Parlimen


DR LO’LO’ Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS , berucap di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 38, Khamis 21 Ogos 2008, mengenai kandugan jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008. Inilah ucapan beliau yang disunting dari laman web Parlimen Malaysia…


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Saya juga mohon untuk bersama-sama memberikan pandangan saya pada hari ini berkenaan dengan isu pendidikan ini.

Pertamanya, saya ingin mengetahui ataupun mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Pelajaran ataupun kementerian sendiri, bagaimanakah kementerian pada masa ini menangani permasalahan bahasa rojak yang digunakan oleh anak-anak murid. Bahasa rojak ini bukan sahaja bahasa campuran antara Melayu dan juga bahasa Inggeris seperti yang sering kali dipaparkan di media elektronik di mana bapa-bapa menteri, juga ibu-ibu menteri dan juga yang lain-lain pimpinan pun bercakap menggunakan bahasa rojak, campuran antara bahasa
Melayu dan juga bahasa Inggeris.

Akan tetapi pada masa yang sama juga, anak-anak kita menggunakan bahasa SMS. Anak-anak kita menggunakan bahasa friendster dan chating. Saya difahamkan oleh ramai guru-guru yang mengatakan di dalam karangan bahasa Melayu mereka, mereka menggunakan ringkasan-ringkasan tulisan ataupun perkataan- perkataan yang diringkaskan seperti mana mereka saling membalas SMS. Jadi saya kira ini adalah di antara perkara yang juga perlu diberi perhatian di bidang pendidikan ini terutamanya guru-guru yang dilatih bagaimana untuk mengatasi permasalahan ini.

Isu kedua yang ingin saya bangkitkan adalah isu disiplin pelajar. Saya bersetuju dengan ramai rakan-rakan saya di mana yang telah membangkitkan isu disiplin pelajar. Kita lihat disiplin pelajar sekarang ini semakin hari semakin teruk. Kita semua sedia maklum dalam youtube, kadang-kadang ditunjukkan bagaimana pelajar-pelajar ini dalam pakaian sekolah terlibat dalam perlakuan sumbang ataupun perlakuan yang menjurus kepada hubungan jenis yang tanpa segan silu merakamkannya di dalam mobile phonenya ataupun telefon bimbitnya. Jadi ini bermakna adalah satu fenomena yang kita rasa sangat menyedihkan.

Pada umur yang begitu muda, mereka telah pun tercemar akhlak mereka, tercemar pemikiran dan minda mereka dengan masalah-masalah yang tidak sepatutnya dan tidak sewajarnya mereka mengambil kira. Saya ingat ini bukanlah satu fenomena di negara kita tetapi juga adalah satu fenomena global dan kita tidak boleh membiarkan keadaan dan permasalahan ini berleluasa begitu sahaja. Langkah-langkah yang tegas, langkah-langkah berstrategik mestilah diambil untuk memastikan pelajar-pelajar ini mempunyai disiplin yang tinggi dan akhlak yang mulia kerana mereka adalah generasi pemimpin pada masa yang akan datang.


Merekalah yang akan mewarisi negara kita pada masa akan datang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan perkara tersebut, saya mahu mencadangkan supaya mata pelajaran Islam di sekolah-sekolah hendaklah diperkasakan. Sekarang ini mata pelajaran Islam seolah-olah merupakan satu mata pelajaran untuk melengkapkan sahaja kurikulum. Ia tidak diberi perhatian ataupun penekanan yang sewajarnya. Mata pelajaran Islam tidak perlu lulus, tidak perlu mendapat pencapaian yang cemerlang ataupun tidak menyumbang kepada grading dalam keputusan peperiksaan.

Kita lihat mata pelajaran Islam juga tidak melahirkan anak-anak, pelajar-pelajar dan juga remaja-remaja yang soleh dan solehah. Malah, mata pelajaran Islam yang ada sekarang ini boleh dikatakan tidak pun mampu untuk mendidik anak-anak kita untuk tetap ataupun dikatakan membudayakan solat dalam diri mereka. Menurut kajian-kajian, ramai daripada pengkaji-pengkaji di kalangan kita, umpamanya Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadilah Kamsah mengatakan 80% daripada anak-anak kita, remaja kita tidak solat ataupun tidak bersembahyang.

Ini adalah satu perkara yang sangat menyedihkan, satu perkara yang sangat mengecewakan setelah 51 tahun negara kita merdeka, sepatutnya masyarakat kita, remaja kita, pewaris-pewaris kita menjadi lebih baik daripada kita tetapi malangnya, nampaknya sekarang mereka akan menjadi satu kumpulan masyarakat yang semakin teruk, semakin meninggalkan agama dan mungkin pada bila-bila masa juga mereka akan menggadaikan akidah mereka. Jadi saya lihat di sini solat tidak diberi keutamaan.


Saya mahu mencadangkan di sini supaya pihak Kementerian Pelajaran bersungguh-sungguh memberikan penekanan tentang pelaksanaan solat semasa di sekolah, bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap waktu solat itu, anak-anak murid, pelajar-pelajar diperingatkan, malah guru-guru sendiri membimbing pelajar-pelajar ini untuk solat berjemaah bersama-sama.


(Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai] minta laluan bercakap: Terima kasih Tuan Speaker dan Titiwangsa. Seperti kita sedia maklum berkaitan dengan solat, kita dapati ramai daripada waris, khususnya menjelang cuti sekolah, mereka akan hantar ke Summer Camp. Di sana kita dapati anak-anak ini akan berkekalan hinggalah tiga, empat bulan anak-anak ini akan kekal dalam sembahyang mereka dalam kerja-kerja rumah seumpamanya, hasil daripada pengawasan kem yang hanya dua hari tiga malam sahaja, sedangkan di sekolah, setiap hari, seminggu lima hari. Apakah Yang Berhormat Titiwangsa bersetuju guru ini juga perlu dibawa ke Summer Camp untuk memastikan teknik-teknik atau cara untuk mengekalkan solat anak di rumah? Terima kasih.)


Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jerai iaitu kadang-kadang kita berasa hairan kenapakah agaknya di negara kita seolah-olah ada satu trend, ibu bapa terpaksa mengeluarkan kos perbelanjaan yang ekstra, berlebihan untuk menghantar anak-anaknya mengikut kursus-kursus, kem-kem dan sebagainya kerana saya kira dengan penuh penghormatan kepada guru-guru di sekolah yang bertungkus-lumus mendidik anak-anak kita, seolah-olah anak-anak kita ini tidak mendapat satu motivasi yang secukupnya semasa dalam sesi persekolahan sehingga terpaksa pula ibu bapa menambah di luar membayar sehingga sampai RM200, RM300 dalam satu-satu sesi termasuklah dalam hendak melekatkan budaya solat itu dalam diri mereka.

Ini kita belum bercakap lagi tentang Al-Quran sama ada anak-anak kita, orang Islam ini khatam Al-Quran yang merupakan panduan kepada orang Islam. Sebab itulah antara yang saya kira faktor kenapa berlaku pelbagai perkara kepada anak-anak remaja kita, dengan mat rempitnya, HIVnya, pergaulan bebasnya, seks bebasnya, ini satu fenomena yang walaupun kita membangun, walaupun kita menjadi antara negara termaju, walaupun kita penuh dengan pencakar langit tetapi kalau masyarakat rosak, kalau anak-anak kita rosak, tidak ada nilainya lagi kepada kita semua.

Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jerai tadi supaya kita mendesak Kementerian Pelajaran untuk mengkaji balik cara-cara pengajaran, pedagogi dan sebagainya, terutama kepada guru-guru yang sedang dilatih, guru-guru pelatih. Dengan ini mereka sendiri boleh menjadi motivator ataupun memotivasikan anak-anak murid, dengan mereka itu menjadi contoh kepada anak-anak murid mereka sendiri. Sila…


(Dato’ Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar] menambah: Tuan Yang di-Pertua, saya hormati ucapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi. Cuma saya hendak bertanya, berapa peratuskah yang dikatakan segala pencemaran dalam masyarakat, perangai anak-anak muda kita, pewaris-pewaris kita ini, berapa peratus dibebankan tanggungjawab kepada sekolah dan berapa peratuskah dibebankan kepada ibu bapa sebab solat kalau ibu dan bapa tidak mengamalkan, anak-anak juga tidak akan mengamalkan. Kalau bapa menghisap rokok, anak sewenangnya melihat rokok sebagai perkara biasa. Jadi pengaruh bapa dan ibu, saya hendak tanya Yang Berhormat bersetuju atau tidak bahawa penting sekali di rumahnya itu lebih berat tanggungjawab untuk membawa anak-anak kepada tahap moral, perwatakan yang lebih baik sebab sekolah hanya mampu membuat sesuatu sahaja, tetapi yang lain adalah datang tanggungjawab daripada ibu bapa.)


Tuan Speaker, saya bersetuju 200% dengan Yang Berhormat Padang Besar. [Disampuk] 200%, 300% pun tidak apa. (Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] menyampuk: Ha, tengok, PAS terbuka. UMNO yang bengap. [Ketawa]) Ini adalah kerana... (Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]menyampuk: Bapa tadi itu bapa PASkah atau bapa apa itu?) Pula dah. [Ketawa] Ini adalah kerana ibu bapa memang mempunyai peranan yang besar. (Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] menambah: Mana la betul, kata orang bengap ini macam… Takkan PAS kata orang bengap?)


Kita bercakap tentang pendidikan di sekolah. Banyak betullah virus-virus di sini, Tuan Speaker. Virus-virus ini patut kena rawatan ini. Tuan Speaker, saya bersetuju bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang besar dari segi pendidikan anak-anak, penerapan solat dan sebagainya. Malah dalam ajaran nabi kita, Nabi Muhammad SAW, anak itu hendaklah dididik solat, disuruh untuk solat sejak daripada umurnya 7 tahun dan sehinggalah umurnya 10 tahun, sekiranya tidak solat, maka anak itu boleh dipukul. Pukul untuk mendidik, bukanlah pukul untuk patah riuk dan sebagainya. Jadi masa tiga tahun yang diberikan kepada ibu bapa untuk menerapkan budaya solat itu kepada anak-anaknya dan saya telah membuat perkiraan sebab ini adalah isu ataupun topik favorite saya apabila saya memberikan motivasi ataupun kuliah-kuliah.

Selama tiga tahun ini bermakna ibu bapa termasuk guru-guru, sebab antara 7 hingga 10 tahun ini anak-anak bukan duduk di rumah sahaja tetapi mereka juga duduk di sekolah. Antara masa tiga tahun ini, ibu bapa dan guru-guru akan menyuruh mempraktikkan meletakkan anak dia dalam Akademi Solat sebanyak 5,475 kali suruhan, arahan, galakan dan sebagainya. Barulah solat itu membudaya ataupun menjadi agenda yang penting dalam hidup anak-anak kita. Ini ajaran nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Setelah 10 tahun barulah anak itu boleh dipukul. Berapa ramai ibu bapa yang pukul anaknya kerana tidak solat? Kita tanya diri kita sendiri kerana kita ibu bapa. Saya ini sudah jadi opah, sudah jadi nenek dah!


Ya, sila, sila. (Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam] diberi laluan bercakap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya tertarik dengan perbahasan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa, menyentuh tentang istilah pendidikan agama ataupun yang dihubung kait dengan solat, tetapi apabila kita merujuk kepada Sabah dan Sarawak, adakah Yang Berhormat setuju supaya pihak Kementerian Pelajaran mengambil kira juga sebab kita melihat kepelbagaian etnik. Sebagai contohnya, kalau di negeri Sabah, terutamanya macam di daerah saya ada 35 etnik iaitu Dusun, Bajau dan sebagainya.

Bagi yang beragama Islam itu mungkin kita boleh perkenalkan sistem iaitu Kementerian Pelajaran mengambil kira untuk memasukkan istilah pendidikan solat itu di kurikulum yang akan dimasukkan, yang akan diajar kepada guru-guru tetapi bagaimana etnik yang lain. Adakah Yang Berhormat setuju supaya juga mengambil kira tentang penyesuaian akta ini, jika ada pindaannya disesuaikan dengan etnik-etnik yang terdapat di negeri Sabah dan Sarawak supaya ianya lebih selaras dan memahami sensitiviti masyarakat yang berbilang kaum di negeri tersebut. Terima kasih!)


Terima kasih Yang Berhormat Silam. Tuan Speaker, sebenarnya saya pun memang hendak pergi ke arah itu kerana kita semua sedar bahawa negara kita adalah negara berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang kepercayaan. Saya kira juga dalam institusi pendidikan di mana guru-guru dilatih perlulah di situ ada kurikulum yang khusus, di mana guru-guru ini dilatih untuk melatih anak-anak muridnya menghormati budaya kaum lain, kepercayaan kaum lain, pada masa yang sama, tidak meninggalkan kepercayaan asasi mereka, terutama khususnya kepada orang Islam itu sendiri dan ini adalah sangat penting.

Hormat kepada orang lain yang mempunyai kepercayaan lain, hormat kepada kaum lain yang mungkin berbeza daripada kita. Bahasanya, kebudayaannya, tatacara kehidupannya mungkin berbeza. Pada masa yang sama juga, guru-guru patut juga dilatih untuk melatih anak-anak itu terutama orang lelaki, kaum lelaki menghormati kaum wanita, antara sebab utama masalah-masalah keganasan ke atas kaum wanita, kes-kes rogol yang meningkat adalah kerana pihak lelaki tidak menghormati kaum wanita. Kaum wanita dilihat sebagai simbol objek seks. Jadi ini sangat penting, ini bukan salah guru sahaja, suasana keliling.

Dalam perjalanan kita ke sini kalau sesiapa melalui Jalan Tun Razak berhampiran dengan Jalan Pekeliling, perkara ini saya sudah bangkitkan dan saya lihat ada sedikit perubahan di mana ada iklan ditunjuk di situ iaitu iklan pakaian BUM. Saya sudah bangkitkan, satu iklan seperti ini ditunjukkan satu bukan budaya kita. Tidak ada satu pun orang Melayu di situ, tidak ada satu pun orang Cina, tidak ada satu pun orang India, yang ada orang putih, orang daripada Barat dengan pakaian Barat, dengan cara pergaulan Barat yang ditunjukkan antara lelaki dan perempuan. Setelah agaknya saya bangkitkan sebelum ini dalam Dewan yang sama sebelum ini...

..Maka Tuan Yang di-Pertua, seluar yang pendek tadi telah dipanjangkan ditambah, dicat sikit, dada yang terbuka luas tadi telah ditutup sikit. Jadi dia modifiy sikit Tuan Yang di-Pertua. (Tuan Yang di-Pertua bertanya samada hendak beri laluan kepada: Yang Berhormat Arau atau Yang Berhormat Padang Besar?) Mungkin yang belum ikut agaknya. Yang Berhormat Arau.


(Dato' Ismail Kasim [Arau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya daripada Titiwangsa. Saya ingin tanya pandangan Yang Berhormat kalau sekiranya Yang Berhormat boleh berkongsi dengan saya berhubung dengan maslah ataupun fenomena Yang Berhormat bangkitkan tadi iaitu melihat gejala keterlaluan yang kita anggap cukup serius. Bukan sahaja tanggungjawab UMNO, PAS dan semua kita sebagai bapa, sebagai pemimpin yang telah diberi amanah oleh Allah SWT. Jadi, dalam konteks ini saya melihat peranan ibu bapa sekarang ini yang menjadi tanggungjawab utama telah mula berkurangan. Kenapa kita masih menyalahkan mana-mana pihak? Sedangkan tidakkah sedar dalam diri ibu bapa pukul satu atau dua atau tiga pagi, bagaimana anak-anak boleh berada di luar rumah dengan bebas?

Kita boleh ada faktor-faktor menolak seperti keadaan kediaman yang tidak selesa, keadaan-keadaan lain tetapi sebagai ibu dan bapa. Bagaimana kita boleh membiarkan anak kita berada di luar rumah lebih daripada masa yang secukupnya yang sepatutnya berada di bawah kawalan kita? Memang kita tahu kehendak remaja kadang-kadang sekarang kalau ditegur sekali dia ada rebels iaitu dalam diri mereka kalau mengikut Dr Hassan Langgulung yang mengemukakan teori stress and stormnya di mana remaja dalam konteks ini, dia tidak boleh ditegur, dia cepat memberontak, dia cepat menzahirkan perasaan tidak puas hati, tetapi sebagai ibu dan bapa kita gagal.

Kalau kita gagal menangani di peringkat olahan konkrit ini, di mana remaja dianggap di peringkat inilah yang memerlukan kawalan sepenuhnya. (Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] menyampuk: Dia stress lah macam pelajar UiTM lah dihasut oleh BN.) Tidak ada lack of controlling. Yang Berhormat Pokok Sena jangan kacau. Saya dengan Yang Berhormat Titiwangsa sahaja ini. Apa pandangan Yang Berhormat tentang berhubung dengan ini? Kacau daun lah. (Seorang Ahli mencelah: Jahat Yang Berhormat Pokok Sena).


Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak setuju juga 300% dengan Yang Berhormat Arau, memang betul. Kita tidak nafikan apa yang dikatakan itu, ibu bapa sepatutnya mengawal anak-anak, mungkin saya ini anak merdeka sudah umur 51 tahun tetapi saya masih ingat lagi... (Dato' Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar]: [Bangun]).

Nantilah kejap Yang Berhormat. Bagi selesai yang ini dulu. Bagaimana saya dididik oleh Allahyarham bapa saya seorang bekas Mufti Selangor dan juga bekas Mufti Perak, bekas Imam Besar Masjid Negara yang pertama. Beliau mungkinlah bukan seorang bapa yang pandai menggunakan psikologi, ketegasannya. Begitulah seorang bapa dulu-dulu, tetapi dia begitu mengawal, dia tidak membiarkan kita bergaul begitu sahaja dan paling saya rasa cukup bangga adalah kerana walaupun dia seorang mufti, seorang ulama yang mungkin tidak tinggal serbanlah, memang tidak tinggal serban, tetapi dia memberikan pendidikan dan juga perhatian yang sama rata antara anak lelaki dan perempuan.

Memastikan setiap anak lelaki dan perempuan mendapat pendidikan sampai ke peringkat yang tertinggi. Memastikan kami di rumah ini antara yang saya tak boleh lupa mesti solat jemaah, mesti makan berjemaah, makan pun berjemaah. Di situlah dia akan tengok mata tiap-tiap anak, daripada situ dia boleh detect kalau ada dengan izin anak-anak dia yang mungkin ada sedikit hendak melencong sana-sana. Jadi, saya kira pendidikan seperti ini sehinggalah saya bersekolah, saya beritahu sehingga saya bersekolah, di sekolah asrama apa yang tak ada...

Tuan Yang di-Pertua, di sekolah asrama ini, hendak jadi baik boleh, hendak jadi buruk boleh, minta maaf cakap, minta maaf... Minta maaf. Ada satu insiden yang saya tak boleh lupa sampai sekarang ya. Saya mohon keampunan kepada Allah semoga diampunkan kepada guru saya itu. Bagaimana, beliau ini seorang warden, saya tak mahu sebut sekolah mana tapi dia telah menunjukkan gambar lucah... (Tuan Yang di-Pertua mengarah: Duduk dulu dua-dua Yang Berhormat, kita dengar...) Kejap cerita seronok ini. Dia telah menunjukkan gambar lucah kepada saya apabila saya pergi ke... (Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] mencelah: Sebab seronok Yang Berhormat Batu Pahat bangun itu...)

Beberapa kawan saya pergi mengunjungi dia minum-minum teh maka yang ditunjukkannya adalah gambar lucah tetapi Alhamdulillah dengan pendidikan asas yang kuat oleh ibu bapa saya di rumah saya tidak tertarik langsung, saya tidak mahu tengok. Demi Allah memang saya tak tengok dan saya tidak tertarik dan saya rasa pada masa itu kekebalan yang ditanam oleh ibu bapa saya, alhamdulillah membentengi saya daripada melakukan perkara-perkara yang orang kata melanggar disiplin sekolah. (Dato' Haji Lilah Yasin [Jempol] mencelah: Tak tengok macam mana tahu gambar lucah?)Bagi Yang Berhormat Padang Besar dululah.


(Dato' Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang bersetuju apa Yang Berhormat sebut tadi cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat kemungkinan Yang Berhormat bersetuju bahawa kita patut mengkaji. Kenapakah gejala sosial yang banyak berlaku adalah di kalangan masyarakat Melayu.. Orang Cina, orang Tionghoa gejala dadah tidaklah begitu berleluasa. Gejala sosial yang lain rogol kalau kita lihat tidak begitu banyak di kalangan Cina. Peratusan population dia dibanding dengan peratusan yang ada di dalam tempat-tempat tahanan dadah dan juga pusat-pusat serenti orang Cina, orang Tionghoa jauh berkurangan daripada peratusan population.

Bermaknanya, walaupun orang Cina liberal dari segi pakaian, kalau di Pulau Pinang mereka pakai short merata-rata tetapi gejala rogol dan gejala-gejala yang disebutkan oleh Yang Berhormat tidak begitu ketara. Mat rempit tidak ketara, lepak tak ketara. Jadi di manakah bezanya? Apakah sebabnya? Saya hanya bertanya kepada Yang Berhormat sama ada kita wajar membuat penyiasatan dan membuat kajian. Apakah bezanya cara mereka mendidik anak-anak, cara mereka membesarkan anak-anak, cara mereka bergaul dalam keluarga? Agar kita dapat kemungkinannya mempelajari sedikit sebanyak kebaikan yang ada pada mereka supaya kita dapat menerapkan kepada kita.)


Satu pandangan yang cukup baik daripada Yang Berhormat Padang Besar, Tuan Yang di-Pertua. Saya kira kajian itu memang patut di buat, saya ingat bukan Yang Berhormat Padang Besar sahaja yang ada persoalan seperti itu, saya juga dan kami semua juga. Cuma pada saya sendiri dan ramai sahabat-sahabat saya. Pada kami apabila kita mengaku kita sebagai orang Islam, dilahirkan sebagai orang Islam oleh ibu bapa kita yang juga beragama Islam. Panduan kita adalah al-Quran. Apabila kita tinggalkan al-Quran, maka musibah dan balanya adalah, inilah yang berlaku dalam masyarakat kita tetapi saya kira dari segi kajian itu tidak menjadi satu masalah, malah sepatutnya telah ada kajian tersebut.

Kementerian mana, mungkin kementerian sahabat saya, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mungkin agaknya, di situ sepatutnya atau pun saya percaya institusi-institusi pendidikan, di UPSI misalnya university pendidikan. Sepatutnya telah ada kajian-kajian di kalangan pensyarah-pensyarahnya yang hendak membuat PhD dan sebagainya tentang fenomena yang kita anggap agak pelik berlaku dalam negara kita. Seterusnya, saya nak meneruskan juga tentang... (Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat] mohon untuk beri penjelasan.) Okeylah, boleh Yang Berhormat… Sedikit sahaja, ya, sedikit, jangan panjang sangat. Saya hendak pergi Permatang Pauh ini, jangan panjang sangat!

(Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Saya tak pergi Permatang Pauh, tak penting. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang tertarik dengan isu peranan ibu bapa, contoh yang diberikan oleh Titiwangsa itu sudah pun membuktikan bahawa sebenarnya ibu bapa memainkan peranan yang penting. Cuma, saya nak bangkitkan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi, tentang penderaan lelaki terhadap golongan wanita ini. Ini memang saya pun cukup marah sebenarnya dengan isu lelaki mendera wanita, dan saya menyokong 300% Yang Berhormat Titiwangsa. Cuma, kalau ikut senarai ini, Yang Berhormat disenaraikan sebagai ‘Menteri Wanita, Kebudayaan dan Kesenian’, ‘Kabinet Pakatan’ September ini, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya ingin tahu, apakah yang akan dilakukan oleh Yang Berhormat mengenai dengan isu lelaki mendera wanita dan masalah peranan ibu bapa ini, macam mana kita hendak pastikan ibu bapa ini betul-betul menjalankan tugas keibubapaan mereka ini, terima kasih.)

(Dato’ Haji Lilah Yassin [Jempol] mencelah: Lelaki dera lelaki pun kena jawab.) Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya ingat saya hendak memecahkan rekod hendak menjadi Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi itu, saya juga bersetuju 300%. Saya hendak meneruskan lagi apa yang ingin saya perkatakan di sini iaitu, oleh sebab kepelbagaian agama dan kepercayaan kita tadi. Kalau boleh maknanya, dalam kurikulum pendidikan di peringkat guru-guru pelatih ini hendaklah juga kurikulum itu boleh menjuruskan kepada kita melahirkan bahawa God fearing citizen, God fearing society, God fearing leaders, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Banyak masalah-masalah yang berlaku. Saya kira bukan sahaja orang Melayu yang ada masalah. Walaupun mungkin Melayu yang banyak yang jadi doktor, self service doctor. Dia cucuk sendiri, dadah, tetapi Cina juga terlibat dalam banyak masalah ekstasi. Anak-anak gadis Cina, anak-anak remaja Cina, ramai yang lari daripada rumah. Begitu juga kaum India, ramai yang keciciran dan bermasalah. Tanpa menafikan menonjolkan permasalahan di kalangan orang Melayu Islam... Jadi, saya kira ini sepatutnya kita ambil kira bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi juga kepada semua kaum di negara kita, mereka pewaris kita.


(Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Mutalib [Maran] dibenarkan mencelah: Ya, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya tertarik apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa dan juga berkaitan dengan Yang Berhormat padang Besar tadi, isu penglibatan orang lain juga, orang bukan Melayu, Cina, India dan sebagainya tentang masalah-masalah sosial ini. Saya pernah bekerja di satu daerah, saya tak perlu sebut daerahnya. Kita telah bina satu kawasan rekreasi untuk kebaikan sebenarnya, tetapi ada seorang bapa Cina jumpa saya.

Dia kata, “Tuan, saya dapati ramai juga anak-anak Cina yang terlibat dengan masalah-masalah sosial ini termasuklah bersekedudukan dan sebagainya.” Saya bukan hendak timbulkan masalah perkauman, Cina, India, Melayu dan sebagainya. Yang penting kepada kita bagai mana kita boleh mengatasi masalah sosial yang berlaku dalam negara kita ini. Tadi, Yang Berhormat Padang Besar sebutkan, sebahagian yang terlibat dalam masalah sosial ini adalah orang Melayu. Saya hendak betulkan sedikit Yang Berhormat, mungkin kita perlu berikan perhatian serius.

Kalau boleh, mungkin Yang Berhormat Titiwangsa sebagai seorang wanita yang saya kenal, kita dapat mencari jalan supaya tanggapan ini dapat kita perbetulkan. Sebab saya takut begini, walaupun sekarang ini kita melihat masalahnya orang Melayu terlibat dengan masalah sosial yang cukup hebat, tapi mungkin mereka kita melihat pada pandangan agama. Bila adanya berlaku, kita ambil tindakan yang cukup serius. Akan tetapi sebenarnya bangsa lain, Cina, India mungkin berlaku, tetapi mungkin bagi mereka perkara biasa. Bermakna, kalau buka seluar, bukan buka seluar, pakai seluar pendek, pakai pakaian singkat, biasa bagi mereka, tapi mungkin bagi kita, tidak.

Saya bimbang, kalau benda ini dibiarkan, kalau mungkin kita tak buat kajian yang baik yang boleh menghasilkan sesuatu finding yang cukup dengan izin, yang cukup berkesan bagi kita mengatasi masalah sosial ini, kita takut kerana anak-anak Melayu, anak-anak bangsa lain, India, Cina, mereka ini bergaul bersama-sama. Sebab itu kita lihat dalam kes-kes kita jumpa di kelab-kelab malam dan sebagainya, melibatkan Melayu, Cina dan sebagainya. Jadi, kalau kita biarkan isu sosial ini berlaku begitu sahaja dalam kaum lain, ia boleh menular kepada kaum Melayu. Bagaimana pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.)


Sebab itu saya katakan tadi, bukan orang Melayu sahaja yang orang kata ada masalah sosial ini, semua kaum, anak-anak kaum lain juga ada masalah sosial. (Dato’ Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar]: Minta laluan.) ….Baru hendak cakap. Sekejap, sekejap, nanti habis idea saya. Apa benda hendak cakap tadi, sudah lupa dah. Hendak habis masa dah. Jadi, apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah, yang saya sebutkan tadi, kurikulum guru-guru pelatih itu sendiri mestilah menjurus kepada God fearing society tadi. Saya rasa kita patut berbangga sebenarnya, sebagai orang Islam kita patut berbangga kerana kita meletakkan benchmark yang tinggi.

Kalau boleh saya kongsikan di sini, [Membaca sepotong ayat al-Quran] Acuan Allah, model Allah, system Allah. Maka manakah yang lebih baik daripada acuan, model dan sistem Allah ini. Jadi, kita meletakkan di situ, apakah value baik, bila kita sebut kita mesti menanamkan nilai-nilai positif. Positif dari segi apa? Nilai kita adalah yang telah ditentukan oleh Islam. Biar kita punya nilai itu tinggi, kerana itulah keperibadian dan kemuliaan. Sebab itu kita sebagai orang Islam kena yakin “Ai-Islamuyaklu walayuunlaalaih.” Jadi, Islam itu adalah tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Itu adalah keyakinan kita.

(Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan] mohon laluan.) Minta maaf, saya tak dapat bagi sebab tinggal tiga minit sahaja lagi. Kemudian saya hendak pergi Permatang Pauh… Kemudian seterusnya, saya juga merasakan mata pelajaran sivik perlu diperkasakan semula, sebab sampai sekarang setelah 51 tahun sudah kita merdeka. Masalah sampah yang paling basic pun masih belum dapat kita urus dan tangani dengan baik. Saya tidak menyalahkan kerajaan 100%. Attitude, habit, apa sudah jadi dengan orang kita sehingga tidak sayang kepada negara kita sendiri, tak sayang kepada sungai kita sendiri, tak sayang kepada tanah-tanah kita sendiri, tidak sayang kepada hutan kita sendiri. (Dato’ Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar]: Bersetuju, bersetuju bulat-bulat.)

Jadi, saya mengharapkan supaya dalam kurikulum pendidikan ini mesti ada di situ mata pelajaran sivik yang menekankan tentang alam sekitar, yang menekankan tentang kebersihan, menekankan ketepatan masa, kesungguhan dan kekuatan minda dan sebagainya sehingga kita boleh melahirkan atlet-atlet, ahli-ahli sukan yang sepatutnya berjaya di Olimpik dan sebagainya. Jadi, ini antara perkara yang sepatutnya telah kita selama berapa tahun anak kita di sekolah, enam tahun campur lagi lima tahun, sebelas tahun, campur lagi prasekolah, dah hampir 12 tahun tetapi kita masih tidak boleh lagi menerapkan satu nilai yang mulia. Nilai yang orang kata kita boleh berbangga dengan anak-anak kita, bukan straight A’s, dengan izin, bukan itu sahaja yang kita perlu lihat, tetapi keseluruhannya.

Kemudian seterusnyalah, sebelum saya mengakhirkan, saya mohon di sini jugalah kalau tadi ramai sahabat- sahabat kita jaga, malah di Permatang Pauh diberi peruntukan berjuta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, saya juga mengharapkan di sini atas masalah-masalah sosial dan sebagainya, peranan sekolah agama rakyat mestilah diberi perhatian dan penekanan sewajarnya oleh pihak kerajaan. Jangan kata daripada sekolah agama rakyat ini boleh lahir pembangkang-pembangkang sahaja, orang PAS daripada sekolah agama rakyat. Ramai juga daripada sekolah agama rakyat ini, duduk di sebelah sana, menjadi menteri, menjadi penasihat agama, sekolah agama rakyat.

Jadi, sekolah agama rakyat ini bukanlah untuk melahirkan orang-orang PAS juga tetapi melahirkan juga orang-orang UMNO sehingga tercetusnya Islam Hadhari agaknyalah. Jadi, saya memang hendak habiskanlah. Dengan itu mengambil peluang ini mengharapkan cadangan-cadangan saya itu tadi diberi perhatian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”


Sekian catatan santai yang agak panjang dari Parlimen Malaysia untuk kali ini, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos24, 08. KL-P.Pauh.

Matang Pauh.. Oh Matang Pauh…




















Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


IMBAS balik cerita-cerita Matang Pauh untuk hadapi pilihan raya kecik ni… Tengok tajuk-tajuk dalam blog http://www.ibnuhasyim.com.


1… Ibnu Hasyim: Mengapa PAS Mampu Bertahan Di DUN Permatang Pasir Pulau Pinang?"
2… 4 Sebab Pembangkang Tawan Pulau Pinang?
3…
Kerajaan Bertukar, YB Hamdan Tetap Bela Rakyat..
4...
Ibnu Hasyim: PAS PP Boikot P'raya P.Pauh..
5...
Ibnu Hasyim: Tak Reti Tadbir..Pak Lah Bole Belaah!!
6...
Ibnu Hasyim: Matang Pauh: Tak Dak Hati Perut.. Projek Najib Jatuhkan Pak Lah..
7...
Ibnu Hasyim: Minyak: Proton Patut Keluarkan Kereta Guna Air..
8… Ibnu Hasyim: Bantu PKR Sungguh-sungguh... Wan Rahim Wan Abdullah.
9… Ibnu Hasyim: Exco Perak Ditahan: Banyak Lagi Jerangkap Samar BN Akan Meledak…Wan Rahim.
10.. Ibnu Hasyim: Melayu Ditindas, Mana Keadilan?
11.. Ibnu Hasyim: Pukul Jurugambar, Pecah Kereta, Maki Orang, Raba Puteri…

Selamat Mengundi.. Undilah PKR.


dari Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos25, 08. KL-P.Pauh

Sunday, August 24, 2008

DAP Perlukan Orang Melayu, Kita kena Sokong?


Ibnu Hasyim:
Catatan
Santai


SEMALAM saya sempat hadir ke majlis Kongres Kebangsaan DAP ke 15 di sebuah hotel di ibukota. Sesampai di situ kira-kira jam 10 pagi, saya dijemput ke tempat yang disediakan, tertera nama saya, di sebelah Dr Azman seorang pemimpin PAS dari Terengganu, seorang pemimpin PAS dari Kelantan, Saudara Mohd Sabu dan isteri, juga Syed Husin Ali antara yang saya kenal.


Tempat duduk di barisan hadapan bawah pentas, yang di belakangnya ramai duta-duta dari luar negara seperti US, Thai, India dan lain-lain. Ucapan perasmian oleh Pengerusi DAP Karpal Sigh yang datang dengan kerusi roda.


“Objektif utama kami ialah untuk menawan dan mengadakan kongres kami di PWTC..” kata beliau disambut dengan tepukan hadirin. Kongres yang bertema cekap, bertanggungjawab dan telus (CAT –cekap, akauntabel & telus) itu, dihadiri oleh kira-kira 720 perwakilan dan 330 pemerhati. Juga akan menyaksikan pemilihan bagi 20 jawatankuasa kerja pusat dari 58 pencalonan. Jawatankuasa 20 itulah yang akan menentukan jawatan-jawatan penting seperti Setiausaha Agung, Pengerusi dan lain-lain.


Mengenai dasar negara, Karpal berkata, parti itu tidak akan berkompromi dalam prinsip menerima idea negara sekular seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Beliau berharap PAS, sebuah lagi rakan dalam Pakatan, supaya bersikap realistic, bagaimanapun, DAP boleh bekerjasama dan mesti bekerjasama dalam isu-isu yang boleh disepakati. “Biar Anwar jadi orang tengah satukan PAS dan DAP..” katanya.


“Kami ingin tegaskan beberapa kunci untuk menjadi ahli yang bertanggungjawab… pertama, DAP menerima Anwar sebagai Perdana Menteri alternatif dan komited dengan kerjasama dalam Pakatan untuk mempromosikan kerajaan CAT,” kata Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung (jawatan paling penting dalam DAP), selepas ucapan Karpal tersebut.


Lim juga menolak usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara teokratik kerana menurutnya, ia bertentangan dengan wawasan menuju masyarakat sivil yang pelbagai kaum dan agama. Parti yang sinonim dengan penyokong Cina itu, juga bercadang untuk meningkatkan penyertaan orang Melayu dan bukan Melayu ke dalam parti itu. “Sama ada kita boleh mendapatkan sokongan orang Melayu, bergantung kepada prestasi kita sebagai pemerintah di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.


“Terutamanya apabila kita memimpin kerajaan di Pulau Pinang, untuk membuktikan kita mengambil berat terhadap orang Melayu dan menyalurkan apa yang tidak berjaya dilakukan BN selama 50 tahun..” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.


DAP atau Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party) asalnya adalah parti serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party) di Singapura yang diasaskan pada Oktober 1965 sebelum didaftarkan secara rasmi 6 bulan kemudian sebagai parti politik di Malaysia pada 18 Mac 1966. DAP berfungsi sebagai sebuah parti demokratik social…


‘berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.’


‘Penyisytiharan Setapak’ tersebut dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967. Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali. Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Sosialis Antarabangsa (SI), di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland.


DAP mencapai pencapaian tertinggi pada Pilihan Raya Umum ke 12 2008 lepas menewaskan Gerakan di semua parlimen yang ditandingi parti komponen BN itu. Pada 10 Mac 2008, Lim Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang keempat, menewaskan Pemangku Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon.


“Inilah kali pertama DAP perlihatkan Kongres Kebangsaannya paling ramai dalam sejarah dan memberi hadiah beg cenderahati seperti yang you pegang itu! Sebelum ini belum ada hadiah beg lagi..” Kata seseorang yang saya temui di majlis minum ringan sebelum meninggalkan kongres tersebut, kira-kira sebelum tengahari..


Inilah kali pertama saya hadir kongres DAP yang seperti ini. Terfikir-fikir di hati saya, bolehkah kita hantar orang kita untuk memperkenalkan Islam dalam DAP? DAP perlukan pertolongan orang Melayu-Islam sekarang.. DAP perlu dapatkan maklumat Islam sebenar... Kan dia rakan se Pakatan, kita kena sokong?


Sekian catatan santai kali ini, wallahu ‘aklam.



Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos24, 08. KL-P.Pauh.



Saturday, August 23, 2008

Pukul Jurugambar, Pecah Kereta, Maki Orang, Raba Puteri…




Ibnu Hasyim: Catatan Santai Dari Parlimen

MARI kita tinjau perbincangan yang ada kaitan dengan pilihan raya Permatang Pauh, di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 36, Selasa 19 Ogos 2008, dalam kandungan ‘Jawapan-jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-pertanyaan’, disunting dari laman web Parlimen Malaysia…


Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] berucap:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang saya keliru, saya tak faham. Kadang-kadang kita nampak penguat kuasa di negara kita menjalankan tugas yang keras. Kadang-kadang kita lembut, kadang-kadang nampak kita langsung tiada penguat kuasa. Contoh, macam Permatang Pauh, apa berlaku baru-baru ini, ada orang pukul orang, orang pukul jurugambar dan wartawan, pecah kereta, maki orang, raba Puteri, kereta timbalan menteri kena goncang. (Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] menyampuk: Minta Puteri tunjuk macam mana kena raba.)


...Pun tak ada polis, buat tak tahu sahaja. Kita tak kiralah, dari parti pembangkang atau parti Barisan Nasional, kita tak kira. Walaupun kita tahu ini daripada pembangkang, memang dari pembangkang [Dewan riuh]. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] mencelah: Soalan Yang Berhormat?)


Jadi, apa tindakan diambil. Kita buat tak tahu. Kita sedang menunjukkan kepada rakyat, kita polis. (Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] mencelah: Jurugambar pukul diri sendiri. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat] mencadangkan: Tuan Yang di-Pertua, batalkan pencalonan.)


Kita mesti mahu ambil tindakan. (Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai] mencelah: Ini niat jahat.) Saya tanya Timbalan Yang Berhormat Menteri, apa tindakan yang diambil. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] mengarahkan: Sila duduk Padang Serai. Ya, soalan Yang Berhormat Bintulu?) Sekian. (Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun] tetapi Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] melarang: Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat.)”


Dato’ Chor Chee Heung pula dibenarkan berucap:

“Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Kalau kita mengimbas balik, Yang Berhormat, sebelum 2008, iaitu sebelum pilihan raya yang baru diadakan, dahulu nampaknya tidak begitu celaru, betul tak? Walaupun ada terdapat pembangkang, tetapi tidak begitu banyak celaru. Dahulu, pilihan raya-pilihan raya yang lepas, kita dapat mengawal dengan baik. Kali ini, di Permatang Pauh pun bukan kata polis tidak dapat mengawal keselamatan dengan baik, keamanan semua dijaga dengan baik dan pihak polis pun menghantar pegawai dan anggota yang mencukupi. Akan tetapi, kadangkala dua-dua pihak, saya tak mahu kata sama ada pembangkang atau pun pihak Barisan Nasional terlalu ghairah, maka boleh menimbulkan masalah. (Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: No,no, no.)


Tuan Yang di-Pertua, mengenai insiden-insiden yang berlaku di Permatang Pauh ini, pihak polis telah pun menerima laporan-laporan dan siasatan akan diambil kononnya mengikut orang yang membuat aduan itu, memang mereka ini dipukul oleh anggota dan penyokong PKR atau pembangkang, tetapi saya tak kata mereka ini yang melakukan perkara itu, (Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam] berkata: Siasat dahulu.)


Kita siasat dahulu tetapi nampaknya ada betul juga dakwaan mereka ini, tetapi, tak apa, jangan bimbang, kita akan menjalankan siasatan. [Dewan riuh] (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak] berkata: Ini menteri prejudis ini. Tuan R. Sivarasa [Subang] menambah: Dia sudah jadi penyiasat. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Siasatan belum buat lagi dah buat tuduhan. Tak sepatutnya timbalan menteri membuat kenyataan begini, siasatan sedang dibuat. Seorang Ahli: Ada, lambang, ada lambang PKR. [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] mengarahkan: Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat Padang Serai. [Dewan riuh] Seorang Ahli: Lambang PKR ada. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini timbalan menteri kata dia akan siasat dulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dengar dulu penjelasan Yang Berhormat.)


Saya tak kata penyokong PKR yang buat, tetapi mengikut aduan yang diterima, memanglah ahli-ahli PKR yang buat, bukan saya kata, tak, saya tak kata. (Selanjutnya, Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] mengumumkan: Yang Berhormat Puan Tan Ah Eng. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah dimaklumkan bahawa Ahli Yang Berhormat Gelang Patah tidak hadir pagi ini kerana sedang menghadiri AIPA di Singapore. Saya jemput Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri tarik balik kenyataan beliau. [Dewan riuh] Sebab sebagai timbalan menteri... Seorang Ahli: Lambang PKR ada. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: ...yang sepatutnya tidak berpihak kepada mana-mana pihak, jalankan siasatan dahulu. Tidak boleh buat tuduhan sebab kita boleh semak Hansard dia dengan terang menyatakan “...betul juga dakwaan orang yang membuat laporan...”.)


(Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] berkata: Dia telah membuat penjelasan. Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Memang suka berdalih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia telah membuat penjelasan sebentar tadi Yang Berhormat. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Memang betul pun. Tidak usah nafilah. Memang jelas dan nyata. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Inilah Timbalan Menteri Barisan Nasional. Tuan Raime Unggi [Tenom]: Lambang ada, lambang ada. Seorang ahli: Itulah sikap pembangkang. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Timbalan menteri, cepat tarik balik. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang Serai. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh] Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tarik balik apa yang you cakap itu. Tuan Mohd Firdaus Jaafar [Jerai]: Bangun, tarik balik. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Itulah kerja UMNO punya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang Serai, Padang Serai? Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: ... UMNO ini? Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Apa pasal Padang Serai ini. Macam orang kurang siuman ini. [Ketawa] Seorang Ahli: PKR ikut PAS lah. [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang Serai.)


(Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Tuan Yang di-Pertua, saya juga meminta... Seorang Ahli: PKR masuk PAS lah. PAS bagus.Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: tahan juga PAS. Seorang Ahli: UMNO sahaja ikut PAS, senang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli Yang Berhormat, tarik balik jika ada perkataan unparliamentarily. Yang tadi itulah adalah jawapan kepada menteri. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Tuduhan unparliamentarily juga perlu ditarik balik Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya. [Dewan riuh] Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua, itu satu niat yang jahat. Bukan soal... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Menteri telah membuat penjelasan tadi. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Apa penjelasan? Saya minta timbalan menteri jelaskan balik sama ada dia buat tuduhan itu atau tidak? Seorang Ahli: Tidak payah, tidak payah.)


Tuan Yang di-Pertua, perlu saya buat penjelasan atau tidak? Saya minta... (Seorang Ahli: Tidak payah, tidak payah.)


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] berkata:


Saya anggap itu adalah jawapan daripada menteri Yang Berhormat. Yang disebut tadi adalah jawapan daripada menteri. Kita ada ruang untuk berbahas kemudian atau membuat penjelasan kemudian dalam Dewan ini terhadap jawapan menteri. Ya… (Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Yang Berhormat Gombak jangan... Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua, timbalan menteri telah setuju bangun... Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Jangan ludah orang. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Saya ingat beri ruang kepada dia, tarik balik dakwaan yang dibuat. Seorang Ahli: [Menyampuk] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Timbalan menteri tidak ada dakwa.)


Mungkin tidak Yang Berhormat Menteri, saya katakan bahawa tarik balik. Itu adalah jawapan daripada menteri Yang Berhormat. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Sebab sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, dia buat tuduhan yang tidak berasas.) Ya. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Dan itu satu niat yang jahat. [Dewan riuh] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: ...Tuan Yang di-Pertua. Timbalan menteri tidak menuduh sesiapa.)


Itu adalah jawapan daripada timbalan menteri Yang Berhormat. [Dewan riuh] Ya. Sila duduk Yang Berhormat. Saya jemput Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin.. (Tuan R. Sivarasa [Subang]: Tuan Yang di-Pertua, point of order. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Tuan Yang di-Pertua, saya juga minta timbalan menteri untuk tarik balik unparliamentarily tuduhan itu tadi. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Soalanlah! Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Dan sekiranya beliau refuse tidak mahu tarik balik, beliau berlaku tidak beretika langsung. Seorang Ahli: Tuan Yang di-Pertua, pergi soalan lain. Dia tidak hendak soal. Seorang Ahli: Soalan lain. Tuan R. Sivarasa [Subang]: Point of Order 36(12). Timbalan menteri telah membuat satu kenyataan yang misleading atau mengelirukan.)


Cukup Yang Berhormat. Saya sudah buat keputusan bahawa saya tidak melihat itu misleading. (Seorang Ahli: Yang terkeliru sendiri.) Itu adalah jawapan yang diberi oleh menteri. (Tuan R. Sivarasa [Subang]: Biar saya membuat hujah saya sendiri. Seorang Ahli: Jelas, jelas.) Saya sudah faham 36(12) Yang Berhormat. (Tuan R. Sivarasa [Subang]: Biar saya membuat hujah saya sebelum Tuan Yang di-Pertua... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tidak payah hujah.)


Saya faham Yang Berhormat. (Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Ini hujah apa? [Dewan riuh] Seorang Ahli: Dengar cakap Tuan Yang di-Pertua. Duduk dahulu. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini PKR masuk DAP atau PAS la lagi bagus.) Yang Berhormat Ampang. Kita kemukakan soalan. (Seorang Ahli: Kita tak hendak soalan, kita hendak soal.)


Saya telah buat keputusan Yang Berhormat. (Tuan R. Sivarasa [Subang]: Adakah hujah saya didengar sebelum keputusan dibuat? Seorang Ahli: Soalan nombor…) Yang Berhormat, saya sudah faham 36(12). (Seorang Ahli: Tidak payah, tidak payah.) Sensitiviti, perkara yang berlaku di dalam Dewan ini Yang Berhormat. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Betul, apa yang dikatakan... Seorang Ahli: Tidak payah. Seorang Ahli: Dia hendak berucap, tidak payah. Degillah. Seorang Ahli: Ini melewat-lewatkan. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Tidak ada misleading, dia misleading sendiri. Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya belum menjelaskan apakah ...untuk berkata kenyataan itu adalah mengelirukan. Saya belum mendengar.)


Saya sudah katakan bahawa saya faham dan saya mengikuti insiden yang berlaku di dalam Dewan ini Yang Berhormat. Saya perasan bahawa itu adalah jawapan daripada menteri. Tentulah ada pihak yang tidak setuju dengan jawapan daripada menteri. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang mana polis adalah di bawah kementeriannya, mengetahui siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis. Itu adalah jawapan daripada menteri. Saya faham ada pihak yang tidak setuju, tidak boleh menerima jawapan, tidak apa Yang Berhormat. Jadi soal untuk syorkan menteri kepada Jawatankuasa Disiplin tidak wujud. Sila duduk Yang Berhormat Subang. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal setuju atau tidak setuju. Sebab siasatan sedang dijalankan. Mana boleh Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menjaga polis membuat satu tuduhan jahat terhadap Parti Keadilan Rakyat.)


Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. (Seorang Ahli: Pandai pula... Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Tuan Yang di-Pertua, tadi dia katakan... [Pembesar suara dipadamkan]) Yang Berhormat, saya sudah buat keputusan, ada ruang untuk membuat rayuan dan sebagainya. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Saya tidak buat tuduhan, tetapi saya minta boleh kita semak Hansard. Dengan jelas timbalan menteri buat tuduhan.) Cukuplah Yang Berhormat. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Siasatan belum diselesaikan. Adakah dia hendak jump the gun, dia juga macam... Dia boleh kuasai polis. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Cadangan Tuan Yang di-Pertua, kalau PKR tidak buat, apa dia takut sangat. Seorang Ahli: Jangan takut.)


Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta... (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bercakap tanpa pembesar suara]) Yang Berhormat Gombak sila duduk Gombak. Yang Berhormat Gombak sila duduk. [Dewan riuh] Cukuplah Yang Berhormat Gombak. Cukuplah. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: ...tidak berpegang kepada prinsip seperti ini. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Ini timbalan menteri. Hutan rimba mari punya orang.)


Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat, saya minta cukuplah Yang Berhormat Gombak. Cukuplah Yang Berhormat. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bercakap tanpa pembesar suara]) Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak cukuplah Yang Berhormat. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Sekejap, saya hendak minta.... [Bercakap tanpa pembesar suara] Saya minta Yang Berhormat untuk duduk. Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak saya minta Yang Berhormat duduk. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bercakap tanpa pembesar suara][Dewan riuh])


Yang Berhormat, Yang Berhormat sila duduk Yang Berhormat. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bercakap tanpa pembesar suara] Dia cuma Timbalan Menteri Dalam Negeri. Saya minta perkara ini diberi perhatian. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Yang Berhormat Gombak, sila keluarlah. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Ini bukan soal keluar. Saya datang, saya hendak bahas.) Yang Berhormat Batu Pahat sila duduk. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Sumpah lah, sumpah lah. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Saya bukan hendak keluar, saya hendak bahas. Ini hak saya. [Dewan riuh])


Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat untuk menghormati keputusan Tuan Yang di-Pertua. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Timbalan menteri tidak menghormati.) Cukup Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat jangan sampai ada tindakan yang tidak elok di Dewan, Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Ampang untuk mengemukakan soalan. (Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Saya minta timbalan menteri tarik balik. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Menyampuk])


Yang Berhormat Padang Serai sila duduk. Duduk Yang Berhormat. (Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kalau arahan Tuan Yang di-Pertua kita tidak ikut. Siapa punya arahan kita hendak ikut. Duduk lah, dia kata duduk kita duduk lah.) Yang Berhormat Padang Serai saya minta duduk. Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk Yang Berhormat. (Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kerana ada tuduhan yang tidak berasas terhadap PKR.)


Sila duduk Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Ampang untuk kemukakan soalan. (Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kalau tuduhan-tuduhan sebegini dibiarkan... Beberapa Ahli: Ambil tindakanlah Tuan Yang di-Pertua. Ambil tindakan. Seorang Ahli: Pakai peraturan 44, Tuan Yang di-Pertua.) Ahli-ahli Yang Berhormat saya minta diam. Saya jemput Yang Berhormat Ampang untuk kemukakan soalan. (Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Sebelum soalan saya Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menegaskan di sini bahawa pendirian kami Pakatan Rakyat, pihak menteri tadi membuat kenyataan yang tidak bertanggung jawab dan tidak harus duduk di kerusi sebagai timbalan menteri. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk][Dewan riuh])


Akhirnya selesai. Sekian catatan santai dari Parlimen Malaysia, wallahu ‘aklam.



Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos19, 08. KL-P.Pauh.

Friday, August 22, 2008

Melayu Ditindas, Mana Keadilan?



Ibnu Hasyim:
Catatan
Santai Dari Parlimen


UCAPAN ini juga ada kaitan dengan pilihan raya Permatang Pauh. Ucapan Tuan Lim Kit Siang Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP , di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 37, Rabu 20 Ogos 2008. Inilah ucapan beliau yang disunting dari laman web Parlimen Malaysia…


“LAGI 11 hari negara kita akan merayakan hari kebangsaan yang ke-51 tetapi tidak ada apa-apa perasaan, suasana yang menunjukkan kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ada kejayaan program integrasi nasional itu adalah tidak benar. Bukankah ini oleh sebab khasnya dalam enam bulan ini selepas political tsunami, bahawa adalah mengenai isu-isu perkauman, mengenai ketuanan Melayu, kedaulatan Melayu, perpaduan Melayu. [Dewan riuh]


Sepatutnya mengenai perpaduan Malaysia, bukan Malay unity tetapi Malaysian unity. [Tepuk] Dan dengan reaksi-reaksi yang ekstrem, semacam forum-forum Majlis Peguam sama ada mengenai Social Contract atau mengenai conversion to Islam. Baru-baru ini dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, kita tengok ada banting, ‘Melayu ditindas, mana keadilan?’ Adakah MCA setuju, Melayu ditindas? Adakah GERAKAN bersetuju? Sehingga ada suara-suara dalam GERAKAN mahu keluar daripada Barisan Nasional?


(Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat] mencelah: DAP pun banyak main isu perkauman.) Bukankah ini semua menunjukkan kegagalan usaha-usaha untuk national integrasi. Apakah yang akan dilakukan oleh kementerian mengatasi masalah khasnya untuk menghentikan kenyataan-kenyataan, isu-isu perkauman seperti banting ini, Melayu ditindas dan dibuat oleh UMNO, Pemuda UMNO. [Tepuk]


(Tuan Teng Boon Soon menjawab: Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan tadi soal perpaduan rakyat, ia memerlukan usaha sama semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin politik, ahli-ahli politik. Kalau kita tidak menghasut rakyat dengan kata-kata yang mengapi-apikan dan juga kita secara saksama dan secara jujur dan adil menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat. Saya rasa kita akan melihat satu situasi yang lebih menyenangkan.)


Tuan Yang di-Pertua, adakah ini Melayu ditindas, itu hasutan? [Dewan riuh] (Tuan Ahmad bin Maslan [Pontian] mencelah: Tunggu orang jawab dulu.) Adakah Melayu ditindas, hasutan? [Dewan riuh]


(Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol] berkata: Ini bukan negara China lah. Tuan Teng Boon Soon berkata: Sebab itu ... Dipotong oleh Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sudah berapa lama dalam Parlimen pun macam ini ke? [Dewan riuh] Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat] berkata: Malaysian Malaysia lagi perkaumanlah!)


Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] Bercakap tanpa pembesar suara. (Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] berkata: Macam ini ke? [Dewan riuh] Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam] juga menyampuk). Ini pengkhianat negara, pengkhianat kepada national integration! (Ramai yang menyampuk) Ini pengkhianat kepada national integration. (Ramai yang menyampuk termasuk Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] berkata: Don’t challenge bumiputera all the time you know!)


Ini hasutan, setuju? Inilah hasutan. (Mengundang ramai lagi yang menyampuk.) Ini hasutan! (Mengundang ramai lagi yang menyampuk. Termaswuk Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Don’t challenge the bumi Melayu all the time you know. Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Ini bukan negara China! Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Don’t challenge!)


Ini negara Malaysia, bukan negara satu kaum! (Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] mencelah: Don’t challenge the Malay![Bercakap tanpa pembesar suara]). Ini bukan negara Melayu, ini negara Malaysia! [Tepuk][Dewan riuh]


(Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai] menyampuk: Ini Malaysia untuk semua! [Tepuk] Kalau ... untuk semua, kalau kamu ..., kamu pengkhianat! Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah Yang Berhormat Padang Serai. Seorang Ahli: Keturunan awak tu menumpang dulu. Tuan Yang di-Pertua menasihatkan: Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan yang ditanya itu adalah elok. Apabila dijawab dengan elok, lepas itu ada reaksi daripada Yang Berhormat, macam mana rakyat boleh bersatu begini? Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri yang menunjukkan sifat seperti begitu, terutama sekali daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, mula-mula tadi diam lepas itu terus pula... [Tepuk] Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bercakap tanpa pembesar suara]


Tuan Yang di-Pertua: Tak apa, tak apa. Seorang Ahli: Nasib baik ada prinsip Jus Soli. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini mesti ... India ini. Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah, sudahlah. Seorang Ahli: Keturunan dia itu ... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming.)


Tuan Yang di-Pertua, dia belum habis jawapan. (Tuan Yang di-Pertua menyampuk: Sudah-sudah. [Dewan riuh]). Kenapa suara UMNO, mana suara MCA, GERAKAN? Semua diam-diam. (Tuan Yang di-Pertua menyelesaikan: Yang Berhormat Ipoh Timur, sudahlah! Yang Berhormat Ipoh Timur sudahlah. Tuan Nga Kor Ming. [Dewan riuh].”


Akhirnya selesai. Sekian catatan santai dari Parlimen Malaysia, wallahu ‘aklam.


Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos20, 08. KL-P.Pauh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails