Friday, January 16, 2009

Ketulan Kepala Khinzir Dibaluti Bendera PAS…


PAGI tadi saya dapat telefon dari kawan saya di Universiti Malaya, memberitahu bahawa pilihannraya kampus di situ telah dicemari beberapa ketul kepala khinzir dibaluti bendera PAS, yang dimasukkan ke surau di sana, sejak waktu sebelum subuh pagi tadi lagi. Lihat gambarnya!

Di samping pilihanraya kampus, apakah ianya ada kaitan dengan PRK P 036 di Kuala Terengganu besok hari? Adakah ianya suatu serangan oleh puak-puak yang menuduh PAS membaluti projek ternakan babi di Selangor? Siapakah yang untung dari eksploitasi isu agama ini samada di kampus UM atau Kuala Terengganu?? Siapa yang untung , maka diakah yang melakukannya?

Ibnu Hasyim, Catatan Santai…Jan16 2009

Perutusan Ibnu Hasyim Untuk Pengundi Kuala Terengganu…


Ibnu Hasyim:
Catatan Santai

SAYA klik blog http://nikabduh.wordpress.com/2008/12/31/kita-dan-palestin/ ‘Masanya Memilih Jalan Yang Lurus – Tiada Kehidupan Selain Akhirat’ di bawah tajuk ‘Kita dan Palestin’ (Disember 31, 2008 dunia, haraki, jihad, palestin, politik, tarbiyyah, tazkirah). Komen bermula dengan Salam Kamunting.

Antara tulisannya saya petik…

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam. Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel!

Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini. Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?

Jangan pula mengharapkan negara kita. Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan…”

Komen Saya:

Jika anda mengharapkan keadilan Islam tertegak di bumi Palestin, UNDILAH PAS di PRK P 036 Kuala Terengganu ini! Jangan harapkan perempuan mandul lahirkan anak atau harapkan lelaki yang telah dikasi, untuk syahwati perempuan! Begitu juga, dalam mengharap keadilan Islam di laksanakan di negara yang diperintah oleh BN assobiah ini.


UNDILAH PAS!

Sekian catatan santai kali ini..

Ibnu Hasyim,
akan ke K.ganu
sebentar lagi..

Kisah Dari Usbekistan.. Imam Bukhari Lawan Kerajaan!

Ibnu Hasyim:
Cata
taan Santai
Bendera Usbekistan


“LEPAS ziarah China, jom ziarah Usbekistan pula! Pergi ke Taskent, Bukhara d
an Samarkhand..” Kata kawan saya.

“Ada apa di sana?”

“Lihat kesan-kesan sejarah! Ribuan pelawat-pelawat, termasuk bukan Islam dari seluruh dunia, telah menziarahi maqam seorang ulama hadis terkenal, iaitu Imam Al-Bukhari di sebuah kampung bernama Khartang di sana. Bangunan berbentuk empat segi berhiaskan arca di kawasan asal maqam beliau yang ada sekarang, telah dibina oleh kerajaan Uzbekistan pada 1997 dengan pembiayaan kerajaan Iran. Ia dibina 1,225 tahun selepas kematian nya," kata kawan saya itu.

Beliau berkata kompleks itu dibina selepas Uzbekistan mencapai kemerdekaan daripada Soviet Union pada 1991, yang sebelum itu mengharamkan umat Islam menunaikan solat di masjid dan menziarahi kawasan perkuburan. Kompleks Imam Al-Bukhari, yang menggunakan seni bina Uzbekistan, dirasmikan pembukaannya pada 23 Okt 1998. Bagaimanapun, kebanyakan pengunjung hanya dibenarkan melawat bangunan itu sahaja, manakala maqam asal Imam Al-Bukhari yang terletak di bawah bangunan berkenaan, hanya boleh diziarahi dengan melalui satu pintu khas setelah mendapat keizinan daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengurus kompleks itu.

Selain maqam ulama terkenal ini, kompleks berkenaan mengandungi Masjid Al-Bukhari dan sebuah muzium yang mempamerkan kitab suci Al-Quran dari beberapa negara Islam, kata beliau. Bila kita lihat sejarah, nama sebenar Imam Al-Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail Al Bukhari. Beliau dilahirkan pada tahun 194 Hijrah, bersamaan 810 Masehi, di Poyikent, sebuah kampung di Bukhara. Dikatakan sejak kelahirannya, Imam Al-Bukhari tidak memiliki daya penglihatan, sehinggalah beliau berusia dua tahun.

Apabila mencapai usia enam tahun, beliau mampu menghafaz seluruh kitab suci Al-Quran dan ulama besar ini menetap di Arab Saudi selepas menunaikan ibadah haji ketika berusia 16 tahun bagi mengumpul dan menyusun Hadith mengikut urutan asalnya. Imam Al-Bukhari mengambil masa 40 tahun untuk mengumpul Hadith dan hanya menulisnya setelah meneliti perawi semua hadith terbabit bagi menjamin kesahihannya. Setelah urusan ini selesai, beliau kembali ke Bukhara untuk mengajar di madrasah.

Sebagai intelektual yang berdisiplin tinggi, Imam Bukhari dikenal sebagai pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadits, tapi juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fikih, dan tarikh. Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan umat, sehingga ia menduduki darjat sebagai mujtahid mustaqil (ulama yang ijtihadnya independen), tidak terikat kepada mazhab tertentu, sehingga mempunyai otoriti tersendiri dalam berpendapat mengenai hukum. Diantara puluhan kitabnya, paling terkenal ialah kumpulan hadits shahih yang berjudul Al-Jami’ Ash-Shahih, atau lebih populer dengan sebutan ‘Shahih Bukhari’.

Imam Al-Bukhari adalah seorang yang tetap berpegang teguh dengan prinsipnya. Beliau sanggup diusir atau diperintahkan tinggalkan Bukhara oleh keluarga diraja atau pihak kerajaan ketika itu, hanya apabila beliau enggan datang ke istana bagi mengajar anak raja. Kerana dia tetap dengan pendiriannya bahawa ‘bukan guru yang pergi mencari murid, tapi muridlah yang perlu datang kepada guru untuk menuntut ilmu!’.

Ulama Hadith ini tidak berganjak dengan pendiriannya walaupun terpaksa bertentangan atau berlawan dengan pihak raja, yang kemudiannya beliau pun membawa diri ke perkampungan Khartang dan menghembuskan nafas terakhir di sana pada tahun 256Hijrah, bersamaan 870 Masehi. Kata penduduk kampung berkenaan, selepas beliau dimasukkan ke liang lahad di Khartang, seluruh kampung itu harum dengan bau kasturi untuk beberapa lama.. dan pada malamnya sekitar kawasan kubur beliau telah diterangi cahaya..

“Bukan melawat saja, tapi kita kena ambil iktibar dari ilmu Imam Al-Bukhari. Beliau yang berprinsip dan tetap tidak berganjak dari prinsipnya. Beliau mengamalkan ilmu yang beliau tulis, walaupun dianggap membinasakan diri. Ertinya, beliau sanggup menulis kitab dengan darah sendiri… Ulama-ulama dan pemimpin seperti itulah yang amat dikehendaki sekarang.” Kata saya.

Sekian catatan santai kali ini. Insya Allah, kalau ada kesempatan kita akan sambung mengenai Imam Al-Bukhari lagi.

Ibnu Hasyim
Catatan Santai,
KL Jan16, 2009.


Thursday, January 15, 2009

Sikap Sangka-buruk Kaum Cina… Dr Mohd Ucap Syabas Kepada Guan Eng..

by ASYOK KUMAR


Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang


Dr Hj Mohd Hasyim

BUKIT BINTANG Jan14, 2009. Sikap sangka buruk kaum Chi
na Malaysia kepada bangsa Melayu di negara ini terus membimbangkan.. Hal ini dapat dilihat melalui bantahan-bantahan dan ketidak puasan orang-orang Cina, seolah-olah tidak bersetuju dengan .hak istimewa orang Melayu, dari sudut bahasa, pembelajaran, perkembangan agama Islam, seperti hukum murtad & hudud, DEB dan lain-lain.

Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim, selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang dalam suatu majlis perjumpaan bersama ahli-ahlinya di sebuah restoren di Kuala Lumpur semalam. Perjumpaan bertajuk ‘Tuntutlah Ilmu Sampai Ke Negara China’ adalah hasil dari lawatan beliau kira-kira 2 minggu di negara tersebut.

“Nampaknya orang-orang Cina di negara China langsung tidak ada prasangka buruk terhadap bangsa Melayu dari Malaysia.. Layanan yang sama diberi tidak kira kaum, walaupun sama-sama dari Malaysia. Hal ini membuktikan bahawa api perkauman yang membakar keharmonian kaum di negara ini bukanlah dihasilkan oleh bangsa Cina itu sendiri atau bangsa Melayu penghuni asal negara ini, tetapi adalah lanjutan dari dasar ‘pecah-pecah jajah’ oleh penjajah barat, dan juga ekoran dari Perang Salib di Eropah.” Jelas Dr Mohd lagi.

Menurut beliau, hal ini telah dibuktikan oleh sejarah, bagaimana bangsa-bangsa barat telah berjaya meruntuhkan dan melerai-leraikan kerajaan Turki Othmani… mereka memecah-belahkan negara-negara Arab tetapi mereka bersatu mewujudkan ‘Negara Haram’ Israel menjadi ‘duri dalam daging’ di jantung bumi Arab, merampas tanah dan menindas rakyat Palestin. “Saya ucap tahniah kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang kerana telah menghadiri demontrasi anti kezaliman Israel di bumi Palestin, yang diadakan di Pulau Pinang Jumaat lepas! Syabas kepada beliau, harap dapat menjadi ikutan pemimpin-pemimpin Cina yang lain.”

Sejarah juga membuktikan, bagaimana bangsa-bangsa yang dibawa masuk ke Tanah Melayu dulu dipisah-pisahkan melalui penempatan-penempatan menurut kaum, kaum India di estet-estet, kaum Melayu di bidang pertanian dan orang Cina di sektor perniagaaan, walaupun orang Melayu pernah menguasai dunia niaga di Asia Tenggara sebelumnya. Bagaimana kemerdekaan diberi bersyarat, dipaksa mengekalkan undang-undang mereka, walaupun undang-undang itu bukan undang-undang kaum Cina dan India, bahkan undang-undang yang amat asing bagi penduduk asal negara ini, menurut beliau lagi.

Bagaimana penjajah berjaya mengasingkan Singapura dari Malaya, dan mencantumkan Sabah dan Serawak ke dalam Malaysia yang pernah menimbulkan ketegangan di alam Melayu sesuai dengan ‘dasar pecah-pecah jajah’nya itu. Mereka terus menggunakan ‘talibarut-talibarut dungu’ mereka sehingga berlaku peristiwa 13 Mei 69, dan isu-isu perkauman yang menjadi berterusan. Bila ditanya beliau, siapakah ‘talibarut dungu’ itu?

“Itulah orang-orang yang membakar isu perkauman untuk jadi wira negara.. mereka masih ada hingga kini..” Jelas Dr Haji Mohd Hasyim yang juga antara penulis blog www. ibnuhasyim.com. Anda boleh lihat banyak lagi pandangan beliau mengenai bangsa Cina dalam blog tersebut.(AK)

Saturday, January 10, 2009

Yala: Maaflah Kawan...


Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan di Thailand.

KERETA kami sampai di suatu simpang, ke kiri bertulis Yala, ke kanan bertulis Mayo. "Kita pergi ke Mayo dulu, nak tunjuk kat mu kedai kasutku, baru buka.." Kata Haji Hamid sewaktu berjalan-jalan mencari kawan-kawan lama kami semasa berada di Makkah.

Yala dan Mayo, mengingatkan saya mengenai e-mail seorang kawan lama kepada saya baru-baru ini pada pertengahan Disember lalu. Beliau anak Mayo yang tinggal berkhidmat di Yala. Beliau menunggu saya, yang akan singgah ke rumahnya selepas pulang dari Bangkok hari tu, tapi tak jadi.

Saya berhasrat nak ke rumahnya kali ini. Saya kenal dengannya kira-kira belasan tahun yang lalu, sewaktu beliau menjadi Pegawai Pembangunan Anak-anak Thai di Malaysia, di bawah sebuah NGO persatuan belia Islam di Thai. Kawan-kawannya pernah menjemput saya beberapa kali berceramah agama dan motivasi, antaranya ialah dari Persatuan Doktor-doktor Islam Thailand.

Saya masih ingat markasnya ialah di Sirorot Road, Yala. Melalui kawan-kawanaya juga saya pernah dijemput memberi taklimat kepada pelajar-pelajar Islam di sebuah unversiti di Pattani. Pernah selepas berceramah kepada persatuan doktor itu, seseorang bangun bertanya...

"Persatuan kami perlukan kewangan, apa pandangan dan saranan saudara yang boleh kami lakukan atau niagakan untuk tambah pendapatan kami?"

"Oo senang sahaja." Jawab saya spontan. "Kan tuan-tuan semua doktor? Sekarang di sini terdapat masalah air bersih, lebih-lebih lagi dari perusahaan orang Islam.. dan di bawah bumi pejabat yang tuan-tuan sewa ini ada air meneral. Bagaimana kalau tuan-tuan cuba keluarkan dan pasarkan? Kan tuan-tuan mahir dalam bidang kesihatan dan segala rintangan mesti ada jalan keluarnya?"

Nampaknya ramai yang bersetuju. Akhirnya, beberapa bulan selepas itu, bila saya datang lagi ke Yala, kawan saya itu membawa saya ke tempatnya menunjukkan perusahaan itu sudah berjalan, dan menghadiahkan ole-ole barang untuk bawa balik ke Malaysia air bersih berjenama 'Ummah' keluaran persatuan doktor-doktor mereka. Itulah antara kenangan yang tak dapat saya lupakan bersama kawan-kawan di Yala.

Kereta yang membawa saya masuk melintasi pekan Mayo dan terus ke hujungnya, berhenti di sebuah kedai yang menjual kasut-kasut dan beg-beg. Lama juga saya perhatikan.. kebanyakan barangan tersebut adalah barangan dari negara China.
Selatan Thai..
"Apa pandangan mu??" Haji Hamid tanya saya.

"Bagaimana kalau mu cuba jadi pengimport dan pengedar barangan dari China di kawasan ini? Terutama di pasar-pasar nat yang kebanyakan penjualnya adalah orang-orang kita?"

"Bagus tu. Bagaimana nak mulakan?"

"Pertama, jom ke China.. Kedua, kalau tak ke China, selidik betul-betul apa barangan di China yang boleh dijual di sini. Soal cara membeli, mengimport dan segala pengurusan berkaitan boleh diurus, tak dak masalah.. Boleh beli dari China dan barang akan sampai ke depan pintu rumah." Jawab saya. "Oo ya, jom kita ke Yala, jumpa kawan saya sekejap..."

Sambil melihat jam, katanya, "Tak cukup masa! Sekarang bukan macam dulu, malam mesti ada di sekitar rumah, tak boleh keluar jauh-jauh.. Jangan sampai kita dituduh 'pengebom berani mati' oleh pihak pemerintah. Besok pagi boleh."

"Oh. Besok saya terpaksa ada di Alor Star. Nampaknya tak jumpa lagi kawanku itu, kali ni." Kata saya.

Melalui tulisan ini, saya nak sampaikan kepada beliau, "Maaf kawan, kali ini kita tak dapat jumpa lagi.. Insya Allah lain kali pula.

Sekian catatan perjalanan kali ini.

Ibnu Hasyim
Ban Palas, Thai.
10Jan 09.

Lihat..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Friday, January 09, 2009

Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim

By Mecon Bangkok

BANGKOK, Jan9, 2009. Hanya pemimpin-pemimpin tiada maruah yang tidak menyokong tiap perjuangan untuk melenyapkan kebiadaban dan kezaliman Yahudi serta kuncu-kuncunya di atas tanah milik rakyat Palestin.. Tak kira samada mereka itu pemimpin yang mengaku Islam atau yang bukan Islam!

Dr Hj Mohd Hasyim, selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang semasa di temui di sini, ketika 20 Badan-badan Islam di negara itu telah menghantar wakil menyerah surat bantahan melalui Menteri Luar Thailand semalam. Hal ini berlaku setelah beberapa hari diadakan tunjuk perasaan mendesak Israel supaya berhenti dari bertindak ganas keatas rakyat Palestin di Gaza dan menyatakan hasrat mereka untuk memboikot barangan Yahudi..

Beribu-ribu penduduk Muslimin berkumpul didepan kedutaan Israel di Jalan Asok, Bangkok selepas rejim Yahudi laknatullah itu enggan berhenti bertindak ganas keatas penduduk yang tidak berdosa. Ketika mengulas peristiwa tersebut, Dr Hj Mohd membacakan sebuah hadis, riwayat Abu Hurairah RA, ertinya, Nabi SAW bersabda… ‘Tiap-tiap luka yang menimpa seseorang Muslim di jalan Allah nescaya lukanya itu di hari kiamat tetap seperti ketika dia ditikam mengeluarkan darah. Warnanya warna darah, tetapi baunya bau kasturi. (Bukhari dan Muslim)’

Umat Islam Thailand mengemukanan surat bantahan melalui menteri luar Thailand

Demontrasi pada hari itu.

“Jadi, tiap perjuangan untuk melenyapkan kebiadaban dan kezaliman Yahudi serta kuncu-kuncunya, termasuk perjuangan berdarah, bom syahid, hatta memboikot barangan Yahudi atau cuma yang hanya mampu menimbulkan rasa benci kepada musuh-musuh Allah itu, adalah suatu perjuangan yang mulia, berperi kemanusiaan dan dituntut oleh semua agama yang bermaruah (teliti makna hadis ‘warna darah merah, tetapi berbau kasturi’). Cuma mereka yang tidak bermaruah saja yang mengatakan ‘pengganas’ kepada golongan yang menentang pengganas Yahudi dan kuncu-kuncunya.” Ujar beliau yang juga penulis blog www. ibnuhasyim.com, baru pulang melalui jalan darat melawat saudara-saudara seagama di negara China, Vietnam, Laos dan Thailand. (Sila lihat catatan perjalanan beliau dalam blog tersebut).





Beliau juga menyeru supaya lidah umat Islam sentiasa membaca Qunut Nazilah seperti yang diamalkan oleh golongan-golongan Islam yang bermaruah di negara gajah putih itu dalam setiap sembahyang fadhu di masjid-masjid pada masa itu. Begitu juga dengan sembahyang hajat.

Wednesday, January 07, 2009

Pattani: Cungkil Kenangan lama...


Pemandangan di Ban Palas, Masjid di tepi jalan..

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Di Thailand.

SUBUH pagi, bas dari Bangkok berhenti dekat masjid di pekan Ban Palas, dalam wilayah Pattani, Thailand Selatan. Saya pun turun bersembahyang di situ. Masjid yang mencungkil kembali sebuah kenangan lama saya, pada tahun 1987. Kenangan kira-kira 22 tahun lalu, di mana saya turut berperanan menyampaikan hadiah wang kepada beberapa kanak-kanak anak mukim itu.

Ceritanya begini...

Pada suatu hari sedang saya dan kawan-kawan bercakap-cakap depan sebuah kedai gunting rambut di pekan Palas lepas tengahari itu, berhampiran sebuah sekolah Siam. Tiba-tiba terdengar bising, orang ramai merungut tidak puas hati...

"Jahat betul puak-puak Siam ni. Guru mereka pukul kanak-kanak Islam yang sedang sembahyang di sekolah! Apa patut kita ajar mereka?" Kata seorang dari mereka dalam suasana panas. Panas hati dan panas segala-galanya.

"Tenang! Tenang! Jangan bertindak sendiri. Kita ada salurannya..." Jawab yang lain. "Mari kita adukan kepada pihak yang bertanggung jawab mengenai hal ehwal agama Islam kita. Mari kita bawa kanak-kanak yang dipukul ini ke Jala (Yala), sebagai bukti dan buat pengaduan seterusnya."

Mereka semua bersetuju bertindak segera. Kerana kenderaan tidak cukup, ada yang jumpa saya minta pinjam kereta saya, walaupun kereta bernombor pendataran Malaysia. Saya bersetuju untuk menghantar mereka. Di situlah saya terlibat dalam kes agama tersebut. Mereka minta pendapat saya apa yang patut mereka buat, walaupun banyak pendapat-pendapat di kemukakan sesama mereka.

"Malam ini kita buat perjumpaan bincang apa yang patut kita buat, di samping waris kanak-kanak, jemput juga orang-orang penting dalam kampung ini." Saya beri pendapat.

Mereka bersetuju, perjumpaan malam itu dihadiri oleh pelbagai golongan. Ada yang berpendapat keras seolah-olah militan, dan yang terlalu lembut mengalah yang di anggap pengecut kepda kerajaan Siam kafir. Akhirnya, mereka tanya lagi pandangan saya...

"Saya pilih jalan tengah.. Kita kutip derma untuk beli ubat bagi anak-anak kita yang dipukul.. Juga sebagai ucap syabas kepada yang berani menyahut cabaran dan pertahankan agama itu!" Kata saya.

"Saya setuju! Inilah salah satu cara untuk menyatukan pemikiran kita yang berbagai gaya dan aliran supaya sama-sama selaras bertindak." Ada seseorang yang menyokong.

Akhirnya semuanya bersetuju, saya menterbalikkan ketayap saya jadikan tempat isi wang, memasukkan sedikit derma sebagai penggalak dan terus beredar dari tangan ke tangan mulai dari kanan saya. Upacara pengagihan wang kepada kanak-kanak yang dipukul itu diadakan pada hari Jumaat lepas sholat Jumaat, beberapa hari selepas hari itu.

Saya antara yang dijemput menyampaikan hadiah, di samping tokoh-tokoh kampung dan tokoh agama yang lain. Haji Ismail, tok guru muda dari pondok yang berhampiran, Haji Hamid, kawan saya yang sama-sama berada di Makkah sebelum itu, Abe Hawe dan ramai lagi turut serta dalam majlis itu.

Kerana sambutan begitu baik dan memuaskan, maka mulai hari itu diadakan perjumpaan setiap minggu, disamping sebagai kuliah pengajian agama, juga untuk membahaskan isu kaitan semasa, yang akhirnya disebut sebagai majlis 'usrah' atau kekeluargaan. Mulai dari itu saya sering kerap ke sana di samping menghadiri majlis usrah juga kadang-kadang di panggil sebagai penceramah agama.

Kumpulan usrah ini terus berkembang dan merebak hingga ke utara Thailand iaitu di Chiang Mai. Hasil dakwahnya, ada yang masuk Islam beramai-ramai. Penghijrahan dan pengziarahan sering diadakan, sehingga berjaya mewujudkan kampung orang Islam dan kelas-kelas pengajian di sana.

Beberapa tahun selepas itu, perhubungan saya dengan mereka agak terputus, dan pagi ini entah apa hikmahnya menyebabkan tergerak hati menjengok kawan-kawan lama saya itu.

Dia antaranya adalah Haji Hamid... saya sedang di rumahnya sekarang.

Ibnu Hasyim
Ban Palas
Jan5, 2009

Lihat..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan


E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails