Thursday, January 22, 2009

Misteri Kematian Di Lock up Subang Jaya?

By ASYOK KUMAR


RAMAI yang bertanya Ibnu Hasyim.com mengenai peristiwa di atas. Antaranya peristiwa tersebut disiarkan oleh Berita ‘National Express Malaysia' Wednesday, January 21, 2009 Death in Custody KUGAN A/L ANANTHAN 22 years old boy at Subang Jaya Lock up, seperti berikut:























Brutal murder by the PDRM.

DEATH IN CUSTODY
21/1/09, Wednesday, Family of KUGAN A/L ANANTHAN will lodge police report at IPD Subang Jaya, (Section 8) with S.JAYATHAS Police Watch Malaysia, Lawyer N.Surendran, Kapar MP YB.Manikavasagam and Makkal SAKTHI.
PLEASE COME, PLEASE SMS TO ALL TO COME.

S.JAYATHAS
COORDINATER
POLICE WATCH MALAYSIA

Komen:
Apakah kematian ini suatu misteri? Rakyat Malaysia ingin tahu penjelasan sebenarnya. Sama-sama kita tunggu jawapan lanjut seperti yang dijanjikan oleh pihak berwajib dalam berita tv3 malam tadi... (AK).

Wednesday, January 21, 2009

Mengapa Dikatakan HAMAS Menang?

Ibnu Hasyim Catatan Santai:

WALAUPUN Gaza musnah dibom dan ribuan ramai rakyatnya mati kebanyakan orang awam, namun HAMAS dikatakan menang. Dua sebab, pada pandangan saya…

Pertama:

Pada pukul 10.30 waktu Mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir-butir dalam sidang media tersebut:

80 tentera Israel terbunuh (paling kurang).
49 terbunuh secara langsung.
48 syahid di kalangan pejuang Briged Qassam.
Menjatuhkan pesawat peninjau tanpa pilot.
Menembak 4 helikopter.
Memusnahkan 47 kereta kebal dan kenderaan tentera.

Melancarka 980 roket dan misil ke arah bandar-bandar Israel.
Tiada seorang pejuang pun yang ditangkap.
Meletupkan 79 bom ke arah tentera Israel.
Menembak hendap 53 orang tentera Israel.
Melancarkan 12 serangan hendap.
Bertempur secara berdepan 19
kali.
Menawan tentera-tentera Israel sebanyak 2 kali, dan semua tentera yang ditawan sudah dibom oleh jet pejung Israel.
Melancarkan satu serangan berani mati ke atas kereta kebal Israel.
Menghentikan serangan, dan memberi masa seminggu kepada tentera Israel supaya keluar dari bumi Gaza (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak).

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan Israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Israel pula tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan HAMAS. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dengan alasan ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata-senjata diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:


"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaimana untuk mendapatkannya.”

Ulasan:

Pasukan Briged Qassam dan briged-briged lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dari bumi mereka. Israel pula tidak Berjaya, kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan Parti Likud (Israel) yang mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap HAMAS. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan ketenteraan pejuang HAMAS tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada seorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1,300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak-kanak dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar-besaran hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang Palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar seperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5,000 roket. Semoga para pejuang Palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel.

Sabda Nabi SAW:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya:

“Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat-hangat tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yang berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanyalah buih-buih yang lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam, menyebarkan dan memperjuan

gkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku ‘Al-Quds Qadiyyah Kullu Muslim’ oleh Qardawi. Dikutip dari http://akhisalman.blogspot.com/

Kedua:

Dalam perjuangan Islam, apabila kita meletakkan perjuangan kita sesuai dengan apa yang dikehendaki agama, maka samada kita kalah atau menang dalam pertarungan di dunia ini, itu adalah suatu kemenangan. Apalagi kalau kita syahid, kita sudah dipilih Allah SWT yang menganugerahkan kemenangan yang lebih besar lagi! Dua kali menang!!

Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin yang sentiasa mencari helah untuk mengelakkan dari perang dan mati syahid dengan berbagai alasan, termasuk alasan pengganas, bahkan sanggup menjadi boneka musuh-musuh Allah? Nak boikot barang Yahudi dan AS pun tak sanggup dengan berbagai alasan? (Sila rujuk Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih mengenai jihad, mati Syahid atau bersekutu dengan musuh-musuh Allah.)

Sekian. Wallahu ‘aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
Jan21, 2009 KL.

80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT


MENEMBAK 4 HELIKOPTER


MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA


MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL


TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.


MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.


MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL


MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI


MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.


MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Tuesday, January 20, 2009

Misteri Kubah Masjid Manakutkan Penduduk Jerman..


Ibnu Hasyim: Catatan Santai

INILAH gambar masjid yang sedang dibina di Jerman mulai Jun lepas dan dijangka siap dua tahun lagi. Masjid yang pembangunannya menelan biaya sebanyak 15 ke 23 juta dollar ini, ditangani oleh seorang arkitek Jerman, Paulus Boehm. Boehm sudah bekerja di gereja-gereja local dan menang dalam mendisign masjid.

Bangunan megah ini akan tegak dari dinding beton yang dibengkokkan lalu sambungkan ke suatu kubah kaca untuk menyampaikan keterbukaan. Tetapi lihat gambar-gambar seterusnya, mengapa warga Jerman ini membantah? Hingga ada yang mengatakan ‘Kubah yang menakutkan warga Eropah’? Apakah misteri di sebaliknya?

Diantara kelompok yang amat kuat menolak, adalah kelompok kiri di Cologne. Melalui wadah Pro Cologne, mereka berusaha mendapat sokongan dari kalangan kiri di Austria dan Belgium yang berkempen mengatakan langkah pembangunan masjid sebagai usaha untuk mengIslamkan seluruh Eropah. Beberapa tahun lalu mereka pernah mengedarkan petisyen dan jejak pendapat yang digelar ‘harian cetak terbesar Cologne, Koelner Stadt-Anzeiger’, menunjukkan 60 % warga kota menolak tegaknya masjid yang lengkap dengan menara itu.

Masjid itu akan memudahkan warga Turki menyusup ke dalam sebuah komuniti yang paralel di mana mereka tidak ingin berbahasa Jerman,'' kata Manfred Rouhs. ''Masjid itu juga simbol Islamisasi di Eropah dan kegagalan intergrasi di mana 120 ribu Muslim Cologne, sebahagian besar berdarah Turki, enggan bercampur dengan kehidupan khas Jerman. Ini adalah sebuah bahaya bagi Eropah,'' katanya lanjut dengan penuh prasangka.

Tidak sekedar perasaan ketakutan akan hadirnya Islam. Penolakan juga diarahkan dengan bentuk tuduhan yang sangat tidak layak. Seorang pemandu teksi Laszlu Reischl, memandang kehadiran masjid yang hanya berjarak dua mil dari Katedral Cologne sebagai bukti kuat kehadiran Islam ekstrem, tidak hanya di Jerman tetapi juga di benua Eropah.

“Saya selalu beribadah di sebuah tempat kecil tak jauh dari Katedral Cologne dan saya rasa ibadah saya tidak menjadi lebih bermakna ketika saya beribadah di Katedral,'' ujar Laszlu Reischl (56). Saya hairan mengapa mereka ghairah membangun sebuah masjid yang besar lagi?'' tegasnya, sebagaimana yang di kutip www.bloomberg.com.

Tetapi asumsi itu ditolak kaum Muslim dan Datukbandar Cologne, Fritz Schramma. Sekretariat Jenderal Islamic Union, Mehmet Yildirim mengatakan, '”Susahnya mendirikan masjid merefleksikan ketakutan Jerman pada Islamofobia, rasisme, dan xenophobia.'' ''Masyarakat Jerman adalah sebuah masyarakat yang di masa lalu tidak banyak mempunyai relasi dengan komuniti yang berbeda agama dan kebudayaan. Oleh kerana itu mereka menjadi mudah curiga dan bimbang.” lanjut Yildirim lagi.

Sementara itu, Datukbandar Cologne mengatakan, bagaimanapun, keberadaan masjid di Cologne sangat diperlukan. Cologne yang menjadi rumah bagi komuniti Muslim terbesar Jerman, 12% dari jumlah penduduk, tentu sangat aneh jika tidak mempunyai masjid. Selain itu, tegas Schramma, masjid akan mengurangi pengaruh kelompok radikal dan justru akan membantu penerimaan dan kepercayaan publik kepada Islam.

Schramma juga mensyaratkan pembangunan ini disetejui setelah kesediaan Islamic Union yang mahu berbincang dan bersetuju dengan sejumlah perubahan. Diantara perubahan yang disepakati itu adalah; kaum Muslim bersetuju kurangkan ketinggian menara, ruang ibadah, dan menggemakan adzan hanya dalam lingkungan masjid melalui pembesar suara dalam ruangan. Dan yang patut diingat, tegasnya, mereka juga bersedia memberi sebahagian kedai-kedai bagi pemilik usahawan warga Jerman.

Mengapa mereka bimbang dan cemas dengan menara atau kubahnya? Kurangkan ketinggian menara? Dikatakan, menara masjid ini bila siap nanti dalam waktu yang singkat akan bersanding sama dengan menara Katedral Gothik yang dianggap terbesar di Jerman. Sudah pasti puncak menara kembar di dekat gereja Katedral Gothic Jerman akan ada teman sandingnya. Sebuah pencakar langit baru akan menghias di langit Cologne. Rencana asal pendirian masjid yang dilengkapi dengan kubah serta dua menara setinggi 55 meter itu banyak menimbulkan bantahan.

Itulah, menara masjid besar Ehrenfeld. Masjid raksasa kelak tidak hanya akan membawa 120,000 orang Muslim Cologne menunjukkan identiti dirinya. Bahkan, boleh jadi akan membawa warna baru di Eropah. Tentu sahaja hal ini akan mengundang cabaran. Dengan adanya masjid ini, warga Muslim tidak akan berfikir lagi tentang negara asal mereka sebagai rumah mereka, tetapi akan memikirkan Jerman, kata Seyda Can dari DITIB (Turkish-Islamic Union for Religius Affairs).

Menurut Seyda lagi, "Warga Muslim sudah menetap di Cologne sejak 40 tahun yang lalu, tapi mereka masih saja sholat di ruangan-ruangan paling belakang. Ada 120 ribu Muslim di Cologne atau sekitar 12% dari jumlah penduduk. Kami tidak seharusnya bersembunyi.. papar Seyda suatu hari di sebuah surat khabar Jerman.

Masjid itu akan menjadi masjid terbesar di Jerman, yang boleh menampung sekitar 2,000 jamaah. Rencana pembangunan masjid ini kini mendapat sokongan dari semua partai politik, persatuan perniagaan dan banyak kesatuan. Jerman adalah negara kedua di Eropah setelah Perancis yang jumlah warga Muslimnya paling ramai. Jumlah warga Muslim di Jerman masa ini kira-kira 3.2 juta dan hampir setengahnya berasal dari Turki.

Warga keturunan Turki pertama kali datang di Jerman sekitar tahun 1960an. Mereka didatangkan guna membantu banyaknya kekurangan tenaga kerja pasca perang. Tetapi kini, jumlah mereka sudah berkembang dan berintegrasi hampir mencapai 3 juta orang. Suatu perkembangan yang tak sedikit. Di jalan utama Ehrenfeld, beberapa toko milik warga Turki menawarkan layanan istimewa, seperti hairdresser dengan kamar peribadi bagi wanita dengan jilbab. Seorang tukang gunting rambut menyediakan teh segar Turki dari cerek logam Rusia secara tradisional yang biasanya digunakan untuk memanaskan air.

Bagi Claus Moskopp (52) seorang lagi tukang bunga di Ehrenfeld pula mengatakan, ia tak begitu khawatir dengan menara yang dikonflikkan itu. “Tidak mengganggu saya kerana menaranya amat sesuai dengan pemandangan kota", ujarnya.

Bila dikaitkan dengan adanya kelompok-kelompok yang tidak setuju dengan pendirian masjid, Seyda Can dari DITIB tadi membandingkannya dengan penganut Protestan yang begitu mudah mendapatkan izin pembangunan tempat ibadahnya. “Dua ratus tahun yang lalu, gereja Protestan pertama dibangun di Cologne. Ada proses panjang bagi penganut protestan agar dapat diterima, tapi hari ini, tentu saja mereka diterima di sini. Mengapa kita tidak sama seperti itu?", kata Seyda.

Jelasnya, misteri ketakutan penduduk Jerman adalah kepada bayangan ketakutan yang mereka cipta sendiri. Sebenarnya ia bukan bayang gelap yang menakutkan, tetapi adalah cahaya yang membawa penerangan dan akan menyerlahkan objek lain yang gelap.

[dari berbagai sumber termasuk www.hidayatullah.com ]. Sekian

Ibnu Hasyim Catatan Santai…
Jan20, 2009 KL.

Sebagai tambahan bacaan sila lihat artikal-artikal lalu:
1…
Saturday, May 12, 2007 Masjid Cina: Hang Too Ah & Misteri Masjid Tak Siap.
2…Saturday, September 13, 2008 Misteri Pulau Puaka Di Aceh.

Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola

Kerana Coca Cola mereka merampas & musnahkan bumi Palestin

Ibnu Hasyim:
Catatan Santai

HARI ini saya agak banyak masa lapang. Saya gerodek-gerodek laman web. Terjumpa berita dari Indonesia menyebutkan mantan PM Malaysia, Dr Mahathir Mohammad menyerukan supaya boikot secara luas produk-produk Amerika Syarikat dan mata wang dollar sebagai bentuk protes atas sokongan AS pada Israel.

"Mereka tidak akan mati jika tidak menggunakan produk AS," kata Mahathir yang ikut tunjuk perasaan bersama 5,000 warga Malaysia di depan kedutaan AS. "Saya berharap Starbucks dan McDonald’s tidak beroperasi lagi di sini," tegas Mahathir yang juga menyerukan agar negara-negara Arab menghentikan pasukan minyaknya ke AS.

Saya tidak sempat ikuti perkembangan itu waktu itu. Teringat pula kepada fatwa Dr Yusuf Al-Qardhawi beberapa tahun lalu. Saya gerodek-gerodek cari dalam internet… Jumpa, antaranya berbunyi…

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam. Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!" -Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 Qatar.

Apa barangan selain dari Coca Cola itu? Bagaimana hendak tahu ianya buataan Israel?

1..Lihat label 'Made in Israel' atau yang sejenisnya.

2..Periksa barcode yang tertera pada setiap produk. Barcode selalu diawali dengan 2 atau 3 angka yang menunjukkan kod negara produsernya, dan kod negara Israel adalah '729'. Untuk daftar lengkap kod negara pada barcode, silakan lihat link di bawah http://www.mecsw.com/specs/ean_cc.html. Kod negara Israel adalah '729'. Kalau lihat awalnya nombor itu, jaga jangan beli!

3..Bagaimanakah hendak tahu perusahaan yang membantu zionis Israel? Sebuah perusahaan software Islam berpusat di England, InnovativeMinds telah melakukan penelitian ekstensif kepada perusahaan-perusahaan besar dunia yang telah terbukti membantu zionis Israel. Hasil penelitian itu mereka publish di homepage mereka dengan alamat di bawah, dilengkapi referensi link ke sumber informasi bersangkutan: http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html .

4..Atau dengan melihat juga bentuk daftar logo pada alamat di bawah: http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Berdasarkan penelitian mereka, daftar perusahaan yang telah terbukti turut menyumbang zionis Israel, sehingga perlu kita boikot bersama-sama adalah:

1…McDonald's --> McDonald's Restaurants.
2…Coca-Cola --> Coca-Cola, Dr Pepper, Fanta, Fruitopia, Kia Ora,Lilt, Sprite, Sunkist,
Schweppes.
3…Starbucks --> Starbucks Coffee Stores, Starbuck coffee, chocolates,biscuits & ice-cream
products, Seattle Coffee Company, Pasqua Inc.,Hear Music, Tazo.
4…DANONE --> Strauss dairy, Danone yogart, Jacob biscuits, HP foods,Evian, Volvic,
Galbani, LEA & PERRINS, LU Biscuits.
5… NESTLE --> Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's,Milkmaid, Nesquik,
Maggi, Buitoni, Crosse & Blackwell, Milkybar,KitKat, Quality Street, Smarties, After
Eight, Lion, Aero, Polo,Shreddies cereal, Felix - cat food.
6… Johnson & Johnson --> Baby Products.
7…L'OREAL --> Giorgio Armani Perfumes, Redken 5th Avenue NYC, LancomeParis, Vichy,
Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, HelenaRubinstein, Maybelline, Ralph Lauren
Perfumes, Carson.
8…REVLON --> Revlon cosmetic products, New World Entertainment, Forbes.
9…SARA LEE --> Hanes (Intimate apparel, hosiery, socks, knitwear,workwear, casualwear), Hillshire Farm (meat), Playtex (Intimateapparel), Champion (Men's and women's athletic apparel and men'sunderwear), Leggs (Hosiery), Jimmy Dean (meat), Douwe Egberts (Coffeeand coffee systems), Sara Lee Bakery, Dim (Intimate apparel, hosiery),Ambi Pur (Air fresheners), Ball Park (meat), Bali (Intimate apparel),Superior Coffee (Coffee and coffee systems), Just My Size (Intimateapparel), Kiwi (Shoe care), Maison Cafe (Coffee and coffee systems),Aoste (meat), Nur die (Hosiery), Pilao (Coffee and coffee systems) ,Lovable (Intimate apparel, men's underwear, socks), Outer Banks(T-shirts, sportshirts), Wonderbra - (Intimate apparel), Sanex (Bodycare), Pickwick (Tea), Gossard (Intimate apparel), Body Mist(bodycare), Brylcreem (bodycare), Aqua Velva (bodycare), Radox(bodycare).
10… Timberland --> Footwear, Outwear, Clothing, Gear.
11…NOKIA --> Nokia electronic products - mobile phones, tvs.
12…Intel --> Celeron, Pentium, Itanium, etc.
13…IBM.
14…Walt Disney --> Disneyland, EuroDisney, Disney Products.
15…AOL Time Warner --> AOL Internet, Time Magazine, Life Magazine,Time-Life books, CNN, ICQ.
16… APAX PARTNERS & CO. LTD --> Merlin Entertainment Group, Stead &Simpson Group, Brands Hatch Leisure Holdings, easyEverything Limited,Yell, Jonny Rockets Group, Protection
One, Sunglass Hut, Greenbacks.
17…Delta Galil Industries Ltd --> Marks & Spencers, Hema, Carrefour,Auchan, Tchibo, Victoria's Secret, GAP, Banana Republic, Structure,J-Crew, J.C. Penny, Pryca, Lindex,DIM, Donna Karan / DKNY, Ralph Lauren, Playtex, Calvin Klein, Hugo Boss.
18…Estee Lauder --> Aramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, OriginsNatural Resources, MAC
Cosmetics, La Mer, Bobbi Brown Essentials,Tommy Hilfiger Toiletries, Jane, Donna Karan
Cosmetics, Aveda, StilaCosmetics, Jo Malone, Bumble and Bumble, Kate Spade.
19…KIMBERLY-CLARK --> KLEENEX facial tissues, KOTEX products,HUGGIES disposable baby products, ANDREX products.
20…LEWIS TRUST GROUP LTD --> River Island clothing chain, Isrotelhotels in Palestine,
Ibrotel hotels in Spain/Portugal, BritanniaPacific Properties.
21. Marks & Spencer --> M&S stores, St. Michaels.
22. News Corporation --> Fox TV Network, 20th Century Fox Films, FoxKids, Sky TV Network, CNBC, National Geographical, Weekly StandardNewspaper, TV Guide, News of the World (UK), The Sun (UK), The Times(UK), Sunday Times, Times Educational Suppliment (TES), The Telegraph(Australia), Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent NewspapersLtd,
Newsphotos, Sunday Herald, Sunday Mail, The New York Post (US),Harper Collins Book Publishers, Ragan Books, Zondervan, Nursery World,Rawkus, NDS, Mushroom Records,
ChinaByte.com, Festival Records.
23. Selfridges --> Selfridges Stores.
24. The Limited Inc. --> Express, The Limited, Lerner New York,Structure, New York and
Company, Mast Industries, Intimate Brands,Inc, Victoria's Secret, Bath & Body Works,
White Barn Candle Company,Henri Bendel.
25. HOME DEPOT --> Home Depot retails stores, EXPO Design Centers,Villager's Hardware
stores, Apex Supply Company, Georgia Lighting,Maintenance Warehouse, National Blinds
and Wallpaper.
26. Arsenal Football Club.

Apakah sebenarnya gerakan boikot ini? Gerakan boikot ini adalah usaha orang-orang biasa di seluruh dunia dalam menggunakan hak mereka, memilih apa yang ingin mereka beli dengan tujuan untuk menghentikan penjajahan dan penindasan zionis Israel atas Palestin. Ini adalah cara damai untuk memberi tekanan internasional atas negara zionis Israel.

Apakah ini bererti kita memboikot agama Yahudi atau etnis Israel? Tentu saja tidak. Boikot ini tidak ditujukan untuk agama Yahudi mahupun etnis Israel, melainkan ditujukan untuk negara zionis Israel yang melakukan penjajahan atas Palestin dan perusahaan-perusahaan apapun di seluruh dunia yang menjadi pendukungnya. Siapapun orang-orang di seluruh dunia yang sedar akan kesewenang-wenangan zionis Israel pasti turut menyokong aksi boikot ini. UNISON, sebuah trade union terbesar di England dengan 1.4 juta anggotanya, telah mengajak untuk memboikot produk Israel sejak tahun 2002. http://www.unison.org.uk/news/news_view.asp?did=136.

Christian Aid, sebuah agensi gereja-gereja di England dan Ireland, menyeru Kesatuan Eropah untuk memberi sangsi atas Israel termasuk membatalkan kesepakatan dagang Euro-Israel. http://www.christianaid.org.uk/news/stories/020403.htm. Gush Shalom, organisasi Israel non-pemerintah yang berperanan penting dalam menentukan agenda moral dan politik gerakan-gerakan damai di Israel, telah melancarkan boikot versi mereka untuk menolak membeli barang-barang produk daerah pendudukan Israel. http://gush-shalom.org/Boycott/boyceng.htm

Para ulama Islam seperti Sheikh Yusuf Al-Qaradawi fatwanya seperti yang disebutkan di atas, ulama Al-Azhar yang juga penceramah terkenal, Dr. Fu`ad Mukhaymar, ulama Al-Azhar yang juga ketua Institusi Mesir Sunni, dan Dr. As-Sayed Nuh, ulama Al-Azhar yang juga profesor ilmu Hadist di Universitas Kuwait, telah memfatwakan untuk memboikot barang-barang Israel dan perusahaan pendukung zionis lainnya.

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Sc\holar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503545220.

Demikian juga dengan Ayatullah Ali Khamenei, pemimpin spiritual tertinggi Iran, juga melarang pembelian barang-barang Zionis. http://www.arabicnews.com/ansub/Daily/Day/020823/2002082302.htmlhttp://www.islam-online.net/english/news/2003-02/04/article04.shtml

Apakah boikot ini benar-benar berfungsi?

Ya, tentu saja. Contohnya adalah perusahaan Coca Cola di atas, dan juga perusahaan McDonald yang sejak 2002 terpaksa menutup banyak cabangnya di timur tengah kerana boikot yang dilancarkan di sana. http://www.crisscross.com/jp/news/238166

Demi membantu kemerdekaan Palestin dan memotong sebanyak mungkin aliran dana ke zionis Israel, marilah kita boikot produk Israel dan perusahaan-perusahaan ini sekarang juga! Lebih dari itu, anda dapat juga membantu menyebar-luaskan ajakan boikot ini kepada keluarga, kerabat dan teman-teman, maupun membuat leaflet, pamflet mahupun booklet dan menyebarkannya di tempat-tempat umum yang diizinkan.

Kalau anda tidak melakukan hal ini, samalah dengan anda membenarkan dan berkerjasama melakukan jenayah ke atas rakyat yang tidak berdosa, atau membunuh satu nyawa dengan hanya membeli se botol Coca Cola.

Ibnu Hasyim Catatan Santai…
Jan19, 2009 KL.

Monday, January 19, 2009

Pelajaran Jihad Diharamkan Di Seluruh Universiti Islam?

Gaza (Ar-Rahmah) -Gerakan Hamas dan Jihad Islami (JI) menolak kenyataan pemerintah Salam Fayadl yang berjanji akan berperang dan melucuti senjata perlawanan Palestin di Tebing Barat.


Ibnu Hasyim:

Catatan Santai

SESEORANG yang menyebut namanya Dr Hasan P.Pg memberi komen dalam tulisan saya Wednesday, November 26, 2008 Percuma! Buku Jihad, As-Syahid Dr Abdullah Azzam..

Dr Hasan P.Pg. said...

Saya dengar takde universiti di Malaysia yang memperuntukkan pelajaran jihad di universiti termasuk UIA sendiri. Di Mesir Universiti Al-Azhar, ada cubaan memansuhkan pelajaran jihad tetapi masih belum berjaya. Dan hampir keseluruhan universiti Islam di negara-negara umat Islam tiada pelajaran khusus mengenai jihad. Oleh itu buku ini sangat baik untuk disebarkan. T.kasih kerana ramai pelayar web dapat menatapnya secara percuma. Suatu contoh mulia.. -November 26, 2008 10:07 PM”

Mari kita belajar ilmu jihad...

Oleh itu, sesuai dengan suasana Jihad di Palestin sekarang, maka saya tertarik untuk mengketengahkan tafsir Ayat-ayat Jihad ke haribaan pelayar-pelayar web ini, untuk manfaat kita bersama, insya Allah. Mula-mula kita lihat…

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 190-191.

“Perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka dan usirlah mereka dan tempat mereka telah mengusir kamu (Makkah). Fitnah (kekufuran/ kemusyrikan) itu leblh besar bahayanya dari pembunuhan. Janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu) bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang kafir.”

I…Muqaddimah Pengertian Umum

Islam bukanlah agama kekerasan… Tetapi, Islam memiliki hukum-hukum untuk melindungi dakwah Islam serta kehormatan, harta, jiwa, dan negeri kaum Muslim. Hukum-hukum itu berkaitan dengan peperangan yang sering dikenal dengan istilah jihad fi sabilillah Para fukaha mendefinisikan jihad fi sabilillah sebagai pengerahan kekuatan untuk memerangi musuh dalam rangka meninggikan kalimat Allah; dengan peperangan terus di medan pertempuran ataupun memberikan bantuan kewangan, logistik, bahkan pendapat-pendapat dalam strategi dan taktik memenangkan pertempuran, termasuk memberikan pidato yang membakar semangat para mujahidin agar siap menyongsong kemenangan atau mati syahid.

Yang penting, segala dukungan terhadap peperangan tersebut berkaitan langsung dengan aktivitas pertempuran di medan jihad. Aktivitas jihad fi sabilillah juga diungkapkan dengan istilah langsung perang fi sabilillah (al-qitâl fi sabilillah), sebagaimana terlihat jelas dalam ayat ini. Oleh kerana itu, bercakap tentang perang, khususnya perang dalam rangka meninggikan kalimat Allah serta melindungi dakwah Islam dari halangan fizik yang dibentangkan oleh negara-negara kafir.. Mahupun serangan atas negeri-negeri kaum Muslim serta atas harta dan kehormatan mereka oleh negara kafir sebagaimana yang terjadi di Irak hari ini, bukanlah hal yang tabu, lucu, konyol, atau mengada-ada.

Sebaliknya, perang tersebut telah diungkapkan Al-Quran yang suci dan tak dapat disanggah oleh sesiapa pun, kecuali orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Rasulullah SAW. pernah bersabda: “Sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah (AlQuran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW.” (HR Muslim).

II…Latar Belakang Turunnya Ayat

Dalam kitab ‘Lubab an-Nuqul fi Asbab an-Nuzul’ karya Imam as-Suyuthi diterangkan tentang sebab turunnya ayat ini dengan mengutip riwayat yang diketengahkan oleh Al-Wahidi dari jalur al-Kalbi, dari Abu Shalih, dari Ibn ‘Abbas yang mengatakan bahawa ayat ini turun sewaktu Perjanjian Hudaibiyah. Ceritanya berkaitan dengan orang-orang musyrik ketika menghalangi Rasulullah SAW. ke Baitullah, lalu mereka mengajak berdamai dengan tawaran, Rasul boleh kembali tahun depan. Setahun kemudian, Nabi SAW. bersama para sahabat bersiap-siap melakukan umrah al-qadha (meng-qadha umrah yang sudah diniatkan tahun lalu tetapi tertahan). Mereka cuma bimbang jangan sampai kaum Quraisy tidak tepati janji dan masih menghalang mereka untuk memasuki Masjid Al-Haram bahkan siap berperang, sementara para sahabat tidak ingin berperang pada bulan Suci.[1] Allah kemudian menurunkan ayat di atas.


Diketengahkan pula oleh Ibn Jarir dari Qatadah yang mengatakan, bahawa Nabi SAW berangkat pada bulan Dzul Qa’dah bersama para sahabatnya untuk melakukan umrah. Sesampai di Hudaibiyah, mereka dihalangi oleh orang-orang musyrik yang akhirnya membuat perjanjian dengan Nabi SAW. Isinya, Nabi SAW. beserta para sahabatnya kembali pulang pada tahun itu dan baru boleh datang lagi pada tahun berikutnya untuk melakukan umrah tersebut.[2]
Tahun berikutnya, Nabi SAW. beserta para sahabat pergi ke Makkah. untuk melaksanakan umrah itu, yakni pada bulan Dzul Qae’dah. Tiga hari lamanya Nabi SAW. dan kaum Muslim tinggal di Makkah.

III…Ayat Pertama Tentang Qital


Imam Ibn Katsir, dalam. tafsirnya, mengutip riwayat yang dituturkan oleb Abu Ja’far Ar-Razi dan An-Rabi’ bin Anas dan Abi Aliyah tentang firman Allah wa qatilu fi sabilillah alladzina yuqatilunakum (Perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerang kalian). Dia katakan bahawa ayat tersebut merupakan ayat pertama tentang perang (qital) di Madinah. Kalau kita melihat sebab turunnya ayat di atas, yakni pada saat Nabi SAW. mengadakan Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 4 H, maka itu bukan perang yang pertama kali. Sebab, kaum Muslim berperang pertama kali di Badar pada tahun 2 H. Sesudah itu masih ada peperangan lagi, yakni Perang Uhud pada tahun 3 H dan Perang Khandaq atau Perang Ahzab pada tahun 5 H.

Oleh kerana itu, wajar kalau Imam Al-Qurthubi dalam tafsirnya, mengutip suatu riwayat dari Abu Bakar As-Shiddiq, menyatakan bahawa ayat pertama yang diturunkan tentang qital (perang) adalah:

Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Sesungguhnya Allah, benar-benar Mahakuasa menolong mereka itu.(AI-Hajj ayat 39).

Kata Al-Qurthubi, pendapat pertama (QS al-Baqarah ayat 190 sebagai ayat pertama tentang qitaI) lebih banyak. Ayat mengenai izin berperang itu turun secara umum untuk yang sudah berperang mahupun yang belum memerangi orang-orang musyrik. Namun demikian, Al-Qurthubi juga mengemukakan bahawa ayat di atas turun berkaitan dengan Perjanjian Hudaibiyah sebagaimana diuraikan dalam sabab nuzul ayat di atas. Se jalan dengan pandangan dalam riwayat Abu Bakar di atas adalah pandangan lbn ‘Abbas yang dikutip al-Ustadz Muhammad Ali ash-Shabuni dalam ‘Shafwah at-Tafâsir’ juz 11/267. Inilah ayat pertama tentang jihad, kata Ibn Abbas.

Para mufassir, kata ash-Shabuni, menyebutkan bahawa orang-orang yang diizinkan berperang dalam Surat al-Hajj ayat 39 adalah para sahabat Rasulullah SAW yang disakiti oleh kaum musyrik Quraisy begitu kuat sampai mereka datang kepada Rasulullah SAW dalam keadaan babak belur. Rasulullah SAW. bersabda kepada mereka (yang artinya), “Bersabarlah kamu kerana aku belum diperintahkan untuk memerangi mereka.” Setelah mereka hijrah, turunlah ayat 39 surat al-Hajj itu sebagai ayat pertama tentang jihad setelah mereka selama itu dilarang melakukannya pada lebih dari 70 ayat.

Al-Ustadz Sayyid Quthb, dalam tafsirnya, ‘Fi Zhilâl al-Qur’an’, juz 1/265, mengatakan bahawa menurut sebahagian riwayat, ayat 190 surat al-Baqarah adalah ayat pertama yang diturunkan tentang perintah berperang kepada kaum Muslim setelah sebelumnya turun ayat 39 surat Al-Hajj yang memuat izin dari Allah kepada mereka untuk memerangi orang-orang kafir kerana mereka telah dizalimi. Kaum Muslim mengetahui bahawa izin tersebut merupakan pendahuluan bagi kewajiban berjihad yang bertujuan untuk memantapkan kedudukan mereka di muka bumi.

Semua mufassir sepakat bahawa ayat jihad/qitâl itu semuanya baru turun di Madinah, tidak di Makkah. Tatkala perjuangan dakwah Nabi SAW. masih, dalam bentuk kutlab (kelompok) dakwah, bukan negara, ayat-ayat yang turun justru menolak penggunaan kekuatan fizik. Imam Al-Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan, bahawa tidak ada perbedaan di kalangan para mufassir bahawa qital( (perang) diharamkan (mahzhur) sebelum Hijrah berdasarkan firman Allah..

Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik.” (QS Fushilat [41]: 34).” Jauhilah mereka dengan cara yang baik.” (QS al-Muzammil [731: 10).Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka” (QS al-Ghassiyah [88]: 22). ..Dan masih banyak ayat-ayat serupa itu yang turun di Makkah.

IV…Antara Jihad Defensif dan Ofensif

Imam Ibn Katsir dalam tafsirnya menyatakan bahawa tatkala ayat ini turun, Rasulullah SAW memerangi siapa saja yang memerangi beliau dan tidak memerangi mereka yang tidak memerangi beliau. Rasul baru mengubah kebijaksanaan perang setelah turun surat Al-Baraah yang memberikan izin kepada Rasulullah SAW untuk melakukan serangan ofensif (menyerang) terhadap kaum musyrik. ‘Abdurrahman bin Zaid bin Aslam juga mengatakan bahawa kebijaksanaan perang defensif itu diubah menjadi perang ofensif setelah turunnya firman Allah:


Bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana saja kalian jumpa.(QS at-Taubah [9]: 5).

Ayat 5 surat At-Taubah ini merupakan implementasi dari ultimatum yang dibacakan ‘Ali bin Abi Thalib RA kepada kaum musyrik pada masa musim haji tahun 9 Hijrah, yakni setelah selesai pasukan Nabi SAW. pulang dari Perang Tabuk melawan pasukan Romawi. Di Mina, ‘Ali membacakan surat At-Taubah (Al-Baraah) ayat 1-36 yang merupakan pernyataan pemutusan hubungan dari Allah dan Rasul-Nya kepada orang-orang musyrik yang telah mengadakan perjanjian dengan kaum Muslim. Ayat tersebut ditutup dengan perintah untuk memerangi kaum musyrik secara all out (kâffah) habis-habisan, sebagaimana mereka juga memerangi kaum Muslim dengan cara yang sama.

Allah SWT berfirman: “Perangilah kaum musyrik itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya.” (QS at-Taubah [9]: 36).

Imam Ibn Katsir mengemukakan bahawa ayat waqâtilu fi sabilillah alladzina yuqatilunakum hanyalah agitasi dan pembangkitan semangat (tahyij wa ighra) menghadapi musuh yang bertekad dan bersemangat dalam memerangi Islam dan pemeluknya. Ertinya, sebagaimana mereka memerangi kamu, perangilah mereka. Demikian juga sebagaimana firman Allah pada surat At-Taubah ayat 36 di atas.

Menurut Imam al-Qurthubi, setelah turun ayat 190 surat Al-Baqarah di atas, Rasulullah SAW memerangi (secara defensive atau bertahan) siapa saja yang memerangi beliau dan menghentikan perang terhadap orang yang tidak memerangi beliau. Namun, hukum perang yang hanya bersifat defensif itu menurut sekelompok ulama, dihapus oleh surat at-Taubah ayat 5 di atas. Begitu juga menurut Ibn Zaid dan Ar-Rabi’. Dengan ayat itu Rasulullah SAW diperintahkan untuk berperang melawan semua kaum kuffar. Hukum jihad tidak lagi defensif atau bertahan semata, tetapi juga ofensif atau menyerang.

Jadi, kalau dalam perang defensive, sebab perangnya adalah serangan yang mereka lakukan. Dalam perang ofensif, sebab perang adalah kekufuran mereka dan ketidakmauan mereka tunduk pada sistem Islam. Cuma itu bedanya. (Lihat juga surat at-Taubah ayat 29)

V…Tidak Boleh Membunuh Sembarangan

Al-Ustadz Muhammad ‘Ali As-Shabuni dalam tafsirnya, ‘Shafwah at-Tafasir’, juz 1/112, tatkala menafsirkan ayat ‘wa la ta’ tadu inna Allah la yhibbu al-mu’tadin’ menerangkan..

Janganlah kamu memerangi mereka terlebih dulu kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim dan melakukan penyerangan.” Ini pada permulaan dakwah di Madinah, yang kemudian dihapus hukumnya oleh ayat 36 surat At-Taubah dan di naskh oleh ayat sesudahnya iaitu.. “Bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai.” (QS al-Baqarah [2]: 191).

Ertinya, bunuh saja mereka di mana saja dan bila saja kamu jumpai, baik dalam bulan haram mahupun bukan. Sementara itu, lanjutan ayat itu yang berbunyi ‘wa akhrijuhum min haytsu akhrajukum’ mengandung pengertian, usirlah mereka dari negeri mereka sebagaimana mereka telah mengusir kamu dan Makkah. Tindakan memerangi mereka itu tidaklah melampaui batas, kerana fitnah terhadap orang Mukmin lebih mengerikan daripada perang, yakni agamanya, dan kekufuran orang-orang kafir itu lebih berbahaya dari perang yang dilancarkan kaum Muslim kepada mereka.

Tetapi, Allah SWT menyatakan ‘wa la ta’tadu’ (janganlah melampaui batas), termasuk di dalamnya melakukan hal-hal yang dilarang dalam peperangan, sebagaimana dikatakan Al-Hasan Al-Bashri berkaitan dengan tindakan… Seperti mencincang mayat musuh, mengelapkan harta rampasan, membunuh perempuan dan anak-anak, membunuh orang-orang tua yang tidak ada pendapat mahupun peperangan pada diri mereka, membunuh para rahib dan penghuni biara, membakar pohon, dan membunuh haiwan-haiwan tanpa keperluan.

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa bilamana Rasulullah SAW mengirim pasukannya, beliau berpesan:

Keluarlah (pergilah) kamu dengan nama Allah, berperanglah di jalannya melawan orang-orang yang kafir kepada Allah, dan janganlah kamu melampui batas; janganlah kamu menggelapkan (harta rampasan), janganlah kamu mencincang mayat, janganlah kamu membunuh kanak-kanak, dan janganlah kamu membunuh penghuni biara.(HR Imam Ahmad).

Di dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim terdapat riwayat bahawa seorang wanita terbunuh di sebahagian medan tempur. Bila dapat tahu hal itu Rasulullah SAW melarang membunuh perempuan dan kanak-kanak. Dalam hal ini, Imam al-Qurthubi juga mengutip pesan Abu Bakar kepada Yazid bin Abu Sufyan tatkala beliau mengirimnya dengan membawa pasukan ke negeri Syam, bahawa peperangan itu tidak boleh dilakukan terhadap perempuan, kanak-kanak, serta yang serupa dengan mereka seperti para rahib dan pendeta, orang-orang tua, dan para buruh yang tidak terlibat peperangan.

Al-Qurthubi juga mengemukakan bahawa para ulama memiliki 6 gambaran tentang boleh-tidaknya dilakukan pembunuhan dalam peperangan, iaitu:


(1)..Kaum perempuan yang tidak ikut melakukan peperangan. Jika mereka ikut, mereka diperangi. Menurut Sahnun, dalam kondisi perang, berdasarkan keumuman ayat 190 dan 191 Al-Baqarah di atas dan kerana perempuan memiliki pengaruh besar dalam peperangan, di antaranya menambah kewangan, memberikan spirit dalam peperangan; kadang-kadang mereka ikut terjun dalam pertempuran mengobarkan semangat berperang dan menghalangi prajurit yang hendak lari dari medan tempur, maka mereka boleh dibunuh. Namun, jika perempuan itu boleh ditawan, memperhambanya lebih bermanfaat bagi mempercepat keIslaman mereka.

(2)..Kanak-kanak. Mereka tidak boleh dibunuh untuk mencegah pembunuhan keturunan. Sebab, perang bukan tugas kanak-kanak. Namun, jika kanak-kanak itu juga melakukan peperangan, mereka boleh dibunuh.


(3)… Para rahib. Mereka tidak dibunuh dan tidak dijadikan hamba, tetapi dibiarkan hidup. Ini jika mereka memang terpisah dari kaum yang berperang. Dalam hal ini, Abu Bakar pernah berpesan kepada Yazid bin Abu Sufyan, “Engkau akan menjumpai kaum yang mengaku bahawa mereka menahan diri mereka sendiri untuk Allah. Biarkanlah mereka dengan pengakuan mereka bahawa mereka menahan diri mereka untuk Allah.” Akan tetapi, Sahnun mengatakan bahawa jika mereka tidak di gereja, mereka dibunuh.


(4)..Orang-orang lemah/cacat. Menurut Sahnun, mereka boleh dibunuh. Sebaliknya, menurut Ibn Hubaib, mereka tidak boleh dibunuh. Yang benar, kata Al-Qunthubi, bergantung pada keadaannya. Jika mereka membahayakan, mereka boleh dibunuh. Jika tidak, mereka dibiarkan hidup.


(5)… Orang-orang tua. Imam Malik dalam kitab ‘Muhammad’ menyatakan bahawa mereka tidak boleh dibunuh. Jumhur fukaha berpendapat, jika mereka sudah tidak mampu berperang serta tidak memberikan pendapat dan dorongan, mereka tidak boleh dibunuh. Ini adalah juga pendapat Malik dan Abu Hanifah. Sementara itu, asy-Syafi’i mempunyai dua pendapat:
(1).. seperti pendapat seluruh fukaha.
(2).. mereka dan rahib boleh dibunuh.

Yang benar, kata Al Qurthubi, adalah yang pertama berdasarkan pesan Abu Bakar kepada Yazid bin Abu Sufyan. Ini merupakan ijma sahabat. Artinya, apabila mereka tidak termasuk orang yang berperang dan tidak termasuk orang yang menolong musuh, mereka tidak boleh dibunuh, sebagaimana halnya kaum perempuan. Sebaliknya, jika khawatir mereka menimbulkan kemadaratan dalam peperangan, maka jika mereka ditawan, Imam (Khalifah) diberi lima alternatif: membunuhnya, membebasnya, minta tebusan darinya, menjadikannya hamba, atau membuat aqad dzimmah dengan mengenakan kewajiban bayar jizyah untuk dirinya.

(6)..Buruh dan petani. Imam Malik dalam kitab ‘Muhammad’ menyatakan bahawa mereka tidak boleh dibunuh. Asy-Syafi’i mengatakan, bahawa para petani dan buruh serta nenek-nenek dibunuh kecuali jika mereka menyerah atau membayar jizyah. Pendapat yang pertama lebih sahih berdasarkan hadis Rabah bin Rabi’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Susullah Khalid bin Walid. Pesankanlah benar-benar, janganlah dia membunuh keturunan dan pekerja.” (HR Ahmad).


‘Umar bin al-Khaththab berkata, “Takutlah kalian kepada Allah (dan membunuh) keturunan dan para petani yang tidak memerangi kalian!” Ibn AlMundzir mengatakan bahawa ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz tidak membunuh petani pengolah tanah.

VI…Penutup

Ayat di atas secara luas dan jelas memberi panduan kepada kaum Muslim, bukan hanya yang hadir dalam Perjanjian Hudaibiyah sahaja, bahawa jawaban untuk para agresor kuffâr, apa pun agama dan ideologi mereka, adalah perang! Perang!! Hari ini, pasukan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya menyerang sekaligus menduduki Irak dan menaklukkan Baghdad, ibukota khilafah Islamiyah selama berabad-abad. Tahun 2001 lalu mereka yang menamakan diri pasukan salib itu (Crusader) menyerang negeri Islam Afganistan. Semua bentuk serangan fizik itu harus disikapi sama, yakni dengan jihad fi sabilillah…

Sebagaimana yang halnya serangan komunis Soviet Union terhadap Afganistan pada dekade 1980an, serangan Napoleon ke Mesir dan Syam pada abad ke 18, serangan Pasukan Bersekutu ke wilayah Khilafah Utsmaniyah pada Perang Dunia 1(1914-1918), serangan pasukan gabungan Salib dari Eropah yang dipimpin Raja Inggris Richard Lion Heart pada masa Shalahuddin Al-Ayyubi, atau pendudukan Baghdad oleh pasukan Tatar pada masa Khilafah Abbasiyyah. Ya, siapa saja yang menyerang kaum Muslim wajib dilawan dengan jihad, kerana kata penyerang (alladzina yuqâtilünakum) yang diungkap dalam ayat itu bersifat umum.

Bangsa Israel yang tidak ada negeri, menumpng di tengah-tengah jantung negara Arab, kini telah mengganas, merampas, menzalimi orang lain dan melakukan kerosakan di muka bumi, didalangi kuncu-kuncunya,… Apakah masih boleh dibiarkan!? Pelajaran jihad pun sudah ditiadakan, walaupun dalam negara umat Islam sendiri. Mengapa boleh jadi begitu?

VII…Catatan Kaki

(1)..Bulan suci atau bulan haram (Syahrul Haram) dimana diharamkan pada bulan itu, apalagi di tanah Haram (Makkah), berperang adalah sebanyak 4 bulan, Iaitu: Dzul Qae’dah, Dzul Hijjah, Muharram, dan Rajab
(2)..Terkenal dengan Nama Perjanjian Hudaibiyyah, dibuat pada bulan Dzul Qa’dah tahun 6H semasa kaum Muslimin tertahan hendak melaksanakan Umrah setelah tahun sebelumnya kaum musyrikan Quraisy dan pasukan sekutunya (Pasukan Ahzab) terpukul mundur tanpa peperangan setelah mengepung Madinah tanpa hasil pada bulan Syawwal tahun 5H.

Insya Allah akan bersambung dengan kuliah Jihad yang lain.

Ibnu Hasyim Catatan Santai…
Jan19, 2009 KL.

Sunday, January 18, 2009

Syahid.. Saya Nak Ke Palestin –Ibnu Hasyim.

Israel sebenarnya tidak ada negeri, hidup di atas rampasan tanah dari negara-negara Arab.

Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid pada 15-01-2009. Allah memilih dengan mengabulkan harapan beliau.

Gaza- 18-01-2009 : Perlawanan Palestin semakin meningkatkan menggempur target-target Zionis, berikutan pengumuman PM Israel, Ehud Olmert untuk melakukan gencatan senjata sepihak dan kenyataannya bahawa target ke Gaza sudah tercapai.

Gaza– 18-01-2009: 3 orang mujahid Batalion Izzudin Al-Qassam berjaya membunuh 9 tentera Israel empat hari lalu dalam tembak-menembak di barat Betlahia utara Jalur Gaza.

Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


“ AKU dengar sendiri dia ceramah beberapa tahun lepas di Taman Melewar anjuran PAS, menceritakan bagaimana anak-anak di Palestin yang cintakan syahid… dan diapun sangat rindukan syahid. Kini Allah sudah kabulkan permintaannya. Al-hamdulillah!!” Kata kawan saya malam tadi.

Beliau yang maksudkan itu ialah Syeikh Said Shiam, seorang pemimpin Hamas berjawatan Menteri Dalam Negeri Kerajaan Palestin yang dilantik Ismail Haneyya, terbunuh pada petang Khamis (15/01/2009) bersama anak lelaki beliau, abangnya, dan isteri abang beliau dalam satu serangan udara Israel di sebuah rumah dalam kawasan Yarmouk di pusat bandar raya Gaza. Sumber-sumber Hamas berkata , Shiam terbunuh apabila jet pejuang Israel mengebom rumah Sheikh Eyad Seyam, abang kepada Said Shiam semasa lawatan beliau ke rumah abangnya. Pengawal peribadi Said Shiam juga turut terbunuh.

“Bagaimana latar belakang beliau?” Kawan saya yang lain bertanya.

Syeikh Shiam lahir pada 22 Julai 1959 di kem tentera Shati Gaza, bahagian barat kota Gaza. Silsilah keluarganya berasal dari marga Jaurah dekat Eskelon, wilayah Palestin jajahan 48. Beliau merupakan lulusan diploma matematik dari Darul Mualimin Ramallah pada tahun 1980. Kemudian melanjutkan pelajarann di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan Islam dari Universiti Al-Quds, pada tahun 2000. As-Syahid pernah bekerja sebagai pengajar di beberapa sekolah dan badan bantuan sosial antarabangsa di Gaza dari tahun 1980 hingga tahun 2003.

Kemudian beliau keluar dari badan tersebut kerana desakan akibat keterlibatannya dengan gerakan Hamas. Lalu beliau menjadi imam dan khatib sukarela di masjid Yarmuk Kota Gaza. Beliau juga berperanan menjadi penasihat dan khatib di beberapa masjid di Semenanjung Gaza. Syaikh Shiam bergabung dengan Jawatankuasa Rekonsiliasi yang dibentuk Syaikh As-Syahid Ahmad Yasin untuk menyelesaikan pertentangan antara pelbagai kumpulan pejuang Palestin sejak intifadhah pertama yang dikenal dengan ‘Intifadhah Masjid’. Beliau berkahwin pada tahun itu dan mempunyai enam orang putera.

Sepanjang hidupnya Asy-Syahid memegang banyak jawatan penting. Di antaranya sebagai ketua Jawatankuasa Guru di Gaza. Ahli Persatuan Pegawai Arab di perwakilan pertubuhan sosial antarabangsa. Pegawai pengurus hubungan luar negeri dalam Gerakan Pejuang Hamas, anggota pimpinan politik Hamas di Gaza. Beliau juga menyandang jawatan anggota Dewan Sekretariat Jenderal Universiti Islam di Gaza, Anggota Dewan Pendiri Center Research Future. Pada tahun 1980 As-Syahid memegang jawatan anggota Persatuan Mahasiswa, Darul Maualimin di Ramallah. Pada tahun 2006 beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dan Urusan Awam.

“Beliau adalah seorang mujahid. Nak jadi Menteri di dalam HAMAS, mesti orang yang sanggup berjuang bersama rakyat, tidak takut mati, bahkan rindukan syahid. Kalau tidak, dia takkan dipilih rakyat dan partinya.” Jawab yang mula tadi.

“Agak-agak le, kalau di Malaysia ni, apa yang patut kita buat untuk membantu mereka?” Ada yang bertanya.

“Bukan membantu.. tetapi ‘WAJIB membantu’ dengan apa cara sekalipun. Kalau sampai syahid, syahid le! Kerana tiap orang Islam MESTI idamkan syahid. Kerana syahid bukan suatu beban, tetapi adalah sebuah anugerah penghormatan dari Pencipta kita!!” Saya tambah.

“Nak bantu macam mana?”

“Saya terbaca dalam www.zaharuddin.net yang memberi 8 pilihan, antaranya yang saya ringkaskan…

Satu: Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

Dua: Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. (Pada saya Ibnu Hasyim, lebih baik kepada HAMAS atau dengan nasihat & kerjasama mereka).

Tiga: Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai..

a…Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali.
b…Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c…Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d…Dan banyakkan lagi di waktu doa yang maqbul.

Empat: Solat Hajat; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah.

Lima: Menyertai demonstrasi aman dan jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

Enam: Menulis; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

Tujuh: Ceramah atau hadir ke majlis ceramah.

Lapan: Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka.

Kalau nak keterangan lebih lanjut keterangan dan doanya, sila rujuk web tersebut.” Saya jelaskan.

“Hang tak pi ke Palestin ke?”

“Memang saya nak ke Palestin, kalau ada ruang!”

Ibnu Hasyim Catatan Santai…
Jan18, 2009 KL.

Kemenangan PAS Di KT Adalah Kemenangan Bagi Rakyat Palestin..


Gambar atas sekali-Jumaat, 16/01/2009 - Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang semalam (15/1). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut. Syahid itu suatu kemenangan, bagi orang yang berfikir!!

Gambar bawah sekali, kemenangan PAS dalam PRK Kuala Terengganu.



by ASYOK KUMAR

KUALA TERENGGANU, 17 Jan PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini. Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon UMNO, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi. Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sebentar tadi. Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini, dan Allahyarham Razali Ismail juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang meninggal dunia pada 27 Oktober lalu.

Merujuk tulisan Ibnu Hasyim dalam bloknya http://www.ibnuhasyim.com/ Friday, Jan16,2009Perutusan Ibnu Hasyim Untuk Pengundi Kuala Terengganu…’ yang memberi komen…“Jika anda mengharapkan keadilan Islam tertegak di bumi Palestin, UNDILAH PAS di PRK P 036 Kuala Terengganu ini! Jangan harapkan perempuan mandul lahirkan anak atau harapkan lelaki yang telah dikasi, untuk syahwati perempuan! Begitu juga, dalam mengharap keadilan Islam di laksanakan di negara yang diperintah oleh BN assobiah ini.” ….

Maka kini calon Pakatan Rakyat dari PAS sudah memenangi pilihan raya tersebut dan menurut hujjah-hujjahnya dalam perutusan itu, kemenangan PAS Di Kuala Terengganu adalah suatu symbol kemenangan bagi masa depan rakyat Palestin, juga perjuangan Islam di Malaysia. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails