Thursday, February 26, 2009

PAS-UMNO (Islam-Nasionalis) Di Pakistan & Palestin Mulai Berdamai..

Kami mahu undang-undang Islam! Kami mahu damai! -Penduduk Lembah Swat .

Ibnu Hasyim Catatan Santai

“PAS dan UMNO di Pakistan dan di Palestin dah mula berdamai!” Seseorang memberitahu saya melalui telefon semalam.

Ya, Saya tahu. Berita dari Pesyawar Pakistan, Selasa 24 Februari… Kelompok pro-Taliban di Pakistan, bersedia ‘damai’ melalui gencatan senjata untuk jangka waktu yang tidak terbatas dan mahu membebaskan tahanan. Kelompok itu menerima gencatan senjata setelah pemerintah menyetujui perlaksanaan syariat Islam khusus di Lembah Swat. Kelompok gerila pro-Taliban di Lembah Swat yang dipimpin Maulana Fazlullah itu memperjuangkan syariat Islam selama dua tahun terakhir.

Lapan hari lalu, pemerintah Pakistan telah bersetuju melaksanakan syariat atau hukum Islam sebagai satu-satunya aturan hukum di Lembah Swat. Gencatan senjata tidak terhad itu merupakan gencatan senjata tetap untuk mengganti gencatan senjata yang berlaku sementara selama 10 hari. Mereka juga membebaskan tiga orang sebagai bukti ‘niat baik’, dua di antaranya adalah ahli politik. Pemerintah tempatan menyambut baik gencatan senjata itu kerana menganggap langkah itu sebagai perkembangan positif dan membuka peluang perdamaian abadi.

Walaupun penduduk tempatan bergembira atas kesepakatan tersebut, tetapi bagi AS, Eropah, Afganistan, dan India merasa bimbang dengan perlaksanaan undang Islam itu kerana ianya akan menyuburkan gerakan kelompok perlawanan di wilayah Barat Laut Pakistan yang selama ini menjadi .’markas’ Taliban dan Al Qaeda. Demikian menurut REUTERS/AFP/LUK. Begitu juga di Palestin, dikatakan kumpulan HAMAS menyambut baik untuk menghentikan perbalahan dengan FATAH dari PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) semalam (Lihat berita di TV semalam).

Kalau di Malaysia PAS (Parti Islam Se Malaysia) adalah gerakan berpaksikan Islam, dan UMNO (United Malay National Organization) adalah berdasarkan perjuangan kebangsaan Melayu. (Sila undang-undang tubuh kedua-dua parti). Kalau di Lembah Swat Pakistan, kumpulan pro-Taliban adalah kumpulan Islam yang puluhan tahun menentang pemerintah nasionalis Pakistan. Begitu juga di Palestin HAMAS yang perjuangkan Islam tulin sentiasa dihalangi oleh kumpulan nasionalis Arab termasuk Fatah dari PLO yang asalnya pimpinan Yasir Arafat. Pertentangan antara Islam dengan nasionalis ini sentiasa berlaku sepanjang sejarah.

“Kalau PAS di Pakistan dan di Palestin, sudah mulai ke meja rundingan dengan UMNO di sana, ada ke ruang perundingan seperti itu boleh dilaksanakan di Malaysia sekarang?” Saya tanya pendapat dia.

“PKR dan DAP nak letak di mana?”

“Kan UMNO pun ada rakan kongsi, seperti MCA, MIC dan segala macam! Sama le. Kalau UMNO setuju negara Islam, tentu PAS mahu. Kan UMNO pun selalu cakap pasal Islam?” Saya jelaskan.

“Kalau sama-sama setuju negara Islam, orang bukan Islam nak buang ke mana? Mereka sudah tentu tolak negara Islam!”

“Cara berfikir engkau kena betul.” Kata saya. “Kalau DAP yang dikatakan amat tebal perkaumannya boleh kawan dengan PAS yang keras nak ‘negara Islam’, takkan le UMNO tak boleh motivasi parti-parti gabungannya. Tak pernah saya fikir kerajaan pimpinan DAP nak ‘amal makruf nahi munkar’ macam Khalifah Umar Abdul Aziz! Tapi hal ini boleh terjadi. Kalau ada negara Islam, mengapa nak buang orang bukan Islam? Cara berfikir kamu, sudah berunsur kepengganasan! Negara Islam bukan nak buang atau bunuh orang bukan Islam,

tetapi WAJIB melindungi orang bukan Islam. Ada hak istimewa orang bukan Islam dalam negara Islam!”

Orang Islam pun tak faham agama sendiri, apa lagi orang bukan Islam, kecuali orang bukan Islam yang cerdik? Sekian catatan santai kali ini.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 26, 2009. KL.

Sila lihat tulisan berkaitan: Saturday, April 21, 2007 Strategi PAS Perintah Malaysia...

Wednesday, February 25, 2009

Teruskan Boikot, Banyak Syarikat Israel Bungkus.

Gambar atas: Akibat 1 botol coca-cola yang anda minum, anda sumbang 1 peluru untuk membunuh seorang rakyat Palestin yang tidak berdosa.. Gambar bawah: Kegilaan generasi coca-cola..

By ASYOK KUMAR

TERUSKAN boikot barangan Israel, umat Islam perlu sedar, bahawa mereka ibarat harimau yang sedang tidur, kini sudah mulai bangun, dan ngauamannya sudah mulai didengar musuh-musuhnya. Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim, selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang yang dihubungi di pejabatnya pagi tadi.

Semalam akhbar berbahasa Ibrani, Ma’arev, Selasa (24/2) melaporkan bahawa keadaan ekonomi di negara ‘Israel’ itu memasuki fasa yang sangat buruk. Hari demi hari krisis ini bertambah parah. Banyak syarikat swasta gulung tikar setiap hari. Menanggapi krisis yang menghantui pasaran kerja di Israel, harian itu mengatakan; “Seramai 730 orang di wilayah utara Israel secara automatik masuk dalam senarai penganggur baru. Padahal majoriti daripada mereka sudah berkeluarga. Jarak antara mereka dengan garis kemiskinan sangat dekat sekali.”

Sebelumnya sempat diberitakan bahawa pihak sumber manusia Israel mengumumkan bahawa sekitar 20 ribu pekerja kehilangan pekerjaan pada bulan Januari lalu. Perkara tersebut dinyatakan dalam laporan badan tersebut yang menunjukkan angka pengangguran di Israel semakin meningkat. “Kita kena serang Israel mengikut kemampuan, keadaan dan dari tempat mana kita berada. Paling kurang teruskan serangan melalui boikot, jangan beli atau guna barangan Israel dan kuncu-kuncunya.” Kata Dr Hj Mohd Hasyim yang juga pengusaha weblog http://www.ibnuhasyim.com (AK)

Sila lihat tulisan lalu di blog ini..1..Sunday, February 1, 2009 Hukum... Syarikat Bekal Makanan Pada Israel –Dr Hj Mohd Hasyim. 2..Tuesday, January 20, 2009 Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola 3.. Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim 4.. Monday, February 9, 2009 Ada Kesan! Teruskan Lagi Boikot...

Mengapa Dengan Foto Bogel Ini?

By ASYOK KUMAR

BERKAIT dengan foto isu Eli Wong ADUN Bukit Lanjan, cuba lihat dua gambar aksi bogel ini. Dikatakan ini adalah artis terkenal Indonesia Sandra Dewi. Tetapi dia membantah, itu bukan dirinya, cuma seingat dia pernah difoto dengan memakai bondu putih seperti itu waktu di Mall, tetapi dengan pakaian lengkap. Anehnya kemudian tersebar fotonya dengan pos telanjang.

Dan ternyata kemudian baru diketahui di mana foto tersebut, badannya milik orang lain , tetapi kepalanya milik Sandra Dewi. Dengan menggabungkan kedua foto tersebut melalui teknik kepiawaian pembuat foto, jadilah foto Sandra Dewi yang menjijikkan. Kerana foto, asalnya adalah suatu alat bagi seseorang untuk mengabadikan sesuatu, dengan mengambil gambar sesuai dengan yang aslinya.

Di badan lembu ini ada peta dunia, aslikah gambar lembu ini?

Tetapi sekarang seiring dengan perkembangan teknologi digital, ditambah dengan perkembangan computer, membuat kita dibuat jadi susah hendak membedakan mana yang asli dan mana yang bukan. Mungkin inikah yang terjadi pada Eli Wong itu, ADUN Bukit Lanjan EXCO Selangor itu? Tetapi dia sudah mengaku gambar tersebar luas itu gambarnya, gambar dia sedang tidur. Tetapi mungkinkah yang tersebar atau akan disebar, bahkan menurut pihak polis ada tambahan VCD lagi, boleh jadi gambarnya yang ditambah-tambah?

Lihat lagi foto-foto dibawah ini sebagai contoh gambar yang ditambah-tambah. Maka kita kena jaga, supaya jangan sampai pemimpin yang kita sayangi, atau gambar kita atau kaum keluarga sendiri diekploitasi, sehingga yang kawan jadi lawan, bergaduh suami isteri, minum yang halal pun nampak macam yang haram. Walaupun ini sebagai catatan ringan, tetapi ianya sebagai suatu peringatan supaya kita berhati-hari melihat, mendengar, mempercayai atau menyebarkan sesuatu maklumat atau berita..

Tuesday, February 24, 2009

Pembaziran: Mengapa Tak Guna Proton Kalau Benar Iklas?

YB Saifuddin Nasution

Ibnu Hasyim Catatan Santai Dari Parlimen


PARLIMEN ke12, Penggal Ke 2, Mesuarat Pertama Bil. 4 Khamis 19 Februari 2009, menyaksian dialog mengenai pembaziran dan kereta rasmi. Saya petik sebahagian dari perbincangan yang ada kaitan dengan pembaziran..

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [MP BN dari Batu Pahat] sedang berucap, antara sebahagian dari sedutannya:

..... Banyak kes rasuah lambat diambil tindakan tidak ada keputusan. Sebagai contohnya kalau kita lihat pembinaan Kompleks Kastam Kelana Jaya, Projek Penjara Kuching RM165 juta, kes penglibatan pegawai JPA terlibat dalam kegiatan judi. Berhampiran judi haram, berhampiran dengan Balai Polis Sekinchan ataupun sebelum ini kita dengar tentang kes baik pulih SRJK(C) Man Hwa di Kampung Selamat, Kepala Batas. Apa sebenarnya tindakan yang sudah diambil? Kenapa begitu lambat? Termasuklah beli lembu korban 46 ekor RM110 ribu. Lembu korban pun jadi korban.

….. Ini yang menimbulkan kekeliruan. Bila kena dekat kita, kita kata ini amal jariah. Habuan Sik dikatakan sedekah. Semua jadi halal. Janganlah marah bila kena dekat sendiri jangan marah. Akan tetapi saya kata bahawa yang lebih penting ialah bagaimana kita ingin mengatasi masalah pembaziran-pembaziran seperti ini sebab ini soal kewibawaan yang melibatkan soal rasuah dan sebagainya. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju bahawa dalam soal pembaziran
bahawa ini kita hapuskan sahaja kaedah pemberian terus sahaja sebab ini sebenarnya yang menjadi ruang berlakunya rasuah ataupun pembaziran dana awam.

Bayangkan RMK-9 ini jumlah yang dibelanjakan ialah sebanyak RM220 bilion. Kalau 1% sahaja yang dibazirkan iaitu sebanyak RM2.2 bilion bayangkan RM2.2 bilion ini banyak perkara yang boleh kita buat. Banyak sekolah yang kita boleh buat sebenarnya termasuklah sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang sering dibangkitkan oleh pembangkang ini. Akan tetapi itulah masalahnya setiap tahun ada juga laporan oleh Ketua Audit Negara yang menunjukkan dan membuktikan bahawa pembaziran tetap berlaku. Oleh kerana itu, saya merasakan bahawa ini harus diberi perhatian kaedahnya pembaziran ini termasuklah pembelian kereta Camry di Perak dan di Selangor.

Ini pun tidak telus sekejap RM1 juta kemudian RM2 juta dan lebih malang lagi di Perak,
Gendang gendut tali kecapi,
Jemput makan nasi beriani,
Apalah malang nasibnya diri,
Nizar beli Camry dapat pada Zambri.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [MP PR dari Machang]: diberi peluang mencelah.

Terima kasih Batu Pahat. Batu Pahat berulang kali sebut berkenaan Camry serta Selangor dan juga Perak. Gegak gempitalah seolaholah itu benda yang cukup besarlah. Apa pandangan Yang Berhormat Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes. Siapa yang pakai Camry JUSA ‘A’, ‘B’, ‘C’? JUSA sahaja. Jadi saya percaya Yang Berhormat Batu Pahat tidak akan hilang dari sudut sentimen ini bahawa dia boleh bersetuju hal yang berlaku di Sarawak itu tidak patut berlaku.

Rolls Royce ini Ketua Menteri yang ini Menteri Besar ini cuma Camry sahaja. Ketua Cawangan UMNO sahaja pakai sebenarnya tetapi soal rasuah ini, soal rasuah Yang Berhormat Batu Pahat. Apakah Yang Berhormat Batu Pahat boleh, apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat maksud saya ya, bahawa soal rasuah ini saya bersependapat dengan Yang Berhormat Batu Pahat. Ini adalah bahawa jika sekiranya amalan pemberian ataupun perolehan kerajaan dapat mematuhi pekeliling kerajaan sendiri berkenaan dengan syarat rundingan terus ini.

Di hadapan saya yang akan saya ambil bahagian pada peringkat perbahasan nanti beberapa kes yang menyaksikan bagaimana ketika pemimpin negara sendiri menyebut bahawa rundingan terus tidak boleh lagi menjadi amalan dalam projek-projek besar. Akan tetapi di Kementerian Pertahanan misalnya, kita sudah beli dua kapal selam. Sekarang kita hendak beli pula penyelamat kapal selam itu. Di khabarkan Yang Berhormat Batu Pahat....

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ya faham sudah tu soalan itu.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: ...Tender penyelamat ini sahaja RM2.45 bilion itu runding terus.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Okey. Biar saya jawab.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Bolehkah kita mengambil satu pendirian itu .....

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Biar cikgu jawab anak murid... [Ketawa]

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Sila terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Sebab itu Tuan Yang di-Pertua apa pun saya tidak setuju. Saya sebenarnya sebab itu saya kata saya tidak setuju apabila Ketua Menteri
kah, Menteri Besar kah jadikan kereta peribadi sebagai kereta rasmi termasuklah di Selangor itu.

Apa fasal kereta peribadi hendak jadikan kereta rasmi? Ini yang kita kata nanti. Silap-silap wang kerajaan untuk kegunaan maintenance kereta peribadi yang dikatakan kereta rasmi. Lebih buruk lagi kalau rumah sendiri jadi rumah rasmi. Habis kerosakan pijat dan anai-anai semua guna duit, dana kerajaan untuk baik pulih.

Ini bahaya sebab memberi ruang. Bab ini, saya tidak ada kompromi, saya setuju iaitu bahawa kalau kereta peribadi menjadi kereta rasmi, memang tidak boleh. Tidak boleh dibiarkan sebab itu kalau kita marah orang lain buat, kita pun jangan buat. Akan tetapi, isunya apa? Termasuklah runding terus yang disebutkan tadi. Isunya ialah memang ada perakuan tetapi apabila kita tidak ikut peraturan, maka ini jadinya….

KOMEN SAYA: Mengapa kerajaan negeri dan pusat tidak gunakan kereta Proton, kereta kebanggaan negara? Walau apapun alasan, semuanya boleh dirundingselesai. Kerana membeli barangan keluaran Malaysia adalah membantu membina ekonomi negara sendiri. Mengapa rakyat saja diasak supaya guna barang keluaran negara, sedangkan pemimpin-pemimpin bermewah-mewah dengan barangan keluaran luar negara? Di mana keikhlasan mereka dalam membantu ekonomi dan rakyat di negara ini?

Sekian catatan santai di parlimen kali ini. Wassalam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 24, 2009. KL.

Monday, February 23, 2009

10 Dalil, Haram Jadi Penaung Rotary & Lion Club?

Salah seorang pemimpin Israel yang dipilih kerana kepengganasannya. Adakah Penaung Rotary & Lion Club seluruh dunia boleh dianggap sebagai kuda tunggangan pemimpin-pemimpin Israel sepertinya?

Ibnu Hasyim Catatan Santai

KONGRES Ulama Palestin Masjid Al-Aqsha Al-Mubarak, pada Jum'at 24 Rabi'ul Tsani 1412 H bersamaan 1 November 1991M membincangkan Apa Hukumnya Menghadiri Muktamar ‘Madrid’ Dan Berdamai Dengan Israel’. Mereka memutuskan ‘haram’ menurut syariat Islam ikutserta dalam muktamar ‘Madrid’ kerana salah satu tujuannya, adalah untuk berdamai dengan Israel.

Berdamai dengan Israel, bererti berkerjasama dengan penghapus syiar-syiar Islam di bumi Palestin yang berkah, perampas tanah, rumah-rumah, harta dan tempat-tempat ibadah. Adakah sama juga mereka yakni pemimpin-pemimpin negara umat Islam yang turut menjadi penaung Rotary & Lion Club tajaan Yahudi itu?

Kongres tersebut memutuskan…

[ Adapun dalil-dalil syar'iy sebagai landasan dari fatwa ini banyak sekali, kami simpulkan diantaranya adalah :

1… “Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan" (QS. 57 : 25). Berdamai dengan Israel sama dengan melegitimasi kedholiman, sedangkan risalah Islam diturunkan dan para Rasul diutur untuk mengukuhkan kebenaran dan keadilan.

2… Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negeri kamu dan membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan siapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zholim. (QS. 60 : 9). Berdamai dengan Israel akan merembet pada kompromi ekonomi dan lain sebagainya, yang akan mewujudkan kemaslahatan mereka (Israel).

3… "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu) maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zholim" (QS.2 : 193). Berdamai dengan Israel bererti mendatangkan musibah (bencana), kerana mereka senantiasa berlaku zholim terus-menerus.

4… Allah SWT berfirman : “Janganlah kamu lemah, dan minta damai, padahal kamu yang diatas dan Allahpun beserta kamu. Dan Dia sekali-kali tidak mengurangi (pahala) amal-amal kamu." (QS.47:35). Kamu yang terhormat kerana dalam kebenaran, dan kebenaran selalu dalam posisi tertinggi.


5… Allah SWT berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat pedih siksaNya" (QS.5:2). Dan meligitimasi kepada agresor adalah dosa dan pelanggaran.

6… Para Ulama sepakat bahawa setiap perdamaian yang menghinakan derjat kaum Muslimin, dan mengukuhkan pelanggaran dan merampas hak-hak mereka adalah haram hukumnya. Dan argumen mereka sangat banyak sekali.


7… Yang termasuk penyebab disyariatkan jihad adalah : Menolak kezholiman dan kesemena-menaan. Dan mengadakan perjanjian didalamnya merupakan pemutusan atas berlangsungnya kewajiban jihad. Padahal sebab kewajiban jihad sudah jelas maka wajib dilaksanakan, sehingga terealisasi tujuan jihad tersebut. Rasulullah SAW telah menegaskan : "Jihad masih tetap berlangsung sampai hari qiyamat".


8… Para ulama' sepakat atas wajibnya jihad sebagai wajib `ain, ketika musuh sudah menguasai sebahagian dari bumi Muslimin, dan mengusir penduduknya yang sah.

9…Para ulama' berkata: Kalau kondisi Muslimin mengharuskan pemberhentian perang, hal itu dibolehkan sementara waktu saja, tidak untuk perdamaian selamanya. Memang gencatan senjata untuk sementara waktu di bolehkan, apabila khalifah (pemimpin) Muslimin memandang di situ ada mashlahat untuk orang-orang Islam. Adapun perdamaian selamanya, tak seorang ulamapun membolehkannya, terlebih lagi kalau didalamnya ada penghancuran rumah-rumah orang-orang Islam dan perampasan maslahah mereka. Adapun hujjah mereka adalah : Sholahuddin Al-Ayubi pernah mengadakan perdamaian "Ar-Romlah" dengan Salibis. Sesungguh-nya itu bukanlah perdamaian yang sebenarnya, tapi hanyalah gencatan senjata, kerana hal itu bersifat sementara iaitu tiga tahun tiga bulan.

10… Penguasa Muslim yang dipilih ummat dialah yang memutuskan gencatan senjata demi kepentingan ummat. Dan dia tidak berhak untuk mengadakan perdamaian abadi, akad apa sahaja yang menghalalkan hal yang haram hukumnya bathil (tidak sah) walau di lakukan oleh kholifah.


Lalu bagaimana dengan kondisi kita sekarang ini, yang di perintah oleh penguasa yang bukan dari ummat Islam, dan tidak membanggakan peradaban ummat, dari keinginan mereka hanya berkisar pada materi, dan memecah persatuan ummat, dan menyamakan hak-hak mereka?
Maka dari itulah menurut syariat Islam di haramkan untuk ikutserta dalam muktamar ‘Madrid’ kerana tujuannya adalah berdamai dengan Israel, yang jelas selanjutnya adalah memperhangus syiar-syiar Islam, dan mencaplok tanah Muslimin dan rumah-rumah mereka harta dan sarana ibadah mereka, setelah itu akan mewujudkan tujuan makar mereka.

Maka perdamaian tersebut adalah termasuk dosa besar, dan merupakan pengkhianatan terhadap Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin. Dan inilah yang disepakati oleh para ulama, oleh sebab itu perdamaian tersebut bathil menurut syariat dan akal, serta kod etika dan hukum bernegara, dan ummat Islam tidak boleh melaksanakannya atau menanggung bebannya. Dan sikap inilah yang benar sesuai dengan kondisi sekarang dan yang akan datang. Ketahuilah? Kami sudah menyampaikan dan Ya Allah ... Saksikanlah!]

Saya bukan menulis fatwa, saya cuma menterjemah balik fatwa yang telah ada. Takkan kamus sebagai penterjemah pun hendak dihukum bersalah??

Sekian catatan santai buat kali ini. Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 23, 2009.

Sila rujuk artikal berkaitan www.ibnuhasyim.com/ dan lain-lain. 1.. Sejarah dan Bgrnd Freemason 2.. Lawan Yahudi di Indonesia 3.. Haram melibatkan diri dengan kegiatan Freemason 4.. Sunday, February 22, 200 Pakatan Mahathir, Najib, Sultan Perak Melalui… 5.. Saturday, February 21, 2009 Sultan Perak Murtad? 6.. Saturday, February 21, 2009 Mengapa Yahudi Tambah Ganas? Apa Peranan Kita.. 7.. Friday, February 20, 2009 Lawan Yahudi Di Indonesia.. 8.. Friday, February 20, 2009 Reformasi Di Saudi, Ala Yahudi? 9... Thursday, February 19, 2009 Kerajaan BN Perak, Sikit Lagi Nak Jatuh.. Dan lain-lain.

Kepada pengkomen-pengkomen saya mengucapkan berbanyak terima kasih, apa lagi kepada yang menghulurkan salam perkenalan, dan memberi hujjah-hujjah bernas, al-hamdulillah! Walaupun kadang-kadang ada yang menggunakan bahasa agak kasar atau maki-hamun, mengugut dan sebagainya. Terima kasih juga kepada mereka kerana sudi menatap blog saya yang serba kekurangan ini. Salam dari Ibnu Hasyim.

Takut Mati, Punca Umat Islam Diratah…

Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi

Ibnu Hasyim Catatan Santai

BERKATA http://wartashubhi.blogspot.com/ , menurut Jewish Agency terdapat seramai 13.2 juta orang Yahudi di dunia. Seramai 5.4 juta berada di Israel dan 5.3 juta berada di USA. Selebihnya bertaburan di serata dunia. Ini menurut perangkaan pada tahun 2007. Menurut Wikipedia pula terdapat seramai 1.84 billion umat Islam di serata dunia. Menurut angka di atas perbandingan ramainya orang Yahudi dengan orang Islam ialah untuk setiap 1 orang Yahudi terdapat seramai 1,400 orang Islam.

Kalau ikut logik jika gaduh berdepan dengan tangan kosongpun, lumat orang Yahudi dikerjakan oleh orang Islam. Apa tidaknya, 1 lawan 1,400? Maka benarlah kata Muhammad SAW di zamannya…

Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang kerumuni kamu bagaikan puak-puak lapar kerumuni makanan mereka.”

“Apakah kerana jumlah kami sikit pada hari itu?" Kawan beliau tanya balik.

Jawab Nabi SAW, “Ya! Pada hari itu jumlah kamu ramai sangat, tetapi kamu bagaikan buih di lautan, dan Allah akan cabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan lemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”

“Apa itu al-wahnu, ya Rasulullah?” Tanya sahabatnya pula.

“Cinta dunia dan takut mati!” Jawab Rasullah SAW.

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

Itulah kesimpulan Nabi. Itulah punca dan kunci, atau rahsia mengapa umat Islam di zaman ini mudah diratah, dan dimamah oleh puak-puak bukan Islam atau zionis Yahudi. Jadi puak-puak berpenyakit ‘cinta dunia dan takut mati’ inilah yang menguasai kebanyakan negara umat Islam. Sehingga umat Islam diserang atau dianiaya oleh musuh-musuh Islam, seperti Bosnia, Iraq, Afganistan dan yang paling menyayat hati di Palastin. Nak harap kepada OIC, nak sebut fasal ketenteraan negara Islam pun tak berani.

Semua itu, sebenarnya, kerana hendak menyembunyikan wabak penyakit ‘al-wahnu’ yang melekat kepada mereka. Baru-baru ini dalam sebuah rangkaian tv di Malaysia, seorang ahli akademik ditemuramah menyamakan kes ‘bom syahid Palestin’ dengan kes bunuh diri, yang menurutnya tiada dalam sejarah Islam dan ditegah oleh Islam. Kenapa si jahil agama begitu ditemuramah dalam tv? Apakah tidak puas lagi pemimpin-pemimpin yang sudah diserang penyakit ‘al-wahnu’, kini virusnya mahu disebarkan kepada rakyat pula?

Saya jawab serangan wabak penyakit itu, dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardhawi ‘Hukum Syariat Islam Mengenai Syahid Di Bumi Palestin’ yang dikeluarkan pada tahun 2007. Ikutilah fatwanya yang sentiasa evergreen ini…

[ BANYAK orang bertanya-tanya setelah pemboman terakhir yang terjadi di kota Al Quds, Tel Aviv dan Asqalan. Di mana orang-orang Yahudi terbunuh didalamnya kerana operasi syahadah yang dilancarkan oleh pemuda-pemuda HAMAS. Mereka bertanya tentang hukum operasi ini yang mereka namakan sebagai ‘Bom Bunuh Diri’. Apakah ini termasuk jihad fisabilillah, atau salah satu bentuk teroris? Apakah pemuda yang mengorbankan dirinya itu termasuk para syahid atau disebut orang yang bunuh diri, kerana mereka membunuh dirinya sendiri dengan ulah sendiri pula? Apakah perbuatan mereka itu termasuk dalam kategori menjerumuskan diri ke dalam kehancuran yang telah dilarang oleh Al Qur'an dalam sebuah ayatnya yang artinya:"Dan janganlah kamu menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan." (QS. Al Baqarah: 195).

Saya ingin katakan di sini bahawa operasi-operasi ini adalah termasuk cara yang paling jitu dalam jihad fisabilillah. Dan ia termasuk bentuk teror yang diisyaratkan dalam Al Qur'an dalam sebuah firman Allah Ta'ala yang artinya:"Dan persiapkanlah kekuatan apa yang dapat kamu kuasai dan menunggang kuda yang akan dapat membuat takut musuh-musuh Allah dan musuhmu." (QS. Al Anfal: 60). Penamaan operasi ini dengan nama ‘bunuh diri’ adalah sangat keliru dan menyesatkan. Ia adalah operasi tumbal heroik yang bernuansa agamis, ia sangat jauh bila dikatakan sebagai usaha bunuh diri. Juga orang yang melakukannya sangat jauh bila dikatakan sebagai pelaku bunuh diri.

Orang yang bunuh diri itu membunuh dirinya untuk kepentingan pribadinya sendiri. Sementara pejuang ini mempersembahkan dirinya sebagai korban demi agama dan umatnya. Orang yang bunuh diri itu adalah orang yang pesimis atas dirinya dan atas ketentuan Allah, sedangkan pejuang ini adalah manusia yang seluruh cita-citanya tertuju kepada rahmat Allah SWT. Orang yang bunuh diri itu ingin menyelesaikan dari dirinya dan dari kesulitannya dengan menghabisi nyawanya sendiri, sedangkan seorang mujahid ini membunuh musuh Allah dan musuhnya dengan senjata terbaru ini yang telah ditakdirkan menjadi milik orang-orang lemah dalam menghadapi tirani kuat yang sombong.

Mujahid itu menjadi bom yang siap meledak bila dan di mana saja menelan korban musuh Allah dan musuh bangsanya, mereka (baca: musuh) tak mampu lagi menghadapi pahlawan syahid ini. Pejuang yang telah menjual dirinya kepada Allah, kepalanya ia letak di tapak tanganNya demi mencari syahadah di jalan Allah. Para pemuda pembela tanah airnya, bumi Islam, pembela agama, kemuliaan dan umatnya, mereka itu bukanlah orang-orang yang bunuh diri. Mereka sangat jauh dari bunuh diri, mereka benar-benar orang syahid. Karena mereka persembahkan nyawanya dengan kerelaan hati di jalan Allah; selama niatnya ikhlas hanya kepada Allah saja; dan selama mereka terpaksa melakukan cara ini untuk menggetarkan musuh Allah Ta'ala, yang jelas-jelas menyatakan permusuhannya dan bangga dengan kekuatannya yang didukung oleh kekuatan besar lainnya.

Urusannya sama seperti apa yang dikatakan oleh penyair masa lampau yang mengatakan:

Jika tidak ada tunggangan selain mata tombak, maka tidak ada jalan bagi yang terpaksa selain ditumpainya juga.” Mereka bukan orang-orang yang bunuh diri, bukan pula teroris, namun mereka melawan, perlawanan yang sah, melawan orang yang menduduki buminya. Mereka yang telah mengusirnya dan keluarganya, merampas hak-haknya dan menyita masa depannya. Musuh itu masih terus melakukan permusuhannya kepada mereka, sementara agama mereka memerintahkan untuk membela dirinya, dan melarangnya untuk mundur dari buminya, yang itu termasuk bumi Islam.

Juga aktivitas para pahlawan itu bukan tergolong menjerumuskan diri ke dalam kehancuran, seperti apa yang dipandang oleh sebahagian orang awam. Bahkan perbuatan mereka itu termasuk perbuatan yang terpuji dalam jihad, dan sah menurut syari'at Islam. Dimaksudkan untuk dapat mengalahkan musuh, membunuh anggota musuh, menancapkan rasa takut kepada mereka dan mendorong kaum Muslimin untuk berani menghadapi musuh-musuhnya. Masyarakat Zionis adalah masyarakat militer, kaum lelaki dan wanitanya adalah perajurit dalam angkatan bersenjata, yang bila-bila saja boleh dipanggil segera.

Jika seorang anak atau orang tua terbunuh dalam operasi ini, ia tidak bermaksud membunuhnya, namun masuk dalam kategori darurat perang. Dan segala yang darurat itu dapat membolehkan yang diarang. Berikut ini akan saya sampaikan pendapat para ahli fiqh dalam masalah ini dan pendapat para mufasir mengenai firman Allah Ta'ala yang artinya: “Dan janganlah kamu jerumuskan dirimu ke jurang kebinasaan." (QS. Al Baqarah: 195).

Pendapat Imam Al-Jasshash, dari MADZHAB HANAFI

Imam Al Jasshash, dari madzhab Hanafi, dalam kitabnya Ahkam Al Qur'an menyatakan bahawa tafsiran ayat 195 dalam surat Al Baqarah itu ada beberapa pandangan:

Pertama: Apa yang diceritakan oleh Muhammad bin Abi Bakr, ia berkata: diceritakan dari Abu Dawud, ia berkata: diceritakan dari Ahmad bin 'Amr bin Al Sarh, ia berkata: diceritakan dari Ibn Wahb dari Haiwah bin Syuraih dan Ibn Luhai'ah bin Yazid bin Abi Hubaib dari Aslam Abi Umar, bahawa ia berkata: Kami pernah menyerang kota Kostantinopel, dalam rombongan perang itu ada Abdurrahman bin Al Walid. Sedangkan orang-orang Romawi saling menyandarkan punggung-punggungnya ke tembok kota. Lalu ada seseorang yang di bawah menghampiri pihak musuh, "Tunggu, tunggu! Laa Ilaaha Illallah! Ia mahu menjerumuskan dirinya sendiri ke dalam kehancuran!" kata beberapa orang.

Kemudian Abu Ayyub berkomentar:"Ayat ini tak lain diturunkan kepada kami, kaum Anshar, ketika Allah SWT memberikan pertolongan kepada Nabi-Nya dan memenangkan agama Islam, lalu kami berkata:"Jom kita tegakkan harta kekayaan kita dan perbanyaknya. Lalu turunlah ayat yang ertinya:"Dan belanjakanlah pada jalan Allah, dan jangan menjerumuskan diri kamu ke dalam kebinasaan." (QS. Al Baqarah: 195). Maka erti menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan itu ertinya adalah memperbanyak harta dan meninggalkan jihad."

Abu Imran berkata:"Abu Ayyub masih saja berjihad di jalan Allah hingga dimakamkan di Kostantinopel." [i] Abu Ayyub menceritakan bahawa menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan itu adalah meninggalkan jihad fisabilillah, dan ayat yang menunjukkan hal itu sudah diturunkan. Pendapat yang sama juga diriwayatkan dari Ibn Abbas, Hudzaifah, Hasan Al Bashri, Qatadah, Mujahid dan Al Dhahak. Diriwayatkan dari Al Barra' ibn Azib dan Ubaidah Al Salmani: bahawa menjerumuskan ke dalam kebinasaan itu adalah pesimis dengan ampunan kerana melakukan maksiat.

Kedua: Berlebih-lebihan dalam berinfaq sampai tidak dapat makan dan minum, di mana akhirnya binasa.

Ketiga: Terus terjun berperang tanpa bermaksud menyerang musuh. Inilah yang diertikan oleh beberapa orang dalam riwayat di atas, kemudian ditentang oleh Abu Ayyub sambil menyertakan sebab turunnya ayat tersebut.

Ketiga pandangan itu boleh memenuhi erti yang dimaksud oleh ayat di atas kerana ada kemungkinan-kemungkinan atas lafadznya. Atau boleh dikorelasikan antara keduanya tanpa ada kontra didalamnya. Adapun tafsiran yang mengatakan bahawa maksudnya adalah seseorang dibawa di arena musuh, maka Muhammad bin Al Hasan pernah menyebutkan dalam Al Siyar Al Kabir: "kalaupun ada seseorang dibawa kepada seribu orang, ia sendiri tidak ada masalah, jika ia ingin selamat atau menyerang. Namun jika tidak ingin selamat dan tidak pula menyerang, maka saya tidak setuju kerana ia menjerumuskan dirinya ke dalam kebinasaan tanpa ada manfaat buat kaum Muslimin.

Sedangkan jika ia tidak mahu selamat atau tidak mahu menyerang, tapi ingin membuat kaum Muslimin lebih berani dan melakukan seperti apa yang ia lakukan sampai mereka terbunuh dan dapat membunuh musuh, maka hal itu tidak apa-apa, insya Allah. Kerana kalaupun ia ingin menyerang musuh dan tidak ingin selamat, maka saya melihatnya tidak apa-apa untuk dilemparkan kepada musuh. Begitu pula jika ia menyerang yang lainnya dalam kelompok tersebut, maka itupun tidak apa-apa. Dan saya mengharap perbuatannya itu dapat pahala. Yang tidak boleh itu adalah sebagai berikut: jika dilihat dari beberapa sudut pandang, perbuatan itu tidak ada manfaatnya, walaupun ia tidak ingin selamat dan tidak mahu menyerang. Namun jika perbuatan itu membuat takut musuh, maka hal itu tidak apa-apa kerana cara ini adalah cara yang paling tepat dalam menyerang, dan juga sangat bermanfaat bagi kaum Muslimin".

Imam Al Jasshash berkata: Apa yang dikatakan oleh Muhammad tentang pendapat-pendapat itu adalah benar, dan tidak ada pendapat yang lain lagi. Maka tafsiran dalam riwayat Abu Ayyub yang mengatakan bahawa ia menjerumuskan dirinya ke dalam kebinasaan, itu ditafsirkan dengan membawanya kepada pihak musuh, kerana bagi mereka hal itu tidak ada manfaatnya. Jika memang begitu maka tidak boleh ia memusnahkan dirinya tanpa ada manfaat bagi agama dan bagi kaum Muslimin. Namun jika dalam pemusnahan diri itu ada manfaat bagi agama, maka ini adalah kedudukan yang sangat mulia. Kerana Allah SWT telah memuji para shahabat Nabi SAW yang melakukan hal itu dalam banyak firman-Nya. Diantaranya adalah:

Firman Allah Ta'ala yang artinya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh." (QS. At Taubah: 111).

"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki." (QS. Ali Imran: 169).

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keridhaan Allah." (QS. Al Baqarah: 207). Dan beberapa ayat lagi yang menceritakan tentang pujian Allah terhadap orang mengorbankan jiwanya untuk Allah SWT.

Imam Al Jasshash melanjutkan:"Oleh kerana itu hukum amar ma'ruf nahi munkar perlu terbentuk ketika ia inginkan manfaat pada agama, lalu mengorbankan jiwanya sampai terbunuh, maka ia mendapatkan kedudukan syuhada yang paling tinggi. Kerana Allah SWT berfirman yang ertinya: "Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang munkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)." (QS. Luqman: 17).

Telah meriwayatkan Ikrimah dari Ibnu Abbas dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda:"Semulia-mulia syahid adalah Hamzah bin Abdul Muthalib dan orang yang berkata benar di hadapan penguasa zalim lalu ia dibunuh." [ii] Abu Sa'id Al Khudri meriwayatkan dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda yang ertinya: "Jihad yang paling mulia adalah berkata yang benar dihadapan penguasa zalim." [iii] Imam Al Jasshash di sini menyebutkan hadits Abu Hurairah yang ertinya: "Seburuk-buruk manusia adalah yang sangat kedekut dan sangat penakut." [iv] Imam Al Jasshash menambahkan lagi: "Cara menanggulangi sifat penakut adalah dengan memunculkan dalam dirinya sifat berani yang akan membawa manfaat bagi agama walaupun ia tahu itu akan membawa malapetaka." Wallahu A'lam Bish Shawab. [v]

Pendapat Imam Al-Qurthubi dari MADZHAB MALIKI

Imam al Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan: Ulama telah berbeda pendapat tentang masuknya seseorang dalam perang dan melawan musuh dengan sendirian. Maka Al-Qasim bin Mukhirah dan Al-Qasim bin Muhammad, termasuk ulama kami, berpendapat: Tidak apa-apa satu orang berhadapan dengan pasukan besar jika memang ada kekuatan dan niat ikhlas hanya kepada Allah saja. Jika tidak mempunyai kekuatan maka itu namanya kebinasaan. Pendapat lain: jika ada yang ingin mati syahid dan niatnya ikhlas, maka boleh dibawa. Kerana tujuannya adalah salah satu dari musuhnya, dan hal itu sudah jelas dalam firman Allah Ta'ala yang ertinya:"Dan di antara manusia ada yang menjual dirinya demi mencari keridhaan Allah." (QS. Al Baqarah: 207).

Ibn Khuwaiz Mindad memberi komen: Adapun 1 orang dibawa melawan 100 atau sejumlah kekuatan pasukan perang, atau kelompok pencuri dan penjegal, maka ada dua keadaan: Pertama, ia tahu dan kemungkinan besar terbunuh. Tetapi ia selamat, maka itu yang terbaik. Kedua, begitu juga kalau ia tahu dan kemungkinan besar akan terbunuh, tetapi ia akan menyerang atau terluka, atau boleh memberikan pengaruh yang cukup bererti bagi kaum Muslimin, maka itupun dibolehkan juga.

Sebab telah sampai kepadaku berita bahawa pasukan umat Islam tatkala bertemu dengan pasukan Parsi, kuda-kuda kaum Muslimin lari dari pasukan gajah. Lalu ada seseorang dari mereka sengaja membuat gajah dari tanah, agar kudanya jadi jinak tidak liar lagi semasa melihat gajah. Esok harinya, kudanya sudah tidak liar lagi melihat gajah, lalu dihadapkan kepada gajah yang kelmarin menghadangnya. Ada orang yang berkata:"Ia akan membunuhmu!", "Tidak apa-apa saya terbunuh asalkan kaum Muslimin menaklukkan Parsi!" jawabnya kemudian.

Begitu juga pada peristiwa perang Yamamah, tatkala Bani Hudzaifah bertahan diri di kebun-kebun milik mereka, ada seseorang yang berkata kepada pasukan:"Masukkan aku di dalam sebuah perisai dan lemparkan ke arah musuh!" Segerelah anggota pasukan Muslimin melemparkannya ke dalam kebun, lalu bertarunglah ia sendirian sampai akhirnya dapat membuka pintu kebun itu.

Imam Qurthubi melanjutkan ucapannya: Dari sudut ini, ada pula riwayat yang menyebutkan bahawa ada seseorang bertanya kepada Nabi SAW: "Ya Rasulullah, menurut baginda apakah yang aku dapat jika aku berjihad di jalan Allah dengan sabar dan mengharap ridha Allah?", "Kamu akan mendapatkan syurga." jawab Nabi SAW. Lalu orang itu terjun menerobos pasukan musuh hingga terbunuh. [vi]

Dalam shahih Muslim, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW menarik balik tujuh orang Muhajirin dan dua orang dari Anshar. Ketika orang-orang Quraisy mendesaknya, beliau berkata: "Siapa yang berani menghadang mereka, ia akan mendapatkan syurga?". Lalu seorang dari Anshar maju ke depan melawan mereka hingga ia terbunuh. Satu persatu mereka lakukan hal yang sama, sampai ketujuh-tujuhnya mati syahid semuanya. Kemudian Nabi SAW berkata:"Shahabatku belum melakukan peperangan yang sebenarnya!". Ucapan beliau itu ditujukan kepada para shahabat yang lari tidak menjaga beliau saat diserang oleh pasukan Quraisy. Wallallahu A'lam bish Shawab.

Kemudian Imam Qurthubi menyebutkan ucapan Muhammad bin Al Hasan: Kalaupun 1 orang dibawa berhadapan dengan 1,000 orang kaum musyrik sendirian, itu tidak mengapa jika memang ia ingin selamat atau menyerang musuh. Namun jika sebaliknya, hal itu dibenci (makruh), karena ia mempersilahkan dirinya untuk binasa tanpa memberikan manfaat buat kaum Muslimin. Dan seterusnya. [vii]

Pendapat Imam Ar-Razi, dari MADZHAB SYAFII

Imam Ar Razi berkata dalam tafsirnya: yang dimaksud dengan firman Allah Ta'ala: "Janganlah kamu menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan" adalah janganlah kamu melakukan serangan kepada musuh dalam sebuah peperangan yang tidak menghasilkan manfaat apa-apa. Dan kamu tidak memiliki tebusan selain membunuh dirimu sendiri, kalau seperti itu maka tidak boleh. Yang dibolehkan itu adalah jika sangat berhasrat sekali untuk menyerang, walaupun ia takut terbunuh. Sedangkan jika ia pesimis dengan penyerangan dan kemungkinan besar ia nanti terbunuh, maka ia tidak boleh melakukan hal itu. Pendapat ini disampaikan oleh Al Bara' bin Azib.

Dinukil dari Abu Hurairah bahawa ia mengomentari ayat ini dengan ucapannya: "Ia adalah orang yang independen di antara dua kubu". Imam Ar Razi melanjutkan: di antara orang, ada yang menyalah erti, iaitu dengan mengatakan: pembunuhan semacam ini tidak haram dengan menggunakan beberapa dalil, diantaranya:

Pertama: diriwayatkan bahawa ada seorang dari kaum Muhajirin dibawa berhadapan dengan musuh sendirian, kemudian orang-orang berteriak kepadanya: "Ia menjerumuskan dirinya ke dalam kebinasaan!". Lalu Abu Ayyub Al Anshari menjelaskan duduk perkaranya seperti yang disampaikan oleh Imam Al Jashash di atas.

Kedua: Imam Syafii meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menyebutkan syurga, kemudian ada seorang dari Anshar berkata: "Ya Rasulullah, bagaimana jika aku terbunuh kerana kesabaran dan mengharap ridha Allah semata?", "Untukmu syurga!" jawab Rasul. Kemudian dia terus lari menyerbu ke pasukan musuh hingga syahid dihadapan Rasulullah SAW sendiri. Juga ada seorang Anshar melemparkan baju besinya saat mendengar Rasulullah SAW menyebutkan syurga tadi, lalu menyerang musuh sampai ia terbunuh.

Ketiga: Diriwayatkan bahawa ada seorang dari Anshar yang tidak ikut Perang Bani Muawiyah. Kemudian ia melihat burung bergerombol dekat dengan temannya yang meninggal itu. Lalu ada seseorang yang bersamanya segera berkata: "Saya akan maju melawan musuh agar membunuhku, dan aku akan ikut perang yang didalamnya teman-temanku terbunuh tadi!". Orang itupun melakukannya, kemudian cerita itu diceritakan kepada Nabi SAW yang kemudian menanggapi dengan positif.

Keempat: Diriwayatkan ada suatu kaum sedang mengepung benteng, lalu ada seseorang berperang hingga meninggal. Dikatakan bahawa orang yang meninggal itu menjerumuskan dirinya sendiri kepada kebinasaan. Berita itu terdengar oleh Umar bin Khatab RA. Kemudian beliau member komen: "Mereka itu bohong! Bukankah Allah SWT sudah berfirman dalam Al Qur'an (yang ertinya):"Dan di antara manusia ada yang menjual dirinya untuk mencari keridhaan Allah.."

Adapun orang yang mendukung tafsiran ini menjawab dalil-dalil di atas dengan mengatakan: kami hanya melarang hal itu jika tidak ada bentuk serangan (perlawanan) kepada musuh, tetapi kalau serangan itu ada maka kami membolehkannya. [viii]

Pendapat Ibnu Katsir dan Imam Thabari.

Ibnu Katsir meriwayatkan bahawa ada seseorang yang bertanya kepada Al Bara' bin Azib Al Anshari: "Jika aku dibawa hadapkan kepada musuh lalu mereka membunuhku, apakah aku masuk dalam kategori menjerumuskan diri ke dalam kebinasan?", "Tidak!" jawabnya, lalu melanjutkan:"Allah Ta'ala telah berfirman kepada Rasul-Nya (yang ertinya):"Maka berperanglah di jalan Allah sebab tidak dibebani selain dirimu sendiri." Ayat "menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan" itu dalam bab nafkah, maksudnya tidak memberikan nafkah (infaq) dalam jihad. [ix]

Imam Thabari meriwayatkan dengan sanadnya sendiri dalam tafsirnya, dari Abu Ishaq Al Subay'i berkata: Aku bertanya kepada Al Bara' bin Azib (shahabat): "Wahai Abu Immarah, ada seseorang yang berhadapan dengan seribu musuh sendirian. Biasanya keadaan macam ini, orang yang sendirian ini selalu kalah dan terbunuh. Apakah tindakan ini termasuk dalam kategori firman Allah Ta'la: "Dan janganlah kamu menjerumuskan dirimu ke dalam kebinasaan"?, "Tidak, ia berperang sampai terbunuh. Kerana Allah Ta'ala berfirman kepada Nabi-Nya: "Maka berperanglah di jalan Allah, kerana tidak dibebankan kecuali dirimu sendiri." (QS. An Nisa': 84).

Pendapat Ibnu Taimiyah.

Pendapat yang hampir sama juga dikemukan oleh Ibn Taimiyah dalam kitab "Fatawa" nya tentang memerangi kaum Tatar. Berdasarkan dalil dari riwayat Imam Muslim dalam kitab "Shahih" nya dari Nabi SAW tentang kisah Ashhabul Ukhdud. Cerita itu mengkisahkan seorang anak muda memerintahkan (kepada sanga raja) untuk membunuh dirinya, demi kemenangan agama (yang diyakininya) ketika meminta kepada algojo-algojo raja agar membaca: Bismillah Rabbi Ghulam (Dengan nama Allah, Tuhan boah ini) sewaktu melemparkan panah ke arahnya. Ibn Taimiyah melanjutkan: Oleh kerana itu para Imam yang empat membolehkan seorang Muslim menyerbu sendirian dalam kubu pasukan musuh, walaupun kemungkinan besar mereka akan membunuhnya. Jika memang di situ ada kemaslahatan bagi kaum Muslimin. Kami telah huraikan panjang lebar masalah ini dalam beberapa tema yang lain. [x]

Pendapat Iman Syaukani.

Imam Asy Syaukani dalam tafsirnya ‘Fath Al Qadir’ menjelaskan: yang benar dalam masalah ini adalah dengan memegang pada umum lafadz, bukan sebaliknya memegang teguh pada kasuistis (sebab turun ayat). Maka segala apa yang masuk dalam erti kebinasaan di dalam agama atau dunia, itu masuk dalam kategori ini. Termasuk dalam kategori ayat adalah masalah berikut: bila seseorang menyerbu dalam peperangan lalu dibawa berhadapan dengan pasukan besar, padahal ia yakin tidak bakal selamat dan tidak bisa mempengaruhi semangat perjuangan kaum Muslimin. [xi]

Pendapat Penulis Tafsir Al-Manar.

Di era modern ini, Syeikh Rasyid Ridha dalam tafsirnya ‘Al Manar’ menyebutkan: termasuk dalam kategori larangan adalah ikut dalam peperangan tetapi tidak tahu strategi perang yang dipakai oleh musuh. Termasuk juga dalam segala pertarungan yang tidak dibenarkan oleh syari'at, misalnya hanya ingin mengikuti nafsu belaka, bukan untuk menolong dan mendukung suatu kebenaran. [xii] Pemahaman ini menunjukkan bahawa pertarungan yang diperhitungkan dan dibenarkan oleh syari'at adalah yang boleh menakut-nakuti musuh Allah dan musuh kita bersama. Juga menginginkan kemenangan al-haq bukan sekedar mengikuti hawa nafsu belaka. Maka hal ini tidak termasuk dalam menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan.

Pendapat Saya Al-Qardhawi…

Saya (Qardhawi) yakin kebenaran itu sudah sangat jelas sekali, cahaya pagi itu sudah nampak bagi yang punya indera. Semua pendapat di atas membantah mereka yang mengaku aku pintar, yang telah menuduh para pemuda yang beriman kepada Tuhannya kemudian bertambah yakin keimanannya itu. Mereka telah menjual dirinya untuk Allah, mereka dibunuh demi pertaruhkan agamaNya. Mereka menuduhnya telah membunuh diri dan menjerumuskan dirinya ke dalam kebinasaan. Mereka itu, insya Allah, adalah para petinggi syahid di sisi Allah. Mereka adalah elemen hidup yang menggambarkan dinamika umat, keteguhannya untuk melawan, ia masih hidup bukan mati, masih kekal tidak punah.

Seluruh apa yang kami minta di sini adalah: seluruh operasi itu dilakukan setelah menganalisa dan menimbangkan sudut positif dan negatifnya. Semua itu dilakukan melalui perencanaan yang matang sekali di bawah pengawasan kaum Muslimin yang mumpuni . Kalau mereka melihat ada kebaikan, segera maju dan bertawakkal kepada Allah. Kerana Allah SWT berfirman yang ertinya: "Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah itu Maha Agung dan Maha Bijaksana." (QS. Al Anfal: 49).

RUJUKAN:

[i]..Hadits ini dinisbatkan oleh Ibn Katsir kepada Abu Dawud, Tirmidzi, An Nasa'I, Abu Ya'la dan Ibnu Hibban dalam shahihnya, juga kepada Al Hakim dengan syarat Syaihain dan yang lain-lainnya. Lihat: Tafsir Ibn Katsir: 1/228-229. cetakan El Helbi.

[ii]..Diriwayatkan oleh Al Hakim dan dishahihkannya pula, namun Imam Al Dzahabi menolaknya. Sebaliknya dishahihkan oleh Imam Albani dari jalan Al Khatib dalam kitab "Tarikh" nya. Lihat "Silsilah AHadits Shahihah (374)" dengan lafadz:" Tuannya para syahid adalah Hamzah, dan orang yang berhadapan dengan pemimpin tirani, lalu ia memerintah dan melarang pemimpin tersebut, tapi malah ia dibunuh olehnya."

[iii]..Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibn Majah melalui jalan Athiyyah Al Ufiy. Tirmidzi berkomentar: Hadits ini Hasan Gharib. Imam Nasa'I juga meriwayatkannya dengan sanad yang shahih, seperti ucapan Al Mundziri, dari Thariq bin syihab. Lihat: Al Muntaqa (1364).

[iv]..Diriwayatkan oleh Abu Dawud (2511), Ahmad (7977), dishahihkan oleh Syeih Ahmad Syakir dan Ibn Hibban dalam shahihnya.
[v]..Ahkam Al Qur'an, Abu Bakr Al Jashash: 1/262-263.
[vi]..Dikeluarkan oleh Muslim dalam kitab Jihad, bab Perang Uhud; 3/1415 dan 1789.
[vii]..Tafsir Al Qurthubi; 3/363. Daar El Misriyyah
[viii]..Tafsir Al Fahr Razi; 2/148.
[ix]..Tafsir Ibn Katsir; 1/229. cet. El Helbi.
[x]..Lihat Majmu' Fatawa Syeikhil Islam Ibn Taimiyah; 28/540.
[xi]..Fath el Qadir, Asy Syaukani; 1/262. cet; Daar el Wafa', Mesir
[xii]..Tafsir Al Manar; 2/213. ]

Sekian catatan santai buat kali ini, dalam siri memperkenalkan pelajaran JIHAD ISLAM, sebagai penawar dan ubat bagi membasmi racun penyakit al-wahnu dalam masyarakat seperti yang tersebut di atas. Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 23, 2009.

Sila rujuk artikal berkaitan www.ibnuhasyim.com/ 1…Monday, January 19, 2009 Pelajaran Jihad Diharamkan Di Seluruh Universiti Islam? 2…Saturday, January 31, 2009 Qardhawi Mahu Syahid Di Ghazzah, Kita Sertai HAMAS? 3..Friday, February 6, 2009 Erti Syahid & Menang Dalam Politik Malaysia.. 4.. Sunday, December 7, 2008 Aidiladha, Sebuah Tip Pengorbanan.. 5.. Friday, November 28, 2008 Fatwa Pengeboman.. Syahid Atau Bunuh Diri?

Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera HAMAS.. Mereka tidak takut mati, walaupun dunia memandang kekuatan dengan Israel tidak setanding..

Sunday, February 22, 2009

Pakatan Mahathir, Najib, Sultan Perak Melalui…


By MEGAT ALI MEGAT ALANG

IPOH: “SAYA saorang pengkaji freemason dan dalam kajian saya mereka2 ini adalah suspek ahli freemason diMalaysia. Mahathir Mohamad, Khir Toyol, Najib Tun Razak, Mukriz Mahathir, Ananda Krisnan, Sultan Perak Azlan Shah, Sultan Selangor, Yang Dipetua Negeri Sembilan yang baru meninggal dan adiknya."

Demikian komen seorang pembaca blog http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sultan-perak-murtad.html Saturday, February 21, 2009. Sunday, February 22, 2009.

"Perhatikan bagaimana mereka menolong sesama mereka untuk dinaikkan pangkat, contoh bagaimana Mahathir menolong Azlan Shah menjadi ketua Hakim Negara dan kemudiannya menolong Azlan Shah naik tahta di Perak secara membelakangi kaedah yang diterima pakai untuk melantik pewaris Sultan Perak. Azlan Shah menolong Mahathir semasa krisis dengan raja2 melayu.

Perhatikan bagaimana Mahathir menolong Ananda Krisnan dalam perniagaannya. Perhatikan bagaimana Mahathir menolong Najib naik dalam kerjaya politiknya. Perhatikan bagaimana Azlan Shah menolong untuk menaikkan imej Najib dalam krisis diPerak ini satelah imej Najib menjunam akibat kekalahan BN di KT.

Untuk semua, sama2 kita perhatikan orang2 yang saya senaraikan dan sebarkan betapa bahayanya mereka2 ini kepada Islam dan Malaysia.” Sambungnya lagi.

Begitu juga kenyataan Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar (21 Feb (Hrkh)…

"Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka. Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini.

Anda boleh rujuk mengenai freemason dan keterlibatan pemimpin-pemimpin Malaysia dalam Wikipedia dan lain-lain. Sila rujuk juga artikal berkaitan antaranya… 1.. Sejarah dan Bgrnd Freemason 2.. Lawan Yahudi di Indonesia 3.. Haram melibatkan diri dengan kegiatan Freemason. Ya, klik saja ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails