Thursday, March 12, 2009

Bank Syariah Kosovo Tolong Rakyat, Mengapa Bank Islam M’sia…




Ibnu Hasyim: Catatan Santai

SEMBILAN ekor ayam dan seekor lembu berkeliaran di halaman rumah Ahmet Bubalku di Kampung Zabel i Ultë, Kosovo. Berkat kredit mikro dari organisasi bantuan Islamic Relief, Ahmet dapat memiliki peternakan dan pertanian kecil. Ia mendapat pinjaman jangka panjang se nilai 3400 euro atau kira-kira di bawah RM 20,000. Wang itu antara lain dipakainya untuk beli benih kentang, tomato dan bawang.

“Tanpa pinjaman itu saya tidak tahu bagaimana hendak beri makan tiga anak. Kerajaan Ahmet dan anak-anaknya tidak berbuat apa-apa untuk menghidupkan pertanian di daerah sini," ujar Ahmet.

Ahmet adalah satu dari 1375 orang di lembah Drenica yang menerima kredit tunai Islam. Lembah ini adalah wilayah paling miskin Kosovo. Ketika perang Kosovo berakhir 10 tahun silam, di sini tidak ada lagi satu rumah pun yang masih tegak. Kerana itu Islamic Relief bukan hanya memberikan pinjaman modal awal untuk membuka perusahaan, tetapi juga membangun kembali rumah-rumah yang hancur. Biasanya pinjaman itu diberi dalam jumlah yang kecil, untuk membeli cermin tingkap dan pintu.

Penduduk tempatan tidak berpeluang mendapat pinjaman dari bank-bank tempatan yang tidak mahu memberi pinjaman pada kaum paling miskin. Menurut Islam Hasani dari Islamic Relief, di sana ramai penduduk yang berminat pada kredit mikro. Sementara itu instansi perbankan tempatan memberikan pinjaman besar.

“Tetapi mereka minta bunga yang sangat tinggi. Bunganya paling rendah 22%. Kami tidak meminta bunga. Kami hanya meminta wang administrasi 60 euro untuk setiap pinjaman, berapa pun wang yang dipinjam. Kami meminjamkan wang dari 400 sampai 5000 euro.” kata Islam Hasani. Tetapi itu bukan satu-satunya perbedaan antara ‘kredit mikro biasa’ dengan ‘kredit mikro Islam’. Menurut Hasani, dalam kredit mikro Islam hubungan antara peminjam dengan pemberi pinjaman jauh lebih peribadi berbanding dengan bank.

Ketika seseorang dianggap layak menerima pinjaman, maka seorang pekerja Islamic Relief akan berkunjung ke rumah bakal peminjam. Menyelidiki yang diperlukan peminjam, berapa jumlah dan kemampuan bayar balik? Dengan demikian, mereka tahu terus masalahnya, jelas Ahmet Bubalku, penerima kredit. “Ketika anak perempuan saya patah kaki, saya terpaksa meminjam untuk membayar kos hospital. Saya perlu beberapa bulan untuk bayar hutang. Kalau di bank biasa, saya takut, mereka akan menyita rumah atau lembu saya. Dengan kredit mikro Islam ini saya yakin mereka akan faham.” ujar Ahmet Bulbaku.

Walaupun hanya tinggal satu euro saja untuk hidup sebulan, Ahmet tetap berusaha kuat untuk mengembalikan semua pinjamannya. Akhirnya dia berharap akan dapat pinjaman baru untuk membangunkan pertanian dan rumah di kebunnya. Menurut mereka kredit juga menghindarkan penduduk miskin dari bunga pinjaman yang kadang-kadang melilit leher mereka. Begitulah… di Kosovo, orang mulai melihat manfaat Bank Syariah atau bank bercorak Islam. Ertinya, negara bukan Islam mula melihat keindahan sistem hidup Islam, di mana perbankkannya boleh menaungi dan membantu rakyat miskin tertindas.

Sekarang tsunami ekonomi melanda dunia, mengapa? Antara sebab utamanya ialah kerana kegagalan sistem ekonomi kapitalis dan perlaksanaannya di negara tempat lahirnya sendiri. Amerika tersepit kerana sistemnya sendiri. Dan tempiasnya sudah sampai ke negara kita. Mengapa pula institusi ekonomi Islam di negara-negara umat Islam tidak mendapat tempat sewajarnya? Mengapa bank-bank bukan Islam mendominasi ekonomi negara-negara umat Islam?

Di Malaysia contohnya, mengapa Bank Islam tidak diletakkan di tempat yang wajar dalam sistem pentadbiran negara? Kecuali Kelantan selepas PAS atau Tok Guru mengambil alih pentadbiran dari BN, Tok Guru mengarahkan penggunaan Bank Islam dalam urusan pentadbirannya… Itu baru sikit, tak padan lagi!

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 12, 2009. KL.

Hassan Turabi Dibebaskan Kerana Cenderung Sederhana?

Hassan Turabi (photo reuters)

Ibnu Hasyim: Catatan Santai

BERITA Wednesday, 11 March 2009 20:35 menyebutkan mantan tokoh Ikhwanul Muslimin Sudan, Hassan al-Turabi, sudah dibebaskan dari penjara, kata pihak keluarganya di Sudan. Putera Turabi, Siddiq, mengatakan ayahnya sudah dibebaskan dan kembali ke rumah di ibukota Khartoum tanpa penjelasan.

"Kami tidak mengetahui apa yang terjadi pagi hari, namun tidak ada pengawal di luar rumah di Khartoum," kata Siddig al-Turabi kepada pejabat berita Reuters. "Dia sudah dibebaskan. Kami amat gembira," tambahnya.

Turabi ditahan 2 bulan lalu setelah meminta agar Presiden Sudan, Umar al-Bashir, menyerahkan diri ke Mahkamah Kejahatan Perang Internasional, ICC. ICC mengeluarkan surat penahanan atas Bashir dengan dakwaan kejahatan perang dan kejahatan atas kemanusiaan di Darfur, Sudan Selatan. Turabi adalah pemimpin Barisan Islam Nasional dan ketua parlemen Sudan, yang merupakan sekutu Presiden Bashir sampai keduanya bersaing dalam merebut kekuasaan 10 tahun lalu. Dia sudah beberapa kali ditangkap dan dikaitkan dengan pemberontak Gerakan Keadilan dan Kebersamaan, yang berulang kali pula dibantahnya.

Adapun surat penahanan ICC atas Presien Umar al-Bashir merupakan yang pertama kalinya dikeluarkan untuk kepala negara yang masih aktif. Bashir menolak tuduhan itu dan menuduh ICC bertindak sebagai kekuatan kolonialisasi. PBB menaksirkan 300,000 orang terkorban dan 2.7 juta lainnya jadi pelarian di Darfur sejak pemberontak Afrika kulit hitam melakukan perjuangan senjata pada tahun 2003 melawan pemerintahan yang didominasi suku Arab.

Sebagaimana diketahui, Dr. Hasan Turabi adalah mantan muraqib am Ikhwanul Muslimin Sudan dan mantan Sekretaris Jenderal Konferensi Arab dan Islam. Dia dikenal sebagai perancang utama Republik Islam Sudan. Karier politiknya dimulai sejak dia memimpin Al-Ikhwan Al-Muslimun Sudan (1964) dan menjabat Sekretaris Jenderal Islamic Charter Front. Pada 1969, setelah berlangsungnya upaya kudeta oleh kaum kiri terhadap rejim Numeiri, untuk pertama kalinya dia mendekam di penjara Sudan hingga tahun 1977.

Sebelum ini, Turabi ditahan selama tujuh minggu sejak 14 Januari lalu setelah menganjurkan Presiden Sudan, Umar al Bashir untuk menghadapi sendiri tuduhan Pengadilan Kriminal Internasional sebagai penjahat perang. Alasan Turabi, hal itu dapat menghindarkan Sudan dari konflik dalam negeri. Turabi adalah pemimpin Barisan Islam Nasional dan Ketua parlemen Sudan, yang merupakan sekutu Umar Bashir. Keduanya bersaing dalam merebut kekuasaan selama 10 tahun lalu.

Turabi berada di belakang Al Bashir semasa naik ke tampuk kekuasaan melalui rampas kuasa tentera pada 1989. Namun hubungan keduanya pecah pada 1999. Turabi kemudian membentuk Partai Kongres Nasional Populer yang bertentangan. Menurut www.hidayatullah.com , kebelakangan ini, banyak pemikiran Turabi yang ‘mulai cenderung liberal, berbalik dari pemikiran sebelumnya.’ [bbc/cha/hidayatullah]

Apakah benar begitu? Sekian catatan santai kali ini.

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 12, 2009. KL.

Sejarah PAS 27: Kerajaan Perpaduan/Campuran.



IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 27

SETELAH Zulkifli Muhammad meninggal dunia, Datuk Mohd Asri secara automatik menjadi Pemangku Timbalan Yang Di Pertua Agung PAS. Walaupun Dr Burhanuddin masih ada, tetapi kerana keuzuran beliau tidak dapat bergiat sama sekali. Akhirnya beliau meninggal dunia, menjadikan Datuk Haji Mohd Asri sebagai Pemangku, dan disahkan sebagai Yang Di Pertua Agung PAS Malaysia.

Ini bermakna sejak pertengahan 1964 teraju penerbangan atau pilot PAS berada di tangan Mohd Asri. Namun malang bagi PAS di Kelantan, jumlah kerusi ADUN yang diperolehi makin menurun. Dari 28 tahun 1959, jadi 21 tahun 1964 dan turun lagi hingga 18 pada tahun 1969. Setelah melalui suasana pilihan raya 1969, berlaku peristiwa 13 Mei, dikuti dengan pengisytiharan darurat, dan lahir Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Maka bermulalah pinang-meminang antara UMNO dan PAS bagi mewujudkan kerajaan campuran.

Upacara istiadat pinang meminang mulanya dijalankan secara bisik berbisik di dalam dan di luar negara. Sehingga berkatalah Saudara Amaluddin Darus yang menjadi Ahli Jawatankuasa Agung PAS di bawah Datuk Asri waktu itu:

“…namun secara rasmi barulah diberitahu, iaitu apabila syarat dan rukunnya telah dibincangkan untuk mengahwinkan PAS dengan PERIKATAN. Tetapi berselindung di balik kata-kata perpaduan dan persefahaman antara Melayu dengan Melayu, iaitu PAS dengan UMNO. Semuanya telah dirundingkan. Datuk Mohd Asri telah tetap menjadi Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan. Jawatankuasa Agung PAS dipanggil bersidang di rumah Datuk Asri Petaling Jaya.

Dalam mesyuarat AJK Agung tersebut, Amaluddin mengutarakan pandangannya.

1..Rancangan ini adalah perangkap ke arah menghancurkan perjuangan Islam dan PAS sendri di dalam negara ini.

2..Bagaimanapun, kerana perkara ini telah dibincangkan dan tetap dipersetujui awal-awal lagi di luar keputusan AJK Agung. Saya dapat bersetuju pada dasarnya, kerana di Malaysia memang tidak ada sebuah partai politik seperti yang ada, dapat memerintah Kerajaan Pusat tanpa campuran.

3..Kerajaan Campuran PERIKATAN-PAS hendaklah setakat Kerajaan Pusat dan tidak melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan.

4..Oleh kerana PAS ialah sebuah partai yang kedua besar pengaruhnya sesudah partai PERIKATAN di Semenanjung, PAS mesti mendapat tidak kurang dari 2 jawatan Menteri, yang mana satu daripadanya hendaklah Menteri Penerangan. Adapun yang satu lagi Menteri apa-apa juapun tidak mengapa.

5.. Datuk Mohd Asri selaku YDP Agung PAS hendaklah tidak menyertai kabinet, yang akan menjadikan beliau berada di awah Tun Abdul Razak yang menjadi PM sebagai Ketua Kabinet. Datuk Asri hendaklah tetap sebagai Menteri Besar Kerajaan PAS Kelantan. Di mana dengan demikian tarafnya sama dengan Tun Razak sebagai seorang Ketua Partai.

6..PAS hendaklah menyusun diri kembali untuk menjadikan dirinya partai Muslimin yang berpolitik, sebagai ganti kepada bersikap seperti partai politik melulu.

7..PAS hendaklah mengemaskan organisasinya, supaya pada masa pilihan raya yang akan datang, akan bertanding lagi bersendirian. Di mana sekiranya ditakdirkan oleh Allah, PAS dapat memenangi sejumlah kerusi di Malaysia Barat dan di Malaysia Timur yang menjadikannya partai terbanyak ahli-ahli di dalam Dewan Rakyat. Maka pada masa itu pembentukan kabinet dan PM sudah tentu menjadi hak PAS untuk bertindak ke arah membentuk sebuah Kerajaan Campuran di mana orang PAS yang menjadi PM Malaysia.

Demikian saranan dan strategi menurut Saudara Amaluddin, bagi membolehkan PAS beroleh jadi PM Malaysia. Tetapi ianya bagaikan menuang air di daun keladi sahaja! PAS yang telah menukar namanya dari Persatuan Islam Se Tanah Melayu kepada Parti Islam Se Malaysia tahun 1971 tetap memakai huruf singkat sebagai PAS. PAS telah mengdakan Mesyuarat Agung Khas pada 21 Desember 1972.

Sehari sebelum Muktamar Khas tersebut, Ustaz Abu Bakar Hamzah selaku Setiausaha Agung PAS waktu itu telah mengeluarkan kenyataan:

Setelah mengkaji sehalus-halusnya sekadar yang terdaya akan nas-nas Quran, nas-nas Sunnah Rasul, dan aqwal fuqahak, di antaranya dari kitab Tafsir Ibnu Kathir, kitab Al-Umm, kitab Siasah Syar’iyah oleh Ibnu Taimuyah, kitab Turuq Hukmiah oleh Ibn Qaiyim, kitab Ashbah Wan-Nadza-ir oleh Imam Sayuti dan kitab Tafsir Fi Dzilal el-Quran oleh Syed Quth, maka saya menegaskan pendapat saya:

1..Memandang betapa perlunya umat Islam di negeri ini bangun berjuang di dalam politik untuk mendapatkan kekuasaan,

2..Memikirkan kesanggupan umat Islam yang belum menjadi pihak berkuasa (As-hab el-Syaukah), maka mereka memilih perjuangan cara perlembagaan menurut undang-undang negeri,

3..Oleh kerana PAS sendiri menerima pilihan raya ala-barat yang dianjurkan oleh kerajaan as-hab el-Syaukah,

4..Oleh kerana PAS taat setia dan menghormati perlembagaan negara dengan mematuhi perintah ‘Pengharaman kalimat Allah-Muhammad’ dan ‘Bulanbintang partinya,

5..Oleh kerana ahli-ahli PAS yang berjaya dalam pilihan raya juga turut mengangkat sumpah dalam majlis-majlis undangan, menurut undang-undang negeri,

6..Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang agama rasminya ialah Islam, walau apapun juga tafsirannya,

7..Memandangkan bahawa perjuangan politik secara ideology Islam di negeri ini adalah ‘halal’ pada sisi undang-undang negeri dan hanya ‘wajib’ pada sisi syariat Islam,

8..Oleh kerana kepala negara bagi Malaysia mestilah dipilih dari antara Raja-raja Melayu semuanya Muslim belaka,

9..Oleh kerana Raja-raja Melayu adalah As-hab el-Syaukah bagi urusan-urusan agama dan majlis undang-undang tidak berhak masuk campur secara langsung ke dalam urusan-urusan tersebut,

10.Oleh kerana kepala negara adalah kuasa melantik hakim-hakim, juri-juri dan suruhanjaya-suruhanjaya bebas,

11.Oleh kerana kepala negara adalah kuasa tertinggi di dalam masa darurat,

12.Oleh kerana kepala negara adalah ketua segala angkatan tentera bagi negeri ini,

13.Oleh kerana ada bukti-bukti sejarah dan ilmiah bahawa undang-undang asas bagi negeri ini adalah undang-undang Islam dan Malaysia boleh isytiharkan sebagai sebuah ‘Negara Islam’, walaupun kesemua hukum Islam belum berjalan pada masa ini,

14.Oleh kerana Kongres PAS ke 18 pada Julai 1972 telah memberi izin dan mandat untuk berunding mengenai penubuhan kerajaan campuran di semua peringkat.

15.Oleh kerana Jawatankuasa Perunding PAS berpuas hati bahawa syarat-syarat dalam masalah ini dapat membawa masalih-mursalah kepada umat Islam di negeri ini,

16.Oleh kerana PAS diakui haknya untuk memperjuangkan komsep ideoligi Islam di dalam kerajaan campuran itu dari semasa kesemasa,

17.Oleh kerana PAS diberi ‘Kementerian’ yang dikira boleh disalorkan konsep Islam melaluinya,

18.Oleh kerana PAS tetap diakui sebagai sebuah partai yang merdeka dan bersendirian, dan bukan juzuk atau unit di dalam partai yang berkuasa As-hab el-Syaukah,

19.Oleh kerana PAS dijamin haknya untuk menentang sebarang apa jua undang-undang dan cadangan yang berlawanan dengan Islam,

20.Oleh kerana tidak ada nas qat’ie atai dzanni yang cukup kuat dengan sepenuhnya mengharamkan,

21.Oleh kerana pucuk pimpinan dan AJK Agung PAS yakin dan percaya bahawa masalah ini dapat dijadikan ‘wasilah’ untuk menolak bahaya, untuk mengangkat kepayahan, dan untuk membawa faedah bagi umat Islam ini,

22.Menimbang dan memikir serta memperhitungkan kesanggupan PAS dan suasana politik yang mengelilingi umat Islam di negari ini sekarang,

Maka saya, selaku Setiausaha Agung PAS berpendapat dan yakin untuk menegaskan bahawa ‘Kerajaan Campuran’ yang di hadapan kita sekarang, adalah ‘harus’ pada hokum syarak dan ianya sudah wajar diterima oleh para perwakilan Kongres Khas pada 21 Disember 1972 ini.

Begitu juga pada tarikh yang sama, Pejabat Agung PAS mengeluarkan kenyataan garis-garis dasar yang diperjuangkan melalui Kerajaan Campuran mengikut persetujuan kedua belah pihak. Kenyataan tersebut ialah:

1..PAS melalui Kerajaan Campuran PERIKATAN-PAS, berazam membentuk negara Malaysia ini menjadi sebuah negeri yang aman, damai, harmonis, mempunyai nilai-nilai moral dan kerohanian. Dengan demikian pembangunan rohani rakyat hendaklah digembeling bersamaan dengan usaha pembangunan lahir yang sedang berjalan dengan pesatnya sekarang, sesuai dengan Islam sebagai agama negara serta prinsip-prinsip rukun negara. Maka nilai-nilai ketuhanan akan menjadi teras dalam usaha-usaha pembangunan dan kemajuan negara.

2..Dalam menuju kesempurnaan prinsip itu, maka PAS dengan kerajaan campuran yang diwujudkan itu memberikan nilai-nilai Islam ke dalam perundangan dan perlembagaan negara.

3..PAS dengan kerajaan campuran itu, bersama melaksanakan dasar ekonomi baru dengan bersungguh-sungguh, jujur dan tidak pilih kasih. Sehingga cita-cita mewujudkan perseimbangan sosial dan ekonomi yang berada dengan yang tidak berada di negara ini, dan cita-cita melenyapkan kemiskinan di kalangan rakyat itu mencapai kejayaan yang cemerlang.

4..PAS dengan kerajaan campuran itu, berazam mewujudkan kebudayaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan Islam dalam segala bidang.

5..PAS dengan kerajaan campuran itu, berazam memelihara keselamatan negara dan menghapuskan sebarang ancaman baik dari dalam mahupun dari luar. Untuk ini pertahanan negara akan diperkemaskan dan diperbesarkan sesuai dengan cita-cita untuk mewujudkan kemampuan nasional di bidang pertahanan.

6..PAS dengan kerajaan campuran itu, berazam meneruskan dasar-dasar yang bebas, aktif dan akan terus memperjuangkan konsep pengecualian negara-negara Asia Tenggara bagi menjamin keamanan di rantau ini. Di samping itu akan berusaha mengeratkan lagi hubungan dengan negara-negara sahabat, terutama negara-negara Islam.

Pada tarikh yang sama juga Pejabat Agung PAS menyatakan butir-butir persetujuan yang telah dicapai dan akan ditandatangani apabila Kerajaan Campuran diwujudkan. Butir-butir berikut ialah:

1..Sebuah kementerian akan diberi kepada PAS, iaitu Kementerian Kemajuan Tanah dan Tugas-tugas Khas, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, pembukaan dan kemajuannya. Juga perkara-perkara yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri dari semasa ke semasa.

2..Menteri tersebut akan dilantik dengan persetujuan raja-raja menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

3..Jawatan-jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik dan sebagainya bolehlah dipenuhi setelah Menteri berkenaan berunding dan mendapat persetujuan Perdana Menteri.

4..Perdana Menteri akan menimbang calon-calon yang ditunjukkan oleh PAS bagi menjadi Anggota Dewan Negara bila ada kekosongan.

5..Perdana Menteri akan menimbang pemimpin-pemimpin PAS yang layak untuk menyertai rombongan rasmi keluar negeri yang difikirkan sesuai, perlu dan menasabah.

6..Kerajaan akan menimbang mana-mana ahli PAS yang difikirkan sesuai untuk mengambil bahagian dalam jawatan-jawatan kuasa lembaga dan perbadanan bagi pertimbangan Perdana Menteri.

7..Dua orang anggota Dewan Negeri Kelantan dari parti PERIKATAN yang ditunjukkan oleh partinya akan dilantik menjadi exco negeri.

8..Dua orang anggota Dewan Negeri Kedah dan Terengganu dari parti PAS di tiap-tiap negeri yang ditunjukkan oleh partinya akan dilantik menjadi ahli exco negeri masing-masing.

9..Selama kerajaan campuran PERIKATAN-PAS itu wujud, hendaklah tiada sebarang pertandingan antara PAS dengan PERIKATAN dalam pilihan raya kecil kawasan masing-masing. Kecuali di mana telah dimenangi oleh parti lain, maka perundingan hendaklah diadakan terlebih dahulu.

10.Begitu juga kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh PAS dalam pilihan raya umum 1969, tetapi kemudian Yang Berhormat berkenaan terhenti daripada menjadi ahli PAS. Maka sekiranya berlaku pilihan raya kecil di kawasan tersebut, maka satu perundingan hendaklah diadakan. Jika sebarang perundingan tidak tercapai dalam perundingan itu, maka pertandingan seperti biasa bolehlah diadakan.

11.Hendaklah tidak ada sebarang ikatan dan perjanjian untuk menghadapi sebarang pilihan raya umum yang akan datang. Segala sesuatu akan dibincangkan kelak apabila tiba waktunya.

12.Kebebasan anggota-anggota PAS dalam kabinet pusat, exco negeri, parlimen dan Majlis Undangan Negeri untuk membangkang cadangan atau undang-undang yang berlawanan dengan Islam hendaklah terjamin.

13.Sebuah jawatankuasa penyelaras hendaklah ditubuhkan dengan anggota-anggota PAS dan PERIKATAN.

Bukan itu sahaja, PAS telah menyertai kerajaan campuran PAS-PERIKATAN di negeri Kelantan pada 1 Januari 1973. Pengisytiharan dibuat oleh Tun Haji Abdul Razak dan Datuk Mohd Asri pada 28 Disember 1972 di pejabat Perdana Menteri. Penyertaan ini akhirnya membawa PAS menyertai Gabungan Barisan Nasional pada tahun 1974, yang memaksa parti pemerintah itu menukar lambangnya dari ‘kapal layar’ kepada symbol ‘dacing’.

Juga dikatakan, penyertaan PAS dalam kerajaan campuran PAS-PERIKATAN sebenarnya telah mendapat persetujuan ahli-ahli dan pimpinan PAS. Tetapi kemasukannya sebagai komponan BN pada tahun 1974 tersebut tidak mendapat persetujuan dan restu muktamar atau pimpinan PAS yang lain, kecuali Datuk Asri dan beberapa penyokongnya. Hal ini juga diakui oleh Allahyarham Ustaz Amaluddin Darus kepada penulis (Ibnu Hasyim) semasa beliau selalu berulang-alik ke pejabat HARAKAH di Jalan Pahang, di hujung-hujung hayatnya.

Sila ikuti sejarah PAS dari awal dalam http://www.ibnuhasyim.com

1.. Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 1: Muqaddimah Kesinambungan 2..Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 2: Siasah Ulama 3..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 3: Tikaman Tersirat. 4..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 4: Nama & Rahsia Siasah5..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 5: PAS Bebas Lepas. 6..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 6: Bersama Kebangkitan Islam 7..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 7: Di Bawah Dr Abbas 8..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 8: Bermula Dengan Tangan Terbuka

Wednesday, March 11, 2009

RM 60 Billion, Bajet Hadapi Kemelut Politik?







By ASYOK KUMAR


"KITA sudah mula kedengaran suara rakyat yang mahu kerajaan dan pembangkang untuk mengutamakan usaha memulihkan semula ekonomi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi global dan mengetepikan kemelut politik.” Kata Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ketika membentangkan Pakej Rangsangan ekonomi kedua bernilai RM60 bilion bagi mengharungi kesan krisis ekonomi sejagat di Kuala Lumpur Selasa hari ini.

Ketika membentangkan pakej rangsangan itu, yang kedua seumpamanya dalam tempoh lima bulan, Najib berkata, pakej untuk tempoh dua tahun itu mengandungi empat teras iaitu:

- mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan
- meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas
- membantu sektor swasta menghadapi krisis dan
- membina keupayaan masa depan.

Najib menambah, pada sidang khas mengenai Gaza di Parlimen Januari lalu, kedua-dua kerajaan dan pembangkang telah bersatu suara dan berpadu hasrat untuk bersama berusaha mencadangkan formula damai dan membantu atas nama kemanusiaan. "Ya benar, kita di negara ini, kini sedang berbeza pendapat tentang politik di sana sini. Namun, besar harapan semua, bila berdepan dengan ribut ekonomi yang melanda, kita akan sentiasa sepakat sekata, sederap usaha, memikir melaksana apa yang terbaik untuk rakyat jelata," katanya.

Pengerusi Parti Keadilan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga wakil rakyat Bandar Tun Razak berkata, dana RM60 bilion memang mencukupi, namun pelaksanaan program yang dirancang dan pengagihan peruntukan itu perlu diberi perhatian yang serius. "Konsepnya baik tetapi persoalannya adalah bagaimana program itu dilaksana dan diuruskan? ..Saya telah buat kenyataan sebelum ini bahawa apa sahaja jumlah (bajet) di bawah RM50 bilion bukan satu permulaan yang baik dan nampaknya mereka melebihkan jumlah itu. Bagaimanapun, kita bimbang sekiranya berlaku kebocoran dan pengagihan kontrak tidak dilakukan dengan cara yang betul," katanya. Sila klik: Strategi Bajet Mini: Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau kecewa dengan perbentangan bajet ini kerana pakej rangsangan tidak diberikan secara langsung kepada rakyat. “..beliau (Najib) harus lebih berani sedikit iaitu bukan dengan ransangan RM60 billion tapi RM100 bilion dengan RM50 bilion setiap tahun seperti yang kita cadangkan sebelum ini," katanya. "Yang penting ialah apakah manfaat (kepada) orang biasa seperti anda dan saya.”

Sementara itu Lim Kit Siang (DAP-Ipot Timur) berkata, Najib perlu meyakinkan rakyat dengan pakej ransangan ekonomi yang dibentangkan. "Beliau perlu kembalikan keyakinan rakyat, walau apa jua perubahan yang beliau ingin lakukan, rakyat perlu diyakinkan. …Ini kerana apa yang berlaku di Perak telah menghilangkan keyakinan rakyat terhadap beliau," katanya.

Di samping itu PAS pula menyangkal dakwaan yang mengatakan wakil rakyat mereka memboikot sesi pembentangan pakej rangsangan kedua oleh Timbalan Perdana Menteri hari ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut. "Tidak kita tak boikot apa-apa, cukuplah kita ada wakil dalam dewan," katanya yang hadir pada sesi soal jawab sidang Parlimen pada sebelah pagi tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas selesai perbentangan bajet berkenaan enggan memberikan sebarang komen. "Saya akan buat kenyataan esok, esok... panjang punya (komen) esok... kalau anda berani anda buat laporan esok," katanya.

Apakah ianya bajet ekonomi dalam menghadapi kemelut politik? (Antara rujukan mStar online. Selasa Mac10 AK)

Tuesday, March 10, 2009

Mencari Agen Baja Organik Untuk M’sia & I’sia..

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Selatan Thai.


“KALI ini saya tak mahu cakap politik lagi.. Saya nak tolong kawan saya pasarkan baja..” Kata kawan saya melelui telefon, yang akan saya temui di bandar Yala, selatan Thai, sebentar lagi.

“Ai, lain macam bunyi, tentu ada apa-apa?” Saya tanya, setelah kami bertemu disebuah kedai makan selepas itu, kerana dia belanja makan tomyam disebuah kedai antara yang tersedap dan termurah di bandar Yala (orang tempatan menyebutnya Jala).

Akhirnya, diberitahu juga bahawa kerana politik, rumahnya pernah dikepung polis beberapa tahun lalu, tetapi dia lepas. Dan dia mengambil keputusan untuk tidak aktif perkatakan politik buat sementara, tidak berhubungan telefon lagi dengan rakan-rakan perjuangan. Teringat saya, mungkin waktu itu saya pernah menelefonnya, dia tidak mahu bercakap politik, dia memberitahu dia tidak boleh keluar rumah, hatta bersembahyang subuh di masjid berhampiran rumahnya pun tak boleh. Nyawanya sedang terancam, waktu itu.

Sekarang baru jelas diberitahunya, “Sebenarnya, saya bukanlah aktif sangat dalam kancah politik. Saya cuma sering berceramah agama di mana-mana saya dijemput, terutamanya di selatan Thai dan sering menulis dalam web. Tapi tuduhan atas saya adalah berkaitan dengan web. Begitu juga dua orang kawan saya, mereka cuma mengajar agama di sekolah persendirian di Phnom Penh, Kemboja. Mereka ditahan sudah beberapa tahun lalu, dan sehingga sekarang tidak dapat di ketahui di penjara mana mereka berada. Menurut kenyataan Hun Sen Perdana Menteri Combodia, dia bukan hendak tangkap sangat, tetapi terpaksa kerana desakan dari luar negara, atas nama kempen anti keganasan.”

Begitu, terserlah lagi sebenarnya kempen anti keganasan, adalah projek Yahudi untuk musnahkan Islam.

“Ya! Mengenai pasaran baja, Bagaimana?”

“Kawan saya seorang ahli bisnes, syarikatnya telah dilantik untuk mengedarkan baja organik di selatan Thai, Malaysia dan Indonesia, di mana kilang pembuatannya di Bangkok. Saya teringat kamu, kalau-kalau boleh bantu! Apalagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, dan Malaysia mula menumpukan di bidang pertanian pula, sehingga baja yang dibawa masuk dari luar negara pun diberi kemudahan pengecualian dari cukai.” Katanya.

“Apa yang boleh saya bantu?”

“Cuma cari siapa yang nak jadi agen? Harga dan mutu penghasilannya baik, hasil kajian dari beberapa university di Thailand. Baja organik dalam bentuk bijirin. Saya akan temukan dengan kawan saya itu. Itu sahaja!” Jelasnya lagi.

Jadi, melalui tulisan ini, siapa yang berminat untuk menjadi agen, atau mendapat butiran lanjut mengenai hal tersebut, sila hubungi: Syaifan e-mail: ibnuhasyim@gmail.com Itu langkah pertama. Langkah seterusnya akan menyusul.

Sekian, catatan perjalanan kali ini, semoga mendapat kemanfaatan bersama. Wallahu aklam.

Ibnu Hasyim
ibnuhasyim@gmail.com
Yala. Mac 10, 2009.

Sila lihat catatan perjalanan Ibnu Hasyim di Thailand..

1..November21, 2008 Thailand Perlu Parti Islam? 2..Wednesday, November 19, 2008 Bangkok: Pelacur Dari Saudi? 3..Thursday, November 13, 2008 Pattani: Al-Qaeda Isytihar Perang Mulai Muharam Ini.. 4..Saturday, January 10, 2009 Yala: Maaflah Kawan... 5..Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim 6..Wednesday, January 7, 2009 Pattani: Cungkil Kenangan lama... 7..Monday, March 9, 2009 Raja Thai Sama Dengan Sultan Perak? 8..Tuesday, March 10, 2009 Mengapa Pekan Ini Tiada Peniaga Cina?

Mengapa Pekan Ini Tiada Peniaga Cina?

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Selatan Thai.

Lepas solat subuh, di kedai kopi itu masih kurang penghuni.. Ban Palas.

DARI Pattani menuju ke Narathiwat, anda akan melalui sebuah pekan kecil kira-kira 500 buah kedai berderet di cabang empat atau simpang empat, bernama Ban Palas. Semua pekedai-pekedai di sini orang Melayu beragama Islam. Cuma ada seorang peniaga Siam bukan Islam, kedainya bukan di dalam pekan, tetapi di belakang pekan, kedai farmasi. Kata seorang penduduk tempatan di situ, mempromosikan keistimewaan bandar kecil kebanggaannya.

Pagi itu lepas sholat subuh di masjid, saya secara kebetulan berjalan-jalan ambil angin dan melatih pergerakan badan lalu singgah di kedai itu, setelah perkenalkan diri, rupanya dia masih kenal saya. Begitulah ceritanya tadi sebagai anak jati Palas.

Jawab saya, “Ya. Saya pun masih ingat, kira-kira tahun 1987 hingga 1990an, saya acap mari sini, kalau tak salah rumah kedai di sini ada kira-kira 100 buah sahaja. Waktu itu Bank Pertanian sana pun masih belum ada.”

“Tetapi pada pertengahan 1970an, di Pattani berlaku suatu peristiwa bersejarah..” Jelasnya lagi. “Orang-orang kita berarak (berdemontrasi) kerana menuntut keadilan pembunuhan ke atas umat Islam wilayah selatan. Berarak meminta perhatian dunia Islam waktu itu. Di Ban Palas ini berlaku pertembungan antara puak berarak dengan soldadu kerajaan. Ramai puak-puak kita dibunuh dibuang ke sungai, atau mayitnya hilang entah di mana. Hal ini membuat Palas tidak aman. Puak-puak pejuang sentiasa mengintai ruang untuk menuntut balas kepada agen-agen kerajaan dan talibarut pemerintah.”

“Haaah. Betul tu.” Sampuk teman di sebelahnya. “Ambo sendiri, ambo culik agen kerajaan Tok Pek (orang Cina) tokeh kedai di Palas, kedainya balik situ..” Sambil jari menunjuk arah kedai tersebut, “…letak atas bukit, minta wang tebusan! Dengan duit itulah ambo pergi ke Makkah, puluhan tahun tinggal di sana.., atur langkah…”

Anak jati Palas itu menyambung lagi, “Lepas itu tokeh-tokeh Cina dan Siam kafir dah tak berani lagi buka kedai di pekan ni. Bila agak aman mereka datang pula nak buka kedai.. tapi tak dapat jaminan keamanan dari Tok Mene (Tok Pengulu) Palas, walaupun nak dibayar banyak wang. Itulah sebabnya di Palas tidak ada peniaga-peniaga Cina hingga sekarang.. kecuali ada satu peniaga Siam di belakang pekan hujung tu.”

Dia mengalih pandangan pada saya, “Mu pun kenal Tok Mene tu, dulu dia pernah sokong kumpulan usrah kita.. dan pernah buat pertemuan di rumahnya.” Saya mengangguk. “ Tapi sekarang dia sudah meninggal dunia.”

“Inna lillahi wainna ilai hi rajiun. Itulah antara jasa-jasanya kepada anak-anak Melayu Palas.” Sambut kawan yang seorang lagi.

Sekian.

Ibnu Hasyim
ibnuhasyim@gmail.com
Pattani. Mac 09, 2009.

Sila lihat catatan perjalanan Ibnu Hasyim di Thailand..

1..November21, 2008 Thailand Perlu Parti Islam? 2..Wednesday, November 19, 2008 Bangkok: Pelacur Dari Saudi? 3..Thursday, November 13, 2008 Pattani: Al-Qaeda Isytihar Perang Mulai Muharam Ini.. 4..Saturday, January 10, 2009 Yala: Maaflah Kawan... 5..Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim 6..Wednesday, January 7, 2009 Pattani: Cungkil Kenangan lama... 7.. Monday, March 9, 2009. Raja Thai Sama Dengan Sultan Perak?

Monday, March 09, 2009

Raja Thai Sama Dengan Sultan Perak?

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

SAYA sampai di bandar Hatyai kira-kira jam 6 petang waktu Malaysia, jam 5 waktu Thailand. Saya meluru ke sebuah kaunter untuk dapatkan kenderaan mahu ke Pattani waktu ini juga. “Oo. Maaf tuan, waktu ini tiada kenderaan yang mahu ke Pattani..” Kata penjaga kaunter itu.

Teringat kata-kata seorang pemandu kereta sewa orang tempatan, yang saya temui di kedai makan tadi mengatakan, kalau dari Hatyai hendak pergi ke utara.. ada, tetapi kalau dari Hatyai ke selatan, seperti Yala, Naratiwat, Sungai Kolok dan lain-lain, tak ada kenderaan yang mahu pergi.

“Kenapa?” Saya tanya.

“Hampir hari-hari ada orang mati dibedil. Samada soldadu atau rakyat biasa. Kelmarin di nat Palas seorang soldadu atau tentera mati dibedil. Soldadu bersenjata lengkap ramai di sana-sini sekarang. Berbagai taktik dan teknik digunakan. Contohnya.. Hari itu, seorang Melayu masuk ke kedai Cina meninggalkan motosikalnya di luar kedai. Entah apa terjadi di dalam kedai terdengar bunyi letupan, taukeh kedai tertembak, lelaki itu lari keluar membonceng di belakang motosikal seorang lain, terus hilang dari pandangan.

Pihak polis atau soldadu datang menyerbu dan menyiasat, termasuk motosikal yang ditinggalkan lelaki Melayu itu. Rupanya di situ dipasang peledak yang lebih besar… Bom di motosikal itu terus meletup. Ramai soldadu yang mati dan cedera. Berbagai cara dan helah digunakan!” Ceritanya lagi.

“Huru-hara ini bermula sejak zaman pemerintah Perdana Menteri Thai Tahsin Shinawat, adakah dia anti orang Islam?” Saya tanya lagi.

“Ya. Memang mulanya, kami rakyat yang beragama Islam menganggap begitu. Selepas berlaku pembunuhan ke atas orang Islam di Masjid Kerisik, Tak Bai dan lain-lain, kami amat benci pada Thaksin. Tetapi setelah Thaksin tersingkir barulah kami mula faham siapa sebenarnya dalang di balik pembunuhan tersebut. Dalang itulah berperanan memporak-perandakan seluruh keamanan rakyat Thai hingga kini. Mereka cemburu melihat sokongan rakyat kepada Thaksin, yang membawa rakyat dan negara ke arah pembebasan dari kemiskinan, terutama di kalangan rakyat miskin di utara Bangkok.

Di selatan Thai ekonomi rakyat Islam mula meningkat di bawah Thaksin. Suasana damai mulai memberi harapan baru.. (Parti Harapan Baru yang mendapat sokongan orang Islam Selatan Thai bergabung memerintah dengan Parti Thai Rak Thai pimpinan Thaksin ketika itu). Kerana itu mereka cuba gunakan kuasa raja untuk memisahkan pemerintah Thaksin dengan rakyat Islam. Akhirnya Thaksin berjaya disingkir, dipisahkan dengan rakyat Thai, dan partinya diharamkan.” Jelas pemandu kereta sewa itu, yang kalau dilihat pandangan pemikirannya, bukan sebagai seorang pemandu kereta sewa biasa.

“Saya juga melihat perkembangan politik Malaysia sekarang, kerana ramai kaum keluarga saya masih berana di sana, terutama di negeri Perak. Ada golongan yang cuba memisahkan MB Perak dari PR Ir Mohd Nizar dengan rakyat Perak dengan menggunakan kuasa Sultan Perak. Nampaknya hampir sama sahaja peranan Raja dan Sultan-sultan di negara kamu Malaysia dan negara saya Thai yang saya cintai ini!” Katanya lagi.

Terpinga-pinga saya. Hal inilah yang membuat sesebuah negara tidak aman, menyebabkan malam ini saya terpaksa mencari bilik penginapan di hotel, tidak boleh terus ke Pattani.

Wallahu ‘aklam. Sekian.

Ibnu Hasyim
ibnuhasyim@gmail.com
Hatyai. Mac 08, 2009.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails