Monday, March 16, 2009

Gaharu: Kayu Bernilai Emas.

Kayu gaharu..

Ibnu Hasyim Catatan Santai
DIA sahabat lamaku, yang kutemui di Medan Selera bawah GM Supermarket berhampiran Jalan Chow Kit mengajakku ke Aceh melihat perkembangan Pemilu di Indonesia awal bulan depan, beberapa malam lepas. Di samping pulang mengundi, dia juga mengurus niaga import eksportnya. Apa import eksportnya?
“Ini, barang niagaku, kalau laku kita boleh langkah panjang jalan-jalan..” katanya, sambil mengeluarkan beberapa ketulan kayu seperti gambar di atas. “Kayu gaharu!”
Menurutnya, ‘gaharu’ adalah salah satu komoditas Hasil Hutan Bukan Kayu (HHBK) komersial yang bernilaijual tinggi. Bentuk produk gaharu merupakan hasil alami dari kawasan hutan berupa cacahan, gumpalan atau bubuk. Nilai komersial gaharu sangat ditentukan oleh keharuman yang dapat diketahui melalui warna serta aroma kayu bila dibakar.
Sambil membakar sedikit hujung kayu itu, terserlah keharuman baunya menyucuk hidung, katanya, “Masyarakat mengenal kelas dan kualitas dengan nama gubal, kemedangan dan bubuk. Selain dalam bentuk bahan mentah berupa serpihan kayu, juga melalui proses penyulingan dapat diperoleh minyak atsiri gaharu yang juga bernilaijual yang tinggi!”
Hal ini mengingatkanku semasa berada di Kemboja beberapa tahun lalu, di Masjid Besar Phnom Penh, aku diperkenalkan dengan seorang berketurunan Cina pengusaha pati minyak gaharu. Dia membawaku melihat pusat prosesnya di pinggir bandar dari ketulan-ketulan kayu menjadikan pati atau ‘ibu minyak wangi’, yang disebut juga minyak attar. Ramai pak-pak Arab dari Makkah datang membeli terus darinya untuk membuat minyak wangi, yang dipasarkan sekitar Kaabah, Makkah, terutamanya di musim hajji. Barangkali yang jamaah hajji Malaysian beli bawa balik ke Malaysia itu asalnya mungkin dari Kemboja juga.
Kalau dilihat dari sudut bahasa kata ‘gaharu’ berasal dari bahasa Melayu, ertinya ‘harum’. Atau dari Bahasa Sansekerta ‘aguru’, ertinya ‘kayu berat (tenggelam)’, sebagai produk damar, atau resin dengan aroma, keharuman yang khas. Gaharu sering digunakan untuk mengharumkan tubuh dengan cara pembakaran (fumigasi) dan pada upacara ritual keagamaan. Gaharu dengan naloewood, merupakan substansi aromatik (aromatic resin) berupa gumpalan atau padatan berwarna coklat muda sampai coklat kehitaman yang terbentuk pada lapisan dalam dari kayu tertentu.
Ianya dikenal sejak abad ke 7 di wilayah Assam India, berasal dari jenis Aqularia agaloccha rotb, digunakan terbatas sebagai bahan pengharum dengan melalui cara fumigasi (pembakaran).. Kini, gaharu boleh juga di dapat dari jenis tumbuhan lain famili Thymeleaceae, Leguminaceae, dan Euphorbiaceae yang dijumpai di wilayah hutan Cina, daratan Indochina (Myanmar dan Thailand), Malay Peninsula (Malaysia, Brunei Darussalam, dan Filipina), serta Indonesia (Sumatera, Kalimantan, Papua, Sulawesi, Nusa Tenggara Barat, Maluku, Mataram dan beberapa daerah lainnya), termasuk Aceh.
Di Indonesia gaharu mulai dikenal sejak tahun 1200an sejak adanya pertukaran dagangan (barter trade) antara ‘Palembang dan Pontianak’ dengan Kwang Tung di daratan China. Menurut I.H. Burkill, perdagangan gaharu Indonesia sudah dikenal sejak lebih dari 600 tahun silam semasa Pemerintah Hindia Belanda dan Portugis, yang dikirim ke Negara Cina, Taiwan dan Saudi Arabia (Timur Tengah). Puncak eksportnya antara 1918 – 1925 dan masa penjajahan Hindia Belanda volumenya, sekitar 11 ton/tahun.
Lepas merdeka, eksport gaharu terus meningkat tidak hanya ke Cina, tetapi juga sampai ke Korea, Jepun , Amerika Syarikat dan Timur Tengah. Lepas itu, eksport gaharu dari Indonesia sempat tercatat lebih dari 100 ton pada tahun 1985. Menurut laporan Harian Suara Pembaharuan (12 Januari 2003), pada periode 1990 – 1998, tercatat volume eksport gaharu mencapai 165 ton dengan nilai US $ 2,000,000. Lalu, pada periode 1999 – 2000 meningkat menjadi 456 ton dengan nilai US $ 2,200,000. Tetapi akhir tahun 2000 samapai akhir tahun 2002, turun hingga 30 ton dengan nilai US $ 600,000.
Masyarakat Islam di Papua

Apa guna gaharu? Gaharu mempunyai kandungan resin atau damar wangi yang mengeluarkan aroma dengan keharuman yang khas. Bahkan diperlukan sebagai bahan baku industri parfum, ubat-ubatan, kosmetik, dupa, dan pengawet berbagai jenis asesoris serta untuk keperluan kegiatan agama bagi pemeluk Islam, Budha, dan Hindu. Seiringnya dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi industri, gaharu berguna sebagai bahan ubat-ubatan. Menurut Raintree(1996), gaharu dipakai sebagai ubat anti asmatik, anti mikroba, stimulant kerja syaraf dan pencernaan.
Dalam khazanah etnobotani di Cina, digunakan sebagai ubat sakit perut, perangsang nafsu birahi, penghilang rasa sakit, barah, diare, tersedak, ginjal tumor paru-paru dan lain-lain. Di Eropah, diperuntukkan sebagai ubat barah. Di India, digunakan sebagai ubat tumor usus. Di beberapa Negara seperti Singapura, Cina, Korea, Jepun, dan Amerika Syarikat sudah dikembangkan sebagai ubat-ubatan seperti penghilang stress, gangguan ginjal, sakit perut, asma, hepatitis, sirosis, pembengkakan liver dan limfa. Bahkan Asoasiasi Eksportir Gaharu Indonesia (ASGARIN) melaporkan bahawa Negara-negara di Eropau dan India sudah memanfaatkan gaharu tersebut untuk pengobatan tumor dan kanker.
Gaharu digunakan secara tradisional oleh penduduk Papua..
Di Papua, gaharu sudah digunakan secara tradisional oleh masyarakat setempat untuk pengubatan. Mereka mengggunakan bahagian-bahagian dari pohon penghasil gaharu (daun, kulit batang, dan akar) digunakan sebagai bahan pengubatan malaria. Sementara air sulingang (limbah dari proses destilasi gaharu untuk menghasilkan minyak atsiri) yang sangat bermanfaat untuk merawat wajah dan menghaluskan kulit.

Seorang kawan kami bertanya, “Berapa harganya? Kalau ada orang hendak beli bagaimana?”
“Ya. Kayu gaharu ini saya dapatkan dari Aceh. Harganya memang tinggi, bernilai emas, hanya yang kenal baru menghendakinya, kalau nak sila hubungi saya.. Tgk Mansur Din. No telefon di Kuala Lumpur 0193489046.”
Sekian catatan santai kali ini.. Wassalam.
ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 16, 2009. KL.

Web: Rakyat Dituduh Hina Sultan.


By Megat Ali Megat Alang

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri, rakyat negara ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua tuduhan menghantar komen yang jelik ke laman web pejabat Sultan Perak dengan niat menyakitkan hati orang lain. Ahli perniagaan Fuad Ariff Abdul Rashid, 35, dan isterinya Fatimah Maisurah Abdullah, 34, seorang peguam, dituduh menghantar komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my.

Mereka didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di No. 1206, Kampung Tok Kaya, Chabang Tiga di sini pada 7.57 pagi dan 8.01 pagi, 14 Februari. Mereka didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1958 (AKta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya. Hakim Mohamad Khalid Abdul Karim kemudian menetapkan 20 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Azmi Ariffin. Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Wan Zainuddin berkata pihaknya akan mengemukakan satu representasi kepada Pejabat Peguam Negara supaya kedua-dua pertuduhan terhadap anak guamnya dipertimbangkan selain menggugurkan pertuduhan terhadap Fatimah. (Sumber BERNAMA/Mstar online)

Kerajaan Perpaduan, Muktamar Tentukan.. Nik Aziz.


By Asyok Kumar

MENTERI Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pandangan peribadinya mengenai cadangan mewujudkan Kerajaan Campuran PAS dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini, di Kota Bharu semalam. Menurut beliau ‘perkara itu akan diperhalusi pada Muktamar Tahunan PAS pada Jun nanti’.

Ini kerana, kata beliau, PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN sebelum mereka berpisah daripada kerajaan pakatan itu dan telah merasa sendiri pahit manis ketika bersama. "Kami sudah cuba masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai. Cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit (serik)… Selagi saya tidak puas hati, saya rasa pahit untuk menerimanya (cadangan itu)," katanya, menurut Mstar online.

Sebelum ini, susulan cadangan Abdul Hadi, Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta PAS mengemukakan butiran jelas mengenai secara terperinci cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan pakatan pembangkang di negara ini. Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut presiden PAS itu menerangkan maksud beliau kepada Parti Keadilan Rakyat dan DAP, sekutu PAS dalam gabungan parti pembangkang.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras Sinator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi, supaya tidak tertipu dengan muslihat pihak tertentu mencadangkan pembentukan Kerajaan Campuran, kerana langkah tersebut bakal menjahanamkan UMNO dan masa depan Melayu. (AK)

Sila lihat http://www.ibnuhasyim.com

1..Sunday, March 15, 2009 Kerajaan Perpaduan: Muhyiddin Sokong Abdul Hadi. 2..Friday, March 13, 2009 DAP Tolak Kerajaan Campuran.. Lim Guan Eng 3.. Thursday, March 5, 2009 PAS Menuju Kerajaan Perpaduan? 4..Friday, March 13, 2009 Sejarah PAS 28: Kerajaan Campuran Suatu Pengalaman Penting. 5.. Thursday, March 12, 2009 Sejarah PAS 27: Kerajaan Perpaduan/Campuran.

Sunday, March 15, 2009

Kerajaan Perpaduan: Muhyiddin Sokong Abdul Hadi.



By Asyok Kumar

CADANGAN untuk membentuk kerajaan perpaduan di negara ini demi mengembalikan keamanan dan tenteram kepada rakyat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah disokong secara peribadi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini.

Naib Presiden UMNO itu berkata, cadangan berkenaan pernah diusulkan sebelum pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu tetapi tidak mendapat sebarang sokongan daripada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Ini pandangan peribadi saya dan tidak ada kena mengena dengan parti. Cadangan yang dikemukakan oleh Presiden PAS itu amat penting untuk difikirkan. Malah tidak ada sebarang masalah sekiranya berlaku kerajaan campuran. UMNO bersikap terbuka,” katanya.

Muhyidin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Taklimat Dan Dialog Pakej Rangsangan Ekonomi, di sini semalam. Hadi sebelum ini dilaporkan mencadangkan agar ditubuhkan kerajaan perpaduan di negara ini ekoran krisis politik dan krisis ekonomi yang bakal mendatang. Ahli Parlimen Marang itu berkata, semua parti-parti politik di negara ini perlu bersatu untuk agenda yang lebih besar negara iaitu bekerja untuk kepentingan rakyat.

Pada majlis yang sama, Muhyiddin berkata, usaha serius perlu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan segera pakej rangsangan ekonomi kedua. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, pelaksanaan pakej rangsangan kedua perlu sampai ke peringkat akar umbi bagi memastikan projek-projek terbabit dilaksanakan. “Sokongan rakyat semua peringkat, terutama perniagaan, perlu bagi menyemarakkan penggunaan domestik dan meningkatkan ekonomi,” katanya.

Sementara itu DAP pula sentiasa bersedia berkerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan pusat berhubung aspek ekonomi, tetapi tidak dalam aspek ‘kerajaan campuran’, buat masa ini, seperti kenyataan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng di pejabatnya di Pulau Pinang beberapa hari lepas. “Dalam aspek kerajaan campuran, saya rasa bagi DAP tiada (kerjasama) tetapi untuk bekerjasama dengan BN bagi memulihkan dan menyelamatkan ekonomi, kita sedia bekerjasama," katanya [Sila lihat http://www.ibnuhasyim.com Friday, March 13, 2009 DAP Tolak Kerajaan Campuran.. Lim Guan Eng ] (AK)

Sila lihat http://www.ibnuhasyim.com

1..Friday, March 13, 2009 DAP Tolak Kerajaan Campuran.. Lim Guan Eng 2.. Thursday, March 5, 2009 PAS Menuju Kerajaan Perpaduan? 3..Friday, March 13, 2009 Sejarah PAS 28: Kerajaan Campuran Suatu Pengalaman Penting. 4.. Thursday, March 12, 2009 Sejarah PAS 27: Kerajaan Perpaduan/Campuran.

Bukit Gantang Di Serang Kartun..

Jom kita ke Bukit Gantang

Siri ..2 Bukit, 1 Batang:
By Megat Ali Megat Alang.

DRS. KHALIL IDHAM LIM


1..Thursday, February 12, 2009 Sejarah Pang5 Bukit Gantang… Tolak BN? 2..Friday, February 13, 2009 Wajibkah Undi Pakatan Rakyat?

Guna Nama Allah: Tak Setuju Haram Lagu Agnes Monika?

Kitab suci Kristian 1100 tahun dahulu juga memakai sebutan nama "Allah"dan "Bismi_Allahir _RaHmaaanir _Raheem"



Ibnu Hasyim Catatan Santai

SESEORANG menghantar e-mail kepada saya tadi Mac 14, mungkin memberi komen mengenai tulisan saya .. 1..Monday, March 2, 2009 Tunjukkan Nas & Dalil, Bukan Islam Tidak Boleh Guna Nama Allah.. Ibnu Hasyim. 2..Saturday, March 14, 2009 Agnes Monica: Sebab Allah Yesusku Mengerti, Bukan Itu Saja.

Tulisannya berbunyi…

[ Assalaamu'alaikum ... Nama saya Abu Hasan Chan sudah lebih 30 tahun memeluk and mengkaji darihal Islam dan perbandingan ugama. Baru-baru ini timbul satu isu berkenaan penggunaan nama "Allah" oleh pihak bukan berugama Islam. Saya ada sedikit komen di sini. Jika ada apa reaksi terhadap komen saya ini sila hantar emel kepada saya di < abchan09@streamyx.com >. Antara perkara yang saya hendak sebut ialah penglibatan saya dalam debat antarabangsa di internet dengan orang-orang bukan Islam. Salah satu tajuknya ialah asal-usul nama "Allah".

Ada orang bukan Islam secara yang jahil mendakwa bahawa nama "Allah" hanya khusus bagi ugama Islam dan itu kata mereka adalah nama bagi tuhan palsu kerana mereka percaya Islam adalah ugama palsu. Bagi setengah orang bukan Islam yang lain yang lebih arif yang pernah mengkaji perbandingan ugama-ugama mengatakan bahawa nama "Allah" sudah lama dipakai oleh ugama Yahudi , Kristian sebelum zaman Nabi Muhammad. Jadi nama "Allah" adalah nama generic (lumrah) bagi bahasa-bahasa Semitic (Ibrani, Aramaic dan Arab). Sebab itulah nama "Allah" terdapat dalam kitab-kitab suci mereka seperti Bibel (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru).

Saya hendak sebut 3 hujjah daripada Al-Qur'an :

1)..Apabila penganut ugama lain ada menyebut nama "Allah" sebagai memulia nama Tuhan Semesta Alam dan Yang Maha Pencipta, kita hendaklah berkata "Alhamdullilah". Sila ulang baca maksud ayat:

Dan sesungguhnya jika engkau ( wahai Muhammad ) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad) "Alhamdullilah". (Sebagai bersyukur di sebabkan pengakuan mereka yang demikian-tidak menginkari Allah). Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). [ Surah Luqman 31 : 25 ]

2)..Ugama lain ada menyebut nama "Allah" sebagai memuliakan nama itu sendiri. Cuma saya nak sebut satu perkara yang menarik tentang adanya orang Yahudi di Zaman Nabi Muhammad yang menyebut nama "Allah" sebagai mempersenda ummat Islam. Bunyinya begini ....Inn _Allah faqeer(un) wa naHnu aghniya' [Ali Imran 3:181] = yang bermaksud " orang Yahudi berkata -Allah- itu miskin dan kami (orang Yahudi) adalah kaya. Asal usul ucapan orang Yahudi begitu rupa sebagai bentuk senda-gurau mempersenda orang Islam yang mencari derma jihad seolah-olah Tuhan orang Islam tidak ada wang untuk membantu ummat Islam. Sebenarnya dalam ugama Yahudi sendiri nama Tuhan tidak boleh dijadikan bahan senda gurau ...ugama mereka sendiri menganggap menyebut Tuhan atau Allah sebagai satu gurauan itu adalah KUFUR namanya.

3)..Orang Arab Kristian sudah lama menyebut nama Allah dalam kitab suci mereka. Jika kita berkata kepada orang Arab Kristian bahawa nama Allah hanya khusus bagi ugama Islam , mereka akan fikir orang Melayu adalah jahil dalam bahasa Arab. Kalau mengikut kehendak orang Melayu bahawa orang Kristian tidak boleh menyebut nama Allah , tentulah mereka akan merasa hairan kenapa nama Allah ditulis dalam kitab suci (Bibel) mereka sejak zaman berzaman dan ulama-ulama Islam di tanah-tanah Arab sendiri tidak membantah. Sila lihat penggunaan nama Allah dalam kitab suci mereka di laman web :

http://www.arabicbible.com/bible/codex151_p1.htm
http://www.arabicbible.com/bible/codex151_heb.htm

Perhatikan kitab suci Kristian 1100 tahun dahulu juga memakai sebutan nama "Allah" dan "Bismi_Allahir _RaHmaaanir _Raheem"

Jika orang Kristian menyebut nama Allah , itu adalah satu penyataan sebagai kebenaran yang di sebut dalam Al-Qur'an sendiri. Sila baca: laqad kafara _l-lazeena qaaluu inn _Allaha thaalithu thalathah ....= yang bermaksud , "telah kufur orang-orang (Kristian) yang kata Allah ialah yang ketiga dari yang TIGA" [Al-Maidah 5:73]

Jika kita faham ayat Al-Qur'an tersebut , ia menyatakan kepercayaan orang-orang Kristian bahawa sebutan nama "Allah" sebagai salah satu oknum dalam akidah Tri-Tunggal atau Triniti mereka. Ya, mereka menyebut "Allah" secara fahaman kufur mereka. Jika orang Melayu melarang orang Kristian menyebut nama "Allah" maka secara tidak langsung , orang Melayu bercanggah dengan ayat Al-Qur'an, seolah-olah mengheret diri mereka menjadi kufur kerana tidak faham Al-Qur'an? Berhati-hatilah jika kita melarang orang Kristian menyebut nama "Allah".

Bagi pihak Kristian pula jika mereka berkata nama Allah hanya bagi Islam, maka dengan secara tidak langsung mereka berkata ayat Al-Maidah 5:73 adalah bohong dan fitnah terhadap ugama Kristian . Ya...adakah Al-Qur'an itu berbohong terhadap kepercayaan Kristian? Silalah fikir baik-baik. Al-Qur'an menegaskan bahawa orang Kristian ada menyebut nama "Allah" ..adakah itu benar atau tidak?

Pernah timbul di Indonesia yang mana orang-orang Kristian Indonesia mencadangkan nama "Allah" tidak dipakai dalam kitab suci mereka "Al-Kitab". Nama "Allah" hendaklah digantikan dengan sebut "Elohim". Pihak ulama Kristian tidak dapat berbuat demikian kerana sebutan Allah adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan sebutan Elohim, Ini kerana sebutan Elohim memberi erti berlainan dalam bahasa Ibrani. Elohim memberi makna kebesaran Ilahi bagi ugama Yahudi bukannya memberi erti "jamak" (plural). Sedangkan pihak Kristian mengambil kira erti Elohim dalam ertikata fahaman akidah Triniti mereka , iaitu berbilang keTuhanan (Bapa, Anak dan Ruh Qudus). Maka pihak Kristian mengekalkan penggunaan nama "Allah" untuk mengelak kekeliruan dari segi etimologi (asal usul perkataan dalam penggunaan bahasa).

Sekian dulu. Yang benar, Abu Hasan Chan. <> ]

Terima kasih atas komen anda. Mungkin kerana dalam tulisan 1 seperti judul di atas, saya tidak bersetuju dengan pandangan di mana orang ‘bukan Islam tidak boleh guna nama Allah’. Kata saya, ‘Begitulah corak pemikiran peneraju-peneraju pemerintah negara ini yang tidak mahu memikirkan kepentingan dakwah dan pandangan orang bukan Islam di negara sendiri’. Ertinya saya tidak bersetju dengan Kementerian Dalam Negeri yang mengumumkan bahawa ia telah membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan agama Kristian berkuat kuasa serta merta. Jadi, saya bersetuju orang bukan Islam boleh guna perkataan tersebut!

Tetapi dalam tulisan 2 seperti tajuk di atas, saya seolah-olah bersetuju pula dengan perlaksanaan tersebut, apabila menyokong MAIS yang mahu lagu Agnes Monica diharamkan kerana liriknya menyebut ‘...sebab Allah Yesusku mengerti.’. Ertinya bersetju pula dengan tindakan MAIS melarang penggunaan kalimat Allah tersebut di kalangaan orang bukan Islam. Dan komen saya di situ ‘Setuju haramkan, tapi lihat juga aspek lain yang lebih besar lagi.. moral, kebudayaan dan dakwah!’

Pandangan saya:

1..Kita terpaksa bersetuju kerana undang-undang itu telah dilulus dan dilaksanakan. Apalagi bila bila ada pendapat ulama-ulama yang menyokong dan menentang dengan nas masing-masing. Kita hormati pendapat mereka, walau pun tidak sama dengan kita.

2.. Dalam kes Agnes Monika, saya setuju haramkan lagu itu, tapi kena lihat juga aspek-aspek lain yang lebih besar lagi, seperti moral, kebudayaan dan dakwah. Budaya keruntuhan moral dalam bidang maksiat hiburan pada artis-artis, memang semua ulama tidak bersetuju, walaupun ulama-ulama dalam kerajaan tidak mampu mencegahnya. Mengapa yang ini tidak diharamkan? Sepatutnya disegandingkan.

3..Sebenarnya, hal ini berlaku kerana kuasa politik lebih tinggi dari kuasa mereka, disebabkan parti mereka bukan parti yang berdasarkan agama. Agama hanya tempelan sahaja. Lihat sahaja seorang Mufti pernah dipecat kerana melaksanakan peraturan mengenai ratu cantik. Begitu juga masalah murtad dan lain-lain. Kalau kerajaan ini kerajaan berwibawa dan mempunyai jentera yang kuat dalam menjelaskan kekeliruan mengenai Islam, maka membenarkan penggunaan perkataan Allah di kalangan bukan Islam amat baik.

Kerana perlaksanaan ini membuka kepada polimik dan memberi ruang dakwah yang lebar untuk penjelasan konsep tauhid dalam Islam. Dan dakwah Islam bukan lagi di peringkat yang sempit kenegaraan, bahkan melangkaui batas sempadan, dengan kecanggihan teknologi masa kini. Pelek.. dalam menerangkan Islam, kerajaan Malaysia masih membina tembuk dari tempurung sempit. Tidak fikirkah mereka dunia sekarang adalah gelas yang telus pandangan. Mengapa masih bersifat katak bawah tempurung? Sampai bilakah dapat bertahan dalam keadaan seperti ini?

4..Sebagai penyelesaiannya, kita kena gunakan kuasa yang ada pada kita, untuk memilih dan menyokong parti yang memperjuangkan kerajaan Islam, dan komponannya. Terus terang saya katakana, dalam pilihan raya kecil (2 Bukit… 1 Batang…) ini, undilah PAS dan komponannya! Kepada Abu Hasan Chan, saya ucapkan selamat berjihad dan terus berjuang!

Sekian catatan santai kali ini... Wallahu aklam.

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 14, 2009. KL.

Saturday, March 14, 2009

Agnes Monica: Sebab Allah Yesusku Mengerti, Bukan Itu Saja.

ehem, ehem...

By ASYOK KUMAR

DIBERITAKAN ‘MAIS mahu lagu Agnes Monica diharamkan’… Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul ‘Allah Peduli’ kerana liriknya antara lain menyebut ‘...sebab Allah Yesusku mengerti.’ Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.

‘Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica. Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan 'sebab Allah Yesus ku mengerti' kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu. "Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah," kata Mohamad Adzib.

Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat. "Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya. BERNAMA

Secebis ringkas biodatanya: Agnes Monica Muljoto. Perempuan. Agama Kristian. Kelahiran Jakarta, 01 Julai 1986. Agnes sukses menyabet penghargaan bergengsi seperti 'Most Favorite Female' MTV 2006 dan "Artis Solo Wanita Terbaik" dan "Penyanyi Rhythm & Blues Terbaik" AMI Award 2006. Sebanyak lima penghargaan disabet Agnes sepanjang tahun 2006, dan membuatnya terpilih sebagai 'Aktris Terpopuler 2006'. Artis yang sempat digosipkan dengan Bams Samson dan penyanyi Afgan.

Ada juga yang memberi komen, (Gambar) Agnes Monica (Jelita) seksi berseluar dalam lagi March 4, 2009 by Gadis Lonely?Apa nak jadi dengan artis indonesia yang sorang ni. Pernah sekali punya best beraksi atas pentas, sampai nampak *ehem ehem* nya dan kini macam sengaja pulak nak tunjuk. Nasib ada seluar dalam yang macam kebudak-budakkan tu. Ni anak saudara Gadis je yang pakai time nak tidur.

Komen Ibnu Hasyim.com: Tv di Malaysia pun terlibat mempromosinya. Setuju haramkan, tapi lihat juga aspek lain yang lebih besar lagi.. moral, kebudayaan dan dakwah! (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails