Sunday, March 22, 2009

Kerajaan Perpaduan: PAS-HAMAS Lwn/Kwn UMNO-Fatah…

Siapa pegang siapa.. perpaduan?

Ibnu Hasyim Catatan Santai

TERIMA kerana membuka polemik dalam komen pada tulisan saya, ‘Saturday, March 21, 2009 HAMAS-Israel, Jangan Perang Kalau Kekuatan Senjata Tidak Setanding?’. Saya salinkan…

Abu said... Sdr., Sy rasa kurang tepat meletakkan perjuangan HAMAS sama dgn PAS dan FATAH dgn UMNO. Kerana Org Melayu Muslim di negara ini belum sampai mengambil senjata api bagi menyelesaikan masalah yg mereka hadapi. Adalah Sdr begitu beria-ia hendak sampai ke arah yg disebutkan tadi? Wa na ngu-zubillah.... Sebenarnya sejarah Islam telah ratusan lagi berulang kali sejak Perang Siffin lagi di zaman Saidina Ali R.A. Kenapa kita tidak mengambil pendekatan yg lebih ke arah kesatuan ummat.

Kenapa org-org seperti Sdr dalam PAS menolak saranan-saranan kearah itu? Yg amat mengherankan PAS dapat menerima DAP yg terang-terang anti-Islam dan Melayu dalam menubuhkan negara Islam. Sebenarnya PAS dalam ambang kejatuhan sekarang kerana org Melayu tidak dapat mempercayai dan bergantung harap dari PAS. Sayang kerana pimpinan PAS sekarang hanyut dgn ilmu cetek Islamnya. Sy yakin kalau ada pilihanraya yg terdekat ini nescaya org Melayu akan menolak PAS sebagaimana terbuktinya dgn kesombongan Nizar di Perak dan serata Malaysia.

Sy sebagai ahli PAS seumur hidup kecewa dgn pimpinan PAS hari ni dan amat kurang yakin dgn kehadiran org-org bijak pandai yg ex-Malay College umpamanya menerajui PAS. Mereka-mereka ini cenderung kepada puak-puak, suku-sakat yg seiring Collegiannya daripada ukhuwwah Islamiah yg syumul. Kepandaian berucap atau berhujah seharusnya tidak menjadi pengukur kepimpinan tetapi agenda kemelutan realiti Umat yg harus kita selesaikan, kemanakah Umat Melayu Malaysia ini akan dipandu pimpinan PAS?

Mungkin alternatif yg ada kembali kepada UMNO? Wallahu 'alam. March 22, 2009 1:26 AM

Komen yang menjawab komen di atas…

“Jaga tepi kain. said... Terima kasih kepada Encik Abu kerana membuka polimik..'kurang tepat PAS sama dengan HAMAS'. Sebenarnya Islam & Nasionalis Asobiyah memang tidak sejalan. Macam langit dengan bumi. Islam lwn jahiliah.. Begitu juga, Nabi Musa dengan Fir'aun, Muhammad SAW dengan Quraisy, US-Israel dengan kumpulan paksi Islam, HAMAS dengan kumpulan selain Islam seperti Fatah dll, dan di Malaysia PAS dengan UMNO dll.

Kerana dalam Islam cuma ada dua, Islam dan kufur, terang dan gelap. Kalau samar-samar termasuk gelap. Seperti juga Syurga dan Neraka, tak ada tengah-tengah. Berbalik kepada Perang Siffin zaman Saidina Ali, walaupun kedua-dua kumpulan itu berperang, namun kerana kedua-dua kumpulan itu berada dalam kerangka kumpulan yang sama, iaitu Islam, lanjutan dari kerajaan Islam Rasul dan Khalifah Empat, berterusan hingga ke Dinasti Umaiyah, Abasiah hingga ke kerajaan Khalifah Usmaniah Turki... Mereka masih bukan berperang antara Islam dengan kafir. Perselisihan berlaku kerana sedikit selisih faham, bukan perang jihad.

Sedangkan UMNO wujud di Tanah Melayu melanjutkan cita-cita penjajah kafir yang bermusuh dengan kerajaan Turki Usmaniah, yang mengharamkan gerakan politik Islam pertama di Tanah Melayu iaitu Hizbul Muslimin, yang perjuangannya dilanjutkan oleh PAS (parti Islam) walaupun peringkat awalnya cuma tumpang tenggek bersama UMNO, kerana terpedaya janji manis cita-cita Islam dalam UMNO. Rupanya UMNO tidak mampu bergerak semdiri, dan perpaksa menjadi 'barua' penjajah. Buktinya kemerdekaan yang diberi tidak boleh mengikut sistem pemerintahn Islam atau undang-undang Allah, dan mesti ikut undang-undang Lord Ried ciptaan manusia kafir itu.

Pemimpin yang dididik dan ditabalkan penjajah untuk melajutkan cita-cita politiknya, ada yang 'tidak tahu' agama. Karena itulah pemimpin agama dalam UMNO keluar tubuh PAS. Itu buktinya UMNO bukan parti Islam. Bukti kecilnya, lihat saja bendera Malaysia, macam bendera Amerika (tambah bulan & dan kurangkan bintang saja) yang mengambilnya dari British, yang dari kelompok 'Hizbus Syaitan' yang sama. (Baik lagi bendera Singapura ada unsur-unsur kerajaan Majapahit).

Mengenai PAS berkawan dengan DAP & PKR dan mungkin dengan UMNO melalui 'Kerajaan Perpaduan' , itu tiada masalah, kerana dalam berdakwah menyampaikan Islam, kedang-kadang lebih perlu kepada yang belum kenal Islam, seperti DAP & UMNO yang jelas menolak 'hukum hudud'. Sekian untuk kali ini. Maaf kalau ada yang terkasar! (terpaksa ketuk kuat sikit kalau ada 'buku keras'). Wallahu aklam. March 22, 2009 8:45 AM”

Saya bentangkan komen ini, bertujuan untuk mendedahkan 2 pimikiran yang berbeda. Satu menganggap pertembungan PAS-UMNO bagaikan Perang Siffin dalam sejarah Islam, dan satu lagi bagaikan peperangan antara Islam dengan kufur. Walaupun komen pertama di atas ditujukan kepada saya, saya anggap komen kedua di atas seolah-olah pemikiran yang hampar sama dengan jawapan yang akan saya berikan… Walaupun mengenai ‘kejatuhan’ PAS, atau Kerajaan Perpaduan (guna istilah ‘alternatif yg ada kembali kepada UMNO’) masih belum diperincikan.

Harap maklum. Wassalam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 22, 2009. KL.

Saturday, March 21, 2009

HAMAS-Israel, Jangan Perang Kalau Kekuatan Senjata Tidak Setanding?

Pemimpin PAS Palestin.. Ismail Haneyya

Mac 20. Sejumlah 21 orang rakyat Palestin termasuk empat MP terpilih telah diculik pada Khamis lalu sepanjang serangan awal pagi yang mensasarkan penduduk Palestin di Tebing Barat. Menurut sumber-sumber Palestin, tentera itu telah menyerang bandar raya Ramallah, Nablus, Tulkarem, Bethlehem, Hebron dan Jericho.

Ibnu Hasyim Catatan Santai


YEDEOTAharonot, sebuah harian Israel melaporkan, semua peristiwa akhir-akhir ini yang memberi kemenangan kepasa HAMAS dalam perang Gaza lalu telah membuktikan kegagalan Israel dalam mencapai tujuannya. Dalam laporanya Khamis (Mac19), Aharonot menyebutkan, pentingnya pembebasan semua tawanan Palestin dari penjara Israel. Kerugian yang akan dialami Israel setelah kegagalannya dalam proses pertukaran tawanan akan menjadi lebih besar dari kerugian yang diperoleh HAMAS.

Harian itu meminta Israel mengakui kerugian mereka dalam perang Gaza itu dan tidak lagi menutup-nutupi apa yang sebenarnya terjadi. Israel sudah tidak mampu lagi membebaskan tawanan Shalit dari HAMAS. Mereka tidak mampu menekan Hamas, baik melalui operasi ketenteraan atau pengepungan. Harian itu menambah, HAMAS akan sanggup menawan tentara zionis lebih ramai lagi dan mendesak zionis agar membebaskan semua tawanan Palestin, walaupun Israel masih tetap menolak tuntutan HAMAS.

Di bahagian akhir, harian itu menyebutkan, Israel sebagai pihak yang rugi, perlu tunduk kepalanya dan serahkan tawanan Palestin kepada HAMAS. Pihak Israel hendaklah hentikan permainannya dengan mengorbankan tentara Shalit.

Pada saya, peristiwa ini benar-benar menampar muka pemimpin-pemimpin negara umat Islam atau penganalisis-penganalis politik bacul, yang memberi alasan supaya jangan berlawan dengan Israel kalau kekuatan senjata tidak seimbang. Mereka adalah golongan pejuang kebangsaan Palestin (Mudahnya disebut UMNO Palestin? ) yang menjadi penghalang kepada golongan perjuangan Islam HAMAS (PAS Palestin)..

Mereka buta melihat sejarah perjuangan Perang Badar yang memberi kemenangan kepada Islam walaupun kekuatan tidak seimbang. Mereka taksub dan fanatik kepada teori mereka itu sebenarnya demi menyembunyikan penyakit yang menghinggapi mereka. Apakah penyakit itu? Lihat catatan santai yang lalu Monday, February 23, 2009 Takut Mati, Punca Umat Islam Diratah…

Wallahu aklam. Teruskan boikot Israel dan kuncu-kuncunya.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 21, 2009. KL.

Sila lihat tulisan lalu di blog ini..1..Sunday, February 1, 2009 Hukum... Syarikat Bekal Makanan Pada Israel –Dr Hj Mohd Hasyim. 2..Tuesday, January 20, 2009 Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola 3.. Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim 4.. Monday, February 9, 2009 Ada Kesan! Teruskan Lagi Boikot... 5..Wednesday, February 25, 2009 Teruskan Boikot, Banyak Syarikat Israel Bungkus.

Friday, March 20, 2009

Datuk Seri Anwar Dengan Sup Batu Ajaib?


Ibnu Hasyim Catatan Santai

SUATU hari, seorang Pengembara tiba di sebuah dusun yang miskin. Penduduknya nampak lesu, wajah-wajah mereka tidak berghairah, dan anak-anak mereka pun jelas kurus kering. Rumah-rumahpun tidak terurus, reot, dan hanya berdinding bilik bambu lapuk. Si Pengembara, selain kelaparan, rambut, wajah sampai pakaiannya serba lusuh. Dari rumah ke rumah ia mampir, mengharapkan seseorang mahu memberinya makanan.

Namun, semua penduduk setempat berkata bahawa mereka sendiri juga sangat miskin dan kelaparan, sehingga jangankan memberinya makan, untuk mereka sendiri saja tidak cukup.
Setelah penat lelah berkeliling desa, si Pengembara beristirahat di sebuah pasar. Ia duduk bersandar di sebuah bilik kosong yang ditinggalkan pemiliknya. Ia memegangi perutnya yang terus keroncongan minta diisi. Tiba-tiba matanya tertumbuk pada sebuah batu berwarna hitam mengkilat, yang tergeletak di pinggir jalanan pasar.

Dalam sekejap matanya berbinar terang. Dengan bersemangat, ia beranjak mengambil batu itu, lalu dicarinya tempat yang strategik di tengah pasar. Entah apa yang ada di otaknya saat itu. Ia mencari sebuah gundukan tinggi, mengambil kentongan yang terdapat di Poskamling pasar, lalu memukul-mukulkan batu itu ke kentongan sambil berteriak meminta perhatian warga pasar.
Serentak orang-orang di pasar tertarik pada suara itu. Lalu berduyun-duyun mereka mendatangi tempat si Pengembara berdiri tadi.

Kerana penasaranm seorang ibu memberanikan diri bertanya kepadanya, "Apa yang kau mahu wahai Pengembara?"

"Dengarkan baik-baik. Saya punya sebuah batu ajaib!" teriaknya kepada seluruh pengunjung sambil mengacungkan batu hitam berukuran sekepalan tangan ke atas. Lalu ia melanjutkan, "Batu ajaib ini bisa membuat sup yang lezat, dan cukup untuk kita yang ada di sini!"

Warga itu pun mulai saling berpandangan. Sebahagian merasa tidak percaya, sebahagian lagi nampak ragu-ragu. Mereka mulai saling berbisik dan kasak-kusuk. Seorang bapa maju dan menanggapinya, "Ah, mana boleh? Bagaimana caranya?!"

"He he he he... Saya hanya perlu sebuah panci besar berisi air bersih!" jawab si Pengembara yakin.

Cuma beberapa saat, para warga masih belum beraksi. Mereka masih kasak-kusuk. Lalu seorang Ibu menawarkan kualinya untuk dipakai si Pengembara. Tampaknya si Ibu tertarik dengan idea si Pengembara itu. Beberapa saat kemudian datanglah kuali besar yang diangkat oleh dua orang. Berat, kerana kuali itu cukup besar, cukup untuk memandikan anak berumur dua tahun. Si Pengembara meminta mereka menempatkan kuali tersebut di tengah kerumunan orang ramai, lalu meminta orang-orang untuk agak menjauhi dari kuali itu.

Si Pengembara lalu melemparkan batu hitam mengkilat di tangannya ke dalam kuali. Terdengar suara kecipak air tertimpa batu yang dilempar si Pengembara. Si Pengembara lalu nampak serius di depan kuali sambil menyilangkan tangannya di dada. Orang-orang dusun itu menunggu dengan jantung berdebar. Semua mata tertuju pada kuali besar di tengah mereka. Mereka nampaknya menunggu keajaiban. Setelah menunggu beberapa lama, orang-orang dusun itu mulai tidak sabar.

Salah seorang bapa dengan gusar bertanya pada si Pengembara, "Mana sup yang kau janji itu?!" Aku tidak lihat apa-apa!"

Dengan tenang si Pengembara menjawab si bapa, sambil tidak mengalihkan pandangannya dari kuali besar di tengah mereka, "Itulah masalahnya. Saya sedang menunggu adanya tungku yang cukup besar untuk mulai memasaknya..."

"Oooohh..." gumam orang-orang dusun itu. "Kami akan ambilkan kayu dan batu untuk membuat tungkunya!" kata seorang bapa yang lain. Lalu beberapa orang berduyun-duyun bergerak keluar dari kerumunan, sepertinya akan mencarikan kayu bakar untuk mulai memasak sup ajaib itu.

Maka jadilah sebuah tungku besar dari batu yang disusun, cukup untuk meletakkan kuali besar yang berisi air dan batu ajaib itu. Beberapa orang dengan sigap menyalakan api, sementara si Pengembara tetap berdiri dengan tangan menyilang di depan dada. Orang-orang dusun yang lain dengan serius memperhatikan proses itu. Api menyala di tungku itu, memanaskan kuali besar di atasnya. Asap mengepul di sekitar tungku, membuat beberapa orang yang berada di dekat tungku bergeser mencari tempat lain yang nyaman. Sup batu itupun mulai mendidih, dan orang-orang dusun kembali mulai saling berbisik-bisik.

Lalu si Pengembara mencicipi sup itu dan berkata kuat-kuat, "Wuihhh, enak sup ini! Tetapi tentu saja, kalau sup batu ini dicampur dengan sedikit kubis mustahil dikalahkan rasanya." Langsung ada seseorang mendekat, agak ragu-ragu, membawa sebuah kobis yang baru ia ambil dari kebunnya. Diberikannya pada si Pengembara, yang langsung ditambahkan ke dalam kuali. "Bagus, wah bagus sekali..., dulu saya pernah buat sup batu dengan kobis, sedikit bawang putih dan bawang merah. Sampai sekarang rasa sedapnya masih terbayang..." ujarnya sambil membayangkan betapa nkmatnya sup yang dikatakan tadi.

Tanpa menunggu lama, seseorang mendekat dan membawakan beberapa bawang merah dan bawang putih untuk sup itu. Si Pengembara meminta orang itu untuk mengupas dan membersihkannya, lalu dimasukkan ke dalam kuali yang sedang bergolak. Beberapa orang lalu, ada yang mulai memperbaiki letak kayu bakar yang mulai habis. Salah seorang di antaranya mulai memberi perintah kepada yang lain untuk menyediakan kayu bakar tambahan.

Demikianlah. Kerumunan itu kini sibuk semuanya. Ada yang menjaga api di tungku agar tidak mati, ada yang silih berganti datang untuk membawakan kayu bakar, ada pula yang menyediakan berbagai rempah-rempah dan sayur yang diminta oleh si Pengembara. Semua tampak antusias menunggu mukjizat dari batu yang dibawa Pengembara itu. Sementara si Pengembara, dari tadi hanya berdiri tenang sambil mengucapkan beberapa perintah yang dituruti oleh kerumunan itu. Tangannya tetap menyilang di depan dada.

Tidak terasa, jadi juga sup yang enak sekali bagi semua orang yang ada di situ. Sayur-mayurnya sangat lengkap, begitu pula bumbu-bumbunya. Bau sedapnya tercium kemana-mana, hingga kerumunan itu pun semakin besar. Semua orang menatap ke arah si Pengembara, menunggu apa lagi yang harus mereka lakukan untuk segera menikmati sup dari batu ajaib yang dijanjikan si Pengembara. Si pengembara lalu meminta orang-orang untuk diam sebentar. Kerumunan itupun terdiam, menatap tidak sabar ke arah si Pengembara. Si Pengembara mulai bergerak.

Tangannya perlahan menyingkap tutup kuali besar itu, lalu mencicipi lagi sup batu ajaib itu. Matanya tampak terpejam sejenak, kepalanya menengadah ke atas, lalu keluarlah suara dari mulutnya memecah kebisuan di tempat itu, "Uhm.... Luar biasaaa... Ini sup tersedap yang pernah saya rasakan! Mari sama-sama kita nikmati!"

Seketika itu juga semua orang berebut mendekat ke kuali untuk merasakan sup batu ajaib itu. Kuali itu cukup besar sehingga semua orang dapat kebahagian. Wajah-wajah mereka nampak puas dengan sup batu buatan si Pengembara. Beberapa di antara mereka sambil berbincang-bincang, memuji keajaiban sup batu itu. Si Pengembara akhirnya dapat mengisi perutnya yang sudah keroncongan dari tadi. Ia nampaknya sangat lega, kerana tidak ada satupun yang sedar bahawa batu ajaib itu sebenarnya hanyalah batu biasa. Ia hanya memanfaatkan batu itu sebagai penarik perhatian. Sup sekuali besar itu, sebenarnya adalah hasil gotong royong warga dusun miskin itu sendiri...

Begitulah kisah yang di e-mailkan kepada saya dari Indonesia dengan sedikit komen, "Itukah politik Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengembara menghidangkan sub batu yang ajaib itu?”

Sekian.

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 20, 2009. KL.

Bagaimana Nak Hapus Rasuah, Makna Rasuah Pun Tak Lengkap?


Ibnu Hasyim Catatan Santai

PAK Ibnu. Maaf sekadar nak tahu.. Apa maksud Pak Ibnu takrif ‘rasuah’ perlu dibetulkan menurut Al-Quran Hadis tidak bertopeng dibalik ‘hadiah’, keraian’ dll? Kalau ada masa, sila beri takrifan ringkas.. March 19, 2009 3:41 PM”. 

Demikian komen Dr Hasan PP ke atas tulisan saya Thursday, March 19, 2009 PAS Perlu Perubahan, Wibawakan Majlis Syura Ulama! ...

Okey, saya jawab! Dalam kitab ‘Riadhus Sholihin’ (Fasal 1 .Haram berlaku zalim dan perintah mengembalikan hak orang’, hadis no 7) dinukilkan sebuah hadis Abu Humaid (Abdurrahman) bin Saad Assaidy RA berkata…

Rasulullah mengangkat seseorang (jadi pegawai) untuk kumpulkan zakat. Namanya Ibnu Allutbiyah dari suku Al’azd. Setelah beliau kembali dari bertugas bertemu Rasulullah (dan serahkan apa yang patut) katanya, “Yang ini untuk kamu (kerajaan pimpinan Rasulullah) dan yang ini saya dapat hadiah dari orang-orang itu!”

Maka Rasululah SAW cepat-cepat naik atas mimbar, setelah memuji syukur kepada Allah kata beliau, 

“Amma ba’du, adapun saya mengangkat seseorang untuk satu tugas yang diberikan Allah kepada saya, lepas itu dia datang dan berkata, ini bahagianmu dan yang ini saya sendiri dapat dari orang-orang (yang dikutip itu)! Mengapa dia tidak duduk saja di rumah ibubapanya hingga datang hadiah itu kepadanya kalau benar-benar demikian (yakni kalau benar-benar orang-orang itu hendak memberi kepadanya bukan kerana tugasnya ke sana sebagai pemungut wang zakat, duduk di rumah pun dapat juga)? Demi Allah, tiada seseorang yang mengambil sesuatu yang bukan haknya, pasti akan dipikulnya di hari kiamat. Akan saya tahu juga seseorang yang memikul unta, lembu atau kambing yang mengembek. (yakni orang itu tidak lepas dari tanggungjawab dan dihisab di akhirat).”

Rasulullah terus mengangkat duatangannya sampai nampak putih ketiaknya, sambil bersabda, “Allahumma hal ballaghtu. Ya Allah! Saya telah menyampaikan.”

Hadis yang dirawikan oleh Bukhari & Muslim itu mentakrifkan ‘sesuatu yang bukan haknya’ hasil perolehan dari khidmat tugas atau jabatannya untuk diri sendiri, selain dari upah atau gaji yang telah diperuntukkan kepadanya. Itulah antara ciri-ciri ‘rasuah’ yang sekarang kini ditopengkan di balik kata manis ‘hadiah’, ‘wang sagu hati’, ‘derma’, keraian, dan lain-lain, yang bukan dapat kepada kerajaan tetapi dapat kepada individu petugasnya.

Walaupun dia Perdana Menteri atau Raja, kalau ‘hadiah’ yang diberi itu kerana jawatannya, maka pemberian itu bukan miliknya, tetapi milik kerajaan atau rakyat. Itulah ‘rasuah’! Jangan main-main, di akhirat penerima-penerima rasuah itu akan dihukum. Itulah salah satu contoh bahawa takrif ‘rasuah’ yang ada sekarang ini tidak lengkap dan perlu dibetulkan semula. Jadi rasuah adalah harta yang diperolehi kerana selesainya suatu kepentingan manusia yang wajib diselesaikan tanpa imbalan lagi (yang tidak sepatutnya diterima).

Kerana itu nabi bersabda ertinya “Rasulullah SAW telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan”. (Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Oleh itu ada ulama-ulama yang mentakrifkan rasuah dan sogokan sekurang-kurangnya adalah…
  1. Wang, derma, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.
  2. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat.
  3. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya.
  4. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan.
  5. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga.
  6. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi’
  7. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan seperti di atas.

Sebagai rujukan di samping beberapa dalil-dalil Al-Quran sila lihat hadis-hadis ini..
  1. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah pengkhianatan.” ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma’alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
  2. Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata, “..ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda, “Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)” (Al-Bukhari & Muslim)
  3. Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah SAW mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah SAW telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin. Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah, “Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh,” Abdullah menjawab, “Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kamu lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kamu. Rasuah yang kamu tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!” Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, “Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!” [Imam Malik, Al Muwattha':1450].
  4. Rasulullah SAW bersabda, “Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur” [Riwayat Ahmad]. 
Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya adalah jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram. Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta’zir.
Dan banyak lagi. 


Bagaimana pula dengan rasuah politik? Itulah yang disebut ‘politik wang’ supaya nampak cantik sikit. Inilah yang memeningkan Tengku Ahmad Rhithaudden selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO sekarang ini yang terpaksa bertindak kepada Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Khairy Jamaluddin atau entah siapa-siapa lagi. 

Bagaimana hendak menghapuskan rasuah hingga ke akar umbi? Pada saya ianya tidak akan selesai, kalau takrifnya pun masih belum lengkap lagi. Takrif perlu dibetulkan, walaupun melibatkan amalan pemimpin-pemimpin tertinggi atau Sultan.

Sekian catatan santai untuk kali ini.

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 20, 2009. KL.

Thursday, March 19, 2009

PAS Perlu Perubahan, Wibawakan Majlis Syura Ulama!



Ibnu Hasyim Catatan Santai

SAYA bersetuju dengan pandangan penulis e-mail yang disiarkan oleh Blog Penarik Beca berbunyi…

Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1..Setiap organisasi akan melalui perubahan. Ini sudah menjadi adat dan sifat dunia. Sebegitu juga parti-parti politik. Banyak yang telah ditulis dan diperdebatkan mengenai UMNO perlu berubah. Hari ini saya ingin memberi pendapat bahawa PAS pun perlu berubah.

2..Perubahan akan berlaku samada kita hendak atau tidak. Dan perubahan berlaku melalui 4 kaedah, yakni :- 2.1. Persuasive Strategy. 2.2.Force Strategy. 2.3.Facilitative Strategy. 2.4.Reeducative Strategy. Andaikata sesuatu masyarakat itu tidak berubah, mungkin masyarakat tersebut akan diubah oleh keadaan semasa. Saya percaya lebih baiklah masyarakat tersebut yang membuat perubahan secara 'concious'.Perubahan secara ini dapat dibentuk dan dibendung.

3..PAS telah berubah (PAS Social Change) pada era 1980an dahulu dengan membawa Kepimpinan Ulama kepada parti.Kepimpinan ini masih kekal hingga sekarang dan alhamdulillah kita telah dapat melihat hasilnya. Penerimaan masyarakat Malaysia kepada Islam adalah lebih meluas sekarang ini dan rakyat Malaysia sudah dapat membezakan diantara PAS dengan UMNO, dan yang baiknya PAS dilihat dengan positif sekarang ini.

4..Sekarang kita didalam dekad pertama Kurun ke 21.Dunia juga telah berubah dan selepas PRU ke12,rakyat Malaysia sudah berubah dan InsyaALLAH didalam PRU-PRU yang akan datang peratus generasi internet akan meningkat didalam pengundi-pengundi.

5..PAS mestilah berani membuat perubahan supaya PAS menjadi 'laku' dikalangan generasi internet.Kepimpinan PAS yang ada sekarang ini telah berjaya meletakan Islam sebagai landasan PAS.Tahniah saya ucapkan.Terimakasih saya hulurkan.May ALLAH swt bless them saya doakan. Tetapi sudah tiba masanya peralihan generasi berlaku didalam kepimpinan PAS.

6..Justru itu saya memohon kebenaran Pak Bakaq agar isu ini dapat diperdebatkan dalam Blog Penarik Beca.Biarlah perdebatan ini dilandaskan dengan idea-idea serta pemikiran yang ktitikal, berbudi pekerti dalam perbahasan kita dan senantiasa tawadhu' dalam niat dan hasrat kita.

7..Kalau Pak Bakaq izinkinkan, saya nak mula dengan "Mujahid Yusuf Rawa For President!

Terimakasih.

Komen saya:

Saya masih ingat, kalau tak salah saya (kalau salah tolong betulkan), dicatat dengan rasminya dalam perlembagaan PAS, setelah pendaftar pertubuhan meluluskan pindaan perlembagaan PAS 1987 penubuhan Majlis Syura Ulama. Majlis Syura Ulama itu terpisah dari struktur-struktur lain kerana ianya tegak sendiri di peringkat tertinggi sekali. Ia tidak menguasai dan tidak pula dikuasai oleh Jawatankuasa Agung. Tugasnya berbentuk advisory tidak mencampuri urusan perjalanan parti, melainkan bertugas sebagai tempat menerima rujukan-rujukan yang berkaitan dengan masalah hukum berkaitan dalam Islam.

Tugas ini amat penting bagi PAS yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai hukum tertinggi untuk mengelakkan sebarang penyelewengan jika berlaku dalam masalah dasar. Pada saya, sampailah masanya sekarang Majlis Syura Ulama perlu diperkembangkan dan di’wibawa’kan melebihi dari Fasal 7(4)b dan Fasal 7(4)d dalam perlembagaan pindaan 1987. Kita boleh membanding dan mengambil contoh dari gerakan-gerakan Islam luar negera, seperti Ikhwanul Musliman, Iran dan lain-lain.

Saya rasa inilah caranya yang ampuh untuk menyekat penyakit-penyakit politik sekarang ini seperti penyalahgunaan kuasa (umpamanya berkempen fahamannya yang bertentangan dengan pemimpin lain walaupun sama parti tidak melalui melalui muktamar), rasuah (dalam ertikata yang sebenarnya tidak hanya wang sahaja. Takrif ‘rasuah’ perlu dibetulkan menurut Al-Quran Hadis tidak bertopeng dibalik ‘hadiah’, keraian’ dll), pembaziran di kalangan pemimpin, hak orang miskin dalam harta orang kaya, kewajiban jihad harta di kalangan pegawai-pegawai atasan dan hartawan di saat ekonomi melesat, atau sebagainya.

Apabila Majlis Syura Ulama ini berfungsi dengan sebenar-benarnya, maka jadilah Presiden parti itu hanya sebagai Presiden di Negara Iran berbanding kuasa Pemimpin Tertinggi Ayatullah di sana. Mengenai perubahan kepimpinan dalam PAS, sepatutnya perubahan ke arah ini.

Sekian, catatan santai untuk kali ini.

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 19, 2009. KL.

Wednesday, March 18, 2009

Ali Rustam Mula Bertempur Atau Digempur?

By Megat Ali Megat Alang

GAMBAR ini menunjukkan protes beberapa penyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melaungkan "Hidup Ali Rustam" sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinannya. Hal ini berlaku ketika menunggu keputusan Lembaga Disiplin UMNO berhubung dakwaan melakukan politik wang di luar lobi Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 17 Mac ini (foto BERNAMA).

Ali bagaimanapun didapati bersalah melanggar tataetika ahli parti melibatkan politik wang dan beliau dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Agung Umno bulan ini. Beliau dilucutkan hak bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO - pemimpin yang pertama dalam sejarah parti itu dikenakan tindakan sedemikian - akan kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Ali, calon kedua terbanyak menerima pencalonan iaitu 48 setakat November lalu, hanya tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan UMNO, tetapi kekal Ketua Menteri Melaka. Sementara itu, Mohd Ali ketika ditemui pada majlis memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti di Ipoh, enggan memberikan ulasan lanjut berhubung perkara tersebut.

Mohd. Ali yang merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO bertanding buat julung kali merebut jawatan Timbalan Presiden. Beliau dipilih sebagai Naib Presiden buat kali pertama pada 2004 dan menjadi Ketua Menteri Melaka sejak 1999. Mohd. Ali telah menemui Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Istana Melaka, Bukit Beruang pagi semalam. Ali Rustam berkata, beliau masih belum menerima keputusan rasmi daripada Lembaga Disiplin yang diumumkan pukul 4.15 petang semalam.

Justeru katanya, beliau perlu meneliti keputusan berkenaan terlebih dahulu dan hanya akan membuat kenyataan penuh esok. Mengulas lanjut, Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, beliau percaya Mohd. Ali, sebagai seorang anggota parti yang setia, akan menerima keputusan Lembaga Displin dengan hati terbuka dan akan terus memberi sumbangan pada perjuangan parti. "Ini keputusan Lembaga Displin. Kita hormati apa-apa keputusan mereka.”

Lembaga Disiplin telah melucutkan kelayakan bertanding Mohd Ali bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana didapati bersalah melanggar peraturan kempen pemilihan parti. Dengan keputusan itu, persaingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden yang sebelum ini melibatkan tiga penjuru kini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Berhubung kemungkinan ada penyokong Mohd. Ali yang akan kecewa dan mengambil tindakan memprotes, Najib berkata, "saya fikir, bak kata pepatah... anda tidak boleh mendapatkan kek dan makan seperti yang anda mahu. Anda perlu buat keputusan."

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat serta semua jawatan mereka dalam kerajaan berikutan mereka didapati bersalah kerana terlibat dengan politik wang bagi tujuan merebut jawatan sempena Perhimpunan Agung Pemilihan UMNO hujung Mac ini.

Apakah Lembaga Disiplin UMNO menjadi alat penggempur puak-puak tertentu? (sumber BERNAMA, Mstar Online dan lain-lain)

Kerajaan Perpaduan: Berpaut Pada Sehelai Rambut?

Ibnu Hasyim Catatan Santai

KOMEN dari Anonymous atas tulisan saya semalam, Tuesday, March 17, 2009 Sejarah PAS 29: Jatuh Kerana Kerajaan Campuran?

Anonymous said... Sejarah telah membuktikan "percampuran" antara PAS dengan UMNO tidak pernah berkesudahan dengan baik. Sejarah tidak pernah menipu.Amat hairan mengapa masih ada lagi kelompok dalam PAS yang masih mahu "bercampur" dengan UMNO. Dewasa ini UMNO berada dalam keadaan sakit tenat munkin juga telah nazak. Kenaapa PAS perlu menghulurkan "tali hayat" adalah suatu persoalan yang amat sukar diterima olih kebanyakan ahli-ahli PAS.

Menggunakan istillah "campuran" bukan "penyertaan" kata-kata "perpaduan" bukan "gabungan" - tidak menyakinkan ahli-ahli PAS keseluruhannya terutama Mursyidul Am PAS. Kumpulan "duri dalam daging PAS" ini bukan pula ramai tetapi amat berpengaruh. Sebelum mengumumkan idea "Kerajaan Perpaduan" ini Presiden dan Timbalannya telah mengelilingi seluruh negara (tidak termasuk Sabah dan Sarawak} menekankan dan membajikan ketelinga seluruh ahli PAS untuk "walaq" kepada pucuk pimpinan.

Rupa-rupanya ada udang sebalik batu satelah gaggalnya hasrat mereka untuk bermuqabalah dengan UMNO. Tidak hairan idea Kerajaan Perpaduan ini amat disokong oleh beberapa pemimpin UMNO.Kenaapa tidak? Orang yang sedang lemas hampir tenggelam akan berpaut walau pun kepada sehelai rambut. March 18, 2009 1:13 AM

Saya telah menulis sejarah PAS dalam blog saya ini sejak Mei2, 2007 hingga sekarang sudah 29 siri. Sila ikuti sejarah PAS dari awal dalam http://www.ibnuhasyim.com

1.. Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 1: Muqaddimah Kesinambungan
2..Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 2: Siasah Ulama
3..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 3: Tikaman Tersirat.
4..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 4: Nama & Rahsia Siasah
5..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 5: PAS Bebas Lepas.
6..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 6: Bersama Kebangkitan Islam
7..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 7: Di Bawah Dr Abbas
8..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 8: Bermula Dengan Tangan Terbuka

9..Saturday, April 5, 2008 Sejarah PAS 9: P'raya Umum Pertama.
10..Saturday, April 5, 2008 Sejarah PAS 10: Prof Dr Burhanuddin
11..Sunday, April 6, 2008 Sejarah PAS 11: Muktamar ke 5 Yang Menarik..
12..Sunday, April 6, 2008 Sejarah PAS 12: Pembunuhan Pertama Mencabar ...
13..Friday, May 2, 2008 Sejarah PAS 13: Bahaya Dari Gunung?
14..Friday, May 2, 2008 Sejarah PAS 14: Merdeka!
15..Saturday, July 19, 2008Sejarah PAS 15: Persiapan Kepimpinan: Ahmad Badawi Ketua Pemuda PAS Pertama?
16.. Friday, August 15, 2008 Sejarah PAS 16: Menggempur!

17..Saturday, January 24, 2009 Sejarah PAS 17: Parti Islam Pertama Membentuk Kerajaan.
18..Friday, January 30, 2009 Sejarah PAS 18: Ke Mana PAS Pimpinan Dr Burhanuddin?
19..Saturday, January 31, 2009 Sejarah PAS 19: Ekonomi & Negara Kebajikan Menurut Dr Burhanuddin.
20..Monday, February 2, 2009 Sejarah PAS 20: PAS & Politik Global 1960-1964
21..Saturday, February 7, 2009 Sejarah PAS 21: Demokrasi Liar.
22..Monday, February 9, 2009 Sejarah PAS 22: Dr Burhanuddin, Nasionaliskah?
23..Friday, February 13, 2009 Sejarah PAS 23: Pilihan Raya 1964.
24..Wednesday, February 18, 2009 Sejarah PAS 24: Perginya Ustaz Zulkifli..
25..Saturday, February 21, 2009 Sejarah PAS 25: Masalah Singapura.
26..Friday, February 27, 2009 Sejarah PAS 26: 1969 Tahun Cabaran.
27..Thursday, March 12, 2009 Sejarah PAS 27: Kerajaan
28..Friday, March 13, 2009 Sejarah PAS 28: Kerajaan Campuran Suatu Pengalaman Penting.
29..Tuesday, March 17, 2009 Sejarah PAS 29: Jatuh Kerana Kerajaan Campuran?

Hal ini tidak termasuk pemgalaman penulis dalam kisah sejarah seperti Imbauan 1 hingga Imbauan 8, Sejarah Politik Balik Pulau 1 hingga 5 dan beberapa lagi. Namun untuk melihat sejarah Kerajaan Campuran yang dialami oleh PAS dan faktor-faktor penyebab kelahirannya, sila lihat siri ke 26, 27, 28 & 29. Dan saya akan terus menulis sejarah PAS hingga kini, insya Allah.

Dengan melihat pengalaman sejarah PAS Kerajaan Campuran lalu, mengingatkan PAS supaya berwaspada seperti pesan Rasulullah SAW jangan dipagut ular dua kali dalam lubang yang sama.

Salam dari catatan santai buat kali ini.

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Mac 18, 2009. KL.

Sila lihat http://www.ibnuhasyim.com

1..Monday, March 16, 2009 Kerajaan Perpaduan, Muktamar Tentukan.. Nik Aziz. 2..Sunday, March 15, 2009 Kerajaan Perpaduan: Muhyiddin Sokong Abdul Hadi. 3..Friday, March 13, 2009 DAP Tolak Kerajaan Campuran.. Lim Guan Eng 4.. Thursday, March 5, 2009 PAS Menuju Kerajaan Perpaduan? 5..Friday, March 13, 2009 Sejarah PAS 28: Kerajaan Campuran Suatu Pengalaman Penting. 6.. Thursday, March 12, 2009 Sejarah PAS 27: Kerajaan Perpaduan/Campuran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails