Wednesday, March 25, 2009

Larangan Liputan 6 Media Online: Mengapa Teruk Sangat?

Siri ..2 Bukit, 1 Batang:
By Megat Ali Megat Alang.

KUALA LUMPUR Mac 24: Enam organisai media online tidak dibenarkan untuk membuat liputan pada Perhimpunan Agung Umno yang bermula hari ini. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan itu diambil kerana media-media berkenaan dikatakan membuat laporan yang tidak bertanggungjawab terhadap Umno dan pemimpin parti itu.

Antaranya Malaysiakini dan Malaysia Insider. Difahamkan, tiga lagi organisasi media yang tidak dibenarkan membuat liputan adalah The Nut Graph, Merdeka Review dan Siasah Daily. Bagaimanapun, satu lagi organisasi media yang turut dilarang membuat liputan itu masih belum diketahui.

"Jika anda membuat laporan yang bertanggungjawab, kita akan benarkan anda masuk tetapi cara anda melaporkan tentang pemimpin kami dan parti (menyebabkan dilarang)," katan Tengku Adnan semasa sidang media selepas taklimat presiden sempena Perhimpunan Agung Umno di sini, hari ini oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Tengku Adnan berkata, wakil-wakil organisasi terbabit dibenarkan hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempat berlangsungnya perhimpunan. Mereka hanya tidak dibenarkan membuat liputan (sidang media rasmi dan persidangan)," katanya.

“Mengapa teruk sangat kerajaan Najib ni? Belum buat pun dah larang.. Takut kalah dalam 3 pilihan raya kecil ini, atau takut kerajaan BN merudum dalam PRU 13 akan datang?” Tanya blogger Ibnu Hasyim sewaktu dihubungi sebentar tadi. (sumber: Mstar Online dll) (2MA)

Tuesday, March 24, 2009

Bandar Khemah AS, Hasil Dari Sistem Kapitalis & Projek Anti Islam..

Seorang petugas persatuan iCare-America memberikan pelbagai barangan keperluan harian secara percuma kepada penghuni-penghuni khemah.

Ibnu Hasyim Catatan Santai

JIKA satu kurun dahulu, kawasan di Sacramento, California, Amerika Syarikat (AS) ini, dipenuhi oleh khemah kumpulan yang mencari rezeki di tebing Sungai Amerika sahaja. Tetapi hari ini, kawasan tersebut dipenuhi oleh penduduk yang sudah hilang harapan dan prospek masa depan, meliputi keluasan beberapa ekar. Di situlah munculnya bandar khemah, dianggarkan bertambah 50 pendatang baru bertambah dalam seminggu.

Bandar khemah itu terletak di kawasan yang cantik, di tepi sungai, langit terbuka dan bercuaca sederhana. Angka rasmi menunjukkan golongan tidak berumah di Sacramento kini mencecah seramai 1,226 orang. Pada mulanya, sejumlah 300 penduduk berpindah ke bandar khemah selepas semua rumah perlindungan penuh. Malah, sebuah rumah perlindungan memberitahu pihaknya terpaksa menolak permintaan 200 orang wanita dan kanak-kanak dalam sehari.

Di negeri yang dilimpahi dengan kekayaan dan glamor Hollywood, imej tersebut amat mengejutkan rakyat negara Uncle Sam itu. Kondisinya juga cukup primitif, tiada sebarang bekalan air dan sistem sanitasi yang sewajarnya. Penduduknya juga perlu berjalan sejauh 4.8 kilometer untuk membeli air botol dari stesen minyak atau kedai serbaguna berhampiran. Jika bernasib baik, pekerja-pekerja kebajikan akan datang menghulurkan makanan percuma dan barangan keperluan lain.

Pengarah Perundangan Loaves & Fishes, badan bukan kerajaan yang membantu meringankan beban golongan malang, Joan Burke memberitahu, situasi itu membuka mata banyak pihak. “Kita tidak hanya boleh terkejut. Tindakan mesti diambil untuk mengubahnya kerana keadaan ini tidak boleh diterima. Kita sudah kembali ke zaman Great Depression,” katanya.

Pihak berkuasa Sacramento yang menempatkan pejabat Gabenor Arnold Schwarzenegger mengakui pemandangan itu tidak menyenangkan. Namun, berdepan dengan krisis dan defisit bajet berbilion dolar, mereka tidak ada banyak pilihan lagi, selain menimbang untuk menjadikan bandar khemah itu sebagai satu struktur tetap.

Lebih penting lagi, kawasan itu nanti bakal dilengkapi dengan perkhidmatan kebersihan dan peraturan seperti pengharaman dadah serta minuman keras. Ironinya, terdapat banyak rumah kosong di bandar Sacramento, sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya, kenapa ia tidak digunakan oleh golongan yang tidak berumah itu?

Penulis akhbar The Times, Vikas Bajaj memberitahu, sebanyak 10.4 peratus unit rumah di Sacramento adalah kosong. Kadar itu jauh lebih tinggi berbanding lokasi-lokasi lain di AS. Datuk Bandar Kevin Johnson, melalui jurucakapnya, Steve Maviglio mengatakan, pihaknya ada memikirkan tentang itu, tetapi tidak mempunyai upaya untuk melaksanakannya memandangkan ia hartanah individu. “Kami ada meninjau rumah yang dimiliki oleh Agensi Perumahan dan Pembangunan Semula Sacramento. Masalahnya, rumah kos rendah sudah habis!” Katanya.

Sambil menyifatkan peningkatan jumlah golongan tidak berumah sebagai masalah serantau, Johnson mengakui akses sebanyak AS$2.3juta (RM8.5 juta) yang terkandung dalam pakej rangsangan, bakal akan membantu Sacramento menyelesaikan masalah tersebut. Tidak terhad di Sacramento, fenomena sama turut melebar di seluruh AS. Selaku salah sebuah negeri paling kaya, California memiliki keluaran domestik kasar yang hampir sama dengan sebuah negara Sepanyol dan Itali.

Lantas ia menjadi salah sebuah negeri yang menerima kesan kemelesetan ekonomi dan krisis hartanah paling teruk. Buktinya, kadar penyitaan hartanah melonjak sehingga 327 peratus dan 500 orang kehilangan rumah masing-masing setiap hari. Diburukkan lagi dengan pemberhentian kerja secara besar-besaran, ramai golongan kelas pertengahan kini menjadi papa kedana.

Penghuni terkini bandar khemah ialah pasangan jurujual kereta, Corvin dan Tina Garland. Hilang kerja pada masa yang sama dan pusat perlindungan sudah penuh, maka pasangan berusia 50an itu membeli khemah dengan menggunakan wang simpanan yang ada. “Tiada siapa terfikir dalam usia sebegini, kami akan kehilangan tempat tinggal. Saya hanya mahu menikmati usia emas bersama suami dan impian itu sudah semakin samar," kata Tina.

Memang ada sebilangan penghuni yang menjaga kebersihan, kemas dan membina tandas. Malangnya, ramai juga yang berpenyakit mental, kaki botol dan tidak menggunakan tandas, sekali gus mencipta keadaan tidak ubah seperti negara dunia ketiga. Salah seorang pegawai perbandaran Sacramento, Fong memberitahu, pihak berkuasa kini sedang merancang mengubahsuai kandang kuda yang sudah lama kosong untuk dijadikan rumah sementara. Fong juga menggalakkan projek-projek keluarga angkat yang melibatkan pihak gereja, masjid dan rumah-rumah ibadat lain.

Langkah itu boleh menambah ruang pusat perlindungan sedia ada. Kawasan itu juga pernah dirakam oleh lensa rancangan Oprah Winfrey dan ditonton oleh 40 juta penonton di seluruh dunia. Kebanyakan penghuni di bandar khemah itu terdiri daripada pekerja pembinaan, ladang, kedai-kedai dan restoran. Dengan ketiadaan rumah yang hendak dibina dan kira-kira 80,000 orang kehilangan kerja, peluang untuk diambil bekerja semula amatlah nipis. Justeru, mereka semua meletakkan harapan kepada pakej rangsangan berjumlah AS$787 bilion (RM2,909 bilion) yang diumumkan oleh Obama.

Presiden itu turut mengumumkan pelan untuk menyelamatkan rumah sembilan juta penduduk daripada disita dengan cara menstruktur semula hutang gadai janji mereka. “Kemelesetan membuatkan bilangan yang memerlukan bantuan meningkat dengan dramatik. Dalam tempoh setahun, golongan ini mencecah 26 peratus. “Kita dapat lihat ramai yang tinggal di dalam kereta atau membeli kotak dan tidur di dalamnya. Mereka melakukan apa jua untuk berteduh.” tambah Burke.

Khemah makin bertambah tiap hari.

Pada saya, hal ini berlaku kerana beberapa sebab.

Pertama, kegagalan sistem ekonomi kapitalis mula terserlah, seperti terserlahnya kegagalan sistem ekonomi komunis atau soialis sebelumnya. Contohnya, bagaimana bank-bank riba memberi pinjaman perumahan atau lain-lain, secara berleluasa sehingga menjerut pemimjamnya, tidak mampu bayar balik beramai-ramai. Hal ini bukan sahaja meranapkan bank tersebut, bahkan mengait institusi kewangan lain dan seterusnya melibatkan negara. Begitu juga pemberian pinjaman untuk menutupi pinjaman sebelumnya oleh konglomerat-konglomerat, iaitu dengan mengorek lubang hutang yang lebih besar untuk kambus hutang sebelumnya.

Kedua: Disebabkan pemimpin AS begitu terikat dan terpaksa mengikut telunjuk Israel. Bajet bantuan peperangan yang kononnya untuk pertahanan (seperti di Palestin) yang besar diberi kepada Israel. Begitu juga sikap ganas menyerang Irak, Afghanistan dan lain-lain, termasuk juga projek kempen anti keganasan di seluruh dunia (yang sebenarnya untuk menghancurkan agama Islam).

Alternatifnya.. Satu, rakyat AS perlu bangun menolak pemimpin-pemimpin rakus dan ganas yang seperti itu. Kedua, negara-negara umat Islam perlu mewujudkan sistem ekonomi Islam, di samping usaha menyatupatukan di bidang-bidang lain.

Sekian, wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 24, 2009. KL.

Masyarakat Israel Tiada Pendidikan.. Luna Cohen Pilih Islam

Luna Cohen, wanita Yahudi..

Ibnu Hasyim Catatan Santai

LUNA Cohen, lahir di kota Tetouan, Maroko dari keluarga Yahudi. Pada usia 16 tahun, ia sudah meninggalkan rumah keluarga di Maroko untuk melanjutkan sekolahnya di sekolah khusus perempuan Bet Yaakov di Washington Heights, Manhattan, Amerika Syarikat. Bet Yaakov adalah sebuah sekolah Yahudi Ortodoks yang dikenal rasis. Dia berkahwin pada usia 18 tahun. Luna dan suaminya sudah 3 kali pindah tempat tinggal di apartemen Brooklyn, New York, dan akhirnya pindah ke Israel bersama 4 nanak-anaknya.

Ketika tiba di Israel, Luna dan keluarganya tinggal pemukiman Yahudi, Gush Qatif di wilayah Jalur Gaza. Luna mengaku menjalani masa-masa yang berat kerana melihat ‘cara hidup’ orang-orang Yahudi di tempat tinggalnya itu dan meminta pada suaminya agar mereka pindah saja ke Netivot, yang terletak sekitar 23 kilometer ke arah utara di wilayah pendudukan Israel di Palestin. Di tempat itu, Luna lagi-lagi menyaksikan kehidupan masyarakat Yahudi Israel yang disebutnya tidak berpendidikan.

“Mungkin cuma satu dari sejuta anak yang berperangai baik.” kata Luna. Ia menyaksikan bagaimana orang-orang Yahudi di Netivot, sama seperti di pemukiman Yahudi Gush Qatif, membenci orang-orang yang bukan Yahudi, Arab Palestin. “Kami lihat tindakan mereka buruk dan mahu menang sendiri. Pada titik ini, saya dan suami tidak sepakat terhadap sikap mereka itu!”

Hingga suatu hari suami Luna yang juga Yahudi tetapi sekuler, pulang ke rumah dan mengatakan baru sahaja membaca al-Quran dan memutuskan untuk masuk Islam. Luna tidak tahu, rupanya suaminya itu selama ini sudah banyak mempelajari Islam melalui dialog dengan seorang Muslim asal Emirat Arab Bersatu yang tinggal di pemukiman Gush Qatif, selama 2 tahun. “Kerana dalam fahaman Yahudi, kami selalu diajar untuk membenci agama lain," kata Luna bertanyakan mengenai ajaran Islam.

Tetapi, suaminya cukup bijak dan mengatakan, Luna boleh tetap dalam agama Yahudi jika tidak mahu masuk Islam, kerana dalam Islam, seorang lelaki Muslim boleh berkahwin dengan perempuan ahli kitab. Suami Luna pun masuk Islam dan memakai nama Islam Yousef al-Khattab. Dua minggu setelah suaminya masuk Islam, Luna tertarik untuk membaca al-Quran dan ketika ia membacanya, Luna merasa semua pertanyaan yang bersimpul di kepalanya terjawab semua dalam al-Quran.

Luna lalu menyusul suaminya mengucap dua kalimah syahadat dan menjadi seorang Muslimah. Luna memilih nama Qamar atau ‘bulan mengambang’ sebagai nama Islamnya. Kerana keadaan yang tidak memungkinkan mereka tinggal lebih lama di wilayah Israel itu, maka keluarga mualaf itu lalu memutuskan pindah ke Maroko, negara asal Luna pada tahun 2006. Hingga sekarang pasangan Yousef dan Qamar Al-Khattab hidup bahagia di tengah saudara-saudara Muslim Maroko setelah menemu kebenaran sejati dalam cara hidup Islam. (ln/jewsforAllah)

Oleh itu tiap warga Muslim wajib menghayati Al-Quran dalam seluruh kehidupan, termasuk peribadi, keluarga, masyarakat, dan lebih-lebih lagi dalam politik yang meletakkan Al-Quran sebagai dasar negara. Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 24, 2009. KL.

Bukit Selambau Disembur Gas.. Lagi, Tanda BN Nak Kalah

By Megat Ali Megat Alang.

Siri ..2 Bukit, 1 Batang:

MAC 24, Lihat gambar, Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din (kiri) sedang membantu seorang penyokong Pakatan Rakyat dan PAS yang terkena gas pemedih mata ketika tindakan Unit Simpanan Persekutuan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah malam tadi. Kini, hanya tinggal kurang seminggu menjelang hari penamaan calon Bukit Selambau, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terus menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan himpunan hampir 5,000 orang di Sungai Petani, membuktikan kerajaan pimpinan BN akan kalah dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Orang ramai datang untuk mendengar ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat itu. Lebih 18 penyokong Anwar dan orang awam dilaporkan telah ditahan dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Muda. Mereka termasuklah beberapa pembantu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan ketua staf Anwar, Ibrahim Yaacob. Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar yang dipetik Malaysian Insider berkata, "saya sangat marah kerana FRU menggunakan air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan 5,000 orang yang berhimpur untuk mendengar ucapan Anwar."

Penamaan calon kerusi Bukit Selambau diadakan Ahad ini manakala pengundian dijadual 7 April. Calon Pakatan Rakyat kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, S. Manikumar menjelaskan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat memang telah ditahan termasuk dari PKR dan DAP. Jelas beliau, segala-galanya bermula apabila Anwar mula menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran bilik gerakan Pakatan Rakyat dan PKR di sini malam ini. "Sebaik sahaja Anwar mula berucap, gas pemedih dilepaskan menyebabkan ramai yang melarikan diri ke bangunan dua tingkat…” (2MA)

Monday, March 23, 2009

Nora Danish Lebih Sedar Dari UMNO..

Ibnu Hasyim Catatan Santai

"SAYA berharap semoga Rayqal sudah dapat bergelar tahfiz al-Quran pada usia empat tahun.” Luah aktres Nora Danish Hanif, 27, tentang masa depan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, dua bulan setengah. "Saya juga berdoa semoga dia menjadi anak yang beriman dan soleh. Insya-Allah!” Katanya seperti yang dilaporkan oleh Siti Azira Abd Aziz (Mstar Online) hari ini.

Dia yang berharap, kalau boleh tidak mahu anaknya jadi artis dan biar jadi pemimpin negara. Kini, selepas anaknya berusia dua bulan setengah, Nora secara rasminya bersedia perkenalkan Rayqal kepada khalayak pada Sabtu lalu dalam majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anaknya yang berlangsung di rumah bekas mertuanya, di Ampang. Malah Nora juga mendoakan yang terbaik untuk Rayqal supaya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berjaya.

Al-hamdulillah, marilah kita sama-sama tolong berdoa semoga Allah SWT teguhkan pendiriannya, panjangkan umur anaknya sehingga dewasa, dan dia sendiri dapat melihat anak menjadi seorang yang hafal Al-Quran. Pada saya, inilah satu contoh seorang aktres yang sedar, bahkan lebih jauh pemikirannya dari pemimpin parti UMNO tulang belakang BN… yang memerintah negara dengan mengekploitasi dunia hiburan sehingga menjauhkan umat manusia dari Al-Quran.

Contohnya, lihat sahaja media tv yang dipancarkan ke dalam rumah kita lebih mengarah kepada keruntuhan moral dan menjauhi penontonnya dari Al-Quran. Bukan mendidik ke arah menjadi pemimpin mengikut Al-Quran.

Sekian, santai-santai kali ini.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 24, 2009. KL.

Bukti BN Takut Kalah.. Harakah & Suara Keadilan Digantung 3 Bulan.

By Megat Ali Megat Alang.

Siri ..2 Bukit, 1 Batang:

MAC 23, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini, kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.

Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta. "Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik.

Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Dr Mohd Hasyim ketika dihubungi sebentar tadi menyebutkan, “Itulah bukti kerajaan BN takut kalah, mereka terlalu cemas sekarang, hingga sanggup menggelupur tutup pintu demokrasi, dan kerajaan Najib mula menampakkan taring ganasnya.” Kata beliau yang juga seorang blogger. (2MA)

Sejarah PAS 30: Bangkit Semula Dengan Perubahan Pimpinan.

IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 30

SINARIO Pilihan raya kecil Kelantan yang berasingan dari negeri-negeri lain di Malaysia pada 11 Mac 1978, juga memberi kemenangan besar kepada BN. Pilihan raya selepas MAGERAN yang dilahirkan oleh Kerajaan Pusat memberi kemenangan kepada BN sebanyak 34 kerusi, iaitu 22 UMNO, 11 Berjasa dan 1 MCA.

PAS yang tertendang keluar dari BN cuma dapat 2 kerusi ADUN sahaja, iaitu di Sering melalui calonnya Niki Abdullah Arshad, dan di Manik Urai Kelantan, serta 9 kerusi di negeri-negeri lain. Pada 8 Julai 1978 dalam PRU 1978 itu PAS bertanding bersendirian tidak lagi bersama gabungan BN memperolehi 2 dari dari 12 kerusi parlimen di Kelantan dan 3 kerusi parlimen lagi di negeri-negeri lain.

Pada 22 April 1982, telah diadakan PRU DUN dan Dewan Rakyat bagi penggal berikutnya kecuali Sabah dan Sarawak. PAS memenangi 5 kerusi parlimen, iaitu 1 di Kedah dan 4 di Kelantan. Peringkat negeri pula PAS memenangi 18 kerusi, 1 di Perlis, 2 di Kedah, 10 di Kelantan dan 5 di Terengganu. Muktamar PAS ke 28 yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan suatu peristiwa penting bagi PAS, iaitu pada 23 Oktober 1982, hari kedua muktamar tersenut, Yang Di Pertua Agung waktu itu Datuk Haji Mohd Asri Haji Muda telah mengumumkan perlepasan jawatan.

Ianya disambut dengan takbir kegembiraan oleh sebahagian besar perwakilan yang akhirnya menyebabkan ramai ahli-ahli PAS yang dulunya tidak bersetuju dengan kepimpinan Dato’. Mohd Asri kembali semula ke pangkuan PAS, seperti Ustaz Abu Bakar Hamzah, Amaluddin Darus dan lain-lain. Tindak tanduk Dato’Mohd Asri selanjutnya yang disifarkan sebagai ‘kesalahan yang terlalu berat’ menyebabkan Dato’ Mohd Asri dan beberapa anggota lain digantung keahliannya oleh Jawatankuasa Disiplin PAS pada 30 Januari 1983.

Seteruanya pada 24 Februari 1983, bekas Yang Di Pertua Agung PAS itu mengumumkan dengan rasminya keluar dari PAS. Pada 1 Mei 1983, Muktamr Agung PAS telah meluluskan pindaan perlembagaan parti dan memilih Tuan Haji Yusuf Rawa sebagai Yang Di Pertua PAS Pusat. Maka bermulalah apa yang disebut ‘era kepimpinan ulama’, dengan penambahan ‘Majlis Syura Ulama’ dalam parti. Tetapi bagi penulis (Ibnu Hasyim), lebih tepat disebut ‘era pemulihan kepimpinan ulama’, kerana tidak dapat dinafikan sumbangan dan peranan ulama-ulama PAS yang terdahulu.

Contohnya seperti Tuan Ahmad Tuan Fuad, Dr Burhanuddin, Zulkifli Muhammad, Tuan Haji Ahmad Tuan Husin, Haji Mansur JP yang berketurunan Cina dan lain-lain, sesuai dengan zaman mereka, sedangkan dasar perjuangan PAS masih tetap Islam. Perjuangan PAS kini hanya menyambung perjuangan PAS yang terdahulu, cuma peranan kepimpinan diperkemaskan, terutama yang melibatkan para ulama dan cara pendekatan ‘ala nasionalisme’nya cuba diukar kepada cara yang lebih sesuai dengan gerakan Islam masa kini.

Beberapa pandangan perlu dilihat untuk menilainya. Ada yang mengatakan dengan terbentuknya Majlis Syura Ulama, tidak bererti bermulanya era kepimpinan ulama dalam PAS, kerana kebanyakan ahli-ahli majlis tersebut belum mempunyai kepakaran dalam bidang pentadbiran atau non executive ledearship. Ia lebih berperanan sebagai pemerhati dan tempat rujuk, tetapi bukan sebagai majlis yang menerajui PAS secara perlaksanaannya.

Ada juga kalangan yang mensifatkan apabila terjadinya beberapa komflik sekitar tahun 1978 seperti pertembungan fikrah, perebutan kuasa dan lain-lain menyebabkan munculnya pembahagian, pengagihan atau klasifikasi period dalam era kepimpinan dan perjuangan PAS. Sehingga wujud golongan ‘aliran Melayu’ yang membawa ke arah ala nasionalisme dan golongan Islam yang berselogankan kepimpinan ulama. Era ini juga boleh disifarkan sebagai era pemulihan.

Professor Khoo Kay Kim seorang ahli sejarah berpendapat, bahawa slogan dan konsep kepimpinan ulama dalam PAS hanya dibesar-besarkan kepada masyarakat untuk menutup kelemahan dalaman dan memberi nafas baru serta memulihkan PAS yang sedang di ambang kejatuhan. Menurutnya, konsep ini diperkenalkan untuk mengubah topik kejatuhan parti tersebut kepada suatu isu baru yang bersesuaian dengan kebangkitan Islam masa itu.

P.Patto secara individu merasakan pemilihan Tuan Haji Yusuf Rawa hanyalah sebagai ‘penenang suasana’ yang bersifat sementara untuk meredakan krisis dalaman parti. Juga bertujuan bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai, bahawa PAS tidak mempunyai apa-apa masalah walaupun tanpa Datuk Mohd Asri yang dianggap sebagai tulang belakang PAS semenjak ketiadaan Dr Burhanuddin dan Zulkifli Muhammad. Perlantikan tersebut juga hanya untuk menenangkan perbedaan aliran pemikiran di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS yang memandang Tuan Haji Yusuf Rawa bukanlah orang yang berkuasa penuh.

Waktu itu kebangkitan Islam berlaku di Nusantara dan seluruh dunia, khasnya kebangkitan Islam Iran di bawah pimpinan Ayatullah Khomeini, menurut rokoh DAP itu lagi. Di dalam PAS terdapat golongan yang pro Iran hinggakan ingin membawa PAS kepada corak revolusi Iran dan golongan yang memilih pendekatan ‘moderate’ atau sederhana sahaja. Rentetan daripada itulah, maka Haji Yusuf Rawa menjadi orang tengah untuk mengelakkan sebarang perbedaan fahaman dan taktik dalam perjuangan.

Walau bagaimanapun P.Patto tetap bersetuju dengan tindakan PAS era 80an yang mengamalkan dasar keterbukaan secara secara praktikal dengan parti-parti pembangkang, khasnya hingga sekarang ini. Sampai ada yang mengatakan PAS dan DAP saling bantu membantu dalam pilihan raya, walaupun pada hakikatnya secara tidak langsung parti-parti tersebut cuma bersetuju menentang penganiayaan dan beberapa isu tentang hak asasi manusia.

Dr Abdul Halim Haji Mat Diah seorang ahli akademik telah menyetujui dan mengiktiraf konsep Kepimpinan Ulama secara organisasi dan perlaksanaan kerana wujudnya Majlis Syura Ulama. Beliau melihat bahawa majlis itu mempunyai autoriti yang mengatasi Dewan-dewan lain dan berfungsi sebagai tempat rujukan, pentafsiran serta pembuat keputusan terhadap sebarang tindakan parti. Terutamanya yang berkait dengan perkara-perkara dasar agar ia selari dengan tuntutan Islam.

Dewan Ulama PAS sendiri telah menggariskan kriteria-kriteria pemilihan calon-calon yang mewakili PAS dalam pilihan raya sesuai dengan kehendak Al-Quran, As-Sunnah, dan perlembagaan PAS Fasal 40(2) Tugas-tugas am Dewan Ulama. Slogan Kepimpinan Ulama juga adalah hasil dari peranan kerjasama Dewan Ulama dan Dewan Pemuda menyebabkan lahirnya usul Dewan Pemuda dalam ijtimak di Bukit Mertajam Pulau Pinang pada tahun 1982. Maka akhirnya berlakulah perubahan pimpinan dan pindaan dalam perlembagaan parti.

Beberapa kalangan pimpinan PAS menganggap bukti pemulihan Kepimpinan Ulama dapat dilihat melalui perlaksanaan PAS sejajar dengan kehendak Islam. Terutamanya dalam menyahut seruan persaudaraan Islam, sehingga tertubuhnya Angkatan Perpaduan Ummah terdiri dari gabungan PAS, S46, Berjasa dan Hamim dalam satu wadah Islam. PAS telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengimplimentasikan Islam secara syumul dan menyeluruh. Begitu juga dengan program-program tarbiah, usrah, qiamul-lail, kursus perkaderan, ijtimak, khemah kerja dan lain-lain, terus dipertingkatkan kepada pimpinan, ahli atau luar ahli.

Sehingga tercernalah fikrah Islam dalam pemikiran yang akhirnya dapat dibuktikan melalui akhlak dan perbuatan. Mungkin hasil daripada inilah yang menyebabkan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah berjaya merampas kembali Negeri Serambi Mekah itu pada PRU 21 Oktober 1990.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails