Saturday, April 18, 2009

Udon Ke Ubon, Bertemu Gadis Thai..

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Thailand 3.

DARI Udonthani ke Ubon Ratchathani, kali ini saya sambung perjalanan saya dengan bas lagi. Saya naik bas, rupanya di sebelah tempat duduk saya telah ada yang duduki. Saya hormatinya gaya hormat orang Thai, bila saya dipersilakan duduk. “Sawadi kap!”, begitulah kata hormat dalam bahasa mereka.


Dia, gaya seorang gadis berpakaian seksi, ketat dan terbuka sikit, sana sini… berambut merah yang diwarnakan, biasa kalau di sana. Nak cari yang bertudung kepala, haram takdak . Wajar, mungkin kerana hampir tiada langsung penganut Islam di sana. Kami pun berkenalan. Rupanya dia adalah seorang pegawai perikanan yang didatangkan dari ibupejabat di Bangkok ke situ. Yang saya terkejut, bila ia perkenalkan, namanya.. “Sa-fi-ah…”


Nama ayah?, saya tanya.


“A-min…” jawabnya.


“Muslim?” Saya tanya lagi. Dia mengeluarkan sesuatu dari bag kecil dalam bag tangannya. Rupanya bagaikan loket yang selalu digantung di leher. Kalau orang Kristian berlambang salib, orang Buddha dengan patung kecilnya. Tetapi yang dikeluarkannya ialah tulisan Arab bertulis Ya-sin.


“Inilah bukti saya Islam!” Katanya.


Teringat saya, pernah suatu masa saya masuk ke kedai yang dikatakan orang Islam di Songkla, tetapi tiada lambang-lambang Islam tertera di luar kedai atau pada dirinya. Bila saya ragu, dipanggil anaknya yang berumur kira-kira 6 tahun disuruh baca fatihah depan saya sebagai bukti mereka keluarga Islam. Pernah juga suatu masa Cat Steven seorang superstar mula berjinak-jinak dengan Islam, menggunakan lambing-lambang tulisan Arab dan kalimah-kalimah Allah pada album lagu-lagunya tetapi mendapat bantahan dari pertubuhan Islam.


“Saya hairan mengapa orang Islam marah, walaupun saya sudah Islam?” Kata beliau yang mengguna nama Yusuf Islam sewaktu berceramah pada suatu masa di Malaysia, “Sekarang, bila saya faham Islam, baru saya tahu sebabnya…”. Islam lebih penting penghayatan, bukan semata-mata lambang sahaja.


Begitu juga dengan amalan sembahyang, gadis itu terkejut pula melihat saya. “Maaf. Saya nak sembahyang.” Kata saya. Dia macam tercengang. Melihat pakaian saya yang tidak berjubah dan berkupiah atau serban, mungkin tidak sekuat mana dalam pegangan agama. Nak sembahyang di mana? Tempat duduk bas semua penuh, tiada ruang kosong, di mana pula nak ambil wuduk. Bas hanya berhenti sekejap turunkan penumpang sahaja. “Kita bertolak dengan bas ini dari sebelum zohor, dan dijangka sampai selepas magrib. Tiada waktu untuk sembahyang walaupun boleh di’qasar’ dan di’jamak’kan. Jadi saya sembahyang dalam suasana darurat.” Saya jelaskan, supaya jangan anggap saya bawa ajaran sesat pula.


“Saya gantikan wuduk dengan tayammum. Kerana tiada debu untuk bertayammum dalam bas ini, maka memada dengan bertayammum di dinding atau di kusyen sahaja. Dan bersholat boleh hanya sambil duduk sahaja.” Saya praktikkan apa yang saya katakan itu. Dia memerhatikan dengan teliti.


Akhirnya dia sampai ke tempat yang dituju, dia turun. Sebelum turun, katanya kepada saya, “Terima kasih. Saya pun banyak juga belajar agama dari ayah saya. Tetapi hari ini saya dapat beberapa pelajaran lagi… Satu, beda antara lambang dengan amalan. Encik tidak berlambangkan ciri-ciri yang dianggap Islam pada pakaian, tetapi mengamalkan Islam secara serius, tak kira tempat dan keadaan. Itu sebab saya lihat encik memandang remeh bila saya kemukakan lambang keIslaman saya pada encik. Kedua, jika kita faham Islam, rupanya mengamalkan Islam amat mudah, dan bersahaja. Saya amat tertarik… saya ada azam baru mengenai Islam.” Dia memberi alamat dan nombor telefonnya pada saya.


Teringat pula puluhan tahun lalu, semasa saya ke Makkah, ramai yang pergi menunaikan haji di tanah suci itu tidak sembahyang waktu semasa dalam kapal terbang, dengan alasan ‘susah dan boleh qadha’. Pada saya, mereka tidak kenal maka mereka tidak cinta!


Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
April 2009.

Friday, April 17, 2009

2 Cara Rai Tetamu..


Songkran Festival adalah perayaan menyambut tahun baru Thailand yang tahun ini jatuh pada hari Minggu, 13 April 2008. Perta siram air kepada orang ramai, di tengah jalan dari pagi hingga malam!

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Thailand 2.


PERJALANAN diteruskan ke Udonthani, seseorang dari kumpulan anak muda seperti yang diceritakan dalam catatan perjalanan Thailand lepasEkonomi Merudum: Dunia, Masih Tak Mahu Belajar.’ yang beragama Buddha itu, mengajak saya ke rumahnya, untuk melihat bagaimana mereka meraikan sempena sambutan hari kebesaran ‘songkran’ dalam masyarakat mereka.

Saya tertarik dan mengikutnya. Rupanya dia adalah dari keluarga sederhana dan terpelajar juga. Rumahnya agak sederhana berhampiran dengan Pasaraya Macro di bandar itu. Ibu bapanya adalah guru. Seluruh adik beradiknya 6 orang semuanya guru, kecuali se orang yang lelaki adalah pegawai polis. Dia pernah belajar di Jepun, dan berkahwin dengan seorang lelaki Cina dari Malaysia, yang akhirnya membuka restoran Kopitiam di Pandan Indah Kuala Lumpur.

Saya sewa bilik di sebuah kondominium yang berhampiran. Malamnya saya ke rumahnya. Amat kecewa saya bila majlis sambutan perayaan itu tiada langsung kaitan dengan agama mereka. Mereka sambut dan hormati saya dengan minuman arak dan permainan judi. Saya tolak pelawaan mereka dengan baik, walaupun mereka amat menghormati saya. Saya terpaksa keluar dari majlis itu walaupun dengan senyum pahit.

Akhirnya adik lelaki wanita itu menemani saya mencari kedai makan Islam tetapi tiada berjumpa. Dia bawa saya ke pusat-pusat hiburan malam dan ke tempat-tempat pelacuran, menambahkan tidak senang lagi saya.

“Saya terlalu letih, sila hantarkan saya ke bilik.” Itulah keputusan yang saya buat. Dia pun bersetuju, selamat saya malam itu…

Besoknya saya jumpa juga mencari kedai makan Islam. Cuma ada sebuah di bandar yang sebesar Hat Yai itu, tepi sebuah masjid. Di situlah saya berkenalan dengan masyarakat Islam di sana. Seorang anak muda bujang bernama Roslan mengajak saya tidur di rumahnya. Dia berasal dari Betong selatan Thai, bersama 2 lagi kawan-kawan yang mencuba nasib berniaga di rantau orang.

Sudah tiga empat tahun mereka berusaha, dan berjaya memiliki sebuah kereta tiap orang. Bukan itu saya, mereka termasuk tenaga penggerak perkembangan Islam di sana. Kata mereka, “Se siapa yang nak ke sini, sila ziarah kami. Kami sedia membantu anda, jila perlu.. Yang kerap datang ke sini ialah duta Malaysia di Laos, kerana bersempadan dan berhampiran dengan bandar ini."

Ibnu Hasyim
Udonthani,
Thai.

..bersambung..


Sunday, April 12, 2009

Politik Thai: Bila Si Baju Merah Marah..




By Asyok Kumar

BANGKOK April 12, 2009. Ratusan penunjuk perasaan antikerajaan dari kumpulan baju merah, pengikut bekas PM Thai Thaksin Shinawatra dikatakan telah merampas dua kereta perisai manakala beberapa kompleks beli belah utama berdekatan persimpangan terkenal Rachaprasong ditutup kerana bimbang berlaku keganasan, kata seorang saksi.

Saksi itu berkata, beliau terkejut melihat penunjuk perasaan mengambil alih kenderaan itu berdekatan pusat beli belah Siam Paragon. Ada kira-kira 500 orang, tapi kemudiannya mereka bersurai ke kawasan lain dan hanya polis yang ada di sini sekarang." katanya. "Siam Paragon, Central World dan beberapa pusat beli belah di kawasan itu ditutup manakala hanya para penumpang dibenarkan memasuki stesen BTS (kereta api aliran ringan) di sini. Ramai pelancong panik apabila melihat orang berbaju merah yang sedang marah."

Menurut sumber Blog Ibnu Hasyim di Bangkok, difahamkan kumpulan baju merah adalah orang-orang tajaan Thaksin menggunakan politik wang, walaupun beliau tiada dalam negara. Meskipun begitu, ia tidakmelibatkan orang-orang Islam Thai. Anggota tentera ditempatkan di lebih 50 kawasan di Bangkok selepas Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan perintah darurat, manakala polis dikatakan bersedia untuk menyerbu kawasan di mana penunjuk perasaan kumpulan baju merah berkumpul berdekatan dengan Rumah Kerajaan.

Media tempatan melaporkan bahawa anggota tentera pada masa ini sedang mengawal istana Raja Thai Bhumibol Adulyadej dan juga beberapa kementerian utama. Keadaan di Bangkok menjadi tegang selepas polis menahan seorang bekas penyanyi popular dan bekas penggubal undang-undang Arisamun Pongruengrong, sekutu Thaksin Shinawatra, hari ini kerana memimpin gerakan memprotes di Pattaya.

Perusuh 'Baju Merah' bergegas ke Kementerian dalam Negeri di sini di mana Abhisit sedang mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan keselamatan negara. Laporan berita televisyen menyebut Abhisit meninggalkan pejabat kementerian itu sebelum perusuh tiba tetapi beberapa orang cedera dalam pergelutan dengan anggota keselamatan dan beberapa das tembakan dilepaskan. Pasukan polis dan tentera dijangka menyuraikan kira-kira 2,000 penunjuk perasaan antikerajaan yang kini menghuni semua jalan menuju ke Rumah Kerajaan sejak 26 Mac lepas.

Bilangan penunjuk perasaan yang menjangkau 100,000 pada Rabu lalu, kini berkurangan kerana kebanyakan mereka pulang untuk menyambut festival Songkran (pesta air) bermula esok.(AK)

Saturday, April 11, 2009

Nyanyian Rock, Mengalir Air Mata Saya.. MB Kelantan

Datuk Nik Abdul Aziz (tengah) bersama Amy Search (kanan) dan Renggo (kiri).


BY AsyokKumar

KOTA BHARU, April 11, 2009. MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian ikon rock negara Amy Saerch, terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan. "Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka," katanya. Demikian menurut BERNAMA hari ini.

Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keIslaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama. "Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik," katanya.

Sementara itu, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini. Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.

"Tidak...saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo... Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya.. Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan. Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz. Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.

Syabas kepada Renggo dan Amy. Semoga akan diiringi oleh artis-artis lain lagi.(AK)

Ekonomi Merudum: Dunia, Masih Tak Mahu Belajar.







Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Thailand 1.

HARI itu, dalam perjalanan dari Bangkok ke utara Udonthani kira-kira 6 jam dengan bas arah ke Vian Chan.. Sekumpulan anak-anak muda Thai berasal dari kawasan tersebut baru pulang berkerja di Malaysia sedang bercerita, riuh rendah.

"Aku kerja kilang.." Antara kata beberapa pekerja wanita.

"Aku kerja di Balakong.." kata antaranya yang lelaki. "Dulu aku jadi askar Thai 2 tahun, kerahan tenaga. Aku dihantar ke selatan di kawasan orang Islam, Pattani,Yala, Naratiwat. Huu.. tak dapat nak bayangkan betapa takutnya. Yang aku ingat hanya isteri aku saja. Aku, macam mati hidup semula." Katanya.

Namun bas yang sama-sama kami tumpangi itu terus membelah merentasi sawah-sawah padi yang luas terbentang di negara pertanian itu.

Mereka mengharapkan kerajaan mereka berjaya membangunkan ekonomi negara. Hari-hari rakyat mereka melihat Thaksin bekas Perdana Menteri Thai berkempen di tv dengan parti dan penyokongnya berbaju seragam warna merah, berlawan dengan kumpulan parti lawan berwarna kuning. Begitu hebatnya di Thai membenarkan parti-parti politik berkempen di tv, walaupun pembangkang. Tv mereka sudah lama menyiarkan siaran penuh terus menerus dari parlimen.

Satu pekara yang dunia seolah-olah lupa, antara penyebab kemiskinan dan kemelaratan ekonomi adalah kerana peruntukan besar yang dibazirkan untuk memerangi umat Islam yang mereka lebelkam sebagai pengganas. Lihat sahaja Beruang Merah kominis Rusia salah langkah di Afghanistan satu masa dulu, sehingga negaranya pecah. Sekarang AS pula di Iraq dan Afghanistan. Apakah Thai dan sejenis dengannya tidak mahu belajar? Rakyatnya sudah letih berperang di selatan, seperti juga rakyat AS diIraq. Ekonomi dunia terus merudum.

Ibnu Hasyim
Udonthani,
Thai.

Wednesday, April 08, 2009

Sama Pak Lah-Najib, Keputusan P'Raya Kekal Macam Biasa, Tetapi....


BY ASYOK KUMAR

RABU April 8, 2009. Ketiga-tiga parti yang menang dalam pilihan raya kecil yang berlangsung serentak mengekalkan status quo keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008. Bahkan bekas Menteri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi. Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi-berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.


Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.
Kamarul hilang wang deposit. Undi rosak adalah sebanyak 456. Muka baru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar berjaya mempertahankan kerusi parti itu setelah menang dengan majoriti 2,403 undi. Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V. Arumugam setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) S. Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.


Manikumar, 35, memperoleh 12,632 undi manakala calon BN S.Ganesan mendapat 10,229 undi.
Pilihan raya kecil itu mencatatkan sejarah tersendiri apabila ia menyaksikan pertandingan yang membabitkan 15 calon, termasuk 13 calon Bebas. Calon Bebas Mej (B) Anuar Abd Hamid mendahului undi calon-calon bebas yang lain dengan hanya memperoleh 528 undi dan hilang wang pertaruhan. Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Abdullah Mat Akhir di pusat penjumlahan undi di Dewan Sekolah Menengah Teknik 2 pada pukul 10.45 malam ini.


Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini. Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas. BN pula mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai apabila calonnya, Malcolm Mussen Lamoh memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti 1,854 undi. Mussen, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi untuk menewaskan ahli politik veteran Jawah Gerang, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, yang meraih 2,053 undi dalam pertandingan satu lawan satu.


Pegawai pengurus pilihan raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu pada 7.45 malam. Batang Ai, sebuah daripada kerusi DUN dalam Parlimen Lubok Antu, mempunyai 8,006 pengundi berdaftar, termasuk 43 pengundi pos. Pada pilihan raya negeri Mei 2006, penyandang kerusi berkenaan daripada BN, Datuk Dublin Unting Ingkot memenangi kerusi majoriti kaum Iban itu setelah menewaskan Nicholas Bawin Anggat daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 860 undi. (AK)

Sunday, April 05, 2009

Gagasan Merdeka Selesai -Muzakir Manaf. Mana Islamnya?


By Asyok Kumar April5,2009

MANTAN Panglima Gerakan Aceh Merdeka, Muzakir Manaf, menegaskan gagasan memerdekakan Aceh telah selesai seiring dengan penandatangan perdamaian tahun 2005. Muzakir Manaf, yang kini menjadi Ketua Umum Partai Aceh, juga mengatakan dia tidak lagi memimpikan referendum untuk kemerdekaan bagi Aceh.
"Kita sudah komitmen sesuai dengan pemimpin kita yang di Helsinki waktu penandatanganan. Buat apa itu lagi? Dengan Indonesia pun kita sudah komitmen di bawah NKRI semua," kata Muzakir di Banda Aceh.
Bagaimanapun, ketika ditanya apakah dia akan mengangkat senjata lagi apabila upaya perdamaian gagal dilanjutkan, Muzakir mengatakan belum bisa menentukan. "Saya tidak bisa menjawab sekarang, tapi yang jelas kami ingin hidup damai dan masalah perang untuk masa sekarang, kami tidak memikirkan," kata Muzakir.

Simak wawancara dengan mantan Panglima GAM yang kini menjabat sebagai Ketua Umum Partai Aceh, Muzakir Manaf, dalam acara Tokoh, Hari Minggu, 29 Maret 2009, siaran pukul 05.30 WIB. Versi panjang wawancara itu juga akan disiarkan khusus oleh puluhan mitra BBC, Hari Senin, 30 Maret 2009, pukul 06.00 WIB.
Politisi

Muzakir Manaf naik ke puncak pimpinan militer GAM tahun 2002 untuk menggantikan Panglima GAM sebelumnya, Abdullah Syafie yang mati tertimbak dalam pertempuran dengan militer.Tentara GAM yang dikenal dengan Teuntara Neugara Aceh, resmi dibubarkan sesuai dengan nota kesepahaman antara pemerintah Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka. Nota tersebut ditandatangani di ibukota Finlandia, Helsinki, Agustus 2005.
 
Kesepakatan damai yang dimediasi oleh mantan Presiden Finlandia, Martti Ahtisaari, ini diharapkan dapat mengatasi konflik separatis di wilayah Aceh yang sudah berlangsung puluhan tahun. Sesuai dengan kesepakatan damai, di Aceh boleh dibentuk partai-partai lokal untuk mengikuti pemilihan umum.Semula para mantan gerilyawan membentuk partai yang diberi nama GAM dengan lambang bendera gerakan itu, tetapi nama itu menimbulkan polemik sehingga akhirnya diubah menjadi Partai Aceh. Partai tersebut diketuai oleh Muzakkir Manaf yang mematok partainya harus menang pemilihan legislatif di Aceh.

"Kami targetkan 95% akan menang dan mungkin akan dapat. Kami sesuai dengan pergerakan kami, GAM bekerja sama termasuk di kampung dan di pelosok untuk memenangkan PA," tutur Muzakir. 

Lulusan Libya dalam bidang latihan kemiliteran itu mengaku masih merasa kaku terjun di bidang politik praktis sekarang ini. "Sekarang ini menjurus ke politik, mungkin kita agak kaku dalam menghadapi arena politik ini," tuturnya.  

Namun dia mengaku persoalan itu tidak menjadi kendala berkat bantuan kawan-kawannya.

Keamanan

Muzakir Manaf menyatakan khawatir akan situasi keamanan di Aceh menjelang pemilu menyusul terjadinya serangkaian tindakan teror yang diarahkan kepada Partai Aceh dan orang-orangnya, mulai dari penggranatan hingga pembunuhan.

"Ya itulah yang selalu membuat kita was-was. Sebenarnya tidak ada yang perlu dikhawatirkan atau ditakutkan dengan PA karena inilah orang-orang yang tidak senang dengan perdamaian, dengan hasil penandatangan MoU Helsinki," kata Muzakir.  

Menurutnya, ada segelintir oknum yang tidak sependapat dengan garis yang ditempuh pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan yang menginginkan Aceh porak poranda.

"Bagi kami bangsa Aceh, cukup komitmen dengan perdamaian dan semuanya harus komitmen menjaga perdamaian di Aceh. Karena orang Aceh selama satu kurun ini cukup menderita dan kami ingin menikmati perdamaian," tegasnya.  

Muzakir Manaf juga dikenal sebagai pengusaha di bidang kontraktor, meski menurut sosok yang berusia 44 tahun ini, bisnis tersebut kini telah ditinggalkan untuk memusatkan diri pada dunia politik. (Heyder Affan Produser, BBC Siaran Indonesia)
Demikian selesainya Gagasan Merdeka, setelah termeterainya Mou Helsenki, Kita lihat pula kemana hala perjuangan PA.

Partai Aceh adalah salah satu partai politik lokal di Aceh, Partai ini ikut dalam Pemilihan Umum Legislatif Indonesia 2009 untuk pemilihan anggota parlemen Aceh. PARTAI ACEH (PA) partai pemilik perjuangan di Aceh untuk perubahan nasib masyarakat Aceh. Partai yang masih punya tanggung jawab menjalankan amanah MoU Helsinki dan menyempurnakan Undang-Undang Pemerintah Aceh yang telah disahkan oleh DPR RI pada 11 Juli 2006.

Kini saatnya para pejuang Aceh (GAM) mengabdi diri sebagai fungsionaris partai dan seluruh rakyat Aceh yang dengan berbesar hati telah bisa meninggalkan perjuangan bersenjata dan menukar dengan Demokrasi, sehingga hari ini bukan diam menunggu hasil, rakyat Aceh harus bangkit bersatu-padu berpartisispasi untuk perjuangan masa depan Aceh dan perdamaian. ingat "Sesungguhya Allah tidak akan merubah suatu kaum/masyarakat/bangsa sehingga mereka mau merubah keadaan diri (nasib) mereka sendiri(Al Qur-an).

Parti Aceh: Tanggal berdiri : 7 Juli 2007 Inisiator :

Tokoh pendiri : Malik Mahmud, Muzakkir Manaf.
Azas : Islam Lambang Partai
Kata Aceh dengan latar bendera merah dan hitam eks bendera GAM.
Ketua Umum : Muzakkir Manaf
Sekretaris Jenderal : Muhammad Yahya,
Alamat : Kantor DPP Partai Aceh, Jl Tgk Imam Al-Asyi Luengbata, No 48 Banda Aceh

Sejarah: Partai Aceh didirikan oleh mantan anggota Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Mulanya, begitu tiba masa perdemaian, para mantan gerilyawan itu membentuk partai yang diberi nama GAM, namun kemudian diubah menjadi Partai Aceh.



Ketum Partai Aceh adalah Muzakkir Manaf yang dahulu mejadi Panglima Angkatan GAM. Partai Aceh sempat menimbulkan kontroversi manakala menjadikan bendera GAM sebagai lambang partainya. Lambang itu tetap dipakai meski muncul imbauan pemerintah untuk menggantinya.
VISI dan; MISI
1. Membangun citra positif berkehidupan politik serta melaksanakan mekanisme partai sesuai aturan Negara Kesatuan Republik Indonesia, dengan menjunjung tinggi nota kesepahaman Helsinki yang telah ditandatangani pada tanggal 15 Agustus 2005 antara Pemerintah RI dan GAM.
2. Mentransformasi dan atau membangun wawasan berpikir masyarakat Aceh dari citra revolusi party menjadi citra development party dalam tatanan transparansi untuk kemakmuran hidup rakyat Aceh khususnya dan bangsa Indonesia.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Lihat asasnya adalah Islam, itu penting. Apakah Islam yang dimaksudkan itu seperti yang difahamkan oleh UMNO? Seperti yang termaktub dalam perlembagaan UMNO atau dalam perlembagaan Malaysia yang sekular ciptaan Lord Ried penjajah? Atau seperti yang tercatat dalam perlembagaan PAS di mana Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias menjadi dasar perundangannya? (AK)

Lihat..
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails