Monday, April 27, 2009

Hukum Jihad, Berubah Menjadi Fardu Ain Bagi Tiap Muslim Di Muka Bumi?

Renungan 10 Minit Sebelum Tidur 6:

HUKUM Jihad yang asalnya Fardu Kifayah boleh berubah menjadi Fardu Ain dalam beberapa keadaan..

Pertama: Jika ada arahan dari Imam Atau Pemerintah Islam..

Jika Imam kaum Muslimin atau kerajaan Islam telah mengumumkan mobilisasi umum maka hukum jihad menjadi fardu ain bagi tiap kaum Muslimin dengan segenap kemampuan yang dimilikinya. Jika Imam memerintahkan kepada kelompok atau orang tertentu maka jihad menjadi fardu ain bagi siapa yang ditentukan oleh imam itu.

Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahwa nabi Muhammad SWT bersabda pada hari Futuh (pembebasan) Mekkah:

“Tidak ada hijrah selepas Fathu Mekkah, tetapi yang ada jihad dan niat, Jika kalian diminta berangkat berperang, maka berangkatlah.” (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasai, Darimi dan Ahmad)

Makna Hadist ini : “Jika kalian diminta oleh Imam untuk pergi berjihad maka pergilah”

Ibnu Hajjar mengatakan : “Dan didalam hadist tersebut mengandung kewajiban fardu ain untuk pergi berperang atas orang yang ditentukan oleh Imam (atau pemerintah kerajaan Islam)..”

Kedua: Semasa bertemu dua pasukan, antara Muslimin dan kuffar..
Jika barisan kaum Muslimin dan barisan musuh sudah berhadapan, maka jihad menjadi fardu ain bagi setiap orang Islam yang menyaksikan keadaan tersebut. Haram berpaling meninggalkan barisan kaum Muslimin. Allah berfirman :

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur)”. (QS Al-Anfal 15)

“Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (sisat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.” (QS Al-Anfal 16)

Rasulullah saw bersabda : “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan, “Beliau SAW ditanya: “Ya Rasulullah, apa tujuh perkara yang membinasakan itu?” Beliau saw menjawab :
(1) Mempersekutukan Allah,
(2) Sihir,
(3) Membunuh orang yang telah dilarang membunuhnya, kecuali karena alasan yang dibenarkan Allah,
(4)Memakan harta anak yatim,
(5) Memakan riba,
(6) lari dari medan pertempuran; dan
(7) Menuduh wanita mu’minah yang baik dan tahu memelihara diri, berbuat jahat (zina).”
(HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai, Thahawi, Baihaqi, Baghawi).

Ketiga: Jika musuh menyerang wilayah kaum Muslimin.

Jika musuh menyerang kaum Muslimin maka jihad menjadi fardu ain bagi penghuni wilayah tersebut. Sekiranya penghuni wilayah itu tidak memadai untuk menghadapi musuh, maka kewajiban meluas kepada kaum Muslimin yang berdekatan dengan wilayah itu. Seterusnya jika belum memadai juga, jihad menjadi fardu ain bagi yang berdekatan wilayah berikutnya hingga akhirnya tercapai kekuatan yang memadai. Sekiranya belum memadai juga, maka jihad menjadi fardu ain bagi seluruh kaum Muslimin diseluruh muka bumi.

Ad Dasuki (dari Mazhab Hanafi) berkata : “Didalam menghadapi serangan musuh, setiap orang wajib melakukannya, termasuk perempuan, hamba dan anak- anak, meskipun tidak diberi izin oleh suami, wali dan orang yang berpiutang.

Didalam kitab Bulghatul Masalik li Aqrabil Masalik li Mazhabil Imam Malik dikatakan : “…Dan jihad ini hukumnya fardu ain jika Imam memerintahkanya, sehingga hukumnya sama dengan sholat, puasa dan lain sebagainya. Kewajiban jihad sebagai fardu ain ini juga disebabkan adanya serangan musuh terhadap salah satu wilayah Islam. Maka bagi siapa yang tinggal diwilayah tersebut, berkewajiban melaksanakan jihad, dan sekiranya orang-orang yang berada disana dalam keadaan lemah maka barangsiapa yang tinggal berdekatan dengan wilayah tersebut berkewajiban untuk berjihad.

Dalam keadaan seperti ini, kewajiban jihad berlaku juga bagi wanita dan hamba sahaya walaupun mereka dihalang oleh wali, suami, atau tuannya, atau jika ia berhutang dihalangi oleh orang yagn berpiutang. Dan juga hukum jihad menjadi fardu ain disebabkan nazar dari seseorang yang ingin melakukannya. Kedua ibu-bapa hanya berhak melarang anaknya pergi berjihad semasa jihad masih dalam keadaan fardu kifayah. Juga menjadi fardu kifayah membebaskan tawanan perang jika ia tidak punya harta untuk menebusnya, walaupun dengan menggunakan serluruh harta kaum Muslimin.

Ar Ramli (Dari Mazhab Syafi’i) mengatakan : “Maka jika musuh telah masuk kedalam suatu negeri kita dan jarak antara kita dengan musuh kurang daripada jarak qashar sholat, maka penduduk negeri tersebut wajib mempertahankannya, hatta (walaupun) orang-orang yang tidak dibebani kewajiban jihad seperti orang-orang fakir, anak-anak, hamba sahaya dan perempuan.

Ibnu Qudamah (dari Mazhab Hambali) mengatakan :“Jihad menjadi fardu ‘ain didalam 3 keadaan:
a. Apabila kedua pasukan telah bertemu dan saling berhadapan.
b. Apabila orang kafir telah masuk (menyerang) suatu negeri (diantara negeri negeri Islam), Jihad menjadi fardu ain atas penduduknya untuk memerangi orang kafir tersebut dan menolak mereka.
c. Apabila Imam telah memerintahkan perang kepada suatu kaum, maka kaum itu wajib berangkat.

Bagaimana dengan Palestin, apakah umat Islam di negara lain masih boleh hidup bermewah-mewah dengan membiarkan mereka ditindas dan diratah oleh musuh-musuh Allah?

Wassalam dari Ibnu Hasyim.

Elaun Mat Sabu, Rasuah Dan… Lim Guan Eng




By Asyok Kumar


PULAU PINANG: Isnin April 27, 2009 Berita BERNAMA menyebutkan, Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini memohon maaf kepada Dewan Undangan Negeri kerana memberi jawapan yang salah berhubung isu pelantikan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, sebagai pengarah Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB).


Beliau memohon maaf kerana jawapan yang diberikan ketika menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas hari ini, berbeza dengan maklumat yang diberikan dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua). Menurutnya, Mohamad hanya dilantik sebagai pengarah bukan bebas di perbadanan itu dan menerima elaun tetap RM500 sebulan dan elaun mesyuarat sebanyak RM300 setiap kali menghadiri mesyuarat.


Katanya, jawapan bertulis yang diberikan kepada Jasmin sebelum ini bahawa Mohamad menerima elaun tetap RM1,500 sebulan, elaun mesyuarat RM300 dan elaun luar kawasan RM1,500 sebulan adalah tidak betul. "Mohamad tidak boleh dikategorikan sebagai pengarah bebas kerana beliau adalah seorang ahli politik, dan saya nak betulkan bahawa beliau adalah pengarah tidak bebas dan jumlah elaun yang diterima adalah seperti yang saya sebutkan sebentar tadi," katanya.


Penjelasan Lim itu kemudian dibidas oleh Jasmin yang kecewa kerana jawapan yang bercanggah dan tidak betul diberikan kepadanya. "Kerana jawapan yang tidak betul diberikan, saya telah membuat komen dan bercakap bohong kepada rakyat mengenai perkara ini. "Macam mana jawapan boleh berbeza, adakah tidak disemak terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kami," katanya.


Isu pemberian tanah kepada Lim Hock Seng (DAP-Bagan Jermal) yang didakwa tidak mengikut prosedur juga menyebabkan Dewan kecoh seketika apabila Lim tidak menjawab soalan Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) mengenai perkara itu tetapi sebaliknya mengungkit soal tanah yang dipajakkan kepada Safira Golf and Country Club, yang ada kaitan dengan Jahara.


Ketika itu, kedengaran suara dari barisan penyokong kerajaan menyebut "rasuah" dan ini menimbulkan kemarahan Jahara yang menjelaskan bahawa tanah Safira itu dikategorikan sebagai kawasan rekreasi dan nilai pajakan dibuat mengikut prosedur. Jahara kemudiannya meminta orang yang menyebut perkataan itu memohon maaf tetapi tiada siapapun mengaku telah mengeluarkan perkataan itu.


Tuding-menuding berlaku dan akhirnya, Speaker Abdul Halim Hussain membuat keputusan supaya perkara itu disiasat, dan mereka yang bertanggungjawab perlu meminta maaf. Jawapan Lim mengenai kedudukan Ketua Menteri sebagai Pengerusi Lembaga Tender juga menimbulkan rasa tidak puas hati barisan pembangkang yang meragui ketelusan beliau dalam membuat keputusan. Jasmin, ketika mempertikaikan perkara itu, berkata beliau bimbang kerana sebagai ketua eksekutif negeri, Lim mungkin mempengaruhi keputusan pemberian tender itu.


Syed Ameruddin Syed Ahmad (BN-Bayan Lepas) pula mempersoalkan jika terdapat masalah atau kesilapan dalam pemberian tender itu, kepada siapa masalah itu hendak dirujuk memandangkan Ketua Menteri juga menjadi pengerusi lembaga berkenaan. Bagaimanapun, Lim memberikan jaminan bahawa beliau boleh bertindak profesional dalam perkara ini dan sekiranya timbul sebarang masalah, Ketua Menteri dan barisan exconya akan bertanggungjawab.(AK)


P’raya Kecil Penanti 31 Mei, PAS Beri Laluan pada PKR.


By Asyok Kumar


PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini dengan tempoh berkempen selama lapan hari. Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini sebentar tadi.


Beliau mengesahkan kerusi DUN Penanti kosong berkuat kuasa 17 April lalu bermula hari penerimaan surat makluman kekosongan daripada Speaker Pulai Pinang. Dengan keputusan itu ia merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi: Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara. Jumlah pusat mengundi: 9 buah dengan 32 saluran. Jumlah petugas: 242 orang.


Pada 16 April lepas, penyandang kerusi itu Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu. Keputusan itu ditegaskan oleh beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Jumaat lalu selepas dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Sementara itu parti-parti politik tidak lagi dibenarkan mengadakan barung atau pondok panas selain dilarang memancing undi ketika hari pengundian. Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kerusi Penanti bulan depan. Keputusan itu diputuskan susulan pertemuan dengan parti-parti politik di sini Khamis lalu. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan langkah itu sebentar tadi.


PAS dilaporkan akan memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu."Kita (PAS) tidak bercadang untuk bertanding di Penanti walaupun itu kubu kuat PAS. Kita hormati hak mereka (PKR).” Kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Mustafa Ali. (AK)

Pen Pun Boleh Baca Muqaddam...



Ini produk terbaru yang dipanggil Pen Membaca Muqaddam. Pen ini boleh berfungsi sebagai
penyebut untuk bacaan dalam Muqaddam ini. Bacaan bermula serendah bacaan Alif, Baa, Taa dan sehingga ke surah-surah juzuk 30 Al-Quran.
Muqaddam ini mengandungi.

a. Pengajaran asas Al-Quran.
b. Doa-doa harian.
c. Surah-surah lazim (Juzuk 30)d. Azan.
e. Bacaan-bacaan dalam sembahyang.
Harga produk ini adalah RM 200.00. Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan di GG Edar Shop atau hubungi 017-2517515.


Terima Kasih

Sunday, April 26, 2009

Selangkah Lagi, PAS Ke Arah Tarik Bukan Islam.

Drs Mohd Rashdi menangani masalah bersama..

By Asyok Kumar

TANJUNG KARANG Ahad April 26, 2009. PAS mengambil satu lagi langkah wajar dengan membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang parti itu ketika pilihan raya dalam usaha menarik lebih ramai penyokong bukan Islam.

Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjung Karang, Drs Mohd Rashdi Deraman menyebutkan cadangan yang membolehkan calon-calon bukan Islam untuk mengggunakan lambang parti itu akan diputuskan secara muktamad oleh Majlis Syura Ulamak yang akan bermesyuarat selepas Muktamar tahunan parti bulan Jun ini.

“Perkara telah dibincangkan secara serius dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS pusat minggu lalu, kenyataan mengenainya pun telah dikeluarkan, dan PAS Tanjung Karang menyokong penuh tindakan wajar itu kerana di Tanjung Karang ramai pengundi yang bukan Islam.” Kata beliau, yang juga Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, telah dilantik sebagai YDP PAS Kawasan Tanjong Karang bagi sesi 2009 / 2011, yang ditemui di pejabatnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Majlis Syura mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan itu. Majlis Syura Ulamak PAS dianggotai oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Harun Din dan Abdul Ghani Shamsuddin. Difahamkan, pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu, buat pertama kalinya PAS membenarkan calon bukan Islam dari Parti Keadilan Rakyat bertanding di kawasan kerusi yang diperuntukkan PAS, iaitu DUN Seri Medan, Johor. Bagaimanapun calon tersebut, Saja @ Mearaj Patani tewas kepada Ahmad Zahri Jamil dari BN dan Umno.

Ditanya adakah perkara tersebut akan mengubah perlembagaan PAS sekali gus membuka keahlian parti itu kepada masyarakat bukan Islam. "Setakat ini belum ada lagi. Namun kita tidak menolaknya. Kita perlu lihat kepada pendekatan politik semasa. Jika pendekatan itu mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum mungkin ia akan dipertimbangkan.," Kata Drs Mohd Rashdi yang juga antara penyumbang tulisan kepada Blog Ibnu Hasyim.

“Pada saya, PAS boleh buka pintu kepada orang bukan Islam lebih luas lagi,” Kata Ibnu Hasyim yang turut bersama di situ. “Bukan sahaja menjadi ahli, bahkan boleh menjadi Presiden PAS sekalipun, apabila Majlis Syura Ulama berfungsi sepenuhnya terutama dalam perkara-perkara dasar dan penggubalan parti.” (AK)

Muslimah Ini Mampu Ubah Pandangan Politik Denmark Terhadap Agama?

Ahli Parlimen Denmark Asma Abdul Hamid

By Asyok Kumar


HARIAN Al-Watan, Arab Saudi Jumaat April 24, 2009 menyebutkan Asma Abdul Hamid, seorang Muslimah warga negara Denmark berketurunan Palestin (seperti digambar) telah dipilih sebagai ahli parlimen Denmark dari daerah pemilihan Udinesse.


Asma, seorang wanita bertudung lingkup akan menjadi wanita atau Muslimah pertama dalam jabatan penting di Denmark. Beliau muncul sejak kes karikatur Nabi Muhammad SAW, di negara yang dianggap kurang bersahabat dengan Islam. Namun, dengan naiknya Asma, akan memberikan citra lain untuk Denmark. “Saya akan berkerja dan berjuang untuk warga kami!” kata beliau.


Sementara itu, menurut Prof Peter Seabreg, pengetua studi Timur Tengah di Universiti Udinesse Denmark, terpilihnya Asma yang bertudung lingkup (berjilbab) dalam arena politik Denmark akan mengubah pandangan politik Denmark terhadap agama, “Tudung mulai memasuki politik dan akan mencorak fenomena di Denmark.”


Feminis Forum, salah satu organisasi perempuan di Denmark menilai kehadiran Asma di televisyen menunjukkan 'kuatnya rasa persamaan etnik dan gender di Denmark.' Sebaliknya, kelompok feminis lainnya, Women for Freedom Association memiliki penilaian yang berbeda. "Pemilihan Asmaa Abdul Hamid, adalah sebuah penghinaan baik terhadap Denmark ataupun Muslimat." kata Ketua Asosiasi Vibeke Manniche.


Sebelum masuk parlimen, Asmaa adalah seorang pengacara tv. Wajahnya muncul pertama kali di siaran televisyen Channel 2 Denmark bersama seorang wartawan Denmark Adam Holem (36) pada 29 Mac lalu. Mereka muncul dalam program itu sepanjang 8 episode membicarakan masalah sosial penting di Denmark dengan mengundang seseorang. Asma juga menjelaskan, bahawa pemilihan atas dirinya memberi tanggung jawab besar sebagai wakil atau duta atas nama kaum Muslimin.


“Saya selalu berupaya memberi gambaran dan penampilan yang baik tentang Muslimah bertudung lingkup dalam semua gerak-geri saya. Dalam bekerja, belajar atau dalam seluruh kehidupan saya, “ ujarnya. (AK)

Muktamar Pemilihan PAS, Ke Arah Perintah M’sia..

Tok Guru Nik Azizs & Tok Guru Abdul Hadi

Ibnu Hasyim Catatan Santai

PAS akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama, Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama, akan berakhir bulan depan. Dari tinjauan rambang ke beberapa kawasan PAS di Malaysia, setakat ini jawatan Presiden tiada pertandingan, dan akan kekal kepada Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Manakala Datuk Husam Musa Naib Presiden sekarang pula ingin diangkat sebagai pemimpin nombor dua parti itu, menggugat kedudukan Timbalan Presiden sekarang, iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Mungkin juga Saudara Muhamad Sabu, Naib Presiden sekarang, juga akan dicalunkan ke Timbalan Presiden.

Nama-nama lain yang disebut-sebut akan dicalunkan sebagai Naib Presiden selain dari Ustaz Ahmad Awang yang mempertahankan kedudukannya, muka baru Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang baru menang di Bukit Gantang juga MB Pakatan Rakyat di Perak, Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dr Mujahid Yusuf Rawa Ketua Lajnah Perpaduan Kaum, Ustaz Taib Azamudden Md Taib Ahli Parlimen Baling, Saudara Salahuddin Ayub yang akan melepaskan jawatan Ketua Pemuda, Datuk Mahfuz Omar Ketua Penerangan PAS sekarang dan beberapa lagi, termasuk Ustaz Nasharuddin Mat Isa Timbalan sekarang atau Muhamad Sabu sendiri.

Sebenarnya ramai lagi yang layak seperti Ustaz Nik Amar Kelantan, Ustaz Azizan Razak MB Kedah, Ustaz Idris Ahmad, Dr Muhammad Hatta Ramli dan beberapa dari Terengganu atau lain-lain negeri yang layak dicalonkan. Yang penting pada saya, pemimpin-pemimpin PAS yang dicalonkan kali ini hendaklah terdiri dari pemimpin yang boleh diterima oleh rakyat berbagai kaum di negara ini, dan mempunyai rekod khidmat yang cemerlang kepada rakyat. Contohnya seperti Datuk Seri Mohamad Nizar, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Datuk Husam Musa dan sebagainya.

Pemimpin-pemimpin sebegini perlu dipersiapkan demi menyambut kalau berlaku kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 yang akan diadakan kira-kira tiga tahun lagi, mengalahkan BN dan mengambil alih pemerintahan negara ini. Apalagi kalau PAS mampu meraih kerusi parlimen melebihi dari parti-parti Pakatan lain, yang melayakkan PAS memegang jawatan Perdana Menteri (PM) Malaysia. PAS perlu siap menentukan siapa PM samada Tuan Guru Abdul Hadi, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat MB Kelantan sekarang, atau yang selain mereka.. kerana jawatan tertinggi dalam PAS terutama sebagai pemegang dasar adalah Majlis Syura Ulama, yang diketuai oleh Mursyidul Am iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Maka perlu diingatkan kepada para perwakilan PAS kali ini, anda perlu memilih pemimpin ke arah persiapan untuk memerintah Malaysia, insya Allah.. Allahu akbar!

Ibnu Hasyim Catatan Santai
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
April 26, 2009.
KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails