Monday, May 11, 2009

Rumah Ini (Gambar).. Tempat Sembunyi Militan JI.


RUMAH ini berada sebuah kampung terpencil di Johor. Lokasinya tidak terdapat di dalam peta atau pun laman carian peta Google. Rumah kampung tradisional di Kampung Tawakal - sebuah kampung kecil yang penduduknya kurang daripada 100 orang. Terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan jalan keluar ke Kempas, yang mana kebarangkalian untuk mengesan lokasi kampung itu adalah sesuatu yang mustahil bagi sesiapa yang tidak biasa dengan kawasan itu.


Kawasan itu hanya dikelilingi pokok kelapa sawit dan tidak ada sebarang papan tanda untuk menuju ke kampung tersebut di sepanjang jalan utama yang menghubungkannya iaitu Jalan Kampung Maju Jaya. Kita-kira lima km dari kampung itu ada sebuah kelab golf eksklusif, Starhill Golf and Country Club. Penduduk di Kampung Tawakal dikatakan masih lagi terkejut selepas mengetahui pelarian yang diklasifikasikan sebagai merbahaya oleh pihak berkuasa, selama ini tinggal di kawasan mereka.


Menurut beberapa penduduk, Mas Selamat jarang sekali meninggalkan rumahnya dan jika ada pun, dia hanya akan keluar pada malam. Setiap kali keluar dia akan mengenakan jubah putih labuh dan serban putih. Ada masanya, dia kelihatan berkebun menggunakan cangkul. "Kadangkala, kami memberi salam kepadanya dan dia akan membalasnya. Tidak ada yang lain," kata seorang kanak-kanak 10 tahun yang enggan didedahkan namanya. "Dia tidak bercakap dengan sesiapa dan hanya menyendiri dan dia tidak pernah bersembahyang di surau kampung ini," kata seorang penduduk, Mohd Saat Marjo, 56, yang tinggal bertentangan dengan rumah Mas Selamat.


Apabila ditunjukkan gambar Mas Selamat yang disiarkan oleh The Star, dia dengan pantas memberitahu: "Ya, ya, dialah lelaki yang tinggal di sini!"


Kejadian penangkapan Mas Selamat awal April lalu masih segar dalam ingatan penduduk kampung apabila pihak polis menyerbu rumah tersebut dan menahan penjenayah itu. Mas Selamat ditangkap oleh polis Cawangan Khas awal bulan lepas di Skudai, Johor, dan kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mas Selamat, 48, yang dikatakan merancang melakukan beberapa letupan bom di sini terus melarikan diri setelah dapat melepaskan diri dari kawalan maksimum di pusat tahanan Whitley Road.


Mohd Saat ketika mengimbas kembali kejadian itu berkata: "Ketika itu kira-kira pukul 6 pagi. Lebih kurang 30 anggota polis bersenjata mengepung kawasan itu dan mengarahkan Mas Selamat supaya keluar dari rumahnya… Apabila dia enggan, mereka merempuh masuk melalui dua pintu," katanya sambil menggambarkan kejadian itu seperti siri televisyen, Gerak Khas.


Mohd Saat berkata, penduduk kampung kemudiannya melihat Mas Selamat dibawa keluar dengan mukanya ditutup dengan kain berwarna biru tua sebelum dimasukkan ke dalam kereta dan dibawa pergi. Katanya, pihak polis juga menggunakan alat pengesan bom bagi memastikan rumah tersebut bebas daripada sebarang bahan letupan.



Lihat. Dalam rumah didapati keadaan begitu kemas dan bersih, ecuali sebuah akuarium mengandungi ikan mati yang terapung dalam air yang berkeladak. Sebuah 'punching bag' juga kelihatan di ruang depan. Rumah tersebut dikelilingi dengan pokok manggis, jambu batu, kelapa dan pisang.


Menurut Mohd Saat lagi, Mas Selamat tinggal di tingkat bawah rumah yang telah dibersihkan Dia dipercayai menyewa rumah itu daripada seorang lelaki bernama Johar, yang tinggal di tingkat atas rumah bersama isteri dan dua anak kecil. Penduduk kampung berkata, Johar dan keluarganya juga hidup bersendiri dan tidak melibatkan diri dengan aktiviti kampung. "Mereka juga tidak pernah didatangi tetamu," kata Mohd Saat. (Sumber Mstar Online dll. AK).


Sila lihat lanjut di blog ini..

Friday, May 8, 2009 Mas Selamat Disyaki Pengganas JI Guna Pelampung Larikan Diri.

Friday, May 8, 2009 Mas Selamat Pemimpin JI (?) Ditangkap Di Malaysia..

Krisis Politik Perak, Zamri Bunuh Isteri Tua Kerana …


Ibnu Hasyim: Catatan Santai

PAGI ini saya buka blog saya, Sheikh Teluk Intan (http://sheikh-telukintan.blogspot.com/ ) perli saya ..burung hantu.. Maklum, malamnya sebelumnya saya berada di Kota Kuala Muda Kedah. Saya lihat blongnya .. Isnin, 2009 Mei 11 ‘Hanya Zamry Yang Sanggup Bunuh Isterinya!!!!!!’ rupanya nukilannya dan ulasan dari blog kawannya http://shalehudin.blogspot.com/2009/05/biend.html

Sheikh mengulas: Nota: Entri ini teman salin dari blog sahabat teman Shalehudin (klik disini) dan ditampal kat blog teman sementara menunggu keputusan Mahkamah yang tinggal tak berapa jam lagi dari sekarang , berkenaan siapakah di antara Nizar dan Zambry yang akan diiktiraf sebagai MB yang sah kat Perak. Menurut sahabat teman ISA keputusannya boleh dijangkakan. Baca tulisan beliau disini

Apa yang menarik sangat entri ini? Oh, tak payah terang, tuan-tuan lihat sendiri le…

Ibnu Hasyim Catatan Santai
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Mei 11, 2009. Ilham selepas di Kota Kuala Muda. Kedah.

Berterima Kasih Pada Penzalim Membebas, Sedangkan Patut Didakwa Ketika Menangkap?

P. Utahayakumar ketika dibebaskan dari tahanan di bawah Akta ISA.

BY Asyok Kumar


"SAYA setuju dengan Uthayakumar bahawa tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana penahanannya itu sebenarnya tidak perlu," kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang seperti menurut Bernama hari ini.


Sementara di KL, kerajaan tidak mengharapkan atau menagih ucapan terima kasih daripada pemimpin pertubuhan Hindraf P. Uthayakumar yang dibebaskan semalam dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini. "Memang kita tak mengharapkan dia berterima kasih, kita pun tahu dia degil, mengoyakkan bajunya sebelum dibebaskan, dan fitnah macam-macam," katanya sebagai mengulas kenyataan Uthayakumar yang tidak akan berterima kasih kepada kerajaan zalim yang membebasnya.


Namun Menteri Dalam Negeri itu memberi amaran, "Saya nak ingatkan dia bahawa dia kini adalah rakyat biasa, bebas dari ISA tidak bermakna dia ada imuniti kepada undang-undang lain," kata Hishammuddin dalam satu kenyataan. Hishammuddin berkata, segala yang dianggap tuduhan dan fitnah yang dilemparkan Uthayakumar akan dibuktikan serta tindakan tegas akan dikenakan terhadap Uthayakumar, sekiranya melanggar undang-undang sepertimana yang dilakukan orang biasa lain. " katanya seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.


Seramai 13 tahanan ISA yang ditahan sejak Dis 2007 dibebaskan semalam termasuk dua pemimpin Hindraf yang lain iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah M. Manoharan, dan K. Vasantha Kumar. “Adakah layak berterima kasih pada penzalim yang membebaskan tahanan sedangkan sepatutnya mereka (BN) perlu didakwa dan dikutuk ketika menangkap?” tanya Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang sewaktu dihubungi petang tadi.


“Kerana tak mahu terima kasih, mereka memberi amaran dan mengugut rakyat yang dizalimi itu pula? Kenapa muka tak malu sangat??” Tempelak Hj Mohd Hasyim yang juga editor Blog Ibnu Hasyim. (AK)

Indonesia: Pemilu 9 April 2009, Demokrat Menang, Bagaimana Parti Islam?


BY Drs Rosdi Deraman


PARTI Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang meraih 148 kerusi muncul sebagai pemenang terbanyak kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR/Parlimen) Indonesia, mengalahkan parti Golkar di tempat kedua dan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) di tempat ketiga. Keputusan akhir hasil pilihan raya umum 9 April yang diumumkan oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU), organisasi yang bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya di Jakarta pada 9 Mei ini sebulan selepas PEMILU.


Keputusan ini menunjukkan parti Demokrat yang menang 148 kerusi itu menguasai 26.43 peratus jumlah kerusi di Parlimen manakala Golkar (108 kerusi/ 19.29 peratus) dan PDIP (93 kerusi/16.61 peratus). Hasil akhir pengiraan undi 171 juta pemilih itu yang berlangsung selama sebulan itu, menunjukkan hanya sembilan daripada sejumlah 38 parti politik peringkat nasional yang bertanding yang layak masuk ke Parlimen bagi sesi 2009-2014 ini. Selain Demokrat, Golkar dan PDIP, parti lain yang layak ialah Parti Keadilan Sejahtera (PKS) parti berdasarkan Islam, berada di tempat keempat dengan perolehan 59 kerusi (10.54 peratus).


Juga Parti Amanat Nasional (PAN) 42 kerusi (7.50 peratus), Parti Persatuan Pembangunan (PPP) 39 kerusi (6.96 peratus). Parti lain ialah Parti Gerakan Indonesia Raya (30 kerusi/5.36 peratus), Parti Kebangkitan Bangsa (26 kerusi/4.64 peratus) dan Parti Hati Nurani Rakyat (15 kerusi/2.68 peratus). Yang tidak tersenarai termasuk beberapa parti berdasarkan agama Kristian. Keputusan itu yang dibacakan oleh Ketua KPU Abdul Hafiz Anshary di ibu pejabat KPU di Jakarta itu menunjukkan daripada keseluruhan jumlah pengundi Indonesia sebanyak 49.6 juta orang tidak keluar mengundi atau sebanyak 29.01 peratus daripada 171 juta pengundi berdaftar.


Jumlah undi yang sah dan diterima ialah hampir 104.1 juta atau 60.78 peratus manakala undi rosak dan ditolak ialah 17.48 juta atau 10.21 peratus. Keputusan akhir itu diumumkan menepati jadual sasaran yang ditetapkan oleh KPU sendiri meskipun pengiraan semula bagi daerah pengundian Nias Selatan di Sumatera Utara belum selesai dijalankan. Pengumuman keputusan akhir itu didapati tidak banyak berbeza dengan keputusan secara pengiraan cepat yang dilakukan oleh beberapa badan kaji selidik dan sukarela, yang sememangnya meletakkan parti Demokrat di tempat pertama dan diikuti sama ada oleh Golkar dan PDIP, berganti kedudukan di tempat kedua dan ketiga.


Pengumuman keputusan akhir itu akan membolehkan proses penamaan dan pendaftaran pasangan calon-calon presiden dan naib presiden berjalan seperti dirancang oleh KPU sehingga 16 Mei dan pilihan raya presiden dijalankan pada 8 Julai. Sumber BERNAMA, dll AK)

Sunday, May 10, 2009

M. Monaharan, Bebas 6 Syarat, Bebas Apa?

3 pemimpin Hindraf (dari kiri) P Uthayakumar, M Manoharan, dan K Vasantha Kumar

KL Ahad Mei 10, 2009. Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibebaskan semalam, M. Manoharan berkata, beliau "amat gembira dengan enam syarat" yang dikenakan kerajaan di sebalik pembebasannya selepas ditahan 514 hari. Kata Manoharan, beliau akan mematuhi syarat-syarat tersebut yang disifatkannya begitu memenuhi hasrat dan kedudukannya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk sentiasa berada di samping rakyat

"Syarat pertama adalah saya perlu tinggal di Kota Alam Shah, Klang. Saya mahu bersama rakyat dan syarat itu begitu sesuai sekali dengan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya lewat petang semalam. Manoharan yang juga seorang peguam berkata, lima syarat lagi yang perlu dipatuhinya adalah beliau tidak boleh menukar tempat kediamannya ke mana-mana kawasan lain tanpa kebenaran Ketua Polis Negeri, tidak boleh meninggalkan kawasan di mana ia disekat tanpa kebenaran bertulis Ketua Polis Negeri.

Selain itu, beliau hendaklah memberitahu Ketua Polis Daerah di mana beliau disekat mengenai alamat tempat tinggalnya, perlu melaporkan diri dan menandatangani buku daftar di balai polis yang berhampiran setiap Isnin antara pukul 8 pagi dan 5 petang sehingga 13 Disember tahun ini serta menjaga keamanan dan berkelakuan baik. Manoharan berkata, beliau diberi tempoh dua minggu untuk mencari kediaman di Klang. Katanya, memandangkan firma guamannya terletak di Kuala Lumpur dan seringkali mengendalikan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau akan meminta kebenaran untuk keluar dari kawasan kediamannya setiap minggu.

"Kemungkinan saya juga akan membuka sebuah cawangan firma guaman saya di Klang," katanya. Manoharan berkata, beliau mempunyai amalan guaman yang baik namun terpaksa memulakan kembali kerja-kerja guaman itu daripada awal memandangkan sudah 17 bulan meninggalkan bidang itu. Beliau berkata, pengalamannya ketika ditahan di Kamunting begitu menyedihkan kerana beliau begitu merindui seluruh kaum keluarganya.

"Berat badan saya turun 15 kilogram... saya cukup menderita dan saya akan pastikan, tidak ada ayah lain yang mengalami apa yang saya alami ini di masa depan," katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ditahan selama 514 hari. Berat badan turun 15 kiligram, cukup menderita, konon "amat gembira dengan enam syarat". Bebas apa? Porrah!! (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails