Thursday, June 18, 2009

Manik Urai: Terburai Terurai, T/Kasih MAFREL,..

MAFREL Kelantan telah menjalankan pemantauan awal di kawasan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manik Urai pada 16 Jun 2009 bertempat di 8 buah Unit Peti Undi (UPU) Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rex, Lakloh, Manjor, Manik Urai Luar, Manik Urai Dalam dan Sungai Perial.

Hasil daripada pemantauan awal, jelas berlaku salah laku dan etika melanggar Pilihanraya. Berberapa gambar di bawah ini menunjukkan salah guna kuasa agensi kerajaan persekutuan bagi menjalankan projek sempena PRK Manik Urai, Kelantan.

MAFREL juga cuba mengesan projek-projek segera dari agensi kerajaan negeri tetapi setakat ini masih belum ada tanda-tanda projek seumpama itu.


Terima kasih MAFREL, lanjutnya sila lihat..
http://mafrel-kelantan.blogspot.com/2009/06/lambakan-projek-mee-segera bagi-menjamu.html

Kukuhkan Pakatan Rakyat -MP PAS

Lihat klip vedio ini...





Kemaskini :K/Perpaduan, 10 Ahli Parlimen Isytihar Tolak.

SEPULUH ahli parlimen PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini - mengisytiharkan beramai-ramai penolakan kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada mursyidul am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media di lobi Parlimen.

Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut:

Dr Hatta Ramli (Kuala Krai),
Khalid Samad (Shah Alam),
Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor),
Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat),
Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang),
Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
Dr Mohd Hayati Othman (Pendang),
Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan
Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Mesyuarat ukhuwah

Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.

Sementara itu Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS telah sebulat suara menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

"Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS," katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Malah Dr Mariah berkata, Muslimat menyeru kepada semua pimpinan PAS supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama.

Dalam keadaan sekarang katanya, ahli-ahli PAS diminta terus bermunajat kepada Allah S.W.T. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepad pemimpin-pemimpin PAS.

"Berilah sedikit masa kepada pimpinan untuk berbincang dan mencapai keputusan terbaik dan kata sepakat yang berhikmah untuk PAS menangani fitnah dan mehnah yang dihadapai sekarang," katanya.

Ujarnya, PAS sebagai parti yang sudah berusia 55 tahun dan sering berhadapan pelbagai cabaran politik memounyai pengalaman yang luas untuk menangani cabaran.

Beliau berkata, seharusnya pemimpin dan ahli melatakkan wala' dan thiqah (kesetian dan kepercayaan) kepada pejuangan jamaah.

Semua keputusan yang menyentuh dasar dan polisi yang diambil oleh pimpinan wajib berpaksikan kepada keputusan muktamar (yang merupakan kuasa membuat keputusan tertinggi dalam PAS).
Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.
(Sumber http://greenboc.blogspot.com)




Rampas Royalti Petroleum Rakyat Kelantan RM 1 Billion, Adalah Bukti..


KOTA BHARU. JUN 18 2009 Kerajaan Negeri Kelantan menuntut Kerajaan Pusat menjelaskan bayaran tunggakan royalti hasil pengeluara:n petroleum di Kelantan yang kini dianggarkan berjumlah RM1 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, tunggakan itu berikutan Kerajaan Pusat tidak menjelaskan royalti yang sepatutnya diberikan kepada rakyat negeri ini seperti yang sewajarnya.

“Dalam mesyuarat exco hari ini (semalam), Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Pusat supaya menjelaskan royalti hasil minyak itu yang tertangguh setakat ini kira-kira RM1 bilion.. Menjadi harapan rakyat Kelantan supaya bayaran itu dapat dijelaskan berikutan ini tahun keenam sejak Kelantan disenaraikan sebagai pusat pengeluaran petroleum negara selepas Sarawak, Terengganu dan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Mingguan di sini, semalam.

Menurutnya, anggaran pengeluaran minyak di negeri tersebut berjumlah RM2.5 bilion setahun berdasarkan data-data yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan negara. Katanya, sebanyak RM2.615 bililon dihasilkan pada 2006 dan terbaru sebanyak RM2.7 bilion pada 2008. Husam berkata, dengan konsep 1Malaysia yang dicanangkan selama ini, Kerajaan Pusat diharap tidak menghadapi masalah menjelaskan royalti itu kepada rakyat Kelantan.

“Perkara ini baru dibangkitkan kerana perangkaan itu baru diedarkan kepada pegawai kita Mac lalu ketika menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri.. Pelbagai alasan boleh diberikan bagi mengelak menjelaskan bayaran itu tetapi amat memalukan jika Pusat tidak memberikan hak rakyat Kelantan itu,” katanya. Semetara itu, di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution telah membangkitkan isu tersebut.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tindakan zalim ini adalah satu bukti terbaru menunjukkan Kerajaan BN tidak berminat untuk berkerjasama dengan PAS, walaupun Kerajaan Perpaduan sentiasa digembar-gemburkan dibibir mereka. Banyak lagi bukti-bukti lain antaranya termasuk rampasan royalti minyak sewaktu PAS memerintah Terengganu baru lalu, dan lain-lain. (Sumber Jiwo Kelate, MalaysiaKini dll/AK).


Pakai Tudung, Walaupun Tidak Islam -Spencer Wall


SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?

Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Marilah kita sama-sama berdoa, semoga di suatu saat Allah SWT memberikan hidayah Islam padanya. Wallahu 'aklam. (2MA)

'1 Malaysia', Jadi Negara Pelacur? -Dr Hj Mohd Hasyim

BY ASYOK KUMAR




KL Jun 18 2009. AMERIKA Syarikat (AS) yang menyenarai-hitam Malaysia antara 17 negara utama di dunia terbabit dalam penyeludupan manusia khususnya untuk pelacuran, adalah sebagai satu hadiah kepada kempen 1 Malaysia dari PMnya Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang sewaktu dihubungi pagi ini.

Menurutnya, Malaysia berkongsi 'penghormatan' itu dengan negara seperti Zimbabwe, Sudan, Korea Utama, Papua New Guine, Fji dan Arab Saudi sebagai destinasi paling aktif dalam penyeludupan manusia seperti yang dilapurkan oleh Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Malaysia telah digugurkan daripada senarai itu pada tahun lalu, tetapi kemasukan begitu ramai rakyat asing secara haram untuk pelacuran dan pekerjaan memaksa Washington sekali lagi meyenarai hitamkan Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu, selain pelacuran, Malaysia turut menjadi destinasi untuk mengeksplotasi pekerja asing. Malaysia didapati gagal mencapai tahap minima untuk membanteras penyeludupan manusia dan tidak dilihat sebagai melaksanakan apa-apa usaha berkesan ke arah itu. Laporan itu turut mengatakan pegawai Imigresen didapati terbabit dalam sindiket mendagang rakyat Mynamar di persempadanan Malaysia-Thailand.

Pegawai Imigresen dikesan menjual rakyat Myanmar untuk RM700 tiap seorang kepada kumpulan tertentu yang beroperasi di situ. Laporan itu turut merujuk kepada layanan majikan terhadap pepekrja asing yang penuh dengan kes-kes penderaan, termasuk penyiksaan seksual dan fizikal. Kerajaan Barisan Nasional dilaporkan membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk melancar, apa yang dicanang sebagai operasi membersihkan negara daripada pendatang tanpa izin.

Laporan terkini itu yang mengesahkan Malaysia sebagai pusat khidmat seks dan pekerja asing untuk diekplotasi menzahirkan kebimbangan rakyat mengenai mengenai hala tuju negara yang tercinta ini.
Hakikatnya ialah semua bandar-bandar besar malah pekan-pekan kecil semakin dilimpah dengan pekerja seks dan pekerja asing tanpa izin.. dan jumlah mereka semakin meningkat.

"Rakyat telah mual dengan rhetorik termasuk Slogan 1 Malaysia yang cuba dijaja oleh Perdana Menteri, tetapi tidak mahu memikirkan dan mengambil inisiatif bersungguh-sungguh ke arah Islam sebagai suatu cara penyelesainnya. Dimana praktiknya Islam sebagai agama bagi Persekutuan seperti yang tercatat dalam perlembagaan negara?" Tanya Dr Hj Mohd Hasyim lagi. (AK)






Putarbelit Lagi, 9 Sebab U/M'sia Perlu Disaman!

KOTA BHARU, 17 Jun 2009 - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya. Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

Kerana, kata Tuan Guru...

Ke1: "Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

Ke2:"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Ke3: Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti-parti, hanya nasihat awal.

Ke4: Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.

Ke5: Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.

Ke6: Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

Ke7: "Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya... Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Ke8: Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.' Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.

Ke9:Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. (Sumber, Harakah dll. 2MA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails