Monday, July 06, 2009

1 Foto Michael Nazak, USD1/2 Juta OK Sanggup Bayar.

HALAMAN HIBURAN
Berita Isnin Julai 6, 2009 Majalah bayar lebih setengah juta untuk foto Michael di saat nazak

Stesen keretapi di Neverland Ranch, Los Olivos, California pada 1 Julai 2009. -foto AP

SANGGUPKAH anda membayar lebih setengah juta atau USD500, 000 hanya untuk sekeping gambar? Majalah OK sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan foto eksklusif Michael Jackson di saat-saat nazaknya dengan respirator dicekup ke mukanya saat di usung ke dalam ambulans untuk dibawa ke rumah sakit. Majalah ini sanggup 'melaburkan' duit yang begitu banyak hanya untuk menerbitkan foto Michael Jackson di akhir hayatnya.

Majalah OK. -foto AP

Foto ini juga telah mencetuskan kontroversi kerana lain-lain majalah dan surat khabar menggunakan foto ketika Michael Jackson berada di kemuncak dan foto yang menggambarkan saat-saat manis idola pujaan jutaan peminat itu. Penyanyi kesayangan ramai ini meninggal dunia pada hari Khamis lalu dan sudah hampir 10 hari tapi masih belum disempurnakan jenazahnya. Ini juga merupakan satu 'kontroversi'.

Ladang ternak milik Michael Jackson, 'Neverland' di Los Olivos, Los Angeles, California pada 1 Julai 2009. -foto AFP

Entah apa tujuan dan muslihat Michael Jackson tidak disemadikan segera, hanya keluarga Jackson sahaja yang tahu. (AK)

Sunday, July 05, 2009

Michael Jackson & Nasheed..

HALAMAN HIBURAN


Michael Jackson becomes Muslim and reverts back to Islam

THE king of pop Michael Jackson has reverted to Islam and changed his name to Mikaeel.

Jackson, 50, was dressed in the Islamic garb as he pledged his allegiance at a friend’s house in Los Angeles. He sat on the floor as an Imam was called to officiate the ceremony.

Michael Jackson reverts back to Islam

Michael Jackson reverts back to Islam

Jackson, who was raised a Jehovah’s Witness, decided to revert/convert after discussing religion with a music producer and songwriter on his new album – both of them reverts/converts to Islam.

“They began talking to him about their beliefs and how they thought they had become better people after they reverted/converted. Michael soon began warming to the idea. An Imam was summoned, and Michael went through the shahada, which is the Muslim declaration of belief,” a source was quoted as saying.

He was convinced to turn to Islam by producer Phillip Bubal and songwriter David/Dawud Wharnsby.

“They began talking to him about their beliefs and how they thought they had become better people after they reverted/converted,” a source told Britain’s The Sun newspaper.

“Michael soon began warming to the idea.”

Singer Yusuf Islam – formerly known as Cat Stevens before he also reverted/converted to the religion – attended the star’s declaration of belief, known as the shahada

Jackson, who was raised a Jehovah’s Witness, decided to revert/convert after discussing religion with a music producer and songwriter on his new album – both of them reverts/converts to Islam.

“They began talking to him about their beliefs and how they thought they had become better people after they reverted/converted. Michael soon began warming to the idea. An Imam was summoned, and Michael went through the shahada, which is the Muslim declaration of belief,” a source was quoted as saying.

Why say reverted and not converted to Islam? Muslims believe that everyone is born in a state of fitra, in a natural state and are born as Muslims.

Mikaeel is the name of one of Allah’s angels. Mikaeel is the angel who is controlling rain and vegetation by the order of Allah

Mikaeel is the name of one of Allah’s angels. Mikaeel is the angel who is controlling rain and vegetation by the order of Allah

I am a Muslim by South African artist Zain Bhikha who sounds like Mikaeel Jackson for Hijaab a women’s security blanket article

Michael/Mikaeel Jackson will be appearing in court on Monday in London as he is being sued by a prince in Bahrain for not fulfilling a album contract. According to the PA it seems like the sheikh was a generous friend to MJ. Most of the lavish spending were gifts to him.

Sila lihat sebelum ini..

Michael Jackson’s “I Love Allah!”







Konsert Hiburan Gabungan 3 Kumpulan Di Manek Urai..

HALAMAN HIBURAN
Pendikir terkenal Megat Nordin, satu dari 3 kumpulan alternatif.

MANEK URAI Julai 5 -Konsert hiburan alternatif yang diadakan di Padang Majlis Daerah Kuala Krai malam tadi turut menampilkan penyanyi rock, Ringgo yang juga bekas vokalis kumpulan Arrow, Pendikir terkenal Megat Nordin dan johan Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan.

Konsert yang dianjurkan oleh Urusetia Penerangan Kelantan itu, Ringgo menyampaikan lima buah lagu termasuk dua lagu popularnya bersama Arrow iaitu Sendu di Hati Mu Rindu di Jiwaku dan Niat di Hati Tak Nak Berpisah.

Ringgo turut mengambil kesempatan pada konsert tersebut untuk menjual album terbarunya bertajuk Pesan Tok Guru dengan harga promosi RM10 dan masih bertemakan rock serta pop.

Bagaimanapun berdasarkan pemerhatian, konsert santai bersama keluarga itu menarik minat penduduk tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Dr. Mohamed Fadzli Hassan ketika ditemui berkata, konsert alternatif itu diadakan bagi memberi maklumat kepada orang ramai bahawa Islam membenarkan hiburan tetapi mesti dalam batas-batas tertentu.

“Konsert malam tadi berlangsung dengan baik dan kita ingin menunjukkan kepada orang ramai bahawa ini adalah hiburan alternatif yang dibenarkan dalam Islam.

“Percampuran di antara lelaki dan wanita pada konsert malam tadi memang tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan yang datang bersama keluarga, suami isteri dan adik dengan kakak atau abang.

“Kalau di tepi-tepi jalan dan tempat yang sunyi dan agak jauh dari sini adalah di luar daripada kawalan kita, tetapi sepanjang konsert ini berlangsung kita selang-seli dengan nasihat dan unsur-unsur dakwah,” katanya. (AK)

Liberalisasi Ekonomi: Dr M Serang Najib.. Mana Ekonomi Islam?

TUN Mahathir Mohamad membidas Perdana Menteri Najib Razak atas langkahnya membuka ruang semakin luas untuk pelabur asing mengambil kepentingan dalam ekonomi negara. Mahathir berkata langkah-langkah yang diumumkan oleh Najib hanya bertujuan untuk meraih populariti dan tidak akan membantu kaum Melayu, Cina atau pun India. Laporan dari Suara Keadilan Online.

Seterusnya...

Antara yang diumumkan oleh Najib ialah pemansuhan beberapa syarat untuk melindungi kepentingan bumiputera dan kaum lain dalam sektor-sektor utama termasuk pelaburan asing. Syarikat- syarikat yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur tidak lagi perlu memperuntukan 30 peratus saham kepada Bumiputera sebagaimana yang ditetapkan sebelum Najib mengambil alih kerajaan Barisan Nasional April lalu.

“Saya berpendapat segala langkah itu lebih bertujuan untuk menjadi popular,” kata Mahathir merujuk kepada langkah-langkah Najib meliberalisasikan ekonomi untuk menarik pelaburan asing.”Saya tak tahu sama ada langkah-langkah ini akan membantu eknomi, sebab hakikatnya ekonomi Malaysia telah berkembang sejak kemerdekaan,” tambah mantan Perdana Menteri itu.

“Ekonomi kurang rancak sekarang, tetapi ini adalah kerana faktor persekitaran luaran, bukannya kerana perkara-perkara didalam negara,” Mahathir berkata. Mahathir berkata Najib harus berwaspada terhadap pelabur asing yang mahukan kawalan sepenuh ke atas syarikat-syarikat pengurusan dana kerana “mereka tidak ada sebarang nilai kesetiaan kepada negara.”

“Mereka berada di negara ini untuk membuat untung. Apabila mereka tidak dapat berbuat demikian, mereka meninggalkan negara ini dan kita menanggung kesannya,” kata Mahathir. Ketika menangani krisis ekonomi Asia pada tahun 1997-98, Mahathir mengekalkan dasar-dasar ekuti dan peruntukan saham bumiputera dan enggan membuka secara bebas sektor-sektor utama seperti perbankan kepada pelabur asing.

Beliau telah berpaut kepada prinsip bahawa Malaysia memerlukan pelaburan asing untuk merancakan pertumbuhan ekonomi negara, Namun pada masa sama Mahathir lantang menekankan keperluan melindungi peniaga bumiputera dan industri tempatkan daripada menjadi mangsa pengambil alihan syarikat-syarikat antarabangsa.

Mahathir sebelum ini telah mengelar Najib sebagai lemah dan pengecut apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Abdullah Badawi. Kritikan terbaru secara terbuka Mahathir mencerminkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak, khususnya akar umbi UMNO terhadap mainan politik Najib bersabit hak keistimewaan kaum bumiputera, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ulama-ulama Islam, tinjau-tinjaulah, inilah masanya yang baik untuk mempersembahkan sistem Islam sebagai sistem ekonomi alternatif.

(Sumber: Suara Keadilan Online/AK)

MB Kedah, DAP Sengaja Cetus.. Apa Kata Kit Siang?

Jangan peduli ini, takde apa-apa...

BERITA dari MB Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan dakwaan DAP Kedah, yang kononnya kerajaan negeri akan merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina di negeri itu dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai sengaja ingin mencetuskan isu perkauman.

Azizan berkata kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak pernah membincangkan tentang perkara merobohkan mana-mana tokong atau kuil di Kedah. "DAP kata dia berjuang untuk semua kaum tapi kali ni nampak sengaja nak cetuskan isu perkauman sebab Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan dan majlis bandaraya pun tak pernah tau pasal perkara ini, tiba-tiba dia orang (merujuk Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su) boleh tau," katanya ketika ditemui pemberita di Alor Star.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Thomas di Ipoh semalam yang mendakwa kerja-kerja merobohkan beberapa kuil dan tokong di kawasan Alor Star telah diluluskan oleh MBAS, lapor Bernama. Sehubungan itu, katanya semua ahli majlis tempatan dan ketua kampung DAP Kedah meletak jawatan serta merta.

Mengenai pengumuman DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu, Azizan berkata sehingga hari ini masih belum ada wakil daripada parti itu datang bertemu dengannya untuk membincangkan perkara berkenaan. "Saya cuma tahu DAP nak keluar pakatan daripada akhbar sahaja. Perkara ini boleh dibincangkan secara keluarga, tapi dibesar-besarkan dan ia tak wajar berlaku.

"DAP jangan ingat dia saja mewakili kaum Cina... MCA, PKR dan Gerakan pun wakil kaum Cina juga, saya tak nak bergaduh dengan Cina, apa sahaja bantuan semua dah bagi, kat DAP pun semua bantuan bagi, tak tau tak puas hati kat mana," katanya.

BERNAMA pula mengatakan, ketegangan yang timbul antara DAP Kedah dengan kepimpinan kerajaan negeri itu akan cuba diselesaikan di peringkat negeri. Sehubungan itu, Penasihat parti berkenaan, Lim Kit Siang berkata beliau sendiri akan berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk membincangkan tentang perkara itu secepat mungkin.

"Saya akan berjumpa dengan menteri besar dan merangka (penyelesaian) untuk mengatasi masalah ini supaya kerajaan pakatan dapat diperkukuhkan.. Kalau tak dapat selesai di peringkat negeri, seluruh Malaysia pun akan bertanya adakah pakatan boleh jadi pilihan yang kredibel," katanya dalam sidang media.

Katanya, selepas berbincang dengan DAP Kedah, beliau kini lebih memahami dan mendapati bahawa DAP negeri mempunyai alasan tersendiri untuk keluar dari pakatan pembangkang di negeri itu. "Isu penutupan tempat penyembelihan babi itu cuma salah satu sebab. Selain itu mereka juga mendakwa pandangan atau pendapat DAP di Kedah tidak diambil kira...apa saja masalah yang dihadapi seeloknya diselesaikan di peringkat negeri," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan DAP Kedah untuk keluar dari Pakatan Pembangkang, Lim berkata "Sama ada saya setuju atau tidak, itu perkara lain". Katanya, apa sahaja masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan baik kerana ia bukan hanya melibatkan DAP dan Pas sebaliknya semua parti dalam Pakatan. Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP negeri keluar dari Pakatan Pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini. (BERNAMA & pelbagai sumber/AK)

M.Faqih Bercerita Dari Manek Urai...


Siri 1: Uji Ikan Di Kenali Ramai..

NAMA Uji Ikan, tidak asing lagi di Kuala Krai. Jarang orang tidak mengenalinya. Apabila menjejak kaki ke pasar kita mudah temui seorang lelaki bertubuh tegak. Tidak sukar untuk mengenalinya. Biar pun ramai penjual ikan di situ, ada seorang yang berpakaian sedikit kelainan.

Ada serban di atas kepala. Dililit kemas. Ekor serban menjuntai ke bawah di bahagian belakang. Sekali tengok macam orang pondok.Dahinya ada tanda hitam, kata orang kampung tanda kuat ibadat.

Hari ini beliau sudah jarang kelihatan di pasar, biar pun masih lagi berniaga ikan. Beliau sudah meningkat maju dalam perniagaan. Abe Uji di antara pemborong ikan di pasar berkenaan.
Ramai penjual ikan di pasar itu dan penjaja dengan kenderaan mendapat bekalan ikan daripadanya.

Biar pun kini jarang kelihatan di pasar, namun masih mudah ditemui di Masjid Jauhar di hadapan stesen minyak Caltex.

Masjid itu menjadi tempat persinggahan bagi musafir yang melalui jalan Kuala Krai – Gua Musang. Kedudukan tidak jauh dari simpang tiga menghala ke bandar Kuala Krai.
Kedudukan agak strategik dan mempunyai parkir yang luas. Setiap waktu solat ramai orang yang singgah di situ. Sering kali kita melihat ada sebuah kereta Mercedes model lama diparkir di tepi masjid. Nombor pendataran bertulis PAS.

Itulah kereta milik Abe Uji. Nama sebenarnya Mohd Fauzi Abdullah, 50. Abe Uji Ikan kini semakin dikenali ramai. Seluruh negara memerhati gerak lakunya.

Namanya tiba-tiba menjadi sebutan. Kecil besar, tua, muda menyebut nama Abe Uji. Mengapa tiba-tiba Abe Uji menjadi begitu popular, seumpama Mawi. Sedangkan Abe Uji bukan artis yang gila glamour. Atau pemimpin politik yang baru muncul.

Namanya tiba-tiba muncul selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini.

Siri 2: Mungkinkah Tragedi Pengkalan Pasir Berulang?

Pernahkah anda menonton drama ‘Cikgu Limau Kasturi’. Ia pernah ditayang di televisyen suatu ketika itu. Kisah kehidupan seorang guru di kawasan pedalaman Kelantan. Limau Kasturi, bukan nama buah, sebaliknya kampung yang terpisah dari dunia luar. Jalan perhubungan yang ada ketika itu hanyalah kereta api. Kehidupan masyarakat agak sukar kerana tidak banyak infrastruktur yang disediakan kerajaan.

Begitu juga dengan Manek Urai. Sebuah perkampungan yang dipisahkan Sungai Lebir dengan dunia luar. Biar pun kebun getah subur di lereng-lereng bukit, namun kehidupan mereka tidak banyak berubah.

Ketika itu hanya motosikal yang menjadi kenderaan utama. Masuk kebun, hantar anak ke sekolah, dan ke pasar menggunakan motosikal.

Kenderaan roda empat hampir tiada, kecuali lori pengangkut balak dan jentera berat lain. Itu pun diangkut ke sini dengan kereta api.

Bekalan elektrik hanya bermula jam 7 petang hingga 7 pagi. Air dibekalkan dari bukit yang ditandak. Ketika musim hujan air kelodak macam teh susu memenuhi besen. Kalau musim kemarau penduduk terpaksa ke sungai.

Mengandar air di bahu bagi lelaki dewasa merupakan fenomena biasa ketika itu. Di Sungai Lebir ada rakit dan pangkalan tempat tambat perahu.

Paling tidak dapat dilupakan apabila setiap kali musim tengkujuh air Sungai Lebir pasti melimpah. Amokan air bah sekali sekala menyebabkan banyak rumah penduduk hanyut.

Namun Bukit Kajang dan stesen kereta api menjadi tempat penduduk berlindung.

Biar pun air bah sering melanda, namun Manek Urai tetap menjadi tumpuan ramai. Ada dua kilang papan yang menjadi nadi penting.

Begitu juga Estet Kuala Hidung tempat penduduk mencari rezeki.
Ramai penduduk dari utara Kelantan berhijrah ke Manek Urai.

Di sebelah timur Sungai Lebir jalan raya menghubungkan Kuala Krai – Gua Musang mulai dibina.

Namun kenderaan belum mampu sampai ke kampung lama. Kedai Haji Isa di seberang gertak kereta api menjadi tempat kereta tambang menunggu penumpang.

Biar pun terpisah perhubungan, namun terdapat dua sekolah di kampung lama. Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Manek Urai.

Adanya kemudahan itu membolehkan kampung terbabit mengesot menerima tempias pembangunan. Selain itu ada sebuah klinik dan balai polis.

Inilah Manek Urai, nostalgia itu sudah lama berlalu. Sejak jambatan yang merentangi Sungai Lebir siap dibina, lanskap Kampung Manek Urai Lama mulai berubah.

Bangunan sekolah juga mulai berubah wajah. Penduduk yang sering terdedah dengan banjir juga diberi lot di kampung baru. Penempatan itu dikenali sebagai Kampung Manek Urai Baru.

Di kampung tersebut juga ada sebuah pusat kesihatan besar dan sekolah kebangsaan. Deretan rumah penduduk lebih tersusun. Hari ini banyak banglow dibina di kiri kanan jalan.

Kampung lama pun mulai sunyi, kecuali hari Sabtu riuh rendah dengan pasar sehari. Stesen kereta api tidak lagi menjadi tumpuan. Dua sawmill yang menjadi nadi ekonomi kini sudah tinggal tapak dan semak samun.

Hanya Ladang Kuala Hidong yang masih beroperasi. Lagi pun sebahagian besar penduduk mempunyai kebun getah sendiri.

Manek Urai sudah lama tidak diperkatakan orang, tiba-tiba 22 Mei lalu meletup. Berita kematian wakil rakyat, Haji Ismail Yaakub tersebar segera ke seluruh negara.

Orang yang tidak pernah tahu di mana Manek Urai pun mulai bercakap. Permergiaan buat selama-lamanya Paksu Mail, seorang pemimpin dekat di jiwa rakyat menjadi pencetus segala cerita.

Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menjadi pondan di Penanti, tiba-tiba mengubah rentak di Manek Urai.

Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengharapkan ada sedikit ruang bernafas di Manek Urai.

Kegagalan yang bemula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau cukup menghantui mereka.

Najib tidak sanggup menambah koleksi kekalahan BN di Penanti, apabila lebih awal lagi mengangkat bendera putih.

Namun, di Manek Urai nafsu pemimpin Umno membuak kembali. Alasan kemenangan tipis 53 undi pada pilihan raya umum 2004 menjadi tarikan utama.

Umno amat mengharapkan tuah badan itu bergolek kembali. Lebih-lebih lagi Datuk Mustapa Mohamed memimpin semula Umno Kelantan.

Ramai mengharap sentuhan ajaib Mustapa kali ini bermula di Manek Urai.

Mampukah Datuk Pa menggalas segala harapan tersebut ketika beberapa pemimpin Umno sudah mengharapkan mereka dicalonkan.

Ketua Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman yang hilang kerusi di Dabong pada 8 Mac lalu mengharap peluang untuk bangkit semula.

Dengan tiket sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, Ramzi mengharap Manek Urai menyambung hayat politiknnya.

Beliau baru disingkirkan daripada jawatan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan. Namun, cita-cita Ramzi tidak mudah kerana ada halangan di hadapan.

Bekas Adun Manek Urai, Zulkifli Omar sudah lama bergerak keluar masuk kampung. Beliau juga sudah membina banglow indah di Sungai Sok selepas berpindah dari Kuala Krai.

Begitu juga Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid, anak tempatan yang tinggal di Kampung Manek Urai lama mengharapkan suara wanita berkumandang di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Naib Ketua Bahagian Kuala Krai, Che Jalal Muda juga mempunyai cita-cita serupa. Biar pun tinggal di Kuala Krai tetapi ada bisnes di Manek Urai.

Mampukah Umno mengulangi rekod 2004, ketika Umno dan BN mulai dipinggirkan rakyat di tempat-tempat lain.

Seorang guru mengakui tempias isu nasional boleh menggugatkan pendirian pengundi di Manek Urai.

“Namun PAS tidak boleh mengharapkan sepenuhnya isu nasional. Isu tempatan lebih dekat dengan mereka. PAS tidak harus meminggirkan isu lokal kerana lebih dekat dengan pengundi.

“PAS perlu mencari tokoh yang dekat dengan rakyat, mampu meneruskan legasi ditinggalkan Paksu Mail. Kalau boleh lebih baik daripada itu,” katanya ketika ditemui di Kuala Krai, baru-baru ini.

Biar apa pun Paksu Mail bertapak kukuh di situ sejak 1986. PAS Cuma kecundang pada 1982 dan 2004. Sejak merdeka PAS bertapak di situ yang bermula dengan kampung dalam pagar.

Mampukah Umno mengulangi sejarah Pengkalan Pasir empat tahun lalu atau Semerak 12 tahun lalu. Namun, PAS tidak akan membiarkan peristiwa itu berulang kembali.

Diangkat dari detikdaily.net (AK)

Dr Asri Bekas Mufti Perlis Cadang MB Kelantan Jadi PM. Bagaimana?


TUAN Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan sekarang dicadangkan sebagai pemimpin tertinggi di negara ini atau sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh Ustaz Dr Mohd Asri Zainal Abidin bekas Mufti Besar Perlis. Pandangan tersebut disuarakan sewaktu wartawan bertanya beliau, seperti yang diceritakan dalam Kuliah di Masjid Alwi di Kangar Perlis pada Jun 09, 2008. Sila lihat vedio klip di bawah ini.

Soalnya bagaimana boleh berlaku begitu, sedangkan Tok Guru bukan pemimpin BN yang memerintah Malaysia? Maka kenalah beri kemenangan kepada PAS melalui Pakatan Rakyat (PR). Berilah kemenangan kepada PR, melalui kerusi parlimen yang majoriti milik PAS dalam PRU 13 akan datang. Oleh itu buktikan sokongan anda supaya calon PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai yang akan diadakan ini menang besar! Suatu pukulan moral kepada BN!



Undilah PAS. (2MA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails