Tuesday, August 04, 2009

'Teoh' Dipukul Teruk, Betulkah? Lihat & Baca Sendiri!


Selasa Ogos 4, 2009: SPRM nafi 'Teoh' dipukul teruk ketika disoal siasat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan artikel dan klip video yang disiarkan dalam sebuah laman web menunjukkan seorang lelaki dipukul teruk oleh sekumpulan lelaki dalam satu proses yang didakwa sebagai soal siasat.

SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata bahawa tindakan penulis artikel itu yang turut mengaitkan insiden kematian melibatkan mendiang Setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock seolah-olah mendakwa SPRM telah bertindak kejam dan tidak mematuhi standard penyiasatan sehingga menyebabkan kematian Teoh.

Kenyatan itu berkata perbuatan menyiarkan artikel dan klip video itu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang disengajakan oleh penulis blog terbabit bagi menggambarkan suruhanjaya itu sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang kejam dan tidak boleh dipercayai.

"Ia juga bertujuan untuk menimbulkan kebencian masyarakat ke atas SPRM dan meraih simpati orang ramai demi kepentingan agenda pihakpihak tertentu.

"Sehubungan itu, SPRM telah membuat laporan polis berhubung penyiaran dan penyebaran artikel dan video klip tersebut bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," kata kenyataan itu. BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Betulkah? Anda lihat dan nilai sendiri, layari blog di bawah ini? (AK)

Hibur, Hibur Sikit...09 -Cat Stevens' transition to Yusuf Islam.







SILA ziarahi.. Hibur Hibur Sikit..

Album I
Album IIAlbum III

Pertemuan Ke 3 Najib-Nik Aziz, Di Zon Ekonomi Khas.

PM, Datuk Seri Mohd. Najib dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz berkongsi gembira memegang seekor anak kambing biri-biri yang lahir di ladang pembiakan Kampung Runchang terletak di bawah projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek itu dilancarkan oleh Najib hari ini. Inilah kali ke 3 mereka bersemuka dalam tempoh seminggu ini termasuk semalam di Putrajaya.

PEKAN: Hari ini, kali ke 3 dalam minggu ini PM Datuk Seri Mohd. Najib dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz bertemu dan berkongsi kegembiraan seperti di gambar di atas. Kali pertama bertemu di lapangan terbang Pengkalan Chepa, di Putrajaya dan kini di Pahang.

BERNAMA melaporkan, Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER SEZ) yang dilancarkan dijangka dapat mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan baru dan menarik RM90 bilion pelaburan langsung domestik dan antarabangsa menjelang 2020.

ECER SEZ ialah zon ekonomi khas pertama di Malaysia. Empat zon bebas akan diwujudkan di ECER SEZ bagi menggalakkan serta menumpukan rantaian antara kelompok industri yang akan memberikan impak yang signifikan terhadap ekonomi ECER kelompok Pembuatan Bernilai Tinggi, Industri Asas Tani; Gas dan Petrokimia; Pelancongan/ Hartanah; Ilmu/Pendidikan dan ICT serta Logistik.

Walaupun berkeluasan fizikal hanya enam peratus daripada keluasan keseluruhan ECER, zon ini mempunyai impak ekonomi yang amat besar, termasuk keupayaan menyumbang kepada 50 peratus daripada peluang pekerjaan berbanding seluruh ECER serta menyumbang kepada 80 peratus daripada hasil keluaran ekonomi untuk keseluruhan ECER.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang melancarkan zon tersebut memberitahu, Pelabuhan Kuantan juga akan dinaik taraf dan diperluas supaya berupaya mengendalikan lebih 30 juta metrik tan muatan kargo setahun menjelang tahun 2020 berbanding 16.8 juta metrik tan pada masa ini.

Ia bertujuan memastikan pelabuhan itu mampu memainkan peranannya sebagai pelabuhan utama di Pantai Timur dan sebagai pintu masuk perdagangan bagi pasaran Asia Pasifik. Untuk merangsang pertumbuhan pesat ECER SEZ, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan beberapa insentif fiskal dan bukan fiskal yang baharu supaya dapat menarik pelaburan dan membolehkannya terus berdaya saing.

"Kalau ada permohonan untuk insentif tambahan, kita akan pertimbangkan berdasarkan merit sesuatu kes itu," katanya. Selain itu, Najib berkata, projek Agropolitan ECER yang turut dilancar merupakan sebuah pembangunan bersepadu yang bermatlamat utama membasmi kemiskinan tegar pada akhir 2010, melalui penglibatan golongan miskin dalam sektor-sektor perladangan dan bukan perladangan.

"Saya tertarik dengan Agropolitan ini kerana selain menanam kelapa sawit, mereka juga boleh menternak kambing biri-biri.. Jika bekerja separuh hari, dalam sebulan boleh dapat RM500, dan jika bekerja sepenuh hari boleh mencapai RM1,000 sebulan.. Ini boleh membawa mereka keluar daripada garis kemiskinan," katanya.

Perdana Menteri berkata, mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang baik juga akan diberikan kerja sementara yang sudah tua atau uzur, akan diberi skim kebajikan. Katanya, 50 peserta pertama telah dipilih untuk menjalankan aktiviti projek Agropolitan ini, yang mampu menampung sehingga 1,500 peserta. Selain itu, Najib turut mengumumkan bahawa Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur telah memulakan pelaksanaan projek Agropolitan iaitu sebuah projek pembangunan bersepadu yang bermatlamat utama membasmikan kemiskinan di kalangan penduduk setempat. (Sumber BERNAMA/AK)

Arak: Tukar Ronnie Liu - Datuk Dr. Hassan Ali

Mstar Online Selasa Ogos 4, 2009 : Isu arak: PAS Selangor desak Ronnie Liu ditukar Mahu jawatan itu disandang sendiri oleh MB Selangor atau orang lain

SHAH ALAM: PAS Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.

Jawatan Exco kanan itu kini disandang oleh Ronnie Liu dari DAP.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

Pendirian itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali sebentar tadi.

"PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

"PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan," katanya. (AK)

Lihat sebelum ini..

Hibur, Hibur Sikit...08 -Nasyid Al-Qaeda













SILA ziarahi.. Hibur Hibur Sikit..

Album I
Album IIAlbum III

Minyak Kelantan: 60 Misi Moral Tuntut Hak Rakyat.


TUMPAT, Ogos 4 — “Ini adalah misi moral dan menuntut moral Umno agar menunaikan hak rakyat Kelantan,” kata Husam dalam taklimatnya kepada ekspedisi mengenalpasti kedudukan pelantar minyak Kelantan yang bermula pagi ini dengan disertai oleh 60 peserta.

Sebelum berlepas, Husam memberikan taklimat kepada para peserta yang terdiri dari Adun, Anggota Parlimen, pegawai kerajaan, wartawan dan blogger di samping juruukur profesional yang dilantik oleh kerajaan negeri. Turut serta adalah wartawan The Malaysian Insider, sumber berita ini.

Mereka bertujuan untuk mengesahkan kedudukan pelantar minyak itu adalah dalam kawasan perairan Kelantan dan dengan itu kerajaan negeri berhak mendapat royalti minyak lima peratus dari Petronas. Sasaran mereka adalah pelantar Cakerawala yang dijangka akan mereka temui selepas 8-10 jam berlayar dengan kapal nelayan laut dalam.

Mereka menggunakan tiga buah kapal dan bertolak jam 10 pagi tadi. Satu berlepas dari Tok Bali manakala dua lagi berlepas dari Pengkalan Kubur. Tuntutan hak royalti minyak untuk Kelantan menjadi isu utama menjelang pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri menuntut RM1 bilion royalti dari Petronas. Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dalam suratnya kepada Nik Aziz bersetuju dengan tuntutan itu dan menyifatkan ianya sebagai hak kerajaan negeri Kelantan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim juga menyokong tuntutan Kelantan itu. Katanya, Tengku Razaleigh sendiri yang menandatangani perjanjian itu dengan Muhamad Nasir, Menteri Besar Kelantan ketika itu.

Ketika melawat Kelantan 1 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tuntutan ini sedang dikaji oleh kerajaan pusat. Mereka dilepaskan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub dan diketuai oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa. (AK)

Himpunan Berlilin, Roboh Kg Buah Pala Ditangguh.

Himpunan Berlilin, Penduduk-penduduk Kampung Buah Pala menangis di hadapan rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di sini, semalam sambil merayu kepada Lim agar proses merobohkan rumah-rumah mereka yang dijadualkan hari ini dihentikan. Perhimpunan secara aman dengan nyalaan lilin itu disertai seramai 50 penduduk kampung itu terdiri daripada warga tua, wanita dan kanak-kanak.--fotoBERNAMA

GEORGETOWN: Kerja-kerja merobohkan Kg Buah Pala yang dijadualkan hari ini ditangguhkan sekali lagi apabila pemaju bersetuju untuk bertemu dengan penduduk kampung untuk perbincangan lanjut malam ini.

Pagi ini, penduduk kampung membentuk perisai bagi menghalang kerja-kerja merobohkan rumah mereka dilakukan pihak pemaju. Wakil daripada badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik berkumpul di kawasan itu dan pihak polis turut hadir bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy memberi jaminan kepada penduduk kampung bahawa tiada kerja-kerja perobohan dilakukan hari ini. Sebaliknya, beliau berkata, pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd bersetuju untuk bertemu beliau dan penduduk kampung malam ini. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails