Thursday, August 20, 2009

ADUN Kota Seputeh Kosong? TPM Bergantung SPR.

Speaker DUN Kedah , Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

KL. Khamis Ogos 20, 2009 : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Abu Hassan Sarif dari Umno-BN yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya, dalam kenyataannya di Seberang Prai hari ini.

Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu. Hal ini berikutan dengan berita Harakah semalam yang menyebutkan kemungkinan akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh dalam masa terdekat.

Abu Hasan wakil rakyat DUN tersebut tidak hadir sidang dua kali, pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail. Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana ADUN dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker. Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker.

"Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya saya beri kebenaran atau tidak? Dia tidak berhubung dengan saya. Kalau dia hantar surat seminggu selepas itu pun tidak ada makna," ujarnya ketika dihubungi harakahdaily. Berikutan itu, Dr. Abdul Isa (lihat gambar di atas) telah menyerahkan surat pemakluman berhubung pelanggaran itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya SPR negeri bagi menentukan status jawatan Abu Hasan.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon PAS, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi. Jika SPR memutuskan kerusi itu kosong, ini bermakna negara bakal menghadapi pilihanraya kecil yang ke 8 selepas Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu dan yang ke dua bagi negeri Kedah selepas Bukit Selambau.

Syurga Neraka: Banding Majlis Fatwa & Jawapan Nik Aziz..

Khamis Ogos 20, 2009: Masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah - Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk syurga atau akan ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin.

Beliau berkata, keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu.

Katanya, keputusan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat RajaRaja Kali ke188 pada Mac 2001 dan menambah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membincangkan isu itu sejak tahun 2000 lagi.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dua hari lepas bahawa penyokong atau anggota UMNO tidak akan masuk syurga.

"Sehubungan itu saya ingin menasihatkan umat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam supaya berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara yang tidak betul atau bida'ah yang boleh mengeliru dan memecah-belahkan umat Islam.

"Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh daripada kebenaran dan boleh menyesatkan kita," katanya. BERNAMA

Lihat Jawapan Tok Guru Nik Aziz

Artikel sebelum ini.. klik..

Tuesday, August 18, 2009

Muhyiddin & Fatwa Nik Aziz, Terperangkap Atau Memerangkap?



PUTRAJAYA 19 Ogos 2009: Menurut Bernama, Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama diminta mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang dibawa oleh Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim masuk syurga.

Timbalan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah wajar jika ulama meneliti apa yang telah diungkapkan oleh Nik Aziz dan memberikan pandangan sama ada kenyataan Mursyidul Am Pas itu benar daripada segi Islam, atau jika bercanggah, apakah pula hukumnya.

"Saya dah cakap akan keluarlah fatwa-fatwa baru (daripada pembangkang). Jadi, jangkaan saya betul kerana kita menghadapi pilihan raya kecil di Permatang Pasir.. Walaupun saya faham agama, tetapi kenyataan saya berbaur politik. Dalam soal ini, saya tidak mahu guna politik. Ini soal hukum, soal akidah dan soal agama.. Lebih baik para alim ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan buat keputusan sebenarnya. Kalau lebih cepat, lebih bagus," katanya selepas melancarkan siri Buku Evolusi Kepimpinan karya Prof Khairil Annas Jusoh di sini hari ini.

Muhyiddin juga berkata sebagai seorang yang beriman dan faham tentang agama Islam adalah tidak wajar Nik Aziz mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Jadi, saya tak tahulah. Banyak yang beliau buat kenyataan yang bagi saya bercanggah dengan Islam itu sebenarnya," katanya.

Beliau berkata jika benar PAS mendakwa ia mengamalkan politik berlandaskan Islam yang sebenar, ahli dan pemimpin lain dalam parti itu perlu menasihati Nik Aziz agar tidak keterlaluan membuat tuduhan.

"Ini bahaya bagi Islam. Memang sebelum ini kita telah menunjukkan hasrat kita untuk bekerjasama untuk membangunkan negara, untuk tujuan umat Islam dan semangat perpaduan.. Itu Perdana Menteri dan Umno dah sebutkan tetapi dalam keadaan sebegini, tuduhan politik yang menggunakan agama agak menyulitkan. Jadi, saya serahkan kepada beliau (Nik Aziz) untuk fikir apa yang patut," katanya.

Sedangkan di Kota Bharu pagi tadi Menurut Harakah Datuk Nik Abdul Aziz menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap... Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.

Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW. "Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.

Blog Ibnu Hasyim: Bolehkah dikatakan sekali lagi pemimpin UMNO tertipu dengan laporan silap akhbarnya sendiri? Kalau Mufti, mungkin beliau terperangkap, tetapi kalau pemimpin tinggi adakah kemungkitan dia yang memasang perangkap?? (AK)

Lagi Putar Belit Akhbar Utusan 18 Ogos.. Nik Aziz Jawab.

KOTA BAHRU, 18 Ogos: NAMPAKNYA Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap sebuah akhbar tempatan di sini. Ini kali kedua dalam masa terdekat. Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana menyiarkan kenyataan yang salah tentang beliau.

Katanya ketika diminta mengulas seperti kenyataan muka depan akhbar di atas 'Ahli UMNO Tidak Akan Masuk Syurga' adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan, "Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.. Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Beliau mengulangi lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga. "Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. "Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu. "Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.

Beliau akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataannya, katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi. (AK)

Gula Dah 1 Minggu Tak Dok. Tolak BN Tak Pandai Tadbir..

PENGGUNA
Seorang peniaga kedai runcit Wan Salleh Wan Jusoh terpaksa meletakkan nota yang bertulis bekalan gula di kedainya di Taman Nakhoda, Kuala Terengganu telah habis dijual sejak seminggu yang lalu. Bagaimanapun, pelanggan masih lagi datang ke kedainya untuk membeli gula. Foto THE STAR Oleh: M. AZHAR ARIF.

Seorang peniaga, Baayah Mantara, 54, (kanan) membeli bekalan gula daripada pembekal gula Ng Yow Theam (dua dari kiri)di Ipoh semalam. Ng berkata dia hanya mendapat 12 tan bekalan gula berbanding 20 tan yang diterima untuk dijual.Kesemua 12 tan bekala gula yang diterimanya telah pun habis dijual.Foto THE STAR Oleh: LEW YONG KAN.

GULA dah 1 minggu tak dok. Mengapa? Tolak BN tak pandai tadbir? Cuba fikir fikir!

Mengapa Shahrukh Khan & Neil Nitin Mukesh Ditahan Di AS?

HALAMAN HIBURAN
Peminat Shah Rukh Khan membakar bendera AS membantah..



BERITA PTI melaporkan bintang filem Bollywood, Shahrukh Khan(43) pagi Sabtu lalu ditahan di Lapangan Terbang Newark oleh pihak imigresen AS selama kira-kira 2 jam, dihujani dengan pelbagai pertanyaan sebelum pihak kedutaan India campurtangan dan menjamin pembebasannya.

Dia yang hendak pergi ke Chicago untuk ikut serta dalam perayaan Hari Kemerdekaan, mengatakan peristiwa itu "Sikit memalukan!.. Ini nama Muslim dan saya fikir nama tersebut biasa dalam daftar mereka,” katanya kepada saluran tv India melalui telefon. Sedangkan di New Delhi, Duta Besar AS Timothy J Roemer membayangkan Khan sebagai “ikon global” merupakan tamu yang patut disambut di AS.

“Saya ditahan…Saya dibawa ke satu ruang tempat beberapa orang lain menunggu pemeriksaan imigresen. Mereka kelihatan jelas orang Asia.. Saya menunggu barang yang saya bawa… Senang-senang mereka bawa saya ke ruang lain… Melakukan siasat kedua.." Katanya dengan marah. "Saya punya dokumen lengkap!”

Khan, telah beberapa kali ke AS untuk penggambaran filem, terakhirnya filem “My Name is Khan”, mengatakan, “Ini bukan peristiwa pertama. Tapi saya sendirian, kali ini... agak memalukan."

Artis yang akan kembali ke India pada 20 Ogos ini, menolak menyebut insiden itu berkait dengan maslah kaum tetapi adalah berkait dengan nama Muslimnya. Dua bulan sebelumnya sorang lagi superstar Malayalam Mammottyy ditahan di lapangan terbang JFK kerana memiliki nama Ismail. Artis itu merupakan cucu penyanyi lagenda Mukesh, Neil Nitin Mukesh.

Dari New Delhi diberitakan Kerajaan India bersikap keras atas penahanan Sakhrukh Khan tersebut dan menyatakan banyak insiden serupa terjadi dan memerlukan tindakbalas. “Saya berpendapat, kita patut lakukan hal sama...” kata Menteri Penerangan dan Penyiaran, Amibika Soni. "...dah melampau!"

Sementara itu carian di laman web mengenai Shah Rukh Khan ataupun lebih dikenali sebagai SRK meningkat kepada 800% Sabtu lepas ketika berita mengenai kejadian itu tersebar luas. Ia kemudian disiarkan di muka hadapan akhbar-akbahr di India, menduduki carta paling atas dalam laman web Yahoo! India dan forum online mula dibanjiri dengan tajuk seperti "Adakah AS bertindak keterlaluan keatas sesiapa yang mempunyai nama Islam?".

"Saya dimalukan tanpa sebab yang munasabah, saya tidak terfikir mahu menjejakan kaki ke Amerika lagi," kata Shah Rukh Khan.

Peminat-peminat pelakon terkenal Hollywood itu memprotes tindakan tersebut dengan membakar bendera AS dan seorang ahli kabinet India mencadangkan agar para pelawat dari Amerika di negara itu juga tidak dilayan dengan baik.

Dalam pada itu, pihak berkuasa AS mengatakan SRK ditahan selama 66 minit kerana dia dan bagisinya berada dalam penerbangan yang tidak sama. "Ia adalah satu prosuder yang perlu dipatuhi, ia tidak dijangka sama sekali," kata pegawai tersebut.

Walaupun ada yang menganggap Shah Rukh Khan baru sahaja habis membuat pengambaran filem mengenai seorang berbangsa India menjadi mangsa kepada sifat perkauman di AS, namun sebenarnya ia ada kaitan dengan nama Islam dan kempen anti pengganas.

Bagaimana kalau pihak Imigresen India menahan pelakon Hollywood terkenal Tom Hanks di lapangan terbang New Delhi dan mengurungnya selama lebih 2 jam seperti yang dilakukan AS kepada rakyat India? (AK)

Mengapa UMNO Pilih Rohaizat Othman Calon N11?


KUALA LUMPUR, 18 Ogos: SEBUAH akhbar tempatan melaporkan calon BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir N11, Rohaizat Othman telah dipecat dari Majlis Peguam. Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.

"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.. Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya. "Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.. Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu. (http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html)

Sementara itu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengsifatkan kesalahan tersebut sebagai 'pekong di dada' kepada calon BN di Permatang Pasir itu, yang 'tidak boleh disembunyikan' sehari sebelum berita itu dikeluarkan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: UMNO sengaja memilih bakal pemimpin yang berpekong busuk di dada. Mengapa? Di dalam kitab Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali menyebutkan kisah seorang yang terkejut pengsan tidak sedar diri apabila terbau minyak wangi yang disapukan ke hidungnya. Ramai tertanya-tanya dan mencari ubatnya tetapi tak berjumpa. Seseorang yang kenal dengan pesakit itu datang mengubati dengan menyapu sedikit najis menggantikan minyak wangi itu. Barulah sembuh semula rupanya!

Begitu parahnya penyakit kronik UMNO. Sudah lunyai dan sebati dengan budaya yang menjadi budaya hidupnya. Terpaksa memilih calon berpekung di dada demi nadi pemulihannya. Tunggu apa lagi wahai pengundi Permatang Pasir? Tolak BN. undilah PAS! (2MA)

Kartun kempen burukkan PAS, tetapi menakutkan bukan Islam pada Islam, suatu kerjabodoh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails