KETUA Editor majalah humor politik Gedung Kartun, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengemis pada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung permit majalah tersebut.
“Kalau hendak lulus, luluslah. Kalau tidak, kami tidak akan mengemis pada KDN.
"Kami boleh buat (terbitkan) dalam bentuk lain,” kata kartunis Zunar yang terkenal dengan 'kartun hidung besar' mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau mengulas cabaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada Gedung Kartun supaya membawa KDN ke muka pengadilan jika tidak berpuas hati dengan rampasan majalah tersebut minggu lalu. Hishammuddin dilaporkan berkata, majalah satira politik itu diterbitkan tanpa permit dan bercanggah dengan undang-undang sedia ada.
Menteri itu juga dilaporkan menyarankan supaya Zunar yang juga bekas editor Suara Keadilan itu, bertemu dengan pegawai KDN terlebih dahulu berhubung perkara itu. Mengulas kenyataan Hishammuddin itu, Zunar berkata, pihaknya tidak berniat memanjangkan isu tersebut ke mahkamah kerana ia bukan tujuan Gedung Kartun diterbitkan.
“Apa ertinya cabaran ini? Kami bukan mahu mencabar atau minta dicabar. Kita sudah jawab apa yang perlu, kita berikan fakta kita, KDN perlu jawab.
"Kalau mereka kata permit (Gedung Kartun) dalam proses, kita hendak tahu pendirian mereka, lulus atau tidak?," katanya.
Ekoran kenyataan Hishammuddin itu, pihak pengurusan majalah tersebut turut membatalkan hasrat mereka hendak bertemu menteri berkenaan seperti yang dirancang sebelum ini.
“Kalau dia (Hishammuddin) cakap macam itu, buat apa hendak jumpa. Buang masa,” kata Zunar.
Selasa minggu lalu, pejabat majalah itu diserbu lapan pegawai kementerian dan 408 naskhah majalah dirampas. Sehari kemudian, kilang percetakannya di Seri Kembangan, Serdang pula diserbu sekumpulan pegawai KDN dan 18 plet percetakan dirampas. Tindakan itu dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.
Isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, pula digambarkan sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala suaminya, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai "Rosmoh."
Setebal 68 halaman, Gedung Kartun juga menggelarkan Najib sebagai "Datuk Nazak", dipercayai singkatan namanya dan bapanya Tun Abdul Razak Hussain.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Syabas Zunar, anda seorang kartunis yang hebat. Teruskan perjuangan anda demi kebenaran dan keadilan. (Sumber: Malaysiakini/AK).
HAMPIR 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.
Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.
Kesemua penyokong Umno tersebut turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis 'Ajar Ronnie dengan ISA'; 'Pakatan Rakyat Halalkan Arak' dan 'Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)
"Kami mengutuk tindakan Ronnie menghalang dan memaksa MBSA memulangkan semula arak berkenaan selain mengatakan bir bukan minuman keras adalah satu kenyataan yang dangkal, bodoh serta tidak bertanggungjawab," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Nor.
Tambah Azhari, kenyataan Ronnie itu juga satu bentuk penghinaan kepada umat Islam kerana arak tidak kira berapa kandungan alkoholnya adalah haram dan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran serta difatwakan oleh Majlis Fatwa Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Secara peribadi saya merasa simpati kepada saudara-saudara kita dalam Umno tersebut. Mengapa? Saya yakin dan percaya mereka tidak tahu apa yang mereka buat . Mereka membantah hanya kerana ingin membantah dan kerana kepentingan politik yang sempit. Memandangkan isu ini melibatkan Pakatan Rakyat , Umno mengambil peluang menjaja isu ini tanpa memahami isu ini dengan betul. Inilah perangai Umno. Semasa isu babi dahulu mereka mainkan isu itu macam orang gila babi- berbuih -buih mulut mereka. Akhirnya dilaporkan ada pemimpin mereka yang terbabit dalam industri tersebut.
Jika ahli-ahli Umno tersebut membuka sedikit mata mereka nescaya mereka akan sedar sebenarnya Umnolah yang menjadi punca mengapa arak sehingga kini dibenarkan dijual di kedai-kedai serbaneka seperti 7 Eleven.
Untuk saudara-saudaraku dalam Umno perkara pertama yang kamu kena faham adalah penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Penjualan itu juga dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais ( Penjualan Liqour yang memabukkan ) 1976.Undang-undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.
Ya , benar dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira haram meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbanika tersebut.
Atas dasar itu Umno tidak sepatutnya menyalahkan Ronnie Liu kerana Ronnie hanya merujuk kepada undang-undang yang Umno gubal sendiri – undang-undaang yang membenarkan beer dijual di kedai-kedai serbanika. Mengapakah selama ini dan sehingga sekarang ini Umno tidak pernah membuat bantahan atau berdemonstrasi menentang undang-undang yang mereka gubal tersebut. Kalau betul Umno jijik dengan arak parti tersebut sepatutnya meminta Kerajaan Pusat yang dikuasai Umno meminda undang-undang yang saya nyatakan tersebut supaya penjualan beer di kedai-kedai serbanika dapat dihentikan.
Perkara kedua yang sepatutnya Umno perlu buat jika mereka benar-benar jijik pada arak adalah mereka juga sepatutnya terlebih dahulu membuat bantahan atau demonstrasi di negeri-negeri yang Umno kuasai . Sehingga kini di negeri-negeri yang Umno kuasai seperti Johor misalnya masih membenarkan minuman beralkohol seperti beer dijual dikedai-kedai serbanika seperti 7 Eleven. Mengapa kita tidak dengar bantahan oleh Umno sehingga kini. Adakah arak hanya haram di Selangor dan tidak di Johor dan negeri-negeri yang Umno perintah. Nampaknya ada “pengharaman terpilih” di sini.
Perkara ketiga jika Umno benar-benar jijik pada arak atau dalam Islam dipanggil “ummu al-khabaith (ibu segala perkara buruk ) mengapakah Umno tidak pernah membantah tindakan Kemeneterian Dalam Negeri (KDN) yang membenarkan akhbar-akhbar bahasa Inggeris menyiarkan iklan-iklan arak di akhbar-akhbar tersebut.
Untuk makluman Umno , Pemuda PAS pernah menghantar memorandum bantahan kepada pihak KDN tentang hal tersebut . Semasa kami berjumpa dengan Setiausaha sulit Menteri yang bertanggungjawab beliau menyatakan kepada kami “ mengapa perlu risau iklan arak kalau kita kuat iman”. Saya menjawab kepada beliau tanda orang kuat iman adalah beliau mengharamkan apa yang Allah dan RasulNya haramkan.” Lihatlah mentaliti pemimpin Umno.
Perkara Keempat mengapa sehingga kini Umno tidak bersuara tentang hidangan arak dalam kapalterbang milik MAS. Jika Umno benar-benar peka kepada pekerja-pekerja Islam di 7 Eleven mengapa mereka tidak peka kepada nasib para pramugara dan pramugari Islam yang terpaksa menghidang arak kepada para penumpang MAS ? Dan adakah Umno sedar pembayaran Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais ( Pengecualian ) ( Pindaan ) No 2 ( 2008 ) yang diwartakan dan berkuatkuasa 1 hb Julai 2008.
Akhirnya jika Umno benar-benar jijik kepada perkara haram seperti arak dan judi mengapa sehingga kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini. Adakah Umno sedar di bawah Perbendaharaan sahaja ada lebih kurang 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ).
KL. Blog Ibnu Hasyimmenyokong PAS negeri Pahang yang akan menyerahkan lima deklarasi kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menuntut kerajaan memartabatkan semula Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, seperti yang dinyatakan oleh editornya Dr Hj Mohd Hasyim ketika dihubungi sebentar tadi.
Beliau menyokong Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim yang berkata lima deklarasi bahasa yang telah diperolehi hasil Kovensyen Memartabatkan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Rasmi dan Pembudayaan Bangsa anjuran PAS Pahang, di Jerantut, baru-baru ini menuntut kepada pemerhatian serius kerajaan yang memerintah.
"Selain dari angka 3 juta pelajar jadi korban akibat pengamalan dasar PPSMI sebagaimana yang didedahkan Muhyiddin, saya juga bersetuju dengan tuntutan supaya bahasa Malaysia itu sendiri hendaklah menjadi bahasa pembudayaan negara. Saya juga melihat pembudayaan bahasa amat penting bagi memperkukuhkan jati diri bangsa. Bahasa juga boleh berperanan membentuk perpaduan nasional." katanya.
"Walaupun begitu bahasa Cina juga perlu dimartabatkan," Jelas Dr Mohd lagi. "Kalau perlu di Malaysia ini diletakkan Bahasa Malaysia bahasa utama, bahasa Cina bahasa kedua dan meletakkan bahasa Inggeris di bawahnya.”
Dr Mohd pernah mencadang di dalam blognya 4 sebab, mengapa beliau berpandangan begitu?
Pertama: Kerana penduduk berbangsa Cina adalah bangsa kedua ramainya di Malaysia, sesudah bangsa Melayu. Bangsa Eropah yang menggunakan bahasa Inggeris tidak termasuk bangsa yang ramai bahkan bangsa penjajah yang telah mengekalkan penjajahannya dari berbagai sudut sejak dulu hingga sekarang. Kini kita sudah merdeka, mengapa masih mengekalkan bahasa mereka terutama dalam pentadbiran negara? Menganggap tiada menggunakan bahasa itu sebagai menghalang kemajuan adalah bukan realiti dan boleh dibahaskan lagi.
Kedua: Bahasa Cina adalah bahasa yang digunakan oleh penggunanya bangsa yang teramai di dunia, bahkan bertebaran di serata negara. Ianya dapat membantu orang Malaysia di luar negara seperti juga penggunaan bahasa Inggeris yang sudah lama didaulatkan di negara ini.
Ketiga: Mengseimbangkan pengetahuan bahasa di kalangan bangsa-bangsa di Malaysia terutamanya orang Melayu. Kalau orang Cina wajib tahu bahasa Melayu, maka adalah lebih baik juga orang Melayu tahu bahasa Cina. Kalau ada yang menganggap tidak tahu bahasa Cina antara penyebab kelemahan orang Melayu dalam perniagaan, maka hal ini dapat diatasi.
Keempat: Suatu kejayaan dan keuntungan dalam politik Islam, apabila dapat menarik orang Cina menyokong Islam, walaupun mereka tidak perlu masuk Islam. Yang penting sekali ialah agama, bukan sahaja bahasa dan bangsa.
Dr Mohd yang juga pernah mencadangkan supaya Presiden PAS belajar bahasa Cina dalam blognya juga bersetuju dengan kenyataan Nik Abdul Aziz baru-baru ini bahawa, Pas juga sedia dirombak asalkan parti yang baru ditubuhkan itu mengamalkan dasar dan prinsip Islam sama seperti yang diperjuangkan selama ini.
"Tok Guru Nik Aziz memang pandang jauh kedepan!" Jelas Dr Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang. (AK)
Konsert Michael Learns To Rock: Jamil Khir tegur penganjuran pada bulan Ramadan
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom hari ini menegur penganjur konsert Micheal Learns to Rock kerana menganjurkan konsert itu pada bulan Ramadan.
Beliau berkata tindakan penganjur meneruskan konsert itu Sabtu ini di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang tidak menghormati bulan Ramadan dan tidak peka dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
"Sewajarnya mereka peka apabila di bulan Ramadan yang mulia lagi suci ini umat Islam menjalani ibadah puasa pada waktu siangnya dan ibadah terawih dan tadarus pada malamnya," katanya dalam kenyataan di sini.
Jamil Khir berkata teguran beliau itu harus dilihat selaras dengan semangat 1Malaysia demi perpaduan dan kesejahteraan semua pihak. BERNAMA
Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa punya JPM, dah nak buat baru tegur? Pemuda PAS sudah seminggu lebih sebelum itu memberi amaran. Majlis Fatwa pun diam juga. 'Hantu bisu'! Itu gelar Nabi kepada ulama yang diam tidak mahu menyatakan kebenaran. Hantu atau syaitan satu perkara, bisu pula satu perkara lagi. Sudah 2 kali salah.
Dah la tu, ustaz JPM cuma tegur maksiat dalam bulan puasa sahaja. Ertinya waktu lain boleh. Memang orang kampung kata 'ulama ketam tumpul'. Mengetam, hendak melicinkan kayu atau papan yang berserabut..bila terhalang dengan teras kayu atau buku keras, tukang ketam itu angkat. Tak mampu nak tekan. Sepatutnya di situlah kena tekan lagi kuat! Kalau begitu bila papan atau kayu nak licin? Itulah ulama-ulama anak didik UMNO, ampusana, ampusini!
KETUA Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengadakan pertemuan bersama sembilan ADUN Umno Terengganu tetapi tidak pasti ia melibatkan usaha menggulingkan kerajaan negeri.
Wakil rakyat Hulu Besut, Nawi Mohamad hari ini mengakui bahawa pertemuan antara Anwar dan sembilan orang wakil rakyat itu – yang diura-urakan menyertai PKR sebelum bergabung dengan lapan ADUN PAS – memang telah diadakan.
Nawi bagaimanapun menjelaskan tidak mempunyai maklumat lengkap kandungan perbincangan kedua-dua pihak berkenaan.
"Saya tidak tahulah apa yang dibincangkan dan ia juga tiada kena-mengena dengan saya," katanya, sambil menegaskan beliau sendiri tidak tersenarai dalam sembilan ADUN yang akan meninggalkan parti.
"Yang sembilan orang itu tidak termasuk saya. Kalau sepuluh orang pun tidak termasuk lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Tambahnya, beliau tidak termasuk daripada 10 ADUN Umno yang bertindak memboikot persidangan DUN Terengganu, April lalu.
Tidak lama selepas insiden yang mengejutkan itu, kedengaran ura-ura PKR mendekati beberapa ADUN Umno untuk meninggalkan parti dan menyertai PKR.
BERNAMA: Bukan Islam mahu tahu hak mereka bila sertai PAS
PEMIMPIN PAS diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai PAS, termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.
Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw, berkata masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.
"Kami takut suara kami tidak diambil kira manakala hak lain pula dipinggirkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar PAS yang tidak berteraskan perkauman.
Hu berkata kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu memandangkan cadangan membuka keahlian parti sudah lama dibincangkan namun seolah-olah tidak diendahkan parti itu.
"Jika serius segerakanlah perkara ini dan ubahlah perlembagaan bagi membolehkan kami menyertai PAS," katanya.
Hu berkata kelab itu mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara. BERNAMA
CUBA lihat gambar ini. Demontrasi mengarak kepala lembu berdarah yang berlaku beberapa hari lalu. Dikatakan Umno bukan sahaja didakwa cuba menjatuhkan kerajan Pakatan Rakyat di Selangor melalui isu cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23, di sini; malah parti itu cuba mencipta pergelutan dengan penganut agama Hindu di Selangor melalui aksi ekstrem pihak terbabit.
Di sebalik klip youtube yang merakamkan insiden tersebut, sebenarnya ada jawapan yang tersembunyi. Lihat analisis emperikel bersama dua Exco Pemuda PAS Selangor Nadzham Hj. Ahmad Nazir dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim..
Berdasarkan klip youtube tersebut, Nadzham mendakwa bahawa dalang sebenar perhimpunan terbabit adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Hj. Azmir Md. Zain, di sini. Jelasnya, Azmir merupakan adik kandung kepada bekas Adun Kota Anggerik Dato’ Nawawi Md. Zain (dalam Parlimen Shah Alam); yang mewakili Umno dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.
“Kalau dah ada Ketua Penaja Umno (cawangan) Seksyen 23 menjadi kepala demontrasi itu, siapa lagi dalangnya,” katanya. “Kalau orang PAS, kita (ahli-ahlinya) tidak akan demontrasi isu perkauman, (sebaliknya) kita akan demontrasi isu hak asasi dan Islam. Sudah lama kita (pemimpin PAS) ditangkap, kena gas pemedih mata, dibelasah FRU (atau) dikenakan Akta Hasutan serta iSA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).”
Jelasnya lagi, Azmir turut dikenali khalayak tempatan sebagai salah seorang samseng yang menguasai kawasan panas, Up-Town Shah Alam. "Dia (Azmir) salah seorang yang kuasai Up-Town Shah Alam. Itu sebab walaupun penduduk setempat bantah (dan) pungut tandatangan bantahan disebabkan (bunyi) bising-bising, sampai sekarang tak berjaya (dipindahkan); sebab Dato’ Nawawi (abang kandung Azmir) di belakangnya…antara gangsternya (adalah) Achai, juga pemuda Umno Shah Alam.”
Nadzham yang pernah dikenali sebagai ‘otai’ Pemuda Umno Shah Alam pada era reformasi 1998, sebelum menyertai PAS turut mendedahkan bahawa Gangster bernama Achai juga merupakan orang penting kepada pemimpin pemuda Umno tempatan, Dato’ Nawawi Md. Zain. “Achai ini bukan (saja) kawan dia (Azmir), tapi adik pada Zack (iaitu) Setiausaha Kerja kepada Dato’ Hj. Nawawi Md Zain. Dia (Achai) orang penting pemuda Umno.”
Tambah Nadzham lagi, antara demontran yang cuba menyamar sebagai pemuda PAS dalam demontrasi ekstrem tersebut adalah bekas Bendahari Pemuda Umno Shah Alam sendiri, selepas meneliti klip youtube Malaysiakini. Menurut Khairul Afandi pula, demontrasi melampau tersebut turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan. (AK)