Thursday, October 15, 2009

Hibur, Hibur Sikit...22 -Nasyeed Pakistan











SILA ziarahi.. Hibur Hibur Sikit..

Album I

Album IIAlbum III

Nik Aziz - N31, 1M'sia, B/Kebangsaan, Salah Strategi?'


KOTA BHARU, Okto15 2009 - Sinar Harian menyebutkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan faktor kesilapan strategi menyebabkan parti itu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas menghadapi kesukaran menembusi kawasan Bagan Pinang yang masyarakatnya masih lagi tidak terdedah dengan perjuangan parti tersebut. “Boleh jadi, (silap strategi) orang Negeri Sembilan tidak biasa dengan Pas. Contohnya, rumah yang saya pergi tidak tahu apa itu Pas, yang dia kenal Pas ini ganas,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK 2009) Peringkat Negeri Kelantan, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abd Fatah Harun yang mendakwa faktor kekalahan parti itu di Bagan Pinang adalah disebabkan kesilapan strategi khususnya penceramah Pas yang banyak menggunakan pendekatan menyerang berbanding penerangan.

Sehubungan itu, Nik Aziz berkata, adalah perkara yang sukar untuk petugas Pas menjalankan kempen lebih-lebih lagi terdapat banyak unsur ugutan yang berlaku sepanjang pilihan raya tersebut dijalankan. “Orang Negeri Sembilan masih ketinggalan dengan Pas. Oleh itu, bila kita berkempen, sudah la benda baru, bila datang ugutan (dari Barisan Nasional) makin mereka tidak mahu,” katanya.

Mengenai 1 Malaysia pula Akhbar itu melaporkan, Nik Aziz berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbiran beliau akhirnya akan ditentang kalangan ahli UMNO sendiri. Malah, menurutnya, konsep tersebut akan ditolak masyarakat pelbagai kaum di negara ini kerana ia diperkenalkan individu yang berada dalam sebuah parti Melayu.

“Bagi saya, 1Malaysia tidak boleh. Teori ini keluar daripada Presiden UMNO. Dia sendiri parti Melayu, kalau dia kata ‘united Muslim’ lain. Tetapi bila dia sebut ‘united Melayu’, kenapa Cina nak terima Melayu, mereka mempunyai bahasa dan tulisan sendiri. Malah, mereka mempunyai sejarah yang jauh lebih hebat dari Melayu. Adakah mereka perlu turun ke bawah? Melayu masih di bawah, ekonomi di bawah, kesihatan di bawah. Jadi adakah mereka akan ikut?" katanya.

Mengenai perkembangan bahasa Kebangsaan pula lapor akhbar itu lagi, Nik Aziz mengakui bahawa terdapat banyak infrastruktur di Negeri Kelantan menamakan bangunan mereka dengan menggunakan istilah bahasa Inggeris. “Oleh itu, saya minta kaji semula supaya Bahasa Melayu dipopularkan. Tanda jalan, nama hotel semua sekali. Di Kelantan saya tidak tersedar kerana suasana dan keadaan menyebabkan saya sebagai pemimpin hanyut,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kekalahan PAS dalam PrK N31 Bagan Pinang dikatakan salah strategi. 1 Malaysia tajaan Najib pun salah strategi, bahasa Kebangsaan dan 'pemimpin hanyut'
pun salah strategi juga? (Sumber Sinar Harian/AK)

Awet Tegang Tawarkan Khidmat Picit Bertelanjang..

JENAYAH

KUALA LUMPUR: Okto 15 2009. My Metro melaporkan, amat mengejutkan apabila sekumpulan gadis urut tradisional yang terkenal dengan jolokan ‘awek tegang’ dikesan menawarkan perkhidmatan picit dalam keadaan telanjang bulat dengan bayaran serendah RM100 bagi setiap sesi rawatan.

Gadis genit warga Thailand dan China terbabit dikesan menjalankan kegiatan ‘panas’ itu dengan berselindung di sebalik papan tanda premis rawatan kecantikan untuk mengaburi kegiatan berkenaan. Aktiviti urut dalam keadaan telanjang bulat itu turut disertai beberapa pakej istimewa lain termasuk urutan batin sebelum pelanggan ditawarkan melakukan hubungan seks dengan bayaran tertentu.

Kegiatan itu dibongkar apabila sepasukan lima anggota polis daripada Cawangan Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) melakukan serbuan mengejut di premis terbabit di Jalan SS2/55 Sea Park di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang, pihak pengurusan rumah urut terbabit tidak sempat melarikan diri kerana diberkas polis yang terlebih dahulu melakukan intipan dan penyamaran.

Sumber polis berkata, ketika serbuan, beberapa pelanggan lelaki berada di tingkat satu premis terbabit sambil menanti masa menerima ‘rawatan’ dan urutan. Menurutnya, kedatangan polis turut menyebabkan seorang gadis urut warga Thailand yang melayan nafsu seorang pelanggan lelaki warga tempatan tergamam.

“Ketika ditahan, wanita terbabit dalam keadaan telanjang bulat dan dipercayai sedang memberikan urutan istimewa kepada pelanggannya yang juga dalam keadaan ghairah.. Pasangan terbabit yang diberkas polis didapati berada dalam bilik urutan khas yang hanya ditutupi dengan tirai panjang. Tindak-tanduk pasangan terbabit ketika diberkas membuktikan mereka bukan lagi melakukan urutan tradisional biasa,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis memberkas empat wanita Thailand dan tiga gadis China yang menawarkan urutan istimewa berkenaan kepada pelanggan lelaki tempatan. “Semua wanita terbabit yang berusia awal 20-an didapati menyalahgunakan visa lawatan sosial sebagai pelancong untuk bekerja sebagai tukang urut. Mereka melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.. Siasatan mendapati, setiap pelanggan lelaki yang datang diminta membayar RM60 untuk perkhidmatan urut selama satu jam,” katanya.

Menurutnya, ketika berada dalam bilik tertutup itu, pelanggan boleh membuat permintaan istimewa sama ada meminta gadis terbabit melakukan urutan sambil berbogel atau melakukan urut batin diikuti hubungan seks.

“Biasanya urutan batin atau hubungan seks terbabit dikenakan bayaran tambahan serendah RM100 hingga RM150. Bagaimanapun, pelanggan biasanya akan melakukan tawar menawar dengan gadis berkenaan bagi perkhidmatan disediakan.. Gadis tinggi ramping dan berwajah cantik tanpa segan silu akan membogelkan diri sebelum meneruskan sesi rawatan berahi berkenaan sebelum menerima bayaran seperti dijanjikan,” katanya.

Difahamkan, pusat urutan terbabit sudah diserbu polis Petaling Jaya tiga kali sejak awal Januari lalu, namun pemiliknya masih tidak serik. “Siasatan mendapati, pemilik premis terbabit kerap bertukar manakala gadis urut dibawa masuk sindiket tertentu dengan menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Katanya, bagi mengelak diserbu, pemilik dikesan memasang tiga kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk premis. Semua kamera CCTV berkenaan disorokkan di belakang kotak fius elektrik bagi mengelakkan ia dihidu pihak berkuasa. “Semua gadis terbabit termasuk tiga pelanggan lelaki dan seorang penyelia premis dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk diambil keterangan,” katanya.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya percaya pemilik terbabit menyalahgunakan permit yang dikeluarkan bagi tujuan itu. “Kes terbabit masih dalam siasatan dan polis masih mengumpul bukti melalui beberapa saksi yang mengetahui kegiatan haram premis itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Bernama melaporkan, tiga pelanggan lelaki yang sedang asyik diurut dalam keadaan bogel oleh tiga tukang urut wanita warga asing yang juga berbogel tergamam apabila diserbu polis dalam satu serbuan mengejut di sebuah rumah urut yang berselindung di sebalik premis kedai kecantikan di Jalan SS2/55, Sea Park, Petaling Jaya di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata hasil maklumat orang awam dan risikan, serbuan dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang oleh polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Ketika serbuan tiga pelanggan itu sedang diurut oleh tiga pekerja (wanita) dari China dengan kesemuanya berbogel di tiga bilik berasingan yang kemudiannya ditahan.

"Empat tukang urut wanita yang lain (tiga dari Thailand dan seorang dari Myanmar) serta seorang penyelia premis itu turut ditahan dalam premis itu," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua tukang urut wanita berusia lingkungan 22 hingga 46 tahun itu dipercayai bukan sahaja melakukan kerja mengurut dengan berbogel malah turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan mereka.

Katanya pemeriksaan lain mendapati ketujuh-tujuh wanita itu memiliki dokumen perjalanan yang sah tetapi tidak mempunyai permit kerja dan kini ditahan untuk siasatan lanjut. Arjunaidi berkata penyelia premis turut ditahan kerana menyalahgunakan lesen perniagaan yang dimiliki manakala ketiga-tiga pelanggan berusia lingkungan 30-an turut diambil keterangan.

Beliau berkata premis itu pernah diserbu bulan lalu namun pengusahanya tidak serik dan kembali aktif menjalankan kegiatan haram berkenaan. Katanya polis bagaimanapun akan terus membuat pemantauan terhadap operasi rumah-rumah urut bagi memastikan tiada aktiviti atau perkhidmatan tidak bermoral dijalankan di sebalik perniagaan yang dijalankan.

Komen Blog Ibnu Hasyim:Negara Islam apa macam ni? Malu la! Tiada komen dari wanita UMNO? Tahniah kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed. (AK)

Lihat kes jenayah sebelum ini...

Cubaan Rogol Pembantu ADUN Bukit Kepayang.

Nik Aziz Selar Golongan Pinggirkan Bahasa Kebangsaan.

KOTA BHARU, 14 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu berucap pada perasmian Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan di sini telah menyelar golongan yang meminggirkan bahasa kebangsaan dan mumuja bahasa lain dalam kehidupan mereka.

"Bahasa Kebangsaan seharusnya dimartabatkan di seluruh pelusuk negeri dan saya terkilan kerana kini semakin ramai pihak yang tidak bertanggung jawab cuba menaikkan bahasa asing dalam kehidupana harian.. Kalau mereka dah sendiri tak peduli bahasa Melayu,akhirnya ia akan lenyaplah," ujar beliau lagi.

Selain penggunaan bahasa asing, pemansuhan tulisan jawi juga turut mengecewakan beliau. "Amat dukacita sekali kerana ada menteri berbangsa melayu yang telah membuang tulisan jawi yang jelas merupakan satu ciri bahasa kebangsaan kita," katanya.

Beliau yang mengakui penggunaan bahasa asing di negeri Kelantan juga sedang berlaku dan berharap pihak kerajaan tempatan mengkaji semula perkara tersebut agar ia tidak berleluasa. Turut hadir dimajlis pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat Negeri Kelantan tersebut ialah Setiausaha Kerajaan negeri,Datuk Mohd Aiseri Alias, Ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan serta pelajar sekolah.

Blog Ibnu Hasyim: Sedih, sudah lebih 50 tahun merdeka, kerajaan pimpinan UMNO masih belum mampu memartabatkan bahasa Kebangsaan negara ini. Cuba cek di mana salahnya?(Sumber Harakah/AK)

Wednesday, October 14, 2009

Ahmadinejad: Bukan Ganjil Tapi Ikut Cara Sederhana Nabi..

Bandingkan cara hidup Presiden Iran ini dengan pemimpin-pemimpin dunia lain..

Ahmadinejad tiada mahu bersalam dengan perempuan yang bukan muhrim.. bakan macam pemimpin atau isteri pemimpin-pemimpin lain.

Dengar saja azan, terus solat tidak kira tempat.. begitu juga makan dll.

Lebih suka tidur di lantai dari tilam empuk..

Tidak mahu pembazaran, gunakan ruang sebaik-baiknya..


Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim Di Iran 5

"SEMASA anda lihat cermin tiap pagi, apa yang anda kata pada diri anda?" Tanya TV Fox Amerika Syarikat mewawancara soal peribadi Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad kira-kira setahun lalu.

Jawabnya: “Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya.. Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran.”

Benarkah apa yang dia kata pada dirinya itu? Sewaktu 15 hari saya (Ibnu Hasyim) mengelilingi Iran kira-kira pada minggu lepas, 16 rakyat Iran yang rombongan kami wawancara, rupanya kesemua adalah lawan politik beliau, tidak bersetuju dengan kelicikan politiknya. Tetapi bila dikaitkan dengan kehidupan sederhana beliau, tidak ada yang membantah. Berikut adalah gambaran ringkas Ahmadinejad, yang membuat ramai orang terpegun dan ternganga padanya.

Pertama: Semasa pertama kali menduduki pejabat Presiden beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid di Teheran dan menggantikan dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

Kedua: Beliau lihat ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tamu VIP, lalu ia memerintahkan menutup ruang tersebut dan bertanya pada protokol untuk ganti ruangan biasa dengan 2 kursi kayu, meski sederhana tetap terlihat impresive.

Ketiga: Di banyak kesempatan beliau beramah mesra dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat Presiden.

Keempat: Menteri-menterinya diminta menandatangani dokumen arahan, terutama yang menekankan hidup sederhana, penyata peribadi hatta kerabat dekat pun diawasi.

Kelima: Langkah pertama ambil-alih pentadbiran adalah mengumumkan kekayaan dan propertinya. Terdiri dari sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun lalu di daerah Kumuh di Teheran. Penyata bank wang yang berjumlah kecil, dan satu-satunya wang masuk adalah gaji bulanannya.

Keenam: Gajinya sebagai pensyarah disebuah universiti hanya berjumlah US$ 250.

Ketujuh: Beliau sebagai Presiden masih tinggal di rumahnya. Hanya itulah saja yang dimiliki. Beliau tidak mengambil gaji, alasannya adalah kerana semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.

Kelapan: Satu hal yang membuat kagum staf jabatannya ialah beg yang selalu dibawa tiap hari hanya berisikan sarapan roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya. Beliau makan dengan gembira, dan menghentikan kebiasaan sediakan makanan khas Presiden.

Kesembilan: Pesawat terbang Presiden, beliau ubah jadi pesawat kargo menjimatkan negara dan beliau sendiri menggunakaan penerbangan biasa kelas ekonomi.

Kesepuluh: Sentiasa bermesyuarat dengan menteri-menterinya, dapatkan info tentang kegiatan dan efisiens yang sudah dilakukan. Memotong protokol istana sehingga menteri-menterinya mudah jumpa terus dengannya tanpa halangan. Menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, publisiti peribadi, atau hal-hal seperti itu masa mengunjungi berbagai tempat di negaranya.

Kesebelas: Kalau terpaksa menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana tidak suka tidur di atas tilam, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut. Padanya hal ini menjatuhkan imej Presiden.

Keduabelas: Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawal yang selalu mengikutnya. Menurut akhbar Wifaq, foto-foto diambil oleh adiknya, kemudian disebarkan di seluruh dunia, termasuk Amerika.

Ketigabelas: Dikatakan, sepanjang solat, anda jarang dapat lihat beliau duduk di barisan depan. Bahkan ketika suara azan berkumandang, beliau terus bersolat dimana-mana pun, walaupun hanya beralaskan karpet biasa.

Keempatbelas: Beliau juga tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup menundukan kepala sebagai rasa hormat.

Rupanya Ahmadinejad bukan seorang Presiden yang ganjil tetapi kesederhanaannya yang tidak membazirkan wang rakyat, adalah mengikuti ciri-ciri hidup sederhana Rasulullah SAW.

Sekian catatan kali ini. Insya Allah bersambung.

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim.
e-mail Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..

Analisis Kemenangan BN PrK Bagan Pinang -Wan Nik Yusuf

Oleh Wan Nik Yusuf SU JPP Pusat

Bahagian Pembuka.


Berdasarkan keputusan bandingan dalam jadual di atas, PAS mengalami jatuhan undi popular sebanyak 14.58% dengan pengurangan undi berjumlah 1,519 undi. Sementara pihak Barisan Nasional pula mengalami lambungan undi popular ke paras 8,013 undi berbanding sebelumnya 6,430. Maka lonjakan undi Barisan Nasional sekitar 1,583.

Kesan jatuhan undi popular PAS tersebut adalah lebih besar sekali ganda dibandingkan dengan PrK Manek Urai. Di Manek Urai, PAS turut merosot undi, tetapi sekadar 6.36% sahaja. Oleh itu, PAS kekal memang tipis di PrK Manek Urai.

Punca utama kemerosotan undi PAS dikaitkan dengan sikap pengundi yang bebal (immune) dengan isu-isu nasional, isu integriti dan rasuah dianggap hal peribadi bukannya hal maruah bangsa dan negara. Selain itu, kempen Barisan Nasional yang lebih banyak mengumpan pengundi menyebabkan pengundi terdesak seperti di ladang-ladang kembali berpaut semula kepada Barisan Nasional. Mereka sanggup melupakan kesemua isu-isu yang menjadi nilai sejagat yang pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional seperti penghinaan (sepak kepala lembu) dan kezaliman (undang-undang ISA, kematian Kugan dan Teoh Beng Hock).

Namun, bagi pihak pemimpin Barisan Nasional pula mendakwa kejayaan besar di Bagan Pinang itu adalah membuktikan penerimaan pengundi kepada gagasan baru 1Malaysia yang dilancarkan DS Mohd Najib. Selain itu, faktor calon BN TS Mohd Isa juga dikatakan rapat dengan rakyat dan popular kerana telah menjawat MB selama 22 tahun - tarikan utama pengundi peringkat pertengahan dan warga emas serta pelbagai kaum.

Namun, secara skeptikalnya persoalan kemenangan Barisan Nasional yang mencecah 76% undi popular itu berlaku, apakah hanya semata-mata kerana dua faktor itu? Sedangkan senario kempen dan asakan pelbagai apparatus kerajaan Barisan termasuk pihak berkuasa polis dan tentera begitu menekan pihak PAS dan Pakatan Rakyat.

Misalnya, peristiwa keganasan pemuda UMNO yang menyerang markaz induk PAS, markaz pemuda PAS dan tindakan meroboh khemah program kempen PAS; begitu juga provokasi dan lontaran batu kepada pekerja PAS, disusuli dengan laporan polis atas peristiwa dan kecederaan yang berlaku yang tiada tindak balas memuaskan pihak polis; menyebabkan pada hari mengundi kekecohan dan keganasan semakin memuncak di pusat mengundi Telok Kemang, Kg. Bagan Pinang dan Taman Eastern.

Begitu pula, dalam kes pengundian pos, kononnya proses pengeluaran undi sudah ditutup pada petang 10 Oktober, tetapi masih berlaku tindakan mengeluarkan semula 70 lagi kertas undi oleh SPR kepada pihak pengundi pos melalui seorang pegawai tentera berpangkat kapten. Ini adalah di antara gambaran dan peristiwa yang berlaku sepanjang kempen dan pengundian PrK Bagan Pinang yang telah memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional.

Harapan kita, sikap 76% pengundi Bagan Pinang (yang memenangkan Mohd Isa) tidak menjadikan pengundi seluruh negara menjadi bangang untuk menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang!

Bagan Pinang: BN menang berlawanan mood rakyat

Keputusan pilihan raya kecil (PrK) Bagan Pinang (seperti di dalam jadual di bawah) menunjukkan semua daerah mengundi dikuasai Barisan Nasional. Ini kerana kesemua daerah mengundi, termasuk di empat daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi India (Ladang Atherton, Pekan Seliau, Ladang Bradwall dan Sua Betong). Trend yang sama berlaku di daerah mengundi majoriti kaum Melayu (Taman Eastern, Kg. Bagan Pinang, Si Rusa dan Telok Kemang).


Dominasi tertinggi pengundi tentera

Walau bagaimanapun, daerah mengundi Taman Eastern dan Si Rusa adalah dua pusat bagi kem tentera yang merupakan pengundi pos. Menurut senarai pemilih yang diwartakan pada 4 September 2009, pengundi tentera berdaftar di Taman Eastern seramai 1,131 (22.75%) dan Si Rusa seramai 3,443 (30.81%). Majoriti pengundi tentera adalah terdiri daripada kaum Melayu (kira-kira 63%) dan selebihnya Bumiputera Sabah dan Sarawak, India dan Cina..

Dari segi penumpuan dan prestasi Barisan Nasional pada keseluruhannya adalah luar biasa iaitu mencapai 75.66%. Namun, prestasi tertinggi adalah di kalangan pengundi tentera (85.42%) diikuti pengundi India antara 70-75% dan pengundi Melayu antara 63-71%. Kedua-dua nilai dominasi Barisan Nasional itu membuktikan kejayaan tindakan hegemoni apparatus Barisan Nasional di dalam memastikan kekalahan PAS di semua pusat mengundi.

Keputusan meragukan

Kalangan pemimpin PAS bersetuju bahawa DUN Bagan Pinang adalah kubu Barisan Nasional. Namun tidak ramai yang menjangkakan Barisan Nasional melalui calonnya Mohd Isa aka menang besar melepasi undi popular 76%. Paling popular dijangkakan sekitar 55% sahaja. Apabila keputusannya mencecah 76% dan PAS sekadar 24% adalah suatu pencapaian yang boleh diragui. Di antara unsur keraguan di sebalik kemenangan besar itu ialah benarkah pengundi Bagan Pinang terlalu tidak kisah dengan isu-isu perkauman yang sedang panas membabitkan UMNO dan integriti kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib seperti perarakan kepala lembu, bantahan pemindahan kuil, kematian Teo Beng Hock dan kematian Kugan?

Malah lebih teruk lagi, benarkah majoriti pengundi Bagan Pinang tidak sensitive langsung dengan persoalan peribadi pemimpin yang bakal dipilih (Mohd Isa) yang sudah dibuktikan bersalah melakukan amalan rasuah politik wang semata-mata ingin menang jawatan Naib Presiden UMNO di dalam pemilihan UMNO 2004 lalu? Apakah majoriti pengundi bertindak menutup mata dan telinga terhadap semua dakwaan kronisme dan salah guna kuasa (seperti menggadai tanah) yang didedahkan oleh pelbagai pihak sepanjang kempen PrK berlangsung? Begitu pula, adakah majoriti mereka tidak kisah langsung dengan prestasi rendah kecekapan Mohd Isa semasa menjadi menteri besar tatkala didedahkan pelbagai projek terbengkalai dan pengabaian projek merata tempat termasuk di DUN Linggi di mana beliau mewakilinya ketika menjadi menteri besar?

Sekiranya benar 76% pengundi Bagan Pinang yang mengundi Mohd Isa itu boleh berkompromi dengan semua persoalan di atas, maka sikap pengundi tersebut jelas sekali berkontradiksi dengan mood rakyat di seluruh negara. Lantaran mood rakyat amnya begitu membenci amalan rasuah, menolak pemimpin yang tidak berintegriti, memusuhi tradisi perkauman, mengutuk penghinaan terhadap unsur keagamaan (seperti menyepak kepala lembu), tidak berkompromi dengan salah laku dan salah guna kuasa.

Kajian yang dilakukan pelbagai pihak, ternyata menolak Mohd Isa selaku calon yang layak dipilih atas sifat peribadinya yang dilihat tidak bersih, tiada integriti dan naïf untuk ditabalkan sebagai pemimpin yang boleh membela rakyat. Melainkan kajian oleh pihak tertentu daripada kalangan UMNO dan apparatus Barisan Nasional sahaja yang menyimpulkan Mohd Isa seorang yang berjasa dan popular. Namun, kajian yang mengutip pandangan awam oleh sekumpulan penyelidik universiti tempatan (dirahsiakan identitinya) menjelaskan mood pengundi tempatan telah bersikap menolak Mohd Isa sebagai calon yang layak dipilih.

Penemuan kajian tersebut adalah selari dengan tinjauan pihak akhbar online MyStar dan Malaysian Insider antara 1 Oktober sehingga menjelang pengundian didapati kira-kira 64% adalah tidak berpihak kepada Mohd Isa. Ia membuktikan mood pembaca (rakyat bukan pengundi) melihat Mohd Isa tidak layak dipilih.

Apapun, amat malang sekali 76% pengundi Bagan Pinang bersikap melihat jasa (cerita lama) Mohd Isa semasa menjadi mentri besar itu lebih diutamakan. Sebalik mereka tidak sensitive dan bersikap tidak perlu diutamakan terhadap usaha menolak amalan rasuah politik wang dan pelbagai nilai tidak bersih (cerita baru) seperti yang disabitkan ke atas Mohd Isa.

Mudah-mudahan rakyat seluruh negara tidak turut bersetuju dengan sikap 76% pengundi Bagan Pinang yang bersifat anti-tesis dalam menghayati falsafah pemilihan pemimpin berintegriti!

Wan Nik Yusuf
SU JPP Pusat

Shahrizat Impikan 3 Perkara..


KUALA LUMPUR Okt 14,2009: Ucapan sulung Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menjadi hangat dan menarik apabila beliau membicarakan tentang isu kepimpinan wanita. Demikian menurut laporan Siti Azira Abd Aziz dari Mstar Online'

Isu tersebut merupakan salah satu daripada tiga isu yang memerlukan perhatian secepat mungkin. Beliau berkata demikian di dalam ucapannya yang bertajuk ‘Regenerasi Masyarakat Malaysia Satu Tekad Wanita’.

Menurutnya, pemimpin wanita seharusnya diberi peranan sebagai pemimpin arus perdana Umno bukan hanya mewakili sayap tertentu. Ini kerana dalam bidang politik, perwakilan wanita di peringkat pembuatan keputusan di semua tahap masih lagi rendah iaitu bawah daripada 30 peratus.

"Pemimpin-pemimpin politik wanita juga perlu mengubah sikap dan tidak melihat diri semata-mata layak memimpin di peringkat sayap wanita sahaja.. Wanita perlu menampilkan kewibawaan kepemimpinan yang menunjukkan wanita layak dan kompeten untuk dilantik memegang jawatan utama dalam parti induk terutama di peringkat negara, cawangan dan bahagian.. Oleh itu, sudah sampai masanya wanita keluar daripada pemikiran sebagai pemimpin ‘sampingan’ wanita Umno sahaja," katanya dengan penuh bersemangat sambil disambut dengan tepukan dan sorakan tanda sokongan para perwakilan.

Selain itu, Shahrizat turut menyatakan impiannya untuk menentukan perjuangan ke arah sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam parti Umno diberi perhatian. "Saya tidak akan gementar untuk melaksanakan impian ini..," ujarnya dan sekali lagi mendapat sokongan para perwakilan.

Isu kedua yang turut menarik perhatian adalah pengupayaan ekonomi wanita di mana beliau menerapkan agar wanita mempunyai ‘dompet sendiri’ agar masing-masing mampu berdikari dan tidak bergantung kepada suami. Justeru, katanya lagi, kaum wanita mesti melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan dan keusahawanan yang sangat mencabar.

"Kepada usahawan wanita yang telah berjaya, mereka hendaklah menjadi mentor kepada mereka yang baru menceburi bidang ini.. Ini perlu kerana dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan akan menjadikan mereka lebih kompetitif dan turut mencapai kejayaan," ulasnya lagi.

Berhubung dengan isu ketiga, wanita dan undang-undang syariah pula, Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga ini mencadangkan pihak-pihak berwajib terutama pihak mahkamah mengambil sikap lebih serius dan prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan kaum wanita dalam melaksana dan menguatkuasakan undang-undang syariah agar hak wanita dilindungi sepenuhnya.

"Masalah pentadbiran seperti perintah mahkamah yang tidak dapat dilaksanakan di negeri lain juga memberi kesan negatif kepada kaum wanita.. Justeru, tibalah masanya bagi kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan penyeragaman pentadbiran undang-undang keluarga Islam," tegasnya.

Turut hadir ketika mendengar taklimat beliau adalah Pengerusi Tetap, Tan Sri Napsiah Omar, Timbalan Pengerusi Tetap, Saripah Aminah Syed Mohamed, Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Datuk Saifudin Abdullah, Datuk Bung Mokhtar Radin, Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim dan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Sebelum itu, Shahrizat turut menyampaikan Anugerah Nadi Negara Wanita Umno 2009 anjuran Pergerakan Wanita Umno Malaysia kepada 11 graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah mempamerkan ciri-ciri kepimpinan sewaktu melayari alam universiti.

Komen Blog Ibnu Hasyim: 3 perkara impian Shahrizat..

Pertama
.. menentukan perjuangan ke arah sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam parti. Umno diberi perhatian.
Kedua
.. turut menarik perhatian adalah pengupayaan ekonomi wanita di mana beliau menerapkan agar wanita mempunyai ‘dompet sendiri’ agar masing-masing mampu berdikari dan tidak bergantung kepada suami.
Ketiga
.. wanita dan undang-undang syariah. Mencadangkan pihak-pihak berwajib terutama pihak mahkamah mengambil sikap lebih serius dan prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan kaum wanita dalam melaksana dan menguatkuasakan undang-undang syariah agar hak wanita dilindungi sepenuhnya.

Kita dengar pula apa kata Rafisah Aziz dan isteri PM..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails